Wednesday, June 29, 2011

KHAZANAH ALAM SUMBER KECANTIKAN

SUHAIZA ABD GHANI - A 61301
http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a61301.htm


ISI KANDUNGAN

PENGENALAN

RAHSIA KULIT CANTIK BERSERI

PETUA MENJAGA 'MAHKOTA'

TUMBUH-TUMBUHAN BERNILAI ESTETIKA

KESIMPULAN

BIBLIOGRAFI



PENGENALAN

Gambaran nenek atau opah menjerang minyak berjam-jam di atas dapur kayu ataupun menyapu santan pada rambut, pasti terbayang di ruang mata setiap kali bercerita mengenai penjagaan kecantikan secara semulajadi. Maklumlah, ketika itu belum ada teknologi canggih. Lantas wanita silam bergantung kepada sumber asli bagi mengekalkan kecantikan mereka.

Mungkin leluhur kita dahulu kurang arif mengenai kandungan vitamin atau garam galian yang terkandung dalam akar-kayu, daun-daun atau rempah herba yang digunakan. Bagaimanapun, kerana hidup yang sangat rapat dengan alam, mereka berupaya menyelongkar rahsia atau misteri kecantikan yang terkandung di sebalik tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan.

Ternyata keinginan wanita tampil cantik berseri tidak pernah pudar. Walau pada zaman kekurangan, mereka tetap berusaha mencipta petua mengekalkan kecantikan. Akan tetapi, kaedah yang digunakan tidak secanggih sekarang kerana wanita dahulu hanya bergantung kepada bahan sedia ada.

Lagipun masalah kecantikan ketika itu tidaklah serumit sekarang. Wanita silam hanya ingin mengekalkan kecantikan, bukan mengubah wajah, rambut atau kulit mereka. Berbeza wanita penghujung abad ini, bukan sahaja mahu cantik, tetapi mahu tampil berbeza berbanding sedia kala.

Misalnya, rambut hitam mahu diperangkan. Jika lurus, teringin kerinting. Hidung sudah mancung, ditinggikan lagi. Apalagi yang kemik dan pesek. Selain itu, masalah pencemaran alam serta penipisan lapisan ozon membuatkan lebih banyak timbul masalah kecantikan yang pelik dan rumit.



RAHSIA KULIT CANTIK BERSERI

Wanita silam mengutamakan kecantikan kulit dan rambut. Justeru, mandi lulur sangat digemari. Mungkin kerana mereka kerap berjemur di bendang dan ladang. Kesannya kulit mudah dibakar matahari, menjadi gelap, kering dan bersisik. Lantas mereka rajin menyediakan ramuan mandi lulur, sama ada menggunakan beras tumbuk ataupun rempah-ratus.

Ia bertujuan melembut serta menghaluskan kulit. Biasanya, padi yang baru dituai diasingkan secupak dua, dibuang kulit dan direndam berhari-hari. Airnya mesti diganti dua kali sehari agar tidak busuk. Setelah separuh lembut, ia ditapis dan ditumbuk separuh lumat.

Setiap kali sebelum bersiram, beras lumat yang dicampur perahan limau nipis disapu pada seluruh badan. Apabila separuh kering, baru disental untuk mengeluarkan daki degil dan sel mati. Selain berlulur, amalan mandi susu (berendam), juga disukai untuk mencerahkan kulit.

Jika mahu berseri, sesekali mereka mandi bunga dengan mencampurkan tujuh jenis bunga bersama sedikit perahan limau. Bagi wanita bersalin, mandian daun-daun kayu paling digemari untuk membuang angin di dalam badan, melancarkan peredaran darah serta mengharumkan badan.

Hampas kelapa digunakan untuk menyental daki. Selain itu, campuran kapur makan dan perahan limau nipis pula untuk menyental daki pada ketiak dan pelipat kaki.

Ada juga menggunakan beras pulut. Caranya mudah- goreng beras pulut tanpa minyak hingga kuning, kemudian tumbuk lumat. Ambil segenggam, titikkan air agar lembap,gosok pada bahagian bermasalah. Bagi mengelakkan kulit kering, mereka sapukan pula gel aloe vera (lidah buaya) ataupun minyak sayur-sayuran.

Bedak sejuk daripada beras juga sangat elok untuk menyejukkan muka, menghilangkan ruam serta menghaluskan kulit. Biasanya beras direndam berbulan-bulan hingga lembut, dititik di atas daun pisang dan dijemur berhari-hari. Setelah kering, disimpan di dalam mangkuk tanah dan dicampur hirisan daun pandan, bunga melati atau mawar agar berbau harum.

Bagi mengelakkan jerawat atau gatal-gatal, kunyit hidup yang ditumbuk lumat disapu pada seluruh wajah kerana ia mengandungi antiseptik semulajadi. Parutan buah jambu muda juga elok untuk menghilangkan jerawat. Bagi menegangkan kulit muka, putih telur segar (baru bertelur) disapu, manakala pupur parutan lobak dan timun untuk menyegarkan kulit.

Selain itu, pupur kacang hijau dan badam juga kerap digunakan untuk menjaga muka. Gel aloe vera boleh digunakan sebagai pelembap. Bagi menghilangkan parut yang masih baru pada muka, kulit pisang emas (bahagian dalam) disental pada kulit muka ataupun buih daripada kayu api (misalnya kayu getah) disapukan.



PETUA MENJAGA 'MAHKOTA'

Walaupun pelbagai teknologi canggih diperkenalkan bagi merawat serta mencantikkan rambut, masih ramai wanita suka mengamalkan petua orang tua-tua untuk menjaga ‘mahkota' mereka.

Antara yang paling terkenal dikalangan orang Melayu ialah penggunaan santan. Khasiatnya memang terkenal untuk melembut serta melebatkan rambut. Caranya mudah, ambil kelapa tua dan perah pekat-pekat. Biarkan sejam agar patinya naik, baru disapu pada rambut. Gunakan jari atau sikat bergigi jarang. Balut dengan tuala bersih dan perap setengah jam.

Selain itu, minyak kelapa yang dibuat sendiri juga elok untuk merawat rambut kering, pecah hujung serta mudah gugur. Caranya mudah- perah santan daripada dua atau tiga biji kelapa tua. Ambil yang pekat sahaja (dua kali perahan). Kemudian jerang di dalam kuali besar tebal. Sebaik-baiknya guna dapur kayu kerana tempoh memasak minyak kelapa ini sangat lama (hampir sehari). Kemudian biarkan ia sejuk dan baru dijaram pada kepala.

Selain itu, minyak bijan juga elok untuk melebatkan serta menghitamkan rambut. Agar lebih harum, minyak dicampurkan dengan bunga melati atau daun pandan. Bagi mengelakkan rambut hapak, sisa minyak dipastikan telah dibasuh sebersih-bersihnya.

Wanita Jawa pula gemar menggunakan abu batang padi untuk mencuci rambut. Biasanya batang padi yang baru dituai, dibakar. Kemudian direndam semalaman, baru ditapis. Hampas tapisan batang padi digunakan untuk mencuci rambut kemudian dibilas dengan air rendamannya. Selepas itu baru dicuci dengan air biasa sebersih-bersihnya.

Bagi menghilangkan kelemumur, campur air perahan limau nipis dengan sedikit air dan genyeh pada kulit kepala. Ada juga yang rajin, mengumpul embun pada awal pagi dan diusap-usap pada pangkal rambut. Ia dipercayai mampu mempercepatkan pertumbuhan rambut serta mengelakkan sakit kepala.

Selain itu, lendir daun bunga raya atau gel lidah buaya elok disapu pada kulit kepala untuk menyejukkannya serta mengelakkan rambut gugur. Ia juga bertindak sebagai perapi.

Dikalangan wanita Barat, penggunaan minyak buah pic, ginseng (Notoginseng) dan minyak bunga kesumba (safflower) digunakan secara meluas untuk mengatasi rambut gugur. Ada yang menggunakan gel kaktus dan lidah buaya (aloe vera). Wanita Cina dan Jepun pula menyukai pelbagai jenis akar ginseng, akar Dong Quoi, teh herba Cina dan halia untuk merawat rambut mereka.

Sebenarnya, setiap wanita dari negara berbeza mempunyai cara tersendiri untuk merawat masalah kecantikan. Tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, bunga dan daun kayu yang digunakan juga berbeza, bergantung keadaan geografi serta cuaca dan musim di negara berkenaan. Misalnya, wanita New Zealand memanfaatkan buah kiwi untuk mengatasi seribu satu masalah kecantikan dan kesihatan mereka.



TUMBUH-TUMBUHAN BERNILAI ESTETIKA

Perkembangan pesat dunia sains secara global menyaksikan pelbagai penyelidikan dibuat pada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan. Ini bertujuan untuk mengeksploitasi khasiat tumbuh-tumbuhan ini sebagai ramuan dalam menghasilkan produk penjagaan kecantikan. Berikut diberikan beberapa contoh tumbuhan yang mempunyai nilai estetika yang tinggi dan sering menjadi tumpuan pakar-pakar kecantikan.


Khasiat Limau Purut

Limau purut atau Citrus Hystrix DC tergolong dalam buah-buahan sitrus yang amat terkenal dalam sejarah penjagaan rambut. Sebelum perapi rambut diperkenalkan, perahan limau yang turut mengandungi asid sitrik digunakan serata dunia untuk merapi dan menyinarkan rambut.

Asid sitrik kini lebih dikenali sebagai AHA dengan khasiat tersendiri, sentiasa digunakan membuat krim kulit yang dirumus daripada AHA. Kandungan asidnya membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Terkenal sebagai sumber asid sitrik terbaik, buah limau purut berbentuk bulat dan kulitnya hijau berkedut. Pokoknya pula kecil. Batang dan rantingnya dipenuhi duri. Daunnya berbentuk kembar dua, berwarna hijau dan selalunya digunakan sebagai penambah aroma makanan. Ada kala daunnya dijadikan air rebusan mandian terutama ketika dalam pantang.

Buahnya boleh digunakan terus untuk mencuci kepala, dipercayai boleh menghilangkan kelemumur, melegakan kulit kepala dan mengharumkan rambut. Ia juga boleh digosok pada seluruh badan untuk menghilangkan bau badan.

Kini, limau purut turut dijadikan bahan asas barangan dandanan diri terutama syampu dan sabun mandi.



Khasiat Adpokat

Adpokat (bahasa Inggeris avocado), tergolong dalam kumpulan pokok renek, terkenal zaman-berzaman. Bagi puak India Amerika, ia sumber makanan dan agen lemak serta penyembuh penyakit. Sebab itu ramai wanita menggosok minyak daripada buahnya pada kulit agar kulit kekal muda.

Mereka yang tinggal di kawasan tropika menggunakan minyak adpokat untuk melindungi kulit daripada kering atau merekah kesan pencemaran.

Berasal dari Amerika Tengah , ada yang mengatakan negara asalnya Mexico dan perkataan avocado sendiri berasal daripada nama orang Mexico, Ahuacale.

Kini, kebanyakan pokok adpokat ditanam di kawasan tropika dan separuh tropika seperti di California, Florida, Mexico, Amerika Selatan, Sepanyol, Portugal, Israel dan Afrika Selatan. Jenisnya melebihi 400.

Daunnya kusam, berbentuk bujur dan tajam di hujung. Ukurannya 8-20 cm panjang dan 4-9 cm lebar. Bunganya halus berwarna coklat kekuningan dan berada di celah daun.

Manakala buahnya berbentuk bujur seperti pir, bijinya satu dan berisi tebal, lembut, manis dan wangi. Ukurannya antara 7-20 cm dan kulitnya berwarna hijau tua hingga coklat kemerahan seakan ungu serta mudah dikupas.

Adpokat dipercayai ada khasiat semula jadi tersendiri. Daunnya berkhasiat melawas kencing, membuang angin, membetulkan perjalanan haid dan membuka selera.

Buahnya yang mengandungi minyak lemak, lesitin dan phistosterin, digunakan untuk mengubat luka, membetulkan perjalanan haid dan merangsang syahwat.

Selain buahnya dimakan begitu sahaja, minyak adpokat digunakan untuk menyediakan mayonis. Ramai tidak tahu, adpokat kering boleh dikisar untuk dibuat tepung.

Keistimewaan adpokat turut mendapat perhatian pengeluar alat solek dan barangan penjagaan diri kerana berkhasiat melegakan rengsa, menyaman dan melindungi kulit. Ia amat sesuai dan berkesan untuk kulit peka dan kering. Sebab itu, ia digunakan dalam minyak mandian, krim dan losyen khusus untuk kulit kering. Tidak ketinggalan, ia dijadikan bahan utama dalam syampu dan perapi rambut, terutama bagi rambut kering.


Khasiat Zaitun

Pokok zaitun atau olive dalam bahasa Inggeris, sejenis pokok hijau di kawasan separuh tropika, terkenal tumbuh di hampir seluruh Mediterranean terutama kawasan kering.

Berbatang menggerutu hijau kelabu, dengan ketinggian 7-12 meter. Daunnya halus meruncing berwarna hijau kelabu dan sedikit keras. Berbunga halus keputihan, buah yang dihasilkan berwarna hijau kekuningan berbiji ungu seakan batu.

Sejenis tanaman ladang, buahnya dipungut dengan hanya menggoncang pokok. Lalu ia disatukan sama ada untuk membuat minyak atau dimakan begitu sahaja.

Dipercayai minyak zaitun antara minyak masak terbaik, berperisa dan mudah dicerna. Ia juga bahan mentah asas untuk menghasilkan alat solek bermutu. Perahan buah zaitun pada cuaca sejuk boleh menghasilkan 40% hingga 60 % minyak yang mengandungi 75% gliserad (glycerides) daripada asid oleic dan selebihnya daripada asid linolenik dan palmatik. Di bawah suhu tinggi, minyak yang dihasilkan lebih rendah mutunya dan terdedah kepada asid lemak bebas.

Sebagaimana minyak badam dan adpokat, minyak zaitun juga digunakan untuk membersih kulit peka di samping melindungi kulit daripada kering dan tua sebelum waktu, kerana ia berkhasiat melembap dan memulihkan. Sebab itu ia sering digunakan untuk menghasilkan pelembap, krim tangan dan antikedut. Ia boleh digunakan terus tanpa pewangi atau selepas diproses menjadi barangan kecantikan seperti krim, syampu, buih dan minyak mandian.

Difahamkan, losyen dan krim terbaik yang dihasilkan daripada minyak asli khusus untuk kulit kering selalunya mengandungi minyak zaitun atau bijan.

Dari sudut perubatan, minyak zaitun dijadikan perantara kepada ubat yang dilarutkan di dalam minyak seperti untuk mengubati perut memulas, mengeluarkan batu karang halus atau dijadikan julap.

Tergolong antara buah-buahan terkenal, zaitun enak dimakan sama ada sebelum masak atau masih hijau, dibuat jeruk ataupun apabila masak dan berwarna hitam. Kayunya yang keras turut digunakan sebagai bahan ukiran.



Khasiat Urang-aring

Urang-aring (bahasa Inggeris Eclipta atau Daun Siput dalam dialek Sumatera) sejenis tumbuhan liar bertangkai banyak. Tumbuhnya di tempat terbuka seperti di bahu jalan, tanah lapang dan di tepi pantai yang ketinggiannya 1,500 meter dari paras laut.

Tanaman renek ini hanya setinggi 80 cm dalam keadaan tumbuh menegak atau kadangkala terbaring. Batangnya bulat hijau keperangan, berbulu kasar warna putih. Daunnya berwarna hijau bentuk bujur telur, kelilingnya bergerigi halus dan ada kala hampir rata, manakala hujungnya meruncing. Kedua-dua permukaan daun berbulu kasar. Bunganya berbentuk bongkol, kecil, berwarna putih dan di tengahnya berwarna kuning. Buahnya memanjang, pipih, keras dan berbulu.

Dari segi sifat kimia, rasanya bergabung manis dan masam serta sejuk. Ia berkesan menghentikan pendarahan, menurunkan darah dan antitoksin. Kesannya masuk menerusi hati dan ginjal.

Untuk merawat, biasanya seluruh bahagian pokok digunakan, sama ada segar atau kering. Ia turut dipercayai menghentikan muntah darah, batuk darah, kencing darah, berak darah, pendarahan rahim, kurang gizi pada kanak-kanak, keputihan, rambut beruban sebelum waktu dan banyak lagi.

Kini herba yang tumbuh meluas di sepanjang daratan India ini, turut digunakan sebagai bahan kecantikan terutama untuk merawat rambut. Jika dulu ia terkenal dijadikan bahan minyak rambut generasi demi generasi, kini ia dijadikan bahan utama syampu yang dikatakan berkesan mengekalkan seri rambut di samping memantapkan keaslian warnanya.

Dalam bentuk tulen, pokok ini juga digunakan sebagai pewarna semula jadi pada rambut. Ia menyerap cahaya UV dengan berkesan dan menggalakkan peredaran darah pada kulit kepala. Secara umum ia juga membantu pertumbuhan rambut dan mengurangkan keguguran rambut.



KESIMPULAN

Tuntutan hidup yang kian bertambah dan semakin rumit menyebabkan amalan penjagaan kecantikan berasaskan sumber asli kian dilupakan. Tambahan pula kebanyakan wanita sentiasa sibuk dengan kerja dan tugas harian menyebabkan mereka tidak sempat lagi menumbuk beras atau menjerang santan untuk merawat kecantikan.

Bagaimanapun, kesedaran mengenai khasiat semula jadi daripada alam membuatkan kita menghargai kembali barangan penjagaan kecantikan berasaskan bahan semulajadi. Ia mendorong banyak pengeluar menggunakan bunga, daun, akar kayu atau buah-buahan dalam pembuatan kosmetik, krim muka, minyak atau tonik rambut.

Penggunaan bahan semula jadi juga meningkat kerana kecenderungan saintis mengkaji kandungan tumbuh-tumbuhan serta manfaatnya kepada kecantikan. Hasilnya terbongkarlah rahsia garam galian, vitamin A,B,C,D dan E serta asid linolik, asid nucleic, asid alfa hidroksida, asid beta hidroksida, protein dan kalsium.

Bahan -bahan ini sangat penting untuk membaiki tisu atau sel rosak, mengukuhkan struktur rambut, menggalakkan pertumbuhan rambut, merangsang pengaliran darah, menganjalkan semula sel kolagen dan elastin serta melindungi kulit daripada pencemaran alam. Misalnya, kandungan beta kerotin dalam lobak dan tembikai sangat elok untuk membaiki sel dan tisu rosak.

Kini, terpulanglah kepada wanita sama ada mahu memilih barangan kecantikan berasaskan bahan semula jadi untuk merawat kecantikan ataupun mengadun sendiri ramuan dihajati bagi mengatasi masalah kulit atau wajah juga rambut mereka. Walau apa jua kaedah dipilih, berhati-hati dan pastikan bahan digunakan atau disediakan bersih, tiada kesan sampingan dan tidak digunakan berlebih-lebihan. Jika masih ragu-ragu, rujuk kepada yang lebih arif.



BIBLIOGRAFI

1) Siti Haidah Asri; Ubat Awet Muda; Wanita; Ogos 1997; Bilangan 373; Halaman 96
; Utusan Melayu (Malaysia) Berhad

2) Zunairah Radzi; Kenali Khasiat Tumbuh-tumbuhan; Jelita; Jun 1999; Bilangan 274
; Halaman 99; Berita Publishing Sdn. Bhd

3) Wan Normi Hassan; Keajaiban Minyak Mawar; Kosmik; Mei 1999; Halaman 38; Media
Network Sdn. Bhd

4) Azizah Ismail; Tip Kesihatan; Mastika; September 1998; Bilangan 688; Halaman
78; Utusan Melayu (Malaysia) Berhad

5) Salawati Haris; Petua Berubat Menggunakan Buah-buahan Dan Tumbuh-Tumbuhan;
Wawancara; April 1999; Bilangan 24; Halaman 87; Perdana Production House Sdn
Bhd

LAMAN EMJAY - KUPASAN TENTANG PUSAT RAWATAN AKRINE

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lahi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbh

Saya mulakan tulisan kali ini dengan meng”copy paste” satu artikel yang saya petik dari laman http://www.apisbp.com/v3/USRAH/Amar-Maruf-Nahi-Mungkar.html :

*****************

Amar Ma’ruf Nahi Mungkar

Muqaddimah

adalah suatu usaha yang paling mulia, tinggi kedudukannya, sangat dititikberatkan di dalam Islam. Ianya mesti dilaksanakan agar manusia sentiasa berada di atas landasan yang betul dan tidak menyimpang dari jalan yang sebenarnya. Lantaran itulah jemaah Islam ditubuhkan supaya dapat membimbing hati manusia.

Islam adalah agama samawi yang datangnya dari Allah swt. Islam mementingkan aspek kemasyarakatan dari sudut kekeluargaan, rumahtangga, masyarakat, pergaulan, dan kenegaraan. Islam adalah agama yang bukan hanya mementingkan individualistik (individu tetapi ia mementingkan ummah. Lantaran hidup manusia yang dikenali sebagai golongan yang mudah lupa, lemah dan serba kekurangan, didatangkan para Nabi as sebagai pencetus kebangkitan dan penegur atas segala kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Oleh kerana itulah disyaratkan bahawa hukum Amar ma’ruf nahi Mungkar adalah wajib yang tidak boleh dinafikan lagi. Berikut adalah dalil-dalil kewajipan menjalankan amar ma’ruf nahi mungkar.

Dalil kewajipan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar

Abul -Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Umar bin Abdul-Aziz berkata: “Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menyiksa orang-orang umum kerana dosa-dosanya orang-orang yang tertentu tetapi apabila perbuatan dosa itu merahajalela dan terang-terangan kemudian tidak ada yang menegur, maka bererti semuanya sudah layak menerima hukuman.”

Dan diriwayatkan bahawa Allah s.w.t. telah mewahyukan kepada Yusya bin Nun.:
“Aku akan membinasakan kaummu empat puluh ribu orang yang baik-baik dan enam puluh ribu orang yang derhaka.”

Nabi Yusya bertanya: “Ya Tuhan, itu orang derhaka sudah layak, maka mengapakah orang yang baik-baik itu?”

Jawab Allah s.w.t.: “Kerana mereka tidak murka terhadap apa yang Aku murka, bahkan mereka makan minum bersama mereka yang derhaka itu.”

Abu Hurairah r.a. berkata:

“Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): “Anjurkan lah kebaikan itu meskipun kamu belum dapat mengerjakannya dan cegahlah segala yang mungkar meskipun kamu belum menghentikannya.”

Anas r.a. berkata:

“Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): “Sesungguhnya diantara manusia itu ada yang menjadi pembuka untuk kebaikan dan penutupan dari kejahatan, dan ada juga manusia yang menjadi pembuka kejahatan dan penutupan kebaikan, maka sesungguhnya untung bagi orang yang dijadikan Allah s.w.t. sebagai pembuka kebaikan dan binasa bagi yang dijadikan Allah s.w.t. pembuka kejahatan itu ditangannya.”


BEBERAPA KEPERLUAN KESEDIAAN AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR

1. Keimanan yang mendalam.

Ia bermaksud menganggap Islam itu adalah petunjuk yang benar dan selain dari itu adalah kebatilan. Keyakinan terhadap kebenaran itulah yang menjadi prinsip yang tidak boleh ditawar-tawarkan lagi. Setiap penyelewengan dari prinsip itu adalah kesesatan yang lahir dari nafsu keinginan yang merupakantanda kurang sempurnanya iman.

2. Ilmu yang hak

Ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu yang bersandarkan kepada AlQur’an dan AsSunnah yang mulia. Seseorang daie perlu mengetahui segala nas-nas yang berakitan serta hukum supaya ia dapat mengetahui kedudukan sebenar orang yang ingin ditegahnya.

3. Matlamat untuk keredhaan Allah

Tiada yang lebih tinggi dari mendapat keredhaan dan kecintaan Allah. Inilah matlamat setiap para nabi dan Rasul dan juga para sahabat di dalam menempuh amar ma’ruf nahi mungkar ini.

MATLAMAT YANG INGIN DICAPAI MELALUI DAKWAH:

Ada beberapa matlamat umum yang digariskan adalah:-

1. membawa kepada Islam bagi orang yang belum menganut Islam.
2. mempertingkatkan mutu kefahaman dan penghayatan Islam.
3. mendirikan sebuah negara yang diredhai Allah.
4. menuju kepada keselamatan dan kebahagiaan.
5. mendapat Keredhaan Allah.

KAEDAH AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR

Sebagaimana yang disabdakan oleh baginda Nabi saw, iaitu:-

“Barangsiapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya(kuasanya). Jika sekiranya ia tidak berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Dan jika ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman”. (HR Muslim)

1. Dengan tangan ( Kuasa / pemerintahan)

Pemerintahan mempunyai kuasa mutlak untuk menegah dan melarang suatu perbuatan mungkar itu. Ia boleh mengubah atau meletakkan hukuman serta pencegahan bagi rakyat atau orang yang di bawah pimpinannya. Oleh itu, pemimpin akan ditanya lebih dari rakyat atau orang biasa di hari akhirat kelak. Justeru itulah jemaah islam wajib mendapatkan kuasa / pemerintahan sebagai batu asas untuk mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah dari perbuatan mungkar kepada masyarakat di bawahnya.
Dalam konteks kemsyarakatan pula, dengan kuasa bermaksud dengan organisasi yang ditadbir. Sebagai contoh, jika seseoang itu menjadi pengarah syarikat atau organisasi pentadbiran, dia boleh melaksanakan sesuatu arahan contohnya mewajibkan kakitangan atau pekerjanya menutup aurat, berkelakuan sopan, mengasingkan antara lelaki dan perempuan, menepati masa dan sebagainya. Mana-mana perlanggaran kepada syariat Islam bolehlah diambil tindakan.

2. Dengan lidah / ucapan / lisan

Kaedah ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya seseorang atau kumpulan tidak mampu mengubah dengan kuasa- yang beerti ia mesti dilaksanakan melalui kaedah lidah lisan. Banyak cara atau kaedah yang boleh dilakukan dengan cara ini termasuk;

a.) Nasihat / peringatan – sewaktu Nabi-nabi dan Rasul-rasul menjalankan misi dakwah mereka, mereka menggunakan kaedah nasihat atau peringatan tentang ganjaran dan siksa yang bakal manusia itu tempuh di akhirat kelak. Para diae diingatkan supaya menggunakan kaedah nasihat yang baik terlebih dahulu sebelum menggunakan kaedah ancaman. Cara ini boleh dilakukan melalui ceramah, majlis ilmu, penerangan, dan juga secara peribadi (fardiyah)

b.) Penerangan – Ia meliputi aspek yang meluas seperti ceramah, risalah dan majalah, poster, kempen dan sebagainya

c.) Penulisan – ia juga adalah suatu aspek dakwah yang berkesan. Para daie perlu menguasai ilmu penulisan dan sebarkan kepada masyarakat tentang kebaikan Islam, keburukan kemungkaran yang dilakukan. Penulisan adalah berbentuk komentar, risalah, poster, majalah, surat khabar, memorandum dan sebagainya.

3. Dengan Hati (membenci dan tidak meredhai)

Nabi saw menyatakan bahawa ini adalah kaedah yang paling nipis iman bagi umat Islam. Kaedah ini hanya boleh dilakukan setelah berikhtiar melalui kaedah kuasa dan lidah yang tidak memberikan kesan bahkan memudharatkan seseorang daie atau jemaah Islam itu sendiri. Ini beerti seseorang daie tidak dibenarkan sama sekali meredhai maksiat dan kemungkaran tersebut dan berusaha menjauhinya sedapat mungkin dengan membawa bersama pengikut-pengikut ke tempat lain. Ini kerana untuk mengelakkan kemurkaan dan bala Allah swt di tempat tersebut. Namun jika tidak terdaya membencilah sedapat mungkin sambil berdoa supaya masyarakat yang jahil supaya mereka sedar.

*********************************

Artikel ini sudah amat jelas kepada kita semua tentang pentingnya melakukan amar makruf nahi mungkar. Redha dengan kemungkaran adalah satu musibah amat besar kerana ini menggambarkan orang yang redha ini tidak beriman. Berdasarkan hadis dari Nabi SAW di atas, selemah-lemah iman adalah dengan menolak dengan hati. Redha dengan kemungkaran adalah bermakna tidak menolak dengan hati menjadikan orang tersebut redha dengan kemungkaran tersebut. Ingatlah bahawa selemah-lemah iman adalah dengan menolak dengan hati maka tidak beriman sekiranya tidak menolak dengan hati (redha dengan perbuatan jahat tersebut).

Di Malaysia ini terrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrsangat banyak kemungkaran yang dilakukan sama ada oleh orang Islam mahu pun orang bukan Islam. Melihat kemungkaran yang semakin bermaharajalela, saya alhamdulillah mengorak langkah untuk menyahut hadis Nabi SAW ini (Barangsiapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya(kuasanya).) dengan menubuhkan Laman Emjay. Bidang yang saya titik beratkan di sini adalah bidang kerosakan akidah memandangkan tidak banyak orang yang melakukan usaha ini. Dengan tangan ini, saya alhamdulillah telah, sedang dan insya-Allah akan terus menentang kemungkaran kerosakan akidah dengan tulisan di Laman Emjay!.

Sudah lama saya di tanya oleh para pembaca Laman Emjay mengenai satu pusat rawatan yang kononnya mengamalkan secara Islam iaitu AKADEMI RAWATAN ISLAM NUR EHSAN (AKRINE) ATAU PUN PUSAT RAWATAN ISLAM NUR EHSAN. Laman web pusat ini dapat diakses melalui http://akrine.blogspot.com

Pada sebelah kanan laman blog tersebut tertera iklan buku Akrine seperti tersebut:
“Tempahan secara on-line
Buku ini juga menggariskan panduan-panduan mengesan tanda-tanda gangguan serta perkara-perkara yang membantu pembaca mengesan dan merawat secara individu gangguan pada peringkat asas.

Bahagian kedua buku ini mengandungi panduan merawat yang lengkap termasuklah teknik penyediaan air penawar, mengikat, menikam serta menyembelih jin, menarik jin menggunakan serban, menyedut jin masuk botol, memindah jin, mengikat secara ayat, memukul, memancung, ayat-ayat rukyah dll teknik yang digunakan oleh AKRINE.”
Buku ini menurut laman ini, boleh ditempah secara on-line dan harga buku termasuk pos adalah RM35.00 (Semenanjung) RM40.00 (Sabah & Sarawak).

Daripada sedikit sinopsis tentang buku Akrine ini, buku ini akan mengajarkan secara lengkap ilmu untuk mengikat, menikam serta menyembelih jin, menarik jin menggunakan serban, menyedut jin masuk botol, memindah jin, mengikat secara ayat, memukul dan memancung. Marilah kita sebagai umat Islam membuka minda dan berdoa-doa bersungguh-sungguh kepada Allah SWT minta ditunjukkan “adakah buku Akrine ini dibenarkan menurut Islam yang sebenar???”.

Kebelakangan ini bab memindah jin makin kerap saya dengar. Di dalam tulisan saya bertajuk Histeria di SMK Tanjung Lumpur - satu kupasan di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/206 saya ada menceritakan tentang Sahabudin Sham Sudin yang menunjukkan van yang digunakan untuk membawa keluar 'anasir' (Jin) dari SMK Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. Di U** satu ketika dahulu pun sebuah rumah besar yang kerap ada gangguan telah menggunakan kaedah yang sama dimana jin-jin atau anasir jahat ini telah dipindahkan dengan menggunakan bas. Untung juga jin-jin ini kerana merasa naik bas!!

Adakah kerja memindahkan jin sebagaimana dilakukan oleh Akrine ini memang satu ajaran Islam? Kalau ia adalah satu ajaran Islam, adakah dalilnya? Sepengetahuan saya belum pernah saya terdengar Nabi SAW atau para sahabatnya menggunakan unta atau kuda untuk memindahkan para jin?? Janganlah kita mudah sangat percaya cerita karut khurafat seperti ini. Para pengamal Akrine ini macam lebih hebat berbanding Nabi SAW dan para sahabat. Hanya Nabi Sulaiman sahaja yang diberikan Allah kelebihan untuk mengawal jin namun ini adalah kelebihan Allah yang hanya diberikan kepada Nabi Allah Sulaiman. Tentang kisah Nabi Sulaiman ini, silalah para pembaca Laman Emjay membaca semula artikel saya bertajuk “Kisah tangkap jin dan masukkan ke dalam telur & hafiz pangkat besar menyesatkan!” di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/129 yang telah saya tulis pada 7 June 2007. Di dalam artikel ini menceritakan bagaimana nabi Muhamad SAW mencekik jin yang melintasinya sewaktu solat dan kemudian melepaskannya kerana teringatkan doa Nabi Sulaiman agar kelebihan mengawal jin biarlah menjadi kelebihan Nabi Sulaiman sahaja sesuai dengan doa Nabi Sulaiman dan keizinan yang telah diberikan Allah SWT.

Adalah benar dan sahih bahawa kerja pindah-pindah jin ini sama sekali tidak pernah termasuk di dalam syariaat Nabi Muhamad SAW. Segala bentuk meruqyah telah jelas disyariaatkan dalam Islam jadi dengan itu kerja memindah jin tu datang dari syariaat mana?? Menambah syariaat Islam jikalau menurut Imam Syafiee adalah merosak akidah. Atau adakah kita dibenarkan untuk menurut syariaat nabi Sulaiman?? Seandainya bab mengawal jin ini dibolehkan, kelak bagaimana pula sekiranya ada orang lelaki berkahwin 20 isteri dengan hujah mengikut syariat Nabi Sulaiman????

Secara mudahnya saya melihat amalan memindahkan jin-jin ini seolah-olah pengamal Akrine dan bomoh sesat lainnya lebih hebat daripada nabi Muhamad SAW serta para sahabat!!! Mungkin kalau beginilah hebatnya pengamal-pengamal ini, saya mencadangkan selepas ini pengamal di Akrine boleh mengusahakan perusahaan pelancongan khusus untuk membawa para jin melancung ke Hawaii atau Gold Coast Australia.
Satu persoalan yang boleh ditimbulkan sekiranya jin boleh dipindahkan ialah sekiranya selepas dipindahkan jin ini adakah jin-jin tersebut tidak boleh balik semula ketempat asalnya tadi?? Jadi sekiranya jin-jin tadi boleh kembali semula, bukankah elok jika diwujudkan pula penjara untuk jin-jin??? Itulah sekiranya seseorang memulakan sesuatu yang bukan-bukan seperti memindahkan jin ini, fantasi seseorang boleh menerobos kepada perkara yang pelik-pelik tidak habis-habis dan tiada kesudahan!!!

Marilah kita ambil iktibar dari saranan Nabi Muhamad sepertimana riwayat daripada Anas Radhiallahu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika hendak masuk TANDAS, Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam berdoa:

Maksudnya: “Dengan nama Allah, Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari syaitan khubtsi (lelaki) dan syaitan khaba’its (perempuan)” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Marilah kita memahami hadis sahih ini bahawa kita hanya meminta perlindungan kepada Allah SWT dari jin yang mendiami tandas ini dan sama sekali kita tidak disarankan untuk berdoa agar Allah SWT memindahkan jin-jin ini dari tandas. Maknanya sekiranya orang berdoa sebelum masuk tandas dan Allah memakbulkan doa tersebut maka mungkin banyak jin berkeliaran dalam tandas namun jin-jin ini tidak dapat memberikan mudharat akibat perlindungan dari Allah. Manakala orang yang tidak berdoa, banyaklah jin-jin yang memudharatkan manusia di dalam tandas tersebut.


Seterusnya di dalam iklan buku Akrine sebagai dijelaskan di atas, pengamal Akrine seolah-olah diberikan ilmu Nabi Sulaiman sehingga mereka boleh pula mengikat, menikam serta menyembelih jin, menarik jin menggunakan serban, menyedut jin masuk botol, mengikat secara ayat, memukul dan memancung. Saya apabila membaca kenyataan ini kadang-kadang hendak marah tetapi kadang-kadang macam hendak ketawa!! Sekali lagi saya minta para pembaca bacalah dan fahamilah artikel yang saya tulis bertajuk “Kisah tangkap jin dan masukkan ke dalam telur & hafiz pangkat besar menyesatkan!” di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/129 .

Sekiranya orang Islam menurut syariat Nabi Muhamad SAW dibolehkan untuk mengikat, menikam serta menyembelih jin, menarik jin menggunakan serban, menyedut jin masuk botol, mengikat secara ayat, memukul dan memancung, adalah wajar sekali Nabi Muhamad SAW dahulu beserta Abu Bakar dan para sahabat juga mengistiharkan perang kepada sekalian jin dan iblis. Pastinya jikalau sudah banyak iblis dan jin syaitan yang dibunuh oleh Nabi Muhamad SAW dan para sahabat, kuranglah gangguan kepada umat Islam dan kepada orang kafir. Jikalau seandainya Nabi Muhamad SAW mempunyai keistimewaan ini, pastinya nabi telah mencekik dan mencincang syaitan jin yang mengganggu bapa saudara baginda Abu Talib sewaktu Abu Talib dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dan sekiranya syaitan jin ini semuanya telah berjaya dibunuh, tidaklah Nabi Muhamad SAW amat bersedih hati kerana pastinya Abu Talib ini akan memeluk Islam diakhir hayatnya. Namun hakikatnya ialah Nabi Muhamad amat bersedih hati kerana bapa saudara kesayangan Nabi ini mati dalam keadaan kafir. Jadi jikalau ada orang bercerita si polan dan si polan mampu membunuh jin, janganlah percaya cerita karut ini kerana sesungguhnya Nabi Muhamad tidak pernah membunuh walau pun seekor jin!
Sesiapa yang ingin lebih memahami konsep Iblis, jin dan syaitan, silalah ke http://emjayjb.multiply.com/journal/item/93/Iblis_syaitan_dan_jin?replies_read=19 .
Sekiranya iblis iaitu satu makhluk dari golongan jin boleh menurut Akrine boleh dibunuh, disembelih dan dicincang, maka adakah ayat Al Quran berikut MENIPU manusia?? Lihat terjemahan ayat Al Quran berikut iaitu Al A’raaf:14 – 18:

14. Iblis berkata: berilah tempoh kepadaKu hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".

15. Allah berfirman: "Sesungguhnya Engkau (iblis) dari golongan Yang diberi tempoh

16. Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) Demi Sesungguhnya Aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu Yang lurus;

17. "Kemudian Aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".

18. Allah berfirman: "Keluarlah Engkau dari syurga sebagai makhluk Yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka Yang menurutmu, tetaplah Aku akan memenuhi neraka jahanam Dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya;
Dari keterangan Al Quran Al A’raaf:14-18 di atas, dapat ditafsirkan bahawa Allah telah memberi izin kepada iblis untuk panjang umurnya (hingga beribu tahun?) untuk memainkan peranannya iaitu tidak lain dan tidak bukan untuk menyesatkan manusia dan jin lainnya.

Tambah gelihati saya apabila mendengar ada orang yang mampu ikat jin guna ayat atau masukkan jin ke dalam botol. Agaknya botol yang digunakan untuk menangkap jin ini berapa tebalnya dan ditutup dengan gabus atau logam? Agaknya tidak adakah jin lain yang akan menolong membuka penutup botol tersebut apatah lagi jin pada waktu zaman Nabi Sulaiman mampu membina bangunan besar tersergam indah? Kalau bangunan besar boleh dibina, apakah menjadi masalah untuk rakan-rakan jin lainnya membuka penutup botol tersebut? Jin yang bodoh atau manusia yang dungu?

Dalam bab kisah jin dalam botol ini, ingin saya bawakan satu hadis dari Jabir bin Abdullah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, "Bila hari telah senja, laranglah anak-anak keluar rumah kerana pada ketika itu setan berkeliaran. Seketika (~1 jam) sesudah itu bila telah malam maka biarkanlah mereka. Kuncilah pintu dan sebutlah nama Allah, kerana setan tidak dapat membuka pintu yang bertutup/berkunci. Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah. Tutup semua bekas makanan mu dengan menyebut nama Allah, sekalipun dengan meletakkan sesuatu di atasnya dan padamkan lampu (ketika hendak tidur). Hadis riwayat Muslim.

Dalam kes menutup tingkap dan pintu ini, itulah sebabnya ramai orang tua menyuruh kita semua mengamalkannya sebelum masuk waktu maghrib. Setelah pintu dan tingkap ini ditutup, bagaimana dengan lubang “ventilation” dan perbagai lubang lain seperti di bawah pintu? Adakah segala lubang ini perlu ditutup dengan kedap udara?? Kalau sudah kedap udara bagaimana pula nak bernafas? Kalau rumah dibuat dari kayu dengan banyak sekali lubang angin di sana sini, adakah syaitan akan masuk ke rumah??

Bagi pandangan saya, pintu dan tingkap dapat mengelakkan syaitan masuk waktu maghrib adalah bukan dengan sebab fizikal pintu dan tingkap tersebut namun ALLAHlah yang memberikan rahmat dengan menghalang masuknya syaitan ke dalam rumah akibat kepatuhan manusia dan bukan akibat fizikal tingkap dan pintu. Jikalau hanya dengan menutup pintu dan tingkap akibat patuh dengan perintah dapat mengelakkan syaitan masuk rumah, apalah ada dengan usaha menggunakan botol untuk menangkap jin?
Seterusnya mari kita lihat pula kaedah perawat Akrine merawat berdasarkan petikan yang saya ambil dari web mereka di sini seperti berikut:

“Saya: (Membaca Selawat Tarfijiyah sambil gaya hembus membayangkan kepala isterinya).”

Rupa-rupanya para perawat Akrine macam sealiran dengan Darus Syifak atau mungkin mereka ini adalah bekas murid guru dari Darus Syifak. Berkenaan merawat menggunakan Selawat Tafrijiah ini, silalah baca artikel saya bertajuk Penjelasan berkenaan Selawat Syifak dan Selawat Tafrijiah dan #2 Penjelasan berkenaan Selawat Syifak dan Selawat Tafrijiah BAHG. 2 . Berkenaan perawat yang menggunakan selawat ini, nasihat saya ialah jauhilah mereka kalau boleh sejauh antara timur dengan barat. Berikhtiar melalui mereka ini seolah-olah menghabiskan beras sahaja.

Hujah saya seterusnya berkenaan perawat Akrine adalah berkenaan tulisan yang juga terdapat di http://akrine.blogspot.com/2009/06/pengalaman-merawat-21-merawat-migraine.html seperti berikut:

“Saya: "Ok sekarang baca ayatul kursi untuk melindungi diri kamu. Pastu baca Yaasin ayat 9 pada tapak tangan kamu dan hembus. Terus tadah tangan kamu untuk saya baca ayat untuk dihembus dari jarak jauh."”

Sekiranya mengikut perawat Akrine ini, Ayatul Kursi sungguh hebat sekali sehingga boleh melindung diri. Kalau beginilah, Allah boleh berehat dari memberikan rahmatNya maklumlah ayatul Kursi sudah boleh melindungi manusia!!!!?? Untuk memahami perkara ini dengan lebih lanjut, pembaca boleh membaca artikel saya bertajuk INGAT ALLAH DAPAT RAHMAT, INGAT AYAT KURSI AZAB BERTAMBAH dan SAMBUNGAN CERITA 6 KALI BERANAK ..... KENA TINDIH WAKTU TIDUR serta Jampi boleh bawa syirik tulisan dari Amran Kasimin.

Saya ingin mengulang semula kata-kata Amran Kasimin dalam artikel “Jampi boleh bawa syirik” sebagai berikut:

“Menurut keterangan hadis ini, jampi mantera ada kalanya boleh menyebabkan seseorang itu syirik. Di antara sebutan yang boleh menyebabkan syirik ialah ungkapan meminta perlindungan kepada makhluk seperti jin, menyamakan qudrah Allah dengan keupayaan makhluk-makhluk, beriktikad keberkatan jampi mantera yang boleh menyembuhkan penyakit, memberi kuasa, kekuatan atau hikmat terhadap objek-objek tertentu.”
Itulah sebabnya saya katakan bahawa meminta perlindungan dari ayat Kursi menurut Amran Kasimin membawa Syirik! Bacalah artikel dari Amran Kasimin ini sambil berdoa semoga diberikan Allah kefahaman darinya.

Tulisan saya bukanlah berniat untuk memfitnah atau kerana hasad dengki namun adalah atas dasar amar makruf nahi mungkar. Sekiranya saya tersilap dengan mana-mana bahagian yang telah saya utarakan, jawablah dengan baik secara ihsan. Mudah-mudahan wadah ini dapat kita semua manfaatkan untuk mencari redha Allah SWT.

Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay

Tuesday, June 28, 2011

BASMALAH

“Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran agama Allah)." (Surah An-Naml : ayat 30-31)

Ayat Al-Quran yang saya nyatakan di atas terdapat dalam Surah An-Naml,ayat 30-31, adalah satu perkhabaran tentang Nabi Sulaiman a.s dan Kerajaannya.Surat tersebut dihantar oleh Nabi Sulaiman kepada Ratu Balqis.Ternyata didalam surat tersebut mengandungi ucapan Basmalah.

Banyak ahli tafsir berpendapat ayat Basmalah ini telah diturunkan buat pertama kalinya kepada Nabi Sulaiman a.s dan telah diturunkan kali keduanya kepada Nabi Muhammad saw.Bukankah Nabi Sulaiman a.s mempunyai sebuah kerajaan yang hebat? Banyak ulama berpendapat kehebatan kerajaannya juga adalah berkait rapat dengan ayat Basmalah ini, malah Firaun juga amat mengkagumi ayat Basmalah ini sehingga dia menulis ayat ini diatas Pintu Gerbang Istananya. Apakah rahsianya Firaun berbuat demikian? Bukankah Firaun yang sezaman dengan Nabi Musa as dalam sejarahnya mengaku menjadi Tuhan?(tidak semua Firaun kufur , ada Firaun yang beriman).Firaun sendiri amat tahu sebenarnya Tiada Tuhan melainkan Allah swt, Cuma dia sendiri tidak mahu mengaku dan beriman dengan Allah swt Tuhan Nabi Musa as.

Bukankah ketika perjalanan Nabi Muhammad saw dalam peristiwa Israk mikrajnya ,Baginda telah melihat kalimah Basmalah ini telah ditulis dalam syurga dan ada beberapa mata air sungai yang keluar dari lubang huruf-hurufnya?

Sebagaimana yang kita sedia maklum, keseluruhan Kitab-Kitab suci yang diturunkan oleh Allah swt sebelum ini semuanya terkandung didalam Al-Quran, dan keseluruhan isi Al-Quran itu terkandung dalam Surah Al-Fatihah.Kata seorang penulis buku iaitu Khairul Ghazali dalam bukunya “Misteri Aura & Energi Surah Al-Fatihah” (m/s 117 ):

[“Kandungan utama Al-Fatihah itu adalah ringkasan atau kesimpulan dari kandungan keseluruhan Al-Quran.Sedangkan kandungan Surah Al-Fatihah telah terhimpun di dalam kalimat “Bismillahir rahmanir rahim” dan kalimah Basmalah tersimpul lagi dalam titik ba’ Bismillah”].

Tulis Khairul Ghazali lagi dalam bukunya diatas ketika menerangkan tafsir Basmalah seperti berikut (m/s 120-121):

[“Basmalah” adalah satu ayat yang tersendiri, diturunkan oleh Allah untuk menjadi induk atau ‘pembuka’ bagi setiap surah dan dan sekaligus sempadan antara satu surah dengan satu surah yang lain”

Imam Malik beserta ahli qira’at dan Fuqaha Madinah,Basyrah dan Syam, dan juga Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa Basmalah bukanlah satu ayat dari surah Al-Fatihah atau dari satu surah lain yang dimulakan dengan Basmalah itu.Basmalah tidak dibaca kuat dalam Solat Jahr(solat yang dibolehkan menguatkan bacaan).Sedangkan menurut Imam malik dibolehkan tidak membaca Basmalah sama sekali.

Basmalah adalah satu ayat dari Surah Al-Fatihah dan dari surah yang lain,yang dimulakan dengan Basmalah.Ini adalah pendapat Imam Shafie beserta ahli Qira’at Makkah dan Kufah.Oleh itu menurut mereka, Basmalah boleh dibaca dengan suara keras dalam solat jahr.

Kalau kita perhatikan bahawa sahabat Rasulullah saw telah sependapat( ijmak) menulis Basmalah pada permulaan setiap surah kecuali surah At-Taubah kerana memang dari mula turunnya tidak dimulakan dengan Basmalah.

Rasulullah saw melarang menulis sesuatu yang bukan Al-Quran supaya tidak bercampur aduk dengan Al-Quran.Oleh itu mereka tidak menuliskan ‘aamiin’ di akhir surah Al-Fatihah kerana tidak ada arahan secara langsung dari Rasulullah saw.]

Tulis beliau lagi dalam buku yang sama pada m/s 122-123 berkaitan dengan kalimah Allah, Ar-Rahman dan Ar-Rahim :

[ ‘Allah’ ialah nama bagi Zat yang ada dengan sendiriNya atau Zat Wajibul Wujud.Perkataan ‘Allah’ itu hanya digunakan oleh bangsa Arab kepada Tuhan yang sebenarnya, yang berhak disembah dan yang mempunyai sifat-sifat kesempurnaan.Mereka tidak menggunakan perkataan itu untuk tuhan atau dewa-dewa mereka yang lain.

Perkataan ‘ar-Rahman’ berasal dari ‘ar-Rahmah’ yang bererti ‘belas kasihan’. Iaitu satu sifat yang timbul dari perbuatan memberi nikmat dan kurnia.Jadi erti ar-Rahman ialah yang berbuat(memberi) nikmat dan kurnia yang banyak.

Perkataan ‘ar-Rahiim’ juga berasal dari ‘ar-Rahmah’.Erti ‘Rahiim’ ialah ‘orang yang mempunyai sifat belas kasihan dan sifat itu ‘tetap’ padanya selama-lamanya’.

Dengan demikian ‘ar-Rahmaanir Rahiim’ bererti “Tuhan telah memberi nikmat yang banyak dengan kemurahanNya dan telah melimpahkan kurnia yang tidak terhingga, kerana Dia adalah bersifat belas kasihan kepada makhlukNya”.

Oleh kerana sifat belas kasihan adalah satu sifat yang tetap padaNya, maka nikmat dan kurnia Allah tidak akan putus.]

Persoalan berkenaan samada Basmalah termasuk dalam Surah Al-Fatihah atau tidak, maka pendapat yang arjah(terkuat) ialah seperti pendapat Imam Shafie, iaitu ia termasuk dalam surah Al-fatihah lalu Surah Al-Fatihah dikira tujuh ayat.Inilah yang dimaksudkan dengan Firman Allah swt yang bermaksud :

“Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya” (Al-Hijr : 87)


Basmalah maksudnya : Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Makna ayat ini ialah, akan memulakan menyebut nama Allah sebelum setiap sesuatu dengan memohon pertolongan kepada Allah dalam segala urusan, kerana Allah bersifat Maha Perkasa di atas setiap sesuatu.

Ibn Jarir berkata : Sesungguhnya Allah mendidik nabi-Nya Muhammad s.a.w. dalam melakukan segala pekerjaan hendaklah dimulakan dengan nama-nama-Nya yang mulia dan dijadikan sunah bagi sekalian makhluk-Nya sama ada percakapan, surat, kitab dan hajat-hajat.

Gesaan ini jelas dengan arahan Allah dalam ayat pertama yang diturunkan dalam surah al-`Alaq. Justeru Allah mukadimahkan ayat ini pada semua surah kecuali surah at-Taubah. Ini kerana mengikut sebahagian ulama, ayat ini untuk memohon rahmat sedangkan surah at-Taubah mengkisahkan tentang perang atau hukuman Allah.

Dicabut

Dinaskan dalam hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya : Setiap sesuatu yang tidak dimulakan dengan basmalah, ia akan terputus. Hadis ini dihasankan oleh an-Nawawi, maksud `terputus' di sini adalah dicabut daripada kebaikan dan berkat.

Al-Alusi dalam kitabnya - Ruh al-Ma'ani berkata : Ulama khilaf adakah ayat ini khusus untuk umat ini atau tidak? Abu Bakar at-Tunisi menaqalkan ijma' ulama bahawa Allah mukadimahkan setiap kitab-Nya dengan basmalah.

Dalam basmalah terdapat tiga nama Allah, iaitu Allah, ar-Rahman dan ar-Rahim. Allah adalah nama bagi zat yang wajib ada yang bergantung segala alam dengan-Nya seperti firman Allah s.w.t : Hai manusia, kamu semua fakir (berhajat) kepada Allah, dan Allah bersifat Maha Kaya lagi Terpuji.

Satu-satunya nama yang dikaramahkan Allah ialah nama-Nya sendiri `Allah' yang tidak disekutukan oleh mana-mana makhluk termasuk manusia yang Islam atau bukan, yang bertamadun atau tidak. Semuanya tidak menamakan anak-anak mereka dengan nama Allah.


Inilah ajaib nama ini.

Perbezaan antara Allah dan ilah, iaitu Allah menunjukkan kepada nama khas bagi zat yang Maha Suci tidak disekutukan dengan yang lain, yang bermaksud Tuhan yang diabdikan dengan sebenarnya. Sebaliknya ilah menunjukkan umum, sama-ada kepada Allah, Tuhan yang sebenar atau tuhan-tuhan lain yang bathil.

Ar-Rahman dan ar-Rahim menunjukkan rahmat Allah yang meliputi sekalian makhluk. Ar-Rahman dan ar-Rahim apabila disekalikan sebutannya memberi makna yang berbeza. Ar-Rahman lebih umum dan di dunia ini, sedangkan ar-Rahim khusus untuk ahli taat di Hari Akhirat. Sebaliknya apabila disebut ar-Rahman atau ar-Rahim sahaja, ia mewakili antara satu sama lain seperti pendapat Syeikh Abdullah Sirajuddin di dalam tafsir surah al-Fatihah.

Hikmah dikhususkan sebutan ar-Rahman dan ar-Rahim dalam basmalah kerana beberapa perkara :

1. Supaya hamba-Nya tahu bahawa Allah Tuhan mereka bersifat Rahman dan Rahim untuk menjadikan mereka taat dan beribadah memohon kepada-Nya.

2. Nama ar-Rahman meliputi segala alam yang kesannya dapat dilihat dan dibuktikan. Dan semua makhluk seperti manusia, jin dan lain-lain dicipta dengan rahmat Allah, justeru dengan menghayati kalimat ini menambahkan lagi ketaatan kita kepada Allah.

Kenapa disebut dengan nama Allah, bukan Allah sahaja?

Persoalan ini timbul adakah diminta harap atau doa kepada Allah atau nama Allah. Jawabnya : Dengan Allah, tetapi Allah sendiri yang menyuruh bertawassul dengan nama-Nya, justeru tidaklah menjadi masalah.

Kedua, al-Allamah Abu Su'ud membezakan antara sumpah dan minta berkat, ini kerana kenyataan seseorang dengan Allah boleh diandaikan sebagai sumpah dan juga tabarruk. Oleh itu diletakkan nama Allah untuk membezakannya. Inilah yang sahih seperti kenyataan ahli tahqiq daripada kalangan mufassirin. ]



Sekian, Wassalam.

KELEBIHAN SURAH AL FATIHAH




Al-Fatihah - Keistimewaan dan fadilatnya


SURAH ini dinamakan dengan berbagai-bagai nama seperti al-Fatihah, Um al-Kitab, as-Sab'ai al-Masthani dan lain-lain. Imam al-Qurtubi menghitung 12 nama Fatihah, sedangkan al-Alusi menyebut sebahagian ulama mengira sampai dua puluh dua nama, sama ada secara tauqif daripada nabi atau ijtihad para sahabat.

Mempunyai tujuh ayat dengan ijmak yang bersalahan ulama pada cara bilangannya, sama ada basmalah termasuk dalam ayat atau tidak.

Surah al-Fatihah termasuk surah-surah Makkiah seperti yang dinyatakan oleh al-Wahidi dalam Asbab an-Nuzul dan ath-Tha'labi oleh Ibn Abi Syaibah, Abu Naim dan al-Baihaqi.

Ada pendapat yang menganggap surah ini termasuk surah Madaniah berdasarkan kepada apa yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah, Abu Said bin al-A'rabi, at-Tabarani daripada Mujahid daripada Abi Hurairah : menangislah iblis ketika diturunkan al-Fatihah di Madinah.

Menghimpun

Pendapat yang ketiga, ia diturunkan dua kali, Mekah dan Madinah sebagai menghimpun antara riwayat-riwayat.

Nas-nas hadis yang menunjukkan banyak kelebihan surah al-Fatihah antaranya :

1. Sebesar-besar surah dari segi kelebihannya seperti riwayat al-Bukhari daripada Abi Said bin Mu'alla.

2. Tiada tandingan dan bandingan dengan mana-mana surah dan kitab seperti Taurat, Injil, Zabur dan al-Furqan daripada surah al-Fatihah seperti riwayat Imam Ahmad daripada Ubay bin Ka'ab.

3. Dua cahaya yang digembirakan oleh malaikat iaitu al-Fatihah dan penutup surah al-Baqarah seperti riwayat Muslim daripada Ibn Abbas.

4. Penyembuh penyakit seperti terkena patukan ular, kala jengking dan lain-lain. Ini dinyatakan al-Bukhari dan Muslim daripada Abi Said al-Khudri.

5. Kelebihan Fatihah jelas apabila diwajibkan dalam setiap rakaat solat seperti riwayat al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi daripada Abu Hurairah.

6. Menyembuh penyakit gila seperti riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibn Sunni, Ibn Jarir, al-Hakim yang mensahihkannya daripada Kharijah bin as-Salt at-Tamimi daripada bapa saudaranya yang datang bertemu Rasulullah s.a.w. dan pulang, kemudian lalu di perkampungan yang terdapat seorang lelaki yang dirantai dengan besi lantas kata keluarganya : Adakah kamu boleh rawatnya, kerana kamu datang daripada sahabatmu (Rasulullah s.a.w.) yang amat baik.

Aku pun membaca al-Fatihah selama tiga hari sebanyak dua kali pada waktu pagi dan petang setiap hari, aku hembus ke mukanya kemudian dengan izin Allah dia sembuh dan diberikan kepadaku 100 ekor kambing, aku datang kepada Rasulullah s.a.w. dan menceritakannya, sabda Rasulullah s.a.w : Makanlah, siapa yang berjampi dengan bathil? Sesungguhnya kamu berjampi dengan sebenarnya.

Inilah sebahagian daripada fadilat al-Fatihah.

INTI PATI DAN KANDUNGAN

Al-Fatihah mempunyai makna-makna al-Quran yang diasaskan dengan maksud-maksud secara ijmal, terdiri daripada usul ad-din dan cabang-cabangnya seperti akidah, ibadah, tasyri', iktikad dengan Hari Akhirat, beriman dengan sifat-sifat Allah yang mulia, mengesahkannya dalam beribadat, meminta pertolongan dan doa.Selain itu memohon hidayah ke jalan yang benar di samping menetapkan iman dan jalan orang-orang solehin, menjauhkan daripada golongan yang dimurka Allah dan yang sesat. Justeru dinamakan Um al-Kitab kerana menghimpun segala maksud-maksud asas.

As-Shahid Hasan al-Banna dalam risalahnya - Mukadimah fi at-Tafsir - berkata : Tiada syak siapa yang tadabbur al-Fatihah yang mulia ini pasti dapat melihat kayanya makna dan keindahannya serta keserasiannya, antara lain dapat dilimpahi cahaya pada hatinya.

As-Shahid Syed Qutb dalam tafsirnya - Fi Zilal al-Quran antara lain berkata : Sesungguhnya surah ini mengandungi inti pati akidah Islamiyah tasawwur Islami, perasaan dan harapan doa kepada Ilahi yang diisyaratkan daripada hikmah pemilihan surah ini pada setiap rakaat solat.

As-Syeikh Abdul Rahman Habannakah al-Midani di dalam kitabnya Ma`arij at-Tafakkur membahagikan inti pati al-Fatihah kepada empat :

1. Asas iman yang wajib diimani hamba-hamba Allah yang diujinya ketika berkelana di dunia secara mesti.

2. Tuntutan Allah terhadap hamba-Nya beribadat dan bergantung kepada-Nya tanpa sekatan dengan yang lain.

3. Agama pilihan Allah bagi hamba-hamba-Nya yang diuji, hanya sirat al-mustaqim yang dapat kemenangan yang disuruh pohon hidayah kepada-Nya.

4. Dua masa ujian, ujian di dunia dalam kehidupan semenjak lahir dan hingga kiamat terhadap tuntutan Allah.
Justeru dinamakan surah ini Um al-Quran kerana rangkuman segala inti pati al-Quran ]]


**************************


Marilah kita membincangkan Surah Al-Fatihah ini dengan lebih mendalam lagi:

Surah ini dibaca oleh setiap muslim sekurang-kurangnya 17 kali sehari! Iaitu dalam setiap rakaat solat 5 waktu kita.Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari Muslim, Rasulullah saw bersabda :

“Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca Fatihah Al-kitab”

Hadis diatas sudah cukup memberikan satu keistimewaan kepada Surah ini.Dalam satu hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Abdillah, Rasulullah saw bersabda :

“Sesungguhnya Iblis menjerit 4 kali .Pertama, pada hari ia dilaknat, kedua, ketika ia turun ke bumi, ketiga, Ketika Allah swt mengutuskan Muhammad saw pada tempoh terhentinya rasul, dan keempat, ketika diturunkan Umm al-Kitab yakni “Alhamdulillahi robbil ‘alamin”. Dan Iblis tertawa terbahak-bahak 2 kali, pertama, ketika Adam makan buah dari pohon dan kedua, ketika ia diturunkan ke bumi”

Ketika Surah Al-Fatihah diturunkan, semua iblis menangis kerana ketakutan.Suara tangisan iblis terdengar oleh seluruh makhluk kesegenap penjuru dunia kecuali manusia.Ada riwayat yang mengatakan semua iblis berkumpul dan menjerit dengan sekuat kuatnya sebanyak empat kali ketika surah ini diturunkan.

Dalam Sahih Muslim, Rasulullah menyatakan bahawa Allah Swt terus menjawab bacaan Al-Fatihah hambanya, diriwayatkan dari al-‘Ala’ bin Abdur Rahman, dari ayahnya dari Abu Hurairah RA, Rasulullah saw bersabda :

“Aku telah membahagi solat dua bahagian antara diriKu dan hambaKu. Bagi hambaKu apa yang dia minta. Jika dia mengucapkan, “Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam”, maka Allah berfirman “HambaKu telah memujiKu”.Dan jika dia mengucapkan “Yang menguasai hari pembalasan”, maka Allah berfirman “HambaKu telah memuliakanKu”. Jika dia mengucapkan "Hanya kepada Engkaulah kami beribadat dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan”. Maka Allah berfirman “Inilah bahagian antara hambaKu dan diriKu, untuk hambaKu apa yang dia minta”. Dan jika dia mengucapkan “iaitu jalan orang-orang yang Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat”, maka Allah berfirman “ Ini untuk hambaKu dan bagi hambaKu pula apa yang dia minta”.

Dalam sembahyang pula, seperti hadis yang diriwayatkan oleh Abu daud, Sahmi, dan ‘Amr ad-Dani disahihkan oleh hakim, bahawa Rasulullah saw membaca surah ini dengan berhenti pada setiap akhir ayat(waqof), tidak menyambung satu ayat dengan ayat berikutnya(Washol).

Dalam Al-Quran sendiri Allah telah menyatakan tentang 7 ayat yang di ulang-ulang :

“Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu (wahai Muhammad) , tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya”
[ Surah Al-Hijr: ayat 87 ]

Khairul Ghazali dalam bukunya “Misteri aura & energi Surah Al Fatihah”, pada mukasurat 44, menulis tentang nama-nama lain bagi surah ini :

[[ Berdasarkan hadith-hadith ,umumnya mufassir(yang terdahulu mahupun yang kemudian) menyebut tujuh nama; al-Quran menyebut 12 nama; al-Fakhr al-Razi dan al-Alusi, 22 nama dan Sayyid Muhammad Haqqi al-Nazili, 30 nama.

Senarai nama-nama lain bagi surah Al-Fatihah :

1.Fatihah al-Kitab (Pembuka al-kitab)
2.Fatihah al-Quran (Pembuka al-Quran)
3.Umm al-Kitab (Induk al-Kitab)
4.Umm al-Quran (Induk al-Quran)
5.Al-Quran al-Azim (Quran yang agung)
6.Al-Sab’al-Mathani (Tujuh yang berulang)
7.Al-Wafiyah (Yang memenuhi)
8.Al-Waqiyah (Yang melindungi)
9.Al-Kanz ( Perbendaharaan)
10.Al-Kafiyah (Yang mencukupi)
11.Al-Asas (Asas)
12.Al-Nur (Cahaya)
13.Surah al-Hamd (Surah pujian)
14.Surah al-Syukr (Surah Syukur)
15.Surah al-Hamd al-Ula (Surah pujian pertama)
16.Surah al-Hamd al-Qushwa (Surah pujian terakhir)
17.Surah al-Ruqyah (Surah mantera penawar)
18.Surah al-Syifa’ (Surah Ubat)
19.Surah al-Syafiyyah (Surah penyembuh)
20.Surah al-Solat (Surah Solat)
21.Surah al-Du’a ( Surah Doa)
22.Surah al-Tolab (Surah permintaan)
23.Surah al-Su’al (Surah permohonan)
24.Ta’lim al-Mas’alah (pengajaran masalah)
25.Al-Minajat ( Bisikan)
26.Al-Tafwidh (Kepasrahan)
27.Al-Mukafaat (Penggantian)
28.Afdhal Suwar al-Quran ( Surah al-Quran paling utama)
29.Akhir al-Surah min suwar al-Quran (Surah al-Quran terakhir)
30.A’zham surah fi al-Quran ( Surah al-Quran paling agung) ]]

Oleh itu, marilah kita sama-sama beramal dengan Surah yang hebat ini.

Wassalam.

SYAIR KERAMAT TOK KENALI



Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Tok Kenali, adalah seorang tokoh agama dan wali Allah di alam melayu yang rasanya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi berkaitan dengan ilmu dan kehebatannya .

Terima kasih kepada sahabat saya Muallim 1, yang sudi berkongsi ilmu berbentuk kupasan-kupasan mendalam terhadap karya Tok Kenali melalui arwah gurunya dan memberikan keizinan kepada saya pula untuk menyiarkan kembali beberapa perenggan dari syair itu.

Syair karya arwah Tok Kenali seperti dibawah ini jarang jarang sekali kita temui dan baca , antaranya ialah :

“Maharaja Daulat Tuanku, umat islam mereka memangku,
Adam dan Hawa nenek Tuanku, langit dan bumi ia memangku,

Merah Puteh Bendera Muhammad, Kuning Hijau Auliya’ keramat,
Kelabu Hitam dicela ummat, jangan menerima umat Muhammad,
Simbol besi serta keris, sekeliannya itu dibinasakan Allah”


Mengikut sahabat saya Muallim 1, Syair ini dicetak dalam Risalah Gerak Kilat Menyambar dan Mutiara Di Tengah Mata, tulisan Syaikh Mahmud Nasri Uthmani, Baling Kedah.Beliau merupakan khadam dan murid kepada Tok Kenali. Saya dan Muallim1 tidak pasti apa lagi isi kandungan risalah tersebut selain dari ia mengandungi syair ini yang menyebabkan ianya diharamkan oleh Majlis agama islam.

Risalah ini pernah menggegarkan Kedah-Perak awal tahun 70-an, Syaikh Mahmud pernah dipanggil untuk menjawab isykal-isykal yang ditimbulkan dari risalah ini. Beliau bersama sahabatnya iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hamid Bukit Besar yang juga anak murid Tok Kenali telah menjawab segala kemusykilan-kemusykilan oleh para ulama Kedah-Perak ketika itu.

Bagaimanapun ,tidak ada kata sepakat pada waktu itu dalam membenarkan atau menyesatkan risalah ini. Tetapi , kini risalah itu telah diharamkan oleh Majlis Agama Islam Perak dan Kedah, setelah puluhan tahun Syaikh Mahmud pulang ke Rahmatullah.

Kupasan Peribadi sahabat saya Muallim 1 tentang Syair diatas:

[[ Pada baris pertama syair itu ada perkataan atau kalimah “Daulat Tuanku”, kalaulah ini merupakan kalimah syirik seperti yang pernah didakwa oleh sesetengah pihak, takkan Tok Kenali masukkan kedalam syairnya pula, takkan beliau tidak faham akan maksudnya atau tidak tahu akan hakikat kalimah itu!

Siapakah golongan bendera merah puteh itu?

Golongan Merah ialah golongan para mujahiddin yang menjaga agama dan berjuang menegakkan agama Allah dengan diri dan darah mereka! Contoh mereka yang berjuang dengan cara ini ialah Tok Janggut, Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Tok Gajah, Dol Said dan ramai lagi…

Golongan Puteh pula ialah puak pondok, puak yang menjaga agama islam dengan kitab, mereka belajar dan mengajar ilmu.

Golongan Kuning ialah puak Raja – Raja Melayu, puak yang menjaga agama dalam kesulthanan. Mereka juga memikul amanah untuk memastikan melayu-islam akan kekal sehingga ke akhir zaman.

Golongan Hijau ialah ialah puak Al-Khaidir a.s, puak yang menjaga agama dengan kesaktian. Contoh mereka yang berada dalam puak ini ialah Tok Ku Paloh , semua Jundullah atau pendekar sufi. Nabi Khaidir a.s dikatakan pernah sembahyang sebanyak dua kali bersama Tok Ku Paloh, kali pertama Tok Ku Paloh berimamkan Nabi Khaidir a.s , kali kedua Nabi Khaidir a.s hadir sembahyang subuh berimamkan Tok Ku Paloh pula.

Kelabu pula ada 2 tafsiran iaitu merujuk kepada fahaman Ibnu Taimiyyah dan satu lagi merujuk kepada Syiah.

Hitam pula merujuk kepada fahaman golongan wahabi.

Kelabu dan hitam ini dicela pegangan dan fahaman mereka oleh Ahli Sunnah Waljamaah. Ramai diantara pengikut sebuah parti pembangkang sekarang ini yang berfahaman syiah dan wahabi.

Simbol besi pula merujuk kepada dacing, alat penimbang yang digunakan oleh satu komponen beberapa parti di negara ini, manakala simbol keris pula digunakan oleh sebuah parti di negara ini.

Mengikut Firasat dan Kasyaf Tok Kenali kesemua golongan kelabu,hitam dan golongan bersimbolkan besi dan keris nanti akan dibinasakan Allah!!! ]]


Lihat dan renunglah sendiri wahai sahabatku sekalian, mutu dan keunggulan semua parti atau golongan diatas sudah semakin merosot kini , malah telah mengalami zaman kejatuhannya. Para pemimpin mereka asyik mengejar harta dunia, pangkat, malah sudah ada yang sanggup bersekongkol dengan kafir demi kelansungan kuasa mereka.

Atas sebab itulah marilah kita bersatu agar kita termasuk kedalam 3 golongan iaitu golongan Merah atau Puteh atau Hijau manakala golongan Kuning berada dalam kategori nya yang tersendiri dan akan bangkit dengan sendirinya atas sokongan dari 3 golongan lain iaitu; [merah-puteh-hijau] InsyaAllah!!!

Ketepikan soal politik sempit yang menyebabkan perpecahan ummah !
Melayu -islam harus bersatu !
Melayu- islam harus kuat!

Ayuh, sambutlah saranan wali Allah Tok Kenali seperti yang tertulis dalam karya syairnya diatas. Syair keramat seorang wali Allah yang kuasa kasyafnya mampu menembusi ruang masa hingga ke 100 tahun kedepan dengan izin Allah.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!!!

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Ø£ًلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ
بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.

Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah SAW bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.

Pertama : Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.

Kedua : Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.

Perjalanan Rasulullah SAW ini telah diabadikan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud; ”Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah SAW hanya berlangsung pada satu malam.

Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda SAW sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi SAW bukannya roh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan " asra bi 'abdihi lailan " yang bermaksud memperjalankan hambaNya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad SAW yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja.Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi " asra bi rohi 'abdihi lailan " yang bermaksud memperjalankan roh hambaNya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hambaNya iaitu Nabi SAW dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.

Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasulNya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.

Setelah baginda SAW menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda SAW. Fitnah terhadap baginda SAW bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda SAW maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi SAW lalu beliau dengan tegas menyatakan : " Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda SAW mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya ". Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasulNya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.

Selain itu, pernah juga diriwayatkan Rasulullah SAW berjumpa dengan pelbagai keadaan manusia ketika di dalam perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini seringkali diulangcerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk dan Mikraj diadakan, saya melihat roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam.

Sahabat yang dimuliakan,
Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
3. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.

Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah SAW memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah SWT ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Di Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Di Langit Kedua: Nabi SAW dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa a.s. dan Nabi Yahya a.s.

Di Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf a.s.

Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris a.s.

Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun a.s. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa a.s.. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW , Nabi Ibrahim a.s. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.

Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim a.s. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".

Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah SWT : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah SWT : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim a.s. kemudian Nabi Musa a.s. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj :

Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Sahabat yang dikasihi,
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah SWT dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Dengan kita mendengar dan menghayati kisah dan cerita yang berlaku di dalam peristiwa Israk dan Mikraj kita perlu ambil ikhtibar dan yakin bahawa bumi Baitulmaqdis Palestin yang menjadi tempat bermulanya Mikraj Nabi SAW adalah bumi penuh berkah dan terdapat Masjidil Aqsa (kiblat pertama umat Islam)

Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa adalah harta umat Islam yang telah dirampas oleh Zionis Yahudi laknatullah. Umat Islam perlu berusaha, berkorban dan berdoa semoga tempat suci umat Islam ini dapat dipulangkan kembali kepada pangkuan umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj akan lebih bermakna apabila umat Islam seluruhnya dapat membantu saudara-saudara kita di Palestin dan dapat memulihkan dan menguasai Baitulmaqdis dan menghalau Yahudi laknatullah daripada menguasai dan membunuh saudara-saudara kita di Palestin.

KAEDAH RAWATAN

AMARAN : Ini adalah penjelasan kaedah @ cara perubatan yg selalu di gunakan oleh TK apabila merawat pesakit .Tidak semestinya para pesakit mesti melalui semua kaedah ini . Kaedah ini adalah semata-mata ikhtiar sahaja yg menyembuhkan adalah Allah s.w.t .

Mudah-mudahan penjelasan ini dapat menghilangkan sangka-sangka manusia terhadap PKMF TK ( PK TKAF ) . Kami bukannya pengamal perubatan alternatif ataupun bomoh dan kami bukannya ahli mentalaah kitab -kitab @ alim kitab . Kami hanya pengembara dan pengkaji alam jin dan isinya semata-mata utk mengesakan Zat Allah s.w.t .

Ilmu Perubatan ini adalah semata-mata kurniaan Allah kepada TK dan semata-mata untuk membantu manusia yg ditimpa kesusahan .

Dan bantu membantulah kamu di dalam kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bantu membantu ke arah dosa dan maksiat @kejahatan.

KAEDAH RAWATAN

1) Mandi limau

Yg bermaksud ma ndi menggunakan air limau nipis yg telah di bacakan ayat al quran seperti ayatul kursi dan sebagainya

caranya ialah .

• 1- Pesakit akan mandi seperti biasa seperti mandi -mandi yg biasa dilakukan oleh pesakit pada hari -hari yg lain .

• 2- Setelah itu pesakit itu akan mengambil wuduk

• 3- Setelah itu barulah limau yg telah di bacakan ayat suci Al quran itu di potong dan diperahkan ke dalam air mutlak yg telah di isi ke dalam baldi yg bersaiz sederhana .

• 4- Pesakit akan duduk mengadap kiblat dan menarik nafas sedalam-dalamnya dan berniat mudah-mudahan segala penyakit dari pelbagai punca seperti salah sendiri .rasukan jin ,saka dan sebagainya akan keluar seperti aliran air keluar daripada tubuh badan pesakit .Insyaallah .

• 5- Ketika berniat seperti di atas maka air akan di jiruskan secara perlahan-lahan yg pada masa yg sama nafas pun di lepaskan secara perlahan-lahan sehingga lah air limau yg dijirus itu habis dan nafas pun telah dikeluarkan sepenuhnya secara serentak .

• 6- Air limau yg membasahi tubuh badan itu hendaklah dibiarkan sahaja kering sendiri yg bermaksud tidak perlu dilap menggunakan kain tuala . maka selesailah proses mandi limau itu .

Para pesakit kadang - kadang di benarkan mandi sendiri ..bagi pesakit yg agak kronik dan perlukan pengawasan bagi pesakit lelaki akan dimandikan ( mandi limau sahaja ) oleh lelaki dan pesakit perempuan akan dimandikan ( mandi limau sahaja ) oleh perempuan . Pesakit akan memakai kain mandian yg sesuai ketika mereka mandi .


Kes dan tropong

Rawatan dengan menggunakan air limau nipis ini juga boleh digunakan untuk kanak-kanak yg sering menangis sehingga tangisannya itu mampu mencuit kejengkelan ibu dan bapa kanak-kanak itu .

Kami ada satu kes iaitu anak salah seorang ahli PK TKAF ( PKMF TK )iaitu Sang Muslihat sering menangis yg tidak diketahui punca dan asbabnya . Suatu hari TK telah mengajarkan kepada SM cara rawatan dgn menggunakan air limau nipis iaitu ..

Setelah air limau itu dibacakan ayat suci Al Quran lalu di belah kemudian terus sahaja dilumurkan ke kepala anaknya sehingga yg sepatutnya . Hasilnya kanak-kanak itu terus tidur dengan nyenyak dan melupai tangisannya .Wallah a'lam .

Niat ketika membaca ayat suci Al Quran ke atas limau amatlah penting .suatu pengalaman dari sahabat kami iaitu SPS ketika dia hendak memandikan limau ke atas anaknya , Tiba-tiba dia meminta isterinya meneropong perbuatannya itu .

Alangkan terkejutnya Sang Isteri melihat aura hitam keluar melalui tapak tangannya dan dengan segera menegur suaminya ... Bang .... Abang wajib betulkan niat / kaedah ni bang ..nampaknya tidak menjadi ... ada aura hitam keluar dari tangan abang!

SPS pun terkejut dan tersedar serta membetulkan niatnya .... kemudian dia memulai kembali kaedah itu ...dan pada kali ini isterinya melihat suatu aura yg bercahaya keluar dari tapak tangan dan masuk ke dalam limau tersebut ...maka berjayalah SPS melimau limau untuk anaknya itu .

Air limau nipis adalah masam dan bersifat asid dan menghakis pada fizikalnya tetapi apabila di gunakan utk rawatan ke atas pesakit maka ia bertukar menjadi suatu agen untuk menghakis saka-saka ,penyakit -penyakit dan unsur -unsur jin sesuatu seperti zahirnya yg bersifat menghakis itu .


Cara yg ke 2

Solat taubat ,solat tasbih dan bertasbih

Kaedah rawatan yg seterusnya yg selalu di gunakan oleh TUAN KELARIAS ketika merawat pesakitnya ialah mewajibkan pesakit ( walaupun sunat) demi penyembuhan yg berkesan dan berterusan ialah dengan melakukan solat taubat , solat tasbih dan bertasbih

Segala musibah yg menimpa manusia dari pelbagai punca seperti di timpa kemalangan , di rasuk jin , terkena sihir semuanya disimpulkan oleh TK sebagai salah diri sendiri bukan salah orang lain .

Tuan Kelarias melarang para pesakitnya apabila terkena sihir terus menuduh sipulanlah yg melakukan perbuatan tersebut ,sipulanlah lah yg bersalah aku tidak bersalah dan aku dizalimi .

Untuk memudahkan kesembuhan daripada unsur-unsur jin itu para pesakit wajiblah mengakui bahawa apa-apa yg menimpa dirinya itu adalah atas kesalahan dirinya sendiri .

Dengan akuan kesalahan itu mudahlah dan lebih cepatlah kesembuhan atas diri pesakit kerana meletakkan musibah itu adalah daripada kesalahan diri sendiri dan datang daripada Tuhan dan mempunyai hikmah yg tersendiri .

Bak kata bijak pandai ..adalah lebih baik kita beri mereka joran berbanding ikan supaya mereka boleh mencari ikan apabila mereka mahu makan . jika kita beri dia ikan maka apabila ikan itu habis ...maka laparlah kembali lah mereka itu .

Solat taubat . Semua manusia itu melakukan kesalahan dan sebaik -baik manusia yg melakukan kesalahan itu adalah yg bertaubat . Kembalilah kepada Allah maka Allah akan menerima taubat manusia itu dan lancarlah bantuan Allah selepas drp itu .


3) Pengeras

Artikal ini adalah pengalaman salah seorang ahli PK TKAF ( PKMF TK ) iaitu yg digelar Sang Serikandi Cinta Merah . ...........SK hanya mengcopy dan paste sahaja

Pengeras atau mahar sering diberikan dalam pengubatan alternatif. Dahulu hamba juga tertanya-tanya mengapakah perlu diberikan pengeras bukankah ia seharusnya ikhlas untuk membantu sesama mahluk. Hamba tidak pernah bercita-cita atau termimpi akan terlibat dengan dunia pengubatan ini apatah lagi ilmu yang sangat cetek dalam dunia pengubatan ini. Penglibatan hamba adalah secara tidak sengaja.

Apabila hamba terlibat dengan dunia kerohanian ini dengan izin ALLAH hamba memperolehi sedikit gula-gula pemberian ALLAH. Berkemungkinan besar gula-gula ini untuk menguatkan kepercayaan dan iktikad hamba di dalam alam kerohanian ini tidak lebih dari itu.

Berapa lama hamba akan merasai kemanisan gula-gula ini hanya ALLAH yang mengetahuinya... Gula-gula itu adalah hamba mampu meneropong ke alam yang satu lagi dengan izin ALLAH semata-mata. Bukanlah setiap masa hamba mampu. Tapi terkadang hamba juga takut jika ini hanya angan-angan atau daya imiginasi hamba sendiri.

Suatu malam hamba telah bermimpi diberikan sebatang kayu oleh TK . Apakah kegunaan kayu itu tidaklah hamba mengetahuinya. Kayu yang panjang itu tidaklah hamba nampak hujung dan pangkalnya hanya dihadiahkan TK pada hamba... Setelah dirujuk kepada TK itu adalah salah satu alat alam kerohanian. Apakah kegunaannya tidaklah hamba mengetahuinya..

Perjalanan hamba dalam dunia pengubatan ini bermula ketika anak hamba sakit. Tidak tahu hujung pangkalnya anak hamba yang berusia setahun itu mengalami muntah-muntah yang tidak berhenti-henti. Hati hamba sebagai ibu sangatlah cemas apabila menerima panggilan dari nurseri mengenai keadaan anak hamba.

Sehinggakan air masak pun dimuntahkanya semula. Berkat panduan SPS yang pernah menerangkan tentang kaedah ringkas pengubatan itu hamba bermula dengan anak hamba sendiri.

Dengan izin ALLAH ...hamba dapat melihat anak hamba terbaring keletihan. Hamba masuk ke dalam perutnya dan hamba nampak jin-jin yang duduk bersuka ria di dalam perutnya. Dengan izin ALLAH hamba menggunakan kayu kerohanian untuk membelasah kesemua jin tersebut. Jin itu kebanyakkanya bertanduk dan berekor. sebanyak 5 ekor hamba singkirkan.

Setelah hamba lihat sudah tiada dalam pandangan hamba... Hamba bergegas pulang untuk melihat keadaan anak hamba. Dia masih keletihan dan muntah lagi ketika hamba sampai. Hamba pun sudah bersedia untuk menghantarnya ke hospital. Sampai di sana, doktor memeriksa keseluruhan anak hamba, tiada tanda-tanda dia menghidapi demam, jangkitan kuman di perutnya atau mengalami sebarang penyakit yang boleh menyebabkanya muntah-muntah.

Hanya dengan berbekalkan ubat tahan muntah, hamba membawa anak hamba pulang ke rumah. Di rumah anak hamba ada memuntahkan lendir sebanyak 2 kali dan selepas itu dengan izin ALLAH dia sihat dan ceria seperti biasa. Tanpa dapat dijelaskan dari segi perubatan zahir apakah sebenar-benar punca penyakitnya.

Hamba pernah diberitahu untuk meminta pengeras setiap kali melakukan bantuan pengubatan. Pada mulanya hamba tidak mengerti apakah puncanya diperlukan pengeras itu. Setelah melalui kejadian yang kedua barulah hamba mengerti kepentingan pengeras.

Sewaktu hamba di Singapura hamba menerima panggilan telefon dari makcik hamba. Mengatakan seorang kenalan rapat keluarga kami sedang sakit. Sakitnya tidaklah diketahui apa puncanya. Tapi dikatakan sudah tidak mampu bangun dan hanya terbaring sendirian sahaja. Telah dirujuk dengan seorang ustaz diselatan tanah air dan dikatakan ini adalah perbuatan org yg disebabkan dosa-dosanya sendiri.

Ustaz berkenaan menasihatinya menangung sahaja apa yg berlaku sebagai kifarah dosa. Kenalan keluarga hamba ini dinamakan sebagai Kak L sahaja. Kak L ini sangat cantik orangnya. Dengan ketinggian umpama super model, kulit yang putih melepak dan keayuan wajahnya dia memang menjadi perhatian kemana-mana sahaja dia pergi. Dahulunya bukan sahaja sangat cantik tapi sangat berjaya dalam perniagaan restorannya bersama suami.

Masa itu hamba masih belajar lagi. Hamba juga kagum dengan kemewahan Kak L yang dimiliki kerana Kak L mampu menghabiskan 4-5 angka sehari hanya untuk bershopping. Bukan niat hamba untuk memburukkan sesiapa namun sebagai iktibar diri hamba sendiri.

Panas yang disangkakan berpanjangan rupanya tidak selalu sampai ke petang. Sesungguhnya rezeki dan kemewahan itu dari ALLAH bila-bila sahaja ALLAH boleh mengambilnya semula dengan sebegitu mudah sekali.

Jika melihat cara hidupnya yang dahulu tidak dapat hamba bayangkan kesudahannya begini. Maka hamba juga muhasabah diri dengan iktibar yg ada ini. Apapun yang kita miliki tidak akan kekal ia datang dengan ujian agar kita tidak hilang pertimbangan apakah niat utama kita didunia yg fana ini.Gagal dalam perniagaan dan perkahwinan menyebabkan Kak L menghadapi pelbagai dugaan sekarang.

Mendengarkan keadaan Kak L yang dikatakan tenat itu hamba merasa sangat simpati. Dikatakan sesiapa yang menolong Kak L juga akan ditimpa musibah. Sesungguhnya dengan ilmu yang sangat cetek ini hamba tidak yakin dapat membantu. Namun sebagai hamba ALLAH , hamba ingin menghulurkan bantuan sedayanya hamba bukan kerana ilmu yang hamba ada tapi kerana ALLAH semata-mata. Jika berjaya ianya adalah pertolongan dari ALLAH jika gagal ia juga adalah dengan izin ALLAH yg pasti ada hikmahnya.

Maka dengan pertolongan ALLAH semata-mata, hamba dapat melihat keadaan Kak L yang terlantar di pembaringanya. Di atas kepalanya ada seekor Gunduk yang sangat besar duduk disitu dan seekor lagi gunduk yang sangat besar duduk dilututnya. Mungkin disebabkan itulah Kak L tidak mampu mengangkat kepala dan bangun. Menggunakan kayu tersebut dengan izin ALLAH jua hamba mengikat kedua-dua ekor gunduk itu dan dihantarkanya pergi. Hamba sendiri tidak tahu keberkesanan rawatan. Selepas itu hamba menunaikan solat tasbih dengan 2 rakaat terakhir hamba hadiahkan kepadanya. Mudah-mudahan jika ada yg lainnya akan terkeluarlah dari tubuh Kak L.

Keesokkanya hamba bertanya kepada makcik hamba bagaimana keadaan kak L. Dikatakan Kak L sudah boleh bangun dan sakit-sakitnya telah berkurangan. Kerana dia juga telah pergi membuat rawatan tradisional di tempat lain. Alhamdulillah mungkin rawatan hamba membantu mungkin juga tidak. Namun mendengar keadaan Kak L yang sudah semakin sihat itu hamba bersyukur.

Sesungguhnya syarat pengubatan itu adalah dengan meminta pengerasnya. Namun membantu Kak L secara rahsia adalah tanpa pengeras. Keesokkanya hamba merasakan badan hamba sangat sakit. Hamba pun memulakan kaedah mandi limau. Setelah hamba mandi limau, hamba rasakan tangan kiri hamba seperti dicucuk-cucuk jarum... sangat pedih dan sakit rasanya.

Malam itu hamba bertemu TK dan menyatakan ketidak selesaan hamba. Berkat pertolongan TK keluarlah angin-angin jahat hamba itu dari tangan hamba. Hamba dapat rasakan seakan-akan ada sesuatu yang keluar dr jari-jari hamba. Setelah itu barulah hamba ketahui pentingnya pengeras itu adalah untuk mengelakkan angin-angin jahat itu dari datang kepada perawat semula.

SK menambah sedikit ..pengeras kadang-kadang ditetapkan khususnya pada penyakit-penyakit yg kronik pada pandangan perawat walaupun tidak kronik pada pandangan pesakit atau orang yg menemani pesakit . Ctnya ketika merawat pesakit yg terkena sihir - sihir yg kuat dari bomoh-bomoh Siam yg berhati kering dan mahukan mangsanya itu menemui ajal setelah mengalami penderitaan .

Walaupun perawat itu kebal daripada serangan jin dan mampu pulih kembali apabila di serang akan tetapi perlu diingat adakah anak bini dan keturunannya itu juga seperti diri perawat itu ? . Jika tidak amat perlulah pengeras itu .

Mafhum Sabda Rasulallah s.a.w :

"Sedekah itu mampu mengelakkan bala"

Dan bala itu boleh diertikan dgn ertikata yg luas ..terkena sihir juga suatu bala dan musibah ...Logiknya apabila seseorang itu membantu seseorang itu keluar darp bala'nya maka selepas itu orang yg membantu itu akan terkena bala pesakit itu . Jadi keluarkan lah sedikit wang sebagai sedekah sebagai bayaran sebagai ganti sakit dengan sihat kepada Allah untuk kebaikan diri perawat dan pesakit .

Perawat yg jujur tidak kemaruk dengan duit pesakit ...


**** Tambahan : Pesakit jarang bersifat jujur. Penyakit datang bak semut tapi nak sembuh bak ribut. Datang berubat sekali nak terus baik, sedekahnya pun bukan banyak mana. Tetapi tohmahan pula yang dapat oleh perawat." Aku dah pergi, tak baik pong....pergi baru sekali, bila perawat mula tazkirah dia beralih muka. Bila kaedah rawatan tidak nampak logik dek akal, atau tidak sama sepertimana yg di nampak dalam TV oleh perawat tersohor, hatinya mula menaruh syak wasangka.

Kaedah tercanggih dan berteknologi tinggi adalah sepertimana yg di tunjukkan oleh baginda Rasulullah. Walau tak nampak logik dan boleh di terima dek akal, hakikatnya ALlah jua yg menyembuhkan, bukan pada alatan moden, bukan pada ubat-ubatan dan bukan pada Ruqyah.

Manusia yg belajar agama dan beramal ibadah ikhlas kerana ALLAH....tidak mengharapkan pujian manusia, tidak mengejar pangkat dan glamour. Tidak sangkut pun di hatinya untuk mengejar Ijazah Sarjana Syariah, Masters atau Phd, tidak mahu di temuramah wartawan apatah lagi membuat program TV. Dgn gelaran Professor atau Doktor apatah lagi pangkat Datuk atau YB.

Ikhlas pada Allah SWT kerana hanya DIA yg wujud, makhluk dan alam adalah bayang-bayang kewujudan Nya.Hilangkan keakuan diri, yg Maha Berkuasa dan Maha Menyembuhkan Hanya ALLAH Azzawajalla. Berkhidmat pada sesama manusia takada konsep ikhlas lagi.Abu Said al Khudri bertanya Rasulullah mengenai upah 30 ekor kambing setelah menjampi ketua kampung dari sengatan kala,kata Rasulullah, bagi aku sebahagian dan selebihnya kamu bahagi-bahagikan. Sahabat ABu Said menetapkan upah terlebih dahulu, setelah pesakit sembuh baru lah apa yg dijanjikan di tunaikan. Apa kata Rasulullah.............ehhhh..mana leh camtu ...kena ikhlas....mana buleh jual ayat-ayat Allah......ada ke Baginda cakap camtu?

Kata Baginda, kamu lebih tahu akan urusan dunia kamu. Maka umat Islam terutama perawat Islam yg haq yg tak glamor, yg bukan berguru dgn yg ada pangkat Datuk @ ada Phd....susah utk kembangkan ilmunya dan berbakti secara total untuk masyarakat kerana ILMUNYA YG DI ANUGERAHI ALLAH DAN RASUL tidak diiktiraf oleh manusia. Mereka tidak mengejar belajar agama di Universiti kerana mereka tahu pengajian di Universiti sudah terputus sanad pengajiannya .......dan bukan dari Ahlul Bait.