Monday, June 20, 2011

IBU UBAT - PENAWAR SEGALA PENYAKIT




AYAT INI KU TERIMA IJAZAHNYA DARI MURSYIDKU DAN BUKAN DI KUTIP DARI KITAB SEMATA-MATA.

Friday, June 17, 2011

MANDI BUNGA VS AURA SERI WAJAH





Kita dapati orang tua dahulu banyak mengamalkan petua dalam pemakanan mereka, sebab itu mereka sihat dan ada yang mencecah umur hingga satu abad. Kadang-kadang petua mereka ada digabungkan dengan unsur-unsur alam atau mengambil semangat alam dalam mengekalkan kesihatan, mengawal penyakit, rawatan dan pemulihan. Walaupun kajian saintifik tentang penglibatan semangat alam ini dalam tujuan rawatan belum disahkan oleh mana-mana kajian, namun jika ditinjau ianya banyak mendatangkan faedah kepada mereka pada ketika itu, yang mana kita sedia maklum, teknologi perubatan pada ketika itu belum berkembang seperti sekarang.


Apa yang ingin saya kaitkan tentang kesihatan adalah petua orang tua-tua tentang kaedah mandi bunga. Pengalaman saya dahulu, ketika kecil, nenek saya selalu suka mengutip bunga-bunga di halamannya. Antara bunga yang menjadi kegemaran nenek saya adalah bunga cempaka dan bunga melur. Selalunya nenek akan memetik bunga melur dan cempaka di tepi rumahnya setiap pagi dan dimasukkan ke dalam air tadahan mandi yang diceduk dari perigi. Nenek ada juga mencampurkan dengan bunga-bunga lain seperti ros dan juga daun limau purut. Kemudian dia akan kejutkan saya dan suruh saya mandi air dalam kolah yang sudah dicampurkan dengan bunga2 tersebut. Bila saya tanya nenek, katanya agar badan segar, wangi, wajah berseri-seri, badan sihat dan halau semangat jahat. Lepas mandi dia akan sisirkan rambut dan selitkan bunga melur. Saya suka bauannya yang sangat segar, saya selalu kutip sendiri bunga dan karang jadi rantai, gelang dan cincin. Sampai kini kenangan zaman kanak-kanak bersama nenek sukar diluputkan.



Ramai yang menyangka mandi bunga hanya boleh dilakukan oleh bakal pengantin yang mahu melangsungkan perkahwinan untuk menaikkan seri pengantin. Namun kini, mandi bunga sudah menjadi satu trend baru dalam masyarakat kita. Malah ianya juga boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dalam pelbagai peringkat umur mengikut keperluan serta hajat. Antaranya faedah atau kelebihan mandi bunga adalah dipercayai untuk menaikkan seri wajah agar lebih disayangi, menjadi perhatian, membuang penyakit, mendapat penghormatan, mendapatkan jodoh, serta menjalin hubungan lebih akrab antara suami isteri dan sebagainya.



Kaedah mandi bunga sekarang sudah diakui oleh pakar-pakar kecantikan dan juga rawatan alternatif sebagai satu cara meningkatkan aura. Produk-produk aura seri wajah banyak terdapat di pasaran yang menggunakan adunan daripada bunga-bungaan. Salah satu daripada keluaran yang harus dicuba dan mudah digunakan adalah dengan Aromatherapy Vibration yang dinamakan Seri Wajah. Aromatherapy ini adalah rumusan khas Colour Vibration Therapy yang amat berbeza daripada aroma-aroma yang lain. Apa yang saya tahu, Ia bukan sekadar gabungan tujuh pati bunga-bungaan atau tumbuhan terpilih (ros putih, lavender, tea tree, orange, peppermint, lemon dan limau nipis), malah dipertenagakan (diolah 1000 kali pusingan lengkap dengan pantas dan menyeluruh). Ia berkeupayaan menjana organ dalaman agar sentiasa stabil dan berfungsi dengan baik. Ia sesuai untuk kegunaan harian sama ada bagi tujuan kesihatan, kecantikan, keharmonian rumah tangga, meningkatkan kecerdasan minda, meredakan tekanan perasaan menceriakan emosi dan sebagainya.

Menurut dari artikel Dr. Ariffaizal, Ia sebenarnya adalah minyak pelbagai guna dan sesuai untuk semua peringkat fizikal. Ia bertindak melalui 5 deria utama iaitu telinga, mata, hidung, lidah dan kulit. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang aura seri wajah ini, anda boleh membacanya dari artikel beliau di site rawatan kesihatan.


Di petik dari laman Perjalanan Rabbabi (Arina)

APA MAKNA KALIMAH SYAHADAH???






AKU BERSAKSI...PENJELASAN AQIDAH DARI DUA KALIMAH SYAHADAH



Al-Syahadatain (dua kalimah syahadah) adalah merupakan lafaz yang wajib diketahui dan dii`tikadkan oleh setiap muslim. Ia juga merupakan lafaz yang wajib diucapkan oleh orang-orang kafir bagi melambangkan keislaman mereka.

Lafaz Dua Kalimah Syahadah ialah:

أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ

Maksudnya:

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah”.



Perhatian: Lafaz ashhadu (أشهد) yakni “aku bersaksi” mengandungi tiga makna serentak iaitu:

1. (أعلم) yakni “aku mengetahui”,
2. (أعتقد) yakni “aku mempercayai” dan
3. (أعترف) yakni “aku mengiktiraf”.


Inilah lafaz yang afdal dan paling sesuai bagi menjelaskan tuntutan iman dan Islam. Ini kerana setiap sesuatu pengakuan hendaklah didahului dengan kepercayaan, dan setiap kepercayaan pula hendaklah didahului dengan pengetahuan atau ilmu. Jika tidak, maka pengakuan dan kepercayaan itu adalah suatu pembohongan. Demikian juga jika seseorang itu tahu tentang kebenaran Islam tetapi tidak mahu mempercayai atau tidak mengakui kebenaran Islam, maka dia telah berdusta sebagaimana orang-orang Yahudi yang telahpun mengetahui kebenaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam, bahkan mereka mengenali baginda sepertimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri, namun disebabkan sikap degil dan bongkak mereka tidak mahu memperakui akan kebenaran risalah yang dibawa oleh baginda sallallahu`alaihi wasallam.


Makna Kalimah Syahadah Pertama:


أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ



“Aku mengetahui (dengan menuntut ilmu), aku beri`tiqad (mempercayai) dengan hati tanpa dipaksa dan aku mengiktiraf (mengakui) dengan lidah bahawa tiada Tuhan yang di sembah dengan sebenarnya melainkan Allah Yang Maha Tunggal lagi Yang Maha Esa, Yang Awal lagi Yang Sedia Ada, Yang Maha Hidup lagi Yang Maha tidak berhajat kepada yang lain dan Yang Maha Kekal lagi Yang Maha Mencipta, Yang Maha Memberi Rezeki, Yang Maha Mengetahui lagi Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesuatu yang dikehendaki-Nya pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki oleh-Nya pasti tidak akan berlaku. Dia-lah Tuhan yang tidak ada sebarang daya dan kekuatan melainkan dengan-Nya yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang layak dengan-Nya, yang suci dari segala sifat kekurangan pada hak-Nya”.


Ringkasan daripada makna syahadah pertama di atas ialah pensabitan (merujuk kepada) 20 sifat bagi Allah ta`ala iaitu: al-Wujud (ada), al-Qidam (sedia ada), al-Baqa’ (kekal), al-Mukhalafah lil-hawadith (bersalahan dengan makhluk), al-Qiyam bi-nafsih (tidak berhajat kepada makhluk), al-Wahdaniyyah (esa), al-Qudrah (berkuasa), al-Iradah (berhendak), al-`Ilm (mengetahui), al-Hayah (hidup), al-Sama` (mendengar), al-Basar (melihat) dan al-Kalam (berkata), Kaunuhu Qadiran (keadaan Allah ta`ala yang berkuasa), Kaunuhu Muridan (keadaan Allah ta`ala yang berkehendak), Kaunuhu `Aliman (keadaan Allah ta`ala yang mengetahui), Kaunuhu Hayyan (keadaan Allah ta`ala yang hidup), Kaunuhu Sami`an (keadaan Allah ta`ala yang mendengar), Kaunuhu Basiran (keadaan Allah ta`ala yang melihat), Kaunuhu Mutakalliman (keadaan Allah ta`ala yang berkata-kata).


Makna Kalimah Syahadah Kedua:

أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ

“Aku mengetahui, mempercayai dan mengakui bahawa Muhammad ibn `Abdullah ibn `Abd al-Muttalib ibn Hashim ibn `Abdu Manaf al-Qurashi sallallahu`alaihi wasallam itu adalah hamba Allah dan utusan-Nya kepada semua makhluk. Selanjutnya, diikuti dengan iktikad dan keyakinan bahawa baginda telah diputerakan dan dibangkitkan sebagai seorang rasul (pesuruh Allah) di bumi Mekah, berhijrah ke bumi Madinah dan disemadikan di sana, baginda benar dalam semua perkara yang dikhabarkan dan disampaikannya daripada Allah iaitu mencakupi perkara-perkara yang telah berlaku, perkara-perkara yang akan berlaku dan perkara-perkara yang berhubung dengan hukum syariat. Antara perkara yang dikhabarkan itu ialah azab dan nikmat kubur, soalan dua malaikat Munkar dan Nakir, kebangkitan dari alam barzakh, perhimpunan di Mahsyar, kiamat, hisab, pahala, azab, neraca amalan, titian al-Sirat, neraka, kolam al-Hawd, syafaat, syurga, melihat Allah dengan mata kepala pada hari Akhirat tanpa kayfiyyat, tanpa bertempat dan ruang; iaitu tidak seperti makhluk dilihat, keberkekalan hamba-hamba Allah di dalam syurga dan neraka, keimanan dengan para malaikat Allah, para rasul-Nya, kitab-kitab-Nya dan qada` dan qadar Allah iaitu yang baik dan yang buruknya, dan sesungguhnya baginda adalah penyudah segala nabi dan penghulu seluruh keturunan Nabi Adam alaihissalam.

HUKUM MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH DAN PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA:

• Jika seruan asas Islam iaitu Dua Kalimah Syahadah sampai kepada sesiapa yang mukallaf, maka wajib ke atasnya menganut agama Islam, tetap dalam agama Islam dan beramal dengan syariat Islam.

• Untuk menganut agama Islam, seseorang yang kafir wajib mengucap Dua Kalimah Syahadah berserta dengan i`tiqad yang benar lagi utuh.

• Lafaz Dua Kalimah Syahadah tidak disyaratkan dengan lafaz yang dimulakan dengan lafaz ashhadu (أشهد) untuk mengesahkan kemasukan seseorang ke dalam agama Islam. Bahkan, ianya boleh dilafazkan dengan ungkapan lain yang mempunyai makna yang sama dengannya meskipun bukan dalam bahasa Arab.

• Kefardhuan melafazkan Dua Kalimah Syahadah ke atas seluruh umat Islam kekal dalam setiap solat supaya solat menjadi sah menurut mazhab al-Imam al-Syafi`e.

• Orang yang dilahirkan di dalam Islam dan beri`tiqad dengan Dua Kalimah Syahadah tidak disyaratkan mengucap dua kalimah syahadah untuk menjadi orang Islam. Bahkan dia sebenarnya sudah menjadi orang Islam kerana didikan dan asuhan yang diterima olehnya adalah berdasarkan kepada aqidah yang sahih.

• Menurut ulama dalam mazhab Maliki bahawa Dua Kalimah Syahadah wajib diucapkan sekali seumur hidup ke atas setiap mukallaf setelah mencapai usia baligh dengan niat fardhu. Ini adalah kerana mazhab mereka tidak mewajibkan bacaan tahiyyat dalam solat, bahkan mereka hanya menganggapnya sebagai sunat. Sedangkan menurut ulama dalam mazhab-mazhab yang lain seperti ulama mazhab Syafi`e dan mazhab Hanbali, dua kalimah syahadah adalah wajib dilafaz dalam setiap solat bagi memastikan solat menjadi sah.

• Iman dan Islam seseorang itu tidak sah dan segala amalan kebajikannya tidak diterima tanpa dua kalimah syahadah yakni tanpa iman yang benar.

• Ucapan syahadah pertama wajib diiringi dengan ucapan syahadah kedua bagi mengesahkan keislaman seseorang yang mahu memeluk agama Islam. Itulah kadar minima untuk selamat dari kekal abadi di dalam api neraka.


Oleh itu setiap manusia wajib meyakini secara jazam (putus) tentang kewujudan Allah ta`ala dan Allah ta`ala mempunyai sifat-sifat yang sempurna. Seseorang itu juga wajib juga beri`tiqad bahawa apa yang di bawa oleh Rasulullah adalah benar belaka tanpa ada syak, zan dan waham.

الْجَزْمُ يُخْرَجُ مِنْهُ: الْشَكُّ, الْظَنُّ, الْوَهْمُ.

Al-Jazm dikeluarkan daripadanya : Syak (ragu-ragu), Zan (melebihi percaya daripada tidak), Waham (melebihi ketidakpercayaan daripada percaya).

مُوَافِقٌ لِلْحَقِّ يُخْرَجُ مِنْهُ: جَاهِلٌ بَاسِطٌ, جَاهِلٌ مُرَكَّبٌ

Selari dengan kebenaran dikeluarkan daripadanya: Jahil basit (tidak mempunyai pengetahuan sama sekali), jahil murakkab (jahil yang tersusun iaitu tidak sedar bahawa dirinya jahil)

عَنْ دَلِيْلٍ: أَيْ لَيْسَ تَقْلِيْدًا
Daripada dalil: tidak boleh bertaqlid.

Maksud taqlid iaitu orang yang mengikut tanpa belajar dan apabila ditanya maka individu tersebut tidak dapat mengeluarkan dalil dalam perkara yang berkaitan dengan akidah.

Ø Sekiranya seseorang itu bertaqlid (mengikut) kepada orang yang tidak betul iaitu golongan yang terkeluar dari landasan akidah yang sahih walau dengan jazam sekalipun tetap dihukumkan sebagai tidak beriman.

Ø Sekiranya seseorang itu berbertaqlid (mengikut) kepada orang yang beraqidah sahih iaitu yang berada di atas landasan akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah. Hukumnya terbahagi kepada tiga:

1. Sekiranya dia bertaqlid (mengikut) dengan jazam (putus), maka dia dikira beriman tetapi dihukum fasiq iaitu berdosa walaupun beriman. Ini pendapat yang muktamad.

2. Tidak dikira beriman walau dia bertaqlid dengan jazam sekalipun. Ini pendapat yang dhaif.

3. Sekiranya dia bertaqlid tetapi tidak jazam, maka dirinya tidak dikatakan sebagai beriman walaupun yang diikutinya itu adalah orang yang sahih aqidahnya.



Kesimpulannya, syarat untuk mengenal Allah ada empat:

1. Tahu dengan belajar (talaqqi).

2. Yakin dengan keyakinan yang jazam (putus).

3. Berpegang dengan perkara yang sebenar iaitu Aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah.

4. Besertakan dalil iaitu dari al-Quran, al-Sunnah, Ijma` ulama` dan qias.

Thursday, June 16, 2011

FATWA MENDERMA ORGAN & KERJASAMA MQTK




CONSULTANT & DEALER ORGAN MQTK

Penasihat Medic MQTK, Dr. Mohd Yusran bin Yusoff dan Dr. Nurul Hanis Yusoff telah memaklumkan kepada YDP. MQTK tentang statistik keutungan business organ berkala yang melibatkan rakyat majmuk di negara seperti Malaysia ini.

Sebagaimana dimaklumi D10-MQTK yang akan diwujudkan(golongan yang tolak/musuhi/enggan cintai MQTK) telah didoakan "Binasa 7 anggota sebelum maut". Mereka akan menjadi penagih ester atau pelbagai ubatan dadah kimia dari kuffar yang lama kelamaan akan membunuh diri mereka.

Mereka boleh didaftarkan sebagai penderma organ kepada sesama mereka manakala MQTK hanya mengenakan sedikit caj yang berpatutan. Dengan itu keuntungan dapat dikaut sebelum jasad mereka dicampak ke jahannam.

Urusan ini adalah halal da disahkan di Malaysia oleh undang-undang. MQTK Menjangkakan keuntungan melebihi RM3 billion dalam 5 tahun operasi kerana kos sewaan dewan bedah serta upah pakar bedar/pemindahan organ jauh lebih rendah di Malaysia.

Sila rujuk ; *Derma Organ - Pemindahan Jantung Dan Mata
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-mengenai-pendermaan-organ-0
Keputusan:
Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Pertama yang bersdidang pada 23 - 24 Jun 1970 telah membincangkan Pemindahan Jantung Dan Mata. Persidangan telah memutuskan bahawa pemindahan mata dan jantung orang mati kepada orang yang hidup adalah dibenarkan (harus) dalam Islam, dan di atas kebenarannya pertimbangan-pertimbangan berikut hendaklah diambilkira:

Justeru adalah dicadangkan MQSB akan cuba didaftarkan sebagai pakar pemindahan organ dalam tempoh 2 - 4 tahun akan datang. Yang mana menolak kertaskerja/paperwork kitab MQTK bermula di Bachok ini akan ditawarkan borang derma organ berlabel "D10-MQTK"(haram disolatkan jenazahnya oleh seluruh kerabat MQTK).

Harap maklum.



Derma Organ - Pemindahan Jantung Dan Mata | Portal Rasmi Fatwa Malaysia
www.e-fatwa.gov.my

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Pertama yang bersidang pada 23 - 24 Jun 1970 telah membincangkan Pemindahan Jantung Dan Mata. Persidangan telah memutuskan bahawa pemindahan mata dan jantung orang mati kepada orang yang hidup adalah dibenarkan.

Soalan : Assalamualaikum… Apakah hukumnya kita mendermakan organ kepada orang lain? Adakah itu dibenarkan dalam Islam?.

Jawapan :

Menurut keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, menderma organ (seperti pemindahan mata dan jantung orang yang telah meninggal dunia) kepada orang yang hidup adalah dibenarkan (harus) dalam Islam dan di atas kebenarannya pertimbangan-pertimbangan berikut hendaklah diambilkira:

i. Di dalam keadaan mendesak dan mustahak, bahawa nyawa penerimanya bergantung kepada pemindahan anggota itu dan pemindahannya adalah difikirkan berjaya.

ii. Di dalam keadaan pemindahan jantung, kematian penderma telah dipastikan sebelum dipindahkan jantungnya.

iii. Tindakan-tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan perdagangan anggotanya.

iv. Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma-penderma sebelum pemindahan sebarang anggota di dalam kematian biasa atau dari kaum keluarga atau keluarganya di dalam kematian akibat kemalangan.

Sumber : disunting dari soal Jawab Agama JAKIM, http://baheis.islam.gov.my, Nombor Rujukan – Panel(fs)051007


** ARAHAN KUTIPAN TABUNG KE MAKKAH( Ar Rajhi Bank 17100-10808-10935)



Default Borang Derma Organ boleh didapati di Pejabat POS Organ donor forms available in post offices @

Aras 4-9 Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62519, W.P PUTRAJAYA, MALAYSIA
Telefon : 03-8886 4000 Fax : 03-8889 2039
Email : webmaster@islam.gov.my



By QISHIN TARIQ

KUALA LUMPUR: Potential organ donors can now get organ donor registration forms at major post offices throughout Malaysia.

Potential donors need to just fill in the form and mail it with a RM0.60 stamp to the National Transplant Resource Centre (NTRC).

They also need to keep the donor card.

The project is a collaboration between Pos Malaysia Berhad and the Health Ministry and was announced during the Ministry’s Organ Donation Awareness Week running from Oct 16 to 24.

In a bid to make organ donation easier, the Ministry appointed Pos Malaysia as an agent to enable Malaysians to obtain donor registration forms at 19 post offices across the country, said Pos Malaysia group managing director and chief executive officer Datuk Syed Faisal Albar in his speech during the launch of the collaboration at the Kuala Lumpur General Post office on Friday.

The outlets selected are general post offices (GPOs) and post offices in the Klang Valley with a high volume of customers.

Participating GPOs include Kuala Lumpur, Shah Alam, Kuala Terengganu, Alor Setar and Kuching.

The branches in the Klang Valley include Medan Tuanku, Gombak, Bangsar, Kelana Jaya and Kampung Tunku.

“Currently, more than 147,092 have pledged to donate their organs and we believe many more are willing to pledge as well,” said Faisal adding that Pos Malaysia would leverage its resources to spread understanding and increase the number of pledgers.

The organ donation registration forms are specially-made postcards with the organ donor pledging card attached.

According to the NTRC’s website, the number of pledgers in Malaysia have steadily increased over the last few years, with 15,255 new pledges in 2009, up from 11,605 pledges in 2008 and 8,890 pledges in 2007.
Selangor has the highest recorded number of pledgers, with a total of 29,940 as of August 2010.
MQTK-MQSB ORGAN CONSULTANT & DEALER(OCD) BRANCH ALOR SETAR :
MRS. HASNAH CHE ISMAIL http://www.facebook.com/photos.php?id=100000329076146#!/profile.php?id=100000329076146&sk=info



Kadar harga semasa organ mengikut QS MQTK(TERMASUK KOS PAKAR BEDAH DAN SEWAAN DEWAN BEDAH & 12 BULAN RAWATAN SUSULAN)

1 Mata = RM 80,000.00(SEPASANG)
2. Jantung = RM 120,000.00
3. Hati = RM 135,000.00
4. Buah Pnggang = RM145,000.00 (diskaun 30% untuk sepasang)
5. Limpa = RM135,000.00
6. Paru-paru = RM220,000.00

Pinjaman/loan bagi yangt tidak mampu membuat bayaran tunai diuruskan oleh Unit Kredit MQTK, melalui skim ansuran oleh wali atau penjaganya.

Semua anak syarikat MQTK hanya menjalankan urusniaga yang disahkan halal oleh JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Report
MQTK-MQSB ORGAN CONSULTANT & DEALER(OCD) BRANCH ALOR SETAR :

MRS. HASNAH CHE ISMAIL.

Kadar harga semasa organ mengikut QS MQTK(TERMASUK KOS PAKAR BEDAH DAN SEWAAN DEWAN BEDAH & 12 BULAN RAWATAN SUSULAN)

1 Mata = RM 80,000.00(SEPASANG)
2. Jantung = RM 120,000.00
3. Hati = RM 135,000.00
4. Buah Pnggang = RM145,000.00 (diskaun 30% untuk sepasang)
5. Limpa = RM135,000.00
6. Paru-paru = RM220,000.00

Pinjaman/loan bagi yangt tidak mampu membuat bayaran tunai diuruskan oleh Unit Kredit MQTK, melalui skim ansuran oleh wali atau penjaganya.

Semua anak syarikat MQTK hanya menjalankan urusniaga yang disahkan halal oleh JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Harap maklum.

Yusnaidi Yusoff 25 February at 13:50 Reply • Report
FORECAST SENARAI PEMBELI DALAM TEMPOH 10 TAHUN MENGIKUT STATISTIK KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

1 Mata = 4.2 juta kaki blue
2. Jantung = 5.2 juta kaki klorin
3. Hati = 2.7 juta kaki ester
4. Buah Pinggang = 3.4 juta kaki alkohol
5. Limpa = 5.6 kaki penipu
6. Paru-paru = 3.2 juta kaki betina

Semua pelaku maksiat gila babi itu (yang tolak 22 kitab MQSB-MQTK) boleh dimusnahkan mengikut kadar masing-masing pada bila-bila masa mengikut Wilayah Abdal masing-masing, bermula dengan negeri kedah ini.

Ia melibatkan aliran tunai lebih RM3 BILLION nett profit hanya dalam tempoh kurang 5 tahun.


Harap maklum.

Wednesday, June 15, 2011

AJARAN SESAT DAN ASASNYA

CEMBURU ITU DARI SIFAT JIN - Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram ” (Tuhfatul Ahwazi, 9/357) ..SESAT LAGI MENYESATKAN (MATI TERLAKNAT)



Maksud Ajaran Sesat

Ilmu dan amalan yang menyesatkan akidah, syariat dan akhlak seseorang islam melalui
lidah, anggota dan hatinya di semua tempat, waktu dan masa.

Asas seseorang menjadi kufur atau murtad dan bidaah dholalah ialah;

(1) Jahil Murakab
(2) Jahil Basir.
(3) Rabtul A’di – Iaitu berpegang teguh pada hukum adat dalam hidup dan
kehidupan dengan ...menolak semua sekali hukum syarak dan hukum akal.

Hukum Syarak itu ada lima (5) iaitu; (i) wajib (ii) haram (iii) sunat
(iv) makroh dan (v) harus

Tiap tiap hukum syarak itu ditentukan oleh lima (5) hukum taklif untuk membolehkan
seseorang itu berada padanya, iaitu; (i) syarat (ii) sebab
(iii) mani’ (iv) sah dan (v) batal

Hukum akal itu ada tiga (3) iaitu (i) wajib (ii) mustahil dan (iii) harus.

(4) Taqlidul Rad’di – ikut membabi buta tanpa merujuk kepada hukum syarak dan
hukum akal serta kepada ulama ulama yang faham dan beramal dengan ilmunya.

(5) Tahsinul Aqli – mengikut kebijaksanaan pemikiran, menolak hujah Al-quran,
hadis, Ijmak Ulama dan Qias dalam aqidah, syariat dan akhlak.

(6) Hululliah – mengiktikad zat Allah itu menjelma di dalam alam. Menyerupai
sesuatu daripada alam zahir dan batinnya. Umpamanya iktikad yahudi iaitu zat Allah
menjelma dalam alam menyerupai nabi Allah Uzair a.s. dan iktikad kristian yang zat
Allah menjelma dalam alam menyerupai Mariam dan Isa a.s.

(7) Tanasikhul Arwah – mengiktikad zat nabi-nabi, wali-wali dan malaikat
menjelma masuk dalam diri seseorang dan orang yang mendapat penjelmaan itu boleh
menzahirkan beberapa kelebihan yang menyalahi kebiasaan bagi membuktikan
kebenarannya.

Peringatan: tidak ada nas, hujah Al-Quran, Hadis, Ulama atau Qias, yang menyatakan
roh nabi-nabi, wali-wali atau malaikat diizinkan Allah menjelma masuk ke dalam diri
seseorang. Hanya yang ada ialah roh jin yang mempernamakan dirinya sebagai nabi,
wali atau malaikat kerana menipu daya manusia untuk terjun dalam sesat aqidah,
syariat dan akhlak dalam islam.

(8) Iktiqad wahdatul wujud – mengiktikad zat Allah menjelma pada mana-mana
tempat dalam diri dan bersatu dengan roh, sehingga pada masa itu orang itu mengaku
Tuhan. Meninggalkan segala amalan syariat, menghalalkan yang haram dan terangkat
segala taklif syarak pada dirinya, umpamanya nikah batin, sembahyang dengan niat
dan lain lain.

(9) Menghuraikan Al-Quran, Hadis dan kitab-kitab ulama dengan jahil kaedah
bahasa Arab atau tidak memasuki mana-mana majlis pengajian atau tidak mengambil
daripada mereka yang mahir bahasa Arab lagi a’lim serta beramal dengan ilmunya.


FASA II




Tanda-tanda suatu amalan itu dan orang yang beramal itu berada dalam sesat aqidah,
syariat dan akhlak;

(1) Ada perjanjian yang disertakan dengan sumpah bagi memaksa diri seseorang
itu beramal dengan segala yang baik (wajib, sunat dan harus) dan meninggalkan
segala yang jahat (haram dan makruh).

(2) (a) Patuh kepada janji yang sama dengan hukum syarak, samada yang wajib,
sunat, haram, makruh atau harus bagi mendapatkan sesuatu yang menyalahi kebiasaan.

(b) Patuh kepada perjanjian yang harus dalam syarak bagi mendapatkan sesuatu
yang menyalahi kebiasaan yang dinamakan pantang larang.

(c) Patuh kepada penjanjian yang haram dalam hukum syarak.

(3) Jenis-jenis latihan yang ada sifat marah atau dimarahi bagi menzahirkan
perkara-perkara yang menyalahi kebiasaan.

(4) Mengiktikad segala wirid, jampi dan doa boleh menghasilkan sesuatu yang
dihajati (berada dalam syak, zan dan waham di dalam akidah).

(5) Amalan yang tidak tahu asal usulnya. Paling kurangnya amalan hendaklah
sampai kepada ulama-ulama muktabar yang dipercayai akan kebenaran ilmu dan amalnya.



FASA III

Perkara-perkara yang menyalahi kebiasaan yang baik (yang dipuji oleh syarak)

(1) Perkara yang dizahirkan oleh manusia pilihan yang khusus iaitu manusia yang
maksum daripada dosa besar dan kecil;

(a) Irhas – perkara yang mencarik adat yang Allah zahirkan kepada nabi-nabi pada masa kecil, sebagai tanda atau bukti ia akan diangkat oleh Allah menjadi Nabi lagi Rasul membawa risalah ketuhanan setelah ia dewasa.

(b) Mukjizat – perkara luarbiasa yang Allah zahirkan kepada nabi-nabi dan rasul-
rasul yang membawa risalah ketuhanan untuk dirinya atau disampaikan kepada manusia
pada zamannya. Pangkat Iman, Islam dan Ihsan mereka ini sentiasa bertambah tinggi
tiada berkurangan sama sekali.


FASA IV

Perkara-perkara yang menyalahi kebiasaan yang Allah zahirkan kepada manusia umum
selagi tidak berlaku qiamat.

(1) Jenis yang baik (iaitu Ma’unah dan Karamah)

(2) Jenis yang jahat iaitu istidraj) sihir peringkat tinggi, sihir peringkat
pertengahan dan sihir peringkat rendah)


(A) MA’UNAH

Golongan manusia yang asalnya kafir, munafik, zalim dan fasiq.

(i) Mengambil ilmu dan amal daripada nabi-nabi dan rasul-rasul pada zamannya
serta melatih diri beramal dengan ilmu itu untuk terjun dalam medan jihad dengan
diri dan harta bagi menjaga dan memelihara maruah Agama Islam, maruah diri dan
keturunan yang beragama, menjaga harta dan menjaga tanah air. Mereka melatih diri keluar daripada dosa besar dan dosa kecil, zahir dan batin atau syirik uluhiyah dan syirik Khafi kerana;

(a) rasa gerun dan takut yang sungguh pada diri zahir dan batin akan segala
siksa-siksa Allah yang bakal akan diterima semasa sakaratul maut, semasa di dalam
kubur, semasa di padang mahsyar dan semasa di dalam neraka.

(b) Rasa rindu yang amat sangat dengan syurga dan segala nikmatNya yang
dijanjikan oleh Allah, sebagai balasan kepada orang yang baik dan sentiasa
bertambah baik iman, syariat dan akhlaknya di semua tempat, waktu dan masa seolah-
olah syurga dan segala nikmatNya itu nampak pada mata zahir dan seolah-olah sudah
merasainya semasa berada di dunia ini lagi. Lebih-lebih lagi pada masa hampir mati, pada masa sakaratul maut, semasa dalam kubur, semasa di Yaumil Mahsyar dan masuk syurga betul-betul dengan roh dan jasad tanpa hisab dan tanpa melalui siratul mustaqim.

(ii) Golongan ini juga ialah mereka-mereka yang mengambil ilmu dan amalan dari
mereka yang mengambil ilmu dan amalan daripada nabi dan rasul atau golongan manusia
yang mengambil ilmu dan amalan dari mereka…yang akhirnya daripada nabi lagi rasul.
Sekiranya mereka ini sudah bersih daripada dosa besar (Syirik Uluhiyah) dan masih
terjebak dengan dosa-dosa kecil tetapi segera bertaubat dengan taubat yang nasoha,
maka perkara luarbiasa yang Allah menzahirkan melalui lidah, anggota dan hati
mereka ini dipanggil Ma’unah, sebagai satu pakaian atau tanda dari Allah bahawa
mereka ini diangkat menjadi kekasihNya sekiranya mereka sanggup memelihara diri
mereka dari terjebak ke dalam dosa besar atau dosa kecil selama-lamanya.

(B) AHLI KARAMAH

Iaitu golongan manusia Ahli Ma’unah yang mengenali Allah dengan sebenar-benarnya
melalui mata hati dan mata zahir yang Allah kurnia padanya dan dirinya itu hamba
Allah yang sampai pada makam yakin yang sempurnayang sentiasa bertambah tinggi
darjah yakinnya itu, sehingga tidak dapat digambarkan dalam bentuk tulisan,
perasaan dan perkataan dan sentiasa pada setiap waktu dan masa menjaga memelihara
dirinya zahir dan batin daripada terjebak ke dalam dosa besar dan dosa kecil
melalui ilmu dan amalannya dalam aqidah, syariat dan akhlak disemua tempat, waktu
dan masa selama-lamanya. Mereka ini adalah pewaris nabi-nabi dan rasul-rasul pada
zaman masing-masing dalam bab ilmu dan amalan serta menjadi Uswatun Hasanah kepada
manusia.



FASA V

Perkara-perkara yang menyalahi kebiasaan yang menjadi salah dan sesat dalam aqidah
syariat dan akhlak. Manusia-manusia yang menjadi pengamal dalam kategori ini;

(1) Golongan ulama dan orang orang soleh yang pura-pura.

(2) Golongan orang fasiq, zalim, munafik dan kafir.

Mereka ini mengambil ilmu dan amalan;

(a) Daripada kitab-kitab

(b) Daripada orang-orang yang terputus salasilahnya oleh sebab jahat adabnya.

(c) Dalam mimpi atau menyusun sendiri kalimah-kalimah jampi serapah dan mentera
atau mengadakan segala bentuk rupa pemujaan bagi tujuan disanjung, dipuji,
dihormati dan digelar sebagai;

(i) Maha Jaguh, Bapa Jaguh, Tok Jaguh
(ii) Maha Guru, Bapa Guru, Tok Guru.
(iii) Raja, Panglima, Hulu Balang, Tok Pawang (Tok Keramat Jin), Tok Bomoh, Tok
Dukun, Tok Mudim, Mak Bidan dan Mak Andam.



ISTIDRAJ ATAU SIHIR PERINGKAT TINGGI YANG MENGHAMPIRI MA’UNAH DAN KARAMAH PADA SEKALI IMBAS PANDANG


Golongan ini adalah ulama-ulama dan orang-orang soleh yang mengambil ilmu dan
amalan bagi mendapat sesuatu yang luar dari kebiasaan;

(i) daripada buku-buku (kitab-kitab)

(ii) daripada orang yang terputus salasilah ilmu dan amalannya dengan ulama yang
muktabar yang di atasnya oleh sebab jahat adabnya.

(iii) Mengambil daripada dalam mimpi, pertapaan atau orang-orang yang bertapa
dengan tujuan seperti yang tersebut di atas.

Bagi orang-orang yang tersebut di atas, Allah akan menghantar kepada mereka jin-jin
Islam yang soleh dan a’lim seumpama mereka itu. Jin-jin ini datang samada dalam Mimpi atau dalam jaga dengan mengaku diri sebagai nabi, wali atau malaikat untuk
mengajar ilmu atau amalan bagi menolong dalam kerja buatnya. Jin-jin yang datang
dalam mimpi atau jaga untuk mengajar ilmu atau amalan bagi melakukan sesuatu yang
luar dari kebiasaan akan (tidak dapat tidak) menetapkan syarat untuk diterima
sebagai taulan atau rakan dalam semua kerja buatnya melalui lidah anggota dan hati.

Bagi menyakinkan ulama-ulama dan orang soleh dengan apa yang dilaksanakan itu
benar, segala syarat yang diberi sama dengan hukum syarak. Setelah menerima syarat
tersebut dan beramal dengan ilmu yang diberi maka nyatalah pada diri ulama atau
orang soleh tersebut segala rupa bentuk yang menyalahi kebiasaan yang pada zahirnya
hampir sama dengan Ma’unah dan Karamah. Mula dari saat penerimaan syarat tersebut,
ulama atau orang soleh itu telah mencampakkan dirinya ke dalam Syirik Uluhiyah
(Murtad), dalam segala rupa bentuk amalan syariatnya selagi ia patuh dan tunduk
kepada syarat tersebut.

Nota: Jika sebenarnya nabi-nabi, wali-wali atau malaikat yang datang sebagai utusan
Allah pada diri orang-orang itu dalam mimpi atau jaga, maka apa yang diisyaratkan
atau diucapkan oleh nabi, wali atau malaikat yang datang itu kepadanya, nescaya
Allah akan zahirkan ke atas dirinya seperti yang diisyarat atau diucapkan itu.
Maksudnya, diri orang yang menerima kunjungan itu akan berada seperti yang
diisyaratkan atau diucapkan tanpa apa-apa syarat yang dikenakan.



ISTIDRAJ ATAU SIHIR PERINGKAT PERTENGAHAN

Golongan orang Islam yang fasiq, zalim dan munafik mengambil ilmu dan amalan
daripada ulama-ulama dan orang soleh yang bersahabat dengan jin, yang patuh kepada
syarat yang sama dengan hukum syarak. Golongan ulama dan orang soleh begini akan
menurunkan ilmu dan akan meletakkan syarat yang sama seperti mana ia terima
daripada sahabat jinnya, dan dinamakan kepada muridnya sebagai pantang larang.

Apabila si murid itu mengaku menerima ilmu dan amalan dengan segala pantang
larangnya maka Syirik Uluhiyah yang atas pada ulama atau orang soleh itu turun pula
pada si murid yang akan duduk beramal dengan dirinya berada dalam keadaan murtad.
Di kala itu si murid akan didatangi jin-jin Islam yang fasiq atau kafir dalam tidur
atau jaga dengan mengaku sebagai nabi atau wali atau malaikat dan meletakkan syarat
yang harus dalam hukum syarak bagi bersahabat dan berkawan dalam semua kerja
buatnya.

Di antara syarat-syarat yang harus dalam hukum syarak;

(a) syarat dalam bentuk hidangan makanan dan minuman seperti pulut putih atau
kuning, ayam panggang, bubur warna, bertih dan sebagainya.

(b) Dalam bentuk pakaian berwarna kuning, hijau atau merah, cincin, azimat,
gelang, tangkal, mahkota, selendang dan sebagainya.

(c) Alat-alat senjata seperti keris, pedang, lembing dan lain-lain atau ketiga-
tiga syarat itu serentak atau dua dari tiga syarat di atas.



ISTIDRAJ PERINGKAT RENDAH ATAU SIHIR PERINGKAT RENDAH (IHANAH DAN SYA’WAZAH)

Golongan orang-orang fasiq, zalim, munafik dan kafir yang ingin menonjolkan
kehebatan dan kebesaran. Mereka ini mengambil ilmu dan amalan daripada orang yang
sejenis dengannya daripada segala rupa bentuk jampi, serapah dan mentera yang
terpesong dari keadah syarak pada kalimahnya dan ayatnya atau pun mengadakan
segala rupa bentuk pemujaan yang di luar batas syarak. Dengan begitu mereka ini
didatangi jin-jin yang kafir samada di dalam mimpi atau jaga, dengan mengenakan
syarat-syarat yang haram dalam hukum syarak sebagai syarat untuk bersahabat dan
bertaulan dalam semua kerja buatnya.

Di antara nama gelaran bagi jin adalah seperti berikut;

1. hantu Raya 2. Jin Tanah 3. Polong 4. Mambang 5. Bajang 6.
Pari-pari 7. Langsuir 8. Toyol 9. Puntianak 10. Peleset 11.
Hantu Kubur 12. Jerangkung 13. Hantu Galah 14.tengelong 15. Harimau Jadian
16. Hantu Bungkus 17. Hantu Air 18. Pocong 19. Hantu laut.

Kesemua yang tersebut di atas dan lain-lain yang seumpamanya adalah dari jenis jin
yang diberi nama sedemikian oleh orang melayu, tetapi di dalam Al-Quran semua jenis jin yang menjadi keturunan dan bala tentera Azazil Laknatullah disebut
Ifrit.



RISIKO YANG AKAN DITERIMA OLEH 3 KELOMPOK MANUSIA YANG BERSAHABAT DENGAN JIN.

Jin-jin yang bertindak melayan manusia yang memohon pertolongan nya dalam segala
rupa bentuk ilmu sihir dipanggil Kahin, Arrof atau Munajjim seperti yang disebut
dalam Hadis Nabi SAW. Seperti yang dijelaskan dahulu, pengamal ajaran sesat yang
mendampingi jin-jin dalam kerja buat mereka berada dalam kesesatan aqidah, syariat
dan akhlak. Golongan ini mempamerkan segala rupa bentuk kehebatan dan perkara-
perkara yang luar biasa, di antaranya;

(a) kebal

(b) mandi minyak panas yang semata-mata mempamerkan kehebatan bukan untuk
tujuan perubatan

(c) segala rupa bentuk pukau memukau

(d) segala rupa bentuk ilmu jurus

(e) segala rupa bentuk hilang diri dan lain-lain kehebatan yang kesemuanya
khayal dan waham semata-mata.

Apabila pengamal ajaran sesat mati, jin-jin yang menjadi sahabat mereka itu akan
mendatangi anak cucu keturunannya dalam mimpi atau jaga, menuntut agar diteruskan
syarat perjanjian yang sedia ada. Jika anak cucunya berdegil atau engkar atas
syarat-syarat tersebut, mereka akan mengalami berbagai jenis bala dan penyakit
serta halangan-halangan dalam kerja buat mereka. Keadaan ini dipanggil gangguan
keturunan, dan antara tanda –tanda gangguan tersebut dalam sebuah keluarga ialah;

(a) Mandul

(b) Sentiasa berlaku keguguran anak dalam kandungan

(c) Anak hilang dalam kandungan bila sampai umur 6 bulan ke atas

(d) Melahirkan anak cacat anggota atau fikiran atau cacat kedua-duanya.

(e) Melahirkan anak yang buruk akhlak walau pun menjadi ulama’ besar kerana ada
pada diri anak tersebut sifat-sifat berikut;

(i) Lekas marah (panas baran)
(ii) Irihati
(iii) Cemburu
(iv) Jahat sangka
(v) Mimpi yang menyeronokkan yang jarang-jarang jadi kenyataan
(vi) Jin menjelma masuk ke dalam dirinya mengaku nabi, wali atau malaikat dengan
menzahirkan perkara yang mencarik adat sebagai bukti kebenaran.

(f) Mempunyai kebolehan mendatangkan perkara biasa melalui jalan yang luar
biasa, umpamanya mendatangkan objek seperti batu cincin, duit emas, keris dan
sebagainya.



TANDA-TANDA SESEORANG ATAU SATU KELUARGA ITU TERKENA ILMU SIHIR ATAU DISIHIR


(a) Suka bergaduh dan lekas naik darah sehingga pukul memukul dan bercerai
berai dan sebagainya.

(b) Hilang ceria diri dalam rumah kediaman.

(c) Sakit yang berlari-lari (berpindah-pindah tempat di badan) atau sakit di
antara kulit dan isi yang tidak dapat dikesan oleh doktor pakar melalui kaedah
saintifik.

(d) Jin menjelma masuk ke dalam badan sehingga terlupa diri.

(e) Mimpi yang menakutkan dan menzahirkan beberapa perkara yang merosakkan dan
menakutkan seperti;

- api yang menyala dengan sendiri
- Bunyi orang berjalan
- Menangis
- Bau-bauan, bunyi bising dan sebainya.




ANTARA SEBAB-SEBAB SESEORANG ITU DISIHIR





(a) Masalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.

(b) Putus pertunangan

(c) Masalah pinangan yang tidak diterima.

(d) Rebutan pangkat kedudukan dalam masyarakat.

(e) Rebutan pangkat dalam pekerjaan samada swasta atau kerajaan.

(f) Rebutan harta pusaka.

(g) Irihati dengan jiran sebelah.

(h) Cemburu, jahat sangka dan lain-lain yang seumpamanya.



SIAPAKAH SEBENARNYA BERHAK BAGI PIHAK ALLAH DAN RASULNYA MENGESAHKAN KESESATAN SESEORANG SELAIN WALI QUTUB ATAU BERTARAF IMAM/AMIRUL MUKMININ..??

Satu lagi faktor sesat, mana-mana Islam yang enggan beriktikad hanya Imam Bani Hasyim sahaja berhak/layak bagi urusan syafaat makmumnya serta urusan kekhalifahan pada mana-mana zaman dan Imam pilihan Allah di bumi bertaraf "Wali Qutub" itu memang benar-benar ada silih berganti, bukan aci olok-olok..!!

(bezanya yang cari atau yang tidak cari sahaja. Orang mengaku Islam tapi yang tidak cari itu Rasulullah SAW sahkan mati sesat dalam salah satu dari 72 cabang munafiq - Kitab Futuh Al-Ghaib, Kasyful-ghaibiah, Hadis Sahih Muslim, Minhajul Abidin, Al-Hikam, Pati Rahsia : Sumber 22K-MQTK)

MENGENALI QUTUB TANGGUNGJAWAB KITA...MQTK..!!

DUDUK DIANTARA DUA SUJUD




BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar..

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak..

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka
diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan

Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya..

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima..

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa’nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa’Aafinii (sihatkan aku)

Wa’fuannii (maafkan aku)


Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya biarkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu..

SPEKTRUM WARNA & SOLAT




Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.



Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.






Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?




Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita



Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan d engan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas YANG LAIN.