Friday, August 27, 2010

BUNGA BOLEH MERAWAT PELBAGAI PENYAKIT



Professor Dr.Norhisham (Colour Vibration Theraphy)


Juga menyelesaikan masalah kerohanian

Temubual Dr Norhisham dengan Tabloid Media Terkini keluaran 1 Disember 2001.

Bunga merupakan penghias bagi sesuatu tumbuhan dan disebabkan itu jugalah ramai yang mengambil bunga untuk melakukan pelbagai perkara seperti mandi bunga dan sebagainya. Namun begitu tidak ramai yang mengetahui dengan lebih mendalam tentang khasiat sebenar sesuatu bunga. Menurut Dr Norhisham Wahab, bunga mempunyai getaran yang tersendiri bergantung kepada warna, jenis, kelopak dan keadaan bunga sama ada bunga liar atau bunga yang ditanam. Bunga liar dan terserlah warnanya mempunyai getaran yang lebih kuat berbanding bunga lain. Pokok bunga yang menpunyai akar menjalar dan tiada persaingan biasanya akan menghasilkan lebih banyak getaran. Perkara ini telah dimanfaatkan oleh orang-orang terdahulu yang lebih arif tentang kerohanian.

Orang-orang dahulu biasanya akan mencari bunga-bunga sebegini untuk dijadikan ubat atau pelbagai perkara lain seperti mandi bunga dan sebagainya. Hal ini kemudiannya menjadi ikutan sehinggalah kepada masyarakat kini. Namun begitu masyarakat kini tidak begitu menekankan aspek tersebut dan mengambil bunga dengan sesuka hati untuk melakukan perubatan. Perkara ini adalah salah kerana getaran yang dihasilkan oleh sesuatu bunga boleh menjadi neutral (tiada getaran) sekiranya digabungkan bersama bunga yang mengeluarkan getaran bertentangan.

Daripada kajian saintifik, bunga didapati bergetar di tahap maksimun pada masa-masa tertentu terutamanya pada waktu tengah malam. Oleh kerana itu, orang-orang dahulu akan melakukan mandi bunga pada waktu ini bagi mendapatkan kesan yang lebih baik.
Apabila bulan cukup terang cahaya yang berfrekuensi laju akan memberi isyarat kepada air dan seterusnya air akan beperanan untuk menyimpan maklumat tersebut. Sekiranya bunga dipetik pada waktu ini dan diletakkan ke dalam air, tenaga yang dihasilkan merupakan tenaga terbaik.

Perbuatan mandi bunga pada waktu malam boleh memelihara kerohanian (spiritual) seseorang. Manakala pada waktu siang pula dikatakan lebih kepada tenaga badan. Gangguan emosi, spiritual dan banyak lagi menjadi halangan bagi seseorang untuk mencari jodoh, tidak dihormati, seiring ditimpa malang, tidak berjaya dan lain-lain. Itu merupakan perkara semulajadi yang tidak boleh dihalang.

Namun begitu dengan bantuan getaran bunga, kerohanian seseorang boleh dipulih dan diperkuatkan. Seterusnya perkara ini akan mengubah kehidupan seseorang itu menjadi lebih baik.

Di negara ini bunga digunakan untuk rawatan dengan menggunakan kaedah mandi bunga. Manakala di negara-negara Eropah, bunga akan dimakan atau dihidu atau lebih dikenali dengan kaedah Aromatherapy. Kaedah Aromatherapy telah diterima oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Ini kerana kaedah ini dipercayai boleh memberikan keadaan yang baik untuk kesihatan seseorang.

PERKAITAN TUMBUHAN DAN PETUA MENJAGA KECANTIKAN





Oleh : Abdul Hafidz bin Abdul Kudus


PENDAHULUAN

Sememangnya tumbuhan memainkan peranan penting dalam perubatan, kesihatan dan kecantikan. Di Malaysia sahaja terdapat lebih daripada 7000 spesis tumbuhan yang dapat menghasilkan unsur-unsur kecantikan yang dikira dapat memberi manafaat kepada manusia khasnya kaum wanita.

Menjadi harapan setiap wanita agar kelihatan cantik sentiasa terutamanya yang sudah dan bakal mendirikan rumahtangga agar kebahagiaan berkekalan dan keremajaannya dapat dipertahankan walaupun sudah berusia. Pelbagai cara dilakukan agar tampak awet muda, terutamanya menerusi rawatan tradisional yang menggunakan bahan-bahan asli yang berasaskan tumbuh-tumbuhan. Apabila melihat kulit mulus mula berkedut, rambut hitam mula beruban, timbul semacam perasaan dan rasa rendah diri jika dibandingkan dengan wanita yang seusia tetapi masih kekal muda.

Sebelum berkahwin ramai wanita tidak terlalu memikirkan kehalusan kulit, bentuk tubuh mahupun keremajaan kulit. Amalan dan petua orang dulu-dulu sudah lama ditinggalkan. Perawatan tradisional diganti dengan perubatan moden sehingga rahsia alam terkubur begitu sahaja. Alangkah sayangnya jika keadaan ini terus berlaku. Kerancakan negara barat mengkaji khasiat tumbuh-tumbuhan tropika, samada untuk rawatan pelbagai penyakit ataupun sebagai ramuan kosmetik menunjukkan mereka mula menghargai dan mengkormesilkan tumbuhan yang biasa dijadikan ulam atau rencah masakan masyarakat kita.

Berikut disertakan beberapa petua khasnya kepada bakal-bakal pengantin untuk persiapan ke gerbang perkahwinan merangkumi persiapan luaran dan dalaman.


MENJAGA KESIHATAN KEPALA DAN KECANTIKAN RAMBUT

Rambut sememangnya mahkota wanita. Beberapa petua yang sering diamalkan oleh orang dulu-dulu nyata kebanyakannya membawa kesan yang mujarab jika selalu diamalkan walaupun sukar dibuktikan dengan menggunakan kaedah saintifik. Bagi wanita yang ingin mendapatkan rambut yang hitam berkilat dan tidak cepat beruban, minyak kelapa hijau (dibuat sendiri) dan dimasak bersama daun kermak (dibiarkan sejuk), kemudian dilumurkan pada rambut semalaman sebelum dicuci dikatakan membawa kesan yang sangat mujarab. Bagi yang berambut nipis dan ingin melebatkan rambut pula, petua yang harus diamalkan ialah menggunakan air embun yang bertakung pada pangkal pokok pisang dan dilumurkan ke rambut. Cara ini dikatakan dapat menyelesaikan masalah rambut nipis.

Selain itu, serai juga boleh digunakan sebagai 'syampu' rambut selain daripada digunakan sebagai perencah di dalam masakan. Caranya, tumbuk batang serai hingga pecah dan gosokkan pada kepala ketika mandi. Bau harum serai akan melekat pada rambut dan menghilangkan kotoran pada kulit kepala.

Mandi wap juga dikatakan boleh merawat rambut. Rawatan ini menggunakan bahan-bahan seperti daun pandan, minyak kelapa, telur, adpokat, lobak merah, lidah buaya ataupun daun semangkuk. Tetapi, tidak semua bahan ini digunakan bersama. Lumrahnya, daun pandan dan minyak kelapa antara bahan yang tidak ditinggalkan. Penggunaan bahan lain bergantung kepada keadaan. Jika rawatan ini selalu diamalkan, ia dipercayai dapat menghitam dan melebatkan rambut dan sentiasa kelihatan bermaya. Ia juga dikatakan dapat membantu mengatasi masalah keguguran rambut, menghilangkan kelemumur dan memulihkan masalah rambut bercabang. Cara ini juga dikatakan membantu merehatkan fikiran dan dapat menghilangkan penyakit migrain atau pening kepala. Sejauh mana kebenarannya, sukar untuk dibuktikan.


MENCANTIKKAN KULIT MUKA DAN PENJAGAAN KULIT

Manakala khasiat pinang muda pula tidak ramai yang mengetahuinya, tetapi pada seorang pengamal petua kecantikan tradisional, Puan Hamadah Datuk Ghazali, 53 tahun, ia sudah menjadi amalan keluarganya menggunakan pinang muda (yang bijinya masih berlendir) disapukan pada muka. Ianya dikatakan dapat melicinkan kulit muka dan awet muda. Selain itu, beliau juga mengamalkan 'bersabun' belimbing besi dan asam jawa. Belimbing besi yang masak ranum diramas bersama asam jawa lalu dilumurkan pada badan untuk meninggalkan kotoran dan bertindak sebagai antiseptik kulit yang gatal-gatal. Bagi menghaluskan kulit pula, beras pulut goreng yang ditumbuk halus (seperti tepung) dicampur bedak sejuk dan dijadikan lulur dan digosok seminggu sekali pada badan. Ia dikatakan berfungsi menanggalkan daki dan sel-sel mati. Tapak kaki pula boleh dihaluskan dengan menggosok asam jawa.

Selain itu, wanita juga dinasihati menjalani rawatan kecantikan merangkumi lulur, manggir, bleaching (mencerahkan kulit) dan mandi pupur. Lulur dikatakan dapat mengurangkan parut muka, menguning dan melicinkan kulit. Bahan lulur mengandungi kunyit, beras yang dijadikan tepung dan daun pandan serta temu giring. Manggir pula dipercayai dapat membantu memutihkan kulit, menegang dan memejalkan kulit badan. Ianya boleh dijadikan penyental dan pupur, diperbuat daripada beras pulut ditumbuk halus dan ramuan dedaunan khusus manggir. Ia elok dilakukan seminggu sekali.

Bleaching yang mengandungi kayu cendana dan lavendar pula dikatakan dapat memutih dan mencerahkan kulit dengan lebih pantas. Manakala mandi pupur pula boleh menjadikan kulit gebu, halus, lembut dan sentiasa lembap. Ramuannya ialah kacang soya yang dikisar halus, dadih, serbuk badam dan madu. Semua bahan ini disatukan dan digosok ke seluruh badan hingga kering. Ia dikatakan cara yang paling berkesan.

Selain itu, cara yang agak jarang digunakan ialah mandi Cleopatra. Ianya menggunakan pupur daripada lumpur yang bercampur madu, telor, minyak zaitun, minyak bunga matahari dan bahan lain. Caranya, bahan berkenaan disapu seluruh badan, dibiarkan kering dan kemudian dibersihkan dengan air sambil digosok rata. Mandian ini dipercayai membantu menegang, memejal, menghalus dan memberikan khasiat pada kulit. Hasilnya, kulit terasa lembut dan lambat berkedut.

Disamping itu, hampas kelapa dikatakan berkesan menanggalkan daki pada badan dan melembut serta melembapkan kulit. Selain itu, kacang soya yang dijadikan serbuk sesuai dijadikan penyental pada kulit muka dan badan. Dicampur air mawar atau air biasa, ia melembut, memutih dan menggebukan kulit, sesuai kepada semua jenis kulit. Manakal taufu daripada kacang soya juga boleh beri kesan yang sama dan boleh digunakan terus pada badan atau wajah.

Manakala serbuk beras pulut dan beras pulut hitam khusus menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan parut disamping memerah dan memutihkan kulit wajah dan badan. Selain itu, air kelapa, adpokat dan lobak merah dikatakan juga amat berkesan dalam menjadikan kulit gebu putih dan halus. Selain itu, daun inai juga boleh memerah dan menghaluskan kulit muka dan menghilangkan jerawat dan bekas parut pada muka. Caranya mudah, tumbuk halus dan sental pada kulit muka. Begitu juga dengan kulit pisang, sengkuang dan kentang yang dikatakan dapat menghilangkan parut di muka. Selain itu, untuk menambah vitamin, menghalus serta menyegarkan kulit, minum perahan epal, tomato, oren dan buah-buahan lain setiap hari. Khasiatnya sama jika dimakan setiap hari dan tidak memudaratkan jika makan berlebihan.

MENAIKKAN SERI WAJAH

Bagi bakal pengantin yang ingin menaikkan seri wajah pula amat dinasihatkan melakukan petua turun temurun orang tua iaitu mandi bunga. Selain itu, mandi bunga juga dilakukan untuk mencari jodoh dan membuang sial. Sejauh mana keberkesanannya tidak diketahui. Kadangkala, ada juga wanita yang sudah menjalankan adat mandi bunga ini lebih daripada tiga kali, namun hasilnya tetap sama, masih belum dipinang orang. Tetapi, walaupun begitu manusia hanya dapat berikhtiar dan berusaha.

Berbalik tentang petua menaikkan seri wajah, mandi bunga juga boleh dilakukan. Ia juga dipercayai boleh menolak bala di samping menyegar dan merehatkan badan. Bunga yang digunakan termasuk melati, melur, tanjung, mawar, kekwa, cempaka dan pelbagai bunga lain asalkan merangkumi tujuh jenis bunga dan pelbagai warna. Hirisan limau purut dan limau nipis boleh dicampur bersama untuk menambah haruman. Selalunya orang-orang tua turut membaca ayat Al-Quran pada mandian ini.

Selain itu, rawatan lebih sempurna jika bahagian dalaman diambil kira. Jelas beberapa pengamal petua lama, kunyit juga boleh digunakan untuk menaikkan seri wajah. Ambil sebesar ibu jari, tumbuk dan perah untuk mengambil patinya (jangan campurkan air). Lakukan dua atau tiga kali seminggu, dua bulan sebelum berkahwin.

Selain itu, mungkin ada yang pelik apabila mendengar makan bunga mawar untuk menaikkan seri wajah. Kunyah sekuntum sehari, sepanjang 44 hari, disertai selawat nabi. Begitu juga dengan pengamalan kurma Cina yang lazimnya digunakan oleh orang Cina. Tetapi masih ramai yang tidak mengetahui bahawa ianya bagus untuk menambah darah dan menaikkan seri wajah. Caranya, rebus ia dengan air hingga warnanya menjadi seperti warna teh. Amalkan seperti minum air suam.


MENGHILANGKAN BAU BADAN

Masalah bau badan memang memeningkan kepala. Walaupun sebotol minyak wangi digunakan, namun badan tetap berbau bila kesan minyak wangi yang digunakan hilang kesannya. Tahukah anda semua, zaman datuk, nenek dan moyang kita tidak memerlukan minyak wangi (mungkin kerana belum wujud lagi). Mereka hanya menggunakan bahan-bahan asli untuk mengatasi masalah bau badan. Daun sirih dikatakan tumbuhan yang paling sesuai untuk mencegah hal ini. Daun ini diramas dan disapukan pada badan terutama ke bahagian tubuh yang berbau. Insya-Allah, berkesan.

Selain itu, mandi susu juga boleh dilakukan. Rawatan ini mengandungi campuran susu soya, susu kambing, madu dan aromaterapi. Semuanya dimasukkan di dalam tab mandian berisi air suam. Kemudian, berendam selama 15-20 minit. Lakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

MENGEKALKAN KEDARAAN SELEPAS BERKAHWIN (BERSALIN)

Petua orang tua disebelah pantai Timur pula, pada malam pertama selepas bersama suami, mereka menyarankan kepada bakal pengantin agar membasuh alat sulit dengan menggunakan air ramasan sirih untuk menolak angin dari dalam faraj ke luar. Selain itu daun sirih juga dikatakan boleh berguna untuk mencuci alat sulit selepas datang haid.

Selain itu, keremajaan dan kejelitaan wanita dipercayai boleh dikekalkan dengan mengamalkan ulam. Daun legundi, daun bebuas, pucuk kaduk, daun mengkudu, pucuk belantas, cekur, daun serindit burung, ulam raja, daun selom, mata kunyit, temu kunci dan peria adalah tumbuhan yang patut dijadikan santapan harian. Temu kunci dipercayai berkhasiat mengembalikan kedaraan wanita selepas bersalin. Segala maklumat mengenai pelbagai khasiat tumbuh-tumbuhan ini terkandung di dalam Kitab Tib Melayu Lama yang berusia lebih daripada 500 tahun yang kini disimpan di Arkib Negara.

Berpandukan buku inilah, seorang pengamal petua kecantikan, Puan Hasnah Abdul Naim, 61 tahun, yang sejak kecil dipaksa makan beberapa jenis daun mengikut malam tertentu. Salinan buku itu kini terdapat dalam simpanannya yang dalam tulisan jawi. Malam Isnin dan malam Khamis, beliau dipaksa makan daun legundi dan daun inai. Pada malam lain, lain pula ulamnya. Jadi, tidak hairanlah jika ada yang menyangka beliau baru berusia lewat 30an. Katanya, orang dulu-dulu tidak menerangkan khasiatnya secara jelas tetapi berkias. "Orang beranak biar banyak kali tetapi biar seperti kain basuh sekali". Maksudnya, biar berapa kali beranak pun, kewanitaan tetap akan terpelihara seperti waktu mula bersama. Umpamakan diri seperti kain, jika dibasuh berkali-kali, tentu luntur warnanya, tetapi dengan mengambil ulam-ulam ini, Insya-Allah, kewanitaan akan kekal lama.

Akar inai juga juga bagus dijadikan tasak untuk mengemaskan rahim bagi mereka yang lepas bersalin. Mereka yang ingin dapat anak lambat selepas berkahwin ataupun menjarangkan anak, boleh juga mengamalkannya. Caranya, ambil sembilan urat akar, rebus dan minum setengah cawan, dua kali seminggu. Jika ingin berehat setahun daripada bersalin, amalkan sepanjang tempoh itu.

KESIMPULAN

Seperti yang dijelaskan, memang tidak dapat dinafikan bahawa tumbuh-tumbuhan sememangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan kecantikan, kesihatan dan pelbagai faedah yang lain. Dengan menggunakan tumbuhan, bagi oarang Islam khasnya, mereka selalu mengamalkan pemakanannya seiring dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran kerana sesungguhnya Allah sahaja yang menentukan segalanya. Walaupun seribu ikhtiar dilakukan, jika Allah tidak mengizinkannya, gunalah apa cara sekalipun, pasti tidak akan berjaya. Di dalam Al-Quran sendiri pun ada menyebut setiap penyakit mempunyai penawarnya kecuali maut.

Apapun petuanya, yang penting ketekunan mengamalkannya. Janganlah baru sekali dua mengamalkannya, sudah terus mahukan perubahan yang mendadak. Setiap petua yang diturunkan, keyakinan dan kesabaran adalah yang paling penting. Andainya tiada faedahnya, pasti nenek moyang kita tidak menurunkan pesanannya kepada anak cucunya. Selain itu, penggunaan bahan asli ini tidak perlu untuk dirisaukan penggunaannya, kerana ianya tidak akan memudaratkan jika diguna berlebihan, tidak seperti bahan-bahan moden yang menggunakan banyak bahan-bahan tambahan dan campuran kimia.

RUJUKAN

1) Amran Kasimin, 1989, Istiadat Perkahwinan Melayu: Satu Kajian Perbandingan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
2) Suraiya Mohd Noor, Seperti Dara Selepas Beranak, Jelita Oktober 1999, Halaman 164
3) Zunairah Mohd. Radzi, Persiapan Bakal Pengantin, Keluarga Julai 1999, Halaman 75
4) Faizah Sainah Borhan, Petua Kecantikan, Nona Disember 1998, Halaman 181.

Sunday, August 22, 2010

MENTERA & SERAPAH..SALAHKAH PENGAMALANNYA

Nukilan RIDAM - Juga boleh layari web utama di www.ridam.cjb.net


Assalamualaikum..

Kali ini saya tampil untuk berdepan dengan tajuk yang 'panas' kerana banyak MANUSIA di luar sana yang belum mengerti hakikat penggunaan Serapah & Mantera. Rata-rata bahan bacaan, seminar atau ceramah mengatakan Mentera & Serapah adalah HARAM.. Sedangkan kenyataan mereka itu berkemungkinan akan membawa mereka kepada penambahan dosa tanpa mereka sedari..

Kenapa saya berkata begitu...? (nak kena RIDAM ni...)

Kerana ungkapan HARAM pada isu penggunaan Mentera & Serapah ditujukan secara umum. Secara tidak langsung, pengamal mentera & serapah di pihak yang benar akan terkena tempiasnya dari masyarakat awam seperti dilabel khurafat, bida'ah dan sesat.. Kan berdosa tu kalau orang yang tak bersalah di label begitu semata-mata kerana ungkapan HARAM secara umum...

Mentera dan Serapah terbahagi kepada 2 iaitu HARAM & HALAL.

Jenis HARAM
Penggunaan ayat, tasdiq hati dan meminta pertolongan selain dari Allah.

Jenis HALAL
Penggunaan ayat, tasdiq hati dan HANYA meminta pertolongan pada Allah semata-mata.

Contoh mentera:

'Hey Senggoro.
Aku sembahkan 7 ekor jin.
Di atas batu putih. Terlak hitam. Dibawah atap separuh.
Dengan berkat lailahaillallah, Muhammadurrasulallah'

Mentera di atas boleh menjadi 2 hukum pengamalannya iaitu:

1)HARAM jika tidak tahu makna, tashdiq hati pada sesuatu selain Allah & amal secara membabi-buta.

2)HALAL jika tahu makna, tashdiq hati pada Allah dan suci pengamalannya..

Saya nyatakan makna mentera serapah di atas iaitu-

Hey Senggoro:
Senggoro adalah bahasa lama Kelantan iaitu bermaksud YANG MAHA TINGGI.
Siapa yang Maha Tinggi? Tentu Allah bukan.. :D

Aku sembahkan 7 ekor Jin:
Jin yang disebut bukan ditujukan pada Makhluk yang bernama Jin. Tapi ianya merangkumi asas bahasa arab iaitu TIDAK NAMPAK. Dalam quran kan ada sebut beberapa kata dari asas perkataan jin iaitu Jannah(syurga), Junnah(perisai), Janin, Jannullail(kepekatan malam).

7 ekor jin pula di istilahkan kepada 7 anggota sujud iaitu kepala, dua tapak tangan, dua lutut dan dua kaki.. Jumlahnya akan jadi 7 kan? Maknanya lagi difahami sebagai 7 anggota badan yang kena serangan (penyakit) secara tak nampak (ghaib).

Di atas batu putih, Terlak hitam, Di bawah atap separuh:
Di atas batu putih bermaksud warna putih pada biji mata.
Terlak hitam bermaksud warna hitam di tengah biji mata
Di bawah atap separuh bermaksud bulu mata.

Jadi, ketiga-tiga ayat ini bermaksud Mata...

Dengan berkat Lailahaillah Muhammadurrasulallah:
Yang ni tak payah terang lah.. Kita ni orang Islam patutnya dah tahu...kan?

-------

Jika saya terangkan kesemua makna mentera serapah di atas, ia akan jadi begini..

Hey Senggoro (Wahai Yang Maha Tinggi, yakni Allah)
Aku Sembahkan 7 ekor Jin (Aku serahkan seluruh anggota badanku pada Mu)
Di atas batu putih, Terlak hitam, di bawah atap separuh
(moga-moga dapatku lihat kesembuhan melalui mataku ini)
Dengan berkat Lailahaillallah, Muhammadurrasulallah.

Salah ke mentera serapah di atas?

Ada yang tanya, "Kenapa tak baca macam maknanya Ustaz? kan leh elak fitnah?"

Jawapan:

Kita kena faham bahawa orang dulu amat sukakan puisi, sajak dan pantun. Senang cerita kira bahasa Sastera la... Jadi, penggunaan sastera tinggi ini sudah menjadi amalan orang dulu-dulu dimana ianya penuh dengan makna tersirat dan tersembunyi agar kita lebih belajar dan memahami hakikat kehidupan.Bahasa Al-Quran juga kan bahasa Sastera Arab tinggi...

Manakala sesebuah mantera serapah (kes Halal sahaja) sudah diamalkan dan diberkati sekian lama..Jadi, siapa yang ambik ijazah dan mengamal mantera serapah tersebut hanya perlu sambung Berkatnya dari pengamal dari generasi ke generasi..

Contohnya jika si A amal doa ni 30 tahun..Kemudian di turunkan pada si B yang kemudian di amal lagi 20 tahun.. Jadi berkatnya dah jadi 50 tahun..Begitulah seterusnya jika ucapan mantera & serapah ini diturunkan dan seterusnya di amalkan..

Jika mula dari asas (contohnya nak amal makna mantera serapah di atas), berkatnya akan dimulai dari '0' kerana ia ucapan doa yang masih baru....

Soalan lagi:
Baik pakai ayat Al-Quran jer ustaz? Lagi berkat...

Jawapan:
Memang kalau nak dikira, penggunaan ayat Al-Quran adalah yang sebaik-baik pengamalan. Tapi kalau baca berjela-jela, fahamnya tidak buat apa walaupun tak berdosa tak faham maknanya.. Bila nak berdoa atau merawat, perlulah faham maknanya.. Barulah ikhtiar dan luahan kita pada ALLAH lebih mantop...

Seringkali kita tengok tok bomoh, dukun atau pawang (jenis HALAL shj) berubat cepat baik berbanding Perawat Islam Moden. Kenapa?

Sebab apa yang mereka baca, mereka faham maknanya.. Jadi, penyerahan diri dan taqarrub pada Allah dalam diri mereka lebih yakin & kuat. Yang Perawat Islam Moden ni dok baca Rukyah berbakul-bakul...bila tanya, makna apa tak tahu...

----

Sebab tu kita lihat, tok bomoh, dukun atau pawang baca perlahan dalam rawatan. Salah satu sebab nak elak fitnah la.. Kalau nak terang satu per satu pada pesakit makna mentera yang dibaca, jawabnya tak merawat la.... Tapi lain pula pada sesetengah penceramah yang mengatakan tok bomoh baca perlahan sebab puja Jin...kan dah jadi fitnah tu.... :D

-----

Sebab itu kita jangan terus 'serang' dan buat ungkapan sebarangan tanpa kita usul periksa.. Kalau tak faham atau mushkil, kita tanya dan jangan beri teguran yang mengaibkan.. Berilah teguran yang berhikmah...Jangan pakai 'sound' jer...

----

Pada yang buat statement HARAM pada mantera serapah tu, cepat-cepatlah bertaubat dan sambung lagi pengajian dalam bidang ni..

-----
Artikal ini ditulis mewakili sahabat saya (pengamal rawatan mantera serapah halal) setelah meluahkan kekecewaannya pada sesetengah perawat & ustaz-ustaz yang buat statement tanpa usul periksa...
-------
Tambahan:
Jika nak berubat, perhatikan syariat perawat seperti solatnya, agama dalam keluarganya dan tatacara kehidupannya samada menepati syarak atau tidak....
Wassalam..

.....................................................................................

Monday, August 16, 2010

BATASAN-BATASAN SYARAT BERUBAT DENGAN JAMPI

Oleh : IbnuNafis
Label: Soal Jawab Aqidah, Soal Jawab Perubatan Islam

BATASAN-BATASAN SYARAT BERUBAT DENGAN JAMPI DAN TANGKAL
(BILANGAN 157 BAHAGIAN PERTAMA)

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu

`Ala Rasulillah, Wa’ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
Para ulama secara prinsipnya tidak berbeza pandangan mengenai ketetapan harus berubat dengan jampi dan tangkal. Terdapat beberapa jumlah dalil terdiri daripada ayat Al-Qur’an dan hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang dijadikan sebagai sandaran untuk menyokong ketetapan hukum tersebut, di mana sebahagiannya akan disebutkan kemudian.

Namun begitu, ketetapan hukum tersebut bukanlah secara mutlak tanpa terikat kepada batasan-batasan tertentu. Islam tidak membiarkan penganutnya bebas begitu saja tanpa meletakkan batas tertentu. Tujuannya ialah bukan untuk mengongkong, tetapi adalah demi mempastikan mereka tidak tergelincir dari landasan syariat yang sebenar dan memelihara kesucian Islam dari bercampur dengan anasir-anasir yang berlawanan dengan syariat Allah Subhanahu wa ta‘ala, umpamanya anasir syirik, sihir, khurafat dan sebagainya.

Jadi, apakah batasan-batasan yang perlu dijaga sehingga dengan itu berubat dengan jampi dan tangkal tidak dianggap sesuatu yang bertentangan dengan hukum syara‘?

Sebelum itu, perlu dijelaskan bahawa batasan-batasan syara‘ dalam konteks ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu:

1) Batasan-batasan syara‘ khusus bagi jampi dan tangkal.
2) Batasan-batasan syara‘ khusus bagi penjampi.
3) Batasan-batasan syara‘ khusus bagi orang yang dirawat.

BATASAN-BATASAN SYARAK KHUSUS BAGI JAMPI ATAU TANGKAL :

1) Hendaklah bersumber daripada Al-Qur’an atau Sunnah Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Para ulama fiqh bersepakat mengatakan bahawa tangkal dan jampi yang dibenarkan hendaklah bersumber daripada Al-Qur’an atau Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, ataupun tidak bercanggah dengan kehendak kedua-dua sumber tersebut. Oleh itu, harus berubat dengan jampi dan tangkal yang mengandungi ayat-ayat Al-Qur’an, nama-nama dan sifat-sifatNya Allah yang Maha Mulia, zikir-zikir dan doa-doa yang terdapat di dalam Al-Qur’an dan Sunnah Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Hal ini adalah berdasarkan sebuah hadits diriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu ‘anhu beliau berkata yang maksudnya :

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang daripada jampian. Lalu keluarga ‘Amr bin Hazm datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, mereka berkata: “Wahai Rasulullah, kami mempunyai jampi yang boleh kami gunakan untuk menjampi sengatan kala, sedangkan engkau melarang jampian.”

Jabir berkata:

“Kemudian mereka pun memperlihatkan jampi mereka kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Lantas Baginda bersabda: “Aku tidak nampak ianya menjadi apa-apa, barangsiapa di antara kamu yang boleh menolong saudaranya maka tolonglah dia.”
(Hadits riwayat Muslim)

Perbuatan keluarga ‘Amr bin Hazm memperlihatkan jampi mereka kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam di dalam hadits di atas tujuannya ialah untuk memperlihatkan Baginda adakah jampi mereka bercanggah dengan syariat Islam ataupun tidak? Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam membenarkannya.

Maka dengan sebab itu, setiap jampi atau tangkal yang hendak diamal atau dipakai itu tidak boleh bersumber daripada selain Al-Qur’an dan Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ataupun yang bercanggah dengannya.

2) Tidak mengandungi syirik:

Syirik ialah suatu perbuatan menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain iaitu menyembah selain Allah, atau percaya kepada sesuatu benda mempunyai kuasa menyembuh, menyelamatkan daripada malapetaka, mendatangkan keuntungan atau sebagainya juga merupakan perbuatan syirik.

Dosa syirik merupakan sebesar-besar dosa sebagaimana firman Allah Ta‘ala yang tafsirnya :

“Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.”
(Surah An-Nisaa’, ayat 48)

Firman Allah Ta‘ala di dalam ayat yang lain yang tafsirnya :

“Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua) maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.”
(Surah An-Nisaa’, ayat 116)

Sehubungan dengan itu, jampi mentera dan tangkal yang mengandungi apa-apa jua unsur syirik adalah dilarang menurut hukum syara‘. Diriwayatkan daripada ‘Auf bin Malik Al-Asyja‘e, beliau berkata yang maksudnya :

“Kami pada zaman jahiliah dahulu mengamalkan jampi, lalu kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapatmu mengenai hal itu?” Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Perlihatkan kepada ku jampi-jampi kamu itu, tidak menjadi apa-apa mengamalkan jampi selama mana tidak mengandungi di dalamnya syirik.”
(Hadits riwayat Muslim dan Abu Daud)

Maka berdasarkan hadits di atas jelas bahawa berubat menggunakan jampi atau tangkal yang mengandungi unsur syirik adalah tidak diharuskan, walaupun jampi atau tangkal seumpama itu memberi kesan yang positif kepada pemakainya, pesakit yang dijampi atau seumpamanya. Begitu juga halnya jampi dan tangkal yang mengandungi perkataan-perkataan kufur.

3) Tidak mengandungi unsur-unsur sihir:

Menurut Al-Imam An-Nawawi Rahimahullahu Ta‘ala, para ulama secara ijma‘ mengatakan bahawa mengamalkan sihir itu hukumnya adalah haram. Maka dalam hal ini, tidak hairanlah jika para ulama bersepakat menegaskan tentang larangan berubat dengan jampi dan tangkal yang mengandungi unsur-unsur sihir.

Apa yang dimaksudkan dengan sihir di dalam konteks ini ialah orang yang menjampi atau pembuat tangkal itu meminta bantuan kepada jin atau syaitan dalam jampi menteranya.

Di antara dalil-dalil yang diboleh dikemukakan sebagai sandaran untuk menegaskan tentang larangan sihir itu sebagaimana firman Allah Ta‘ala yang tafsirnya :

“Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada.”
(Surah Thaha, ayat 69)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, daripada Nabi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam Baginda bersabda yang maksudnya :

“Jauhilah tujuh perkara maksiat.” Para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, apakah itu?”. Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Mensekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan hak, makan riba, makan harta anak yatim, berpaling dari medan pertempuran perang dan menuduh berbuat zina kepada perempuan-perempuan yang baik-baik dan beriman yang tidak terfikir untuk melakukan maksiat.”

(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Orang yang mengamalkan sihir tidak akan mendapat pertolongan daripada syaitan untuk menunaikan hajatnya melainkan setelah dia mempertaruhkan atau menggadaikan agamanya dan aqidahnya, dan merosakkannya demi menjunjung ketaatan kepada perintah syaitan, seterusnya berbuat dosa kepada Allah dan menyembah selain Allah.

Diceritakan suatu kisah berlaku pada awal abad ini mengenai seorang ahli sihir yang tinggal di bahagian sebelah atas negeri Mesir. Di antara kepandaiannya, beliau pernah meminta beberapa orang supaya mencampakkan cincin mereka ke dalam laut. Apabila mereka mencampakkannya beliau akan mengembalikannya semula kepada mereka. Selain itu, beliau juga boleh melakukan banyak perkara-perkara lain yang aneh dan luar biasa. Pada suatu hari beliau pun meninggal dunia. Setelah itu, anaknya ingin mengikut jejak langkah bapanya untuk melakukan pekerjaan sebagaimana yang dilakukan oleh bapanya sebelum ini. Akan tetapi ibunya membantah dan melarangnya daripada berbuat demikian. Lalu si anak pun bertanya kepada ibunya, apakah gerangan sebab dia dilarang mengikut jejak langkah bapanya? Kemudian ibunya membuka almari dan mengeluarkan patung daripada almari tersebut sambil berkata: “Sesungguhnya bapa mu dulu menyembah patung ini supaya syaitan memberi pertolongan kepadanya untuk melakukan sesuatu yang luar biasa. Oleh itu, jangan engkau menjadi kafir sebagaimana bapa mu telah menjadi kafir.”

Oleh yang demikian, nyatalah bahawa sihir itu boleh menyebabkan pengamalnya terseret kepada perbuatan dosa yang amat besar, dan dengan itu juga orang yang meminta pertolongan dengan pengamal ilmu sihir akan sama-sama mendapat dosa. Jadi, berubat dengan jampi mentera atau tangkal yang mengandungi unsur sihir itu adalah ditegah oleh syara‘.

Bersambung…

Sumber : Mufti Brunei

RAHSIA AIR





Tidak pernah kita berfikir tentang air.....rahsia-rahsia yang air itu memegang, rahsia di sebalik rahsia, kekuatannya, faedahnya, dan lagi dan lagi dan lagi.......

Maha Suci Allah yang telah mencipta mahkluk yang bernama air ini....! Sesungguhnya ia adalah makhluk yang paling setia dan amat sekali peka dan menjalankan perintah Tuhannya!

Di dalam Al-Quran ada menyatakan peratusan Hydrogen (air) ini adalah 72% dan bakinya tanah adalah hanya 28% sahaja. Tubuh badan manusia adalah kekunci kepada rahsia air ini. Rahsia manusia ada jaluran elektrik yang dinamakan AURA atau SIRR atau Cahaya adalah kerana rahsia air ini juga! Lupakah kita sewaktu dalam kandungan perut ibu di dalam kandungan air semata-mata?

Air diperakui oleh saintis sedunia sebagai alat perakam terbaik sekali kerana ketepatannya apabila disukat pada dasarnya. Air sebenarnya boleh merakam setiap gema getaran yang dihadirkan baik dari bunyi termasuk dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita (tanpa kata-kata). Itulah keistimewaan air yang kita sangka hanya untuk pembersihan semata-mata.

Mari kita berfikir sejenak tentang kelebihan dan kebesaran air....Islam mendidik kita mengambil wuduk dengan air dengan niat, begitu juga dengan mandian dari hadas kecil ataupun besar yang harus di letakkan dengan niat. Tidakkah kita pernah terfikir air itu sedang merakam niat kita?

Persidangan air sedunia baru-baru ini di salah sebuah Universiti di Malaysia membuktikan segala fakta tentang air. Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa akan "kehebatannya". Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang sedang di uji itu. Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk Air Zam-Zam diuji dan dikenal pasti.

Sesuatu yang nyata adalah Air Zam-Zam sahajalah air yang begitu kukuh dalam merakam segala perubahan pada kadar gelombang alam semesta ini dan strukturnya begitu kukuh (segi tiga). Keunikan Air Zam-Zam ini juga adalah strukturnya tidak berubah, ia tidak akan terjejas di dalam apa sekali pun tekanan yang sedang diberikan padanya. Ia tetap utuh sehinggakan seorang Professor dari Jepun memeluk agama Islam kerana keunikan Air Zam-Zam yang beliau ketahui hanya ada di Kaabah.

Lagi satu kehebatan air Zam-Zam ini adalah ia sahaja didapati boleh merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu-waktu yang tertentu.
Rahsia kehebatan air begitu terserlah apabila rahsia di Kaabah disingkap. Di bawah 4 penjuru (4 segi) bentuk Kaabah ada terkadung rahsia air yang bersifat Alkali. Itulah dia Air Zam-Zam, air yang merakam segala niat jemaah-jemaah yang datang secara gema gelombang, penyerahan yang harus di tekad niatkan dan sebaliknya bukan niat yang negatif umpama menunjuk-nunjuk, angkuh-sombong, riak-takbur dan sebagainya.

Betapa ramai yang telah kita dengar akan jemaah yang tersesat dari dapat keluar dari pintu Masjidil Haram, juga yang tersesat balik ke Hotel, juga hilang entah ke mana, hanya menyimpan niat yang negatif, maka terakamlah segala niat kita maka dimakbulkan akan permintaan tadi sebagai suatu ujian getir dan diterbalikan segala niat kita agar menjadi suatu peringatan supaya insaf dan sedar!

Hanya mereka yang benar-benar ingin mengambil tahu akan rahsia kehebatan air ini yang akan mendapat ganjaran kehebatan dan keunikan air ini. Di Kaabah, apabila niat kita benar-benar ikhlas, memohonkan ampun dan taubat, maka dengan sendirinya, kekuatan air iaitu Air Zam-Zam merakam niat jemaah tadi. Setelah ia melakukan tawaf 7 kali pusingan ke kanan, maka di situlah berlaku resonans (pusingan dengan geseran sesama manusia) maka penyerapan dosa-dosa itu terjadi, Insyaallah iaitu rahsia Kaabah yang memegang rahsia hitam serta Hajar Aswad yang juga hitam. Jemaah itu akan terasa begitu hening, tenang serta lapang jesteru akan terasa sebak lalu menangis teresak-esak kerana dapat merasakan kebesaran Allah SWT semata-mata.

Sebenarnya rahsia Kaabah dan Hajar Aswad ini adalah rahsia pada kejadian manusia di dalam perut. Majalah Medical Journal keluaran tahun 2000 ada menyatakan bahawa saintis mendapati apabila air mani dari lelaki memasuki ruang rahim wanita, berjuta-juta sperma berenang arah kanan ke kiri sebanyak 7 kali pusingan sebelum hanya satu sperma yang berjaya bercantum dengan telur maka persenyawaan pun terjadi (Alif terbit) maka samalah dengan rahsia pusingan jemaah di Kaabah iaitu apabila penyerahan adalah bersungguh-sungguh, penyerapan dosa akan terjadi, ciuman Hajar Aswad seakan-akan kita baru sahaja dijadikan iaitu bersih dari segala dosa!

Maha Suci Allah yang Maha Pencipta, Maha Pengasih, Maha Penyayang pada hamba-hambanya. Apa yang disangkakan alam yang besar di dunia ini rupa-rupanya hanyalah kecil sahaja kerana "alam pada diri manusia" itu jauh lebih besar dan memegang segala rahsia luaran dan dalaman. Maka benarlah kata-kata Rasullullah SAW marhumnya :-

"Kenalilah diri kamu rata-rata, barulah kamu kenal Tuhan yang nyata".

Cerita tentang kehebatan air baru-baru ini menjadi bualan sedunia iaitu kejadian TSUNAMI! Apakah ia suatu Malapetaka atau pun bencana semata-mata tujuan untuk menyusahkan hamba-hambaNya???

Mustahil jawapannya jika Allah berbuat demikian tanpa sesuatu Hikmah disebalik yang dijadikan!!! Cuba lihat petikan dari akhbar Harian Metro 13/1/2005 :-

Katanya, ada dakwaan daripada penduduk Aceh mengatakan tsunami yang melanda Aceh satu musibah daripada sikap sesetengah pihak mengadakan tarian bogel sempena sambutan Krismas, baru-baru ini.

"Berita itu cukup heboh diperkatakan orang di sana (Aceh) dan saya diberitahu satu pesta arak diadakan di Pos Polis dekat Meulaboh dan polis disitu memaksa beberapa wanita Islam minum arak lalu mabuk dan menari tarian bogel.

"Dakwaan penduduk Aceh itu mungkin ada kebenarannya tetapi apa yang datang itu sememangnya adalah kehendak dan ketentuan Allah namun saya tetap bersyukur kerana keluarga saya terselamat," katanya.

Petikan dari En Dannie Dahalan yang diwawancara wartawan.

Air adalah sumber penyucian. Ia berupaya merakam gema serta niat, umpama kita mengambil wuduk membaca niat, mandi wajib berniat dan sebagainya... Setiap tempat yang sudah pun Bertekanan Rendah, akan berlaku pelbagai istilah "musibah" yang "berbunyi" umpama taufan, ombak, gempa bumi dan pelbagai lagi untuk menyerap/seimbangkan semula gema/vibration kepada tahap tenaga asal tempat-tempat itu. Tidak lain tidak bukan Allah Maha Pengasih Maha Penyayang menghantar suatu "Isyarat" agar jangan kita "terbuai dan terhanyut jauh" oleh nafsu nafsi dan kembali ke pangkal jalanNya!

Cuba lihat tarikh Tsunami serta beberapa kejadian seumpama(bencana alam)berlaku iaitu pada 26th (8). Lapan Kehancuran/Kemusnahan/Kematian/Jalan Mati.Semoga kita menjadikan istilah ini sebagai suatu pengajaran/keinsafan, InsyaAllah!

Petikan dari Pusat Rawatan CVT

TERAPI MANDIAN BUNGA, LIMAU DAN GARAM

MANDI BUNGA (menjadikan tubuh badan lebih cantik dan wangi)

Sebenarnya bunga-bungaan yang dijadikan oleh Allah Taala dengan berbagai-bagai keindahan warnanya ada kelebihannya. Sebab apa lebah mendekati bunga dan sanggup terbang berbatu-batu jauhnya demi kerana kuntuman bunga yang mekar. Ini adalah kerana madunya yang manis. Itulah sebabnya mandian bunga amat baik dan berkhasiat untuk menjadikan tubuh badan wanita sentiasa terkawal daripada berbau busuk kerana peluh. Madu bunga yang hanya tidak beberapa titik di setiap kuntumannya adalah amat baik untuk memulihkan semula kulit badan yang kendur.

Antara faktor mandian bunga mampu menjadikan diri awet muda ialah :

1. Madu yang terdapat didalam kuntuman bunga boleh memberikan ketegangan kulit badan
anda.
2. Warna warni di kelopak bunga mampu memberikan kembali kulit tubuh badan kembali
cerah.
3. Keharuman pada setiap kuntuman bunga akan membentuk keharuman tubuh anda.

Mandi bunga pelbagai hajat... Banyak kelebihannya dengan mandi bunga,pada rawatan mandi bunga... Mandi bunga adalah terapi diri agar lebih tenang dan menyerlahkan aura dalaman seseorang. Terbuka utk semua golongan.

Antara kelebihan mandi bunga:

- Menghilangkan bau badan
- Menghilangkan penyakit migrain ( yg berkaitan saraf )
- Menyegarkan badan
- Mencantikkan kulit
- Melambatkan proses penuaan
- Menaikkan aura dalaman agar kelihatan ceria dan berseri-seri
- penaik dan pelaris diri bagi usahawan atau peniagaan
- Memudahkan mendapatkan pekerjaaan



MANDI LIMAU

Limau nipis mempunyai satu keunikan di dalam menyelesaikan masalah kesihatan. Bau dan masam limau nipis ini mampu membantu merawat beberapa penyakit disamping ianya di jampi dengan berbagai-bagai ayat-ayat suci al-Quran.

Air limau nipis bukan sahaja menyegarkan tubuh badan, malahan ianya mampu menyembuhkan penyakit kulit dan kelimumur. Antara pelbagai khasiat air limau nipis adalah :

1. Mabuk ubat dan keracunan
2. Menajamkan mata
3. Memulihkan stroke (mati sebelah badan)
4. Menghilangkan kepanasan
5. Menguatkan paru-paru
6. Ubat pening kepala (pencair darah beku)
7. Ubat kembung perut (orang dewasa)
8. Penyakit ginjal
9. Menghilangkan anika rasa sakit(kulitnya digosok pada anggota yang sakit)
10.Memulihkan urat yang terseliuh.
11.Mengelokkan suara
12.Bengkak kelenjar pangkal lidah atau leher.

Mandian limau juga digunakan untuk merawat peyakit seperti :

- terkena gangguan mahkluk halus
- sihir
- gangguan jiwa
- hilang ingatan
- badan berbau
- baik untuk membuang bisa-bisa badan
- lenguh sendi, menghindari
- memulihkan tenaga
- menghindari migrain
- memperkuat tenaga batin dan masalah mati pucuk untuk lelaki.




Mandi Garam

Hadis riwayat Ibnu majah dalam Sunannya menerusi hadis Anas secara marfu :

"Penghulu segala lauk adalah garam" Dikatakan sebagai 'penghulu', kerana boleh memperbaiki kualiti dan boleh memantapkan rasa, sebab kebanyakkan lauk pauk hanya akan menjadi lazat jika dicampur dengan garam.

Menurut Al-Baghawi dalam Tafsirnya dari Abdullah bin Umar secara marfu` :

"Sesungguhnya Allah menurunkan empat berkat dari langit ke bumi : Besi, api, air, dan garam."

Garam memang boleh menambah kualiti tubuh badan dan kualiti makanan mereka, bahkan boleh menambah kualiti segala sesuatu yang dicampur dengannya seperti emas dan perak. Sebabnya adalah kerana garam mengandungi tenaga yang membuat emas semakin kuning dan perak semakin putih berklat. Garam mengandungi unsur pembersih ,penghilang lendir, penyerap dan unsur yang mmenguatkan tubuh serta mencegah bau busuk dan kerosakan. Boleh juga mengubat kudis bernanah.

Selain itu, garam juga berkhasiat :

- Membuang tenaga negatif dan memulihkan aura.
- Memberi ketenangan ketahap frekuensi gelombang alpha
- kesegaran
- menghaluskan kulit
- merawat penyakit Kulit dan Dalaman secara semulajadi.


Saya hanya memasukkan fadilat ayat-ayat al-quran kedalam bunga, limau dan garam. Anda hanya perlu sediakan barang-barang yg akan saya beritahu nanti. Bagi pesakit yang mengalami maslah penyakit kronik seperti kanser juga digalakkan mandi bunga bagi menstabilkan getaran warna badan bagi melawan virus . Memasukan fadilat ayat-ayat al-quran juga dikenali syifa. Dengan kekuatan ayat-ayat syifa berserta barangan semulajadi insya allah mempercepatkan proses penyembuhan penyakit.


"Katakanlah wahai Muhammad,tuhanku ialah ALLAH yang maha Esa,ALLAH yang menjadi tempat tumpuan sekalian mahkluk untuk memohon sebarang hajat, Ia tiada beranak dan juga ia pula tidak diperanakan.dan tiada siapapun yang setara dengannya." (maksud surah Al-Ikhlas)

MANAFAAT BUNGA UNTUK KESIHATAN

Oleh : Sisableng

TERNYATA, dari penelitian ilmiah, mandi bunga itu dapat membersihkan cakra sebagai pusat energi manusia yang pada proses selanjutnya dapat menguatkan medan aura. Maka, pengantin yang dalam kesehariannya nampak ”biasa-biasa” saja, setelah mandi bunga, memiliki daya magnet tersendiri yang membuat siapa pun yang memandangnya merasa lebih terpesona karena ”kerja” dari auranya yang sudah dibersihkan.

Proses penguatan dan pembersihan aura itu, berawal dari meningkatnya kesegaran fisik dan psikisnya yang salah satunya didapatkan melalui mandi bunga. Bahkan, selain energi bunga, bau (harum) bunga-bunga tertentu itu, juga dapat mempengaruhi pusat saraf manusia untuk beraktivitas yang serba positif.

Dari berbagai literatur kitab-kitab klasik, manfaat bunga banyak kita temukan. Dan Jalaluddin Abdurrahman As-Suyuthi pun banyak mengupas tentang manfaat bunga mawar yang disebut sebagai raja bunga, melati sebagai penenang, teratai, pacar atau inai, dan sebagainya. Dan yang membongkar total misteri di balik bunga itu, justru orang yang tidak pernah menjalani laku tirakat, yaitu, seorang dokter asal Inggris, Edward Bach pada tahun 1930.

Amoterapi

Selain energinya, bunga juga memiliki bau yang khas. Penelitian yang dilakukan beberapa dokter jiwa di Inggris, setiap berkumpul 100 holligan, maka di situ muncul bau khas, yang pada dasarnya bau itu tidak dapat dicium, namun hakikatnya ada. Yaitu, bau yang merangsang saraf massa untuk berprilaku brutal.

Yang menjadi pertanyaan, jika Tuhan menciptakan bau yang merangsang orang menjadi beringas, tentu Tuhan pun menciptakan bau khas yang lain sebagai penyeimbang dalam kehidupan. Artinya, ketika ada yang negatif, tentu ada yang positif. Diyakini sepenuhnya bau yang positif itu dapat diperoleh dari bau (harum) bunga-bungaan, dan dari sini pula kemudian muncul apa yang disebut Aromaterapi. Yakni, penyembuhan dengan memanfaatkan bau bunga-bungaan tertentu.

Sebelum tahun 1350 M Jalaluddin Abdurrahman As-Suyuthi sudah mengupas tentang manfaat berbagai bunga. Misalnya, bunga mawar yang olehnya disebut sebagai bunga yang bermanfaat untuk memperkuat perut serta membantu pencernaan, dan sebagainya.
Nenek moyang kita meyakini bau khas bunga-bungaan yang pada umumnya wangi jika tercium, atau bentuknya yang indah jika dilihat, maka secara alami hal itu mendatangkan rasa nyaman dalam perasaan. Orang moderen menyebut proses ini dengan istilah rileksasi. Yaitu, mengendorkan trauma emosional sebagai penyebab utama datangnya penyakit.

Menurut para peneliti, ada lima langkah sederhana mencapai kesehatan secara menyeluruh. Yaitu:

- Melepaskan hambatan atau blocking energi yang disebabkan oleh ketidakharmonisan emosional dan spiritual.
- Melawan vibrasi beracun disebabkan oleh kehidupan modern.
- Menstabilkan emosi, hal ini memungkinkan tubuh untuk membereskan problem fisik yang terkait dengan hal tersebut.
- Membantu asimilasi gizi dalam tubuh.
- Mendukung kemampuan alami penyembuhan yang dimiliki tubuh hingga tingkat yang sangat mendalam.

Trauma emosional salah satu problem yang paling mengganggu dalam kehidupan kita. Misalnya, orang yang merasa hidupnya bahagia dan dapat mengisi waktu-waktunya untuk hal-hal yang bermanfaat serta menyenangkan hatinya, pada umumnya jarang sakit.
Sebaliknya, orang yang merasa hidupnya kurang bahagia (sial) dan waktu-waktunya dihabiskan untuk hal-hal yang bertentangan dengan apa yang disukainya, maka ia menjadi mudah sakit akibat faktor kejiwaan (psikis).

Hanya mengandalkan vitamin saja, umpamanya, kesehatan yang hakiki tidak mungkin dapat diraih. Mengapa? Adanya blocking energi akibat hal-hal yang psikis itu, seseorang mudah terganggu pencernaannya, dan ini pun akan menguras gizi yang ada dalam tubuh kita.

Mandi Bunga

Tetapi energi, semisal dengan vibrasi energi bunga, bekerja untuk menstabilkan medan energi, maka sistem pencernaan pun berfungsi dengan baik. Sehingga tubuh memiliki kemampuan melakukan asimilasi gizi. sementara metode untuk memanfaatkan energi bunga yaitu, mandi bunga, dan cara modern tidak harus tujuh rupa serta tidak harus pada tengah malam. Karena jika fisik kurang fit, malah masuk angin atau kambuh rematiknya.

Manfaat mandi bunga dengan mudah dirasakan ketika seseorang dalam kondisi sedang gelisah, tegang atau stres. Karena itu, orang-orang tradisional mengobati orang yang jiwanya sedang terganggu dengan cara dimandikan air bunga, bahkan termasuk orang yang telat umur belum juga menikah pun disarankan agar sering mandi bunga tujuh.
Bagaimana memanfaatkan bunga? Ada berbagai cara menggunakan bunga sebagai obat. Yaitu, sebagai obat oral (dimasukkan/dimakan) dan sebagai obat luar. Namun ada cara yang mudah dan dapat dilakukan oleh siapa pun. Cara termudah memanfaatkan bunga untuk diambil energinya, adalah dengan cara yang sudah dikenal oleh nenek moyang kita berabad-abad silam. Yakni mandi bunga.

Menurut para pakar, memanfaatkan energi bunga yang benar adalah:

- Masukkan berbagai bunga yang sedang mekar penuh, yang memiliki energi positif (semisal: mawar, melati, kenanga, dll) ke dalam wadah (ember, dll) berisi air putih (bersih). Lebih sempurna jika wadah itu terbuat dari kristal, karena bahan ini memiliki daya serap lebih tinggi sehingga meningkatkan kekuatan vibrasi.

- Jemur pada sinar matahari minimal 3 jam. Lebih lama lebih baik. Sinar matahari membantu melepaskan energi bunga ke dalam air. Ketika bunga-bunga itu sudah layu, maka energi bunganya sudah menyatu dengan air dan siap digunakan untuk mandi.

- Dalam proses menjemur bunga dalam air pada panas matahari, sebaiknya dilakukan sendiri. Usahakan orang lain tidak ikut membantu atau menyentuhnya. Ini berkaitan dengan kemungkinan terjadinya proses pemindahan energi bunga.

- Setelah dianggap cukup waktu, diamkan sejenak, atau gunakan air bunga itu untuk mandi setelah airnya dingin. Dan air bunga itu dapat digunakan sebagai obat.

Sedangkan untuk mempertahankan energinya, pindahkan air itu ke dalam botol kedap cahaya dan menjauhkannya dari cahaya matahari secara langsung. Untuk mempertahankan energi, dapat menyampur air itu dengan alkohol, atau beberapa tetes Brendy sebelum disimpan.

Cara mengambil energi bunga yang paling sederhana ini sering digunakan untuk tujuan rileksasi. Bahkan pada kalangan tertentu cara ini digunakan untuk terapi dari gangguan kejiwaan (depresi, stres, dll).

Dari pengamatan Dr Bach, setelah mengamati banyak manusia, ia menyimpulkan sikap mental, seperti ketakutan, kecemasan, tidak percaya diri dan rasa ingin memiliki itu sama artinya dengan menyiapkan dirinya menghadapi serangan penyakit.

Sebaliknya, jika pola pikir orang itu menjadi positif, melalui penggunaan terapi bunga atau terapi energi lainnya, maka penyakit akan pergi karena tidak dapat bertahan lebih lama lagi.

Dr Bach menyadari kerusakan yang ditimbulkan oleh penyakit, ada kemungkinan sulit diperbaiki lagi, tetapi ia meyakini banyak penyakit dapat dihindarkan dengan mengubah sikap mental. Jadi, obat-obatan versi Bach (dengan energi bunga) juga dimanfaatkan untuk mencegah penyakit sekaligus mengurangi pengaruh dari situasi dan kondisi yang tidak dapat dihindarkan.

Sebagai Obat

Dalam hal memanfaatkan energi bunga sebagai obat, ada yang menggunakan cara mengumpulkan embun pagi (yang masih hangat) dari bunga-bungaan tertentu. Atau menempatkan bermacam-macam bunga dalam suatu wadah lalu dilayukan pada panas matahari terlebih dahulu.

Untuk pengobatan dari penyakit yang disebabkan oleh pola hidup yang salah, harus dicari sikap hidup yang paling menonjol pada diri pasien. Pada umumnya, terdapat lebih dari satu sikap yang menonjol sehingga digunakan lebih dari satu jenis bunga yang disesuaikan dengan penyakit yang dialami. Sebagian besar penyakit yang terjadi, menurut falsafah Timur, penyebabnya adalah adanya gangguan pada mental, emosional dan spiritual. Artinya, ketika seseorang sudah mulai rileks, maka sakitnya pun mulai berkurang, atau bahkan sembuh.

Pemanfaatan energi bunga ini, oleh pakar aura sudah diteliti kebenarannya. Terbukti, setelah memanfaatkan energi bunga dalam bentuk tablet/pil, atau dengan cara mandi bunga secara konvensional, foto aura menunjukkan perubahan yang lebih positif. Dari sisi mental, emosional maupun spiritual, cakra lebih aktif, aura pun lebih terang dan kuat.

Berbagai penyakit yang terjadi pada diri seseorang, penyebab terbesarnya adalah faktor kejiwaan. Artinya, ketika jiwa seseorang sedang dalam problem, maka fisiknya pun terbawa sakit. Namun demikian, tidak setiap penyakit itu timbul dari faktor kejiwaan (psikis). Dalam kitab klasik ”At-Thibbun Nabawi” dijelaskan penyakit disebabkan oleh gangguan cuaca, salah makan (racun), luka, gangguan makhluk halus dan faktor kejiwaan. Dalam penelitian para ahli, dari lima penyebab itu, faktor kejiwaanlah yang paling mendominasi.