MANTERA DAN JAMPI MELAYU- KEBATINAN MELAYU
Pada kali ini, saya ingin memaparkan mantera mantera didalam bahasa melayu daripada sudut kebatinan, jurus, perubatan dan kekuatan tubuh badan seperti ilmu kebal dan sebagainya. Walaubagaimanapun, banyak daripadanya tidak akan dipaparkan cara cara amalan dan kegunaan, cukuplah sekadar pengetahuan untuk pembaca kekayaan warisan orang melayu.
RAJA ILMU PENGASIH
Bismillah………………………………………..
Hai Awang seri ganu seri
Seri memila kemuka aku
Garam dilaut asam didarat
Akulah yang memakai ilmu asam garam
Pecah lebur pecah bibir hati……………………kepada aku
Akulah (Dengan suara mendayu rayu) yand memakai ilmu asam garam
Engkau umat Muhammad memandang kepada aku seperti bulan penuh purnama 14 hari muka aku
Engkau umat Muhammad memandang kepada aku
Kalau tidak kasih sayang gila mabuk cinta rasa kepada aku
Gajah putih seberang laut lagi tunduk sujud dibawah tapak kaki kiri aku
Derhaka engkau kepada Allah
Sidi guru sidilah aku
Sidi berkat kata
Laila haillallah
Mantera dibaca pada hari selasa sampai 7 selasa selepas mandi pagi subuh
JAMPI TERGELIAT DAN SALAH URAT
Ambil Seurat daun mengkuang yang belum dianyam buat tikar, dan suruh orang yang tergeliat atau salah urat itu (atau diri sendiri) ikur sejengkal pada mengkuang seurat itu dari jari tengah dan ibu jari, kemudian dipotong.
Cari minyak baharu (minyak kelapa atau minyak urutpun boleh) dan dijampikan pada minyak tersebut 3X dan baca jampi 3X juga pada mengkuang itu dan berniat dihati sambil mengurut mengkuang yakni:-
Bukan aku urut mengkuang tetapi aku urut urat si…………………………
JAMPI TERGELIAT DAN SALAH URAT 2
Hai patah maharaja
Ruma bertemu dengan kulit
Kulit bertemu dengan daging
Daging bertemu dengan urat
Urat bertemu dengan tulang
Tulang bertemu dengan otak
Berkat Doa Doa Nabi Nabi pada sekelian umat
Berkat doa
Lailahaillallah, Muhammad Rasulullah
Nota: Jampi diatas menarik perhatian kerana menepati anotomi tubuh manusia. Ajaib bukan kerana jampi diatas sudah beratus tahun sebelum zaman sains moden anotomi tubuh badan manusia dipraktikalkan. Inilah salah satu contoh jampi serapah orang melayu yang perlu kita kaji dari sudut sains.
PEMATAH HATI ORANG GARANG/BENGIS
Jika terjumpa seseorang yang garang, bengis dan bebal, sebelum berjumpa dengan orang tersebut bacalah:-
Bukan aku pijak tanah
Aku pijak kepala engkau
Bila berhadapan dengan orang itu, terus baca :-
Bukan aku patah jari aku
Tetapi aku patah hati perut engkau
Sambil patahkan(bengkokkan) jari telunjuk kita sehingga selesai pertemuan kita dengan dia
PANAH ARJUNA
Bismillah…………………………………………..
Hai panah arjuna
Aku panah gunung, gunung runtuh
Aku panah matahari, matahari tembus
Bukan aku yang panah
Sang betara guru yang panah
Sah sidi pengajaran guruku
Sidilah menjadi pada aku
Dengan berkat doa
La……………………………………………..
PENDINDING PAGAR DIRI
Rumput kerak meniti batu
Terkapak ditengah jalan
Bergerak dagingku lalu
Aku memakai periseh jalan
Periseh tidak boleh bersua
Periseh tidak boleh bertemu
Tujuh guguk pematang lurah
Tujuh lurah pematang sungai
Sedalam laut setinggi langit
Itulah hutan batas antara kita
Engkau tidak kenal Allah
Aku juga kenal Allah
Makbul kata guru
Mustajab kata Allah
Berkat Kalimah…………………………………….
SERAPAH MEMANGGIL BURUNG
Pemikat burung dihutan menggunakan serapah ini bertujuan menangkap burung
Bismillah…………………………….
Kun Faya Kun
Tiga dengan maimunah
Sekelian bak da
Tidur berjalan dengan Rasullulah
Sah kata Allah
Kata Muhammad
Kata Baginda Rasullullah
Bukan suara aku
Dan bukan suara buluh
Suara Nabi Sulaiman
Memanggil engkau
PENUMBUK BISA
Ini golok ambuh pusaka bapak
Tulang mawas sama terjadi dengan diriku
Ku panggil pesaka kegenggam ini
Ku panggil teras menyata diri
Kus semangat
Naiklah bias ke tangan ini
Jampi serapah diatas jika diamalkan cukup syarat, jika telunjuk kita di tunjuk pada semut, semut akan mati
MANDI APUNG
Mandi ku kerana Allah
Mandi bersisi Rasullullah
Mandi iman mandi sifat
Cuci sebenar cuci
Terketul urat lurus menjadi
Seliseh tulang akan ketepi
Gagah aku gagah panglima
Tahan aku segala terima
Air ke kulit
Kulit ke isi
Isi ke urat
Urat ke nadi
Tahanlah badan ku ini
Berkat kalimah………………………………………..
Mandi apung adalah amalan untuk menjadi kebal, tahan sakit dan tidak lut peluru / senjata tajam. Bila musuh menumbuk atau menendang, kita tidak merasa sakit sedikitpun
PENGUNCI
Re semenggentam semenggetam ali
Aku memakai doa penunduk pelesin pelayah
Kata Allah siapa yang garang takut padaku
Yang gagah gentar pada ku
Seribu dikiri seribu dikanan
Aku mengunci hati jantungmu
Aku mengunci gerak langkahmu
Berkat kalimah…………………………………………….
Hembus
SERAPAH HUJAN PANAS
Unduk unduk angkah angkah
Kembang bunga mali mali
Hantu tunduk aku melangkah
Hantu stautan habis lari
Pai menupai
Penampi pisang nanas
Tercadak cicit tupai
Penyapu hujan panas
MENGHALAU PELESIT
Aku tahu segala datuk moyang mu
Engkau berasal anak terkutuk jahanam
Engkau daripada nanah yang kuning
Engkau daripada nanah yang hitam
Engkau daripada miang buluh pecah
Engkau daripada leburan besi karat
Engkau daripada hampas neraka jahanam
Seribu moyangmu lagiku tawar
Ini bukan empunya tawar
Tawar Allah, Tawar Muhammad
Tawar baginda Rasullullah
MENGHALAU JIN MAKHLUK HALUS
Bismillah…………………………………
Lam Yakun Allah Al Samad
Berlari engkau setan peraun
Ke gunung tujuh lapis loren, laren, jihin, yaoum maizin, loyam, lodin
Dengan berkat…………………………………………….
TAWAR BISA LIPAN, PENYENGAT
Bismillah………………………………
Tawar datang wisak turun
Berkat………………………………………..
MANTERA JURUS
Allah kata kena
Nabi kata jatuh
Berkat doa...................................................
MANTERA JURUS JANTUNG
Nyawa engkau nyawa akulahSERAPAH
Jantung engkau jantung akulah
Bukan aku yang pancung tali jantung mu
Allah yang pancung tali jantung mu
Gugur luruh seperti daun kering
Mati terperap Mati Haq
Haq Allah aku pinjam
Haq kata jadi, jadilah
Berkat.........................................................
SERAPAH TEKAN BUMI
Aku memijak seperti laksamana
Tegak berdiri seperti kayu
Kaki kaku tangan layu
Berkat Sidi guru.....
Hai laksamana aku memakai garis laksamana
Melintang muntah darah berlalu maut
Berkat.................................................
Jumpa lagi
__________________________________________________________________________
*** Mantera ini bukan amalanku, hanya sekadar untuk pengetahuan dan dikongsi bersama amalan orang tua-tua dulu. Mantera bukan sebarang mantera kerana dengan keyakinan yang tinggi berkat kefahaman dalam ilmu makrifat dan mengenal Allah, segala bacaan mantera jika di amalkan bersungguh-sungguh, kesannya menakjubkan. Namun amalan mantera masih menggunakan khadam sepertimana amalan ayat-ayat al quran (ayat-ayat syifa dan ruqyah). Jgn menuding jari kepada para bomoh dan pawang kalau kamu juga masih di tahap Ilmu Qalam dan Ilmu Ghaib. Setiap sandaran kepada selain Allah adalah pada Khadam, hanya Ilmu Syahadah sahaja yang tidak lagi menggunakan khadam.
Wednesday, July 6, 2011
BISMILLAH ENAM DAN MANTERA MELAYU
BISMILLAH ENAM
Salinan risalah Bismillah Enam lebih 20 tahun didalam simpanan.
Assalamu’alaikum, berjumpa lagi……………………………….
Kepingan risalah diatas saya dapati semasa sedang menuntut pada tahun 80an . Semasa itu, seorang Ustaz telah member salinan ini agar saya dapat mengamalkannya kerana menurutnya, fadhilatnya amat besar dan mujarab untuk pelbagai kegunaan.
Saya pernah melihat Bismillah Enam ini didalam Kitab Amalan Tok Janggut dan juga didalam Kitab Senjata Mukmin pada tahun 70an. Pada masa itu, semasa masih 12 tahun, belum ada minat sangat kepada amalan amalan sebegini, maklumlah, sedang hangat mula belajar Pencak Silat, lebih tertumpu mantera Mantera Melayu bagi Kebal, Tahan Badan, Penderas dan sebagainya. Hanya pada permulaan mempelajari Usulluddin dan Awaluddin, sifat Dua Puluh dan Tarekat , baharulah terbuka mata akan khasiat dan fadhilat Bismillah Enam.
Sudah pasti Bismillah Enam ini asalnya daripada amalan amalan Ulama terdahulu, Cuma saya mengetahui sejarah dan nasabnya sahaja. Wallahualam
ILMU MANTERA PENDEKAR MELAYU
Segala mantera mantera ini hanya sebagai rujukan pembaca supaya kita semua tahu apakah pakaian sesetengah pendekar melayu zaman dahulu kala. Kesemua mantera ini saya dapati dari pelbagai perguruan dan rakan rakan sesame pelbagai Seni Silat serata Tanah Melayu dan Serawak. Walaubagaimanapun, cara amalan dan kegunaan tidak disertakan kerana Blog saya hanyasanya sebagai ilmu pengetahuan kepada generasi anak muda sekarang sahaja.
Mantera Ilmu Untuk Kemuliaan
Alif ghaib dalam bismi senjata Islam aku
Lam ghuyub dalam bismi senjata iman aku
Baa bismi benih Islam aku
Sim bismi tali hubungan antara Islam dengan iman
Mim bismi benih iman aku
Allah didiri aku
Ali Rahman nama bapa aku
Ali Rahim nama ibu aku
Attahiyyatul-mubarokatus-solawa tut to-yiyba-tulillah
Ya Arhamarrohimi, kurniakan kepada hambuMU kemuliaan dan kehormatan dunia dan akhirat
Akulah Ali Rahman kepada ……………….21X
Nota:= Perhatikan mantera diatas, manakah asal usul datang amalan ini saya kurang pasti kerana saya mendapatkannya dari kawan.
Jadikan sahaja pengetahuan semata mata.
MANTERA ILMU TANYA DAN MIMPI
Pisang anak pisang ini
Pisang ghairin baginda rau a’
Sapi tumu mikail rahma
Mahu jamah perut
Tak mahu jamah kaki
Minta janji jamah kepala
Aku memakai ilmu Tanya
Berkat kata guru
Mustajab kata ALLAH
Berkat Kalimah
Laa……………….
Nota:- Mantera ini saya dapati dari saudara Yunus , Ipoh, Perak tahun 28 Mei 1982
MANTERA PEMULIH BADAN
Bismillah………….
Ruh wujud badan
Nyawa darah daging tulang kulit
Pulang segala ujud anggota aku
Pulang sediakala……………………………………3X
Nota:- mantera ini didapati pada 1982 tetapi sudah lupa siapa yang memberikannya
MANTERA MEMBUAT MINYAK PENGASIH
Bismillah………………………………………….
Hai minyak sepudi kaca aku
Gantung di pintu kaabah
Aku berdiri seperti raja
Denga sebab manusia gajah putih tertunduk sujud bawah tapak kaki kiri aku
Kalau engkau tak tunduk sujud dibawah tapak kaki kiri aku
Aku sumpah engkau pada ALLAH
Aku sumpah engkau pada Muhammad
Syeikh sidi pengajaran guruku
Jadilah pada aku
Dengan berkat doa
Laaa……………………………………..mu……………………….
MANTERA MENGIKUT TELUNJUK
Kakap Muhammad kakap aku
Yang mengakap daging pani saying Fatimah
Tunduk sujud sekelian tubuh anggota engkau kepada aku
Dengan berkat doa
Laa…………………………………………………….
MANTERA ILMU KEBAL
Allah paying aku
Jibrail kota aku
Malaikat 44 pagar aku
Aku berjalan denga kuasa Allah
Aku melenggang dengan melenggang Muhammad
Bukan kata aku
Kata Allah
Dengan berkat doa
Laa……………………………………………………………..
* Tulisan ini di petik dari sebuah laman. Tujuan saya untuk mengajak tuan-tuan mengkaji di manakah kesalahan mantera di dalam amalan pendekar sufi dan para wali zaman dahulu kala ini? Di manakah seruan kepada jin dan syaitan di dalam amalan mantera ini? Amalan di dalam sesuatu ilmu hendaklah di selidiki terlebih dahulu, jangan membuat andaian bahawa segala mantera dan jampi bersalahan dan meruapakan amalan syirik. Satu jari yang menuding kepada orang lain, empat jari kembali menuding kepada kita.Wassalam.

Tuesday, July 5, 2011
BISMILLAH ENAM
• Makbul segala hajat dan cita-cita.
• Luas rezkinya.
• Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
• Menang dalam peperangan.
• Penerang hati.
• Diajuhkan dari segala penyakit.
• Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
• Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
• Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
• Aman daripada binatang2 buas.
• Air laut menjadi tawar.
• Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
• Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
• Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
• Terselamat dari karam dilaut.
• Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
• Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
• Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
• Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
• Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
• Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
• Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.
Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.
AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.
Monday, July 4, 2011
PEMODENAN KAEDAH RAWATAN MANDI BUNGA
AROMATERAPI D-7 INFRASONIK
Membantu menghilangkan kesan sekitaran yang mengakibatkan tekanan emosi semasa
Membantu melancarkan aliran darah dan kesan asidfikasi dalaman
Membantu keseimbangan enzim dan hormon melalui pengaktifan sistem kelenjar dan keselarian isyarat neuro / saraf
Membentuk benteng pertahanan keimunan tenaga daripada serangan gangguan anasir luaran dan dalaman secara harmoni
Membantu ke arah kecekapan dan sensitiviti kederiaan untuk penyelarasan keseimbangan sistem tubuh semasa
Sesuatu amali praktikal dalam rahsia wangi-wangian dalam usaha mencari ketetapan PENCIPTA, Aromaterapi D-7 bukanlah ubat, namun ianya adalah satu menifestasi dalam mencari keserentakan masa (Qauli) dan ruang (Fi'li) untuk mengembalikan keseimbangan JISIM"
---------------------------------------------------------------------------
.....PERKAITAN WANGI DENGAN BUSUK.....
Terdapat beberapa riwayat yang jelas tentang perkaitan antara wangi-wangian itu dengan nikmat di syurga. Iman Ibnu Qayyim rah pernah menulis,
"Sesungguhnya Allah swt telah memperlihatkan kepada para hambaNya di dunia ini akan beberapa kesan yang berupa ciri-ciri syurga, Sebagai contohnya bau-bauan yang wangi dan sedap, kedinginan, pemandangan yang indah, buah-buahan yang baik-baik, segala nikmat kesukaan dan kesenangan."
Abu Sufyan dan Jabir r.a memberitakan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
"Allah s.w.t berfirman kepada Syurga, Wangilah untuk penghuni engkau!, lalu Syurga pun bertambah mewangi. Maka demikianlah bahawa hawa dingin(serta keenakan baunya) yang dirasai manusia (di dunia) dikala dinihari. Iaitu sebagaimana juga Allah menjadikan api di dunia dan kepedihannya, juga kegelisahan dan dukacitanya sebagai peringatan tentang api di Akhirat."
(Hadis Riwayat Abu Nu’aim)
Disini bagaimana dikaitkan syurga, satu nikmat dan anugerah Allah s.w.t kepada hambaNya yang paling bernilai dan tinggi pemberianNya kepada mereka yang bertakwa dengan sifat wangi. Malah terdapat banyak lagi riwayat-riwayat yang dikaitkan nikmat dan anugerah Allah s.w.t dengan sifat wangi. Wangi-wangian juga adalah merupakan kegemaran Rasulullah SAW,di mana beliau pernah bersabda yang bermaksud,
"Sesungguhnya Allah menyukai setiap yang berbau harum (wangi) dan suka pada pakaian yang bagus-bagus"
(Hadis Riwayat Ad-Dailami)
Rasulullah SAW sangat berminat dan memakai wangi-wangian, sebaliknya membenci bau-bauan yang busuk dan keji. Keadaan ini dirakamkan oleh sahabat Nabi SAW, iaitu Anas bin Malik r.a,
Sesungguhnya Nabi SAW tidaklah beliau menolak (apabila diberikan) wangi-wangian)
Bukan setakat itu sahaja, dalam kehidupan seharian pun apabila kita sesuatu perkara itu dikaitkan dengan wangi-wangian maka sudah semesti ianya adalah sesuatu yang mempunyai nilai yang tinggi. Contohnya apabila kita ingin memberikan hadiah atau sesuatu maka adalah lebih baik jika barang/hadiah diletakkan sedikat wangi-wangian agar lebih dirasai nilai pemberian itu. Jelaslah disini menunjukkan bahawa semua perkara yang baik dikaitkan dengan wangi-wangian manakala sesuatu perkara yang tidak baik dikaitkan dengan sesuatu perkara yang busuk. Terdapat banyak kitab-kitab oleh ulamak-ulamak terkenal yang menjelaskan bahawa malaikat menyukai wangi-wangian manakala iblis menyukai sesuatu perkara yang busuk.
Pada keadaan biasa pun sesuatu yang busuk itu akan mengundang perkara yang tidak elok, sebagaimana dirumah kita menyimpan bahan-bahan yang busuk seperti nasi basi, najis anak pada lampin bayi dan sebagainya, sudah tentu bakal mengundang benda-benda yang tidak elok ke dalam rumah kita, lalat akan datang yang pada masa yang sama akan membawa virus, kuman, bekteria dan sebagainya yang bakal member kesan mudharat dengan izin Nya.
Begitu juga dengan akhlak yang tidak elok yang sentiasa dikaitkan dengan sifat busuk hati dan sebagainya, jadi ianya masih berkait rapat dengan sifat busuk, dan pastinya ianya akan mengundang kepada natijah yang tidak elok kepada diri dan juga orang lain.
Kesimpulannya ialah sesuatu yang baik itu akan dapat dikaitkan dengan sifat wangi manakala apa sahaja yang tidak elok dikaitkan dengan busuk. Jadi amalan berwangi-wangian adalah merupakan satu amalan yang disukai oleh Allah s.w.t dan RasulNya SAW, mudah-mudahan dengan amalan ini akan menjadikan satu sebab untuk kita mendapat Rahmat di sisiNya.

.......ISLAM DAN WANGI-WANGIAN.......
Sebahagian dari anda mungkin akan menganggap ini adalah perkara yang sangat sederhana, bahkan mungkin akan terucap dari bibir anda sebuah kalimat "kenapa perlu sibuk dan busy body dalam hal-hal yang sedemikian, asalkan melaksanakan solat dan puasa, cukuplah!", "Janganlah terlalu ketat dalam menjalankan hukum agama, yang sedang-sedang sahaja cukuplah." Dan kalimat-kalimat lainnya yang sejenis. Adalah sangat wajar jika kalimat-kalimat yang sedemikian muncul kerana sejak kita lahir, lingkungan kita telah mendidik kita untuk mengenal material yang bernama minyak wangi. Namun sayang, kebanyakan dari kita sering berlaku tidak adil baik dengan diri kita sendiri mahupun dengan orang di sekeliling kita. Kita lebih condong untuk menjelaskan sisi duniawinya saja tanpa memberikan penjelasan tentang bagaimana syariat Islam memandangnya.Padahal Allah telah berfirman :
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara kaffah (keseluruhan)"
(Surah Al-Baqarah:208)
Dalam Islam, semua syariat adalah sama dalam makna sebuah tuntutan yang perlu dilaksanakan, tanpa mengabaikan sedikit pun isi kandungannya. Islam adalah sebuah agama yang memberi jawapan dan penyelesaian terhadap manusia dalam segala aspek, Adalah menjadi kewajiban sebagai seorang individu muslim untuk menerapkannya dalam kehidupan sehari-hari.
Kembali kepada persoalanan minyak wangi, bagaimana pandangan Islam terhadap penggunaan minyak wangi terutama bagi kaum wanita? Berikut beberapa penjelasan yang diambil dari buku al-Masaail Jilid 2 hal. 151 karya Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat. Semoga dapat kita ambil hikmahnya dan tentunya dapat diamalkan oleh kita semua:-
Nabi SAW bersabda "Barangsiapa yang diberi harum-haruman, maka janganlah ia menolaknya, kerana sesungguhnya ia ringan bebannya (ringan dibawa) dan harum baunya." (Shahih riwayat Ahmad, Nasa’i, Muslim, dan Abu Dawud dari Abu Hurairah).
Nabi SAW bersabda "Diberi kecintaan kepadaku dari (urusan) dunia kamu, ialah wanita, harum-haruman/wangi-wangian, dan dijadikan kesejukan mataku di dalam solat." (Shahih riwayat Ahmad, Nasa’i, Hakim dan Baihaqi dari Anas bin Malik).
Nabi SAW bersabda "Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah : misk/kasturi." (Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dari jalan Abu Said al Khudriy).
Nabi SAW bersabda "Apabila salah seorang dari kamu (kaum wanita) menghadiri (solat) ‘Isya (di masjid) maka janganlah ia memakai wangi-wangian." (Shahih riwayat Muslim, Ahmad, Nasa’i dari jalan Zainab).
Nabi SAW bersabda "Siapa saja perempuan yang memakai harum-haruman, maka janganlah ia menghadiri (solat) ‘Isya (di masjid) bersama kami." (Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, dan Nasa’i dari Abu Hurairah).
Nabi SAW bersabda "Apabila seorang perempuan keluar ke masjid, maka hendaklah ia mandi (membersihkan diri) dari wangi-wangian sebagaimana ia mandi janabat." (Shahih riwayat Nasa’i dari Abu Hurairah).
Nabi SAW bersabda "Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut)." (Shahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah).
Nabi SAW bersabda "Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian ia keluar, lalu ia melewati suatu kaum (orang banyak) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina." (Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah, dan Thahawi dari Abu Musa).
Keterangan :
Hadis 1, 2, dan 3 di atas dengan jelas telah mengatakan : sangat disukainya kita memakai harum-haruman/ wangi-wangian. Dan hukum ini bersifat umum, yakni terkena kepada kaum lelaki dan wanita, kerana di hadis itu tidak dibezakan sama sekali di antara lelaki dan wanita. Bahkan dalam hadis pertama itu, ada larangan menolak pemberian harum-haruman. Sedangkan hadis ke-2 menunjukkan bahawa Nabi SAW amat menyukai wangi-wangian dan hadis ke-3 menyatakan bahawa ‘misk’ (minyak kasturi) adalah harum-haruman yang paling baik untuk kita pakai.
Hadis ke-4 & 5 itu menegaskan : haram hukumnya bagi kaum wanita keluar ke masjid untuk menghadiri solat Isya’ dengan memakai harum-haruman. Disebutnya lafaz Isya’ di sini tidak bererti menghadiri solat-solat lainnya adalah dibolehkan. Tidak sama sekali! Ini kerana, hadis ke-6 dan 7 itu bersifat umum mencakup seluruh aktiviti solat, baik solat fardhu mahupun solat-solat sunat (seperti solat tarawih dan solat hari raya). Disebutnya solat Isya’ dalam hadis ke-4 & 5 itu boleh jadi kerana fitnahnya lebih besar kerana solat Isya’ itu dikerjakan di waktu malam.
Hadis ke-6 itu menunjukkan : wajib hukumnya bagi kaum wanita yang hendak keluar masjid membersihkan dirinya dari wangi-wangian sebagaimana halnya ia mandi janabat (mandi hadas besar).
Hadis ke-7 itu mengandung hukum : Siapa saja perempuan yang keluar ke masjid dengan memakai wangi-wangian, maka solatnya tidak diterima oleh Allah SWT. Demikianlah secara zahirnya sabda Nabi SAW. Hendaklah hadis ini jadi perhatian betul-betul, kerana telah kita saksikan, umumnya kaum wanita pada zaman ini, jika mereka keluar ke kawasan yang lapang untuk solat hari raya atau aktiviti lainnya, maka kebanyakan mereka memakai wangi-wangian yang baunya tersebar ke mana-mana.
Dari hadis 4, 5, 6, & 7 serta keterangan-keterangannya dapatlah dengan mudah kita ketahui : Jika keluar ke tempat-tempat ibadah saja telah dilarang keras bagi kaum wanita memakai wangi-wangian, apatah lagi ke tempat-tempat lain seperti pergi ke pesta perkahwinan dan lain sebagainya. Sudah barang tentu larangannya bersifat lebih keras lagi.
Hadis ke-8 mengandung hukum : Kaum wanita telah dilarang keluar dari rumahnya dengan memakai wangi-wangian, meskipun bukan untuk atas niat menunjuk-nunjuk, tetapi sudah barang tentu orang di sekeliling akan mencium dan tertarik akannya. Jika perempuan tetap saja melanggar larangan tersebut, Nabi SAW menegaskan bahawa mereka adalah perempuan zina.

.......ANDA DAN WANGI-WANGIAN......
Umumnya pemakaian wangi-wangian yang hanya untuk baunya sahaja, malah sehingga menarik minat orang sekelilingnya adalah amat dilarang dalam Islam. Wangian yang baik ialah yang baunya amat memberi kesan kepada pemakainya manakala amat sedikit kesan baunya pada sekitaran sehinggakan tidak dirasai oleh orang lain.
Juga perlu diingat pemakaian wangi-wangian dengan tujuan berbangga-bangga bakal meruntuh sifat akhlak(emosi) seseorang itu, apatah lagi bahan yang digunakan itu adalah tidak serasi dengan sifat insaniah, contohnya banyak sekali wangi-wangian yang berada dipasaran yang amat mementing baunya dan jenamanya semata-mata sehinggakan menjadi perlumbaan minyak wangi siapakah yang lebih mahal dan tahan lama baunya.
Bahan yang digunakan untuk menghasilkan minyak wangi juga mempunyai kesan yang besar kepada pemakainya. Contohnya penggunaan alkohol sebagai pengawet kepada minyak wangi akan menyebabkan kesan jangka panjang yang buruk pada sistem kulit dan mendapan nutrisi berat pada hati serta penyusutan oksigen dalam sel. Faktor ini akan menyebabkan pemakainya merasai reaksi kesegaran dan kecergasan yang bersifat sementara melalui tekanan mendadak kepada proses metabolisma lipid di bawah lapisan kulit dan agihan oksigen terlarut melalui reaksi potensi darah, akhirnya penggunaan yang berterusan akan menyebabkan tekanan perasan/emosi yang mendadak sehinggakan melahirkan karektor menengking dan meninggikan suara apabila sesuatu perkara tidak mengikut nafsu dan selera keperluan diri pemakainya. Ini akan berlaku dalam tempoh yang agak perlahan sehinggakan tidak perasaan oleh semua orang, namun perhatikanlah pada mereka yang amat mengemari pewangi yang kuat baunya dan mahal harganya. Sesetangah pendapat pada muktahir ini meletakkan bahawa penggunaan minyak wangi beralkohol dibolehkan kerana jumlah alkoholnya yang sedikit berbanding dengan jumlah minyak wangi dan penggunaannya hanya sebagai pengawet sahaja. Pendapat ini hanya melihat kepada ulasan/penjelasan alkohol hanya digunakan sebagai agen pengawet sahaja tanpa melihat kesan sampingan sebenar alkohol yang sebenarnya amat mengganggu sistem keimuman, antibodi dan mental seseorang sebagaimana diterangkan diatas. Tidakkah kita perasaan beberapa peristiwa keruntuhan akhlak adanya kaitan dengan elemen ini, penggunaan alkohol walaupun sedikit bakal mengakibatkan kecelaruan sifat hormon yang amat berkait rapat dengan nafsu makan dan aktiviti seksualiti.
Keadaan ini akan lebih ketara apabila wangian yang digunakan bukannya wangian asli, sebagaimana banyak terdapat dipasaran hari ini yang terdiri daripada wangian tiruan/sentetik samada dijual atas nama pewangi atau dimasukkan ke dalam sabun, bedak dan barangan dandanan diri/kosmetik.
Begitu juga pewangi bilik dan kereta yang sering kita gunakan seharian, tujuan penggunaan itu ialah untuk menghilangkan bau busuk, namum sebaliknya yang berlaku, setelah dispray/dipasang pewangi itu bau busuk tetap berlegaran dalam bilik itu cuma yang berbeza ialah bau wangi daripada pewangi tiruan lebih dominan pada ketika itu, keadaan ini menyebabkan deria bau kita hanya menafsirkan bau wangi semata tanpa menyedari bau busuk dan pertikel busuk telah masuk bersama-sama udara yang disedut ke paru-paru, akibatnya sistem tubuh akan menggerakkan keseluruhan sistem pertahananya untuk melawan dan menutralkan bau dan pertikel busuk daripada mengganggu keseimbangan semasa, jadi ketika ini para penghidunya merasai sedikit kesegaran dan keselesan aromatik dengan mengorbankan sistem imun dan antibodi kepada kerja-kerja yang tak sepatutnya, bayangkan berjam-jam lamanya diri kita didedahkan dengan keadaan ini setiap hari, jadi adillah bagi Allah SWT mengurniakan sebarang penyakit kronik pada kita kerana kita yang memintanya setiap hari dengan amalan yang salah malah memudharatkan ini.
Keperluan dan kepentingan inilah maka RK-i telah mengambil tanggungjwab dan inisiatif untuk melihat secara holistik keperluan wangi-wangian kepada kehidupan seharian, jadi sememang keperluan wangi-wangian adalah berkaitan dengan nilai terapinya yang berterusan, bukan kerana baunya semata-mata, maknanya penggunaan wangi-wangian adalah dengan tujuan terapinya adalah amat digalakkan namum perlu mengambil kira syariatnya, cara penggunaannya, bahan/unsur dan aplikasinnya secara menyeluruh.
Kajian ini telah merevolusikan penghasilan Aromaterapi D-7 Infrasonik dan produk yang berkaitan bagi tujuan rawatan perubatan dan keseimbangan sistem kehidupan.

.......TERAPI AROMATERAPI D-7 INFRASONIK.......
Aromaterapi D-7 Infrasonik merupakan produk yang digunakan bagi tujuan kesihatan secara keseluruhan melalui sensitiviti kulit dan keseimbangan sistem kederiaan dengan menggunakan konsep Aromaterapi serta gabungan teknik Hidroterapi Ais.
Ekstrak bunga-bungaan dihasilkan melalui kajian dan adunan dari khazanah alam semulajadi yang kaya dengan khasiat diproses melalui teknologi makmal dan farmasi moden untuk meningkatkan kekebalan sistem imun, antibodi dan hormon serta sistem kelenjar supaya bekerja dengan lebih cekap dan seimbang.
Ekstrak bunga-bungaan digabungkan dalam satu kombinasi pati bunga yang dirakam dengan gelombang bunyi menghasilkan getaran tenaga frekuensi rendah bagi mencapai tahap menghampiri sifar (0Hz) seterusnya meningkatkan tenaga magnetik sebagai kuasa dalaman tubuh (will power) secara semulajadi
D-7 Infrasonik dapat meningkatkan kadar ion-ion negatif di persekitaran tubuh bagi mengawal berbagai bentuk pencemaran gelombang beradiasi tinggi juga mampu meransang reseptor (penerima) saraf bauan / pernafasan yang terdapat pada hidung bagi mengimbangi kadar oksigen di dalam tubuh.
Ini adalah ramuan minyak pati bunga dicipta khusus bagi penjagaan kesihatan secara luaran dan dalaman melalui tenaga getaran wangian pada bunga-bungaan menerusi sistem neuro ke otak sebagai pengimbang semulajadi spritual, emosional, akal dan fizikal individu. Kesuciannya terjamin tanpa unsur kimia untuk kegunaan harian pada semua tahap usia.

..PATI BUNGA YANG DITENAGAKAN DENGAN RAKAMAN MAGNETIK "GEMA" INFRASONIK.......
Aromaterapi infrasonik bertindak sebagai booster untuk mengaktifkan tujuh sistem kelenjar dalam rahsia tujuh sistem pengesan ketidakseimbangan tubuh badan.
Bagi tujuan pengaktifan, pengujaan aromaterapi menggunakan lima reseptor kederiaan yang terdiri daripada mata, telinga, hidung, lidah dan kulit. Kulit merupakan deria paling utama kerana ia adalah organ yang besar.
Formula ini menggunakan lapan jenis pati bunga yang terpilih dan terkenal akan khasiatnya seperti ros, lavender, tea tree, peppermint, limau nipis (lime), lemon, orange dan rosemary. Kesemua pati bunga ini diadunkan secara berpasang-pasangan dengan minyak zaitun yang telah disuling secara berperingkat untuk mendapatkan molekul yang cukup halus, dan ringan. Molekul ini akan menghasilkan ruang yang mampu merakam gema infrasonik dengan menggunakan konsep Islamik Bio-Energiologi.
Gema Infrasonik ini dirakamkan pada ruang adunan aromaterapi infrasonik yang mempunyai jarak gelombang yang sangat rendah yang berupaya memintas (dalam rahsia kecepatan) isyarat radiasi seperti kesakitan, habuk, hama, bakteria, kuman, virus mahupun gelombang infrared (inframerah) yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar seperti sihir, fitnah, kebencian, penghinaan dan sebagainya.
Formula ini bukanlah ubat tetapi pemakaian dan penggunaannya yang tetap dan berterusan membantu pengaktifan sistem kelenjar yang bakal mengenalpasti sebarang ketidakseimbangan yang berlaku pada seseorang.
Walaupun tanpa dianogsis, daya magnetik yang tinggi dan asli berupaya berinteraksi terus dengan sel/atom dan seterusnya mengenalpasti sebarang ganguan ketidakseimbangan sistem tubuh melalui pengaktifan kecekapan sistem kelenjar. Impuls isyarat ketidakseimbangan yang dikesan hasil daripada pengaktifan tujuh sistem kelenjar tersebut akan dibesarkan isyaratnya oleh jantung yang berfungsi sebagai pusat pengumpulan dan penyebaran tenaga. Seterusnya isyarat ini dihantar ke kelenjar pineal untuk mengesahkan keputusan yang diterima. Hasil keputusan itu akan berinteraksi secara terus dan kembali ke jantung lalu dipancarkan isyarat tersebut ke hati untuk menukarkan glukagon kepada asid amino. Kemudian asid amino ini akan dipasangkan dengan enzim tertentu untuk menghasilkan sebarang remedi pengimbang terhadap sebarang kecelaruan sistem dan sel serta menghasil tindakan pembetulan segera melalui penghasilan hormone melatonin.
Hormon melatonin adalah hormon yang menggerakkan keimunan sistem tubuh melalui keserentakan dan keseragaman komunikasi dan pelaksanaan sistem otak dan sistem tubuh secara harmoni.
Keserentakan pada sistem otak dan sistem tubuh akan mengembalikan keseimbangan sistem tubuh dan menjadi benteng kepada sebarang gangguan ketidakseimbangan yang mencakupi spiritual, emosional, mental dan fizikal.
Pati bunga dengan daya magnetik bukanlah ‘ubat’ yang boleh menyembuhkan tetapi ia bertindak membantu tubuh menyembuhkan diri sendiri dengan merangsang pelbagai sistem tubuh dan organ untuk bekerja semula melalui aliran tenaga penyembuh semula jadi.
Pati bunga melalui terapi magnetik yang merangsang semula aliran tenaga magnetik akan bekerja secara langsung pada bahagian yang sakit.

.......BAGAIMANA D-7 INFRASONIK MEMAINKAN PERANAN.......
Aromaterapi D-7 Infrasonik dapat mengimbangi getaran frekuensi otak tengah (Hipotalamus) yang mengawal Hormon DNA genetik kegemukan yang tidak dapat dibantu oleh pelbagai jenis steroid atau kimia pemakanan yang didakwa berkesan. Otak bahagian tengah iaitu Hipotalamus berfungsi mengawal daya tumpuan dan tekanan perasaan. Keseimbangan bahagian itu bermakna anda ceria. Keharmonian dalam mencari ketenangan secara langsung merangsang “thyroid” untuk meningkatkan kerja-kerja metabolisma dengan tahap iodin yang dapat merangsang zat-zat pemakanan terhasil menjadi tenaga semulajadi tubuh dan menghalang lemak yang tidak diperlukan.
Mengawal selera serta meningkatkan metabolisma bagi mengimbangi pengeluaran hormon (penting dalam penjagaan berat badan). Bertindak memelihara maskular (otot yang mengendur). Amat ketara membongkar toksin di dalam air kencing.
Juga menghalang penyimpanan air berlebihan di dalam tubuh melalui potassium. Mengurangkan keletihan, menambahkan kesegaran berfikir, merehatkan tidur dan menenangkan fikiran.
Penggunaan secara rutin dan berterusan bagi meningkatkan kepekaan sistem kederiaan di dalam meningkatkan psikologi atau membantu ke arah mengatasi masalah:
@ Rasa percaya diri
@ Kepuasan jiwa
@ Iri hati – sedih
@ Curiga dan mudah tersinggung
@ Ragu-ragu
@ Ketidaksabaran
@ Menunda-nunda
@ Kejernihan dalam berfikir
@ Histeria
@ Rasa benci dan dendam
@ Perasaan kehilangan arah
@ Daya ingat
@ Konflik
@ Lesu
@ Rasa kebingungan
@ Rasa pengertian
@ Perasaan kosong

.......KELEBIHAN AROMATERAPI D-7 INFRASONIK.......
Hanya manusia sahaja sebagai makhluk yang paling peka pada wangian, manakala syaitan/binatang/jin/virus/kuman/bekteria/hama dll amat alah atau tewas pada wangian.
Bagaimana untuk mengetahui ia telah memberi kesan kepada kita?
@ Mengubah dan menimbulkan berbagai reaksi pada perasaan kita.
@ Menimbulkan perasaan muda dan menyegarkan/tenang /relaksasi
@ Meredakan ketegangan/imsomnia
@ Sirkulasi darah lebih teratur dan menghilangkan rasa sukar bernafas
@ Memperbaiki masaalah pencernaan
@ Mengatasi kekejangan otot
Wangian Aromaterapi D-7 Infrasonik paling pantas dan tepat mengesan/menuju ke kawasan sasaran apabila digunakan. Bakteria akan terencat pada wangian. Manakala sel-sel akan hidup semula dengan wangian khususnya Aromaterapi D-7 Infrasonik .Mandi wap atau stim yang berlebihan hanya akan mengeluarkan aroma/haruman tubuh yang paling semulajadi. Sel-sel tubuh akan kehilangan tenaga vital yang semulajadi dengan mandian wap sebegini dan hanya memberi kelegaan segera dan bersifat sementara, jika diamalkan secara berterusan akan terus memberikan bebanan dan tekanan kepada sistem tubuh dalam jangka masa panjang. Pemecahan rantaiaan molekul dalaman akan menyebabkan berlakunya tindak balas kimia luar biasa yang akan mengganggu sistem darah, buah pinggang dan hempedu, akibatnya psikologinya kita akan rasa terikat/ketagih dengan amalan ini, dimana jika tidak melakukannya tubuh kita akan hilang fungsi lonjakan energi, dimana kita akan tidak bermaya, letih dan lesu berpanjangan. Jadi tidak hairanlah sesiapa yang mengamalkan kaedah mandian wap akan rasa tidak selesa jika tidak melakukannya, kekerapannya semakin lama semakin tinggi/kerap.

.......INFO MENARIK AROMATERAPI D-7 INFRASONIK.......
Aromaterapi D-7 Infrasonik yang dihasilkan melalui Konsep Islamik Bio-Energiologi adalah merupakan salah satu wangian yang lembut, dimana kesan wangiannya hanya memberi reaksi kepada pemakainya sahaja berbanding dengan wangian biasa yang kesan wangiannya amat kuat dan langsing sehingga dapat dikesan oleh sekelilingnya malah kadang-kadang mengganggu orang di sekitarannya.
Aromaterapi D-7 Infrasonik menggunakan teknologi fenon yang dapat memerangkap reaksi sekitaran dan menukarkannya kepada gema dengan kemampuan menguasai resonans doa dan aksi sehinggakan menghasilkan natijah kebaikan sebagaimana ketetapan Pencipta, Allah swt. Ini bermakna segala perbuatan sihir/radiasi tinggi juga dapat dileraikan secara harmoni dengan pengamalan/pemakaian Aromaterapi D-7 Infrasonik dengan begitu pantas melalui kaedah yang betul mengikut hukum ketetapan Pencipta, Allah SWT.
Aromaterapi D-7 Infrasonik juga tertakluk kepada teknologi masa (gelombang) yang tidak pernah ditakrif oleh mana-mana saintis klasik sebelum ini apatah lagi diamalkan secara istiqomah (konsisten), tetap dan berterusan (malar). Malah penggunaan yang berterusan langsung tidak memberi kesan ketidakserasian seperti masalah ruam kulit, perubahan keserasian bau dan sebagainya
Aromaterapi D-7 Infrasonik ini memiliki beribu-ribu gelombang bunyi di dalam rahsia gema dan 5000 kali lebih kecil daripada ukuran panjang gelombang-gelombang elektromagnetik umum seperti Infra merah, radiasi medan elektrik, gelombang radio, gelombang telefon, radiasi bahan aktif dan sebagainya. Penggunaanya melalui terapi ais akan memberikan kesan leraian radiasi dengan kadar yang amat cepat dan menyeluruh sehingga ke dasar sel
Aromaterapi D-7 Infrasonik menggunakan minyak pembawa yang paling baik iaitu Minyak Zaitun, dimana ianya melalui proses penghalusan molekul bio-distilasi tanpa pemanasan dan “solvent” melalui teknologi nano yang mengandungi medium zarah halus sebagai suatu perantara isyarat untuk menghasilkan pengamatan imej yang lebih jelas dan nyata apabila kita mengenakan daya (niat).
Aromaterapi D-7 Infrasonik suci lagi bebas daripada unsur berat yang boleh memudaratkan seperti keracunan. Pati bunga di dalamnya memiliki keunikan tersendiri, dapat menyerlahkan karakteristik dan nilai kehidupan pemakainya.
Ekstrak bunga-bungaan dihasilkan melalui kajian dan adunan dari khazanah alam semula jadi yang kaya dengan khasiat diproses melalui teknologi makmal dan farmasi moden untuk meningkatkan kekebalan sistem imun, antibodi dan hormon serta sistem kelenjar supaya bekerja dengan lebih cekap dan seimbang.
Ekstrak ini digabungkan dalam satu kombinasi pati bunga yang dirakam dengan gelombang bunyi menghasilkan getaran tenaga frekuensi rendah bagi menghampiri tahap sifar (0 Hz).

......AIR, AIR SEJUK DAN AIS SEBAGAI MEDIUM APLIKASI AROMATERAPI D-7 INFRASONIK.......
Air merupakan asal kejadian atau penciptaan semua unsur yang hidup di alam ini. Semua benda jika dikaji dari sudut sains adalah terjadi daripada unsur air. Semua benda itu pula amat alah dan akan kembali menjadi air. Air yang baik dan hidup ialah air yang mengalir. Jika air itu kaku disuatu tempat maka ia akan menjadi busuk dan kotor. Maka di situlah peranan pergerakan (sembahyang) amat penting dalam penjagaan kesihatan. Bagi air yang beku atau ais, ia sebenarnya memiliki struktur yang amat kukuh dan stabil dan inilah sebabnya kenapa mandian ais dan Aromaterapi D-7 Infrasonik juga akan memperbaiki struktur atom yang lemah atau longgar serta boleh meningkatkan kandungan Oksigen dalam tubuh.
Air, udara dan angin merupakan unsur hidup yang bercas negetif atau elektron yang jika ini tiada didalam tubuh maka manusia yang mempunyai cas positif atau proton tidak dapat digetarkan atau meneruskan kehidupan. Tubuh manusia memegang kunci kepada rahsia tanah yang sebenarnya unsur mati yang tidak boleh tidak memerlukan unsur air dan angin sebagai tenaga luaran.
Fakta Al-Quran mengenai peratusan air dan tanah bumi ini adalah sejajar dengan fakta saintifik. Ini terbukti Islam dalam pandangan Al-Quran menyebut sebanyak 32 kali tentang lautan (air) dan 13 kali tentang daratan (tanah). Jika ini dihitung maka peratusan air juga adalah memenuhi 71.111% ruangan tubuh. Iaitu 32 ditambah dengan 13 persamaan dengan 45. Maka peratusan air adalah 32/45 x 100 iaitu 71.111% dan tanah 13/45 x 100 bersamaan dengan 28.888%.
Ini membuktikan air menguasai alam dan tubuh. Tubuh kita adalah penyimpan rahsia alam. Maka air adalah amat penting dalam konsep rawatan manakala tanah atau daratan pula amat penting dalam konsep mengenal kejadian atau penciptaan diri kita. Atas tamadun Islam inilah dijadikan titik tolak (panduan) kepada ahli-ahli sains untuk membuat pemerhatian dan kajian agar ilmu tetap membawa amal dan pengajaran yang menguntungkan.

.......AIR MENGIMBANGI KAWALAN TEKANAN RENDAH.......
Orang yang kekurangan air adalah terdedah kepada gelombang yang memberi tekanan perasaan dan secara tidak langsung kemampuan otak untuk berfikir atau berfungsi menjadi lambat dan lemah. Dengan bekalan air yang sedemikian, maka air tadi akan dapat mengesan dan mengimbangi kawasan tekanan rendah yang dipenuhi dengan gas-gas lengai di dalam tubuh yang memberikan tanda-tanda sengal, kebas, bisa-bisa dan seumpamanya. Tubuh atau jasad adalah seumpama unsur yang mati jika kekurangan air. Jika ini berlanjutan, maka kita sebenarnya menuju ke arah kemerosotan nilai kehidupan.
Daya hidup yang mementingkan kebersihan belum dapat menentukan medan tenaga di persekitaran tempat tinggal anda turut bersih. Faktor sudut dan perletakan barang, jenis barang hiasan, warna-warna, cahaya dan pengaliran udara juga mempengaruhi keadaan medan tenaga tersebut samada menjadi panas dan kering atau sejuk dan basah. Sejuk dan basah akan menceriakan atau mengharmonikan persekitaran tempat tinggal dan dapat meningkatkan tahap kesihatan seseorang ke tahap yang optimum. Bagi mendapatkan gelombang persekitaran sejuk dan basah tersebut, maka airlah yang memegang kunci tersebut.

.......KEMULIAAN AIR PADA PANDANGAN ISLAM RENDAH.......
Air juga adalah makhluk atau hamba Allah SWT seperti kita. Allah SWT menciptakan segala sesuatu yang hidup daripada air. Air akan taat kepada perintah manusia yang sentiasa patuh kepada Allah SWT. Contohnya Saidina Omar Al-Khatab di zaman pemerintahannya pernah mengarahkan air sungai Nil supaya mengalir semula secara ‘vibration’(terbalik alirannya). Ini boleh terjadi kerana ia mempunyai gelombang yang bertindak mengikut niat kita.
Kisah ini merupakan suatu perkara yang benar-benar berlaku di zaman pemerintahan Saiyidina Umar Al-Khattab RA. Beliau adalah seorang mukmin yang sejati, teguh iman dan amat taqwa kepada Allah SWT. Justeru kerana kekuatan imannya kepada Allah SWT, maka doanya sentiasa diperkenankan oleh Allah SWT.
Semasa pemerintahan Khalifah ke-2 ini, empayar Islam telah berkembang bukan setakat Semenanjung Arab sahaja malah Rom dan Parsi juga telah dapat dibebaskan dari kezaliman pemerintah mereka kepada keadilan dan keamanan yang dibawa oleh pemerintahan Islam.
Kisah ini berlaku di Mesir, ketika itu Khalifah Umar telah melantik seorang pahlawan Islam yang gagah perkasa iaitu Amru Al-As RA sebagai Gabenor di Mesir. Penduduk Mesir ketika itu baru sahaja menganut agama Islam, penduduk asalnya berbangsa Qibti. Sesetengah mereka menganut agama Islam dan sesetengah dari mereka masih dengan agama asal nenek-moyang mereka, ini kerana tiada paksaan dalam Islam, mereka bebas sama ada mahu menerima Islam atau tidak.
Suatu peristiwa ganjil dan aneh berlaku semasa Amru Al-As RA menjadi Gabenor Mesir. Sungai Nil kelihatan mulai surut airnya, airnya tidak melimpah-limpah seperti biasa. Sungai Nil amat penting kepada penduduk kerana ia adalah nadi kehidupan di sana, sungai Nil digunkan untuk menyiram kawasan pertanian dan sebagai sumber air untuk kehidupan mereka. Peristiwa ini amat mencemaskan penduduk Mesir.
Sebelum memeluk Islam, sebahagian besar orang Mesir adalah penyembah matahari. Di antara adat mereka semasa jahiliyyah ialah mengorbankan seorang anak dara pada waktu-waktu tertentu sebagai persembahan kepada Dewa Sungai Nil supaya air sungai Nil sentiasa mengalir.
Dalam keadaan cemas, penduduk berjumpa dengan Gabenor Mesir dan mendesak Amru Al-As RA supaya melakukan adat jahiliyyah tersebut bagi mengatasi masalah sungai Nil ini. Walaupun mereka telah memeluk Islam tetapi masih tertanam kepercayaan jahiliyyah yang telah diamalkan turun-temurun. Amru Al-As RA keberatan menunaikan permintaan mereka kerana adat ini khurafat dan syirik kerana menyembah selain dari Allah SWT. Gabenor meminta tangguh dahulu kerana ingin bertanyakan kepada Khalifah Umar Al-Khattab RA bagi menyelesaikan masalah ini bagi memuaskan hati penduduk Mesir. Amru Al-As RA menulis sepucuk surat kepada khalifah menceritakan dengan jelas masalah yang dihadapinya, semoga khalifah dapat memberikan pandangan bagi menyelesaikan masalah tersebut demi kepentingan rakyat.
Khalifah Umar Al-Khattab r.a. menerima surat tersebut, apabila dibaca, air muka beliau berubah kerana marah dengan sikap penduduk Mesir. Katanya, “Adat ini terang sekali syirik hukumnya. Terang sekali bertentangan dengan ajaran agama kita yang suci. Bukankah Allah SWT yang sebenarnya patut disembah kerana Dialah Yang Maha Kuasa, Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Demi Allah, aku sama sekali tidak akan membenarkan penduduk Mesir melakukan adat yang kejam dan bodoh ini”.
Setelah itu, Umar al-Khattab RA mengambil sehelai kertas dan menulis sepucuk surat sebagai balasan kepada Gabenor Mesir. Beberapa hari kemudian surat tersebut pun sampai. Ketika itu sungai Nil semakin surut dan mulai kering, penduduk bertambah gelisah dan cemas.
Amru Al-As sangat gembira lalu membuka surat dari khalifah, alangkah terkejutnya beliau kerana surat itu bukan ditujukan kepadanya sebaliknya Umar Al-Khattab menujukan surat itu kepada sungai Nil. Setelah membacanya Amru Al-As pun terus mencampakkan surat itu ke dalam sungai Nil. Dengan kuasa Allah SWT setelah surat itu jatuh ke dalam sungai Nil dalam sekejap masa air Sungai Nil mulai naik dan akhirnya melimpah-ruah ke kawasan tanah disekelilingnya. Kejadian yang anih ini disaksikan sendiri oleh penduduk Mesir. Semenjak hari itu iman mereka mula teguh dan mereka tidak mengamalkan adat jahiliyyah tersebut.
Surat khalifah Umar al-Khattab itu berbunyi antara lain maksudnya "Surat ini dikirimkan oleh Umar, Amirul Mukminin kepada Sungai Nil, kalaulah air yang mengalir pada tubuhmu itu bukan dari kuasa Allah maka kami tidak sekali memerlukan engkau! Tetapi kami percaya Allah itu Maha Kuasa dan kepadaNyalah kami bermohon supaya engkau mengalir seperti sediakala"

.......AIR DAN NIAT.......
Air sebenarnya mempunyai getaran gelombang yang bertindak mengikut niat kita. Ia dapat merakam mesej gelombang elektromagnetik dalam bentuk cahaya ke dalam tubuh melalui niat. Air adalah rahsia kerendahan diri atau rahsia bawahan yang tersembunyi segala rahsia mutiara diri manusia.
Angin dan air adalah unsur hidup kerana ia boleh diarah mengikut niat atau mengikut ukuran gelombang yang dirakam secara saintifik. Mereka sebenarnya sentiasa bertasbih kepada Allah. Begitu juga dengan mahluk-mahluk yang lain. Rahsia Kaabah yang mempunyai ‘signal’ yang paling kuat melalui penghantaran isyarat dari satelit (langit) yang juga memegang rahsia sejuk dan basah kerana adanya air zam-zam dan batu hitam (hajarul aswad) di tepinya. Hakikat niat yang dilakukan secara penyerahan adalah isyarat gelombang yang paling laju dan boleh mencapai ke dasar tubuh. Hembusan dari hidung yang mengeluarkan wap-wap air dengan kandungan karbon dioksida adalah cara memberi mesej kepada air untuk sesuatu tujuan atau niat.

.......RAHSIA KEHEBATAN AIR SEMBAHYANG.......
Perawatan menggunakan air adalah sunnah nabi. Mengambil air sembahyang atau kerap mandi adalah rahsia insan yang sebenarnya dapat mengimbangi haba dan persekitaran tubuh yang tidak dapat diselubungi oleh energi yang buruk dan merugikan. Air sembahyang atau wudhu’ sebenarnya mengandungi rahsia yang maha hebat bagi tujuan kesihatan jasmani dan rohani. Mengekalkan air sembahyang atau wudhu’ dapat memelihara semua deria atau pancaindera kita daripada gelombang jarak jauh yang melalaikan. Air wudhu memegang rahsia penyucian diri dan iman. Keimanan inilah yang membuat seseorang menjadi ikhlas, syukur, sabar dan tenang (hening). Kuman atau unsur-unsur tenaga jahat dapat ditundukkan apabila kita cukup minum air, berwudhu dan mandi.

REALITI KEHIDUPAN
Dalam kehidupan seharian kita terdedah kepada pelbagai bentuk gelombang di sekeliling kita sama ada yang baik atau sebaliknya. Gelombang tersebut adalah bersifat ghaib atau ‘visual’ iaitu tidak mampu dilihat oleh mata kasar kita. Kita perlu mencuci energi tubuh supaya tidak dipengaruhi oleh radiasi yang terdapat di persekitaran tubuh. Radiasi yang tidak didingini ini wujud disebabkan oleh pendedahan yang berlebihan kepada sinar matahari, amalan/perbuatan, gangguan tenaga luar dan pemakanan yang berlebihan yang gagal dicernakan dengan sempurna bagi pertukaran karbon dalam usus. Ini secara tidak langsung menyebabkan merosotnya kandungan air atau Hidrogen yang turut mencemarkan energi kita dari dalam tubuh.

.......AIR PEMBERSIH ALIRAN TENAGA YANG KOTOR.......
Campuran dan pencemaran tenaga dengan peralatan elektrik dan elektronik seperti ketuhar letrik, aliran elektrik, gelombang radio, komputer, televisyen dan seumpamanya boleh diukur dengan peralatan moden. Ini telah diketahui oleh orang-orang zaman dahulu sebelum penemuan alat-alat pengukur bahawa kesemua kecanggihan tersebut perlu dikawal. Pengawalan ini perlu untuk mengharmonikan gelombang yang amat kuat pengaruhnya terhadap keseimbangan dalaman sel-sel tubuh di tahap spiritual, emosi dan mental.

.......AIR DAN KEABADIAN TENAGA.......
Gelombang atau segala bentuk tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi ia boleh diputuskan. Bentuk tenaga atau gelombang yang buruk ini memerlukan air sebagai kuasa pemutus yang baik. Walaubagaimanapun gelombang-gelombang ini tetap akan bertemu atau bersambung semula.
"Kerja-kerja pembersihan energi atau gelombang ini perlu dilakukan secara konsisten seperti pengambilan air sembahyang atau wudhu’ sebanyak lima kali sehari".
Kita mempunyai pilihan untuk menentukan tenaga atau daya hidup yang paling selamat dan semulajadi untuk kita guna atau amalkan dalam rawatan atau penjagaan kesihatan kita pada semua tahap spiritual, emosi dan mental.
Di zaman teknologi ilmiah, kini Aromaterapi dengan komponen air adalah kesatuan vital yang paling selamat dan semulajadi untuk rawatan penyakit secara menyeluruh sehingga ke tahap gangguan spiritual.

.......PENGGUNAAN DI WAKTU MALAM BERKESAN.......
Aromaterapi D-7 Infrasonik amat berkesan digunakan apabila pesakit menggunakannya di waktu malam dan amat menakjubkan kesannya jika pesakit tidur di tempat yang tidak disinari cahaya. Rahsia air sejuk (kombinasi air dan ais) serta Aromaterapisebagai penghantar isyarat getaran dengan kelajuan gelombang yang tinggi menjadi penawar dan mampu menguasai pelbagai bentuk gelombang yang rendah yang telah gagal berinteraksi dengan tujuh sistem kelenjar yang mengikut susunan warna pelangi di dalam tubuh kita.

........MANDIAN AIS SUATU KEHEBATAN.......
Mandian ais dengan Aromaterapi D-7 Infrasonik akan meningkatkan jumlah Oksigen di dalam darah dan meneutralkan gas-gas lengai yang mengganggu tahap kecerdasan seseorang. Kuasa air sejuk (air dan ais) serta D-7 Infrasonik bertindak sebagai peneutral yang ideal dan dapat menghantar isyarat gelombang dengan laju kedalam sistem tubuh.
Air yang mempunyai kuasa semulajadi dapat menentukan kelajuan penghantaran gelombang bergantung kepada keperluan tenaga yang diperlukan oleh tubuh seseorang. Suatu perkara yang harus diingat iaitu air yang mengalir dan jernih juga mempunyai rahsia kelajuan cahaya yang menyerlahkan lagi sinar cantik pada energi anda. Mandi bagi orang yang demam akan dapat mengimbangi sistem organ atau pergerakan cecair atau limfatik tubuh dan juga darah yang cukup bekalan Oksigen.

.......BULU ROMA SEBAGAI DERIA YANG TERCANGGIH BAGI MENGESAN ISYARAT GELOMBANG DALAM WAP-WAP AIR.......
Deria atau antena yang mempunyai cas-cas neutron bertindak sebagai reseptor penganalisa dan penerimaan getaran gelombang (Elektromagnetik) terletak dalam rahsia bulu roma kita yang terdapat di mata, di dalam hidung dan telinga. Manakala gigi sebagai pengesan elektrokimia untuk kekuatan tulang (Struktural). Bulu roma adalah pancaindera yang unggul sebagai mata minda atau mata batin yang menghubung dan mengimbangi antara kita dan kebesaran alam. Adalah sangat efektif untuk pelbagai jenis penyakit jika kita menambahkan sedikit sulfur dan garam kepada air mandian. Ais dapat menyerap elektron dari udara sekitarnya dan melepaskannya semula ke bahagian luar tubuh kita.

.......AIR YANG DITAMBAH TENAGA SEBAGAI KUASA PEMANGKINAN DI DALAM AROMATERAPI D-7 INFRASONIK.......
Manusia memiliki 99 peratus tenaga atom dan tubuh manusia boleh menyimpan tenaga serta boleh bertindak sebagai reaktor nuklear yang hebat. Aromaterapi D-7 Infrasonik dirumus secara khusus dengan ditambah tenaga ‘partikal pemercepatan pemangkinan’ bagi mengekplotasi kehebatan ini. Mandian ais yang telah dititiskan beberapa titik D-7 Infrasonik dapat meningkatkan tenaga yang rendah pada tubuh dan melepaskan tenaga tersekat serta mengubah pola atau medan elektrik atau sinar X dan radioaktif yang mencemarkan tenaga perisai serta mengganggu sistem tubuh dengan mempercepatkan atau melambatkan frekuensi tenaga setiap sel-sel yang tertentu. Warna dari cahaya yang terperangkap di dalam memori ais amat kuat mempengaruhi keseimbangan sel-sel tertentu dalam sistem tubuh kita.
Mandian yang kerap dan konsisten selama tujuh hari dengan menggunakan Aromaterapi D-7 Infrasonik akan mengubah spiritual, emosi dan mental ke tahap yang lebih menceriakan. Secara perlahan-lahan anda akan mengalami perubahan fizikal sehingga ke tahap yang lebih bertenaga , mengurangkan tanda-tanda keskitan seperti kebas, kejang, ngilu dan akhirnya anda akan pulih daripada gangguan kesihataaan yang mengelirukan.
Mandian air yang ditambah dengan Aromaterapi D-7 Infrasonik serta ais dapat memutuskan gelombang radiasi luaran yang mana jika selagi tidak diputuskan ianya akan menjadi tarikan kepada kebocoran radiasi dari dalam tubuh. Bahagian perut dan usus dikenalplasti menjadi sumber radiasi tersebut dengan kemunculan asid sebagai kuasa tarikan kerana ia mewujudkan kawasan tekanan paling rendah. Aromatherapi berupaya merangsang kelenjar pineal melalui isyarat deria bulu roma melalui konsep media (Hidroterapi) menuju ke sasaran mahkota teratas di pusat kawalan iaitu kelenjar pineal dan ini akan meningkatkan paras melatonin.

.......AIR DAN KEAJAIBAN MELATONIN.......
Alami perasan awet muda dengan pengambilan jumlah air yang mencukupi dan tingkatkan tahap immunisasi tubuh untuk mementang segala jenis alahan. Penggunaan Aromaterapi D-7 Infrasonik akan mencuci medan elektromagnetik yang buruk di persekitaran tubuh dan menjadi benteng atau perisai halus agar tubuh tidak ditembusi oleh gelombang-gelombang yang merugikan. Rawatan Komplimentari Insaniah (RK-i) mengenalpasti bahawa 75% penyakit sebenarnya bermula daripada gangguan kerohanian dan kejiwaan. Ramai yang menggunakan Aromaterapi D-7 Infrasonik untuk mendapatkan kesan Terapeutik memperbaiki diri dan kualiti kehidupan yang mengalami kemerosotan nilai seperti (sedih, kecewa, putus-asa, keliru, patah hati, terperanjat, melatah, gelisah, murung, bingung, tertekan, dan sebagainya.
* Sekadar maklumat berkenaan penggunaan bunga, air dan kaedah penjagaan kesihatan.

Sunday, July 3, 2011
MANAQIB SYED JAMALUDDIN AL-AKBAR AL-HUSAINI
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Segala puja dan puji dipersembahkan kepada Allah, tuhan yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam buat rasul junjungan, ahli keluarga dan para sahabatnya yang di kasihi.
Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka[1426], dan kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya. (At Thur- 21)
Di sini adalah Manaqib bagi Ad Daa’I IlaLLAH, as-Syekhul Kabir, al-Qutub al-Habib as-Syed Jamuluddin al-Akbar al-Husaini atau yang lebih masyhur namanya di Nusantara ini dengan nama Syed Hussin Jumadil Kubra atau Jamaluddin Agung atau Sunan Agung. Manaqib ini telah diambil data dan maklumatnya dari beberapa kitab ahli sirah dan nasab yang masyhur. Sesungguhnya telah berlaku banyak ikhtilaf dikalangan para sejarawan tentang beberapa hal yang berkaitan Syed Jamuluddin Hussin al-Akbar ini. Hal ini adalah kerana, kehadiran beliau itu pada abad yang ke 13 masihi, yang sewaktu itu nasab belum tercatit pada dustur yang teratur. Walau bagaimanapun kami telah mengambil jalan yang aslam serta meninggalkan ikhtilaf yang gharib dari perbahasan sejarawan itu dan mencatitkan apa yang semampu kami sahaja pada manaqib Ulama dan Mujahid yang berjasa ini.
Nasab beliau ialah Syed Jamaluddin Hussin al-Akbar @ Syed Jamaluddin al-Hussin @ Syed Hussin Jumadil Kubra Bin Ahmad Jalaluddin Syah @ Ahmad Syah Jalal Bin Abdullah Amir Azamat Khan @ Abdullah al-Amir @ Abdullah Azamat Khan @ Abdullah Khan Bin Al Muhajir Ilal Hindi Abdul Malik Bin Alwi Aamul Faqih Bin Muhammad Sahibul Mirbath Bin Ali Khali’ Qassam Bin Alwi Bin Muhammad Bin Alwi Bin Ubaidillah Bin Ahmad al-Muhajir Bin Isa as-Syakir Bin Muhammad Bin Ali Uraidhi Bin Jaafar Shodiq Bin Muhammad al-Baqir Bin Ali Zainul Abidin Bin Syaidina Hussin Syahid Karbala Sibtu Fatimah Az Zahra’ Al Batul Bin Syaidul Mursalin Muhammad Khatamun Nabiyyin.
Terhadap tarikh kelahiran beliau ini terdapat banyak perselisihan diantara para pengkaji sejarah dan ahli nasab. Tetapi mengikut Syeikh Waliyuddin Khan ( Tarikh Aghrariah: 1923), beliau dilahirkan pada tahun 1336 di Kota Agra India. Beliau dilahirkan bersama limpahan harta dan kemewahan kerana ayahanda beliau, Syed Ahmad Jalaluddin Syah adalah Gabenor Agra di bawah pemerintahan Kesultanan Mughal yang berpusat di New Delhi pada masa itu. Walaupun kehidupan beliau dilimpahi kemewahan dunia, tetapi hal itu tidaklah melalaikan beliau dari istiqamah pada landasan Aslaf beliau yang terdahulu. Dari umur belasan tahun, beliau banyak mengembara ke pelusuk India khasnya di Syaharanfur, Karachi dan Nizamuddin untuk mendalami ilmu khususnya dalam bidang Hadith dan Tasauf. Beliau juga sering mendapat ru’yah bertemu dengan Syaidul Makhluq dan di anugrahkan ALLAH ilmu laduni[1].
Sewaktu beliau berumur 25 tahun, beliau di tunjukkan untuk menjadi gabenor di Haidrabad. Beliau dengan sedaya- upaya berusha untuk menolak jawatan tersebut dan akhirnya terpaksa beliau terima dengan berat dan kecewa[2]. Sewaktu beliau menjadi Gabenor Haidrabat itulah, beliau telah menerapkan Prinsip Islam dalam pemerintahan beliau dan mencontohi para Khalifah ar-Rasyidun. Hasil dari itulah, dalam masa beberapa tahun sahaja, Haidrabad telah termashur sebagai pusat perdagangan. Sewaktu beliau menjawat jawatan gabenor ini juga, telah beberapa kali beliau di amanahkan untuk menjadi panglima perang dalam menentang pemberontakan dari kerajaan Hindu India[3].
Ketika umur beliau 30 tahun, beliau telah melaksanakan Ibadah Haji di Makkah dan melangsungkan ziarah ke Madinah. Sewaktu beliau berziarah Datuk beliau di Madinah inilah, beliau telah bertemu dengan Baginda secara sedar ( Yakazoh) dan di tunjukkan supaya meninggalkan jawatan yang beliau duduki sekarang dan dianjurkan supaya membawa dakwah ke timur. Hal ini adalah bertepatan dengan satu sabda Baginda RasulaLLAH SAW dalam satu hadith yang masyhur:
Dari Abi Masu'd r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Akan datang pada akhir zaman pembawa-pembawa panji hitam dari timur.[4]
Lalu sewaktu pulang dari haji dan ziarah itu, beliau tidak langsung pulang ke Hadrabad, tetapi ke Mughal untuk berziarah kakek beliau Syed Abdullah Amir Azamat Khan. Semasa berada di Mughal inilah, beliau telah bertemu dengan beberapa orang saudara sepupu beliau dan mereka telah diajak untuk bersama-sama melaksanakan dakwah ke timur. Semasa berbincang tentang hala tuju mereka ke timur ini, mereka telah bersepakat untuk menjadikan Kepulauan Nusantara ini sebagai daerah dan lembangan dakwah mereka.Setelah persetujuan di ikat, berangkatlah beliau ke Nusantara ini bersama 6 saudaranya yang lain. Perjalanan mereka ini telah di kenali sebagai “ Wali Tujuh Dengan Perancangan Islam Di Timur”.[5] Semasa dalam pelayaran ke Nusantara ini, mereka telah di uji oleh Sang Yang Maha Mencipta dengan beberapa ujian yang berat dan hal itu tidak mematahkan hasrat mereka.
Setelah tiba di Nusantara ini, mereka telah berpacah untuk mendirikan lembangan dakwah kepada beberapa kepulauan dan Syed Jamaluddin Hussin al-Akbar bersama beberapa saudaranya telah memilih daerah dakwahnya yang pertama di Empayar Langkasuka iaitu yang meliputi Champa (Indo China/ Kemboja sekarang) sehingga ke Kepulauan Mindanao di Filipina, manakala ibukotanya pula adalah Tanah Serendah Sekebun Bunga (Kelantan Tua). Semasa berdakwah di sini, beliau tidak sahaja mendekati para rakyat dan marhain, tetapi turut berdakwah kepada golongan pembesar dan istana. Berhasil dari sinilah, beliau telah diminta oleh Raja Sang Tawal (Sultan Baqi Syah/ Sultan Baqiuddin Syah), Sultan yang memerintah Tanah Serendah Sekebun Bunga pada masa itu untuk tinggal di istana dan menjadi penasihat Sultan.
Semasa beliau berdakwah dan menjadi Penasihat Sultan di Kerajaan Langkasuka, beliau telah dikahwinkan dengan dua orang puteri dari Tanah Serendah Sekebun Bunga iaitu Puteri Linang Cahaya yang merupakan Putri Raja Sang Tawal dan Puteri Selindung Bulan (Putri Saadong II) serta seorang Putri Diraja Champa yang bernama Putri Ramawati dan seorang Putri Diraja Johor. Puteri Ramawati (Champa) isteri kedua beliau dan Putri Selindung bulan (Kelantan Tua) isteri ketiga ini adalah saudara sebapa yang dikahwini oleh beliau setelah kematian isterinya yang kedua.
Dari perkahwinan dengan Putri Diraja Kelantan Tua ini beliau mendapat dua orang putra yang bernama Abdul Malik (Gerisik) dan Ali Nurul Alam (Fathoni) serta seorang putri yang bernama Putri Siti Aisyah (Putri Ratna Kesuma)[6] . Dari perkahwinan beliau dengan Putri Ramawati yang merupakan Putri Sultan Zainol Abidin Syah (Che Bong Nga), beliau mendapat seorang putra yang bernama Ibrahim Zainol Akbar[7] (Ibrahim Asmaro @ Ibrahim as-Samarqandi)[8]. Adapun perkahwinan beliau dengan Putri Diraja Johor telah memberikan dua orang putra, iaitu Syarif Muhammad Kebungsuan(Mindanao Filipina) dan Sultan Berkat(Zainol Alam Barakat).[9]
Dari keturunan beliaulah lahirnya para pejuang dan pendakwah di seluruh pelusuk Nusantara kita ini. Contohnya, dari Abdul Malik, lahirnya para Wali Sembilan (Wali Songo) di Indonesia dan dari Ali Nurul Alam, lahirnya para pemerintah, ulama dan pendakwah di Fathoni. Di setiap tempat dan negeri yang mereka kunjungi, mereka langsung membaur dengan rakyat setempat dan menggunakan nama dan gelaran yang dipakai oleh masyarakat secara umum.[10] Mereka mengorbankan gelaran Syed, Syarif dan Habib demi melihat bersatunya jiwa masyarakat dalam dakwah Islami. Dari hal itulah, mereka kini lebih dikenali sebagai Tengku, Tuan, Nik dan Wan. Mereka membaur bersama masyarakat dengan keluhuran akhlak dan kehidupan bersahaja serta ketaatan pada agama seperti yang diwarisi dari leluhur mereka telah memikat hati masyarakat peribumi sehingga Islam tersebar dalam masa yang reletif singkat.[11]
Dari hasil dakwah beliau bersama saudaranya beserta perancangan yang berhikmah, Islam tersebar dengan meluas sehingga Empayar Langkasuka lebih dikenali sebagai Empayar Chermin Jeddah, manakala ibu negerinya (Tanah Serendah Sekebun Bunga/ Kelantan Tua) dikenali sebagai Negeri Serambi Mekah. Ini jelas pada masa itu, yang mana penyebaran ilmu agama amat pesat serta terbinanya Madrasah Diniah ( pondok pasenteren ) bagaikan cendawan selepas hujan serta mereka yang datang belajar agama di sini disamakan tarafnya dengan mereka yang belajar agama di Mekah[12]. Perkembangan Islam di bawah pimpinan beliau tidak terhenti setakat itu sahaja, bahkan beliau berjaya melatih para kader dakwah dan menghantarnya ke seluruh pelusok Asia Nusantara ini.
Dikalangan keturunan beliau yang masyhur sebagai pendakwah diantaranya dari keturunan Ibrahim Zain al-Akbar (Champa) ialah Maulana Ishak, Muhammad Ainul Yakin (Sunan Giri), Ahmad Rahmatullah (Sunan Ampel), Ibrahim (Sunan Bonang), Hasyim (Sunan Derajat), Jaafar Shadiq(Sunan Kudus) . Manakala dari keturunan Ali Nurul Alam (Fatoni) lahirnya Wan Hussin (Tok Masjid Telok Manok/ Tok Syed Quran), Wan Abdullah (Wan Bo/ Tok Raja Wali), Wan Demali, Syarif Hidayatullah (Sunan Gunung Jati) dan Wan Demali (Temenggung Laut). Dari keturunan Abdullah (Wan Bo/ Tok Raja Wali) inilah yang telah melahirkan keturunan Abd Malik @ Muluk (Tok Ku Hitam/ Pakcu Keling).
Setelah beberapa lama beliau melaksanakan jihad dan dakwahnya di utara Nusantara maka beliaupun belayar kembali dan memilih kawasan selatan yang meliputi kepulauan Jawa pula. Semasa berada di Pulau Jawa inilah, beliau sempat melihat kejayaan dakwah yang dilaksanakan oleh adakanda dan cucunda beliau. Setelah beberapa lama berada di Pulau Jawa akhirnya beliau merantau dan berdakwah kedaerah Bugis(Makasar/ Ujung Padang) di Sulawesi Selatan. Semasa melaksanakan daawahnya disini, beliau telah dipanggil oleh Qadhi Haqiqi Rabbul Jalil menghadapNya. Maka kembalilah insan yang telah banyak berjasa untuk Agama ALLAH ini dalam keadaan redha lagi diredhai pada tahun 1415 m dan dimakamkan di hadapan masjid beliau di Jalan Masjid Tua, Desa Teroja,Kacamatan Manjeuleng, Kabupaten Wajo, Propensi Sulawesi Selatan.
Semoga ALLAH tetap mencurahkan Rahmat dan berkahNya kepada beliau serta menerima semua hasanah beliau dan memaafkan segala khilaf beliau juga mengangkat beliau kedarjah yang selayaknya bersama datuk beliau Syaidul Mursalin Wakhatamun Nabiyyin.
Aduhai para keturunan yang mulia ini. Apakah kita mengerti betapa menggunungnya tanggungjawab yang terpikul dibahu kita. Betapa leluhur dan sesepuh kita dahulu telah membina empayar dakwah dan penghambaan ke Hadirat Rabbul Jalil. Tersebarnya Islam yang tercinta dibumi Nusantara ini adalah dari keringat, darah dan air mata mereka ini. Apakah cukup kita pada hari ini berbangga dengan nasab al-Akbar atau al-Kubra yang kita miliki atau dengan galaran bangsawan Syed, Habib, Tengku, Tuan, Nik, Wan atau Che yang tersemat di pangkal nama kita dan membiarkan apa yang telah dibina oleh Aslaf kita terdahulu terlekang dek panas, tereput dek hujan, terkakis dek udara. Apakah tugas dan tanggungjawab ini tidak akan disoal ke atas kita di Yaumul Hisab nanti. Apakah memadai untuk kita hari ini berbangga dengan harta,pangkat,gelaran,sijil-sijil akademik dan gelaran akademik yang kita miliki. Apakah untuk itu moyang kita dahulu meninggalkan pangkat,darjat,kekayaan dan tanah tumpah darahnya berlayar ke bumi melayu ini??????????. Tidak sekali-kali!!!!!!!!!!!!!! Tidak sekali-kali wahai anak cucu Syed Jamuluddin Hussin al-Akbar @ Syed Hussin Jumadil Kubra. Beliau meninggalkan segalanya itu adalah demi cinta beliau kepada ALLAH dan RasulALLAH yang merupakan Datuknya dan Datuk kita.
Sedari dan insafilah duhai ansab Jamuluddin Hussin Al Akbar. Tanggungjawab adalah amanah dan amanah akan ditanya di akhirat nanti. Di mana pun kita, pada posisi apa pun kita, dengan seragam apa pun kita, wadah dan jalan kita adalah satu. Melihat Islam tetap mekar mewangi di Asia Nusantara, Bumi Melayu kita ini.
[1] )Ad Dahlawi, Syekh Waliyullah : Fatawa Alhindi
[2] ) Waliyuddin Khan,Syekh: Tarikh Agrariah-1923. Matbaah Beirut
[3] ) Al Malbari, Nazimul Hakim: Sirajul Muluk Lil Hindi-1980, Matbaah Darul Hikam Deoband
[4] ) Turmuzi,Al Muhaddith Mahyuddin: Soheh Turmuzi
.[5] ) Haji Ibrahim (IBHAR), Hj Abd Halim Bashah Bin: Wali Songo Dengan Perkembangan Islam Di Nusantara. Pustaka Al Hijaz Malaysia.
[6] ) Ibid
[7] ) Al Haddad, Syed Alawi Bin Tohir: Al Madkhal Ila Tarikhil Islam Bissyarqil Aqsha.(edisi Indonesia,sejarah perkembangan islam di timur jauh. Alih bahasa Dziya Syahab. Maktab Ad Daimi Jakarta.
[8] ) Al Gadri,Mr Hamid: C Snouck Hurgronje. Politik Belanda Terhadap Islam Dan Keturunan Arab. Sinar Harapan Jakarta 1984.
[9] )Al Khaf, Syed Zain Bin Abdullah: Khidmatul Asyirah
[10] )Al Baqir, Muhammad: Pengantar Thariqah Menuju Kebahagiaan diterjemah dari Risalah Al Muawanah Wal Muzhaharah Wal Muawazarah Lir Raghibin Minal Mu’minin Fi suluki Ala Tariqah Al Akhirah.Syed Abdullah Bin Alawi Al Haddad.
[11] )Ibid
[12] ) Haji Ibrahim (IBHAR), Hj Abd Halim Bashah Bin: Wali Songo Dengan Perkembngan Islam Di Nusantara. Pustaka Al Hijaz Malaysia.
ULAMA YAHUDI
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Semoga Tuhan melindungi kita dari sifat zalim bangsa yahudi.
Nabi Nuh a.s. berdakwah 950 tahun. yang menerima dakwah tersebut hanyalah beberapa orang dari golongan yg lemah, miskin dan bodoh.
Zaman Nabi Daud a.s. dan Nabi Sulaiman a.s. Bani Israel mencapai kegemilangan material apabila Tuhan menanugerahkan kekayaan dan kekuasaan yang hebat kepada kedua Nabi Allah tersebut.
Apabila tiba zaman Nabi Zakaria a.s., Yahya a.s. dan Isa a.s., Bani Israel menjadi sombong. Mereka mempermainkan Nabi Zakaria. Pada andaian mereka, nabi mestilah dari kalangan mereka yang kaya dan mempunyai kerajaan yang besar seperti Nabi Daud dan Sulaiman. Lalu mereka mempermainkan nabi Zakaria a.s.
Sebenarnya bangsa yahudi telah dimuliakan dengan kebangkitan ramai para Nabi dan Rasul dari kalangan mereka. Zaman itu, mereka berpegang dengan syariat Nabi Musa yg terkandung dalam kitab Taurat. Ulama' mereka sangat sombong dan busuk hati. Dengan sebab itu mereka tidak mempercayai kenabian Nabi Zakaria walaupun sama-sama beribadah di Rumah Ibadah nabi Sulaiman (masjid).
Masalah mereka ialah:
1. Pekerjaan Nabi Zakaria a.s. hanyalah tukang kayu sedangkan ulama' yahudi sentiasa beribadah di masjid.
2. Orang yang mengikuti pengajaran Nabi Zakaria a.s. adalah orang bodoh dan lemah sedangkan ulama' yahudi adalah orang cerdik pandai.
3. Ulama' yahudi hasad dengki dengan Nabi Zakaria a.s. kerana Tuhan tak pilih mereka menjadi rasulNya.
Sebenarnya Tuhan melantik seseorang menjadi pesuruhNya berdasarkan kebersihan hati dan ketinggian kerohanian bukan berdasarkan banyak ilmu, kemegahan, kehebatan yang telah kita usahakan.
Nota: Ulama' Yahudi mengajar manusia beribadah sedangkan Nabi Zakaria a.s. mengajar manusia mendekati Tuhan melalui ibadah. Inilah beza antara ahli agama yg hanya mengajar ilmu feqah sahaja berbanding mereka yang mengajar manusia mendekati Tuhan melalui ilmu feqah dan tasawwuf.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
Subscribe to:
Posts (Atom)