Tuesday, September 6, 2011

BERAMAL BUKAN KERANA SYURGA DAN JAUHI NERAKA?

Menjawab Tuduhan Beramal bukan kerana mahukan Syurga dan jauhi Neraka itu salah?! [Siri 1]

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh;
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,
Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, rahmat ke seluruh alam,
Juga kepada ahli keluarga dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;

1. Adakah beramal bukan kerana mahukan Syurga atau menjauhi Neraka dan hanya semata-mata kerana Allah itu bertentangan dengan Shariat?

“Sebenarnya ini adalah soalan yang sangat mudah untuk dijawab walaupun oleh orang yang mempunyai pengetahuan yang sangat asas dalam ilmu aqiqah, fiqh dan tasawwuf. Kitab-kitab tasawwuf, khasnya, telah membicarakan hal ini dengan panjang lebar."

Namun, tuduhan ini perlulah dijawab dengan memberikan dalil-dalil agar golongan yang sering bertanyakan dalil [walaupun dalam banyak keadaan mereka tidak mengetahui hakikat dalil dan syarat-sayaratnya] dapat didiamkan daripada terus “berlagak” seumpama ulama’.”

2. Bagi menjawab tuduhan ini , penulis membentangkan beberapa hakikat yang perlu difahami.

2.1 Manusia itu mempunyai berbagai-bagai darjat di sisi Allah, bukan semuanya sama, maka janganlah samakan orang awam dengan orang khawas serta khawas al-khawas.

Kita perlulah faham bahawa kedudukan/darjat manusia di sisi Allah berbeza mengikut ketakwaan mereka. Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya yang paling mulia dari kalangan kamu ialah mereka yang paling bertakwa.”

2.2 Di antara kesilapan ramai orang masa kini ialah apabila mereka membaca kata-kata para ulama’ dan para ‘Arifin (orang-orang yang benar-benar mengenal Allah SWT), mereka menilai kebenaran kata-kata tersebut dengan perspektif atau pandangan mereka, sedangkan mereka itu berada di peringkat orang awam.

2.3 Ia samalah juga seperti orang di zaman purba yang mendengar kisah cerita orang zaman Moden mengenai objek besi yang beratnya beratus atau beribu tan boleh terbang di udara dan terapung di atas air. Pastinya orang purba tersebut kebingungan lantas menuduh orang zaman Moden itu sebagai: “Gila”, “Tukang Karut”, “Ahli Khurafat”, dan lain-lain. Sedangkan, betapa jauh perbezaan ilmu di antara mereka berdua.

2.4 Sebab itulah para ulama’ ada menyatakan bahawa:
حسنات الأبرار، سيئات المقربين

“Apa yang dianggap baik oleh orang-orang baik (abrar) dianggap sebagai satu keburukan/kejahatan oleh orang-orang muqarrabin (yang hampir kepada Allah SWT”.

2.5 Di sini, penulis memberikan satu contoh yang sangat mudah – Insya-Allah – untuk difahami oleh para pembaca.

[Hukum berzikir sama ada dengan lisan, hati, roh dan sirr dalam setiap nafas/masa/waktu].

Mengikut para ustaz yang terkongkong ilmu mereka di dalam amalan agama yang zahir dan terhijab daripada amalan agama bathin (malakut, dll):

Hukum berzikir secara umumnya adalah sunat. Ianya menjadi wajib di dalam keadaan tertentu sahaja. Dalam banyak keadaan, berzikir itu dilihat sebagai sunat muakkad atau sunat sahaja seperti zikir selepas solat, waktu-waktu tertentu dan waktu umum. Maka mereka memandang zikrullah itu sebagai satu tuntutan tambahan yang tidak wajib. Zikrullah dianggap sebagai satu kelebihan.

Maka sebab itulah sebahagian para ulama’ tarikat/sufi menasihati anak murid mereka agar tidak terpedaya dengan ustaz-ustaz begini agar anak muridnya itu tidak mengganggap zikrullah itu satu perkara yang ringan.

Bagi para mashayeikh tarikat/sufi dan ‘Arifin, berzikir itu ibarat nyawa, tidak boleh terlepas walaupun satu nafas atau detik atau saat. Mereka melihat zikir itu sebagai kewajipan dan sebagai maksud kehidupan ini walaupun mereka mungkin berbeza dalam kayfiyyat/kaedah berzikir tersebut. Dengan kata lain, apabila tidak berzikir [bagi para mashayeikh tarikat/sufi dan ‘Arifin], mereka merasakan dunia ini gelap dan mereka ibarat layang-layang yang putus talinya.

Bagi seorang ustaz yang hanya mengambil berat amalan agama yang zahir, zikrullah itu adalah sunat, sedangkan bagi seorang ‘Arif billah yang mengambil berat amalan agama yang zahir dan batin, zikrullah itu adalah wajib.

Komen tambahan penulis:
Pada zaman sekarang ini, ada golongan manusia bertopengkan agama Allah, al-Quran dan al-Sunnah (seumpama Wahhabi) memerangi amalan zikrullah atas alasan bid’ah. Tanpa mereka sedari mereka sebenarnya memerangi al-zakirunallah kathiran (golongan ahli zikir yang banyak berzikir kepada Allah) dan memerangi lafaz-lafaz tauhid, istighfar, tilawah, doa-doa dan selawat. Kata guru penulis, orang yang sebegini adalah “PANGLIMA SYAITAN” [Bahasa yang keras dan kasar pada zahirnya, namun penuh makna]. Mereka menjauhkan manusia daripada agama atas nama agama. Wal-‘iyadhubillah [Perlindungan itu hanyalah dengan Allah semata-mata].

2.6 Sebahagian pembaca mungkin terkejut dengan perumpamaan ini, namun jawapan penulis bagi mereka yang merasa sedikit terkejut ialah:
“Sesiapa yang pernah merasai nikmat zikrullah akan merasa bersalah/berdosa di dalam hati mereka apabila mereka berada di dalam keadaan lalai.”

2.7 Maka sebab itulah pengertian taubat juga berbeza di kalangan orang awam dan orang khawas dan khawas al-khawas. Dan di antara taubat orang-orang khawas dan khawas al-khawas ialah “Bertaubat daripada selain daripada Allah SWT”, termasuk nikmat Syurga dan azab Neraka.

Kalau kita semua tidak dapat memahami taubat di peringkat ini, “SO WHAT”? Apa yang hendak dihairankan? Kita semua ini adalah orang-orang awam, bahkan mungkin awamu-awami-awamil-awam (yang awam di kalangan awam yang awam di kalangan awam).

NAMUN,JANGANLAH KITA MENYALAHKAN PARA AWLIYA’ DENGAN ILMU KITA YANG SEKANGKANG KERA INI. NA’UZU BILLAHI MIN ZALIK.

2.8 Di sini, penulis nukilkan peringkat-peringkat taubat sepertimana yang diterangkan oleh al-Imam Abu al-Hasan ‘Ali Ibn Maymun al-Ghumari (W 917H) di dalam kitabnya “Risalah al-Ikhwan ila sa’ir al-buldan.”




Terjemahan:
“Ms. 20: Bagaimana untuk bertaubat dan kembali kepada Allah SWT

Maka apabila seorang mukmin itu beri’tikad (dengan yakin) bahawa dia diperintahkan untuk bertaubat, dia akan mengikut perintah Tuannya, dan meninggalkan syaitan dan hawa nafsunya, dan bersegera untuk kembali kepada Allah dengan:

• meninggalkan dosa-dosa besar,
• kemudian: [meninggalkan] dosa-dosa kecil,
• kemudian: [meninggalkan] perkara-perkara makruh,
• kemudian: [meninggalkan] perkara-perkara syubhat,
• kemudian: [bertaubat] daripada kelalaian dalam ketaatan,
• kemudian: [bertaubat] daripada melihat amalan dalam ketaatan,
• kemudian: [bertaubat] daripada menuntut ganjaran-ganjaran yang segera dan kemudian, di dunia dan akhirat,
• dan menunaikan segala hak-hak Allah [semata-mata kerana] kehambaan dan pengabadian,
• dan bertaubat daripada melihat kepada selain daripada Allah, termasuklah kewujudannya,
• bahkan daripada wujud itu sendiri.”

3. Rasanya, cukuplah sekadar ini dahulu, Inysa-Allah, pada Siri-2 akan datang, penulis akan mengemukakan dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah dan kata-kata para ulama’ mengenai “BERAMAL SEMATA-MATA KERANA ALLAH”.

Ya Allah! Kurniakanlah kami keikhlasan dan keimanan yang hakiki, semoga dengan kedua-duanya, kami dapat membersihkan amalan kami daripada syirik khafiyy (tersembunyi), dan melindungi iman kami daripada syirik yang jaliyy (terang-terangan).

Sunday, September 4, 2011

ELEKTROMAGNETIK TULANG BELAKANG


Petikan tulisan : Prof. Dr. Hj. Ariffaizal Ariffin pada September 7, 2007

Kajian terhadap penyakit tulang belakang ini adalah salah satu daripada beberapa kajian yang menemukan penyelesaian terhadap rawatan sakit belakang atau sakit tulang belakang. Dengan itu, formula yang sesuai dapat ditentukan dan tempoh rawatan dapat dijalankan dengan pantas, mudah dan berkesan, Inysa Allah.

Tulang belakang adalah rod magnatik

Rod magnatik ini mempunyai kutub utara dan selatan, Kutub utara ialah di bahagian pineal dan kutub selatan ialah di bahagian coccyx (sulbi). Ion-ion negatif atau elektron dari Kelenjar Pineal sentiasa bergerak ke araj tulang coccyx hingga mewujudkan fluks atau arus medan elektromagnetik. Di dalam arus medan elektromagnetik ini lah terperangkapnya getaran-getaran yang dapat dilihat kesan dan dilihat dalam bentuk tenaga warna (melalui kamera khas). Fenomena ini biasa dan popular dipanggil sebagai “aura”.

Rajah di bawah menunjukkan gambaran medan elektromangetik tulang belakang yang menyamai rod magnet.


Rajah di bawah menunjukkan fluks atau arus elektromagnetik yang melingkari tubuh dari kelenjar pineal yang bercaj negatif (-ve) ke coccyx atau tulang sulbi yang bercaj positif (+ve).




Gambar rajah di bawah menunjukkan getaran tenaga warna yang terperangkap di dalam fluks atau medan elektromagnetik. Ia amat sensitif dan berubah dipengaruhi oleh akal fikiran malah denyutan jantung.


Kelenjar Pineal (NW1) dan Coccyx (Sulbi)

Kelenjar Pineal terdapat di bahagian paling atas di tulang belakang. Ia adalah puncak bagi struktur biologi tubuh manusia. Ia berfungsi sebagai pengagih tenaga dan penyebar tenaga cahaya kepada tenaga warna seperti sebuah prisma berlian. Rajah di bawah menunjukkan kedudukan Kelenjar Pineal di puncak saraf tunjang.


Kelenjar Pineal yang sihat akan menghasilan melatonin yang akan menjana dan memancarkan banyak ion-ion bercaj negatif atau elektron. Elektron ini akan mengalir ke bahagian tulang coccyx iaitu tulang ekor ke bahagian yang paling hujung yang dipanggil tulang sulbi iaitu kristal tubuh.

Dalam rod magnetik tubuh, bahagian Kelenjar Pineal ialah kutub utara manakala bahagian tulang sulbi ialah kutub selatan.

Sepanjang rod magnetik di bahagian tengah iaitu ruas tulang, saraf tunjang dan rawan di antaranya bersifat neutral iaitu tidak mempunyai caj dan berfungsi membawa isyarat.

Isyarat bertekanan tinggi akan disalirkan ke bahagian organ untuk terus bertenaga daripada Kelenjar Pineal. Organ akan menerima tenaga tersebut dan akan memproses sebarang masalah atau ganguan atau kehilangan tenaga yang akan dihantar semula maklumat tersebut dalam bentuk isyarat yang bertekanan rendah. Isyarat bertekanan rendah akan dihantar ke coccyx di bahagial sulbi untuk dineutralkan. Proses peneutralan akan berlaku sekiranya Kelenjar Pineal membebaskan cukup elektron untuk dihantar ke Sulbi melalui medan arus elekromagnetik yang melingkari sekitar tubuh.

Jika isyarat bertekanan rendah ini gagal dineutralkan oleh sulbi, maka ia akan dipendamkan ke dalam ruas tulang belakang hingga boleh menyebabkan tulang belakang menjadi lemah struktur ikatan molekulnya, lemah dan menyebabkan kesakitan.

Kegagalan isyarat bertekanan rendah ini di neutralkan disebabkan faktor berikut:-

1) Kelenjar Pineal lemah hingga tidak mampu menghasilkan elektron yang mencukupi

2) Kejutan akibat kemalangan atau hentakkan atau terjatuh terhempas atau terhantuk atau kejutan trauma emosi atau kejutan perubahan budaya

3) Suhu panas, persekitaran bertekanan rendah, kurang mandi, mandian air panas yang tidak mampu membekalkan elektron yang mencukupi.

4) uasana persekitaran yang tidak hening, bising, hingar bingar, kotor, kelam kabut


Rajah di atas menunjukkan kedudukan tulang sulbi yang terletak di hujung coccyx. Sulbi ialah kristal piramid terbalik dan merupakan penentu zuriat. Kristal ini tidak akan musnah, ia sangat padat.
Pengecasan semula tulang belakang (spine recharging)

Kelenjar Penial (prisma tubuh) adalah penjana elektron (caj negatif). Ia akan mengalir ke bahagian tulang sulbi (iaitu kristal tubuh di bahagian tulang coccyx) yang bercaj positif (ion proton).

Aliran elektromangetik yang terbentuk secara semula jadi ini akan terus berlaku selagi tubuh mengandungi elektron yang mencukupi dan rod tulang belakang berada dalam keadaan seperti berikut:-

1) Cukup tekanan (teori tekanan atau susunan molekul yang padat dan teratur yang boleh dicapai melalui cara penyejukan iaitu mandi atau berada di tempat yang hening)

21) Mempunyai gema (tidak tercedera disebabkan hentakkan atau kejutan atau terjatuh terhempas atau terdedah kepada bunyi yang kuat dalam tempoh yang lama)

3) Persekitaran berelektron tinggi (seperti rumah yang bersih, dalam masjid, kawasan air terjun, taman bunga)

Bagi mencapai matlamat cukup tekanan dan kadar elektron yang tinggi berikut ialah petua dan saranannya:-

1) Mandi dengan air yang

@sejuk
@mengalir deras (kerana mempunyai banyak ion negatif atau elektron
@kekerapan yang tinggi


2) Minum air yang

@sejuk
@sedikit-sedikit tetapi kerap
@air beralkali (semua air beralkali adalah berelektron)


3) Berada di persekitaran yang

@bersih
@mempunyai peredaran udara yang lancar
@terang di waktu siang serta gelap di waktu malam