Friday, July 29, 2011

KENAPA SIFAT 20 & KENAPA WAJIB BELAJAR

Oleh : Musafir Kelana


Kadang kala ada pertanyaan, “Mengapa sifat Allah yang wajib diketahui oleh setiap mukallaf hanya dua puluh sifat? Bukankah sifat-sifat Allah yang terdapat dalam al-Asma’ al-Husna ada Sembilan puluh Sembilan?”.

“Perlu diketahui bahawa Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah tidak membataskan sifat-sifat Allah kepada dua puluh kerana sifat dua puluh itu adalah sifat Dzat Allah yang menjadi syarat ketuhanan (syart al-Uluhiyyah). Sedangkan sifat-sifat Allah yang lain adalah sifat af`al (sifat yang berkaitan perbuatan) Allah ta`ala. Dan sifat-sifat af`al Allah itu jumlahnya banyak serta tidak terbatas.”[1]

MENGAPA WAJIB MENGETAHUI SIFAT 20?

Dalam ma`rifatullah, Mazhab Ahl al-Sunah Wa al-Jama`ah telah mengetengahkan pemahaman terhadap konsep sifat 20 yang wajib bagi Allah. Konsep ini sangat masyhur dan wajib diketahui oleh setiap individu muslim yang mukallaf. Akhir-akhir ini terdapat satu golongan/fahaman telah mempersoalkan sifat 20 tersebut dengan mengemukakan beberapa alasan yang antara lainnya adalah; tidak terdapat di dalam al-Qur’an dan al-Hadis nas yang mewajibkan pengetahuan umat Islam terhadap sifat 20. Bahkan termaktub di dalam hadis sendiri bahawa nama-nama Allah (al-Asma’ al-Husna) jumlahnya sembilan puluh sembilan. Dari premis ini, timbul sebuah pertanyaan; mengapa sifat yang wajib bagi Allah yang harus diketahui itu hanya terhad kepada dua puluh sifat sahaja, bukan sembilan puluh sembilan sebagaimana yang terdapat di dalam al-Asma’ al-Husna?

Para ulama’ Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah dalam menetapkan sifat dua puluh tersebut sebenarnya bersumberkan daripada kajian dan penelitian yang cermat dan mendalam. Mereka bukan mencipta ilmu baru tetapi hanya men’tajdid’ kaedah pembelajaran ilmu dan menyusun ilmu supaya masyarakat mudah memahami dan mengetahui keutamaan ilmu yang fardu. Contohnya; untuk pandai membaca Quran dan mengenal huruf Quran, para ustaz menyusun ilmu membaca Iqra’. Disusun satu persatu ilmu Iqra dengan mengikut tertib supaya orang mudah membaca Quran dengan mengenal huruf. Dengan kaedah pembelajaran Iqra’ maka orang awam termasuk kanak-kanak hari ini dapat membaca Quran. Bacaan Quran itu adalah wajib kerana ianya dibaca dalam solat. Terdapat beberapa alasan ilmiah yang logik serta relevan dengan fakta nas yang sedia ada yang telah dikemukakan oleh para ulama’ berhubung latar belakang wajibnya mengetahui sifat dua puluh yang wajib bagi Allahsubhanahu wata`ala, antaranya ialah:

Pertama, setiap orang yang beriman harus meyakini bahawa Allah ta`ala wajib memiliki semua sifat kesempurnaan yang layak bagi keagungan-Nya. Mereka harus meyakini bahawa mustahil Allah ta`ala memiliki sifat kekurangan yang tidak layak bagi keagungan-Nya. Mereka juga harus meyakini pula bahawa Allah berkuasa melakukan atau meninggalkan penciptaan segala sesuatu yang bersifat mumkin iaitu seperti menciptakan, mematikan, menghidupkan, memberi rezeki, mengurniakan kebahagiaan, menimpakan kecelakaan dan lain-lain lagi. Kesemua ini adalah sekian bentuk keyakinan yang paling dasar yang perlu wujud di dalam hati setiap orang Islam.

Kedua, para ulama’ Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah sebenarnya tidak membataskan sifat-sifat kesempurnaan Allah hanya kepada 20 sifat sahaja. Bahkan setiap sifat kesempurnaan yang layak bagi keagungan Allah, sudah pasti Allah wajib memiliki sekian sifat tersebut, sehingga sifat-sifat kamalat (kesempurnaan dan keagungan) Allah itu sebenarnya tidak terbatas pada sembilan puluh sembilan sahaja sebagaimana yang telah dikatakan oleh al-Imam al-Hafiz al-Bayhaqi:[2]

“وَقَوْلُهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((إِنَّ لِلَّهِ تَسْعَةً وَتِسْعِيْنَ اِسْمًا)) لايَنْفِيْ غَيْرَهَا, وَإِنَّمَا أَرَادَ وَاللهُ أَعْلَمُ أَنَّ مَنْ أَحْصَى مِنْ أَسْمَاءِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ تِسْعَةً وَ تِسْعِيْنَ اِسْمًا دَخَلَ الْجَنَّةَ”.

Maksudnya: “Sabda Nabi sallallahu`alaihi wasallam : Sesungguhnya Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama”, tanpa menafikan nama-nama selainnya. Nabi sallallahu`alaihi wasallam hanya bermaksud -wallahu a`lam-, bahawa barangsiapa yang menghitung sembilan puluh sembilan nama tersebut akan dijamin masuk syurga”.

Pernyataan al-Hafiz al-Bayhaqi di atas bahawa nama-nama Allah ta`ala sebenarnya tidak terbatas dalam jumlah sembilan puluh sembilan dengan didasarkan pada hadith shahih: [3]

“عَنِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ، قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ… أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ بَصَرِيْ، وَجَلاءَ حَزَنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ “.

Maksudnya: ”Ibn Mas’ud berkata, Rasulallah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:” Ya Allah, sesungguhnya aku Hamba-Mu. Aku memohon dengan perantara setiap Nama yang Engkau miliki, baik yang Engkau namakan Dhat-Mu dengan-Nya, atau yang Engkau turunkan nama itu dalam kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkannya kepada sesiapa di kalangan makhluk-Mu, atau yang hanya Engkau sahaja yang Mengetahui-Nya dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, jadikanlah al-Quran sebagai taman/pengubat hatiku, cahaya mataku, penghilang kesedihanku dan penghapus rasa gundahku”.

Hadis di atas menjelaskan bahawa di antara nama-nama Allah ta`ala yang telah dijelaskan di dalam al-Qur’an, ada di antaranya yang diketahui oleh sebahagian hamba-Nya dan ada yang hanya diketahui oleh Allah ta`ala sahaja. Sehingga berdasarkan kepada hadis tersebut, nama-nama Allah itu sebenarnya tidak terbatas pada 99, maka apatah lagi 20 sifat yang telah dirumuskan oleh para ulama’ yang melaut ilmu mereka itu.

Ketiga, para ulama’ telah membahagikan sifat-sifat khabariyyah, iaitu sifat-sifat Allah yang terdapat di dalam Al-Qur’an dan hadis seperti yang terdapat di dalam al-Asma’ al-Husna, kepada dua bahagian. Pertama, Sifat al-Af`al al-Zat iaitu sifat-sifat yang ada pada Zat Allah ta`ala, yang antara lain adalah sifat 20. Dan kedua, Sifat al-Af`al, iaitu sifat-sifat yang sebenarnya adalah perbuatan Allah ta`ala, seperti sifat al-Razzaq, al-Mu`thi, al-Mani`, al-Muhyi, al-Mumit, al-Khaliq dan lain-lain. Perbezaan antara keduanya adalah, sifat al-Zat merupakan sifat-sifat yang menjadi Syarat al-Uluhiyyah, iaitu syarat mutlak ketuhanan Allah ta`ala. Kesemua sifat tersebut telah menyucikan zat Allah ta`ala daripada sebarang sifat yang tidak layak bahkan mustahil untuk disandarkan kepada zat Allah yang Maha Agung. Dari sini para ulama’ telah menetapkan bahawa Sifat al-Zat ini adalah azali (tidak ada permulaan), dan baqa’ (tidak ada pengakhiran bagi Allah). Hal tersebut berbeza dengan Sifat al-Af`al, ketika Allah ta`ala memiliki salah satu daripada Sifat al-Af`al, maka lawan kepada sifat tersebut adalah tidak mustahil bagi zat Allah ta`ala, bahkan ia menunjukkan lagi perihal kehebatan dan keagungan Allah kerana mampu menciptakan dua perkara yang berlawanan berdasarkan fungsi yang terkandung di dalam nama-nama dan sifat-sifat yang telah ditetapkan oleh Allah ta`ala kepada zat-Nya yang Maha Agung seperti; sifat al-Muhyi (Maha Menghidupkan), al-Mumit (Maha mematikan), al-Dhar (Maha Memberi Bahaya) danal-Nafi` (Maha Memberi Manfaat), al-Mu`thi (Maha Pemberi) dan al-Mani` (Maha Pencegah) dan lain-lain. Di samping itu, para ulama’ mengatakan bahawa Sifat al-Af`al itu adalah baqa’.[4]

Keempat, dari sekian banyak Sifat al-Zat yang wujud tersebut, maka sifat dua puluh dianggap cukup dalam memberi kefahaman kepada kita bahawa Allah ta`ala memiliki segala sifat kesempurnaan dan maha suci Allah daripada segala sifat kekurangan. Di samping itu, kesemua Sifat al-Zat yang telah terangkum dalam sifat dua puluh tersebut, dari sudut fakta, telahpun ditetapkan berdasarkan dalil al-Qur’an, al-Sunnah dan dalil-dalil aqli.[5]

Kelima, sifat dua puluh tersebut dianggap cukup kuat untuk menjadi benteng kepada akidah seseorang daripada terpengaruh dengan faham yang keliru atau menyeleweng dalam memahami sifat Allah ta`ala. Sebagaimana yang telah kita maklum aliran-aliran yang menyimpang daripada fahaman Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah seperti Wahhabi, Syiah, Muktazilah, Khawarij, Musyabbihah, Mujassimah, Karramiyyah dan lain-lain telah menyifatkan Allah ta`ala dengan sifat-sifat makhluk yang kesemua sifat tersebut dilihat dapat meruntuhkan kesempurnaan dan kesucian zat Allah ta`ala. Maka dengan memahami sifat dua puluh tersebut, iman seseorang akan dibentengi daripada keyakinan-keyakinan yang menyongsang fahaman arus perdana umat Islam berhubung zat Allah ta`ala. Misalnya, ketika golongan mujassimah mengatakan bahawa Allah ta`ala itu duduk di atas `Arasy, maka hal ini akan ditolak dengan salah satu daripada sifat Salbiyyah yang wajib bagi zat Allah ta`ala iaitu; Qiamuhu Binafsih (Allah ta`ala tidak berhajat kepada sesuatu), ketika musyabbihah mengatakan bahawa Allah ta`ala memiliki anggota tubuh badan seperti mata, tangan, kaki, muka, betis dan lain-lain, maka dakwaan tersebut akan ditolak pula dengan sifat wajib bagi Allah ta`ala yang lain iaitu sifat Mukhalaftuhu lilhawadith (Allah tidak menyerupai sesuatupun), ketika golongan Muktazilah menafikan kewujudan sifat ma`ani pada zat Allah ta`ala dengan mengatakan bahawa Allah ta`ala maha kuasa tetapi tidak mempunyai sifat qudrat, maha mengetahui tetapi tidak mempunyai ilmu, maha berkehendak tetapi tidak mempunyai iradat, maka dakwaan songsang tersebut akan ditolak dengan sifat-sifat ma`ani yang jumlahnya adalah tujuh iaitu qudrat, iradat, ilmu, hayat, sama`, basar dan kalam. Demikian pula dengan sifat-sifat yang lain.[6]

الْقَائِدَةُ: “الْجَهْلُ بِالصِّفَاتِ يُؤَدِّيْ إِلَى الْجَهْلِ بِالْمَوْصُوْفِ مَنْ لا يَعْرِفُ صِفَاتِ الله لا يَعْرِفُ الله”.

Kaedah: “Jahil tentang sifat (Allah) membawa kepada jahil dengan yang mempunyai sifat (Allah), sesiapa yang tidak mengenal sifat Allah, tidak mengenal Allah ta`ala”.

Rujukan:

[1] KH. Muhyiddin @[100000128911792:Ab]d al-Somad (2009), Aqidah Ahlussunnah Wal Jama`ah Terjemah dan Syarh Aqidah al-Awam, Jakarta: Khalista Surabaya, h. 25.

[2] Al-Hafiz al-Bayhaqi (1959), al-I`tiqad `ala Mazhab al-Salaf Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, Abu al-Fadhl Abdullah Muhammad al-Siddiq al-Ghumari (ed.), Kaherah: Dar al-`Abd al-Jadid, , h. 14.

[3] Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad (3528), al-Hakim di dalam al-Mustadrak(1830) dan al-Tabarani di dalam al-Mu`jam al-Kabir (10198). Al-Hafiz Ibn Hibban menilainya sahih di dalam Sahih-nya (977).

[4] Al-Hafiz al-Bayhaqi(1959), op.cit., h. 15, 21 dan 22; Abu Mansur Abdul Qahir al-Baghdadi (1981), Usul al-Din, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyah, h. 122-125. Dari sini dapat kita fahami bahawa pernyataan sebagian kalangan beberapa tahun yang lalu, bahawa untuk saat ini sifat Rahmah Allah ta`ala adalah lebih layak ditekankan untuk diketahui daripada sifat-sifat yang lain, adalah tidak ada asasnya. Ini adalah bertitik tolak daripada ketidakfahaman mereka terhadap sifat al-Zat yang menjadi Syart al-Uluhiyyah dan Sifat al-Af`al yang bukan Syart al-Uluhiyyah.

[5] Hasan al-Ayyub (2003), Tabsit al-`Aqaid al-Islamiyyah, Kaherah: Dar al-Salam, h. 17.

[6] Lihat pernyataan Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali tentang tujuan mempelajari ilmu kalam menerusi kitabnya al-Munqidz min al-Dhalal, lihat al-Ghazzali (1998), al-Munqidz min al-Dhalal, Abdul Halim Mahmud (ed.), Kaherah: Dar al-Ma`arif, h. 36.

Antara Nama-nama Besar Ulama’ Al-Asya’irah

Antara Ulama’-Ulama’ dalam Bidang Aqidah yang Bermazhab Al-Asya’irah

Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari, pengarang kitab Al-Luma’ dan Maqolat Islamiyyin

Imam Al-Baqillani (405H)

Abu Ishaq Al-Isfarayini (418 H)

Imam Ishaq As-Syirazi (476 H)

Imam Al-Juwaini

Imam Al-Haramain Abu Al-Ma’ali Al-Juwaini (478 H), pengarang kitab An-Nizomiyah

Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali r.a. pengarang kitab Al-Iqtisod fi Al-I’tiqod (505 H)

Imam Ibn ‘Asakir (576 H), pengarang kitab tabiyiin Kazb Al-Muftari

Imam As-Syahristani (548 H)

Imam Fakhruddin Ar-Razi pengarang kitab Asas At-Taqdis (606 H)

Imam Al-Allamah Al-Amadi (631 H)

Imam Al-Iji (756 H)

Imam Sa’ad At-Taftazani (793 H) pengarang kitab syarh Al-Maqosid

Imam As-Syarif Al-Jurjani (816 H)

Imam Abu Mansur At-Tamimi

Imam Nas Al-Maqdisi

Imam Al-Farawi

Imam Abu Al-Walid Al-Baji

Imam Al-Bahili

Imam Sultonul Ulama’ Izz ibn Abdis Salam

Imam HibbatulLah Al-Makki

Imam Al-Baijuri

Antara Mufassir-mufassir Bermazhab Al-Asy’ari

Imam Al-Mufassir Al-Allamah Al-Qurtubi r.a.

Imam Al-Mufassir Ibn Kathir (rujuk buku tobaqot As-Syafi’iyyah Al-Kubra 10/200 karangan Imam As-Subki, Ad-Durar Al-Kamin 1/85 karangan Ibn Hajar dan sebagainya)

Imam Al-Mufassir Ibn ‘Athiyyah Al-Andalusi r.a., pengarang kitab tafsir Al-Muharrar Al-Wajiz

Imam Al-Mufassir Abu Hayyan Al-Andalusi r.a., pengarang kitab Al-Bahr Al-Muhith.

Imam Al-Mufassir Fakhruddin Ar-Razi r.a., pengarang kitab tafsir mafatih Al-Ghaib

Imam Al-Mufassir Al-Hafiz Al-Buhgowi, pengarang kitab tafsir Al-Bughowi dan kitab Syarh As-Sunnah.

Imam Al-Mufassir Abu Al-Laith As-Samarqandi r.a., pengarang kitab tafsir Bahr Al-Ulum, kitab bustanul Arifin dan tanbih Al-Ghafilin.

Imam Al-Mufassir Abu Al-Hasan Ali An-Naisaburi pengarang kitab asbab An-Nuzul.

Imam Al-Mufassir Abu At-Thana’ Syihabuddin Al-Alusi Al-Husaini Al-Hasani r.a.

Imam Al-Mufassir At-Thamin Al-Halabi r.a., pengarang kitab tafsir Ad-Durr Al-Mashun.

Imam Al-Mufassir Al-Hafiz Jalaluddin As-Suyuti r.a., pengarang kitab tafsir Ad-Durr Al-Manthur.

Al-Imam Al-Khotib As-Syirbini r.a., pengarang kitab tafsir As-Siraj Al-Munir.

Imam Al-Allamah At-Thohir bin Asyur, pengarang kitab At-Tahrir wa At-Tanwir

Imam Az-Zarkasyi

Imam Mutawalli As-Sya’rawi r.a.

Ulama’-ulama’ Muhaddithin (hadith) yang bermazhab Al-Asya’irah

Imam Al-Hafiz Abu Al-Hasan Ad-Darqutni r.a.

Imam Al-Hafiz Abu Nu’aim Al-Ashbahani r.a., pengarang kitab hilyatul Auliya’

Imam Al-Hafiz Al-Hakim An-Naisaburi, pengarang kitab Mustadrak

Imam Al-Hafiz Ibn Hibban, pengarang kitab At-Thiqat

Imam Al-Hafiz Abu Sa’id Ibn As-Sam’ani r.a., pengarang kitab Al-Inshof

Imam Al-Hafiz Abu Bakr Al-Baihaqi r.a., pengarang kitab-kitab hadith dan kitab Al-Asma’ wa As-Sifat.

Imam Al-Khatib Al-Baghdadi

Imam Al-Hafiz Muhyiddin Yahya bin Syarf An-Nawawi r.a., pengarang kitab syarh sahih muslim dan banyak lagi.

Sheikhul Islam Imam Al-Hafiz Abu Amr bin As-Solah

Imam Al-Hafiz Ibn Daqiq Al-‘Aid

Imam Al-Hafiz Ibn Abi Jamrah Al-Andalusi, musnid Ahlul Maghrib

Imam Al-Hafiz Al-Karmani, pengarang syarah sahih Al-Bukhari

Imam Al-Hafiz Al-Munziri, pengarang At-Targhib wa At-Taqrib

Imam Al-Hafiz Al-Abi, pensyarah sahih Muslim

Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqolani, pengarang fahtul Bari dan sebagainya.

Imam Al-Hafiz As-Sakhowi r.a.

Imam Al-Qostollani r.a. pengarang Irsyad As-Sariy

Imam Al-Hafiz Al-Munawi r.a..

Imam Al-Hafiz Ad-Dimyathi r.a.

Sheikh Al-Hafiz Waliyullah Al-Dahlawi r.a.

Sheikh Abu Al-Mahasin Al-Qouquji

Sheikh Al-Hafiz Ahmad As-Siddiq Al-Ghumari r.a..

Sheikh Al-Musnid Muhammad Al-Hafiz At-Tijani.

Sheikh Musnid Ad-Dunya, Sheikh Muhammad Yasiin Al-Fadani.

Sheikh Al-Musnid Abbas Al-Maliki

Antara Ulama’-ulama’ Sirah yang Bermazhab Al-Asy’ari

Imam Qadhi ‘Iyad, pengarang kitab As-Syifa fi syama’il wa ahwal Al-Mustofa

Imam As-Suhaili r.a., pengarang kitab Ar-Raudh Al-Unf

Sheikh Ibn Khaldun

Imam Ibn Athir r.a.

Imam As-Solihi Ad-Dimasqi, pengarang kitab Subulul Huda wa Ar-Rosyad

Sheikh Yusuf An-Nabhani r.a..

Antara Ulama’-ulama’ Fiqh yang Bermazhab Al-Asy’ari

Menurut Imam Tajuddin As-Subki, majoriti ulama’ mazhab As-Syafi’ie, Malikiyah, Hanafiyah dan Sebahagian ulama’ Hanabilah bermazhab Al-Asy’ari. Demikian diriwayatkan daripada Imam Izzuddin bin Abdil-Salam yang turut diakui oleh Imam Abu Amr ibn Hajib dan Jamaluddin Al-Husairi. (At-Tobaqot 3/365)

Namun, kita senaraikan antara fuqaha’ yang kuat mempertahankan mazhab Al-Asy’ari ini iaitu:

Imam Tajuddin As-Subki, pengarang kitab Al-Saif As-Saqil

Imam Sheikhul Islam Zakaria Al-Ansori r.a..

Imam Ar-Rafi’ie As-Syafi’e

Imam Ibn ‘Abidin

Imam Ibn Hajib.

Imam Al-Habib Abdullah bin ‘Alawi Al-Haddad r.a.

Imam ‘Alauddin Al-Bukhari

Imam Al-Baidhowi r.a.

Imam Az-Zabidi r.a.

Imam Al-Qorofi r.a.

Mufti Makkah Sheikh Ahmad Zaini Dahlan As-Syafi’e

Antara Ulama’-ulama’ Qiraat yang Bermazhab Al-Asy’ari

Imam Al-Qari’ Ibn Jazri

Imam As-Syatibi r.a.

Antara Pemimpin-pemimpin Islam yang Masyhur yang Bermazhab Al-Asy’ari

Sultan Salehuddin Al-Ayubi

Sultan Muhammad Al-Fateh

Dan ramai lagi para ulama’ Islam yang bermazhab Al-Asy’ari…

Semoga Allah s.w.t. memberkati mereka dan seluruh umat Islam….Amiin

Peringatan: Di sini saya ingin memperingatkan akan PERINGATAN PENTING kepada semua sahabat-sahabat, ini adalah ANTARA SEBAHAGIAN ULAMA BESAR AL ASHAIRAH(TIDAK TERMASUK ULAMA AL MATURIDIAH LAGI)….DAN MEREKA SEMUA INI TERMASUK ULAMA SALAFUSSOLEH(SUDAH KITA MAKLUM SEPERTI PARA SAHABAH NABI,IMAM HANAFI,IMAM MALIK,IMAM SYAFIE,IMAM AHMAD HANBAL,IMAM AUZA’I DAN SEMUA ULAMA MUTTAQIN MINASSALAFUSSOLEH)RADHIALLAHU ‘ANHUM adalah tergolong di dalam sabda Rasulullah ” tidak berhimpun umatku di atas kesesatan”….

Dan mereka semua BERAKIDAH adalah seperti yg dinaqalkan oleh Imam Khatib Al Baghdadi al-Imam Abu Mansur Abdul Qahir ibn Tahir al-Baghdadi wafat 429 H dalam kitabnya al-Farq baynal-Firaq(ms 33):

وأجمعوا – أي أهل السنة والجماعة – على أنه – أي الله – لا يحويه مكان ولا يجوي عليه زمان

Maksudnya:

“Dan mereka – iaitu Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah – BERIJMAK bahawa Dia – iaitu Allah – tidak diliputi oleh suatu tempat dan tidak dilalui ke atas-Nya oleh suatu masa”.

Oleh itu, berpeganglah dengan MAJORITI UMAT ISLAM iaitu akidah sebagaimana para ulama SALAFUSSOLEH WAL KHALAFUTTOYYIB di atas….semoga dengan sedikit perkongsian ini mendapat manfaat oleh kita semua insyaallah…..

wallahua’lam

Thursday, July 28, 2011

SYEIKH MUHAMMAD NAFIS AL-BANJARI

Ad-Durrah an-Nafisah bahasan tasawuf, guna bahasa beradab
Bersama Wan Mohd Shaghir Abdullah

Kitab dipercayai dikarang Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari

SEBUAH kitab tasawuf peringkat tinggi yang cukup terkenal di dunia Melayu yang banyak kali dicetak adalah Ad-Durr an-Nafis karya Syeikh Muhammad Nafis bin Husein al-Banjari. Kitab ini ditulis pada 1200 hijrah/1785 masihi dan dicetak pertama kalinya seratus tahun kemudian iaitu pada 1300 hijrah/1882.

Cetakan pertama ditashhih oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani. Kitab yang saya perkenalkan dalam artikel ini bukan Ad-Durr an-Nafis, tetapi Ad-Durrah an-Nafisah fi Bayan Wahdah fi al-Af'al wa al-Asma' wa ash-Shifat wa az-Zat al-Muqaddasah yang ditulis kira-kira 39 tahun selepas Ad-Durr an-Nafis.

Tarikh tepat penulisan mulai waktu Dhuha, Jumaat, 15 Rabiulakhir 1239/19 Disember 1823. Ia selesai ditulis pada tengah malam Isnin, 9 Muharam 1240/3 September 1824.

Kitab ini belum pernah diterbitkan dalam bahan cetakan. Manuskrip yang ada hanya sebuah dan ada dalam simpanan saya.

Sungguhpun tidak ada nama pengarang, dapat diduga ia adalah karangan Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari. Ia adlah syarah kitab beliau yang berjudul Ad-Durr an-Nafis. Jadi, manuskrip yang sekarang menjadi koleksi peribadi saya adalah asli tulisan tangan Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari.

Sebelum memasuki kandungan Ad-Durrah an-Nafisah, sebagai mukadimah Syeikh Muhammad Nafis bin Husein al-Banjari memperkenalkan dua karya ringkas mengenai tasawuf. Sebuah 18 muka dan satu lagi 14 halaman. Kedua-duanya tanpa judul. Sebuah tanpa tahun dan sebuah lagi selesai penulisan pada malam, 30 Jamadilawal 1235/16 Januari 1820.

Pada mukadimah risalah yang pertama, Syeikh Muhammad Nafis bin Husein al-Banjari menyebut mengenai ‘diri’ ada empat jenis.

Kata beliau: “Pertama, diri yang berdiri, iaitu diri jasad atau tubuh badan. Kedua: diri yang terperi. Ketiga, diri yang nyata pada ilmu Allah. Keempat, diri yang sebenar-benar diri.”

Keempat-empat ‘diri’ dihuraikan dengan agak panjang menurut kaedah dalam ilmu tasawuf.

Kedua-dua risalah yang dianggap sebagai mukadimah Ad-Durrah an-Nafisah, saya tinggalkan dan langsung saja kepada manuskrip yang sedang diperkenalkan.

Syeikh Muhammad Nafis bin Husein al-Banjari memulakan bicara dengan katanya: “Aku memulai akan risalah ini pada hijrah Nabi SAW seribu dua ratus tiga puluh sembilan tahun, pada tahun Alif, pada lima belas hari bulan Rabiulakhir, yaum al-Jum’ah, waktu Dhuha, jam pukul dulapan (maksudnya: Jumaat, jam 8 pada 15 Rabiulakhir 1239 pen:)”

Sebab beliau menulis kitab itu juga dinyatakan dalam mukadimah pada halaman berikutnya. Kata beliau: “Kemudian daripada itu, maka tatkala adalah tahun seribu dua ratus tiga puluh lima tahun, daripada tahun hijrah, pada hari yang ketiga puluh cukup, daripada bulan Jamadilawal, (maksudnya: pada 30 Jamadilawal 1235, pen:).”

Selanjutnya beliau jelaskan: “Sanya memintalah kepadaku setengah daripada saudaraku yang telah dibukakan [oleh] Allah hatiku dan hatinya dengan cahaya terang musyahadah, yakni cahaya terang memandang dan mengenal.” Beliau jelaskan selanjutnya: "Bahawa itu aku perbuatkan baginya akan suatu risalah yang simpan (maksudnya: yang ringkas) perkataannya dengan bahasa Jawi-Melayu yang lemah lembut...”

Barangkali oleh kerana kandungan keseluruhan Ad-Durrah an-Nafisah adalah tasawuf peringkat tinggi, maka diperlukan bahasa yang beradab. Itulah yang dimaksudkannya dengan ‘bahasa Jawi-Melayu yang lemah lembut’ bukan bahasa Melayu yang kasar, yang tiada beradab atau tiada berakhlak atau boleh juga dikatakan tiada berbudi bahasa.

Sebelum memasuki bahasan tasawuf, Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari terlebih dulu membicarakan mazhab dalam akidah. Megenai perkara ini ada yang beliau bicarakan dalam Ad-Durr an-Nafis. Tetapi, selepas dibanding ternyata dalam manuskrip Ad-Durrah an-Nafisah penambahan dan bahasan jauh lebih banyak serta perbicaraan jauh lebih luas dan mendalam.

Mengenai dua mazhab iaitu Qadariyah dan Jabariyah tidak banyak tambahan, tetapi mengenai mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam Ad-Durrah an-Nafisah ada tambahan yang sangat banyak.

Dalil mengenai mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah, beliau jelaskan ketika turun ayat al-Quran mengenai ‘kaum yang kasih kepada Allah’ salah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah. Nabi menjawab dan menunjuk sahabat Baginda, Abu Musa al-Asy'ari. Manakala muncul keturunan beliau, iaitu Imam Abu Hasan al-Asy'ari, maka sepakatlah ulama bahawa Imam Abu Hasan al-Asy'ari R.A adalah ‘imam’ mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari menyebut pula, ‘mazhab yang berpegang kepada iktikad Imam al-Asy'ari ini, iaitu Imam Malik ibnu Anas dan Imam Muhammad anak Idris Syafie. Maka, mazhab Imam Abu Hanifah ibnu Tsabit dan Imam Ahmad ibnu Hanbal itu adalah mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang pada iktikad itu, iaitu Imam Abu Manshur Maturidi.’

Selepas membicarakan tiga mazhab di atas, Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari membahas pula mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah golongan Ahl al-Kasyaf dan Musyahadah.

Walaupun karya Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari judul Ad-Durr an-Nafis yang pernah dicetak berlaku kontroversi dengan beberapa tokoh ahli zahir, namun bagi saya Ad-Durrah an-Nafisah yang juga syarah Ad-Durr an-Nafis mesti diperkenalkan. Kedua-dua kandungan kitab itu tidak salah menurut ulama ahli sufi.

- dipetik dari Berita Harian, Selasa 27hb. Disember. 2005.

TOK PULAU MANIS

Ulama dan Sufi Terengganu Terkenal

Tok Pulau Manis atau nama sebenarnya Syeikh Abdul Maalik dilahirkan Kampung Pauh, Hulu Terengganu pada tahun 1060H/1650M, berketurunan Sharif Mohammad, yang berasal dari Baghdad. Menerima pendidikan agama diperingkat awal dari kaum keluarganya sendiri.

Tok Pulau Manis kemudiannya belajar di Aceh yang digelar “Serambi Mekah. Adalah dipercayai beliau telah menerima pendidikan secara langsung dari ulama besar Acheh, Syeikh Abdul Rauf Singkel (1030-1050/1620-1693) yang juga seorang tokoh yang berusaha membawa kepada pengukuhan terhadap aliran al-Sunnah wal Jamaah di alam Melayu. Beliau telah menyalin kitab Tafsir Baydawi yang dikarang dalam Bahasa Melayu oleh Syeikh Abdul Rauf Singkel. Selanjutnya beliau menyambung pengajian di Mekah sekitar tahun 1680, ketika beliau dipercayai berumur 30 tahun.

Selama hampir satu dekad di Mekah, beliau telah berguru dengan ulama-ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim al-Kurani (1025-1011/1616-1690), yang juga menjadi guru kepada Syeikh Abdul Rauf Singkel, bersahabat dengan pelajar-pelajar yang seangkatan dan seperjuangan dengannya seperti Tuan Haji Mohd Salleh bin Omar al-Semarani dari Jawa, Dato Syed Abdullah dari Terengganu, Fakeh Abdul Kadir Palimbang, Fakeh Abdul Rahman Patani, Fakeh Abdul Samad Kedah dan Haji Mohamad Siantan dan mengajar apabila terdapat peluang berbuat demikian. Semasa berada di Mekah dan juga Madinah, Tok Pulau Manis telah memberi penumpuan kepada keilmuan tiga serangkai, iaitu ilmu-ilmu Fikah, Usuluddin dan Tasawuf disamping Tafsir, Hadis dan ilmu-ilmu bantu seperti nahu, saraf dan sebagainya.

Beliau mendalami Fikah al-Shafie dengan berguru kepada Syeikh Ibrahim al-Kurani yang telah menggantikan Ahmad Qushashi yang menjadi pengajar kepada pengikut Imam Shafie di sana. Bidang Usuluddin yang diikutinya pula adalah berdasarkan pendekatan Imam al-Asya’ari yang menjadi pegangan umum pengikut ahl-al Sunnah wal Jamaah, manakala bidang Tasawuf yang diceburinya pula adalah berdasarkan etika ubudiyah kepada pengajian Tasawuf.

Tok Pulau Manis memilih Tarekat Shazhiliyah yang diasaskan oleh Syeikh Abu al-Hasan al-Syazili (M. 656/1258) yang berasal dari Maghribi. Beliau berkenalan dengan tarekat ini menerusi pengajiannya iaitu melalui karangan pendukung utama dari kalangan generasi ketiga aliran sufi iaitu Ibnu ‘Athaillah (M. 709/1309). Tulisan yang menarik minatnya itu ialah Al-Hikam disamping al-Tanwir fi Isqat al-Tadbir, Lata’if al Minan dan Taj al-Arus.

Pengajaran al-Syazili dan Ibnu ‘Athaillah dianggap lanjutan dari pendekatan Tasawuf al-Imam al-Ghazali dan kitab Ihya ‘Ulumuddin menjadi kitab penting bagi pengajaran bagi Syeikh Abu al-Hassan al-Syazili dan pendokong-pendokongnya. Sebagai seorang yang kesedaran tentang peri pentingnya mendalami ilmu Syariat disamping Usuluddin sebagai asas mendalami ilmu Tasawuf, Syeikh Abdul Malik sendiri, sebelum pemergiannya ke Tanah Suci sudah pun mendalami beberapa bidang ilmu tersebut.

Ilmuan yang menjadi rujukannya berjumlah tidak kurang dari 143 orang, diantara yang terpenting di kalangan mereka itu ialah Ibn ‘Athaillah dan Abu al-Hasan al-Syazili sendiri, Abu al-Abbas al-Mursi, Ibn Arabi, Abu Hafs Umar bin Muhammad bin Abd Allah al-Suhrawardi, Abu Turab al-Khashabi, Abu Yazid al-Bistami, Abu Talib al-Makki, Abu Hamid al-Gahzali, Abu al-Qasim al-Nasr Abadhi, Abu Bakar al-Shibli, Abu Nasr al-Sarrj, Ahmad al-Rifa’i, Ahmad Ibn Hanbal, iBn Abbad, Hassan Basari, Junayd al Baghdadi, Ahmad Zarruq, Shal bin Abdullah, Sirri al-Suqti, al-Sha’rani, Abd al-Salam bin Mashish dan Ma’ruf al-Karkhi. Selain itu, beliau juga banyak merujuk kitab Fusus al-Hikam oleh Ibnu Arabi, Qut al-Qulub oleh Abu Talib al-Makki, karya-karya al-Ghazali seperti Ihya Ulumuddin dan Minhaj al-Abidin, al-Luma oleh Abu Nasar al-Sarraaj al-Tusi, alRi’ayat Li Huquq Allah dan Amal al-Qulub wa al-Jawarib oleh al-Harith al Mushasibi, Sharh terhadap Hikam berjudul Hikam Ibn ‘Athaillah atau Qurrat al-Ayn oleh Ahmad Zarruq dan Halat Ahl al Haqiqat Ma’a Allah oleh Ahmad al-Rifa’i.

Peranan Syeikh Abdul Malik sebagai pengajar di Mekah menyerupai penglibatan sebahagian penting ulama-ulama lain dari seluruh dunia yang menjadikan Tanah Suci sebagai pusat pendidikan. Pelajar-pelajar yang menjadi tumpuan beliau adalah mereka yang datang dari Tanah Jawi. Kedudukan Syeikh Abdul Malik di sini mempunyai persamaan dengan kedudukan ulama-ulama Jawi yang lain seperti Syeikh Daud bin Abdullah Fatani, Syeikh Abdul Samad Palimbang, Syeikh Mohamad Nawawi al-Bentani dan Syeikh Mohamad Khatib bi Abdul Latif Minangkabau. Sebagai guru yang amat meminati Tasawuf beraliran etika Ubudiyah yang diperolehi oleh Imam al-Ghazali, beliau juga memilih mengajar dengan menggunakan karangan-karangan yang menjadikan hasil karya Hujjatul Islam itu. Kitab-kitab yang dimaksudkan itu termasuklah Ihya Ulumuddin. Matan Hikam Ibnu Ata’ul-Lah yang dianggap sebagai lanjutan dari pendekatan etika Ubudiyyah al-Imam al-Ghazali juga ternyata mendapat perhatian istimewa dari Syeikh Abdul Malik. Minat Syeikh Abdul Malik terhadap Matan Hikam diperkukuhkan lagi oleh permintaan sahabat-sahabatnya seperti terjelas dalam Hikam melayunya :

(Dan) sanya telah meminta akan daku setengah saudaraku yang salik bahawa menterjemakan aku akan dia dengan bahasa Jawi supaya memberi manfaat dengan dia segala orang yang mubtadi, maka ku perkenankan atas yang demikina itu dengan sekira-kira yang difahamkan Allah Taala akan daku (dan) adalah au memanjangkan sedikit perkataannya kerana aku memasukkan perkataan sharahnya dengan sekadar kifayah bagi orang mubtadi mengetahui dia......?.

Karangan di atas menunjukkan bahawa sahabat-sahabatnya di Mekah telah memintanya mengarang, sesuatu yang mencerminkan martabat kedudukannya di kalangan kawan-kawannya. Dengan penulisan tersebut Hikam Melayu merupakan sebuah kitab Tasawuf terbesar dan terawal menurut aliran ahli Sunnah wal-Jamaah di dalam Bahasa Melayu.

Adalah dipercayai bahawa Syeikh Abdul Malik pulang ke tanah air sekitar pertengahan tahun 1960an ketika berusia lebih kurang 40 tahun. Kehadirannya di dalam masyarakat tempatan, yang diperkukuhkan oleh Hikam Melayunya serta pertalian dengan pembesar tempatan di Negeri Terengganu. Malah disebabkan oleh pertalian Terengganu dengan Johor, peranan Syeikh Abdul Malik menjadi lebih penting lagi dalam kontek perkembangan sosial semasa. Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai beliau dikatakan bertanggungjawab membawa dan menabalkan Zainal Abidin I menjadi sultan pemerintah Negeri Terengganu (1725-1734) yang berlangsung di Tanjung Baru. Raja tersebut juga telah berkahwin dengan anak perempuan Syeikh Abdul Malik. Apabila Syeikh Abdul Malik berpindah dari Hulu Terengganu dan menetap di Pulau Manis baginda juga telah turut sama berpindah dan menetap tempat yang baru sebelum memilih tempat persemayam tetapnya di Kuala Terengganu.

Tok Pulau Manis menjadi peneraju program pendidikan agama di Terengganu, sama ada selaku ulama istana atau sebagai guru kepada orang ramai. Di istana, Tok Pulau Manis berdampingan bukan sahaja dengan Sultan Zainal Abidin I tetapi juga dengan pembesar-pembesar yang turut berguru dengannya. Di dalam upacara keagamaan, beliau diberi peranan mengetuai majlis-majlis tersebut. Dalam penglibatannya sebagai Syeikh al-Ulama dan Mufti beliau mengeluar fatwa-fatwa berhubung dengan pegangan keIslaman dan hukum hakam. Dengan berpandukan pengalaman pengajian di Jawa, Aceh dan Mekah, beliau telah menjadikan Pulau Manis sebagai tempat pengajaran dan ibadat yang didatangi oleh pelajar-pelajar dari jauh dan dekat. Adapun kitab beliau yang kedua terbesar selepas Hikam Melayu, iaitu Kitab Kifayah merupakan sebuah karya yang merangkumi Usuluddin dan Fekah.

Tok Pulau Manis meninggal dalam lingkungan usia 86 tahun iaitu pada tahun 1149H bersamaan 1736M sebagaimana yang terakam pada makamnya.

HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG

Ulama Yang Warak & Pejuang Bangsa Sejati

Haji Abdul Rahman Limbong merupakan seorang ulama memiliki peribadi yang sangat menarik dan warak. Beliau juga seorang ulama pejuang menentang penjajah di Terengganu yang sangat disegani. Nama sebenarnya ialah Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid bin Abdul Qadir. Sumber sejarah menerangkan bahawa ayahanda beliau berasal dari keturunan Patani. Tarikh kelahiran Haji Abdul Rahman Limbong sebenarnya tidak dapat dipastikan. Tapi dari sekian banyak maklumat dan rujukan dapat dipastikan beliau dilahirkan sekitar tahun 1285H/1868M.

Semasa kecilnya, seperti kanak-kanak lain, beliau dihantar oleh ayahandanya untuk mendalami pengajian agama Dan sememangnya di zamannya, perkembangan Islam cukup pesat. Oleh kerana itu tidak hairanlah jika beliau sejak kecil lagi sudah menerima pendidikan agama. Ada sumber-sumber yang menjelaskan bahawa sejak kecil lagi beliau menghabiskan masa bersama-sama bapa saudara beliau iaitu Haji Tun Muhammad Zain di Makkah. Setelah dewasa, beliau dibawa semula kembali ke Terengganu. Kepesatan perkembangan pondok-pondok pengajian yang begitu banyak di zaman itu mendorong beliau untuk mendalami lagi pengajian agama. Di antara pondok-pondok yang terdapat di jajahan Terengganu, pondok Tokku Palohlah yang terkenal serta menjadi tumpuan para pelajar. Timbullah keinganan beliau untuk mengaji di pondok Tokku Paloh. Sebelum itu, sebagai persiapan ke pondok Tokku Paloh, beliau terlebih dahulu berguru kepada Tuan Guru Haji Yaakob Paya Bunga
dalam pelajaran nahu saraf dan feqah. Dan beliau dikatakan hanya mengambil masa selama kira-kira dua bulan sahaja untuk menguasai pelajaran tersebut.

Dikatakan juga bahawa Haji Abdul Rahman Limbong sebagai seorang murid yang agak luar biasa kecerdasan akalnya. Sehingga dengan itu beliau mampu untuk mengajar murid-murid Haji Yaakob Paya Bunga yang lain. Dan sememangnya sejak kecil lagi telah terlihat pada diri beliau tanda-tanda yang beliau akan menjadi seorang tokoh yang terkenal dalam sejarah.

Setelah tamat mengaji kepada Haji Yaakob Paya Bunga, beliau mengaji pula kepada Haji Wan Musa. Dengan ilmu yang telah diperolehi dari Haji Yaakob Paya Bunga dan Haji Wan Musa, barulah beliau mula untuk merapatkan diri dengan pondok pengajian Tokku Paloh. Untuk pergi ke pondok pengajian Tokku Paloh dari tempat kediaman beliau, terpaksalah beliau berulang alik menaiki perahu. Semuanya ini dilakukan dengan penuh kesabaran dan ketabahan demi mendalami lagi pengetahuan agama. Hal yang semacam inilah yang dilalui oleh para ulama di zaman beliau sebelum mereka terkenal sebagai seorang ulama terkemuka.

Pada peringkat awal pengajian beliau dengan Tokku Paloh, beliau hanya menjadi khadam kepada Tokku Paloh. Beliau bertugas sebagai menyapu halaman rumah, membersihkan surau, menyediakan kayu api, mengisi air di kolah surau dan sebagainya. Dan sememangnya cara sedemikian dilalui oleh kebanyakan para ulama sufi demi peningkatan rohani. Melalui pendidikan seperti inilah akhirnya mereka menjadi tokoh-tokoh terkemuka di zaman mereka. Dan ini juga merupakan salah satu proses pendidikan tasauf demi untuk melahirkan manusia yang benar-benar bertaqwa.

Lama kelamaan, kelakuan beliau akhirnya diketahui oleh Tokku Paloh. Timbul rasa kasih Tokku Paloh terhadap beliau kerana kesungguhannya untuk belajar. Dan akhirnya beliau diterima menjadi murid kepada Tokku Paloh dan belajar bersama-sama pelajar-pelajar lain.

Haji Abdul Rahman Limbong mempunyai kecekapan yang agak luar biasa. Dalam masa yang singkat sahaja beliau dapat telah menguasai segala pelajaran yang diajarkan. Di samping itu beliau terkenal sebagai seorang yang sangat menghormati guru. Segala suruhan serta arahan guru-gurunya, dilaksanakan serta dipatuhi dengan segera. Apabila berhadapan dengan tuan gurunya, Tokku Paloh, beliau tidak pernah untuk mengangkat muka, betapalah pula untuk bertentangan mata. Kerana semuanya ini merupakan adab-adab dalam berguru sebagaimana yang telah diterangkan dengan panjang lebar oleh Imam al-Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin.

Oleh kerana beliau boleh dikatakan di antara murid Tokku Paloh yang terpintar serta baik akhlaknya, maka tidak hairanlah mengapa Tokku Paloh begitu sayang dan kasih terhadap beliau. Tokku Paloh semacam mengharapkan Haji Abdul Rahman Limbong sebagai pengganti beliau selepas beliau meninggal dunia. Dan akhirnya ternyata bahawa Haji Abdul Rahman Limbong mewarisi kepimpinan serta perjuangan yang dilaksanakan oleh Tokku Paloh.

Oleh kerana beliau menjadi khadam kepada Tokku Paloh, membuat kerja yang berbagai-bagai, maka kuranglah masa beliau untuk dapat menghadiri majlis pengajian ilmu. Oleh kerana itu beliau hanya mendengar pengajian di tepi kolah sambil menatap kitab yang digunakan oleh Tokku Paloh. Hal ini dilakukan tanpa disedari oleh sesiapa pun. Dan apabila selesai sahaja pengajian, beliau menyembunyikan kitabnya di celah-celah atau surau. Ini menunjukkan yang yang beliau tidak mahu diketahui turut sama-sama belajar dengan murid-murid Tokku Paloh yang lain.

Oleh kerana Tokku Paloh memimpin tarekat Naqsyabandiyah, maka dengan tidak secara langsung Haji Abdul Rahman Limbong juga turut mengamalkan tarekat tersebut. Tarekat Naqsyabandiyah boleh juga dikatakan sebagai satu tarekat yang cukup terkenal serta banyak diamalkan dari dahulu sehinggalah ke hari ini. Di gugusan Kepulauan Melayu, tarekat Naqsyabandiyah boleh dikatakan memenuhi pondok-pondok pengajian di masa itu. Dan oleh kerana itu, peranan tarekat ini cukup besar sekali dalam pembentukan masyarakat Islam di sebelah sini.

Hasil dari pengajian tasauf serta amalan tarekat Naqsyabandiyah, lahirlah pada diri beliau sifat-sifat yang terpuji seperti zuhud, merendah diri, berakhlak tinggi dan sebagainya. Di antara sikap beliau ialah tidak suka menonjolkan diri walaupun beliau boleh dikatakan sebagai murid yang terpintar di antara murid-murid yang lain. Oleh kerana itu kita dapat difahamkan bahawa beliau lebih suka mengasingkan diri dari murid-murid Tokku Paloh yang lain. Beliau juga dikatakan mengulangkaji segala pelajaran secara bersendirian. Keadaan seumpama ini adalah melambangkan keperibadian seorang yang layak menjadi tokoh di tengah masyarakat. Sebab itu tidak hairan mengapa orang yang seumpama ini tetap menjadi ikutan serta tumpuan orang ramai.

Sifat Peribadi Yang Menarik

Sebenarnya, sejak kecil lagi telah terlihat sifat serta peribadi beliau yang terkenal warak, bersopan-santun, merendah diri, tenang hati dan sebagainya. Ini semuanya hasil didikan Tokku Paloh yang bertindak sebagai guru beliau. Demikianlah beliau menjalani alam pendidikan pondok sehingga akhirnya menjadi seorang ulama serta pemimpin yang berjuang ke tengah masyarakat. Kealiman beliau dalam bidang agama serta kesungguhan beliau mengamalkan tarekat Naqsyabandiyah, sehingga menyebabkan beliau mempunyai keperibadian yang cukup baik.

Haji Abdul Rahman Limbong memanglah diakui sebagai seorang yang sangat mengasihi kanak-kanak serta memuliakan orang-orang miskin serta anak-anak yatim. Lebih dari itu, beliau sanggup merendahkan diri dengan mencuci air kencing kanak-kanak yang sering datang ke surau beliau. Inilah satu sikap yang perlu ada kepada seorang pemimpin, iaitu perlu menunjukkan contoh serta teladan kepada mereka yang berada di bawah pimpinan mereka. Keadaan seumpama ini bukan menurunkan darjat mereka, bahkan akan menyebakan bertambahnya kepercayaan orang ramai terhadap mereka.

Di antara sikap Haji Abdul Rahman Limbong ialah suka sekali menolong orang yang sedang berada dalam kesusahan. Di samping itu beliau juga terkenal kuat beribadah kepada Allah SWT. Sementara pada siang harinya digunakan untuk mengajar murid-murid yang datang kepada beliau. Atas dasar inilah maka sebahagian orang menganggap beliau sebagai salah seorang Wali Allah serta mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam masyarakat. Kebaikan serta kesolehan beliau terkenal oleh seluruh rakyat Terengganu.

Oleh kerana kebaikan serta kesolehan beliau terkenal di seluruh Terengganu, ramailah orang yang datang ke rumah beliau untuk berziarah serta meminta nasihat atau minta untuk diselesaikan masalah yang timbul. Segala masalah yang didatangkan kepada beliau tidaklah pernah beliau hampakan, malah sedaya upaya beliau cuba menyelesaikannya. Ini dengan sendirinya menambahkan lagi kepercayaan serta keyakinan orang ramai terhadap beliau.

Suatu hal yang istimewa mengenai peribadi beliau ialah sikap warak beliau. Beliau amat menghalusi tiap-tiap perkara yang haram dan subahat, terutama dalam soal makan dan minum. Ini mungkin beliau berpegang kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang di antara lain menyebut bahawa hati manusia itu ditempah oleh makan dan minum. Apabila makanan dan minuman itu mengandungi perkara subahat, sudah tentu ianya akan dengan sendirinya merubah sikap serta peribadi seseorang. Dan atas dasar inilah maka beliau amat menjaga makan dan minum beliau serta hal-hal yang lainnya.

Mereka yang mengenali serta pernah bersama-sama beliau menyebutkan bahawa beliau tidak pernah singgah atau makan dan minum di kedai. Kerana lazimnya makan dan minum di kedai dengan sendirinya menjatuhkan kewibawaan seseorang pemimpin masyarakat. Umumnya diketahui bahawa di kedai-kedai selalu belaku perkara-perkara yang mungkar. Oleh kerana itu tidak hairanlah mengapa beliau tidak mahu singgah apatah lagi makan minum di kedai.

Seorang ulama serta pejuang di tengah masyarakat, sudah tentu merupakan orang yang sanggup mengorbankan kepentingannya demi perjuangan yang didukungnya. Lebih dari itu kebendaan bukanlah menjadi tujuan serta harapan dalam perjuangan. Apa yang menjadi harapan bagi mereka ialah untuk semata-mata membangunkan syariat Allah bertapak kukuh di atas muka bumi. Oleh kerana itu tidaklah hairan mengapa Haji Abdul Rahman Limbong tidak pernah sekali-kali meletakkan kebendaan sebagai suatu perkara yang penting.

Ini dapat diteliti berdasarkan kepada kehidupan rumahtangga beliau yang memang agak sederhana sekali. Tidak terdapat apa-apa perhiasan yang berharga di dalam rumah beliau kecuali barang-barang yang dianggap perlu dalam kehidupan. Seorang ahli tarekat apatah lagi seorang syeikh tarekat, sudah tentu tidak mahu keadaan rumahnya itu bersarang dengan bentuk-bentuk keduniaan. Kerana kehidupan yang agak mewah dengan sendirinya akanmenyebabkan penghuninya lalai serta berat dalam mengerjakan amal ibadah. Ini dapat diperhatikan jika kita mengikuti pengajian-pengajian tasauf yang amat menitikberatkan persoalan ini. Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. sendiri pun berulangkali menerangkan bahawa kehidupan dunia ini serta segala macam perhiasan dunia ini merupakan penipuan kepada manusia yang hidup di atas muka bumi.

Haji Abdul Rahman Limbong memang sentiasa mengenakan pakaian yang melambangkan ciri-ciri keIslaman. Oleh kerana itu beliau sentiasa memakai baju Melayu atau jubah putih serta memakai serban. Ke mana-mana pun beliau sentiasa memakai terompah yang diperbuat sendiri atau pun dibeli dari orang lain. Kewarakkan beliau nampak jelas dengan sikap beliau yang tidak suka sama sekali memakai kasut yang diperbuat di kedai apatah lagi yang diperbuat oleh orang kafir. Lebih hebat lagi, apabila beliau berjalan melalui perkampungan orang-orang kafir, beliau akan menyamak kaki beliau.

Sebagai seorang ulama yang warak lagi taat kepada Allah SWT dan di samping sebagai seorang masyaikh tarekat Naqsyabandiyah, beliau amat kuat menjaga syariat. Ketelitian beliau dalam menjaga syariat dapat dilihat berdasarkan kepada kehidupan beliau sendiri. Tidak pernah sama sekali beliau bertentangan mata dengan kaum wanita walaupun dengan murid-murid beliau sendiri. Beliau juga akan menundukkan pandangan serta menyisihkan diri apabila bertembung dengan kaum wanita.

Sebagaimana guru-guru serta ulama pondok yang lain, beliau juga mempunyai dua khadam yang secara sukarela menolong beliau menyelesaikan tugas-tugas di rumah. Kedua-dua mereka ialah Haji Hussin bin Muhammad dan Haji Ali Yaakob. Mereka mendakwa bahawa mereka sama sekali tidak pernah melihat isteri Haji Abdul Rahman Limbong. Mereka berdua hanya dibenarkan mengangkat air untu kegunaan beliau setakat di hadapan pintu sahaja. Setelah mereka berdua pergi, isteri beliau akan membawa air itu masuk ke dalam rumah.

Demikian keterangan bagaimana kuatnya beliau menjaga syariat. Isteri beliau akan sentiasa mengenakan pakaian jilbab apabila keluar rumah bersama beliau kerana sesuatu urusan. Di kampung beliau sendiri, diadakan sekatan tempat permandian di antara kaum lelaki dan kaum wanita. Peraturan ini sengaja beliau adakan bertujuan tidak berlaku fitnah apabila lelaki dan wanita bercampur-gaul.


Keramat dan Kewaliannya


Sebenarnya, bakat kepimpinan serta keistimewaan yang ada pada beliau itu sudah pun kelihatan sejak beliau masih lagi berguru kepada Tokku Paloh. Beliau suka beruzlah (mengasingkan diri) daripada murid-murid Tokku Paloh yang lain. Seringkali beliau berulang-alik dari rumahnya ke pondok dengan bersendirian, walaupun jarak di antara rumahnya dengan pondok pengajian Tokku Paloh agak jauh. Keadaan beliau yang begini menimbulkan kehairanan di kalangan orang-orang yang sering memerhatikan segala kelakuan beliau.

Diceritakan bahawa ada tiga orang lelaki telah mengintai kelakuan Haji Abdul Rahman Limbong yang boleh menhilangkan diri dari pandangan manusia. Ketiga-tiga lelaki tersebut memanjat pokok kelapa di tepi sungai tempat beliau menyeberang sungai. Timbul kehairanan di hati mereka kerana di tepi sungai tersebut tidak pun terdapat perahu, rakit atau sebagainya.

Haji Abdul Rahman Limbong kelihatan duduk berselimut di atas batu yang agak besar di tepi sungai. Tiba-tiba sahaja beliau hilang dari pandangan dan sudah berada di tebing seberang sungai tersebut. Ini adalah beberapa keramat yang Allah SWT izinkan terjadi kepada beliau.

Mengikut cerita yang lain pula, Haji Abdul Rahman Limbong juga dipercayai tidak basah apabila ditimpa hujan walaupun cuma berterendak. Keadaan yang sama dikatakan pernah dialami oleh seorang mudridnya yang berteduh di dalam jubah beliau semasa mereka bersama di dalam perahu menghilir sungai, manakala orang lain yang menjadi pengayuh basah ditimpa hujan.

Suka Mengembara

Selain mengajar, Haji Abdul Rahman Limbong adalah seorang ulama yang suka mengembara atau merantau ke beberapa buah negeri. Soal kewangan untuk mengembara tidak sukar baginya kerana di mana tempat beliau berpijak, ada saja penduduk yang mahu menjadi muridnya. Pengembaraan yang dekat dengan Terengganu di antaranya ialah Beserah, Kuantan, kedua-duanya dalam Pahang. Selanjutnya Kelantan, Patani, Kedah dan lain-lain.

Negeri-negeri seberang laut yang pernah beliau merantau ialah Sambas, Jambi, Riau dan Brunei. Di negeri-negeri seberang laut itu juga terdapat murid-murid Haji Abdul Rahman Limbong.

Pengembaraan beliau ke negeri-negeri tersebut mempunyai kisah yang panjang, tetapi yang dapat diungkapkan di sini ialah tentang di Sambas dan Kepulauan Riau saja. Dalam pelayaran di laut, Haji Abdul Rahman Limbong menggunakan perahu buatan orang Terengganu sendiri. Beliau berlayar bersama-sama dengan murid-muridnya dari Terengganu dan juga ahli pelayaran pada zaman itu, bahawa mereka telah menggunakan perahu-perahu yang berukuran besar yang boleh dimuat barang-barang antara 100 hingga 350 tan.

Penjajahan & Campur Tangan Inggeris

Haji Abdul Rahman Limbong juga dikatakan sebagai seorang tuan guru yang sama masyhurnya dengan Tokku Paloh di masa itu. Oleh kerana itu, tidaklah begitu menghairankan jika Haji Abdul Rahman Limbong mendapat sambutan yang baik dari orang ramai yang mengenali beliau. Syed Sagof merpakan murid kesayaangan Haji Abdul Rahman Limbong. Bahkan lebih dari itu, beliau sentiasa mengharapkan bahawa suatu masa kelak Syed Sagof akan menggantikan beliau untuk meneruskan perjuangan yang beliau dukung selama ini.

Untuk itu, mereka merasakan perlu ada penentangan terhadap pihak penjajah Inggeris yang mana tujuan utama mereka turut campur tangan dalam pemerintahan ialah untuk menghancur serta meleburkan syariat Islam. Pihak penjajah telah sedikit demi sedikit menanamkan perasaan bencikan agama kepada golongan atasan serta rakyat sekeliannya. Ini dilakukan oleh mereka dengan membawakan bentuk kehidupan mewah serta pendidikan yang secara terang-terangan bertentangan dengan cara hidup beragama.

Para ulama serta tuan guru-tuan guru yang mempunyai jiwa cintakan agama telah bangkit menyeru rakyat untuk melakukan penentangan terhadap pihak penjajah Inggeris. Sungguh pun begitu, pada peringkat awal penentangan itu dilakukan bukan dengan bentuk senjata. Tetapi akhirnya terpaksalah mereka bengkit menentang menggunakan senjata setelah penentangan secara perlahan tidak berjaya memadamkan pengaruh penjajah yang semakin hari semakin meningkat.

Sebenarnya, kemasukan pihak penjajah dalam pentadbiran negeri-negeri Tanah Melayu bertujuan untuk menyerapkan unsur-unsur kehidupan dan kebudayaan mereka ke dalam kehidupan orang-orang Melayu yang pada ketika itu kuat berpegang dengan agama. Kita tidak hairan mengapa kehadiran mereka tidak disukai oleh rakyat. Tambahan pula kehadiran mereka ke negeri-negeri sebelah timur adalah sebagai lanjutan dari Peperangan Salib yang berlaku selama beberpa abad.

Dalam tahun 1920-an, Inggeris campur tangan untuk mentadbir tanah di lokasi Kuala Telemong hingga ke Ulu Telemong. Setiap ekar tanah yang dibuka oleh rakyat dikenakan cukai oleh penjajah Inggeris.

Oleh sebab itulah, Haji Abdur Rahman Limbong dalam hujah-hujahnya di mahkamah bahawa tanah yang dibuka oleh rakyat itu adalah hak Allah bukannya hak negeri. Mungkin maksud negeri itu adalah yang ada campur tangan penjajah Inggeris.

Haji Abdur Rahman Limbong menegaskan bahawa tanah yang mereka miliki adalah tanah pusaka peninggalan orang-orang tua mereka yang datang dari Johor bersama-sama dengan Sultan Zainal Abidin I, Sultan Terengganu yang pertama. Dari riwayat ini dapat kita membuat kesimpulan bahawa orang-orang Melayu Islam di Hulu Terengganu dalam tahun 1920 lagi, di bawah bimbingan Haji Abdur Rahman Limbong, sudah kenal jati diri, kenal terhadap haknya, kenal terhadap tanah air, dan kenal terhadap bangsa sendiri.

Setelah menggunakan berbagai tipu helah maka pihak Inggeris telah berjaya turut campur tangan dalam pemerintahan kerajaan Terengganu yang pada asalnya berasaskan perundangan Islam. Pihak penjajah sengaja mengenepikan perundangan Islam, sebaliknya menampilkan undang-undang ciptaaan mereka sendrri. Di samping itu mereka juga telah membawa unsur-unsur kehidupan serta kebudayaan mereka yang akhirnya berjaya mengubah akhlak serta kehidupan umat Islam sehingga ke hari ini.

Para ulama yang mempunyai jiwa cintakan agama memberi kesedaran kepada umat agar kembali semula kepada ajaran Islam. Tetapi seruan mereka hanya mendapat perhatian di kalangan rakyat berbanding dengan golongan atasan. Sementara itu, peraturan-peratauran yang dikenakan oeleh pihak penjajah Inggeris cuba mnekan kehidupan masyaraat yang kebanyakkannya terdiri dari kaum tani yang miskin.

Lama kelamaan pihak penjajah mula meragui Haji Abdul Rahman Limbong serta menganggap beliau sebagai merbahaya kerana dikatakan menghasut rakyat untuk menentang kerajaan. Sungguhpun demikian, pihak Inggeris tidak berani mengambil apa-apa tindakan terhadap beliau. Ini mungkin disebabkan bahawa apa yang beliau lakukan tidak menampakkan apa-apa kesalahan.

Di samping itu terdapat seorang tokoh ulama yang turut menyeru rakyat menentang pihak penjajah. Beliau ialah Haji Musa bin Abdul Ghani Minangkabau. Beliau telah menebut kepaa rakyat bahawa barangsiapa yang membayar pas menebas pas menebas (cukai) dan hasil-hasil tanah akan termasuk golongan kafir. Beliau juga berkata, ”Barangsiapa yang tidak mahu mengikut hukum syarak, Nabi tidak mengaku umatnya.”

Penentangan 21 Mei 1928

Akhirnya berlakulah peristiwa penentangan rakyat Terengganu terhadap pihak penjajah. Puncak kebangkitan rakyat menentang kerajaan ini ialah pada 21 Mei 1928. Kebangkitan 1928 melibatkan konflik berdarah, apabila perkumpulan dan kemaraan petani telah ditentang oleh pihak kerajaan di Ulu Telemong.

Dalam perkara ini Haji Abdul Rahman Limbong disalahkan sebagai orang yang bertanggungjawab menimbulkan pemberontakan dan penentangan ini. Oleh kerana itu, pihak penjajah meneluarkan ancaman untuk menangkap beliau. Untuk meredakan suasana yang berlaku, maka Haji Abdul Rahman Lombong menyerah diri di Istana Maziah. Tidak ada seprang pun yang berani mendekati beliau semasa berada di istna tersebut. Beliau menafikan tuduhan yang mengatakan bahawa beliaulah yang menjadi punca berlkunya penetangan rakyat terhadap pihak penjajah.

Atas tuduhan tersebut, Haji Abdul Rahman Limbong dihadapkan ke perbicaraan mahkamah. Perbicaraan tersebut dibuat di padang dan disaksikan oleh pegawai Inggeris serta orang ramai. Kebetulan pula kerusi yang beliau duduki itu menghadap ke arah kiblat, maka beliau terus menerus bersolat sepanjang majlis perbicaraan tersebut berjalan.

Akhirnya keputusan diambil oleh pihak Inggeris yang mana Haji Abdul Rahman Limbong dibuang negeri ke Makkah. Sebelum itu terdapat pihak-pihak yang mensyorkan supaya beliau dibuang negeri ke China. Tetapi akhirnya keputusan diambil bahawa beliau dibuang negeri ke Makkah. Dan sememangnya haji Abdul Rahman Limbong sendiri bercadang untuk menghabiskan sisa-sisa umurnya ke Makkah.

Pembuangan Di Makkah & Wafatnya

Sungguhpun beliau telah dibuang ke Makkah, namun pengajaran dan perjuangan yang beliau bangunkan masih tetap utuh. Beliau masih tetap mengajar walaupun berada di Makkah. Ramai murid-murid beliau yang menyambung semula pengajian kepada beliau di Makkah ataupun menemui beliau sewaktu menunaikan ibadah haji.

Sewaktu beliau di Makkah, pernah beliau meminta kebenaran untuk pulang sebentar ke Terengganu. Tetapi malangnya permintaan beliau ditolak dengan alasan bahawa beliau nanti akan menimbulkan semangat kepada rakyat Terengganu. Akhirnya, setelah sekian lama beliau berkhidmat mengajar berbagai pengetahuan tentang agama di Makkah, maka beliau pun dijemput oleh Allah SWT untuk mangadapNya. Beliau meninggal dunia pada 14 Jamadilakhir 1348 (1929) kerana menghidap penyakit di dalam perut. Dengan itu berakhirlah perjuangan seorang ulama yang berpengaruh serta pengajarannya cukup ketara di dalam kehidupan masyarakat Islam Terengganu sehinggalah ke hari ini.

Demikianlah beliau yang dengan ketokohannya menjadi seorang ulama, dapat menjadi contoh serta teladan kepada generasi para ulama selepas beliau. Dan tidak sepatutnya para ulama hanya mendiamkan diri tanpa membuar sesuatu untuk kepentingan agama. Sepatutnya hendaklah diketahui, bahawa perjuangan yang dilaksanakan oleh Haji Abdul Rahman Limbong ialah untuk menegakkan kesucian agama dari pengaruh-pengaruh Barat yang menjejaskan keimanan umat Islam di waktu itu.


Rujukan:
- Ringkasan Riwayat 11 Tokoh-Tokoh Sufi susunan Hamizan Hussin, terbitan Bismi Publishers, 1993.
- Ulama Terengganu, Suatu Sorotan suntingan Muhammad Abu Bakar, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 1991.
- Haji Abdur Rahman Limbong, Ulama dan Pahlawan Melayu tulisan Wan Mohd Shaghir Abdullah, Utusan Malaysia, 2007.

TOK KENALI (1868 - 1933 )

Biodata Tok Kenali (1868 - 1933)


Muhammad Yusuf bin Ahmad



Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali (1868 – 1933) ialah seorang tokoh tokoh ‘Ulama’ , guru, tokoh pembangun pemikiran umat Islam di dunia sebelah sini, di awal abad ke-20. Beliau seorang alim Rabbani yang dalam hidupnya banyak berpandukan kitab Suci Al-Quran disamping Sunnah Nabi Shallallaahu alaihi wasallam. Beliau disebut juga sebagai seorang yang memilih hidup sederhana . dan juga seorang wali keramat dan mendapat ilham daripada Allah dan ilmu laduni (Ilmu Kurniaan Ilahi tanpa belajar).



Tokoh Besar Ulama Kelantan

Bagi seseorang yang mengkaji sejarah tanah air, lebih-lebih lagi menyelidiki “sejarah kelantan’ maka dia secara langsung atau tidak, akan menemui nama Tuk kenali’. Mengikut perkembangan sejarah, Tuk Kenali adalah merupakan seorang pembangun fikiran umat Islam di dunia sebelah sini menerusi pengajaran kepada murid-murid yang bertebar padabeberapa tempat di Alam Melayu, juga melalui fikiran-fikirannya yang membina menerusi majalah “Pengasuh”, keluaran Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu kelantan dan majalah “Al-Hikmah” sebuah majalah pengatahuan yang antara lain yang sedang bersemarak di masa ini.


Sesuatu perkara yang menarik perhatian kita ialah perjuangan dan penghidupan Tuk kenali adalah agak nyata. Beliau banyak menerima pengaruh dari ajaran-ajaran Failasuf islam Al-Iman Ghazali , (1058-1111M) seorang pembangun dan pembina fikiran umat Islam yang banyak membuat pembaharuan dalam acara mengupas soal-soal agama berdasarkan ajaran-ajaran kitab suci Al-Quran dan hadis di samping memperoleh ilmu ladunni di zaman silam. Melihat kepada perjuangannya, kita mendapati cara perjuangannya hampir-hampir sama dengan perjuangan Syaikh Muhammad Abduh (1849-1905M), seorang pembawa pembaharuan pemikiran umat Islam yang meletakkan kitab Al-Quran sebagai asas perjuangannya dan perjuangannya adalah secara melyeluruh menyedar dan membina masyarakat dalam aspek hidup, agama, ilmu pengatahuan, politik, sosial ekonomi dan lain-lain yang secara kebetulan di masa Tuk kenali berada di kota Suci Makkah dan semasa beliau melawat ke Mesir 1322H (1904M) merupakan akhir zaman Syaikh itu.


Kelahiran Tok Kenali


Beliau dilahirkan di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan kira-kira pada tahun 1287H (1870M*) dengan nama Muhammad Yusof (pernah disebut sebagai Awang sahaja) iaitu di penghujung pemerintahan Sultan Muhammad II (1837-1886M). Bapanya seorang petani bernama Ahmad, manakala Fatimah, ibunya adalah seorang insan yang sopan dan bercita-cita tinggi dan murni.


Latar Belakangnya


Muhammad Yusoff dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, dan ini adalah membentukkan sifat peribadinya yang tidak menonjol. Bapanya seorang petani manakala ibunya bagaimana kebiasaan orang-orang di kampungnya adalah bekerja menolong pekerjaan suaminya.

Sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negeri, Muhammad Yusof telah mula belajar pada datuknya sendiri Encik Salleh (Tok Leh) iaitu dalam pelajaran membaca kitab suci Al-Quran dan pelajaran tulis-menulis. Sesudah itu dia menyambungkan pelajaran ke masjid Besar Al-Muhammadi, Kota Bharu dan tempat-tempat pengajian lain di sekitar kota Bharu dalam pelajaran Bahasa Arab, nahu, saraf juga pengetahuan agama.



Isterinya ialah Cik Ruqayyah Mahmud. Beliau dikurniakan empat orang anak, iaitu Ahmad, Muhd Shaalih, Mahmud dan Abdullah Zawaawi. Keempat-empat anak Tok Kenali kesemuanya mengikut jejak langkah ayah mereka dengan bergelar Tok Guru.



Perlu disebutkan bahawa datuknya adalah seorang yang lebai, warak, mempunyai sedikit sebanyak ilmu-ilmu agama untuk panduan hidup, seorang yang mempunyai kesedaran, mematuhi peraturan-peraturan agama dan gemar berbuat ibadat semata-mata mencari keredaan Allah.



Bapanya meninggal dunia sewaktu umurnya baru meningkat 5 tahun. Beliau dilantik di bawah pengawasaan datuknya menyebabkan pengaruh bapanya kurang terasa dalam corak hidupnya. Di samping itu, nenek perempuan tirinya, Tuk Mek ngah turut memberikan pendidikan yang baik kepadanya termasuk pengawasan terhadap punca-punca makanan yang hendak disajikan. Menurutnya pengaruh-pengaruh makanan-makanan yang haram adalah membawa akibat yang buruk dalam penghidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat.


Menyambung Pelajaran Ke Kota Bahru


Sewaktu berusia antara sembilan ke sepuluh tahun, Muhammad Yusof telah mengambil langkah bagi menyambung pelajarannya ke Kota Bharu. Tempat pertama yang ditujunya ialah ke masjid Al-Muhammadi, di mana terdapat beberapa orang guru agama dan beratus-beratus orang murid dari seluruh ceruk Negeri Kelantan menyembung pelajaran mereka ke sini. Sekitar masjid besar ini, dewasa ini penuh dengan pondok-pondok (asrama) penuntut.



Dalam masa menuntut di sini beliau berguru kepada Tuan Haji Wan Ismail (ayahnda Datuk Perdana Menteri Paduka Raja, Kelantan, Dato' Nik Mahmud) Beliau belajar bersama-sama Encik Idris yang kemudiannya menjadi “Mufti Kerajaan Kelantan”’ Selain iatu beliau berguru kepada Tuan Guru Hj. Ibrahim, penambang (Mufti kerajaan Kelantan) Syaikh Muhammad Ali bin Ab. Rahman (Wan Ali) Kutan dan kepada Tuan Guru Padang (Hj. Ahmad) Kota Bharu.


Melanjutkan Pelajaran Ke Tanah Suci Mekah


Sebagai seorang pelajar, Tok Kenali telah menaruh cita-cita yang kuat untuk melanjutkan pelajaran ke Mekah. Pada tahun 1887M (1305H). Menjelang umurnya kira-kira 18 tahun, Tok Kenali menjejak Tanah Suci Mekah untuk meninggikan pelajaran agamanya di samping menunaikan rukun islam yang kelima, ibadat Haji iaitu sesudah enam bulan mengalami kesusahan di Lautan Hindi disebabkan kerosakan kapal yang ditumpanginya.


Pulang ke Tanah Air


Pada tahun 1909M (1327 H) iaitu sesudah menjalani pengajian selama 22 tahun di tanah suci mekah, maka Tuk kenali pun pulang ke tanah air iaitu ke Kelantan seterusnya pada tahun 1911M (1329M) beliau mula membuka pondok Kenali, sebuah tempat pengajian yang kemudiannya menjadi pusat pengajian agama di semenanjung ini. Dua tahun kemudian , beliau menjadi guru di masjid Besar Al-Muhammadi, kota Bharu yang waktu itu menjadi pusat pengetahuan agama terbesar di kelantan, malahan juga dikenali di Semenanjung sebagai Serambi Mekkah.



Murid-murid dari seluruh kelantan telah membanjiri pondok-pondok yang terletak berderet-deret di sepanjang jalan di kawasan masjid dan di kawasan Kubang Pasu. Selain itu, bukan sedikit murid-murid dan pelajar-pelajar dari luar negeri datang yang menceduk pengetahuan agama daripada guru-guru yang terkenal . Selain daripada Tuk kenali, mereka belajar pada Tuan Guru Hj. Nik Abdullah, Tuan Guru Hj.Idris (yang kemudiannya berjawatan “Mufti kelantan) dan lain-lain.



Memandang hak-hak kemasyarakatan di kampung sendiri perlu pula dititik beratkan, maka Tuk kenali terpaksa pula menetap di kampungnya sendiri iaitu sesudah lima tahun mengajar di Masjid Besar Al-Muhammadi. Dewasa itu pondok kenali kembali bersemarak sehingga namanya termasyur ke serata ceruk rantau Semenanjung ini, malah sampai ke Indonesia (terutama Sumatera) kemboja, Patani dan lain-lain. Jumlah pelajar-pelajar yang menetap di asrama (Pondok) meningkat 400 orang suatu jumlah yang besar dalam pertumbuhan pengajian Islam dikala itu.



Dalam menjalankan tugasnya, Tuk kenali menetapkan beberapa buah kitab pelajaran (teks) dalam berbagai-bagai jurusan, iautu pengajian Bahasa dan pengetahuan-pengetahuan Agama islam dalam berbagai-bagai peringkat pelajaran. Beliau sendiri banyak mengambil peranan dalam mengembangkan pengetahuan Bahasa Arab, manakala pelajaran-pelajaran lain diperkembangkannya selaras dengan kehendak-kehendak masyarakat dewasa itu. Murid-murid beliau yang telah matang dalam pengajiannya dilantiknya menjadi kepala telaah (guru Kumpulan) disamping itu, kitab-kitab agama dalam tulisan jawi diajarkan juga kepada pelajar-pelajar dan orang-orang kampung. Menerusi pengajian-penjagian kepada orang-orang dewasa inilah lahirnya cerita-cerita tauladan yang kadang-kadang mengggelikan, sebagai suatu cara untuk menarik perhatian murid-murid kepada pelajaran yang sedang ditumpukan. Suatu hal yang agak luar biasa bahawa dalam masa mengajar itu, Tuk kenali mengajar tanpa kitab, di hadapannya tiada kitab-kitab pelajaran sedangkan muridnya mempelajarinya dengan menggunakan kitab. Inilah menunjukkan bahawa Tuk kenali adalah seorang yang mempunyai daya ingatan yang kuat.



Kemasyuhuran Tuk kenali telah menarik ramai pelajar Islam dari serata ceruk semenanjung. Antara mereka ini ada yang telahpun mempunyai kematangan dalam pengetahuan Agama islam datang untuk mengenal wajah dan mengikuti sebahagian pelajaran yang diajar oleh Tuk Kenali. Antara mereka ada yang datang kira-kira seminggu, sebulan, tiga atau empat tahun seterusnya. Ini bergantung kepada keadaan masing-masing, sebab di antara mereka ada yang sudahpun bekerja sebagai guru agama. Qadi atau sebagainya. Untuk meminta Tuk Kenali membaca kitab, cukuplah dengan meminta izin beliau di mana si peminatnya sendiri yang akan disuruh membacanya di hadapan kumpulan pelajar-pelajar. Sesudah itu Tuk kenali memainkan peranan memberi kefahaman dan mensyarahkan isi kitab itu, juga memberi peluang-peluang bertanya.



Menghembus Nafas Terakhir



Setelah kira-kira 65 tahun menyedut udara dunia ini, maka Tuk kenali pun dipanggil tuhan, kekasihnya iaitu pada Ahad 19 November 1933M, berikutan suatu penyakit di kakinya.

Majalah “Pengasuh” keluaran 11 disember 1933M. Mencalitkan berita tentang kematian Tuk kenali antara lain berbunyi; “ kembali ke Darul-Baqa 1352 yang meredupkan alam Kelantan dendan dukacita. Innalillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun:.



“Hari wafatnya; dilawati oleh tidak kurang daripada 2,500 orang dan disembahyang jenazahnya lebih daripada 1,000 orang dan disembahyang jenazahnya lebih seribu orang yang khalis liwajhillaahi Ta’ala.



Tuk Kenali dikebumikan di perkuburan yang sekarang terkenal dengan nama Kubur Tuk Kenali’ kilometer 5 jalan Pasir Puteh, Kota Bharu, tidak jauh dari istana negeri. Kuburnya selalu dizarahi oleh Duli yang maha Mulia Al-marhum Sultan Ibrahim (nenekanda kepada Duli Yang mulia Sultan Ismail Putera Sekarang) apa lagi oleh ramai terutamnya bekas murid-murid beliau yang ada berselerak di negeri ini, juga oleh pelawat-pelawat.



Dari desa pergi ke kota mencari sahabat nan berbudi kematiannya tanpa mewarisi harta tapi meninggalkan ilmu dana bakti.


Jawatan-jawatan Tok Kenali


Tuk kenali ada di antara orang-orang yang memikul tugas dan jawatan terpenting dalam perkembangan pengajian islam dan pertubuhan kebudayaan timur yang berteraskan islam di negeri Kelantan berdasarkan jawatan-jawatan yang pernah disandangnya sebagai berikut:


1. Ahli Majlis Ulama Islam Kelantan (7 Disember 1951- 19 November 1933).

2. Ketua Pelajaran Agama (Pengarah Bahagian Ilmu Agama. Bertanggungjawab memimpin Madrasah Muhammadiyyah dan penerbitan buku teks.

3. Ketua Pengarang pertama majalah Pengasuh (lidah rasmi Majlis Agama Islam Kelantan dikeluarkan setiap Isnin, dijual 10 sen senaskah).

4. Anggota Majlis Agama Islam Kelantan dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

5. Pengasas Jamiyyah al-Ashriyyah - kumpulan ilmiah membincangkan isu agama dan semasa.

6. Penterjemah kitab dari Bahasa Arab ke Bahasa Melayu.

7. Guru agama di Masjid Besar al-Muhammadi, Kota Bharu.

8. Penasihat agama kepada Datuk Perdana Kelantan (Menteri Besar).

9.0 Kegiatan-kegiatan dan Jasa Tok Kenali


Selain daripada mengajar, Tuk Kenali juga bergiat dalam lapangan-lapangan yang berhubung dengan kemajuan agala dana kebudayaan islam. Datu Paduka menteri Paduka Raja (Tuan haji mahmud bin ismail) dengan nasihat beliau telah dapat membentuk Majis Agama Islam dan Adat istiadat melayu kelantan pada 24 Disember 1915M (17 Safar 1334H). Ini adalah satu jasa yang dapat dilihat buktinya sampai sekarang.



Semasa hendak mengeluarkan majalah pengasuh 1918M iaitu warta majlis Agama islam dan Adat Istiadat Melayu kelantan. Tuk kenali telah dipilih untuk menjadi ketua pengarang kehormat . pada mulanya majalah ini dikeluarkan berupa lembaran akhbar yang mempunyai bidang besar, diterbitkan setia hari Isnin, senaskah berharga 10 sen. Penerbitan majalah ini juga adalah daripada saranan dan dorongan-dorongan beliau.



Selain itu beliau telah ditugaskan oleh pihak majlis Agama Islam kelantan untuk menterjemahkan Tafsir Al-Khazin yang bertajuk “Lubaab at-Ta,wiil fil Ma’aani At-Tanzil” ke dalam bahasa melayu. Tugas berat ini telah dijalankan oleh beliau dan sebahagian daripada tafsir Al-khazin telahpun siap diterjemahkan. Sayangnya, naskah ini tidak dapat dikesan sehingga sekarang.



Juga tidak dapat dilupakan bahawa majalah Al-Hikmah (lahir 1 julai 1923M) di mana ketua Pengarang dan penerbitnya yang berbahagia tuan hj. Ahmad bin Ismail (Datuk Lela negara) adalah kerap menerima nasihat-nasihat dan fikiran-fikiran yang berguna daripada Tuk kenali. Majalah pengetahuan ini diterbitkan tiga kali sebulan . pejabat penerbitan ini selalu didatangi oleh Tuk kenali danaa merupakan salah satu tempat beliau membaca surat-surat khabar dan majalah dewasa itu.



Tuk kenali adalah seorang pencinta ilmu pengetahuan. Hal ini ternyata sekali dalam sejarah hidupnya . Beliau juga pernah menyimpan sebuah buku cetera Raja Muda . salah sebuah buku sejarah kelantan yang penting. Buku ini kemudiannya telah diberikan kepada pengaranag buku Hikayat Seri kelantan.



- dalam kegiatan kemasyarakatan pula , beliau telah melancarkan suatu getakan perhimpunan umat islam yang di namakan ‘Jam ,iyyatul Asriyyah] ‘[Perhimpunan semasa] yang kerap membicangkan perkara-perkara hangat dalam masyarakat [Politik] , pebincangan=perbincangan ilmu dan perhimpunan kerana ibadat. Sebagai megekal gerakan tersebut ,maka satu bangunan telah didirikan di tebgah-tengah ibu kota dengan nama yang sama, terletak di Jalan Tengku Petra Semarak , Kota Bharu.


Perkembangan Pondok Sekolah Agama dan Sekolah Melayu


Sistem persekolahan yang diutaamakan oleh Tuk kenali dalam masa hayatnya ialah sistem pondok, Sistem pondok yang menggunakan bahan-bahan pelajaran yang berdasarkan kitab dengan mengkelas-kelaskan kitab kepada pengajian peringkat rendah, menengah atas dana tinggi yang dipelajari secara berkelompok (berhalqah) di masjid atau madrasah (balaisah) . Manakala pelajar-pelajar yang tinggal di pondok-pondok (Asrama) di bawah bimbingan Tuk kenali, telah melahirkan beberapa orang tokoh ulamak. Tuan-tuan guru (tok guru_, pendakwah, pengarang yang terkenal yang datang dari beberapa tempat di seluruh tanah Melayu , sumatera, kemboja dan lain-lain.



Guru-guru pondok lepasan kenali inilah kemudiannya tersebar keseluruhan rantau ini di mana mereka menghidupkan pula sistem pondok.



Adalah agak luar biasa, di samping menggalakkan sistem pondok, Tuk kenali sebagai pencinta ilmu, tidaaklah menghalang wujudnya sistem persekolahan.

Tertubuhnya Agama islam dan adat istiadat melayu kelantan padaa tahun 1915M yang sudahpun mempunyai rancangana mendidikan sekolah-sekolah Agama islam di kelantan , adalah juga dengan mendapat nasihat daripada Tuk kenali. Maka pada 5 Ogos 1917M ditubuhkan sebuah Sekolah Agama berbahasa pengantar melayu yang menitik beratkan Bahasa Arab, dengan nama “Al-Madrasah Al-Muhammadiyyah Al-Kilantaniyyah”. Sekolah ini juga mengadakan pelajaran bahasa inggeris di sebelah petangnya.



Jadi, Tuk Kenali sebagai Ketua Pelajaran Agama Islam di Kelantan adalah memainkan peranan dalam pembukaan dan perlaksaan sekolah ini. Sekolah ini lebih dikenal dengan nama “ Sekolah Agama Majlis”.



Kemudian pada tahun 1937 bila lahirnya sekolah aliran bahasa arab di Majlis dengan nama “Majlis Al-Muhammadiyyah Al-Arabiyyah” barulah Sekolah Agama Majlis tadi bertukar nama dengan “Sekolah Melayu Majlis”, manakala sekolah yang baru tadi disebut “Sekolah Arab Majlis”. Akhir sekolah aliran melayu ini diserapkan secara beransur-ansur ke dalam Bahasa Arab sesudah dia dipindahkan ke bangunan Maahad Al-Muhammadi sekarang ( sebagai ekoran daripada sekolah aliran arab tadi )



Keberkatan usaha beliau ini membawa Syaikh Uthman Jalaludin Al-Kilatani membuka sekolah arab Manaabi’ Ai-’Uluum, Bukit mertajam pada tahun 1934 (1353). Demikian juga Tuan Guru Hj. Ali Salaahudin membuka madrasah Al-Falaah di Pulau Pinang di mana kedua-dua madrasah ini lebih berbentuk pondok (sistem pondok).

Di samping itu beliau juga adalah dianggap sebagai pendorong pembukaan sebahagian sekolah-sekolah Melayu di Kelantan ini seperti Sekolah Melayu Kubang Kerian 1920M, Sekolah Melayu Mentuan, dan lain-lain. Beliau tidaklah memusuhi pembukaan sekolah-sekolah seperti ini selagi pelajaran yang diajar tidak menyelaweng daripada ajaran islam yang suci.



Tok Kenali dan Hal-hal Kemasyarakatan



Sewaktu melancarkan pengajaran-pengajarannya, Tuk kenali didapati agak gemar sekali membincangkan hal-hal politik tanah air. Semasa hayatnya Tuk kenali tidak memisahkan politik daripada bidang pelajaran, malah beliau tidak mengenal pemisahan antara. Agama islam yang difahami dengan politik. Ini adalah merupakan suatu cara menyesuaikan pengajarannya dengan masalah-masalah yang dihadapi masyarakat dengan alam keliling. Kerana itu dalam pengajarannya beliau mengemukakan beberapa anjuran melalui cerita-cerita tauladan yang berkesan antaranya: ikut bapamu, tetapi takutkan Tuhan kuasailah pengetahuan agama dan politik ilmu itu apa yang terguris dalam hati pengetahuan manusia terbatas. Mengaku salah jika bersalah. Sunnah Tuhan sudahlah wajar biar mati adat, jangan mati syarak. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Bertanya pada yang tahu. Penjahat itu mencukupi dengan kejahatannya. Doa adalah senjata orang mukmin. (Cerpen-cerpen Tuk Kenali” oleh AQHAS - halaman 76), Terbitan baru dengan tajuk cerpen-cerpen warisan Tuk Kenali).

SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI



Sering kita mendengar tentang nama seorang sufi besar dan ulama besar bernama Syekh Abdul Qodir Jaelani, atau ada yang menyebut Jiilani. Siapakah sebenarnya beliau? Apa yang menjadi pandangan beliau yang jelas tentu tetap berpegang pada junjungan kita Nabi Besar Sayyidina Muhammad SAW…berikut informasi dikumpulkan dari berbagai macam sumber…
Syeikh Abdul Qodir Jaelani (bernama lengkap Muhy al-Din Abu Muhammad Abdul Qodir ibn Abi Shalih Zango Dost al-Jaelani) lahir di Jailan atau Kailan tahun 470 H/1077 M, sehingga diakhir nama beliau ditambahkan kata Al Jailani atau Al Kailani atau juga Al Jiliydan.(Biaografi beliau dimuat dalam Kitab Adz Dzail ‘Ala Thabaqil Hanabilah I/301-390, nomor 134, karya Imam Ibnu Rajab Al Hambali). Beliau wafat pada hari Sabtu malam, setelah maghrib, pada tanggal 9 Rabi’ul Akhir di daerah Babul Azajwafat di Baghdad pada 561 H/1166 M.

Dalam usia 8 tahun ia sudah meninggalkan Jilan menuju Baghdad pada tahun 488 H/1095 M. Karena tidak diterima belajar di Madrasah Nizhamiyah Baghdad, yang waktu itu dipimpin Ahmad al-Ghazali, yang menggantikan saudaranya Abu Hamid al-Ghazali.

Masa Muda

Beliau meninggalkan tanah kelahiran, dan merantau ke Baghdad pada saat beliau masih muda. Di Baghdad belajar kepada beberapa orang ulama’ seperti Ibnu Aqil, Abul Khatthat, Abul Husein Al Farra’ dan juga Abu Sa’ad Al Muharrimi. Beliau belajar sehingga mampu menguasai ilmu-ilmu ushul dan juga perbedaan-perbedaan pendapat para ulama’. Suatu ketika Abu Sa’ad Al Mukharrimi membangun sekolah kecil-kecilan di daerah yang bernama Babul Azaj. Pengelolaan sekolah ini diserahkan sepenuhnya kepada Syeikh Abdul Qadir Al Jailani. Beliau mengelola sekolah ini dengan sungguh-sungguh. Bermukim disana sambil memberikan nasehat kepada orang-orang yang ada tersebut. Banyak sudah orang yang bertaubat setelah mendengar nasehat beliau. Banyak orang yang bersimpati kepada beliau, lalu datang ke sekolah beliau, sehingga sekolah itu tidak muat menampungnya.

Murid-murid beliau banyak yang menjadi ulama’ terkenal. Seperti Al Hafidz Abdul Ghani yang menyusun kitab Umdatul Ahkam Fi Kalami Khairil Anam. Juga Syeikh Qudamah penyusun kitab fiqh terkenal Al Mughni.

Perkataan ulama tentang beliau : Syeikh Ibnu Qudamah rahimahullah ketika ditanya tentang Syeikh Abdul Qadir, beliau menjawab, ” kami sempat berjumpa dengan beliau di akhir masa kehidupannya. Beliau menempatkan kami di sekolahnya. Beliau sangat perhatian terhadap kami. Kadang beliau mengutus putra beliau yang bernama Yahya untuk menyalakan lampu buat kami. Beliau senantiasa menjadi imam dalam shalat fardhu.”

Syeikh Ibnu Qudamah sempat tinggal bersama beliau selama satu bulan sembilan hari. Kesempatan ini digunakan untuk belajar kepada Syeikh Abdul Qadir Al Jailani sampai beliau meninggal dunia. (Siyar A’lamin NubalaXX/442). Beliau adalah seorang ‘alim. Beraqidah Ahlu Sunnah, mengikuti jalan Salafush Shalih. Dikenal banyak memiliki karamah-karamah. Tetapi banyak (pula) orang yang membuat-buat kedustaan atas nama beliau. Kedustaan itu baik berupa kisah-kisah, perkataan-perkataan, ajaran-ajaran, “thariqah” yang berbeda dengan jalan Rasulullah, para sahabatnya, dan lainnya. Diantaranya dapat diketahui dari perkataan Imam Ibnu Rajab, ”

Syeikh Abdul Qadir Al Jailani adalah seorang yang diagungkan pada masanya. Diagungkan oleh banyak para syeikh, baik ‘ulama dan para ahli zuhud. Beliau banyak memiliki keutamaan dan karamah. Tetapi ada seorang yang bernama Al Muqri’ Abul Hasan Asy Syathnufi Al Mishri (Nama lengkapnya adalah Ali Ibnu Yusuf bin Jarir Al Lakh-mi Asy Syath-Nufi. Lahir di Kairo tahun 640 H, meninggal tahun 713 H. Dia dituduh berdusta dan tidak bertemu dengan Syeikh Abdul Qadir Al Jailani) mengumpulkan kisah-kisah dan keutamaan-keutamaan Syeikh Abdul Qadir Al Jailani dalam tiga jilid kitab. Dia telah menulis perkara-perkara yang aneh dan besar (kebohongannya ). Cukuplah seorang itu berdusta, jika dia menceritakan yang dia dengar. Aku telah melihat sebagian kitab ini, tetapi hatiku tidak tentram untuk berpegang dengannya, sehingga aku tidak meriwayatkan apa yang ada di dalamnya. Kecuali kisah-kisah yang telah masyhur dan terkenal dari selain kitab ini. Karena kitab ini banyak berisi riwayat dari orang-orang yang tidak dikenal. Juga terdapat perkara-perkara yang jauh ( dari agama dan akal ), kesesatan-kesesatan, dakwaan-dakwaan dan perkataan yang batil tidak berbatas. (Seperti kisah Syeikh Abdul Qadir menghidupkan ayam yang telah mati, dan sebagainya.) semua itu tidak pantas dinisbatkan kepada Syeikh Abdul Qadir Al Jailani rahimahullah. Kemudian aku dapatkan bahwa Al Kamal Ja’far Al Adfwi (Nama lengkapnya ialah Ja’far bin Tsa’lab bin Ja’far bin Ali bin Muthahhar bin Naufal Al Adfawi. Seoarang ‘ulama bermadzhab Syafi’i. Dilahirkan pada pertengahan bulan Sya’ban tahun 685 H. Wafat tahun 748 H di Kairo. Biografi beliau dimuat oleh Al Hafidz di dalam kitab Ad Durarul Kaminah, biografi nomor 1452.) telah menyebutkan, bahwa Asy Syath-nufi sendiri tertuduh berdusta atas kisah-kisah yang diriwayatkannya dalam kitab ini.”(Dinukil dari kitab At Tashawwuf Fii Mizanil Bahtsi Wat Tahqiq, hal. 509, karya Syeikh Abdul Qadir bin Habibullah As Sindi, Penerbit Darul Manar, Cet. II, 8 Dzulqa’dah 1415 H / 8 April 1995 M.). Imam Ibnu Rajab juga berkata, ” Syeikh Abdul Qadir Al Jailani rahimahullah memiliki pemahaman yang bagus dalam masalah tauhid, sifat-sifat Allah, takdir, dan ilmu-ilmu ma’rifat yang sesuai dengan sunnah. Beliau memiliki kitab Al Ghunyah Li Thalibi Thariqil Haq, kitab yang terkenal. Beliau juga mempunyai kitab Futuhul Ghaib. Murid-muridnya mengumpulkan perkara-perkara yang berkaitan dengan nasehat dari majelis-majelis beliau. Dalam masalah-masalah sifat, takdir dan lainnya, ia berpegang dengan sunnah. Beliau membantah dengan keras terhadap orang-orang yang menyelisihi sunnah.”

Syeikh Abdul Qadir Al Jailani menyatakan dalam kitabnya, Al Ghunyah, ” Dia (Allah ) di arah atas, berada diatas ‘arsyNya, meliputi seluruh kerajaanNya. IlmuNya meliputi segala sesuatu.” Kemudian beliau menyebutkan ayat-ayat dan hadist-hadist, lalu berkata ” Sepantasnya menetapkan sifat istiwa’ ( Allah berada diatas ‘arsyNya ) tanpa takwil ( menyimpangkan kepada makna lain ). Dan hal itu merupakan istiwa’ dzat Allah diatas arsy.” (At Tashawwuf Fii Mizanil Bahtsi Wat Tahqiq, hal. 515). Ali bin Idris pernah bertanya kepada Syeikh Abdul Qadir Al Jailani, ” Wahai tuanku, apakah Allah memiliki wali (kekasih ) yang tidak berada di atas aqidah ( Imam ) Ahmad bin Hambal?” Maka beliau menjawab, ” Tidak pernah ada dan tidak akan ada.”( At Tashawwuf Fii Mizanil Bahtsi Wat Tahqiq, hal. 516).

Perkataan Syeikh Abdul Qadir Al Jailani tersebut juga dinukilkan oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam kitab Al Istiqamah I/86. Semua itu menunjukkan kelurusan aqidahnya dan penghormatan beliau terhadap manhaj Salaf.

Sam’ani berkata, ” Syeikh Abdul Qadir Al Jailani adalah penduduk kota Jailan. Beliau seorang Imam bermadzhab Hambali. Menjadi guru besar madzhab ini pada masa hidup beliau.” Imam Adz Dzahabi menyebutkan biografi Syeikh Abdul Qadir Al Jailani dalam Siyar A’lamin Nubala, dan menukilkan perkataan Syeikh sebagai berikut,”Lebih dari lima ratus orang masuk Islam lewat tanganku, dan lebih dari seratus ribu orang telah bertaubat.”

Imam Adz Dzahabi menukilkan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan Syeikh Abdul Qadir yang aneh-aneh sehingga memberikan kesan seakan-akan beliau mengetahui hal-hal yang ghaib. Kemudian mengakhiri perkataan, ”Intinya Syeikh Abdul Qadir memiliki kedudukan yang agung. Tetapi terdapat kritikan-kritikan terhadap sebagian perkataannya dan Allah menjanjikan (ampunan atas kesalahan-kesalahan orang beriman ). Namun sebagian perkataannya merupakan kedustaan atas nama beliau.”( Siyar XX/451 ). Imam Adz Dzahabi juga berkata, ” Tidak ada seorangpun para kibar masyasyeikh yang riwayat hidup dan karamahnya lebih banyak kisah hikayat, selain Syeikh Abdul Qadir Al Jailani, dan banyak diantara riwayat-riwayat itu yang tidak benar bahkan ada yang mustahil terjadi“.

Syeikh Rabi’ bin Hadi Al Madkhali berkata dalam kitabnya, Al Haddul Fashil,hal.136, ” Aku telah mendapatkan aqidah beliau ( Syeikh Abdul Qadir Al Jailani ) didalam kitabnya yang bernama Al Ghunyah. (Lihat kitab Al-Ghunyah I/83-94) Maka aku mengetahui bahwa dia sebagai seorang Salafi. Beliau menetapkan nama-nama dan sifat-sifat Allah dan aqidah-aqidah lainnya di atas manhaj Salaf. Beliau juga membantah kelompok-kelompok Syi’ah, Rafidhah,Jahmiyyah, Jabariyyah, Salimiyah, dan kelompok lainnya dengan manhaj Salaf.” (At Tashawwuf Fii Mizanil Bahtsi Wat Tahqiq, hal. 509, karya Syeikh Abdul Qadir bin Habibullah As Sindi, Penerbit Darul Manar, Cet. II, 8 Dzulqa’dah 1415 H / 8 April 1995 M.)

Inilah tentang beliau secara ringkas. Seorang ‘alim Salafi, Sunni, tetapi banyak orang yang menyanjung dan membuat kedustaan atas nama beliau. Sedangkan beliau berlepas diri dari semua kebohongan itu. Wallahu a’lam bishshawwab.

Kesimpulannya beliau adalah seorang ‘ulama besar. Apabila sekarang ini banyak kaum muslimin menyanjung-nyanjungnya dan mencintainya, maka itu adalah suatu kewajaran. Bahkan suatu keharusan. Akan tetapi kalau meninggi-ninggikan derajat beliau di atas Rasulullah shollallahu’alaihi wasalam, maka hal ini merupakan kekeliruan yang fatal. Karena Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasalam adalah rasul yang paling mulia diantara para nabi dan rasul. Derajatnya tidak akan terkalahkan disisi Allah oleh manusia manapun. Adapun sebagian kaum muslimin yang menjadikan Syeikh Abdul Qadir Al Jailani sebagai wasilah ( perantara ) dalam do’a mereka, berkeyakinan bahwa do’a seseorang tidak akan dikabulkan oleh Allah, kecuali dengan perantaranya. I

Jadi sudah menjadi keharusan bagi setiap muslim untuk memperlakukan para ‘ulama dengan sebaik mungkin, namun tetap dalam batas-batas yang telah ditetapkan syari’ah.

Pada tahun 521 H/1127 M, dia mengajar dan berfatwa dalam semua madzhab pada masyarakat sampai dikenal masyarakat luas. Selama 25 tahun Abdul Qadir Jaelani menghabiskan waktunya sebagai pengembara sufi di Padang Pasir Iraq dan akhirnya dikenal oleh dunia sebagai tokoh sufi besar dunia Islam. Selain itu dia memimpin madrasah dan ribath di Baghdad yang didirikan sejak 521 H sampai wafatnya di tahun 561 H. Madrasah itu tetap bertahan dengan dipimpin anaknya Abdul Wahab (552-593 H/1151-1196 M), diteruskan anaknya Abdul Salam (611 H/1214 M). Juga dipimpin anak kedua Abdul Qadir Jaelani, Abdul Razaq (528-603 H/1134-1206 M), sampai hancurnya Baghdad pada tahun 656 H/1258 M.

Syeikh Abdul Qadir Jaelani juga dikenal sebagai pendiri sekaligus penyebar salah satu tarekat terbesar didunia bernama Tarekat Qodiriyah.

Awal Kemasyhuran Al-Jaba’I berkata bahwa Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani juga berkata kepadanya, “tidur dan bangunku sudah diatur. Pada suatu saat, dalam dadaku timbul keinginan yang kuat untuk berbicara. Begitu kuatnya sampai aku merasa tercekik jika tidak berbicara. Dan ketika berbicara, aku tidak dapat menghentikannya. Pada saat itu ada dua atau tiga orang yang mendengarkan perkataanku. Kemudian mereka mengabarkan apa yang aku ucapkan kepada orang-orang, dan merekapun berduyun-duyun mendatangiku di masjid Bab Al-Halbah. Karena tidak memungkinkan lagi, aku dipindahkan ke tengah kota dan dikelilingi dengan lampu. Orang-orang tetap datang di malam hari dan memakai lilin dan obor dan memenuhi tempat tersebut. Kemudian aku dibawa keluar kota dan ditempatkan di sebuah mushalla. Namun orang-orang tetap datang kepadaku, dengan mengendarai kuda, unta bahkan keledai dan menempati tempat disekelilingku. Saat itu hadir sekitar 70 orang para wali RadhiAllahu anhum.

Kemudian Syaikh Abdul Qadir melanjutkan, “Aku melihat Rasululloh SAW sebelum dzuhur, beliau berkata kepadaku, ’anakku, mengapa engkau tidak berbicara ?’. ’Ayahku, bagaimana aku yang non arab ini berbicara di depan orang-orang fasih dari Baghdad?’. Beliau berkata, ’buka mulutmu’, lalu beliau meniup 7 kali ke dalam mulutku kemudian berkata, ”bicaralah dan ajak mereka ke jalan Allah dengan hikmah dan peringatan yang baik”. Setelah itu aku shalat dzuhur dan duduk dan mendapati jumlah yang sangat luar biasa banyaknya sehingga membuatku gemetar. Kemudian aku melihat Ali r.a. datang dan berkata, ’buka mulutmu’. Beliau lalau meniup 6 kali kedalam mulutku dan ketika aku bertanya kepadanya mengapa beliau tidak meniup 7 kali seperti yang dilakukan Rasululloh SAW, beliau menjawab bahwa beliau melakukan itu karena rasa hormat beliau kepada RasuluLloh SAW. Kemudian akku berkata, ’Pikiran, sang penyelam, mencari mutiara ma’rifah dengan menyelami laut hati, mencampakkannya ke pantai dada , dilelang oleh lidah sang calo, kemudian dibeli dengan permata ketaatan dalam rumah yang diizinkan Allah untuk diangkat’”. Beliau kemudian menyitir :

Idan untuk wanita seperti Laila seorang pria dapat membunuh dirinya, dan menjadikan maut dan siksaan sebagai sesuatu yang manis

Dalam beberapa manuskrip saya mendapatkan Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani berkata, ”Sebuah suara berkata kepadaku saat aku berada di pengasingan diri, ‘kembali ke Baghdad dan ceramahilah orang-orang’. Akupun masuk Baghdad dan menemukan para penduduknya dalam kondisi yang tidak aku sukai dan karena itulah aku tidak jadi mengikuti mereka’. ‘sesungguhnya’ kata suara tersebut ,’mereka akan mendapatkan manfaat dari keberadaan dirimu’.

‘Apa hubungan mereka dengan keselamatan agamaku / keyakinanku’ tanyaku.

‘Kembali (ke Baghdad) dan engkau akan mendapatkan keselamatan agamamu’ jawab suara itu.

Akupun menbuat 70 perjanjian dengan Allah. Diantaranya adalah tidak ada seorangpun yang menentangku dan tidak ada seorang muridku yang meninggal kecuali dalam keadaan bertaubat. Setelah itu, aku kembali ke Baghdad dan mulai berceramah. Suatu ketika saat aku berceramah , aku melihat sebuah cahaya terang benderang mendatangi aku. ‘Apa ini dan ada apa?’tanyaku. ‘Rasululloh SAW akan datang menemuimu untuk memberikan selamat’ jawab sebuah suara. Sinar tersebut makin membesar dan aku mulai masuk dalam kondisi spiritual yang membuatku setengah sadar. Lalu aku melihat RasuLulloh SAW di depan mimbar, mengambang di udara dan memanggilku, ’wahai Abdul Qadir’. Begitu gembiranya aku dengan kedatangan RasuluLloh SAW , aku melangkah naik ke udara menghampirinya. Beliau meniup ke dalam mulutku 7 kali. Kemudian Ali datang dan meniup ke dalam mulutku 3 kali. ’mengapa engkau tidak melakukan seperti yang dilakukan RasuluLloh SAW?’ tanyaku kepadanya. ‘sebagai rasa hormatku kepada Rasulullah SAW‘ jawab beliau.

RasuluLlah SAW kemudian memakaikan jubah kehormatan kepadaku. ‘apa ini ?’ tanyaku. ‘ini’ jawab Rasulullah, ’adalah jubah kewalianmu dan dikhususkan kepada orang-orang yang mendapat derajad Qutb dalam jenjang kewalian’. Setelah itu , akupun tercerahkan dan mulai berceramah.

Saat Khidir as. Datang hendak mengujiku dengan ujian yang diberikan kepada para wali sebelumku, Allah membukakan rahasianya dan apa yang akan di katakannya kepadaku. Aku berkata kepadanya, ”Wahai Khidir, apabila engkau berkata kepadaku ’Engkau tidak akan sabar kepadaku’, maka aku akan berkata kepadamu ‘Engkau tidak akan sabar kepadaku’. Wahai Khidir, Engkau termasuk golongan Israel sedangkan aku termasuk golongan Muhammad, maka inilah aku dan engkau. Aku dan engkau seperti sebuah bola dan lapangan, yang ini Muhammad dan yang ini Ar-Rahman, ini kuda berpelana, busur terentang dan pedang terhunus.” Al-Khattab pelayan Syaikh Abdul QAdir meriwayatkan bahwa suatu hari ketika beliau sedang berceramah tiba-tiba beliau berjalan naik ke udara dan berkata, “Hai orang Israel, dengarkan apa yang dikatakan oleh kaum Muhammad” lalu kembali ke tempatnya. Saat ditanya mengenai hal tersebut beliau menjawab, ”Tadi Abu Abbas Al-Khidir as lewat, maka akupun berbicara kepadanya seperti yang kalian dengar tadi dan ia berhenti”.

Guru dan teladan kita Syaikh Abdul Qadir Al-Jilli berkata,” seorang Syaikh tidak dapat dikatakan mencapai puncak spiritual kecuali apabila karakter berikut ini telah mendarah daging dalam dirinya yaitu :

Dua karakter dari Allah yaitu dia menjadi seorang yang Sattar (menutup aib) dan Ghaffar (Maha pemaaf).

Dua karakter dari RasuluLlah SAW yaitu penyayang dan lembut

Dua karakter dari Abu Bakar yaitu jujur dan dapat dipercaya.

Dua karakter dari Umar yaitu amar ma’ruf nahi munkar

Dua karakter dari Utsman yaitu dermawan dan bangun (tahajjud) pada waktu orang lain sedang tidur.

Dua karakter dari Ali yaitu aalim (cerdas/intelek) dan pemberani.

Masih berkenaan dengan pembicaraan di atas dalam bait syair yang dinisbatkan kepada beliau dikatakan :

Bila lima perkara tidak terdapat dalam diri seorang syaikh maka ia adalah Dajjal yang mengajak kepada kesesatan.

Dia harus sangat mengetahui hukum-hukum syariat dzahir, mencari ilmu hakikah dari sumbernya, hormat dan ramah kepada tamu, lemah lembut kepada si miskin, mengawasi para muridnya sedang ia selalu merasa diawasi oleh Allah

Syaikh Abdul Qadir juga menyatakan bahwa Syaikh Al-Junaid mengajarkan standar Al-Qur’an dan Sunnah kepada kita untuk menilai seorang Syaikh. Apabila ia tidak hapal Al-Qur’an, tidak menulis dan menghapal Hadits, maka dia tidak pantas untuk diikuti.

Menurut saya (penulis buku) yang harus dimiliki seorang Syaikh ketika mendidik seseorang adalah dia menerima si murid untuk Allah, bukan untuk dirinya atau alasan lainnya. selalu menasihati muridnya, mengawasi muridnya dengan pandangan kasih. Lemah lembut kepada muridnya saat sang murid tidak mampu menyelesaikan Riyadhah. Dia juga harus mendidik si murid bagaikan anak sendiri dan orang tua penuh dengan kasih dan kelemah lembutan dalam mendidik anakknya. Oleh karena itu dia selalu memberikan yang paling mudah kepada si murid dan tidak membebaninya dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukannya. Dan setelah sang muuriid bersumpah untuk bertobat dan selalu taat kepada Allah baru sang syaikh memberikan yang lebih berat kepadanya. Sesungguhnya bai’at bersumber dari hadits RasuluLlah SAW ketika beliau mengambil bai’at para sahabatnya.

Kemudian dia harus mentalqin si murid dengan zikir lengkap dengan silsilahnya. Sesungguhnya Ali ra. Bertanya kepada RasuluLloh SAW, ‘Yaa Rasulullah, jalan manakah yang terdekat untuk sampai kepada Allah, paling mudah bagi hambanya dan paling afdhal di sisi Nya. RasuluLlah berkata,’Ali, hendaknya jangan putus berzikir (mengingat) kepada Allah dalam khalwat (kontemplasinya)’. Kemudian Ali ra. Kembali berkata , ‘Hanya demikiankah fadhilah zikir, sedangkan semua orang berzikir’. RasuluLlah berkata,’Tidak hanya itu wahai Ali, kiamat tidak akan terjadi di muka bumi ini selama masih ada orang yang mengucapkan “Allah” “Allah”. ‘Bagai mana aku berzikir?’. Tanya Ali. RasuluLlah bersabda, ’dengarkan apa yang aku ucapkan. Aku akan mengucapkannya sebanyak tiga kali dan aku akan mendengarkan engkau mengulanginya sebanyak tiga kali pula’. Lalu RasuluLlah berkata, “Laa ilaaha illallah” sebanyak tiga kali dengan mata terpejam dan suara kjeras. Ucapan tersebut di ulang oleh Ali dengan cara yang sama RasuluLlah lakukan. Inilah asal talqin kalimat Laa ilaaha Illallah. Semoga Allah memberikan taufiknya kepada kita dengan kalimat tersebut”.

Syaikh Abdul Qadir berkata, ”Kalimat tauhid akan sulit hadir pasda seorang individu yang belum di talqin dengan zikir bersilsilah kepada RasulluLlah oleh Mursyidnya saat menghadapi sakaratil maut”.

Karena itulah Syaikh Abdul Qadir selalu mengulang-ulang syair yang berbunyi : Wahai yang enak diulang dan diucapkan (kalimat tauhid) jangan engkau lupakan aku saat perpisahan (maut).

TOKKU PALOH MEMERANGI JENAYAH AQIDAH DI TERENGGANU

SAYYID Abd al-Rahman Muhammad Zayn al-Idrus atau lebih dikenali sebagai Tukku Paloh merupakan tokoh ulama dan umarak yang terkenal di Terengganu sekitar hujung kurun ke-19 hingga awal kurun ke-20.

Tokku Paloh yang dilahirkan pada 1817 disanjung tinggi kerana sumbangannya terhadap perkembangan politik, semangat patriotisme, keilmuan serta pelaksanaan hukum-hukum Islam di negeri tersebut. Beliau yang dilahirkan di Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu dan meninggal dunia pada 1918 juga amat disegani ramai hingga kini lantaran kesungguhannya melaksanakan hukum-hukum Islam.

Kesungguhan nasab ke-32 daripada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. ini dalam melaksanakan hukum Islam di Terengganu dapat dilihat menerusi sebuah kitab tulisannya yang berjudul Ma’arij al-Lahfan li al-Taraqqi iq al-Irfan. Kitab itu antara lain memperlihatkan sikap Tokku Paloh yang cukup serius terutamanya dalam memerangi jenayah aqidah yang berleluasa berlaku ketika di zamannya itu.

Sebagai contohnya, beliau menekankan tentang bahaya amalan masyarakat ketika itu yang mengamalkan main peteri iaitu suatu upacara mengubati pesakit melalui perubatan tradisional. Menurut beliau dalam kitab itu, main peteri atau main bageh mempunyai unsur-unsur khurafat yang menggaitkan hantu dalam mengubati sesuatu penyakit telah membelenggu aqidah masyarakat di sana sejak sekian lama.

Banyak mazhab sesat dan penyelewengan aqidah yang didedahkan oleh Tokku Paloh menerusi kitab itu di mana ia menggambarkan senario yang berlaku di Terengganu pada ketika itu. Rafidiyah, Kharijiah, Qadariyah, Jabariyah, Jahimiyah dan Murji’ah merupakan enam mazhab sesat yang mendapat tumpuan beliau menerusi kitab tersebut. Mazhab-mazhab itu merupakan asas kepada kelompok-kelompok lain yang berpecah daripada aqidah yang sama di mana setiap satunya berpecah kepada 12 kumpulan.

Natijahnya, jumlah semua kumpulan itu menjadi 72 kumpulan. Ia sebenarnya berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:“Demi Tuhan yang menguasai jiwa Muhammad akan berfirqah (berpecah) umatku sebanyak 73 firqah. Satu firqah masuk ke dalam syurga dan 72 firqah masuk ke dalam neraka. Sahabat bertanya: Siapakah yang masuk ke dalam syurga itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Firqah yang masuk ke dalam syurga itu ialah Ahli al-Sunnah wa al-Jama’ah” - Riwayat al-Tabrani.

Peranan Tokku Paloh itu bukan setakat banyak membantu mengubah senario kefahaman agama dalam masyarakat tetapi ia turut terus menjadi bahan kajian ramai sarjana hingga ke saat ini. Antaranya pensyarah Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur (UM), Mohd. Taufik Arridzo Mohd. Balwi menerusi kertas kerjanya yang bertajuk Tokku Paloh : Kesungguhannya Memerangi Jenayah Aqidah Di Terengganu. Ia dibentangkan pada Siri Seminar Bulanan Naskhah Melayu 2008 Siri Ke-14 yang dipengerusikan oleh Profesor Kanan Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, Prof. Datuk Dr. Abu Hassan Sham.
Sumbangan

Kertas kerja itu merupakan sebahagian daripada tesis doktor falsafah beliau yang memfokuskan tentang sumbangan Tokku Paloh dalam membetulkan aqidah umat Islam ketika itu.

Jelas Mohd Taufik, tokoh terbilang itu misalnya, melaksanakan hukum Islam ketika dilantik oleh Sultan Zainal Abidin III mentadbir daerah Sungai Nerus di Terengganu.

“Daripada kajian yang saya jalankan tentang Tokku Paloh, saya difahamkan beliau seorang pentadbir yang serius dalam menjalankan hukum Islam secara menyeluruh di daerah tadbirannya itu.“

"Ketika zaman Tokku Paloh, ada bukti yang menunjukkan hukuman seperti potong tangan kerana kesalahan mencuri telah dilaksanakan di negeri Terengganu,” katanya ketika ditemui selepas membentangkan kertas kerja tersebut di UM, Kuala Lumpur.

Tokku Paloh bersungguh-sungguh dalam melaksanakan hukum-hukum Islam terutamanya dalam membetulkan aqidah umat Islam yang boleh dianggap perkara tunjang yang patut diberi perhatian utama. Apatah lagi, katanya Allahyarham merupakan salah seorang penasihat utama Sultan Zainal Abidin III yang menasihati baginda dalam hal-hal pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu.

Senario itu memberi kelebihan kepada Tokku Paloh berdasarkan kebolehannya yang luas dalam bidang keilmuan Islam, apatah lagi ketika itu institusi ulama banyak mencorakkan sistem pemerintahan kerajaan di sana. Sebagai contohnya, Tokku Paloh pernah diberi peranan menyusun dan seterusnya mewujudkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu bagi melancarkan lagi sistem pemerintahan di negeri itu.

Ma’arij al-Lahfan li al-Taraqqi ila Haqa iq al-Irfan atau maksudnya Tangga Bagi Orang Yang Sangat Dahaga Ia Bagi Orang Yang Naik Ia Kepada Martabat Segala Hakikat Makrifat itu merupakan kitab yang dikaji oleh Mohd Taufik sejak 2006. Kitab yang ditulis pada 1900 itu kini hanya boleh didapati dalam bentuk salinan di mana versi pertamanya didapati daripada cucu Tokku Paloh iaitu Tokku Paloh Tuan Baru pada 2004.

Sesuai dengan budaya setempat, terdapat unsur bahasa dialek Terengganu yang tercatat dalam perkataan-perkataan dan ayat-ayat dalam kitab ini. Misalnya, perkataan lipah yang bermaksud lipas, setuh (sentuh), papang (papan), pihok (pihak), kasu (kasut), kerijakan (kerjakan), anok (anak), mekapuskan (menghapuskan) dan sebagainya.Berdasarkan contoh tersebut ia menjelaskan lagi tentang pengaruh dialek Terengganu.

Pada umumnya, perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu diakhiri dengan sebutan ‘n’ tetapi dalam sebutan Terengganu ia diakhiri dengan sebutan ‘ng’. Contohnya, ‘makan’ tetapi ia bertukar menjadi ‘makang’. Selain memerangi penyelewengan aqidah yang boleh dianggap sebagai jenayah, Tokku Paloh juga merupakan antara tokoh Melayu yang banyak mencetuskan semangat patriotisme bagi menentang penjajahan British.

Disebabkan tahap keilmuan yang tinggi, ditambah dengan sifatnya yang warak, nama Tokku Paloh turut menjadi sebutan ramai pada zamannya.Tokoh yang pernah menuntut ilmu sekitar 10 tahun di Mekah ini dikatakan juga seorang pengamal tasawwuf yang tinggi serta dikenali sebagai pemimpin Tariqat Naqsyabandiyah.

Gelaran

Justeru, tidak hairanlah ramai yang menggelar beliau dengan gelaran Engku Sayyid Keramat kerana banyak peristiwa-peristiwa aneh yang berlaku ketika hidupnya.

“Antaranya pernah diceritakan orang seorang wakil British tidak dapat bangun daripada duduknya ketika berdepan dengan Tokku Paloh. Dia menjadi tergamam dan seperti tidak tahu hendak buat apa apabila berdepan dengan Tokku Paloh. Itu antara kekeramatan Allahyarham yang pernah diceritakan orang.“

"Perkara itu tidak menghairankan kerana ia sudah banyak berlaku ke atas orang yang berilmu dan warak seperti Tokku Paloh. Mungkin itu kelebihan yang Allah berikan kepada beliau,” ujar Mohd Taufik.

Dalam pada itu, beliau bukan sahaja mengkagumi isi kandungan kitab-kitab karangan Tokku Paloh tetapi turut mengkaji tentang keperibadian tokoh yang disegani ramai itu. Malah Mohd Taufik mencadangkan agar usaha-usaha tertentu dilakukan bagi mengetengahkan lagi watak Tokku Paloh untuk dihayati serta diteladani oleh generasi muda hari ini.

“Banyak perkara yang boleh kita pelajari misalnya, kesungguhan Tokku Paloh dalam usaha mencari ilmu dan mengamalkan apa yang beliau pelajari. Sifat keperwiraan yang ada pada diri Tokku Paloh juga patut dihayati supaya ia menjadi inspirasi kepada generasi hari ini.“

Kalau selama ini kita mudah mengangkat tokoh-tokoh luar dalam filem, drama atau komik, mengapa tiada usaha dilakukan untuk menterjemahkan perjuangan Tokku Paloh dalam konteks kehidupan kita pada hari ini?” soalnya.