Friday, June 17, 2011

APA MAKNA KALIMAH SYAHADAH???






AKU BERSAKSI...PENJELASAN AQIDAH DARI DUA KALIMAH SYAHADAH



Al-Syahadatain (dua kalimah syahadah) adalah merupakan lafaz yang wajib diketahui dan dii`tikadkan oleh setiap muslim. Ia juga merupakan lafaz yang wajib diucapkan oleh orang-orang kafir bagi melambangkan keislaman mereka.

Lafaz Dua Kalimah Syahadah ialah:

أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ

Maksudnya:

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah”.



Perhatian: Lafaz ashhadu (أشهد) yakni “aku bersaksi” mengandungi tiga makna serentak iaitu:

1. (أعلم) yakni “aku mengetahui”,
2. (أعتقد) yakni “aku mempercayai” dan
3. (أعترف) yakni “aku mengiktiraf”.


Inilah lafaz yang afdal dan paling sesuai bagi menjelaskan tuntutan iman dan Islam. Ini kerana setiap sesuatu pengakuan hendaklah didahului dengan kepercayaan, dan setiap kepercayaan pula hendaklah didahului dengan pengetahuan atau ilmu. Jika tidak, maka pengakuan dan kepercayaan itu adalah suatu pembohongan. Demikian juga jika seseorang itu tahu tentang kebenaran Islam tetapi tidak mahu mempercayai atau tidak mengakui kebenaran Islam, maka dia telah berdusta sebagaimana orang-orang Yahudi yang telahpun mengetahui kebenaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam, bahkan mereka mengenali baginda sepertimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri, namun disebabkan sikap degil dan bongkak mereka tidak mahu memperakui akan kebenaran risalah yang dibawa oleh baginda sallallahu`alaihi wasallam.


Makna Kalimah Syahadah Pertama:


أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ



“Aku mengetahui (dengan menuntut ilmu), aku beri`tiqad (mempercayai) dengan hati tanpa dipaksa dan aku mengiktiraf (mengakui) dengan lidah bahawa tiada Tuhan yang di sembah dengan sebenarnya melainkan Allah Yang Maha Tunggal lagi Yang Maha Esa, Yang Awal lagi Yang Sedia Ada, Yang Maha Hidup lagi Yang Maha tidak berhajat kepada yang lain dan Yang Maha Kekal lagi Yang Maha Mencipta, Yang Maha Memberi Rezeki, Yang Maha Mengetahui lagi Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesuatu yang dikehendaki-Nya pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki oleh-Nya pasti tidak akan berlaku. Dia-lah Tuhan yang tidak ada sebarang daya dan kekuatan melainkan dengan-Nya yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang layak dengan-Nya, yang suci dari segala sifat kekurangan pada hak-Nya”.


Ringkasan daripada makna syahadah pertama di atas ialah pensabitan (merujuk kepada) 20 sifat bagi Allah ta`ala iaitu: al-Wujud (ada), al-Qidam (sedia ada), al-Baqa’ (kekal), al-Mukhalafah lil-hawadith (bersalahan dengan makhluk), al-Qiyam bi-nafsih (tidak berhajat kepada makhluk), al-Wahdaniyyah (esa), al-Qudrah (berkuasa), al-Iradah (berhendak), al-`Ilm (mengetahui), al-Hayah (hidup), al-Sama` (mendengar), al-Basar (melihat) dan al-Kalam (berkata), Kaunuhu Qadiran (keadaan Allah ta`ala yang berkuasa), Kaunuhu Muridan (keadaan Allah ta`ala yang berkehendak), Kaunuhu `Aliman (keadaan Allah ta`ala yang mengetahui), Kaunuhu Hayyan (keadaan Allah ta`ala yang hidup), Kaunuhu Sami`an (keadaan Allah ta`ala yang mendengar), Kaunuhu Basiran (keadaan Allah ta`ala yang melihat), Kaunuhu Mutakalliman (keadaan Allah ta`ala yang berkata-kata).


Makna Kalimah Syahadah Kedua:

أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ

“Aku mengetahui, mempercayai dan mengakui bahawa Muhammad ibn `Abdullah ibn `Abd al-Muttalib ibn Hashim ibn `Abdu Manaf al-Qurashi sallallahu`alaihi wasallam itu adalah hamba Allah dan utusan-Nya kepada semua makhluk. Selanjutnya, diikuti dengan iktikad dan keyakinan bahawa baginda telah diputerakan dan dibangkitkan sebagai seorang rasul (pesuruh Allah) di bumi Mekah, berhijrah ke bumi Madinah dan disemadikan di sana, baginda benar dalam semua perkara yang dikhabarkan dan disampaikannya daripada Allah iaitu mencakupi perkara-perkara yang telah berlaku, perkara-perkara yang akan berlaku dan perkara-perkara yang berhubung dengan hukum syariat. Antara perkara yang dikhabarkan itu ialah azab dan nikmat kubur, soalan dua malaikat Munkar dan Nakir, kebangkitan dari alam barzakh, perhimpunan di Mahsyar, kiamat, hisab, pahala, azab, neraca amalan, titian al-Sirat, neraka, kolam al-Hawd, syafaat, syurga, melihat Allah dengan mata kepala pada hari Akhirat tanpa kayfiyyat, tanpa bertempat dan ruang; iaitu tidak seperti makhluk dilihat, keberkekalan hamba-hamba Allah di dalam syurga dan neraka, keimanan dengan para malaikat Allah, para rasul-Nya, kitab-kitab-Nya dan qada` dan qadar Allah iaitu yang baik dan yang buruknya, dan sesungguhnya baginda adalah penyudah segala nabi dan penghulu seluruh keturunan Nabi Adam alaihissalam.

HUKUM MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH DAN PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA:

• Jika seruan asas Islam iaitu Dua Kalimah Syahadah sampai kepada sesiapa yang mukallaf, maka wajib ke atasnya menganut agama Islam, tetap dalam agama Islam dan beramal dengan syariat Islam.

• Untuk menganut agama Islam, seseorang yang kafir wajib mengucap Dua Kalimah Syahadah berserta dengan i`tiqad yang benar lagi utuh.

• Lafaz Dua Kalimah Syahadah tidak disyaratkan dengan lafaz yang dimulakan dengan lafaz ashhadu (أشهد) untuk mengesahkan kemasukan seseorang ke dalam agama Islam. Bahkan, ianya boleh dilafazkan dengan ungkapan lain yang mempunyai makna yang sama dengannya meskipun bukan dalam bahasa Arab.

• Kefardhuan melafazkan Dua Kalimah Syahadah ke atas seluruh umat Islam kekal dalam setiap solat supaya solat menjadi sah menurut mazhab al-Imam al-Syafi`e.

• Orang yang dilahirkan di dalam Islam dan beri`tiqad dengan Dua Kalimah Syahadah tidak disyaratkan mengucap dua kalimah syahadah untuk menjadi orang Islam. Bahkan dia sebenarnya sudah menjadi orang Islam kerana didikan dan asuhan yang diterima olehnya adalah berdasarkan kepada aqidah yang sahih.

• Menurut ulama dalam mazhab Maliki bahawa Dua Kalimah Syahadah wajib diucapkan sekali seumur hidup ke atas setiap mukallaf setelah mencapai usia baligh dengan niat fardhu. Ini adalah kerana mazhab mereka tidak mewajibkan bacaan tahiyyat dalam solat, bahkan mereka hanya menganggapnya sebagai sunat. Sedangkan menurut ulama dalam mazhab-mazhab yang lain seperti ulama mazhab Syafi`e dan mazhab Hanbali, dua kalimah syahadah adalah wajib dilafaz dalam setiap solat bagi memastikan solat menjadi sah.

• Iman dan Islam seseorang itu tidak sah dan segala amalan kebajikannya tidak diterima tanpa dua kalimah syahadah yakni tanpa iman yang benar.

• Ucapan syahadah pertama wajib diiringi dengan ucapan syahadah kedua bagi mengesahkan keislaman seseorang yang mahu memeluk agama Islam. Itulah kadar minima untuk selamat dari kekal abadi di dalam api neraka.


Oleh itu setiap manusia wajib meyakini secara jazam (putus) tentang kewujudan Allah ta`ala dan Allah ta`ala mempunyai sifat-sifat yang sempurna. Seseorang itu juga wajib juga beri`tiqad bahawa apa yang di bawa oleh Rasulullah adalah benar belaka tanpa ada syak, zan dan waham.

الْجَزْمُ يُخْرَجُ مِنْهُ: الْشَكُّ, الْظَنُّ, الْوَهْمُ.

Al-Jazm dikeluarkan daripadanya : Syak (ragu-ragu), Zan (melebihi percaya daripada tidak), Waham (melebihi ketidakpercayaan daripada percaya).

مُوَافِقٌ لِلْحَقِّ يُخْرَجُ مِنْهُ: جَاهِلٌ بَاسِطٌ, جَاهِلٌ مُرَكَّبٌ

Selari dengan kebenaran dikeluarkan daripadanya: Jahil basit (tidak mempunyai pengetahuan sama sekali), jahil murakkab (jahil yang tersusun iaitu tidak sedar bahawa dirinya jahil)

عَنْ دَلِيْلٍ: أَيْ لَيْسَ تَقْلِيْدًا
Daripada dalil: tidak boleh bertaqlid.

Maksud taqlid iaitu orang yang mengikut tanpa belajar dan apabila ditanya maka individu tersebut tidak dapat mengeluarkan dalil dalam perkara yang berkaitan dengan akidah.

Ø Sekiranya seseorang itu bertaqlid (mengikut) kepada orang yang tidak betul iaitu golongan yang terkeluar dari landasan akidah yang sahih walau dengan jazam sekalipun tetap dihukumkan sebagai tidak beriman.

Ø Sekiranya seseorang itu berbertaqlid (mengikut) kepada orang yang beraqidah sahih iaitu yang berada di atas landasan akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah. Hukumnya terbahagi kepada tiga:

1. Sekiranya dia bertaqlid (mengikut) dengan jazam (putus), maka dia dikira beriman tetapi dihukum fasiq iaitu berdosa walaupun beriman. Ini pendapat yang muktamad.

2. Tidak dikira beriman walau dia bertaqlid dengan jazam sekalipun. Ini pendapat yang dhaif.

3. Sekiranya dia bertaqlid tetapi tidak jazam, maka dirinya tidak dikatakan sebagai beriman walaupun yang diikutinya itu adalah orang yang sahih aqidahnya.



Kesimpulannya, syarat untuk mengenal Allah ada empat:

1. Tahu dengan belajar (talaqqi).

2. Yakin dengan keyakinan yang jazam (putus).

3. Berpegang dengan perkara yang sebenar iaitu Aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah.

4. Besertakan dalil iaitu dari al-Quran, al-Sunnah, Ijma` ulama` dan qias.

Thursday, June 16, 2011

FATWA MENDERMA ORGAN & KERJASAMA MQTK




CONSULTANT & DEALER ORGAN MQTK

Penasihat Medic MQTK, Dr. Mohd Yusran bin Yusoff dan Dr. Nurul Hanis Yusoff telah memaklumkan kepada YDP. MQTK tentang statistik keutungan business organ berkala yang melibatkan rakyat majmuk di negara seperti Malaysia ini.

Sebagaimana dimaklumi D10-MQTK yang akan diwujudkan(golongan yang tolak/musuhi/enggan cintai MQTK) telah didoakan "Binasa 7 anggota sebelum maut". Mereka akan menjadi penagih ester atau pelbagai ubatan dadah kimia dari kuffar yang lama kelamaan akan membunuh diri mereka.

Mereka boleh didaftarkan sebagai penderma organ kepada sesama mereka manakala MQTK hanya mengenakan sedikit caj yang berpatutan. Dengan itu keuntungan dapat dikaut sebelum jasad mereka dicampak ke jahannam.

Urusan ini adalah halal da disahkan di Malaysia oleh undang-undang. MQTK Menjangkakan keuntungan melebihi RM3 billion dalam 5 tahun operasi kerana kos sewaan dewan bedah serta upah pakar bedar/pemindahan organ jauh lebih rendah di Malaysia.

Sila rujuk ; *Derma Organ - Pemindahan Jantung Dan Mata
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-mengenai-pendermaan-organ-0
Keputusan:
Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Pertama yang bersdidang pada 23 - 24 Jun 1970 telah membincangkan Pemindahan Jantung Dan Mata. Persidangan telah memutuskan bahawa pemindahan mata dan jantung orang mati kepada orang yang hidup adalah dibenarkan (harus) dalam Islam, dan di atas kebenarannya pertimbangan-pertimbangan berikut hendaklah diambilkira:

Justeru adalah dicadangkan MQSB akan cuba didaftarkan sebagai pakar pemindahan organ dalam tempoh 2 - 4 tahun akan datang. Yang mana menolak kertaskerja/paperwork kitab MQTK bermula di Bachok ini akan ditawarkan borang derma organ berlabel "D10-MQTK"(haram disolatkan jenazahnya oleh seluruh kerabat MQTK).

Harap maklum.



Derma Organ - Pemindahan Jantung Dan Mata | Portal Rasmi Fatwa Malaysia
www.e-fatwa.gov.my

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Pertama yang bersidang pada 23 - 24 Jun 1970 telah membincangkan Pemindahan Jantung Dan Mata. Persidangan telah memutuskan bahawa pemindahan mata dan jantung orang mati kepada orang yang hidup adalah dibenarkan.

Soalan : Assalamualaikum… Apakah hukumnya kita mendermakan organ kepada orang lain? Adakah itu dibenarkan dalam Islam?.

Jawapan :

Menurut keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, menderma organ (seperti pemindahan mata dan jantung orang yang telah meninggal dunia) kepada orang yang hidup adalah dibenarkan (harus) dalam Islam dan di atas kebenarannya pertimbangan-pertimbangan berikut hendaklah diambilkira:

i. Di dalam keadaan mendesak dan mustahak, bahawa nyawa penerimanya bergantung kepada pemindahan anggota itu dan pemindahannya adalah difikirkan berjaya.

ii. Di dalam keadaan pemindahan jantung, kematian penderma telah dipastikan sebelum dipindahkan jantungnya.

iii. Tindakan-tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan perdagangan anggotanya.

iv. Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma-penderma sebelum pemindahan sebarang anggota di dalam kematian biasa atau dari kaum keluarga atau keluarganya di dalam kematian akibat kemalangan.

Sumber : disunting dari soal Jawab Agama JAKIM, http://baheis.islam.gov.my, Nombor Rujukan – Panel(fs)051007


** ARAHAN KUTIPAN TABUNG KE MAKKAH( Ar Rajhi Bank 17100-10808-10935)



Default Borang Derma Organ boleh didapati di Pejabat POS Organ donor forms available in post offices @

Aras 4-9 Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62519, W.P PUTRAJAYA, MALAYSIA
Telefon : 03-8886 4000 Fax : 03-8889 2039
Email : webmaster@islam.gov.my



By QISHIN TARIQ

KUALA LUMPUR: Potential organ donors can now get organ donor registration forms at major post offices throughout Malaysia.

Potential donors need to just fill in the form and mail it with a RM0.60 stamp to the National Transplant Resource Centre (NTRC).

They also need to keep the donor card.

The project is a collaboration between Pos Malaysia Berhad and the Health Ministry and was announced during the Ministry’s Organ Donation Awareness Week running from Oct 16 to 24.

In a bid to make organ donation easier, the Ministry appointed Pos Malaysia as an agent to enable Malaysians to obtain donor registration forms at 19 post offices across the country, said Pos Malaysia group managing director and chief executive officer Datuk Syed Faisal Albar in his speech during the launch of the collaboration at the Kuala Lumpur General Post office on Friday.

The outlets selected are general post offices (GPOs) and post offices in the Klang Valley with a high volume of customers.

Participating GPOs include Kuala Lumpur, Shah Alam, Kuala Terengganu, Alor Setar and Kuching.

The branches in the Klang Valley include Medan Tuanku, Gombak, Bangsar, Kelana Jaya and Kampung Tunku.

“Currently, more than 147,092 have pledged to donate their organs and we believe many more are willing to pledge as well,” said Faisal adding that Pos Malaysia would leverage its resources to spread understanding and increase the number of pledgers.

The organ donation registration forms are specially-made postcards with the organ donor pledging card attached.

According to the NTRC’s website, the number of pledgers in Malaysia have steadily increased over the last few years, with 15,255 new pledges in 2009, up from 11,605 pledges in 2008 and 8,890 pledges in 2007.
Selangor has the highest recorded number of pledgers, with a total of 29,940 as of August 2010.
MQTK-MQSB ORGAN CONSULTANT & DEALER(OCD) BRANCH ALOR SETAR :
MRS. HASNAH CHE ISMAIL http://www.facebook.com/photos.php?id=100000329076146#!/profile.php?id=100000329076146&sk=info



Kadar harga semasa organ mengikut QS MQTK(TERMASUK KOS PAKAR BEDAH DAN SEWAAN DEWAN BEDAH & 12 BULAN RAWATAN SUSULAN)

1 Mata = RM 80,000.00(SEPASANG)
2. Jantung = RM 120,000.00
3. Hati = RM 135,000.00
4. Buah Pnggang = RM145,000.00 (diskaun 30% untuk sepasang)
5. Limpa = RM135,000.00
6. Paru-paru = RM220,000.00

Pinjaman/loan bagi yangt tidak mampu membuat bayaran tunai diuruskan oleh Unit Kredit MQTK, melalui skim ansuran oleh wali atau penjaganya.

Semua anak syarikat MQTK hanya menjalankan urusniaga yang disahkan halal oleh JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Report
MQTK-MQSB ORGAN CONSULTANT & DEALER(OCD) BRANCH ALOR SETAR :

MRS. HASNAH CHE ISMAIL.

Kadar harga semasa organ mengikut QS MQTK(TERMASUK KOS PAKAR BEDAH DAN SEWAAN DEWAN BEDAH & 12 BULAN RAWATAN SUSULAN)

1 Mata = RM 80,000.00(SEPASANG)
2. Jantung = RM 120,000.00
3. Hati = RM 135,000.00
4. Buah Pnggang = RM145,000.00 (diskaun 30% untuk sepasang)
5. Limpa = RM135,000.00
6. Paru-paru = RM220,000.00

Pinjaman/loan bagi yangt tidak mampu membuat bayaran tunai diuruskan oleh Unit Kredit MQTK, melalui skim ansuran oleh wali atau penjaganya.

Semua anak syarikat MQTK hanya menjalankan urusniaga yang disahkan halal oleh JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Harap maklum.

Yusnaidi Yusoff 25 February at 13:50 Reply • Report
FORECAST SENARAI PEMBELI DALAM TEMPOH 10 TAHUN MENGIKUT STATISTIK KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

1 Mata = 4.2 juta kaki blue
2. Jantung = 5.2 juta kaki klorin
3. Hati = 2.7 juta kaki ester
4. Buah Pinggang = 3.4 juta kaki alkohol
5. Limpa = 5.6 kaki penipu
6. Paru-paru = 3.2 juta kaki betina

Semua pelaku maksiat gila babi itu (yang tolak 22 kitab MQSB-MQTK) boleh dimusnahkan mengikut kadar masing-masing pada bila-bila masa mengikut Wilayah Abdal masing-masing, bermula dengan negeri kedah ini.

Ia melibatkan aliran tunai lebih RM3 BILLION nett profit hanya dalam tempoh kurang 5 tahun.


Harap maklum.

Wednesday, June 15, 2011

AJARAN SESAT DAN ASASNYA

CEMBURU ITU DARI SIFAT JIN - Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram ” (Tuhfatul Ahwazi, 9/357) ..SESAT LAGI MENYESATKAN (MATI TERLAKNAT)



Maksud Ajaran Sesat

Ilmu dan amalan yang menyesatkan akidah, syariat dan akhlak seseorang islam melalui
lidah, anggota dan hatinya di semua tempat, waktu dan masa.

Asas seseorang menjadi kufur atau murtad dan bidaah dholalah ialah;

(1) Jahil Murakab
(2) Jahil Basir.
(3) Rabtul A’di – Iaitu berpegang teguh pada hukum adat dalam hidup dan
kehidupan dengan ...menolak semua sekali hukum syarak dan hukum akal.

Hukum Syarak itu ada lima (5) iaitu; (i) wajib (ii) haram (iii) sunat
(iv) makroh dan (v) harus

Tiap tiap hukum syarak itu ditentukan oleh lima (5) hukum taklif untuk membolehkan
seseorang itu berada padanya, iaitu; (i) syarat (ii) sebab
(iii) mani’ (iv) sah dan (v) batal

Hukum akal itu ada tiga (3) iaitu (i) wajib (ii) mustahil dan (iii) harus.

(4) Taqlidul Rad’di – ikut membabi buta tanpa merujuk kepada hukum syarak dan
hukum akal serta kepada ulama ulama yang faham dan beramal dengan ilmunya.

(5) Tahsinul Aqli – mengikut kebijaksanaan pemikiran, menolak hujah Al-quran,
hadis, Ijmak Ulama dan Qias dalam aqidah, syariat dan akhlak.

(6) Hululliah – mengiktikad zat Allah itu menjelma di dalam alam. Menyerupai
sesuatu daripada alam zahir dan batinnya. Umpamanya iktikad yahudi iaitu zat Allah
menjelma dalam alam menyerupai nabi Allah Uzair a.s. dan iktikad kristian yang zat
Allah menjelma dalam alam menyerupai Mariam dan Isa a.s.

(7) Tanasikhul Arwah – mengiktikad zat nabi-nabi, wali-wali dan malaikat
menjelma masuk dalam diri seseorang dan orang yang mendapat penjelmaan itu boleh
menzahirkan beberapa kelebihan yang menyalahi kebiasaan bagi membuktikan
kebenarannya.

Peringatan: tidak ada nas, hujah Al-Quran, Hadis, Ulama atau Qias, yang menyatakan
roh nabi-nabi, wali-wali atau malaikat diizinkan Allah menjelma masuk ke dalam diri
seseorang. Hanya yang ada ialah roh jin yang mempernamakan dirinya sebagai nabi,
wali atau malaikat kerana menipu daya manusia untuk terjun dalam sesat aqidah,
syariat dan akhlak dalam islam.

(8) Iktiqad wahdatul wujud – mengiktikad zat Allah menjelma pada mana-mana
tempat dalam diri dan bersatu dengan roh, sehingga pada masa itu orang itu mengaku
Tuhan. Meninggalkan segala amalan syariat, menghalalkan yang haram dan terangkat
segala taklif syarak pada dirinya, umpamanya nikah batin, sembahyang dengan niat
dan lain lain.

(9) Menghuraikan Al-Quran, Hadis dan kitab-kitab ulama dengan jahil kaedah
bahasa Arab atau tidak memasuki mana-mana majlis pengajian atau tidak mengambil
daripada mereka yang mahir bahasa Arab lagi a’lim serta beramal dengan ilmunya.


FASA II




Tanda-tanda suatu amalan itu dan orang yang beramal itu berada dalam sesat aqidah,
syariat dan akhlak;

(1) Ada perjanjian yang disertakan dengan sumpah bagi memaksa diri seseorang
itu beramal dengan segala yang baik (wajib, sunat dan harus) dan meninggalkan
segala yang jahat (haram dan makruh).

(2) (a) Patuh kepada janji yang sama dengan hukum syarak, samada yang wajib,
sunat, haram, makruh atau harus bagi mendapatkan sesuatu yang menyalahi kebiasaan.

(b) Patuh kepada perjanjian yang harus dalam syarak bagi mendapatkan sesuatu
yang menyalahi kebiasaan yang dinamakan pantang larang.

(c) Patuh kepada penjanjian yang haram dalam hukum syarak.

(3) Jenis-jenis latihan yang ada sifat marah atau dimarahi bagi menzahirkan
perkara-perkara yang menyalahi kebiasaan.

(4) Mengiktikad segala wirid, jampi dan doa boleh menghasilkan sesuatu yang
dihajati (berada dalam syak, zan dan waham di dalam akidah).

(5) Amalan yang tidak tahu asal usulnya. Paling kurangnya amalan hendaklah
sampai kepada ulama-ulama muktabar yang dipercayai akan kebenaran ilmu dan amalnya.



FASA III

Perkara-perkara yang menyalahi kebiasaan yang baik (yang dipuji oleh syarak)

(1) Perkara yang dizahirkan oleh manusia pilihan yang khusus iaitu manusia yang
maksum daripada dosa besar dan kecil;

(a) Irhas – perkara yang mencarik adat yang Allah zahirkan kepada nabi-nabi pada masa kecil, sebagai tanda atau bukti ia akan diangkat oleh Allah menjadi Nabi lagi Rasul membawa risalah ketuhanan setelah ia dewasa.

(b) Mukjizat – perkara luarbiasa yang Allah zahirkan kepada nabi-nabi dan rasul-
rasul yang membawa risalah ketuhanan untuk dirinya atau disampaikan kepada manusia
pada zamannya. Pangkat Iman, Islam dan Ihsan mereka ini sentiasa bertambah tinggi
tiada berkurangan sama sekali.


FASA IV

Perkara-perkara yang menyalahi kebiasaan yang Allah zahirkan kepada manusia umum
selagi tidak berlaku qiamat.

(1) Jenis yang baik (iaitu Ma’unah dan Karamah)

(2) Jenis yang jahat iaitu istidraj) sihir peringkat tinggi, sihir peringkat
pertengahan dan sihir peringkat rendah)


(A) MA’UNAH

Golongan manusia yang asalnya kafir, munafik, zalim dan fasiq.

(i) Mengambil ilmu dan amal daripada nabi-nabi dan rasul-rasul pada zamannya
serta melatih diri beramal dengan ilmu itu untuk terjun dalam medan jihad dengan
diri dan harta bagi menjaga dan memelihara maruah Agama Islam, maruah diri dan
keturunan yang beragama, menjaga harta dan menjaga tanah air. Mereka melatih diri keluar daripada dosa besar dan dosa kecil, zahir dan batin atau syirik uluhiyah dan syirik Khafi kerana;

(a) rasa gerun dan takut yang sungguh pada diri zahir dan batin akan segala
siksa-siksa Allah yang bakal akan diterima semasa sakaratul maut, semasa di dalam
kubur, semasa di padang mahsyar dan semasa di dalam neraka.

(b) Rasa rindu yang amat sangat dengan syurga dan segala nikmatNya yang
dijanjikan oleh Allah, sebagai balasan kepada orang yang baik dan sentiasa
bertambah baik iman, syariat dan akhlaknya di semua tempat, waktu dan masa seolah-
olah syurga dan segala nikmatNya itu nampak pada mata zahir dan seolah-olah sudah
merasainya semasa berada di dunia ini lagi. Lebih-lebih lagi pada masa hampir mati, pada masa sakaratul maut, semasa dalam kubur, semasa di Yaumil Mahsyar dan masuk syurga betul-betul dengan roh dan jasad tanpa hisab dan tanpa melalui siratul mustaqim.

(ii) Golongan ini juga ialah mereka-mereka yang mengambil ilmu dan amalan dari
mereka yang mengambil ilmu dan amalan daripada nabi dan rasul atau golongan manusia
yang mengambil ilmu dan amalan dari mereka…yang akhirnya daripada nabi lagi rasul.
Sekiranya mereka ini sudah bersih daripada dosa besar (Syirik Uluhiyah) dan masih
terjebak dengan dosa-dosa kecil tetapi segera bertaubat dengan taubat yang nasoha,
maka perkara luarbiasa yang Allah menzahirkan melalui lidah, anggota dan hati
mereka ini dipanggil Ma’unah, sebagai satu pakaian atau tanda dari Allah bahawa
mereka ini diangkat menjadi kekasihNya sekiranya mereka sanggup memelihara diri
mereka dari terjebak ke dalam dosa besar atau dosa kecil selama-lamanya.

(B) AHLI KARAMAH

Iaitu golongan manusia Ahli Ma’unah yang mengenali Allah dengan sebenar-benarnya
melalui mata hati dan mata zahir yang Allah kurnia padanya dan dirinya itu hamba
Allah yang sampai pada makam yakin yang sempurnayang sentiasa bertambah tinggi
darjah yakinnya itu, sehingga tidak dapat digambarkan dalam bentuk tulisan,
perasaan dan perkataan dan sentiasa pada setiap waktu dan masa menjaga memelihara
dirinya zahir dan batin daripada terjebak ke dalam dosa besar dan dosa kecil
melalui ilmu dan amalannya dalam aqidah, syariat dan akhlak disemua tempat, waktu
dan masa selama-lamanya. Mereka ini adalah pewaris nabi-nabi dan rasul-rasul pada
zaman masing-masing dalam bab ilmu dan amalan serta menjadi Uswatun Hasanah kepada
manusia.



FASA V

Perkara-perkara yang menyalahi kebiasaan yang menjadi salah dan sesat dalam aqidah
syariat dan akhlak. Manusia-manusia yang menjadi pengamal dalam kategori ini;

(1) Golongan ulama dan orang orang soleh yang pura-pura.

(2) Golongan orang fasiq, zalim, munafik dan kafir.

Mereka ini mengambil ilmu dan amalan;

(a) Daripada kitab-kitab

(b) Daripada orang-orang yang terputus salasilahnya oleh sebab jahat adabnya.

(c) Dalam mimpi atau menyusun sendiri kalimah-kalimah jampi serapah dan mentera
atau mengadakan segala bentuk rupa pemujaan bagi tujuan disanjung, dipuji,
dihormati dan digelar sebagai;

(i) Maha Jaguh, Bapa Jaguh, Tok Jaguh
(ii) Maha Guru, Bapa Guru, Tok Guru.
(iii) Raja, Panglima, Hulu Balang, Tok Pawang (Tok Keramat Jin), Tok Bomoh, Tok
Dukun, Tok Mudim, Mak Bidan dan Mak Andam.



ISTIDRAJ ATAU SIHIR PERINGKAT TINGGI YANG MENGHAMPIRI MA’UNAH DAN KARAMAH PADA SEKALI IMBAS PANDANG


Golongan ini adalah ulama-ulama dan orang-orang soleh yang mengambil ilmu dan
amalan bagi mendapat sesuatu yang luar dari kebiasaan;

(i) daripada buku-buku (kitab-kitab)

(ii) daripada orang yang terputus salasilah ilmu dan amalannya dengan ulama yang
muktabar yang di atasnya oleh sebab jahat adabnya.

(iii) Mengambil daripada dalam mimpi, pertapaan atau orang-orang yang bertapa
dengan tujuan seperti yang tersebut di atas.

Bagi orang-orang yang tersebut di atas, Allah akan menghantar kepada mereka jin-jin
Islam yang soleh dan a’lim seumpama mereka itu. Jin-jin ini datang samada dalam Mimpi atau dalam jaga dengan mengaku diri sebagai nabi, wali atau malaikat untuk
mengajar ilmu atau amalan bagi menolong dalam kerja buatnya. Jin-jin yang datang
dalam mimpi atau jaga untuk mengajar ilmu atau amalan bagi melakukan sesuatu yang
luar dari kebiasaan akan (tidak dapat tidak) menetapkan syarat untuk diterima
sebagai taulan atau rakan dalam semua kerja buatnya melalui lidah anggota dan hati.

Bagi menyakinkan ulama-ulama dan orang soleh dengan apa yang dilaksanakan itu
benar, segala syarat yang diberi sama dengan hukum syarak. Setelah menerima syarat
tersebut dan beramal dengan ilmu yang diberi maka nyatalah pada diri ulama atau
orang soleh tersebut segala rupa bentuk yang menyalahi kebiasaan yang pada zahirnya
hampir sama dengan Ma’unah dan Karamah. Mula dari saat penerimaan syarat tersebut,
ulama atau orang soleh itu telah mencampakkan dirinya ke dalam Syirik Uluhiyah
(Murtad), dalam segala rupa bentuk amalan syariatnya selagi ia patuh dan tunduk
kepada syarat tersebut.

Nota: Jika sebenarnya nabi-nabi, wali-wali atau malaikat yang datang sebagai utusan
Allah pada diri orang-orang itu dalam mimpi atau jaga, maka apa yang diisyaratkan
atau diucapkan oleh nabi, wali atau malaikat yang datang itu kepadanya, nescaya
Allah akan zahirkan ke atas dirinya seperti yang diisyarat atau diucapkan itu.
Maksudnya, diri orang yang menerima kunjungan itu akan berada seperti yang
diisyaratkan atau diucapkan tanpa apa-apa syarat yang dikenakan.



ISTIDRAJ ATAU SIHIR PERINGKAT PERTENGAHAN

Golongan orang Islam yang fasiq, zalim dan munafik mengambil ilmu dan amalan
daripada ulama-ulama dan orang soleh yang bersahabat dengan jin, yang patuh kepada
syarat yang sama dengan hukum syarak. Golongan ulama dan orang soleh begini akan
menurunkan ilmu dan akan meletakkan syarat yang sama seperti mana ia terima
daripada sahabat jinnya, dan dinamakan kepada muridnya sebagai pantang larang.

Apabila si murid itu mengaku menerima ilmu dan amalan dengan segala pantang
larangnya maka Syirik Uluhiyah yang atas pada ulama atau orang soleh itu turun pula
pada si murid yang akan duduk beramal dengan dirinya berada dalam keadaan murtad.
Di kala itu si murid akan didatangi jin-jin Islam yang fasiq atau kafir dalam tidur
atau jaga dengan mengaku sebagai nabi atau wali atau malaikat dan meletakkan syarat
yang harus dalam hukum syarak bagi bersahabat dan berkawan dalam semua kerja
buatnya.

Di antara syarat-syarat yang harus dalam hukum syarak;

(a) syarat dalam bentuk hidangan makanan dan minuman seperti pulut putih atau
kuning, ayam panggang, bubur warna, bertih dan sebagainya.

(b) Dalam bentuk pakaian berwarna kuning, hijau atau merah, cincin, azimat,
gelang, tangkal, mahkota, selendang dan sebagainya.

(c) Alat-alat senjata seperti keris, pedang, lembing dan lain-lain atau ketiga-
tiga syarat itu serentak atau dua dari tiga syarat di atas.



ISTIDRAJ PERINGKAT RENDAH ATAU SIHIR PERINGKAT RENDAH (IHANAH DAN SYA’WAZAH)

Golongan orang-orang fasiq, zalim, munafik dan kafir yang ingin menonjolkan
kehebatan dan kebesaran. Mereka ini mengambil ilmu dan amalan daripada orang yang
sejenis dengannya daripada segala rupa bentuk jampi, serapah dan mentera yang
terpesong dari keadah syarak pada kalimahnya dan ayatnya atau pun mengadakan
segala rupa bentuk pemujaan yang di luar batas syarak. Dengan begitu mereka ini
didatangi jin-jin yang kafir samada di dalam mimpi atau jaga, dengan mengenakan
syarat-syarat yang haram dalam hukum syarak sebagai syarat untuk bersahabat dan
bertaulan dalam semua kerja buatnya.

Di antara nama gelaran bagi jin adalah seperti berikut;

1. hantu Raya 2. Jin Tanah 3. Polong 4. Mambang 5. Bajang 6.
Pari-pari 7. Langsuir 8. Toyol 9. Puntianak 10. Peleset 11.
Hantu Kubur 12. Jerangkung 13. Hantu Galah 14.tengelong 15. Harimau Jadian
16. Hantu Bungkus 17. Hantu Air 18. Pocong 19. Hantu laut.

Kesemua yang tersebut di atas dan lain-lain yang seumpamanya adalah dari jenis jin
yang diberi nama sedemikian oleh orang melayu, tetapi di dalam Al-Quran semua jenis jin yang menjadi keturunan dan bala tentera Azazil Laknatullah disebut
Ifrit.



RISIKO YANG AKAN DITERIMA OLEH 3 KELOMPOK MANUSIA YANG BERSAHABAT DENGAN JIN.

Jin-jin yang bertindak melayan manusia yang memohon pertolongan nya dalam segala
rupa bentuk ilmu sihir dipanggil Kahin, Arrof atau Munajjim seperti yang disebut
dalam Hadis Nabi SAW. Seperti yang dijelaskan dahulu, pengamal ajaran sesat yang
mendampingi jin-jin dalam kerja buat mereka berada dalam kesesatan aqidah, syariat
dan akhlak. Golongan ini mempamerkan segala rupa bentuk kehebatan dan perkara-
perkara yang luar biasa, di antaranya;

(a) kebal

(b) mandi minyak panas yang semata-mata mempamerkan kehebatan bukan untuk
tujuan perubatan

(c) segala rupa bentuk pukau memukau

(d) segala rupa bentuk ilmu jurus

(e) segala rupa bentuk hilang diri dan lain-lain kehebatan yang kesemuanya
khayal dan waham semata-mata.

Apabila pengamal ajaran sesat mati, jin-jin yang menjadi sahabat mereka itu akan
mendatangi anak cucu keturunannya dalam mimpi atau jaga, menuntut agar diteruskan
syarat perjanjian yang sedia ada. Jika anak cucunya berdegil atau engkar atas
syarat-syarat tersebut, mereka akan mengalami berbagai jenis bala dan penyakit
serta halangan-halangan dalam kerja buat mereka. Keadaan ini dipanggil gangguan
keturunan, dan antara tanda –tanda gangguan tersebut dalam sebuah keluarga ialah;

(a) Mandul

(b) Sentiasa berlaku keguguran anak dalam kandungan

(c) Anak hilang dalam kandungan bila sampai umur 6 bulan ke atas

(d) Melahirkan anak cacat anggota atau fikiran atau cacat kedua-duanya.

(e) Melahirkan anak yang buruk akhlak walau pun menjadi ulama’ besar kerana ada
pada diri anak tersebut sifat-sifat berikut;

(i) Lekas marah (panas baran)
(ii) Irihati
(iii) Cemburu
(iv) Jahat sangka
(v) Mimpi yang menyeronokkan yang jarang-jarang jadi kenyataan
(vi) Jin menjelma masuk ke dalam dirinya mengaku nabi, wali atau malaikat dengan
menzahirkan perkara yang mencarik adat sebagai bukti kebenaran.

(f) Mempunyai kebolehan mendatangkan perkara biasa melalui jalan yang luar
biasa, umpamanya mendatangkan objek seperti batu cincin, duit emas, keris dan
sebagainya.



TANDA-TANDA SESEORANG ATAU SATU KELUARGA ITU TERKENA ILMU SIHIR ATAU DISIHIR


(a) Suka bergaduh dan lekas naik darah sehingga pukul memukul dan bercerai
berai dan sebagainya.

(b) Hilang ceria diri dalam rumah kediaman.

(c) Sakit yang berlari-lari (berpindah-pindah tempat di badan) atau sakit di
antara kulit dan isi yang tidak dapat dikesan oleh doktor pakar melalui kaedah
saintifik.

(d) Jin menjelma masuk ke dalam badan sehingga terlupa diri.

(e) Mimpi yang menakutkan dan menzahirkan beberapa perkara yang merosakkan dan
menakutkan seperti;

- api yang menyala dengan sendiri
- Bunyi orang berjalan
- Menangis
- Bau-bauan, bunyi bising dan sebainya.




ANTARA SEBAB-SEBAB SESEORANG ITU DISIHIR





(a) Masalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.

(b) Putus pertunangan

(c) Masalah pinangan yang tidak diterima.

(d) Rebutan pangkat kedudukan dalam masyarakat.

(e) Rebutan pangkat dalam pekerjaan samada swasta atau kerajaan.

(f) Rebutan harta pusaka.

(g) Irihati dengan jiran sebelah.

(h) Cemburu, jahat sangka dan lain-lain yang seumpamanya.



SIAPAKAH SEBENARNYA BERHAK BAGI PIHAK ALLAH DAN RASULNYA MENGESAHKAN KESESATAN SESEORANG SELAIN WALI QUTUB ATAU BERTARAF IMAM/AMIRUL MUKMININ..??

Satu lagi faktor sesat, mana-mana Islam yang enggan beriktikad hanya Imam Bani Hasyim sahaja berhak/layak bagi urusan syafaat makmumnya serta urusan kekhalifahan pada mana-mana zaman dan Imam pilihan Allah di bumi bertaraf "Wali Qutub" itu memang benar-benar ada silih berganti, bukan aci olok-olok..!!

(bezanya yang cari atau yang tidak cari sahaja. Orang mengaku Islam tapi yang tidak cari itu Rasulullah SAW sahkan mati sesat dalam salah satu dari 72 cabang munafiq - Kitab Futuh Al-Ghaib, Kasyful-ghaibiah, Hadis Sahih Muslim, Minhajul Abidin, Al-Hikam, Pati Rahsia : Sumber 22K-MQTK)

MENGENALI QUTUB TANGGUNGJAWAB KITA...MQTK..!!

DUDUK DIANTARA DUA SUJUD




BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar..

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak..

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka
diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan

Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya..

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima..

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa’nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa’Aafinii (sihatkan aku)

Wa’fuannii (maafkan aku)


Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya biarkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu..

SPEKTRUM WARNA & SOLAT




Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.



Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.






Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?




Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita



Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan d engan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas YANG LAIN.

Monday, September 13, 2010

MISTIK DAN MAKRIFAT SUNAN KALIJAGA




MISTIK DAN MAKRIFAT SUNAN KALIJAGA

“Mempelajari ajaran Sunan Kalijaga sama dengan menggali khazanah lama yang berharga.Banyak kearifan tersimpan di dalam ajaran tersebut. Asal saja kita tidak mudah membidaahkan, maka kita akan menemukan mutiara-mutiara spiritual di dalamnya.”

Kata-kata Sunan, “ Obat , bagaimanapun baiknya adalah racun. Kerana itu, orang yang minum obat lebih dari takarannya akan mati. Ya, kerana obat itu racun! Memang dalam takaran yang tepat , dosis yang kecil , obat akan membunuh penyakit yang di tuju. Coba perhatikan sifat racun.Pembunuh! Dalam takaran yang kecil penyakitlah yang terbunuh. Tapi jika melebihi takarannya manusianya yang terbunuh.”

DOA SUNAN

SUNAN KALIJAGA menyusun beberapa doa dalam bahasa Jawa. Doa-doa yang di susunnya itu berupa kidung atau mantra. Di antara doa-doa dari Sunan, yang amat terkenal adalah kidung “Rumeksa ing Wengi” (perlindungan di malam hari) . Kidung ini juga dikenal sebagai “Mantra Wedha”. Sebagai doa penyembuhan. Kidung ini disebut mantra , kerana jika kidung ini di ucapkan dengan keyakinan yang tinggi akan menghasilkan kekuatan ghaib. Berguna untuk perlindungan dan penyembuhan.

Nabi Muhammad banyak mengajar-kan doa dan mantra. Semua buku”doa dan zikir” pasti memuat mantra. Dari bangun tidur, ke bilik air, berpakaian, makan, keluar rumah, bermusafir, bekerja hingga kembali pulang dan tidur.Terus menerus diiringi doa. Ada sebuah hadis yang berasal darri Abu Hurairah dan diriwayatkan oleh Ibnu majah. Pada waktu itu , Abu Hurairah bertiduran kerana merasakan sakit perutnya. Lalu, Nabi meminta Abu Hurairah untuk bangkit dan berdoa: “Bangkit dan berdoalah kerana sesungguhnya dalam doa terkandung kekuatan untuk penyembuhan.”

Ada dua hal yang perlu diperhatikan dalam berdoa, yaitu keyakinan dan bahasa doa itu sendiri. Yang baik, tentu sahaja yang disertai keyakinan yang tinggi dalam berdoa, dan mengerti mana doa yang diucapkannya. Bahasa Sunan kalijaga itu Jawa maka disusunlah doa mantra berbahasa Jawa. Bagi ulama-ulama dan pahlawan silam yang berguru dengan Sunan pastinya mengubah doa tersebut kedalam bahasa Melayu, bahasa yang dimengerti oleh diri sendiri serta anak murid dan anak cucu keturunannya yang berbahasa Melayu.

Mengapa Sunan Kalijaga perlu menyusun mantra sendiri, kan sudah ada tuntutan doa dari Junjungan Nabi Muhammad ? Kan sudah jelas, bahawa doa itu akan lebih mudah di hayati dan di yakini bila bahasanya dimengerti. Dan, dalam doa yang dipraktikkan secara bersungguh-sungguh, terkandung kerja.”Berdoa artinya bekerja, bekerja artinya berdoa”, kata ungkapan Barat.

PERLINDUNGAN DIRI

Sunan kalijaga adalah seorang pragmatis. Dalam erti, pengetahuan yang dimiliki lebih terkait dengan urusan-urusan praktis dalam kehidupan sehari-hari. Contohnya, ya kidung “rumeksa ing wengi” ini. Setiap hari manusia tidur, khususnya dimalam hari. Namun, malam tetap merupakan sumber berbagai macam kejahatan. Kerana malam merupakan tempat berlindung yang baik bagi perbuatan jahat, keselamatan diwaktu malam sangat penting, agar besoknya bisa melanjutkan kehidupan dibumi ini. Sunan menawarkan doa keselamatan di malam hari. Keselamatan merupakan bahagian pokok dari misi agama. Dan agama apa sahaja kurang memiliki makna bagi pemeluknya, jika tak ada keselamatan yang bisa ditawarkan kepada pemeluknya.

Dalam Al Quran sahaja ada surah yang dibaca sebagai mantra untuk perlindungan dari kejahatan di waktu malam. Surah lain yang dibaca untuk perlindungan diri ketika tidur adalah “ayat kursi”. Yaitu ayat 255 pada surah al baqarah. Tetapi Sunan tidak mengajarkan ayat tersebut untuk penjagaan diwaktu malam. Digalinya perbendaharaan spiritual jawa dan dipadukan dengan ajaran Islam. Lalu dihasilkannya tembang Rumeksa ing Wengi sebanyak 5 bait.

Kidung ini juga dimaksudkan untuk membebaskan diri dari serangan berbagai penyakit. Baik yang bersifat fisik maupun kejiwaan. Kerana itu, di dalam baitnya dinyatakan dengan tegas bahawa kidung ini menyelamatkan diri dari penyakit, semua petaka, jin dan setan, dan perbuatan orang yang salah. Guna-guna pun tak mau mendekat. Bahkan pencuri pun takkan mengarah pada orang yang mengamalkan mantra kidung rumeksa ing wengi. Bagaimana boleh terjadi? Ya boleh, mantra itu kalau dibaca dengan keyakinan dan penghayatan yang tinggi akan membangkitkan suatu daya.

Dengan kata-kata yang sederhana dan dimengerti serta diresapi oleh pembacanya, maka terciptalah energi metafisik dalam diri pembacanya. Perlu diketahui, bunyi atau irama lagu adalah bentuk-bentuk energi. Kerana itu, jangan heran bila tutur kata atau lagu yang di nyanyikan dengan merdu bisa mempesonakan pendengarnya. Energi yang timbul itulah yang selanjutnya membawa kita ke relung terdalam dalam kehidupan kita. Bangkitlah ingsun sejati kita. Tersambunglah daya itu dengan Guru Sejati yang selalu berhubungan dengan Sang Penguasa. Lalu, melalui pikiran kekuatan itu diarahkan kepada yang dituju. Yaitu, untuk pencegahan penyakit, penyembuhan, tolak bala dan petaka, menolak sihir dan guna-guna.

Mengapa mantra bisa mempunyai kekuatan? Sebenarnya, kekuatan metafisik itu melekat pada mantra atau kidung; kerana ayat, mantra atau kidung suci itu wujud dari kekuatan Ilahi. Tidak ada ayat sakti, meski pun dalam al Quran. Memperlakukan dengan hati yang bersih, keyakinan yang bersandar pada Allah semata-mata.

Sesungguhnya setiap orang ini telah dibekali “daya” dan “kekuatan” oleh Tuhan. Cuma, tidak setiap orang mampu membangkitkan daya dan kekuatannya. Sama seperti tangan dan kaki yang kita miliki. Ternyata tidak setiap diri kita ini mampu berbuat terampil dengan tangan dan kakinya. Doa mantra juga begitu. Meski kalimat doa yang dibaca sama, tetapi hasilnya bisa berbeza.

Setiap orang dianugerahi akal oleh Yang Maha Kuasa.Namun , nyatanya tidak setiap orang mampu menggunakan akal fikirannya. Tetapi kekuatan kidung, bukan lahir dari olah fikir. Daya dan kekuatan kidung merupakan hasil dari olah rasa!Didalam olah rasa itulah seseorang mampu menemui diri sejatinya. Ingsun sejati. Perlu diketahui bahawa “aku sejati” atau “ingsun sejati” atau “diri sejati” itu sama sekali berbeza dengan “ego”. Ego adalah “aku” yang dibungkus nafsu. Ego amat terikat oleh pengalaman indrawi. Kerana itu, sasaran ego adalah kepentingan diri sendiri. Pemuasan diri sendiri. Orang lain……., itu soal nanti.

INGSUN SEJATI

Ingsun Sejati ada di dalam rasa. Wa fi sirri ana. Di dalam “sirr” ada Aku. Kalimat ini saya petik dari sebuah hadis qudsi. Ya, didalam rasa itulah Aku. Jika ego memecah belah kemanusiaan, Ingsun Sejati menyatukannya.Jika ego memecah belah “Ingsun Sejati” menjadi serpihan-serpihan “aku”, Ingsun Sejati memegang kendali semua jenis keegoan.

Ego merupakan wujud Iblis yang ada di dalam diri manusia. Jika ego dilatih, akan dihasilkan pula kekuatan, tetapi itu kekuatan jahat. Kekuatan syaitan. Sifatnya hanya menjauhkan manusia dari kebenaran.Bila kita telah menemukan Diri Sejati kita , kita akan diiringkan menuju Guru Sejati, atau Roh Kudus yang ada di dalam diri kita. Dia sebagai tali penghubung antara “ingsun” dan Tuhan. Keyakinan yang kuat dari “Ingsun” yang mampu membangkitkan daya dan kekuatan yang ada di dalam diri. Sarana untuk membangkitkannya adalah mantra atau kidung suci. Kita sedar bahawa “tiada daya dan kekuatan kecuali pada Allah”. Daya dan kekuatan yang ada pada-Nya itulah yang kita berdayakan dengan membaca kidung.

Orang yang beriman menyedari bahawa daya dan kekuatan itu wujud dari Ud uni astajib lakum, “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku kabulkan permohonanmu.”Jadi, yang mengabulkan itu adalah Allah. Mantra hanyalah sarana. Cuma alat! Daya yang timbul dari keyakinan dalam membaca mantra itu yang menyatukan antara “aku sejati” dengan “Guru Sejati” ke Samudera Kekuasaan, yaitu Allah sendiri.

Jadi, apa beza di antara ayat-ayat ruqyah seperti ayat-ayat syifa dan ruqyah pembakar jin dan jampi serta mantra? Kedua-duanya tidak mempunyai daya dan kekuatan dan hanya membawa kepada kesyirikan sekiranya mempercayai bahawa ayat-ayat itu mampu membakar dan membunuh jin serta menyembuhkan sakit. Kalau tiada keyakinan pada setiap ayat ruqyah yang dibaca , masakan setiap ayat khusus kepada setiap penyakit dan ayat tertentu khusus untuk membakar jin? Bukankah ini syirik yang nyata? Sedangkan jampi dan mantra tidak khusus untuk sesuatu penyakit, ia hanya suatu sarana / doa menyeru kepada Yang Maha Berkuasa akan pertolongan-Nya , satu kaedah bertawassul sepertimana yang di ajarkan oleh Rasulullah saw melalui Nama-nama-Nya yang Agung.

Kalau kita sudah langsung mendapatkan daya dari “Sang Sumber”, semua makhluk hidup yang ganas dan liar , akan memandang dengan kasih kepada diri kita. Urung, tak melukai kita. Mereka membatalkan niat mereka untuk mengganggu kita. Yang datang itu belas kasih. Orang mau meracun, tak jadi. Bukan pembaca doa tak dapat di racun , melainkan orang jahatnya yang urung tidak meracun. Daya yang dihasilkan dari membaca doa mantra itu yang mencegah orang yang akan berbuat jahat. Ingat, semua manusia itu berasal dari satu.

Mantra dibaca bukan untuk menghancurkan musuh atau lawan. Sifat mantra tidak menghancurkan, tetapi menolak! Kerana itu, mantra biasanya di sebut juga “doa tolak bala”. Dengan mantra tak ada bahagian alam yang dihancurkan. Namun, petaka pun ditolak kedatangannya. Yang dituju dalam pembacaan mantra adalah keharmonian di alam. Ada hadis yang di riwayatkan oleh Bukhari : “Orang yang berbelas kasih akan dikasih-sayangi oleh Ar-rahman. Maka, kasih-sayangilah yang ada di bumi, nescaya kalian akan dikasih-sayangi oleh mereka yang dilangit.”

Sekarang, mari kita semak ayat Al Quran yang menyatakan hubungan doa dan perkenan Allah. Pertama, jelas sekali bahawa Allah mengabulkan orang yang berdoa kepada-Nya yang tidak menyombongkan diri dari beribadah kepada-Nya. Ingat, ibadah tidak bererti semata-mata menjalankan ritual agama, tetapi kosong dari makna ibadah itu sendiri. Ibadah adalah penghambaan.

Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepada-Ku, niscaya Aku menerima doamu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri untuk melayani-Ku, mereka akan masuk Neraka Jahannam dengan hina.” (Q.S. 40 : 60).

Kalau kita semak hadis Nabi, melayani Allah bererti melayani hamba-hamba-Nya. Memberi minum bagi yang kehausan. Memberi makan bagi yang kelaparan. Memberi pakaian bagi yang kedinginan. Mengobatkan bagi yang sakit (yang tidak punya wang untuk berubat). Mengurangi atau membebaskan penderitaan orang lain.

Inilah wujud ibadah yang sebenarnya, sedangkan salat, puasa, zakat dan haji hanyalah cara untuk mewujudkan ibadah yang sebenarnya. Dalam bahasa Arab, semua ritual itu di sebut sebagai riyadhah, atau latihan. Yang di tuju, ya takwa kepada Tuhan.

Kedua, Allah mengabulkan doa orang-orang yang memenuhi permohonan-Nya yang tetap berada dalam keadaan beriman. Hal ini tercantum pada Q.S. al-Baqarah 2 : 186, tetapi ayat ini tidak berdiri sendiri. Ayat ini terkait dengan beberapa ayat sebelumnya tentang puasa, sedangkan ayat 186 itu sendiri dalam bahasanya seperti berikut :

“Jika hamba-hamba-Ku bertanya tentang Aku, sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan orang-orang yang sungguh-sungguh berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka memenuhi-Ku dan dalam keadaan beriman kepada-Ku agar mereka berada dijalan yang benar.”

Jelas sekali bahawa yang disebutkan sebagai orang-orang yang berdoa dalam ayat ini adalah hamba-hamba yang berdoa. Hamba atau abdi adalah orang yang statusnya sebagai pelayan. Dalam hal ini, yang dimaksud adalah pelayan-pelayan Tuhan. Orang-orang yang memenuhi seruan Tuhan. Memenuhi seruan-Nya dalam keadaan beriman. Dengan kata lain, mengerjakan kebajikanan, dengan tulus.

Sunan Kalijaga menganjurkan orang-orang yang berdoa untuk melakukan mutih. Ya, puasa mutih. Yaitu, mengurangi makan, dan yang dimakan hanya nasi putih atau ubi-ubian yang tawar rasanya. Dan, minumnya pun cukup air tawar. Tak ada asin dan manis dalam makan dan minum.Berapa lamanya? Dalam setahun cukup 40 hari sahaja. Puasa mutih selama 40 hari sudah cukup untuk menurunkan emosi dan dorongan hawa nafsu lainnya.
Menurut Sunan, doa Rumeksa ing Wengi jika dibaca didalam air, dan airnya dipakai mandi dapat digunakan sebagai sarana untuk segera mendapatkan jodoh. Jika dibaca 11 kali ditengah malam, akan membebaskan yang bersangkutan dari himpitan hutang. Jika didahului dengan puasa sehari semalam, sambil dibaca tengah malam dengan mengelilingi permatang sawah/ladang maka tanamannya tak akan terserang hama dan penyakit. Juga bisa dibacakan pada nasi bekal perajurit yang bertempur agar memperoleh kemenangan dalam perang.

DOA RUMEKSA ING WENGI : terjemahannya

Ada kidung rumeksa ing wengi. Yang menjadikan kuat selamat terbebas dari semua penyakit. Terbebas dari segala petaka. Jin dan setan pun tidak mau. Segala jenis sihir tidak berani. Apalagi perbuatan jahat. Guna-guna tersingkir. Api menjadi air. Pencuri pun menjauh dariku. Segala bahaya akan lenyap.

Semua penyakit pulang ketempat asalnya. Semua hama menyingkir dengan pandangan kasih. Semua senjata tidak mengena, bagaikan kapuk jatuh di besi. Segenap racun menjadi tawar. Binatang buas menjadi jinak. Pohon ajaib, tanah angker, lubang landak, gua orang, tanah miring dan sarang merak;

Kandangnya semua badak. Meski batu dan laut mengering. Pada akhirnya semua selamat.Sebab badannya selamat, dikelilingi oleh bidadari, yang dijaga oleh malaikat, dan semua rasul, dalam lindungan Tuhan. Hatiku Adam dan otakku Nabi Sis. Ucapanku ialah Nabi Musa.

Napasku Nabi Isa yang amat mulia. Nabi Ya’kub pendengaranku. Nanti Nabi Daud menjadi suaraku. Nabi Ibrahim sebagai nyawaku. Nabi Sulaiman menjadi kesaktianku. Nabi Yusuf menjadi rupaku . Nabi Idris pada rambutku. Ali sebagai kulitku. Abu Bakar darahku dan Umar dagingku. Sedangkan Usman sebagai tulangku.

Sumsumku adalah Fatimah yang amat mulia. Siti Aminah sebagai kekuatan badanku. Nanti Nabi Ayub ada didalam ususku. Nabi Nuh didalam jantungku. Nabi Yunus didalam ototku. Mataku ialah Nabi Muhammad. Air mukaku rasul dalam lindungan Adam dan Hawa. Maka, lengkaplah semua rasul, yang menjadi satu badan.

Wallahu a’lam.

Sunday, September 12, 2010

PENYAKIT JIWA DAN PENYEMBUHANNYA

Pada zaman ini, budaya kehidupan materialistik(kebendaan) telah mengalami kemajuan yang sangat pesat dan luar biasa sehingga manusia mengalami zaman kegemilangan. Tujuan dan tuntutan hidup manusia pun meningkat baik dari segi kebendaan mahupun keilmua. Untuk mendapatkan kehidupan kebendaan itu mereka terpaksa membayar dengan harga mahal. Ada yang harus membayarnya dengan mengorbankan waktu rehat, ketenteraman dan kebahagiaan hidup hingga kesihatan sekalipun. Akibatnya mereka mengalami penderaan fizikal dan psikologi seperti munculnya rasa sedih yang berpanjangan, penyakit darah tinggi, diabetes, radang usus hingga ke schizophrenia (sejenis penyakit jiwa). Selanjutnya mereka pun perlu menghabiskan belanja yang mahal demi mendapatkan kesembuhan. Bahkan mereka harus mencari kesembuhan itu sehingga keluar negeri. Walaupun kadang-kadang penyembuhan yang dinanti tidak kunjung datang.

Dalam mencari penyembuhan itu seringkali hanya difokuskan kepada satu proses perubatan melalui ubat-ubatan dan pembedahan. Mereka melalaikan proses perubatan lain yang sebenarnya boleh mendatangkan penyembuhan iaitu mengeratkan hubungan dengan Allah swt. Rajin membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa. Seorang muslim ketika ditimpa penyakit dia akan memohon penyembuhan kepada Allah swt terlebih dahulu selain meminum ubat-ubatan. Jika sentiasa taat beribadah kepada Allah swt, maka kehidupan akan selalu tenteram, tenang serta yakin ketika ditimpa sesuatu jenis penyakit.

Kajian ilmiah yang terbaru telah dilakukan didalam berbagai negara barat menyimpulkan bahawa ketenangan jiwa dan kekuatan iman pada diri manusia akan banyak membantu menyelesaikan berbagai masalah.Seorang ilmuan pernah meneliti dua kumpulan orang yang bukan muslim dengan cara memakai alat pendengar suara(earphone) ditelinga mereka. Pada kumpulan pertama dimainkan rakaman bacaan ayat-ayat Al-Quran. Pada kumpulan kedua dimainkan rakaman muzik dan lagu-lagu. Hasilnya orang yang sedang mendengar bacaan Al-Quran degup jantungnya adalah normal. Sedangkan yang mendengar muzik jantungnya berdegup kencang. Maha Besar Allah swt berfirman :

“Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat.”
( Al-Isra’: 82 )


TERAPI RUQYAH UNTUK PELBAGAI JENIS PENYAKIT

Perkara yang perlu diperhatikan adalah syaitan mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam menyebabkan penyakit, baik itu fizikal mahupun spiritual (kejiwaan). Semua itu disebabkan oleh kekuatannya yang mampu wujud dalam aliran darah seperti disabdakan oleh Nabi saw :

“Sesungguhnya syaitan hidup dalam diri anak Adam dalam aliran darahnya.”
(Muttafaq Alaih)

Salah satu bentuk gangguan syaitan pada manusia adalah marah. Kemarahan adalah sumber dari pelbagai jenis penyakit. Nabi saw pernah mewasiatkan kepada seseorang yang datang meminta nasihat kepadanya. Baginda bersabda :

“Jangan marah! Nabi saw mengulanginya hingga beberapa kali. Jangan marah….”
(HR.Bukhari)

Marah mempengaruhi keadaan kesihatan sebagai contoh adalah penyakit nyeri perut, radang usus besar. Semua itu adalah penyakit yang ditimbulkan oleh jiwa yang sedang beremosi. Bahkan pada sebahagian orang marah dapat merangsang timbulnya penyakit diabetes. Sebabnya adalah jiwa orang yang marah kerap menjadi gelisah. Marah juga dapat menyebabkan pening, pembekuan darah di kepala, lumpuh mendadak (strok), sakit jantung dan nyeri dada (angin pectoris). Kemarahan akan semakin merumitkan kesemua penyakit tersebut.

Selain penyakit diatas terapi ruqyah juga boleh menyembuhkan ketidak teraturan haid baik lambatnya atau masa berlangsungnya yang terlalu lama. Sebenarnya penyakit itu disebabkan oleh jin. Berdasarkan sebuah riwayat ketika Rasulullah saw ditanya tentang penyakit sebegitu banyak dua kali. Baginda menyebutkan bahawa itu adalah baki darah. Pada kali keduanya ketika baginda ditanya oleh Hamnah binti Jahsy :

“Saya mengalami istihadah yang sangat lama.” Baginda menjawab : “ Itu adalah gangguan syaitan.”
( HR.Tirmidzi)

Syaitan berusaha melambatkan masa pengakhiran haid baik dengan menahan aliran darah atau yang baru dibuka kembali alirannya setelah habis masa iddah. Ketika itu wanita tersebut tidak menunaikan solat dan tidak membaca Al-Quran dalam waktu yang lama, atau boleh jadi dia juga melukai tempat keluarnya darah sehingga wanita berkenaan tidak dapat membezakan apakah yang keluar adalah darah haid atau bukan. Dengan begitu dia menjadi ragu-ragu dan akhirnya berhenti solat.

Penyakit lumpuh juga boleh disebabkan oleh perilaku syaitan. Syaitan mencegah gerakan tubuh menjadi lumpuh dan ini terjadi pada sebahagian orang. Jika dibacakan ayat-ayat ruqyah dia akan berasa seperti dibius pada bahagian yang sakit. Jika tidak merasakan itu, maka hendaklah terapinya diulangi lagi sehingga syaitan atau jin yang mengganggunya betul-betul pergi meninggalkan tubuh tersebut.

Contoh lain adalah penyakit pada organ pencernaan dan sistem saraf pada tulang. Malah apa sahaja penyakit yang berkaitan dengan organ dan saraf adalah disebabkan keberadaan jin dan syaitan yang berada di saluran darah seperti mana sabda Nabi saw :

“Sesungguhnya syaitan hidup dalam diri anak Adam dalam aliran darahnya.”
(Muttafaq Alaih)
Apabila syaitan menyekat aliran darah, maka akan ada organ-organ berkenaan yang tidak akan menerima bekalan darah yang mana darah membawa oksigen, air dan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh untuk diproses dan ditapis dan di salurkan pula kebahagian lain anggota badan. Ini akan mengakibatkan organ berkenaan kelihatan tidak berfungsi kerana tiada bekalan darah yang dialirkan yang mana darah juga membawa tenaga (arus elektrik) yang diperlukan tubuh untuk menjana dirinya (organ) untuk menjalankan pemerosesan sepertimana tugas asalnya . Akibatnya bila pihak hospital membuat pemeriksaan x-ray atau scan, akan kelihatan digambar bahawa sanya organ tersebut telah rosak samada mengecut, membengkak atau kelihatan ketulan batu yang terjadi akibat tiada proses penapisan yang sempurna.

Menurut Tuan Guru Ustaz Hj.Ahmad Che Din, Guru Utama Yayasan Angkatan Bina Jati Diri (ABJAD), melalui tulisannya didalam buku PENGHURAIAN MISTERI ALAM MELAYU yang diterbitkan oleh Pertubuhan Gerak Seni Silat ABJAD (A), Cawangan Selangor, kecepatan bergerak jin melebihi halaju cahaya. Umur jin tersangat panjang dan ada yang beribu tahun lama hidupnya. Jumlah banyaknya jin itu seluruh alam manusia daripada Adam sehingga kiamat X jumlah haiwan-haiwan X jumlah batu-batu X jumlah pasir-pasir dalam bumi dan tumbuh-tumbuhan ini hanya 1/10 jumlah keseluruhan jin. Manakala jumlah keseluruhan jin adalah 1/10 jumlah keseluruhan malaikat. Jumlah seluruh malaikat hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengetahui.

Alam kediaman jin ialah lautan, daratan, udara dan ‘Alam Mithal’ suatu alam yang antara alam manusia dan alam malaikat. Jin dapat masuk kedalam tubuh badan manusia dan terus sampai ke urat nadi dan darah manusia. Jin dapat berjalan dalam tubuh manusia seperti arus elektrik mengalir dalam kabel penyalurnya. Jin juga dapat menguasai manusia sehingga ia dapat menimbulkan perkelahian sesama manusia, manusia kehilangan ingatan, hilang daya kemahuan dan kesedaran dan lain-lain lagi.

Jin boleh memasuki badan manusia samada di pinta sendiri oleh manusia atau tanpa di sedari oleh manusia itu sendiri. Jin mendampingi dan memasuki manusia melalui salah satu cara yang berikut, antaranya :-

1. Melalui khadam atau manusia itu sendiri menjadikan Jin sebagai sahabatnya.
2. Melalui “saka-baka”
3. Melalui sihir yang dilakukan oleh manusia lain ke atasnya.
4. Kerana manusia itu sendiri lalai dari mengingati Allah atau melakukan perkara-perkara yang di larang oleh Allah, bererti mendekatkan diri untuk di kuasai oleh Jin dan Ifrit.
5. Melakukan kejahatan terhadap jin tertentu seperti menjatuhkan sesuatu benda berat di sesuatu tempat yang ada jin, tanpa menyebut nama Allah sehingga menyebabkan kematian anak jin.
6. Kerana adanya Jin lelaki yang jatuh cinta kepada seorang perempuan yang suka bersolek atau wanita-wanita yang suka keluar rumah untuk memperlihatkan kecantikannya dan tidak memakai tudung serta suka mendedahkan aurat.
7. Melalui pengamalan jampi serapah, doa dan ayat-ayat tertentu yang boleh mendatangkan jin.

Apabila telah memasuki badan manusia, walau dengan apa cara sekali pun Jin tersebut akan mendiami salah satu tempat berikut di angguta tubuh badan manusia (walaupun mereka bebas bergerak-gerak dalam badan manusia). Antara tempat-tempat tersebut adalah :

1. Mereka berkumpul di mata kanan dan kiri. Sebab itulah jika seseorang itu membela atau telah dimasuki Jin dalam badan mereka, mereka tidak berani bertentang mata dengan orang lain.
2. Berada di mulut manusia, dengan itu manusia yang telah di masuki Jin amat suka bercakap benda-benda yang tidak berfaedah dan mendatangkan dosa seperti mengumpat, melaga-laga kan manusia lain dan sebagainya.
3. Berada di telinga kanan dan kiri, dengan itu manusia yang telah terasuk Jin tidak suka mendengar nasihat dan teguran yang baik serta amat suka mendengar perkara-perkara maksiat seperti muzsik yang melalaikan dan sebagainya.
4. Berada di hidung manusia, menyebabkan manusia suka menghidu benda-benda yang tidak eluk dan boleh merosakkan diri manusia sendiri.
5. Berada di ari-ari (pusat), menyebabkan orang tersebut mengalami sakit dalam perut dan pelbagai penyakit yang tidak boleh dikesan oleh doktor.
6. Berada dikemaluan manusia, menyebabkan manusia suka melakukan perkara-perkara maksiat seperti berzina dan sebagainya.

Jin Islam yang awam atau jin kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang khawas dan khawasil-khawas, jin tidak dapat merasuk mereka tetapi mereka itu datang pula untuk bersahabat.

Manusia yang selamat dari gangguan jin, iblis atau syaitan ialah manusia yang setiap waktu dan masa berada dalam tauhid Allah melalui lidah, anggota dan hati, iaitu berada dalam aqidah, syariat dan akhlak Rasulullah saw. Kata Ulama :

“Kun Ma`allah fain lam takun ma`allah, fakun ma`a man ma`allah fainnahu yu syiluka illah.”

Maksudnya :

“Hendaklah jadikan diri kamu beserta Allah, maka jika kamu tidak boleh jadikan diri kamu beserta Allah hendaklah jadikan diri kamu beserta mereka yang menyertai Allah, maka sesungguhnya yang demikian itu akan menyampaikan diri kamu kepada Allah.”

Selain penyakit-penyakit itu manusia juga sering mengalami suasana psikologi yang memerlukan terapi ruqyah.

Pertama : Kesedihan ( al-Hazan )
Kedua : Gundah ( al-Qalaq )
Ketiga : Tekanan ( al-Iktiab )

Alhamdulillah hampir semua orang yang pernah menderita penyakit yang disebabkan oleh syaitan berjaya disembuhkan dengan perubatan dan terapi ruqyah syari`yyah seperti penyakit kanser darah, darah beku yang menyebabkan kelumpuhan hujung tangan dan kaki ( syulal Ruba`i), mandul, diabetes, jantung dan lain-lain.


PENYAKIT KEKAFIRAN

Sesungguhnya Allah s.w.t. menjadikan manusia serta setiap anggota tubuhnya, dan setiap satu daripadanya mempunyai kesempurnaan tersendiri. Jika kesempurnaan itu lenyap, pasti seseorang akan merasa sakit. Selain itu Allah juga menciptakan kesempurnaan pada penggerak organ tubuh, iaitu hati. Jika kesempurnaan itu lenyap, maka timbullah rasa sakit bahkan penyakit itu sendiri, seperti rasa gundah, sedih dan murung.

Hati diciptakan untuk dapat mengenali PenciptaNya, cinta dan tauhid kepada-Nya, kegembiraan bersama Allah, keceriaan kerana cinta kepada Allah, merasa ridha kepada-Nya, bertawakkal, memberi kasih untuk kemuliaan-Nya, memusuhi siapapun kerana-Nya serta selalu berzikir kepada-Nya

Penyakit paling parah bagi hati adalah penyakit syirik, dosa, kelalaian, atau sikap meremehkan kecintaan dan keridhaan Allah, enggan bertawakkal kepada-Nya serta amat jarang bersandar kepada-Nya, lebih cenderung kepada selain-Nya, kecewa menghadapi takdir-Nya, atau merasa ragu terhadap janji dan ancaman-Nya.

Fungsi paling besar dari sembahyang adalah komunikasi hati dan jiwa kepada Allah, mendapat kesenangan dengan berzikir, menggembirakan diri dengan bermunajat kepada-Nya serta menghadap Allah menggunakan setiap anggota tubuh, kekuatan dan organ yang ada untuk menghambakan diri kepada-Nya, iaitu dengan meletakkan setiap organ tubuh pada kedudukannya serta sibuk dengan sembahyang hingga tidak lagi bergantung kepada sesama makhluk, bercengkerama dan berbual dengan mereka.

Hadis riwayat Ibnu Majah dalam Sunannya, menerusi hadis Mujahid, dari Abu Hurairah ia mengkhabarkan :

“Rasulullah s.a.w. pernah melihatku ketika aku sedang sakit perut. Baginda s.a.w. bersabda:”Wahai Abu Hurairah! Adakah engkau sakit perut?” Abu Hurairah menjawab : “Betul, wahai Rasulullah.” Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Sembahyanglah, kerana sembahyang itu mengandungi ubat.”

Tidak diragukan lagi bahawa semua gerakan itu berfungsi menguatkan tubuh dan melenyapkan pelbagai unsur berbahaya terutama sekali melalui pancaran tenaga jiwa dan ketenteraman hati ketika mengerjakan sembahyang, kerana dengan itu tubuh menurut adatnya menjadi kuat dan penyakit lari.

Adapun penyakit kekafiran dan penyakit berpaling dari kebenaran yang diajarkan oleh para Rasul, lalu menggantinya dengan keyakinan atheisma adalah penyakit yang hanya mempunyai satu ubat, iaitu neraka :

“…api yang menyala-nyala.Tidak ada yang masuk ke dalamnya melainkan orang yang paling celaka, yang mendustakan (kebenaran) dan berpaling (dari iman…..)” (Surah Al-Lail : 14-16)


Allah s.w.t. berfirman :

“Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang beriman, dan menghilangkan panas hati orang-orang mukmin.”
(Surah At-Taubah : 14-15)



Rujukan : Al-Ilaju bil Quran (Hikmah Terapi Al-Quran) - Hishasyah binti Rasyid
: Penghuraian Misteri Alam Melayu – Ustaz Hj.Ahmad Che Din
: Rawatan Penyakit Menurut Konsep Sufi.