Friday, December 9, 2011

KEHADIRAN ROHANIAH DI SISI MANUSIA

Panggilkan ....Roh si pulan ke mari .....
Oleh : Sang Karut


" Panggilkan ! ..........roh si pulan ke mari .... " Lalu roh sipulan pun masuk ke sarung dan proses perubatan dijalankan ...... begitulah lebih kurang ayatnya apabila TK berikhtiar mengubati para pesakitnya ....

Jadi persoalannya ....bagaimana hendak pastikan yg hadir itu roh si Pulan atau si Pulanah yg sebenar .....

Artikal ini cuba menjawab persoalan yg bermain di minda para pembaca Blog


TINGKATAN ALAM ROH

Apabila seseorang itu sudah meninggal maka rohnya akan ditempatkan di tempat yg telah di tetapkan oleh Allah s.w.t .


TEMPAT TINGGAL ROH YANG TERTINGGI

Kita sering mendengar si Pulan telah kembali ke rahmatullah alaih ...semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas rohnya ...Sebenarnya tempat tinggal yg tertinggi bagi roh manusia ialah di bawah naungan rahmat Allah , atau bersama hadrat Allah s.w.t .

Roh yg macamana jenisnya tu ? Sebenarnya Roh yg layak tinggal di sana ialah roh Para Rasul dan Para Nabi a.s .Darjat paling rendah seorang nabi ialah Baqo fil lah . Menurut Ilmu yg cetek dan dangkal ini jika diukur menggunakan % .Tahap rohaniahnya melebihi 150% . Nanti saya akan terangkan tahap-tahap rohaniah manusia .

Baqo' Fillah ialah darjat yg paling tinggi bagi seorang manusia biasa ..yg biasanya manusia yg mempunyai darjat itu di gelar di alam rohaniah sebagai wali kutub . Wali kutub mempunyai saiz rohaniah sebanyak 150% dan ke atas . wallah a'lam .

Tingkat yg ke dua tertinggi di kawasan rahmatullah alaih ialah tempat tinggal para wali-wali besar iaitu yg mempunyai saiz rohaniah 100% hingga 150% .

Kemudian tingkat yg ke 3 tertinggi ialah tempat tinggalnya di alam jin iaitu roh -roh orang-orang yg beriman yg saiz rohaniahnya dari 50% hingga 100% .

Saya ambil kata-kata Almarhum Gusti Sang Perabu " Berapa ramai wali-wali Allah mati sangkut di alam jin "

Nampaknya seolah-olah tidak beruntung sama sekali wali-wali itu , mereka sangkut di alam jin! ..wali mati sangkut di alam jin!. Jangan buruk sangka ... mereka hidup bahagia di sana dan tidak susah dan tidak berduka cita . Kedudukan mereka adalah di tempat yg tertinggi di alam jin . Segala jenis jin akan tunduk kepada mereka .Mereka menjadi penguasa di sana . Cth-cth wali yg wafat yg sangkut di alam jin ialah seperti semua wali songo , Hang Tuah , Tok Kenali dsb .

Kemudian kita beralih ke tingkat yg ke 4 tertinggi ialah manusia yg beriman tetapi saiz rohaniahnya di bawah 50% dan ke bawah .. Mereka ini tidak masuk ke alam jin di antara mereka duduk diam di kubur masing-masing .Ada di antara mereka yg sangkut di antara langit dan bumi iaitu roh yg bergentayangan . Roh -roh ini berkeliaran di jalan-jalan raya , duduk di pokok -pokok dan di mana-mana di permukaan bumi Allah s.w.t ini . Hati mereka buta yg bermaksud pemandangan di sana gelap gelita seperti waktu malam yg tidak berlampu .Malangnya keadaan seperti itu berlanjutan sehingga hari kiamat .

Ya Allah janganlah Engkau matikan kami seperti golongan ini !....

Manakala tingkatan yg terakhir pula ataupun yg paling bawah pula ialah roh orang yg tidak beriman iaitu jika diukur dalam bentuk % hasilnya ialah negatif . Kedudukan mereka di bawah kerak bumi di rendam dengan cairan logam-logam di pusat bumi sementara menunggu hari kiamat .

Firman Allah Taala : "Mereka Wahai Muahammad bertanya kepada mu tentang roh ,Maka jawablah ..Katakanlah urusan roh adalah urusan tuhan ku , dan tidak diberi ilmu tentang roh kepada kamu melainkan hanya sedikit ."


SUKATAN ROHANIAH MANUSIA

Di dalam jasad manusia terdapat 3 unsur yg sering mempengaruhi manusia iaitu roh ,nafsu dan akal . Jika Rohnya besar maka nafsunya kecil dan sering kali akal akan seiring dengan rohnya dalm proses tumbesaran. cth jika rohnya hanya 30% maka nafsunya 70% dan akalnya juga 30% mengikut saiz rohnya tadi . Maka manusia yg sebegini sering terkalahkan nafsunya ,jika dicampurkan 30% kekuatan rohaniah dengan 30% kekuatan akal bersamaan 60 % dan jika dibandingkan dengan nafsu 70% maka secara logiknya manusia itu akan kalah dengan nafsunya dan sentiasa mengikut nafsu dalam tingkah lakunya di sepanjang harinya .

Manakala jika kekuatan rohaniahnya 50% dicampurkan dengan kekuatan akalnya 50% bersamaan 100% berbanding dengan kekuatan nafsunya iaitu 50% maka manusia yg memiliki tingkatan roh ini akan sentiasa menang dan amalan sehariannya adalah kerana Allah dan bukan kerana nafsunya .Jadi manusia ini adalah manusia yg berjaya di dunia dan akhirat .

Manakala manusia yg memiliki saiz rohaniahnya 100% ialah manusia yg sudah hilang pengaruh hawa nafsunya di dalam dirinya .100% kekuatan rohaniah ditambah dengan 100% kekuatan akal bersamaan 200% berbanding 0% nafsu ... maka bertuahlah bagi sesiapa yg dikurniakan anugerah ini drp Allah s.w.t . Manusia yg berkeadaan beginilah sahaja lah yg layak menyambut aidil fitri iaitu kembali kepada fitrah pada setiap hari . Utk makluman para pembaca martabat roh kanak -kanak kecil ialah 100% ...maka fikir-fikirkanlah mengapa kita sebagai ibu bapa yg martabat rohnya rendah sanggup memarahi anak tanpa alasan yg munasabah .

Ini adalah satu kaedah yg mudah difahami oleh masyarakat umum , rohaniah manusia di sukat berdasarkan peratusan seperti 10% 20% 30% dan seterusnya ...jika dirujuk di dalam Al Quran maka kita akan terjumpa jenis -jenis nafsu seperti di bawah ini :

1. Nafsu Ammarah juga bermaksud 20% saiz rohaniahnya
2. Nafsu Lawamah juga bermaksud 30% saiz rohaniahnya
3. Nafsu Mulhimah juga bermaksud 40% saiz rohaniahnya
4. Nafsu Mutmainnah juga bermaksud 50% saiz rohaniahnya
5. Nafsu Radiah juga bermaksud 70% saiz rohaniahnya
6. Nafsu Mardiah juga 80%bermaksud saiz rohaniahnya
7. Nafsu Kamilah juga bermaksud 100% bermaksud saiz rohaniahnya

Begitulah sukatan yg mudah difahami oleh masyarakat umum ... Kita wajiblah berusaha membesarkan rohaniah kita sehingga mencapai sekurang-kurangnya 50% atau nafsu kita menjadi nafsu mutmainnah.

Firman Allah Taala "Wahai nafsu-nafsu yg mutmainnah @ tetap pulanglah ke pangkuan tuhan kamu dalam keadaan reda di redai , masuklah kamu ke dalam golongan hamba-hamba Ku dan masuklah kamu ke dalam surga-Ku "

Maksudnya di sini jika kita mahu digelar sebagai hamba Tuhan @ Allah dan jika kita mahu masuk surga dan jika kita hendak reda kepada Allah dan kita hendak Allah reda kepada kita .tahap rohaniah kita hendaklah sekurang-kurangnya mencapai 50% atau mutmainnah iaitu manusia yg mendapat pasport kegemilangan akhirat .

Tadi saya ada menulis di atas ada segolongan manusia yg mempunyai saiz rohaniahnya lebih darp 100% dan ada juga manusia yg lebih dari 150% .Maka sesiapa yg memiliki kadar rohaniahnya melebihi 100% maka layaklah rohaniahnya di gelar sebagai KAMIL MUKAMIL . Manusia yg mencapai darjat kamil mukamil ini boleh mengkamilkan manusia yg menjadi anak -anak muridnya .


Panggilkan roh sipulan @ sipulanah ke mari ....
Memanggil rohaniah manusia dll ...

Kalau di zaman kegemilangan kewalian pada zaman dahulu seperti yg dikisahkan di kisah-kisah para wali ...seorang manusia bernama Sheikh Abdul Qodir Al Jilani telah dianugerahkan kelebihan daripada Allah s.w.t dapat memanggil roh manusia , malaikat ,jin ,binatang ,tumbuhan dsb . Sheikh Abdul Qodir Al Jilani ini seorang wali yg bertaraf qutub dan jika di sukat saiz rohaniahnya ,Baginda memiliki saiz rohaniah yg melebihi 150% .

Manusia lebih mulia darjatnya drp malaikat ,manusia yg macamana tu ? ,manusia yg macam Sheikh Abdul Qodirlah ,bukan manusia yg macam kita ....saya sudah jelaskan di atas kedudukan roh manusia yg sudah mati di atas . Oleh kerana di atas tempat tinggal roh Sheikh Abdul Qodir ada tempat tinggal roh para rasul dan juga roh para nabi ..maka amat tidak beradab di sisi alam kerohanian memanggil roh para rasul dan nabi datang ...seperti anak kecil memanggil seorang dewasa melakukan sesuatu kerja untuknya ...ataupun seperti rakyat biasa memanggil raja mengadapnya ...

Ataupun jika dipanggil mereka tidak akan datang ... jadi komunikasi diantara manusia biasa dengan roh para rasul dan nabi melalui sarung iaitu dengan memanggilnya ..PANGGILKAN ...sipulan @ sipulan datang ke mari...adalah tidak berlaku ..Mungkin ia akan berlaku dalam bentuk yg lain cthnya mimpi yg benar dsb .wallah a'lam

Tetapi sekiranya Sheikh Abdul Qodir Al Jilani memanggil rohaniah yg darjatnya sama atau ke bawah maka rohaniah manusia itu akan datang samada masuk melalui sarong manusia atau tanpa sarung . Begitu juga sekiranya baginda memanggil Nur malaikat maka malaikat pun akan datang mengadap baginda kerana martabat Baginda sebagai manusia adalah sanggat tinggi melebihi darjat malaikat walaupun malaikat Izrael ataupun malikat Munkar dan Nankir .

Begitu juga apabila baginda memanggil roh jin segala bapak jin cth naga sakti warna kuning keemasan ,ifrit sakti warna emas , hantu-hantu seperti langsuir ,jin tanah pun mereka akan mengadap baginda .

Begitu juga apabila baginda memanggil roh-roh binatang samada binatang ghaib atau binatang yg zahir mereka akan datang mengadap baginda .

Begitu juga apabila baginda memanggil rohaniah tumbuh-tumbuhan dan rohaniah benda -benda yg tidak bernyawa ,mereka akan datang mengadap baginda .

Jadi lesen memanggil ini adalah kurniaan Ilahi dan diberikan kepada Insan yg terpilih sahaja ,mereka yg terpilih ini di gelar sebagai Sang Arif Rabbani . Penguasa roh-roh seluruh alam . Mereka berkemampuan menjadikan roh jahat menjadi baik .

Penjelasan berkenaan isu ini pun ramai manusia yg tidak bersetuju ...terpulanglah kepada pembaca-pembaca budiman , artikal ini hanyalah dogengan sahaja yg ditulis oleh sang yg suka mengarut -karut .

Mudah-mudahan penjelasan ini dapat membuka pengetahuan yg tersembunyi ..jika anda mahu maju maka terimalah apa-apa ilmu yg datang ...jika anda membatasi maka anda akan jumud . contohilah orang barat ... adakah anda tahu bagaimana orang barat dapat membayangkan makluk asing yg dilebelkan sebagai PREDETOR ? ... jika anda ke alam ini nascaya anda dapat jawapannya ...adakah anda tahu dari mana puncanya sistem avatar itu ? anda merasa takjub apabila menonton filem tersebut ...jika anda tahu yg sebenarnya pucanya ialah ........ maka anda baru rasa kehebatan dan kekuasaan Allah s.w.t .

=================================================================

SEBENARNYA ARTIKEL INI TELAH MENJELASKAN MENGAPA SESETENGAH HAMBA-HAMBANYA YANG SOLEH DI DAMPINGI ROHANIAH YANG SUCI IAITU SEBAGAI GURU GHAIB YANG MENDAMPINGINYA DI DALAM MIMPI MAHU PUN DI DALAM SEDAR SEPERTI MELALUI SARONG ATAU BISIKAN HALUS.

MALANGNYA ADA SESETENGAH PERGURUAN MENOLAK KEHADIRAN MEREKA YAKNI MENDAPAT ILMU MELALUI MIMPI ATAU ILMU DARI GURU GHAIB. MEREKA TELAH MEMBUKA PEKUNG DI DADA BAHAWA SESUNGGUHNYA ROHANIAH MEREKA MASIH KOTOR DAN JELEK SEHINGGA TIDAK LAYAK UNTUK MENDAPAT BIMBINGAN PARA ROHANIAH SUCI YANG TERDIRI DARI PARA-PARA WALIY SEPERTI WALIY 9, WALIY 7, HANG TUAH ,TOK KENALI , TOKKU PALOH DAN SEBAGAINYA LAGI.

JADI, BERUSAHALAH UNTUK MENGENAL DIRI AGAR DAPAT MENGENAL TUHAN. BERSIHKAN HATI DARI PENGARUH NAFSU AGAR ROH DAN AKAL BERKUASA MEMERINTAH JASAD SEHINGGA MEMANCAR CAHAYA ROH DARI RAUT WAJAH.

HAKIKAT ROH

ROHANIAH

AMARAN : Karut lagi dongeng . Para pembaca hendaklah mempunyai Ilmu yg luas dan akal yg terbuka serta hati yg bersedia ketika membaca artikal ini . Kami tidak memaksa anda mempercayainya dan nyahkan sahaja jika bercanggah dgn ilmu-ilmu alat tuan -tuan dan puan-puan .

Roh atau rohaniah atau nyawa ...apakah sebenar kepentingannya ? Adakah setakat menjadi agen pengerak sarung @ tubuh @ jasad @ badan . apakah sebenarnya tujuan sarung itu bergerak ? hanya untuk mencari makan? , hanya untuk tidur ? ,hanya untuk belajar dan lulus periksa ? atau berfoya -foya selagi hayat di kandung badan . apakah lagi keperluannya ? . Tidak ada ? ataupun sebenarnya ada ...tetapi tidak pasti .

Hamba selesa menggunakan istilah rohaniah ... adakah roh itu berjantina ? jawabnya tidak ...rohaniah tidak berjantina ..jika ia berjantina maka wujudlah ia nafsu padahal nafsu adalah seteru roh sehinggalah ajal sarung tiba . Dan keadaan keduanya terpisah tetapi dlm sarung yg sama.

Adakah roh itu sentiasa di dalam sarung ? jawapannya tidak ! . Hamba selesa menjenamakan jasad atau tubuh fizikal manusia itu dgn jenama sarung . terpulang kepada tuan /puan pembaca menjenamakan apa atas sarung tuan-tuan dan puan-puan .

Jika rohaniah itu tidak semestinya di dalam ..mengapa boleh jadi begitu ? . Jawapannya kerana Roh itu belum disatukan @ dikahwinkan @ diikat dgn sarungnya .Kadang -kadang rohaniah yg belum dikahwinkan itu masuk juga di dalam sarungnya tetapi secara tidak sah .

Jika rohaniah manusia itu diluar mengapa manusia itu tetap hidup dan tidak pun lemah fizikalnya .Jawapannya . Di dalam sarung manusia terdapat ibu roh ataupun yg dikenali sebagai nyawa . Dengan nyawa manusia boleh bernafas dan bergerak dan seterusnya ...jika mahu dikiaskan nyawa atau ibu roh seseorang sarung itu seperti ratu lebah yg duduk diam di sarang lebah dan roh itu adalah rakyat lebah yg berkeliaran merata -rata tempat dan bila tiba masanya rakyat lebah itu akan pulang ke sarangnya .

BUKTI ROHANIAH MANUSIA DI LUAR

Apa buktinya jangan merepek dan buat ajaran sesat ! ..begini pencerahannya ...Tuan/puan pernah bersolat ...khusyuk ? di manakah ingatan tuan/puan semasa solat itu ? tertumpu pada sesuatu fokus atau menerawang nth ke mana-mana ... kadang -kadang ke makanan dan minuman .Kadang-kadang ke anak dan bini ,suami atau awek atau cowok kadang -kadang duduk di depan TV memerhati perjalanan iklan samada belum atau sudah habis ..

menjadi pengawal keselamatan dan cover line nanti jika sudah habis iklan bolehlah balik ke sarung dan beritahu sarung iklan sudah tamat ..maka hendaklah segerakan solat kerana movie Hantu Kak Limah Balik Kampung Naik Bas sudah disambung semula . atau pun merayau -rayau mencari barang hilang dan sebagainya .

Jadi ingatan itu lah bukti rohaniah manusia itu di luar ...saya kukuhkan lagi dgn cth yg berikutnya . Cubalah tuan/puan duduk di bilik gelap , duduk bersila kemudian fokuskan fikiran beberapa minit atau jam ....adakah ingatan tuan/puan bersama sarung atau diluar sarung . Jika ia diluar sarung bermaksud rohaniah tuan/puan diluar begitulah sebaliknya .


ASAL USUL KEJADIAN ROH

Allah itu wujud ....

Bermulanya alam jika boleh dikatakan alam ini adalah kekosongan mutlak semata-mata .Ketika itu hanya ada DIA sahaja tiada makhluk yg wujud hanya DIA sahaja yg wujud .Tidak ada apa-apa semata-mata dia yg disembah tetapi tiada yg menyembah . KOSONG SEMATA-MATA.

Kemudian di ciptakan NUR MUHAMMAD yg berasal dari DIA dan daripada nur muhammad itu diciptakan roh sekalian makhluk iaitu Roh Malaikat ,roh manusia .roh jin ,roh haiwan ,tumbuh-tumbuhan dsb .Di alam sana wujud seorang penghulu dan pemerintah atau sultan para roh @atau bapa segala roh iaitu Rasulallah s.a.w kemudian diwariskan kepada pewaris -pewaris pemerintah roh seperti Nabi Sulaiman a.s dan para nabi yg lain dan dikalangan manusia biasa seperti Seikh Abdul Qodir Jilani dan wali -wali yg lain .

Walaupun kelahiran jasad pemerintah roh itu ada yg terdahulu tetapi ia adalah waris kepada yg lahir kemudian ctnya . Sultan segala sultan pemerintah roh adalah Rasulallah s.a.w ketika di alam roh dan Nabi Sulaiman adalah di bawah pemerintahan Nabi Muhammad tetapi Nabi Sulaiman lahir dahulu daripada Rasulallah s.a.w .

Pemerintah atau Sultan Para Roh ini dikenali sebagai Sultan Arif Rabbani . iaitu Yg berkuasa memerintahkan sekalian roh di 7 lapisan langit dan 7 lapisan bumi dari sekalian makhluk yg mempunyai roh .

Sultan ini lah yg mampu menjadikan roh yg jahat @ hitam menjadi baik@putih . Pada kebiasaannya manusia yg dianugerah kan oleh Allah akan kurniaan ini sekurang-kurangnya mempunyai makrifat kepada Allah iaitu mengenal Allah atau yg dikenali sebagai ARIF BILLAH

Dan ada satu lagi yg terhebat dari segala gelaran di dunia ini dikalangan manusia biasa ialah ..Sultan Arif Billah iaitu Raja sekalian manusia yg mengenal Allah Taala . Bagi mereka kedudukannya di sisi Allah ialah sebagai Wali Kutub ul Akhtab . iaitu kutub segala kutub.

Ataupun gelaran yg lain di sisi manusia sebagai GURU MURSYID .Guru mursyid hanya ada satu sahaja pada sesuatu zaman .ia tidak akan jadi duanya ...jika sekarang ada seorang guru mursyid di Cyprus maka yg lain adalah ternafi dan dusta jika ia mengaku-aku ....jika ia mengaku-aku maka akan jadi lah lain ceritanya ..ia kan menjadi pendusta kecil iaitu Dajjal kecil .

Panggilan manusia kepada manusia yg bertuah ini pada kebiasannya dgn gelaran TUAN dan ditambah Seikh pada gelar seterusnya . Menurut Tun Wara ' gelaran seikh ini ialah manusia yg diberi lesen utk menjalani suluk . Cth gelar yg pertama iaitu

Tuan Seikh sipulan bin sipulan arif billah sultan ariff rabbani ..jadi setiap gelar itu ada maksud -maksud yg tertentu .. wallah a'lam ( minta tunjuk ajar jika salah hamba sedia betulkan)

Jika gelar yg ke dua pula Tuan Syeikh Abdul Qodir Al Jilani Sultan Ariff Billah Sultan Arif Rabbani .Maka gelar yg ke 2 ini adalah gelar yg terutama drp gelar yg pertama .Ke dua -dua manusia yg bertuah ini dan di pilih lagi terpilih oleh tuhan hanya ada seoarang sahaja di dalam 100 tahun dan kadang-kadang tiada . jadi bertuah lah jika wahai manusia dapat menemui insan yg bergelar demikain rupa .

Manusia yg bertuah ini adalah tarafnya kamil mukamil .jika manusia berlomba utk mencapai insan kamil maka siapakah yg mengkamilkannya? maka tidak lain dan tidak bukan ialah insan yg tarafnya kamil mukamil . Jika tuan-tuan dan puan-puan mahu terima konsep kami ...Rohaniah manusia yg bertuah ini mencapai tahap lebih 100/100 .mungkin 150/100. sedangkan wali songo yg masyhur dan menjadi idola senusantara itu yg di tiru oleh manusia hanya mempunyai kadar rohaniahnya 60/100 . inikan pula hendak mencapai kadar besar roh yg amat besar . Tuan-tuan dan puan -puan hanya wujud seorang sahaja dalam satu abad .

Mungkin pada abad bagi permulaan awal akhir zaman ini Allah s.w.t membangkitkan lebih drp seorang .mungkin utk misi -misi yg berat-berat iaitu mendaulatkan Islam yg telah tumbang daulatnya . Mungkin pada abad ini ada manusia yg bergelar Sultan Arrif Billah Sultan Ariff Rabbani dan juga Ariff Billah Sultan Ariff Rabbani .

Selain Guru Mursyid maka wujudlah khalifah-khalifah yg meneruskan wasilah keguruan yg tumbuh di serata dunia Islam . Mereka adalah golongan penerus amalan-amalan yg berwasilah .mereka jugalah yg meminpin roh manusia drp jahat kepada baik drp sakit kepada sihat drp kecil kepada yg besar . mudah-mudahan .

Jadi malulah dgn diri sendiri menggunakan gelar sebagai guru musyid ataupun Murabbi atau gelar - gelar yg lain yg pada hakikatnya di sisi Allah tidak lah layak untuk menggunakannya . Para Ulama' dulu rela memakai gelar dengan gelaran Si Juling , Si Kepala Keldai , Bapa Kucing Betina , Bapa kepada Anak Dara " Tidak ada pun seorang muslim yg baik akhlaknya itu mengatakan jahat individu itu dengan menggunakan gelar-gelar itu . kita lebih mengenali gelar Sunan yg menjaga sungai @ Sunan Kali Jaga ataupun Sunan yg bertapa digunung Jati @ Sunan Gunung Jati dan banyak lagi gelaran-gelaran yg lain yg kita lebih mengenali gelar mereka drp nama mereka yg sebenar .

2 GOLONGAN ROH DI ALAM ROH

Apabila di ciptakan sekalian rohaniah manusia dan jin maka di pancarkanlah nur muhammad kepada sekalian rohaniah . Tidak semua rohaniah mendapat pancaran nur itu . Rohaniah yg mendapat pancaran nur muhamad itu putih jernih bersinar-sinar maka beruntunglah ia menjadi rohaniah yg muslim ataupun rohaniah yg putih .Mereka menunggu giliran utk melalui alam di dunia itu

Pada masa rohaniah berada di alam dunia inilah wajib bagi rohaniah itu meneruskan perjalanannya itu dgn melalui Alam Jin kemudian Alam Malaikat kemudian Alam Ketuhanan semata -mata kembali kepada fitrah manusia dan mendapat senyuman Tuhannya ataupun Insan Kamil .

Apabila jasadnya di alam rahim telah sempurna maka dgn perintah Allah masuklah ia ke dalam sarung itu dan lahirlah ia menjadi sarung yg ber-Rohaniahkan rohaniah muslim . Jika rohaniah itu masih ingat maka ia akan mencari bapa rohaniahnya ...yg ada di zamannya ..jika dia lahir di zaman nabi maka dia akan mencari nabi itu dan beriman dgnnya serta berjanji setia .tujuannya ialah supaya rohaniah yg lupa dengan penciptanya itu tahu akan jalan utk pulang apabila sarungnya hancur di mamah tanah @ meninggal

Maka anak rohaniah itu berbaiahlah @ janji setia lah ia dgn bapanya jika sarungnya sudah sampai masanya @ajalnya maka bersatulah atau bergabunglah ia dgn bapanya di alam sana . maka luluslah ujiannya dan benarlah kata-katanya nya di alam roh itu.

Bukankah aku ini Tuhanmu ? maka jawab para rohaniah putih ..Ya, bahkan ..

Ada segolongan rohaniah yg tidak mendapat pancaran nur muhammad . maka ia adalah rohaniah hitam apabila jasadnya sudah siap di alam ijsam@rahim , maka dgn perintah tuhannya masuklah ia ke dalam sarungnya dan lahirlah rohaniah hitam itu ke dunia . Maka ia masih lagi diberi peluang ..ketika rohaniah itu mendiami jasad kanak-kanak yg belum baligh .teringat -ingat dia akan ikrar rohaniah putih akan tuhannya ..maka ia teringat-ingatlah sehinggalah jasad itu baligh dan tertutuplah peluang ia menjadi rohaniah yg putih .

Maka matilah ia di dalam keadaan yg terlupa dan terlalai .setelah jasadnya hancur maka rohaniah itu tidak kembali kepada bapa rohaniahnya kerana ia tidak berbapa ..jika ada pun bapanya maka bapa yg tidak berguna yg membawa kesesatan yg nyata .Rohaniah itu tidak tahu jalan pulang ... maka bergentayanganlah ia tidak berada di dunia dan tidak ada dilangit . kadang kala masuklah ia ke dalam sarung katak kadang-kadang masuklah ia ke dalam sarung babi dsb. itulah azab yg pedih bagi seorang rohaniah . Proses itu mungkin berlaku setelah Rohaniah itu gagal menjawab soal di dalam kubur .

Kadang-kadang rohaniah hitam itu menanggung azab yg berganda-ganda kadar kesakitan akibat di seksa oleh malaikat munkar dan nakir dgn pelbagai azab yg telah dimaklumi .

Malanglah ia .Wallah a'lam .


JENIS-JENIS ROH MANUSIA

Rohaniah hitam

Rohaniah hitam adalah rohaniah yg kafir lagi jahat, rohaniah yg tidak mendapat pancaran nur muhammad ketika berada di alam roh. apabila jasad sudah hancur maka bergentayanganlah rohaniah itu tidak berada di bumi dan juga tidak berada di langit . Kadang kala rohaniah -rohaniah inilah yg diseru oleh PARA DUKUN HITAM utk dijadikan tentera bagi tujuan sihir dan peperangan di antara rohaniah hitam dengan rohaniah putih di alam jin . Selalunya yg diseru adalah rohaniah yg jasadnya memiliki ilmu -ilmu sihir semasa hidupnya dan rohaniah yang mati sebelum ajal.

Rohaniah hitam adalah senjata yg ampuh setaraf atau lebih hebatannya sekiranya mereka direkrut oleh para dukun hitam . Taraf kekuatan dan kelicikan nya sama dengan pegawai azazil di kalangan jin ifrit berwarna emas atau jin -jin sakti yg berwarna emas yg kafir .

Para pengamal perubatan Islam yg mampu utk meneropong akan gagal mengesan kehadiran rohaniah hitam ini di tubuh pesakit . Rohaniah hitam ini sangat licik dan tidak lut dgn ayat-ayat Al Quran.

Mengapa ? kerana mereka adalah asalnya manusia . Adakah orang kafir itu takut apabila muslim membacakan ayat Al Quran semasa hidupnya ? sudah tentu tidak ! begitu juga semasa matinya .

Jadi apakah cara utk menumpaskannnya ? ada caranya di antaranya ialah mereka takut akan air yg sejuk lagi dingin , cara yg lain pula ialah duduk bertawajuh atau tapa jirim juga mampu mengeluarkan rohaniah hitam dari tubuh manusia . Solat Tasbih dan bertasbih sebanyak yg ditentukan bilangannya . Akan tetapi kesemuanya hendaklah berijazah dan tidak putus wasilahnya maka barulah berkesan jika di amalkannya .Sebatan menggunakan rotan yg mencukupi syarat -syaratnya juga boleh mengeluarkan rohaniah hitam ini .


ROHANIAH PUTIH YANG TIDAK TERPIMPIN

Rohaniah putih ini adalah rohaniah yg mendapat pancaran nur muhammad tetapi di alam dunia mereka tidak berbaiah dengan bapa rohaniah atau wakil bapa@khalifah rohaniah pada zaman itu . maka matilah ia dan bergentayangan lah ia mengikut kadar sandaran amalannya dan betapa besar saiz rohnya . Nasib yg paling beruntung ke atas mereka ialah mereka akan sangkut di alam jin dan menjadi penduduk alam jin . ataupun berbaring diam di kuburan di dalam keadaan gelap gelita menunggu tibanya hari kiamat setelah soal - jawab malaikat munkar dan nakir selesai .

Manakala roh putih yg derhaka maka ditambah penderitaannya dgn seksaan -seksaan kubur bagi mengkifaratkan dosanya dgn gandaan 70 kali ganda hebatnya . Dosanya itu akan selesai dikifaratkan setelah roh itu dipanggil bangkit bersama-sama jasadnya di akhirat kelak . Kadang-kadang kifarat dosa itu disambung di alam akhirat .


ROHANIAH PUTIH YANG TERPIMPIN

Rohaniah yg terpimpin adalah anak rohaniah yg berbaiah dengan bapa rohaniah atau wakilnya @ khalifah semasa hidup di dunia ..maka beriadahlah ia untuk mengkifaratkan dosa dan cuba membesarkan rohaniahnya dgn izin tuhannya . kemudian jasadnya mati maka rohaniah nya itu akan bergabung dengan bapa rohaniah nya di alam sana iaitu bersama dengan roh para awlia Allah ,nabi dan rasul dan bersama-sama menghadap zat Allah yg Maha Esa.

Jika anak rohaniah itu tidak sempat @ belum khatam riadahnya kerana sampai ajalnya terlebih dahulu maka ketika hampir sakaratul maut ..Allah akan naikkan darjatnya sehinggalah sampai maqom yg telah dijanjikan kepadanya.


KEISTIMEWAAN ROHANIAH TERPIMPIN

Mereka akan berkumpul di suatu tempat yg khas mengikut keutamaan -keutamaan mereka . Para rohaniah yg besar-besar akan ditugaskan oleh Allah menjaga bumi ini drp bencana akibat drp kezaliman manusia .

Para bapa rohaniah dan bapak-bapak saudara rohaniah yg besar-besar akan duduk di Bustanul Arrifin iaitu taman para wali Allah yg menjaga alam semesta dgn perintah Allah . Mereka staf -staf Allah s.w.t . Allah akan mengerakkan mereka seiring dgn af'alnya .Perbuatan mereka itulah af'al Allah .

Roh yg terpimpin juga yg sudah besar dgn izin-Nya akan menguasai alam jin dan malaikat . Para jin akan tunduk dan patuh jika diperintah olehnya termasuk juga iblis . Para jin akan melihat nisbah dirinya dgn rohaniah yg terpimpin ini seperti sebiji guli berbanding dengan sebiji bola sepak . Sedangkan lebel rohaniah hitam sudah setaraf atau lebih dgn jin sakti atau pegawai azazil .maka taraf rohaniah putih yg terpimpin lagi lah hebat dan lebih hebat lagi .

Jadi mereka para jin akan menurut perintah rohaniah yg terpimpin itu dengan paksa ataupun rela . Maka "manusia yg memiliki rohaniah yg terpimpin" itulah yg amat mudah dgn izin Tuhan utk mengeluarkan jin-jin yg merasuk seseorang pelajar di asrama dengan hanya kata-kata ....keluar !........... maka keluarlah jin tersebut tanpa menjampi dgn menggunakan ayat-ayat suci Al Quran . walah a'lam .

Sebagai penutup artikal ini .

"Dan mereka bertanya tentang roh ..Maka jawablah wahai Muhammad urusan roh itu adalah urusan tuhan ku ..dan tidaklah diberi ilmu pengetahuan akan hal ehwal roh ini kepada kamu melainkan sedikit .

==========================================================================

ARTIKEL INI DITULIS OLEH SANG KARUT DARI GURUNYA TK DAN DARI PENGALAMAN MEREKA SENDIRI MENGHADAPI KEHADIRAN ROHANIAH HITAM DAN PUTIH INI. MAKLUMAT YANG BERCANGGAH DGN PENGETAHUAN HAMBA TELAH DI UBAH DI DALAM ARTIKEL INI. SESUNGGUHNYA SEGALA SESUATU PENGETAHUAN(ILMU) DATANGNYA DARI "YANG MAHA BERILMU JUA" DAN SEGALANYA ADALAH UNTUK DIKONGSI BUAT MENAFAAT BERSAMA.

DAN SESUNGGUHNYA, ADA ILMU YG BOLEH DI KONGSI SECARA UMUM DAN ADA JUGA YG PATUT DI RAHSIAKAN, KERANA ALLAH SWT SUDAH MENEGASKAN BHW "ROH ITU URUSANKU DAN TIDAK DIBERI PENGETAHUAN ITU MELAINKAN SEDIKIT" DAN........YANG DAPAT MENGETAHUI NYA JUGA ADALAH DARI "GOLONGAN YANG SEDIKIT", MANAKALA GOLONGAN MAJORITI YANG JAUH DARI HIDAYAHNYA AKAN MENOLAK SERATUS-PERATUS.

Tuesday, September 6, 2011

BERAMAL BUKAN KERANA SYURGA DAN JAUHI NERAKA?

Menjawab Tuduhan Beramal bukan kerana mahukan Syurga dan jauhi Neraka itu salah?! [Siri 1]

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh;
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,
Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, rahmat ke seluruh alam,
Juga kepada ahli keluarga dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;

1. Adakah beramal bukan kerana mahukan Syurga atau menjauhi Neraka dan hanya semata-mata kerana Allah itu bertentangan dengan Shariat?

“Sebenarnya ini adalah soalan yang sangat mudah untuk dijawab walaupun oleh orang yang mempunyai pengetahuan yang sangat asas dalam ilmu aqiqah, fiqh dan tasawwuf. Kitab-kitab tasawwuf, khasnya, telah membicarakan hal ini dengan panjang lebar."

Namun, tuduhan ini perlulah dijawab dengan memberikan dalil-dalil agar golongan yang sering bertanyakan dalil [walaupun dalam banyak keadaan mereka tidak mengetahui hakikat dalil dan syarat-sayaratnya] dapat didiamkan daripada terus “berlagak” seumpama ulama’.”

2. Bagi menjawab tuduhan ini , penulis membentangkan beberapa hakikat yang perlu difahami.

2.1 Manusia itu mempunyai berbagai-bagai darjat di sisi Allah, bukan semuanya sama, maka janganlah samakan orang awam dengan orang khawas serta khawas al-khawas.

Kita perlulah faham bahawa kedudukan/darjat manusia di sisi Allah berbeza mengikut ketakwaan mereka. Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya yang paling mulia dari kalangan kamu ialah mereka yang paling bertakwa.”

2.2 Di antara kesilapan ramai orang masa kini ialah apabila mereka membaca kata-kata para ulama’ dan para ‘Arifin (orang-orang yang benar-benar mengenal Allah SWT), mereka menilai kebenaran kata-kata tersebut dengan perspektif atau pandangan mereka, sedangkan mereka itu berada di peringkat orang awam.

2.3 Ia samalah juga seperti orang di zaman purba yang mendengar kisah cerita orang zaman Moden mengenai objek besi yang beratnya beratus atau beribu tan boleh terbang di udara dan terapung di atas air. Pastinya orang purba tersebut kebingungan lantas menuduh orang zaman Moden itu sebagai: “Gila”, “Tukang Karut”, “Ahli Khurafat”, dan lain-lain. Sedangkan, betapa jauh perbezaan ilmu di antara mereka berdua.

2.4 Sebab itulah para ulama’ ada menyatakan bahawa:
حسنات الأبرار، سيئات المقربين

“Apa yang dianggap baik oleh orang-orang baik (abrar) dianggap sebagai satu keburukan/kejahatan oleh orang-orang muqarrabin (yang hampir kepada Allah SWT”.

2.5 Di sini, penulis memberikan satu contoh yang sangat mudah – Insya-Allah – untuk difahami oleh para pembaca.

[Hukum berzikir sama ada dengan lisan, hati, roh dan sirr dalam setiap nafas/masa/waktu].

Mengikut para ustaz yang terkongkong ilmu mereka di dalam amalan agama yang zahir dan terhijab daripada amalan agama bathin (malakut, dll):

Hukum berzikir secara umumnya adalah sunat. Ianya menjadi wajib di dalam keadaan tertentu sahaja. Dalam banyak keadaan, berzikir itu dilihat sebagai sunat muakkad atau sunat sahaja seperti zikir selepas solat, waktu-waktu tertentu dan waktu umum. Maka mereka memandang zikrullah itu sebagai satu tuntutan tambahan yang tidak wajib. Zikrullah dianggap sebagai satu kelebihan.

Maka sebab itulah sebahagian para ulama’ tarikat/sufi menasihati anak murid mereka agar tidak terpedaya dengan ustaz-ustaz begini agar anak muridnya itu tidak mengganggap zikrullah itu satu perkara yang ringan.

Bagi para mashayeikh tarikat/sufi dan ‘Arifin, berzikir itu ibarat nyawa, tidak boleh terlepas walaupun satu nafas atau detik atau saat. Mereka melihat zikir itu sebagai kewajipan dan sebagai maksud kehidupan ini walaupun mereka mungkin berbeza dalam kayfiyyat/kaedah berzikir tersebut. Dengan kata lain, apabila tidak berzikir [bagi para mashayeikh tarikat/sufi dan ‘Arifin], mereka merasakan dunia ini gelap dan mereka ibarat layang-layang yang putus talinya.

Bagi seorang ustaz yang hanya mengambil berat amalan agama yang zahir, zikrullah itu adalah sunat, sedangkan bagi seorang ‘Arif billah yang mengambil berat amalan agama yang zahir dan batin, zikrullah itu adalah wajib.

Komen tambahan penulis:
Pada zaman sekarang ini, ada golongan manusia bertopengkan agama Allah, al-Quran dan al-Sunnah (seumpama Wahhabi) memerangi amalan zikrullah atas alasan bid’ah. Tanpa mereka sedari mereka sebenarnya memerangi al-zakirunallah kathiran (golongan ahli zikir yang banyak berzikir kepada Allah) dan memerangi lafaz-lafaz tauhid, istighfar, tilawah, doa-doa dan selawat. Kata guru penulis, orang yang sebegini adalah “PANGLIMA SYAITAN” [Bahasa yang keras dan kasar pada zahirnya, namun penuh makna]. Mereka menjauhkan manusia daripada agama atas nama agama. Wal-‘iyadhubillah [Perlindungan itu hanyalah dengan Allah semata-mata].

2.6 Sebahagian pembaca mungkin terkejut dengan perumpamaan ini, namun jawapan penulis bagi mereka yang merasa sedikit terkejut ialah:
“Sesiapa yang pernah merasai nikmat zikrullah akan merasa bersalah/berdosa di dalam hati mereka apabila mereka berada di dalam keadaan lalai.”

2.7 Maka sebab itulah pengertian taubat juga berbeza di kalangan orang awam dan orang khawas dan khawas al-khawas. Dan di antara taubat orang-orang khawas dan khawas al-khawas ialah “Bertaubat daripada selain daripada Allah SWT”, termasuk nikmat Syurga dan azab Neraka.

Kalau kita semua tidak dapat memahami taubat di peringkat ini, “SO WHAT”? Apa yang hendak dihairankan? Kita semua ini adalah orang-orang awam, bahkan mungkin awamu-awami-awamil-awam (yang awam di kalangan awam yang awam di kalangan awam).

NAMUN,JANGANLAH KITA MENYALAHKAN PARA AWLIYA’ DENGAN ILMU KITA YANG SEKANGKANG KERA INI. NA’UZU BILLAHI MIN ZALIK.

2.8 Di sini, penulis nukilkan peringkat-peringkat taubat sepertimana yang diterangkan oleh al-Imam Abu al-Hasan ‘Ali Ibn Maymun al-Ghumari (W 917H) di dalam kitabnya “Risalah al-Ikhwan ila sa’ir al-buldan.”




Terjemahan:
“Ms. 20: Bagaimana untuk bertaubat dan kembali kepada Allah SWT

Maka apabila seorang mukmin itu beri’tikad (dengan yakin) bahawa dia diperintahkan untuk bertaubat, dia akan mengikut perintah Tuannya, dan meninggalkan syaitan dan hawa nafsunya, dan bersegera untuk kembali kepada Allah dengan:

• meninggalkan dosa-dosa besar,
• kemudian: [meninggalkan] dosa-dosa kecil,
• kemudian: [meninggalkan] perkara-perkara makruh,
• kemudian: [meninggalkan] perkara-perkara syubhat,
• kemudian: [bertaubat] daripada kelalaian dalam ketaatan,
• kemudian: [bertaubat] daripada melihat amalan dalam ketaatan,
• kemudian: [bertaubat] daripada menuntut ganjaran-ganjaran yang segera dan kemudian, di dunia dan akhirat,
• dan menunaikan segala hak-hak Allah [semata-mata kerana] kehambaan dan pengabadian,
• dan bertaubat daripada melihat kepada selain daripada Allah, termasuklah kewujudannya,
• bahkan daripada wujud itu sendiri.”

3. Rasanya, cukuplah sekadar ini dahulu, Inysa-Allah, pada Siri-2 akan datang, penulis akan mengemukakan dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah dan kata-kata para ulama’ mengenai “BERAMAL SEMATA-MATA KERANA ALLAH”.

Ya Allah! Kurniakanlah kami keikhlasan dan keimanan yang hakiki, semoga dengan kedua-duanya, kami dapat membersihkan amalan kami daripada syirik khafiyy (tersembunyi), dan melindungi iman kami daripada syirik yang jaliyy (terang-terangan).

Sunday, September 4, 2011

ELEKTROMAGNETIK TULANG BELAKANG


Petikan tulisan : Prof. Dr. Hj. Ariffaizal Ariffin pada September 7, 2007

Kajian terhadap penyakit tulang belakang ini adalah salah satu daripada beberapa kajian yang menemukan penyelesaian terhadap rawatan sakit belakang atau sakit tulang belakang. Dengan itu, formula yang sesuai dapat ditentukan dan tempoh rawatan dapat dijalankan dengan pantas, mudah dan berkesan, Inysa Allah.

Tulang belakang adalah rod magnatik

Rod magnatik ini mempunyai kutub utara dan selatan, Kutub utara ialah di bahagian pineal dan kutub selatan ialah di bahagian coccyx (sulbi). Ion-ion negatif atau elektron dari Kelenjar Pineal sentiasa bergerak ke araj tulang coccyx hingga mewujudkan fluks atau arus medan elektromagnetik. Di dalam arus medan elektromagnetik ini lah terperangkapnya getaran-getaran yang dapat dilihat kesan dan dilihat dalam bentuk tenaga warna (melalui kamera khas). Fenomena ini biasa dan popular dipanggil sebagai “aura”.

Rajah di bawah menunjukkan gambaran medan elektromangetik tulang belakang yang menyamai rod magnet.


Rajah di bawah menunjukkan fluks atau arus elektromagnetik yang melingkari tubuh dari kelenjar pineal yang bercaj negatif (-ve) ke coccyx atau tulang sulbi yang bercaj positif (+ve).




Gambar rajah di bawah menunjukkan getaran tenaga warna yang terperangkap di dalam fluks atau medan elektromagnetik. Ia amat sensitif dan berubah dipengaruhi oleh akal fikiran malah denyutan jantung.


Kelenjar Pineal (NW1) dan Coccyx (Sulbi)

Kelenjar Pineal terdapat di bahagian paling atas di tulang belakang. Ia adalah puncak bagi struktur biologi tubuh manusia. Ia berfungsi sebagai pengagih tenaga dan penyebar tenaga cahaya kepada tenaga warna seperti sebuah prisma berlian. Rajah di bawah menunjukkan kedudukan Kelenjar Pineal di puncak saraf tunjang.


Kelenjar Pineal yang sihat akan menghasilan melatonin yang akan menjana dan memancarkan banyak ion-ion bercaj negatif atau elektron. Elektron ini akan mengalir ke bahagian tulang coccyx iaitu tulang ekor ke bahagian yang paling hujung yang dipanggil tulang sulbi iaitu kristal tubuh.

Dalam rod magnetik tubuh, bahagian Kelenjar Pineal ialah kutub utara manakala bahagian tulang sulbi ialah kutub selatan.

Sepanjang rod magnetik di bahagian tengah iaitu ruas tulang, saraf tunjang dan rawan di antaranya bersifat neutral iaitu tidak mempunyai caj dan berfungsi membawa isyarat.

Isyarat bertekanan tinggi akan disalirkan ke bahagian organ untuk terus bertenaga daripada Kelenjar Pineal. Organ akan menerima tenaga tersebut dan akan memproses sebarang masalah atau ganguan atau kehilangan tenaga yang akan dihantar semula maklumat tersebut dalam bentuk isyarat yang bertekanan rendah. Isyarat bertekanan rendah akan dihantar ke coccyx di bahagial sulbi untuk dineutralkan. Proses peneutralan akan berlaku sekiranya Kelenjar Pineal membebaskan cukup elektron untuk dihantar ke Sulbi melalui medan arus elekromagnetik yang melingkari sekitar tubuh.

Jika isyarat bertekanan rendah ini gagal dineutralkan oleh sulbi, maka ia akan dipendamkan ke dalam ruas tulang belakang hingga boleh menyebabkan tulang belakang menjadi lemah struktur ikatan molekulnya, lemah dan menyebabkan kesakitan.

Kegagalan isyarat bertekanan rendah ini di neutralkan disebabkan faktor berikut:-

1) Kelenjar Pineal lemah hingga tidak mampu menghasilkan elektron yang mencukupi

2) Kejutan akibat kemalangan atau hentakkan atau terjatuh terhempas atau terhantuk atau kejutan trauma emosi atau kejutan perubahan budaya

3) Suhu panas, persekitaran bertekanan rendah, kurang mandi, mandian air panas yang tidak mampu membekalkan elektron yang mencukupi.

4) uasana persekitaran yang tidak hening, bising, hingar bingar, kotor, kelam kabut


Rajah di atas menunjukkan kedudukan tulang sulbi yang terletak di hujung coccyx. Sulbi ialah kristal piramid terbalik dan merupakan penentu zuriat. Kristal ini tidak akan musnah, ia sangat padat.
Pengecasan semula tulang belakang (spine recharging)

Kelenjar Penial (prisma tubuh) adalah penjana elektron (caj negatif). Ia akan mengalir ke bahagian tulang sulbi (iaitu kristal tubuh di bahagian tulang coccyx) yang bercaj positif (ion proton).

Aliran elektromangetik yang terbentuk secara semula jadi ini akan terus berlaku selagi tubuh mengandungi elektron yang mencukupi dan rod tulang belakang berada dalam keadaan seperti berikut:-

1) Cukup tekanan (teori tekanan atau susunan molekul yang padat dan teratur yang boleh dicapai melalui cara penyejukan iaitu mandi atau berada di tempat yang hening)

21) Mempunyai gema (tidak tercedera disebabkan hentakkan atau kejutan atau terjatuh terhempas atau terdedah kepada bunyi yang kuat dalam tempoh yang lama)

3) Persekitaran berelektron tinggi (seperti rumah yang bersih, dalam masjid, kawasan air terjun, taman bunga)

Bagi mencapai matlamat cukup tekanan dan kadar elektron yang tinggi berikut ialah petua dan saranannya:-

1) Mandi dengan air yang

@sejuk
@mengalir deras (kerana mempunyai banyak ion negatif atau elektron
@kekerapan yang tinggi


2) Minum air yang

@sejuk
@sedikit-sedikit tetapi kerap
@air beralkali (semua air beralkali adalah berelektron)


3) Berada di persekitaran yang

@bersih
@mempunyai peredaran udara yang lancar
@terang di waktu siang serta gelap di waktu malam

Friday, August 26, 2011

AJARAN SYEIKH ABDUL QADIR AL JAILANI

Asal Kejadian

Allah SWT pertama kali menjadikan cahaya atau nur yang disebut Nur Muhammad SAW, dari sifat jamalnya ( keindahanNya ). Rasulullah bersabda ; bahwa yang mula2 diciptakan oleh Allah adalah ruh Muhammad, ia diciptakan dari cahaya Ketuhanan, dan selanjutnya yang diciptakan pertama kali adalah Qalam ( pena ) dan akal. Disinilah kita tahu bahwa yang dilahirkan dan diciptakan pertama kali adalah suatu realitas ghaib dan bersifat rohani yang disebut; Nur, Ruh, Qalam, dan Akal dan ini merupakan realitas yang mempunyai banyak nama menurut fungsinya dan dari sudut mana kita memandangnya ( al-Maidah : 15 )

Dalam dunia sufi ini disebut Hakikat Muhammad ( realitas atau hakikat ) atau diberi gelar Aql al-Kull ( akal Semesta ) karena ia tahu dan melihat segala sesuatu, ia diberi gelar Qalam karena ia menyebarkan ilmu dan hikmah dan menzahirkan ilmu dalam bentuk huruf dan perkataan, ia juga digelari ruh karena ia hidup, bukan mati. Dan ruh itulah terbitnya segala yang hidup, oleh karena ia hidup maka digelari Ruh.

Ruh Muhammadiyyah

Atau Ruh Muhammad adalah Dzat atau sumber segala ygberwujud. Dialah yg awal dan menjadi hakikat alam semesta. Allah SWT menciptakan segala ruh dari ruhnya. Muhammad adalah nama bagi insan dalam alam gaib ( alam berkumpulnya ruh-ruh). Ia menjadi sumber dan asal segala perkara. Allah menciptakan alam karena Allah akan menciptakan Muhammad SAW. Dan tanda2 ini tepat, seperti yg dilihat oleh bapak semua umat manusia, yaitu Adam As, ketika selesai proses penciptaan, Adam melihat nama Muhammad di pintu surga bersanding dengan nama Allah, dan mengertilah Adam bahwa orang yg memiliki nama itu adalah semulia-mulia manusia yang akan diciptakan Tuhan diantara semua ciptaanNyadi kemudian hari.

Setelah lahirnya Nur Muhammad, Allah menciptakan pula ‘ arsy’, dan kelahiran Muhammad juga diikuti dengan penciptaan makhluk-makhluk yang lain serta arsyNya. Peristiwa ini berlaku menurut kehendak Allah dan masyi’ahNya, dan kemudian Allah menurunkan ruh atau makhluk-makhluk itu ke peringkat yang paling rendah, yaitu Alam Ajsam atau alam kebendaan yang konkret dan nyata, seperti disebutkan dalam ayat ini ;

” Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahNya”, (at-Tiin : 5 )

Allah turunkan Nur itu dari tempat asal kejadiannya, yaitu Alam Lahut ( alam ketuhanan) ke Alam Asma’ Allah ( nama-nama yaitu alam Penciptaan sifat-sifat Allah atau alam Akal Ruh Semesta ). Dari alam Asma’ Allah sana ruh-ruh itu turun ke alam Malakut. Disitu ruh-ruh itu dipakaikan dengan pakaian kemalaikatan yang gemerlap. Kemudian mereka diturunkan ke alam Kebendaan atau Ajsam yang terjadi dari unsur api, air, angin ( udara) dan tanah. Maka ruh itu dibentuk dengan diberi badan yang terjadi dari darah, daging, tulang, urat dan sebagainya.

Tuhan Maha Pengasih dan Penyayang

Tidaklah sekali2 pernah membiarkan ruh2 berada dalam kesesatan dan kejahilan, untuk itulah diutus rsul2 dan kitab agar tidak lalai,

“ Dan sesungguhnya kami telah mengutus Musa dengan membawa ayat2 Kami (dan kami peritahkan kepadanya ) Keluarkanlah kaummu dari kegelapan menuju cahaya terang benderang dan ingatkan mereka akan hari2 Allah “ ( Ibrahim : 5)

Manusia diharapkan dapat menegakkan sifat al jamal ( indah) karena Allah itu indah dan dari sinilah manusia akan menjejakkan kakinya di titian hakikah untuk mengenal Allah serta ber taqarub kepadaDzatNya yang maha besar ;
“ katakanlah; Inilah jalanku, aku dan orang2 yang mengikutiku mengajak kamu kepada Allah dengan hujjah yang nyata “9 Yusuf:108)

Basirah dan Mata hati

Allah memberi manusia mata kasar agar dapat melihat segala yang zaahir atau lahir dan untuk melihat hal gaib, Allah telah mengaruniai suatu penglihatan yang halus dalam hati yang dikenal denga basirah yakni mata hati atau mata ruh, dan ini akan terbuka dalam hati orang2 yang dekat atau kuat taqarrubnya dengan Allah dan tidak ada kekuasaan apapun di bum,I ini dapat memberikan basirah…karena manusia sangat memerlukannya untuk sampai kealam gaib yang merupakan rahasia2 Tuhan, dan hanya orang2 tertentu yang dikaruniai khusus olehNya,

“ …..yang telah kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi kami (al kahfi :65)

Dan masuklah kembali menjadi golongan orang yang berjalan kembali meuju Allah, jangan menunggu sampai jalan tersebut tidak bisa dilalui lagi .

“ Dan bersegeralah kamu menuju ampunan Tuhanmu dan menuju surga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang2 yang bertaqwa. Yaitu orang2 yang menafkanhkan (hartanya) baik diwaktu lapang maupun diwaktu sempit, dan orang2 yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Allah menyukai orang2 yang berbuat kebaikan “ ( Ali Imran :133-134)

Ajaran risalah yang disampaikan pada manusia memiliki 2 kategori, nyata dan tidak, zahir dan batin, syariat dan ilmu atau hikmah, dan bila zahir dan batin bersatu , barulah seseorang itu dapat mencapai taraf hakikat,

“ Antara keduanya ada batas yang tidak dapat dilampaui oleh masing2 “( ar rahman :20)

Hakikat tidak dapat dicapai hanya melalui ilmu yang diperoleh Panca Indera, karena dengan hanya mengandalkan ini manusia tidak akan mengenal Yang asal atau Dzat.


Manusia dicipta untuk Mengenal Allah

Seandainya kita tidak mengenal Allah, bagaimana kita mau menyembahNya ? dan memohon pertolonganNya ?

Hikmah atau ilmu sangat diperlukan untuk mengenal Dia, dengan menyngkap tirai hitam yang menutupi cermin hati. Allah ibarat harta yang tersembunyi dan Ia ingin dikenali, maka dijadikanlah makhluk untuk mengenal Dia.
Dalam sebuah hadits qudsi “ Aku laksana harta yang tersembunyi. Aku ingin dikenali, karena itu Aku menciptakan makhluk “, jadi merupakan kewajiban bagi kita untuk mengenalNya, dan jelas bahwa tujuan Allah menciptakan insane adalah untuk mencari ilmu untuk mengenaliNya, dan ada 2 peringkat ilmu ma’rifah. Pertama , ilmu untuk mengela sifat2 Allah dan pendzahir kekuasaanNya, kedua, ilmu untuk mengenal Dzat Allah dan ini berpegang pada ruh al qudz ( ruh suci) yang diberikan pada insane agar dapat mengenali rahasia2 akhirat,

“ ……..dan kami memperkuatnya dengan ruh al quds…” (al baqarah :87).

Mereka yang mengenal Dzat Allah akan memperoleh ilmu melalui ruh suci yang terpencam dalam diri mereka masing2, baik yang ada dilidah kita ataupun hati kita.


Pentingnya ilmu Zahir

Harus diakui bahwa manusia memerlukan ilmu keyakinan (agama)untuk mengenal Allah, melalui agama manusia akan belajar pendzahiran (manifestasi) Dzat Allah yang terbayang dalam alam sifat dan nama (asma) Allah yang ada dimuka bumi ini. Dan seseorang harus berakhlak mulia dan menghindari dosa dan harus melawan nafsu dan egonya dan ini merupakan perjalanan yang panjang dan sulit …

“ …..maka barang siapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal saleh dan janganlah ia menyekutukan Allah dalam ibadah kepadaNya “ ( al kahfi: 110)

Ruh al Qudz tersebut diciptakan dalam wajah yang paling indah, dan keindahannya di hujamkan dalam hati dan di amamnahkan pada insane untuk menjaganya dan tingkatan ini dapat dicapai dengan taubah nasuhan …Laailahaillallah,

“ Ingatlah, bahwa dengan mengingat Allah maka hati menjadi tentram “ ( ar Ra;d :28)


Hati ibarat anak yang harus dijaga

Dalam dunia sufi, menyebut keadaan ruhani itu sebagai ‘tifli’ yang berarti bayi atau anak-anak, dan bayi hati adalah kesadaran orang-orang sufi yang diberikan karunia ilham tinggi oleh Ilahi. Kesadaran juga adalah insane yang sebenarnya, yang tidak terpuisah dengan Khaliqnya. Dan kesadaran inilah yang mewakili insane yang sebenarnya, didalamnya tidak ada jism (kebadanan) dan tidak menganggap dirinya sebagai jism, tidak ada hijab (tirai) karena nur yang memancar melalui pintu hati terus menjurus menuju kehadirat Dzat Allah yang mencipta.

Rasulullah pernah bersabda, bahwa di waktu-waktu tertentu ketika baginda hanya berduas dengan Allah, tidak ada sispapun menjadi pengantara atau penghalang baik itu malaikat yang dekat dengan Allah (nur Muhammad) yang merupakan pendzahiran pertama sekalipun ataupun nabi dan rasul,

“ Wajah-wajah pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannya mereka melihat “ ( al-Qiyamah: 22-23)

Nabi mengatakan, bila pada hari itu kita melihat Allah dengan sangat jelas seperti bulan purnama dan inilah kesadaran tinggi yang bila makhluk, malaikat, menghampirinya maka wujud jasmani atau fisiknya akan hangus terbakar menjadi abu dan seandainya tirai yang menutup sifat jalalNya itu disingkap sedikit saja oleh Allah, niscaya segalanya akan hangus sejauh mata memandang, tapi tidak demikian bila itu dikehendaki oleh Penciptannya seperti yang dialami oleh Rasulullah.


Kembali ke Asal


Manusia terdiri dari sifat jasmani dan ruhani, fisikal dan spiritual, badan dan ruh, kebendaan dan kejiwaan, zahir dan batin. Dan pada segi lahirnya umumnya sama saja tapi dari keruhaniannya pasti berbeda dan tingkatan nya diukur menurut makrifatnya kepada Allah. Dan untuk mencapai tingkatan tetrtinggi maka seseorang menetapkan 3 tujuan yang sebenarnya adalah 3 sorga :

1. Ma’wa (surga tempat kedamaian dan ketenangan) ini adalah surga dengan cirri kebendaan
2. Na’im (surga tempat nikmat Allah) dalam peringkat kemalaikatan
3. Firdaus (surga tinggi dalam peringkat keesaan atau kesatuan (dengan Allah), tempat tinggal para ruh, peringkat nama-nama (asma’) dan sifat Allah


Taqarrub mendorong manusia untuk Bersuci

Hendaknya seseorang berusaha mencapai destinasi (tempat yang dituju) dalam hidupnya dibumi ini, karena pada tingkat ini tidak ada perbedaan antara terjaga dan tertidur, karena dalam keadaan tidurpun ruh dapat melihat tempat asalnya, yaitu alam ruh dan kemudian kembali kejasad dengan membawa berita. Inilah mimpi yang benar dan peristiwa semacam ini ada 2 jenis, pertama secara peristiwa yang terjadi secara sebagian atau setengah-setengah saja seperti dalam mimpi, kedua, peristiwa yang utuh terjadi seperti Isra’ mi’raj nabi Muhammad SAW. Firman Allah :

“Allah memegang jiwa (orang) yang mati dan jiwa yang belum mati di waktu tidurnya, maka ditahanNya jiwa (orang) yang telah ditetapkan matinya dan ia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berpikir” (az-Zumar : 42)

Tidurnya orang yang bijaksana lebih baik daripada ibadahnya orang yang jahil dan orang yang bijaksana adalah orang yang mencapai tahap ma’rifatullah dan semuanya dapat dicapai dengan Dzikrullah yang menenggelamkan dirinya de dalam Nurullah dan dalam Keesaan Allah.


Cara manusia Ber-Taqarrub ?

Cara yang baik untuk mencapai martabat kedekatan adalah dengan meditasi atau tafakur untuk mengenali hakikat Allah karena mengenali Dzat Allah adalah wajib bagi orang yang mengaku beriman kepada Allah.

Nabi bersabda, “Tafakur sesaat itu adalah lebih baik dari setahun ibadah, lebih baik dari 70 tahun ibadah bahkan lebih baik dari 1000 tahun ibadah “

Ada 3 perkara tentang tafakur atau meditasi ini :

Pertama : barang siapa bertafakur tentang suatu hal dan menyelidiki sebanyam, ia akan mendapat setiap bagian dari hal itu dan mempunyai banyak bagiannya yang lain pula, dan setiap bagian itu menerbitkan banyak lagi hal-hal yang lain, dan inilah tafakur yang nilainya setahun ibadah

Kedua : barang siapa bertafakur tentang ibadahnya dan mencari sebabnya dan mengenal seba itu, maka tafakurnya bernilai 70 tahun ibadah

Ketiga : barang siapa yang tafakur tentang mengenal Allah dengan azam yang kuat untuk mengenalNya, maka tafakurnya itu bernilai 1000 tahun ibadah.

“ Orang yang cinta memiliki pandangan Mata Basirah

Orang yang tak cinta, buta matanya tak menentu arah

Cinta itu sayap bukan daging dan darah

Boleh menerbangkannya kea lam malaikat dan berjumpa Allah “



Kekasih dengan Kekasihnya

Hanya habib ( yang pengasih) dapat mengenal Mahbub (yang dikasihi) dengan sempurnyanya. Orang yang dikasihi Allah itu serba indah pandangannya, tetapi terhijab ( terlindungi) pada pandangan manusia lain, tidak diketahui manusia tetapi dikenali oleh Allah dan mudahlah bagi manusia ini untuk melayarkan bahteranya menuju pelabuhan induk keruhanian taman Hazirah al-Quds. Karena orang yang mencintai Allah adalah orang yang telah mengosongkan dirinya atau memfanakan dirinya, tidak terasa wujud dirinya hanya yang wujud ialah Allah saja.


Ruh Al Quds

Allah SWT mula-mula menciptakan atau menzahirkan Ruh al Quds atau ruh suci dalam bentuk makhluk untuk meneruskan penzahiranyang paling sempurna dalam peringkat Alam Ketuhanan Dzat Yang Maha Tinggi dan di kehendakiNya ruh itu untuk turun kea lam fana ini di peringkat yang paling rendah yaitu ALam Ajsam atau fidikal (konkret). Tujuan utamanya adalah untuk memberi pelajaran kepada ruh suci dan untuk mengetahui pengalamannya dalam mencari jalan kembali kepada Allah SWT.

Dan dalam perjalanannya dari tingkat paling tinggi ke tingkat paling rendah, ruh suci tersebut menempuh berbagai alam atau peringkat, semula ia turun ke peringkat Akal semesta atau disebut peringkat Kesatuan ( Allah dan HambaNya) atau peringkat nama dan sifat atau lebih dikenal dengan Haqiqah Muhammadiyyah.

Dan bersamaan dengan ruh suci tersebut telah disediakan pula dalam dirinya benih-benih keesaan (tauhid) agar senantiasa mengenali penciptanya yang Esa itu. Dalam perjalanan mengarungi alam-alam peringkat Allah membekalinya dengan selimut pakaian Nur Allah ( cahaya ) . Dan mendapat gelar ruh Martabat tertinggi karena tingginya derajat yang diberikan Tuhan sejak ia diciptakan.

Peringkat selanjutnya adalah peringkat Alam Malakut, disini ruh suci disebut Ruh Bergerak atau Ruh Berpindah, mimpi yang benar termasuk dalam ala mini, dan selanjutnya ia akan masuk ke Alam Kebendaan, atau kebadanan atau jisim atau fisikal, ia mendapat pakaian jasmani yang berasal dari darah, daging, urat, tulang, dsb, dan diberi gelar Ruh Insan atau Ruh Manusia. Ruh suci diberi baju kasar agar dunia selamat dari kehancuran, karena bila alam kebendaan bersentuhan langsung dengan Ruh suci maka alam kebendaan akan hangus menjadi abu.

Ruh suci dihantarkan ke tempat terendah agar ia mencari jalan kembali keasalnya yaitu berpadu atau berdampingan dengan Allah SWT seperti ketika ia berada dalam pakaian daging, darah dan tulang itu. Melalui hati yang ada dalam badan kasar ini wajar bila ia menanan benih rasa kesatuan dan keesaan dan ia akan berusaha menyuburkan rasa berpadu dengan Allah SWT , Tuhan yang Menciptakannya .

Dalam bumi hati itu ruh suci menanam benih keyakinan yang dibekalkan kepadanya oleh Allah dari alam Maha Tinggi dan benih itu diharapkan menjadi pokok sebuah keyakina yang mengahsilkan buah-buahan yang rasanya kelak akan membawa ruh itu kembali naik ke tingkat demi tingkat hingga sampai ke hadirat Allah SWT.


Penciptaan Badan untuk Ruh

Allah menciptakan badan agar ruh dapat masuk dan menetap didalamnya, dan setiap ruh mempunyai nama tersendiri, dan Allah menyusun ruang-ruang dalam badan dan meletakkan ruh manusia diantara daging dan darah, selain itu menempatkan ruh suci ditengah hati manusia, suatu ruang yang indah dan halus untuk menyimpan rahasia antara Allah dan hambaNya Ruh-ruh itu berdiam dianggota badan dengan tugasnya masing-masing, keberadaanya seolah-olah berlaku sebagai pembeli dan penjual bermacam-macam barang sehingga mendatangkan berbagai hasil pula, seperti firman Allah SWT

“ Mereka membelanjakan sebagian dari rejeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan dan mereka mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi “ (Fatir : 29 )


Ruh dalam Badan

Dada adalah tempat bersemayamnya ruh dalam diri setiap insane manusia, tempat yang berhubungan dengan panca indera ini bertugas mengatur segala hal yang berkaitan dengan masalah syariat karena dengan ini Allah menjaga dan mentadbirkan keharmonisa alam nyata. Ruh tidak pernah mengingkari perintah Allah, tidak mengatakan tindakannya sebagai tindakannya sendiri, tetapi lebih karena ia tidak mampu bercerai dengan Allah, segala tindakannya merupakan satu kesatuan dengan keberadaan Allah, tidak da perpisahan antara aku dengan Allah …

“ …….barangsiapa mengharapkan perjumapaan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal shole, dan tidak mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya “ ( al Kahfi : 110 )

Dan Allah memberikan beberapa kelebihan bagi manusia yang memiliki ruhani yang tinggi berupa :

<-->Kemampuan melihat bukti-bukti wujud keberadaan Allah di dunia ini yang dimanifestasikan dalam sifat-sifat Allah

<-->Kemampuan melihat hal yang jamakdalam sesuatu yang tunggal dan yang tunggal dalam sesuatu yang jamak di mata kebanyakan orang awam

<-->Kemampuan melihat hakikat di balik alam nyata

<-->Perasaan dekat dengan Allah


Ruh dalam Hati

HAti adalah tempat bergeraknya ruh, dan ilmu yang mengulas tentang gerakan hati disebut Tariqah. Kerjanya berkaitan dengan 4 nama Allah, sebagaimana dengan 12 nama Dzat Allah , 4 nama tidak berhuruf dan tidak berbunyi sehingga nama-nama itu tidak dapat diucapkan :

“ Katakanlah ; Serulah Allah atau serulah ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai Asma’ al Husna (nama-nama yang terbaik) “ ( al Isra’ : 110)

Manusia hendaknya berusaha mengetahui nama-nama Allah karena inti dari ilmu tasawwuf, kalimat Laa IlahaIlallaah melahirkan 12 nama Allah, setiap nama tercantum pada setiap huruf yang menyusun kalimat Laa IlahaIlallaah dan Allah akan memberikan nama kepada setiap huruf dalam proses kemajuan hati seseorang.

1. Laa IlahaIlallaah Tiada Tuhan kecuali Allah
2. Allah Nama Dzat
3. Huwa Dia
4. Al Haqq Yang Benar
5. Al Hayy Yang Hidup
6. Al Qayyum Yang berdiri sendiri kepadaNya segala sesuatu bergantung
7. Al Qahhar Yang Maha berkuasa dan perkasa
8. Al Wahhab Yang Maha pemberi
9. Al Fattah Yang Maha Pembuka
10. Al Wahid Yang Satu
11. Al Ahad Yang Maha Esa
12. Al As Samad Sumber, puncak segala sesuatu

Pada setiap tingkatan ( 4 tingkatan) yang dilalaui ruh terdapat 3 buah nama yang berbeda dengan cara inilah Allah dapat memegang hati kekasihNya yang sedang dalam perjalanan cinta menuju kepadaNya.

“ Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan akhirat “ ( Ibrahim : 27 )

Dalam pergerakannya ruh selalu memandang ke Alam Malakut, alam yang identik dengan kebaikan dan dialam ini ruh dapat melihat surga alam malakut beserta para penghuni, cahaya dan para malaikat yang berada di dalamnya. Dan melakukan percakapan tanpa suara dan dalam percakapan itu pikiran akan selalu berputar mencari rahasia-rahasia atau makna dalam batin dan setelah manusia kembali kepada Sang Pencipta, rahasia-rahasia itu akan bertahta diakhirat yaitu surga Na’im, surga yang penuh dengan kenikmatan yang tiada bandingnya. Tempat ruh yang paling tinggi adalah di tengah hati yaitu ‘hati bagi hati’.

Wednesday, August 24, 2011

PULAU BESAR & KELUARGA SAYYID THANAUDDIN


Setelah Hang Jebat di tikam,di ceritakan 3 hari 3 malam beliau mengamuk dan membunoh PEMBODEK Sultan, Sultan Mansor lari ke Kelang iaitu rumah asal Tun Perak.Tun Perak adalah penghulu Kelang. Setelah Hang Jebat meninggal dunia, di kata kan mayat nya di bawa ke Pulau Besar terletak di pantai selatan Negeri Melaka. Terdapat 9 buah pulau dalam Gugusan Pulau Besar iaitu:

1.Pulau Besar
2.Pulau Serimbun
3.Pulau Lalang
4.Pulau Burung
5.Pulau Nangka
6.Pulau Hanyut
7.Pulau Dodol
8.Pulau Hantu
9.Pulau Undan.

Dalam 9 buah pulau hanya ada 2 buah pulau di diami olih manusia iaitu Pulau Undan,rumah api dan Pulau Besar.

Pulau Besar di buka kira kira tahun 1400M, hampir sama dengan pembukaan Melaka atau mungkin lebih dahulu !!!Penduduk asal Pulau ini ialah Orang Jakun(laut),Jawa dan Maluku bukan Bugis sperti diperkatakan.

Di Melaka,Pesantren pertama di buka oleh Maulana Sayyid Abdul Aziz bin Sayyid Muhyidin Abdul Qodir Jailani di satu tempat bernama UPIH,sekarang ialah TENGKIRA.Masjid Tengkira adalah salah satu masjid tertua di Melaka.Pesantren ini tidak formal.Pada tahun 1440M Sayyid Thanauddin(Adi Putra) sampai ke Melaka beliau terus memilih Pulau Besar untuk dijadikan tempat belajar ILMU KEROHANIAN SUFI. Di Pulau ini juga Daeng Mempawah bin Raja Bajung belajar dan berguru dengan Datuk Sayyid Thanauddin/Adi Putra. Daeng itu ialah Laksamana Hang Tuah.Jadi yang menjadikan Pulau Besar Pesantren pertama Nusantara ialah Saiyyid Thanaudin/Adiputra/Panglima Hitam.

Pada tahun 1495M, satu rombongan Ulama dari Arab dan Pasai telah tiba di Pulau Besar. Rombongan ini di ketuai oleh Maulana Ishaq dan Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail beserta dengan 16 orang ulama dan keluarga mereka. Mereka bergabung dengan Datuk Adiputra yang menjadi tenaga pengajar di Pulau Besar.Di masa ini lah Sunan Giri, Sunan Kalijaga, Syeikh Subatris dan Syeikh Abdul Jalil/Siti Jenar datang menuntut ilmu di Pulau ini.Datang pada waktu yang lain ialah Puteri Mas Nyawa dan suami nya Pati Unus/Raden Abdul Qodir Al-Idrus.Di samping itu turut belajar ialah Sultan Mahmud Syah sendiri.

Pada tahun 1510M Datuk Adiputra wafat, Ketua Ulama diambil alih olih CUCU SAUDARA nya Maulana Ishaq. Dan bila Maulana Ishaq wafat pada tahun 1512M jawatan Ketua Ulama diambilalih oleh menantu nya Syeikh Sultan Ariffin Saiyid Ismail. Dan hingga lah di hancurkan oleh PORTUGIS pada tahun 1521M.Selepas itu Pulau Besar hanya lah sebagai tempat berkumpul nya nyamuk dan agas, tiada lagi tempat belajar agama secara pesantren. Mungkin ada yang belajar secara tidak formal atau bersembunyi dan berahsia, kerana masih ada saki baki keturunan dari Syeikh Ismail di Pulau bersejarah ini tetapi nama dan identiti mereka telah bertukar menjadi orang kampung biasa.

Di Pulau Besar memang terdapat makam para ulama seperti Maulana Ishaq, Sayyid Thanudin, Sayyid Ismail dan makam para shuhada seperti Raden Abdul Qodir/Pati Unus,Raden Abu Bakar,Raden Abu Syahid dan Syarifah Siti Zubaidah. Sebenar nya banyak lagi makam para shuhada yang tidak ketahui nama nya kerana mereka di kebumikan dalam makam yang satu di panggil ‘MAKAM SERIBU’.

Bila hari kebesaran Islam seperti Maulud Nabi atau Awal Muharram pengunjung nya mencapai 7000 orang, sampai kan untuk mandi pun kena tunggu tengah malam,kerana perigi nya kekeringan air…perigi ada 7 buah yang masih boleh di gunakan !!!.

Dang Wangi / Baru / Inangsih adalah isteri Hang Jebat. Bapa nya ialah Maulana Sayyid Thanaudin. Pulau Besar di buka dan di majukan olih Datuk Adi Putra dan kelurga nya . Dang Wangi mengkebumikan Jenazah Hang Jebat di hujung Pulau. Dang Wangi memang berkeluarga dengan Maulana Ishaq dan semua penduduk di Pulau itu. Dang Wangi pangkat nenek saudara bagi Maulana Ishaq bin Sayyid Ibrahim Asmoro bin Sayyid Husin Jamdil Kubra. Dang Wangi binti Sayyid Thanaudin bin Amir Sayyid Syah Jalaludin. Sayyid Thanaudin dan Sayyid Husin adalah adik beradik. Di Pulau ini berkumpul nya keturunan Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra. Isteri Maulana Ishaq iaitu Syarifah Siti Fatimah binti Sayyid Ali Nurul Alam,juga cucu kepada Sayyid Thanaudin.

Selepas Sultan Mansor balik ke kota Melaka, baginda insaf atas kekhilafan nya membunoh Hang Jebat dan atas nasihat Tun Perak, baginda tahu ada udang di balik batu, kenapa kah Hang Tuah dan Hang Jebat mesti dimusnahkan. Setelah itu baginda mengarahkan supaya mayat Hang Jebat di kebumikan di Kampung Kuli. Tapi sebenarnya seorang pun tidak tahu dimana kah mayat Hang Jebat di kebumikan, sangat di rahsiakan . Makam yang di Kampong Kuli adalah makam Peringatan. Peristiwa sebenar banyak di seleweng kan oleh pembesar-pembesar yang benci kepada Hang Tuah dan Hang Jebat. Bertambah pula yang mendominan perintahan Kesultanan Melaka ketika itu ialah orang Tamil Muslim. Mereka yang membunuh Sultan Abu Syahid, menyuruh bunuh Hang Tuah, meracun Sultan Alaudin dan mendidik Sultan Mahmud menjadi ‘kaki perempuan’. Dan mereka juga yang menjadi pembelot bila Melaka di serang Portugis.


MAKAM HANG KASTURI

Di Jalan Gelenggang dikatakan Makam Hang Kasturi. Jika baca Sejarah Cina, yang menderhaka adalah Hang Kasturi dan Sejarah Melayu mengatakan yang derhaka ialah Hang Jebat. Dalam Sejarah Melayu di tulis begini ”Maka bangkai Hang Jebat pun di tarik orang lah ke laut, maka segala anak bini nya semua habis di umbut (di halau) datang kepada kaki tiang dan tanah bekas rumah habis di gali di buang ke laut “. Apa kah makna dari tulisan ini ?. Bermakna TIDAK MUNGKIN MAKAM HANG JEBAT DI BINA DEKAT DENGAN ISTANA MELAKA! Mayat nya di buang ke laut, dan sangat betul lah cerita orang-orang tua, mengatakan Mayat Hang Jebat di bawa lari, entah kemana. Dulu kisah ini sangat dirahsiakan!

RIWAYAT HIDUP LAKSAMANA HANG NADIM (1436-1556 MASEHI)

Nama asal beliau ialah Hang Nadim,di lahir kan pada tahun 1536M di Pulau Besar. Bapa nya ialah Hang Jebat, seorang Panglima Sultan Mansor Syah. Hang Jebat ialah Datok Bentara Kanan. Ibu beliau Dang Wangi atau Dang Baru atau Dang Inangsih binti Sayyid Thanaudin. Setelah bapa nya di bunuh, ibu nya melarikan diri ke tempat datuk nya iaitu Pulau Besar. Penduduk Pulau itu banyak yang berketurunan Sayyid Thanaudin dan Maulana Ishaq. Setelah Sayyid Thanauddin membuka Pulau ini pada tahun 1420M, Pulau Besar amat terkenal menjadi Pusat Kesufian Islam. Banyak Ulama dari Pasai, Kelantan/Cermin dan Jeddah datang. Pada tahun 1495M rombongan Ulama Pasai yang di ketuai Maulana Ishaq atau Maulana Yusof dan Sayyid Ismail datang ke pulau itu. Rombongan ini berjumlah 46 orang,iaitu terdiri 6 orang perempuan dan 40 orang lelaki,kebanyakan nya adalah Ulama.

Setelah lahir Hang Nadim, beliau di serah kan kepada Hang Tuah untuk di didik. Anak yatim ini di didik olih Hang Tuah seperti anak nya sendiri. Hang Tuah juga ada anak lelaki iaitu Tun Biajid dan Tun Guna. Ketiga mereka ini di didik dengan ilmu ugama dan ilmu persilatan. Pondok Pesantren waktu itu di Upih dan Pulau Besar. Mereka di hantar ke Pulau Besar. Waktu itu Sayyid Thanaudin masih hidup lagi. Sayyid Thanauddin wafat pada tahun 1510M dan makam nya ada di Pulau Besar. Setelah dewasa Hang Nadim di kawinkan dengan Tun Mas Jiwa binti Hang Tuah. Laksamana Hang Tuah masih menjadi Laksamana Melaka. Setelah Laksamana Hang Tuah “Hilang”, jawatan Laksamana di serah kan kepada Laksamana Khoja Hasan. Khoja Hasan sebelum itu berjawatan Temenggung. Setelah Khoja Hasan menjadi Laksamana,jawatan Temenggung di berikan kepada Temenggung Tun Hasan bin Tun Mutahir.

Pada tahun 1510M satu peristiwa yang dahsyat berlaku. Atas kianat orang Tamil Muslim terjadi lah Pembunuhan 4 orang Pembesar Melaka iaitu;

1.Bendahara Tun Mutahir…Bendahara
2.Temenggung Tun Hasan, anak Bendahara
3.Tun Ali, menantu/anak saudara Bendahara
4.Seri Nara DiRaja, Abang Bendahara dan besan Bendahara

Selepas peristiwa ini Laksamana Khoja Hasan pula dipersalahkan kerana tidak siasat hal yang sebenar. Khoja Hasan dipecat dan dihalau dari Melaka. Laksamana Khoja Hasan balik ke Pasai dan menuntut lagi ilmu ugama. Beliau ialah anak Ulama yang mentafsir kan kitab Daru’il Mazlum iaitu Maulana Sayyid Ibrahim Patakan Ismail bin Maulana Sayyid Barkat Nurul Alam bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra. Maulana Sayyid Patakan Ibrahim Ismail ialah bapa kepada Maulana Malik Ibrahim…. Maulana Malik Ibrahim ialah KETUA WALI SONGO juga dikenali juga dengan SUNAN MAGHRIB. Nama sebenar Laksamana Khoja Hasan ialah Maulana Sayyid Fadillah. Dikatakan beliau lah yang menewaskan Portugis dan membuka Pelabuhan Sunda Kelapa menjadi JAYAKARTA atau JAKARTA.

Setelah jawatan Laksamana kosong, jawatan ini di berikan kepada Hang Nadim. Dimasa Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511M, beliau lah Laksamana Angkatan Laut Melaka. Pada masa itu Melaka mempunyai 100,000 orang tentera dan ada 3000 pucuk meriam. Kekalahan tentera Melaka ini bukan disebabkan KEKUATAN TENTERA PORTUGIS, tetapi kerana ada pembelot dari kalangan orang Cina,Tamil Muslim dan Jawa. Orang orang ini menjadi pedagang di Melaka dan konon nya TIDAK PUAS HATI KE ATAS CUKAI YANG DI KENAKAN. Pada permulaan Perang, Portugis hampir kalah..tetapi Ketua Orang Jawa iaitu Utimur Raja menjadi pembelot dengan memberitahu kelemahan dan PETA Kota Melaka. KOTA MELAKA bukan A FORMOSA. Kota Melaka di dirikan oleh Tun Perak, dari kawasan Kota A Formosa terus ke Limbungan bawa ke Durian Daun bawa ke Semabok dan terus ke Bukit Senjuang dan terus ke Banda Hilir. Kota Melaka yang asal menutup satu bandar Melaka. Di Dataran Pahlawan, dulu nya laut, masih ada lagi sisa sisa Kota Melaka. Mesti diingat A Formosa ialah KOTA PORTUGIS bukan Kota Melaka.

Setelah Melaka kalah, Sultan Dan pembesar Melayu lari ke Pagoh. Masih ada lagi tinggalan mereka di Pagoh, Segamat. Dari Pagoh mereka menyerang Portugis kembali.Tentera Portugis menghancurkan Pagoh dan Sultan Mahmud lari kearah Kota Seluyut dalam Daerah Kota Tinggi.Serangan tetap di buat ke Melaka di ketuai Tun Biajid dan Laksamana Hang Nadim. Tun Biajid lari ke Pasai kemudian ke Patani dan kemudian ke Pahang. Pada akhir Tun Biajid, beliau menetap di satu tempat di Pahang. Laksamana Hang Nadim pula mengikut Sultan Ke Johor. Tun Guna bin Hang Tuah meninggal dunia semasa serangan Portugis di Kota Bentayan, Pagoh. Laksamana Hang Nadim banyak berkhidmat dengan banyak Sultan Melaka dan Johor, seperti Sultan Mahmud 1, Sultan Ahmad Syah, Sultan Alauddin Riayat Syah 2 (Sultan Johor 1), Sultan Alaudin Riayat Syah 3. Beliau juga yang membina Kota Bintan dan juga Makam Tauhid di Kota Tinggi. Selepas mendirikan Makam Tauhid beliau “HILANG”.

Dimasa itu Sultan Johor ialah Sultan Abdul Jalil Ali Munghayat Syah. Bendahara nya ialah Tun Seri Lanang.

Dikatakan juga Makam Laksamana Hang Nadim berda di Pulau Besar di samping makam bonda dan ayahanda nya. Dulu, kawasan di seliling Keramat Tempayan Pecah memang ada makam lama. Tetapi sangat sayang sekali, sekarang makam makam ini telah di ratakan untuk membuat padang golf.

Tiga buku iaitu Sulalatus Salatin, Sejarah Kesultan Johor dan Sejarah Melayu dan Bugis boleh dirujuk.“Hang” adalah pangkat yang di beri oleh Sultan Mansor Syah ke pada Hang Tuah dan 7 orang lagi sahabat nya di ketuai oleh Tun Bija Sura. Pangkat dan gelaran Hang ini di berikan sebelum kedatangan Puteri Hang Lipo.

PERIGI TEMPAYAN PECAH

Suatu ketika dahulu, terdapat seorang nenek kebayan yang mempunyai tujuh orang anak lelaki. Setiap seorang mempunyai kelebihan yang tertentu. Pada suatu hari, nenek kebayan hendak keluar mencari akar kayu untuk dijadikan ramuan ubat-ubatan. Beliau berpesan kepada anak-anaknya supaya menyiram tanaman di kebun bunga dan herba. Hanya yang bongsu menyiram tanaman tersebut.

Proses menyiram adalah sangat rumit sehingga si bongsu ini terfikir untuk mengangkat air dengan menggunakan tempayan sahaja kerana beliau mempunyai kekuatan seperti ’Badang’. Ini bermakna dengan hanya sekali angkat sahaja dari perigi sudah dapat air satu tempayan.

Suatu hari, sewaktu hendak menyiram, tempayan yang penuh berisi air itu terhempas. Si bongsu lantas terus mengorek lubang di tanah dan menanam tempayan yg pecah itu di dalam lubang tersebut. Tiba-tiba, terpancut mata air keluar di dalam tempayan yang pecah itu. Walaupun airnya keruh tapi ia tidak berbau. Sehingga sekarang perigi tempayan ini terus mengeluarkan air dan dipercayai tidak pernah kering.


Perigi Tempayan Pecah tidak asli lagi. Mulut Tempayan yang asli berada di dalam air dan 6 kaki dari permukaan air itu. Itu lah jika rakus hendak kan PEMBANGUNAN, Sejarah 'orang-orang lama' akan hilang. Di Pulau Besar ada 3 tempat yang BUKAN ASLI DAN YANG ASLI TELAH HILANG !!!

1.Komplek Makam Syeikh Sultan Ariffin…..baru di bina pada 1992,tidak asli lagi.

2.Keramat Tempayan Pecah, terus ditengelami air, sedalam 5 kaki. Ekosistemnya rosak. Dulu air pasang,air penuh dalam tempayan, bila surut, air kering.

3.Keramat Masin Tawar…terus pupus. Ini disebabkan pembinaan padang Golf, yang menyebabkan banyak pokok pokok bakau di tebang dan dibersihkan.

Nenek Tempayan Pecah nama sebenar nya ialah Dang Wangi atau Inang Sih. Beliau ialah isteri kepada seorang Laksamana yang di katakan derhaka iaitu Laksamana Hang Jebat. Berhampiran dengan makam nya ada makam suami nya, anak lelaki nya dan anak perempuan nya.

Ada pendapat lain mengatakan makam Hang Nadim bin Hang Jebat tidak ada di makam 7 beradik sebagaimana dikatakan,makam beliau terletak berhampiran Keramat Tempayan Pecah dan begitu juga makam ayahanda nya. Hang Nadim adalah seorang Laksamana Angkatan Laut Melaka dan menantu kepada Hang Tuah. Isteri nya ialah Tun Mas Jiwa binti Hang Tuah. Dari mereka ini lahir lah Tun Hamzah dan dari Tun Hamzah lahir lah Tun Mat Ali dan dari Tun Mat Ali lahir lah Tun Pertam.

Jadi pendapat yang mengatakan Hang Tuah tiada Zuriat adalah bohong dan keliru. Laksamana Hang Nadim ini sangat terkenal di seluroh alam Melayu dan pernah mengetuai Angkatan Laut Johor/Melaka menyerang Portugis sebayak 16 kali tapi gagal dan akhir nya shahid dan di kebumikan di Pulau Besar.

GELANGGANG SILAT

Gelanggang Silat yang di asaskan olih Sayyid Thanudeen / Datuk Adi Putra. Ini lah gelanggang silat pertama sekali yang di buat olih Datuk Adi Putra di Melaka. Selepas itu, barulah gelanggang silat Gunung Ledang.



Gelanggang ini memang bersejarah kerana di gelanggang ini juga melahirkan pahlawan 5 bersaudara iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi,Hang Lekir dan Hang Lekiu. Selepas mereka belajar silat di sini, mereka akan bersulok di Gua Yunus dan Batu Belah. Lepas itu ke Gunong Ledang dan ke Tanjung Tuan dan balik semula ke Pulau Besar dan baru lah tamat.


TOK PUTIH


Riwayat hidup TOK PUTIH atau SAYYID AHMAD AHMAD TAJUDDEN atau AHMAD SALIM atau AHMAD QADIR atau PANGLIMA ALANG DAIK HITAM (1457-1577 MASEHI)
Beliau adalah anak Tertua dari 3 beradik.Bapa nya bernama Syeikh Sultan Ariffin Sayyi Ismail bin Sayyid Abdul Qadir bin Sayyid Jabbar bin Sayyid Shollih bin Syeikh Sayyid Mohyidden Abdul Qader Jilani.Beliau lahir pada tahun 1497M di Pulau Besar.Ibunya ialah Syarifah Siti Maimunah binti Maulana Mohamad Yusof atau Maulana Ishaq.Beliau di didik oleh bapa nya dan datuk nya darihal islam dan persilatan juga hal-hal perubatan. Beliau banyak terlibat semasa perang melawan penjajah Portugis. Hampir keseluruhan perang melawan Portugis, beliau terlibat, nama gelaran nya paling terkenal ialah Panglima Alang Daik Hitam atau TOK PUTIH. Pada tahun pada tahun 1517M beliau di kahwin kan dengan Raja Siti Kamariah .Beliau tiada zuriat dari perkahwinan ini. Raja Siti Kamariah berketurunan Bugis Riau.Pada tahun 1521M semasa perang melawan Portugis Melaka, Raja Siti Kamariah turut berperang dan syahid. Panglima Alang Daik Hitam lari kearah Selatan Sumatera selepas pecah perang dan Angkatan Perang Demak kalah.Semasa lari ke arah Selatan Sumatera bersama keluarga nya dan menyamar menjadi orang kampung dan menukar nama menjadi TOK PUTIH.

Setelah perang reda dan aman, beliau kembali pulang ke Pulau Besar dan namanya kekal sebagai TOK PUTIH. Atas nasihat dari ibu dan nenek nya beliau mencari tempat baru untuk berdakwah. Tempat yang di pilih ialah PALEMBANG. Pada tahun 1545M beliau bergerak ke Palembang tetapi malang sampai di Selat Berhala kapal yang di tumpangi oleh ulama ini karam. Beliau selamat. Di Selat ini sangat 'keras' dan penduduk di sini menyembah berhala. Tok Putih berdakwah,dengan takdir Allah SWT,banyak penduduk masuk islam.Penduduk tempat ini mengelar kan beliau dengan nama Datuk Paduko Berhalo. Dimasa itu kehebatan Tok Putih dalam ilmu persilatan memang mashur, lalu di perintah mengadap Pemerintah Pagar Ruyung. Pemerintah Pagar Ruyung waktu itu seorang Puteri. Setelah melihat kewarakan dan kehebatan Tok Putih, Puteri Selaras Pinang Masak jatuh hati. Beliau berkahwin dengan Puteri Selaras Pinang Masak. Hasil dari perkahwinan ini maka lahir lah 4 orang anak iaitu Sayyid Ahmad Khamil dan Sayyid Ahmad Husoh. Dua lagi tidak ketahui nama mereka.

Dari Zuriat Keturunan TOK PADUKO BERHALO atau TOK PUTIH, menjadikan satu tempat baru yang di kenali dengan nama JAMBI.Jambi di asaskan oleh Sayyid Ahmad Khamil atau TOK KAYO HITAM. Setelah hampir ke penghujung usia, Tok Putih kembali ke Pulau Besar untuk menghabis kan sisa-sisa usia nya. Pagar Ruyung bukan lah tempat tumpah darah nya.Beliau meninggal kan anak keturunan nya di Tanah Minang setelah wafat nya Puteri Selas Pinang Masak pada tahun 1562M .

Setelah kembali ke Pulau Besar mungkin beliau pergi lagi berdakwah atau mengajar ugama di daerah seperti Ulu Pahang atau Negeri Sembilan atau Segamat, perlu diingat Ulu Pahang,Ulu Jempol dan Segamat berdekatan jika menghulu Sungai Muar atau Sungai Melaka. Kedua sungai ini mempunyai hulu yang sama di Ulu Jempol atau sekarang FELDA SERTING atau nama dulu nya PENARIK. Di Mengkarak juga ada makam Tok Putih (makam Tok Mengkarak).

Pada tahun 1577M TOK PUTIH yang warak ini di panggil menghadap ILLAHI dan disemadi kan di Pulau Besar. Tok Putih menurut kata orang tua sangat lembut,tutur kata nya sangat halus dan sangat Zuhud.

POHON KEMENYAN

Sepohon pokok kemiyan terdapat di Pulau Besar Melaka. Kemiyan adalah damar yang diperolehi daripada getah pokoknya. Kemiyan biasanya dibakar untuk memperolehi baunya yang wangi. Selain dari baunya yang harum asap kemiyan yang diusap ketubuh badan juga boleh merawat kegatalan kulit. Kemiyan juga boleh digunakan untuk mencegah senjata seperti keris daripada berkarat. Serbuk kemiyan juga sering dicampur dengan tembakau rokok.

Rasulullah SAW pernah bersabda, “berilah luban (kemenyan Arab) kepada isteri kalian yang sedang mengandung karena itu dapat mencerdaskan anak yang sedang dikandungnya”.

Imam Ali bin Musa Ridha a.s. berkata, “Berikanlah luban kepada isteri kalian yang sedang mengandung. Jika bayi yang dikandungnya itu laki-laki, maka anak tersebut akan menjadi anak yang cerdas, pandai, dan pemberani. Dan jika bayi yang kandungnya itu perempuan, maka anak itu akan menjadi cantik paras dan budi pekertinya, serta akan dihormati oleh suaminya..” Sebenar nya memang betul,mereka semua nya lembut tutur kata pada hal dakwah, tapi keras pada masa Peperangan.

BATU DAMAR WULAN

Nama Batu Damar Wulan ialah tempat sholat dan berehat bagi Pengeran Damar Wulan iaitu nama lain bagi Raden Abdul Qadir Al-Idrus atau Pati Unus atau Sultan Ali Alam Akbar As Tsani.Beliau SYAHID di Pulau Besar pada tahun 1521M.Suami kepada Syarifah Siti Zubaidah binti Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail,Pulau Besar. Beliau juga suami kepada Raden Puteri Ratna Gumilah Sari atau Puteri Gunong Ledang binti Sultan Ali Alam Akbar Al Fatah.

Tuesday, August 23, 2011

KHUSUK & LALAI KETIKA SOLAT..."


KHUSU' & LALAI KETIKA SOLAT - HANYA SATU PERBINCANGAN ..oleh Fakirabdillah.

PRAKATA.

Allah mewajibkan kita sembahyang atau solah lima waktu sehari semalam. Yang menentukan waktu itu ialah Allah, dan Bilal telah diarahkan untuk melaungkan Azan bagi menandakan masuknya waktu itu, dengan seruan Hai Ya Alas-solah yang bermaksud Marilah Sembahyang, Marilah Sembahyang.

Allah juga mengajar kita menjawab seruan itu dengan ucapan yang disebut sebagai HAUQALAH yaitu LA HAULAWALA QUWWATA-ILLAH-BILLAH yang bermaksud TIADA DAYA UPAYA dan KEHENDAK ( kita sebagai manusia ) MELAINKAN DENGAN DAYA UPAYA dan KEHENDAK ALLAH. ( untuk mendirikan sembahyang itu )


DAYA UPAYA bagi Allah ialah SIFAT QUDRATNYA manakala KEHENDAK pula ialah SIFAT IRADATNYA. Bila anda menjawab seruan Bilal itu anda sebenarnya MENGAKUI dan BERIMAN bahawa anda sebenarnya tiada langsung mempunyai Daya Upaya dan Kehendak. Daya Upaya dan Kehendak ini adalah SIFAT Allah bukannya Sifat anda.


Pengakuan ini hendaklah anda teruskan dan akui ketika anda berwudhu’ hinggalah keakhir sembahyang yaitu ketika memberi salam. Yang terbaik ialah itulah Amalan dan Tauhid anda sepanjang hidup anda yaitu mengakui Yang Berkuasa dan Berkehendak itu ialah Allah semata-mata. Anda TIADA Kehendak dan Daya Upaya.


Jika ini ( pengakuan tadi ) anda tidak lakukan ketika anda berwudhu dan ketika anda sembahyang, maka anda pasti akan mengalami gangguan berupa lintasan fikiran didalam sembahyang anda. Untuk menjiwai perkara ini maka anda perlulah memahami akan perkara Daya Upaya dan Kehendak ini Maka cubalah fahamkan dengan membaca huraian huraian berkaitannya didalam Risalah Kecil ini.


KENYATAAN ALLAH BERKAITAN SOLAT


Allah Berfirman didalam Al-Quran Yang Bermaksud :-

a. CELAKALAH bagi orang orang yang LALAI didalam solatnya dan NERAKA WAIL-lah tempatnya.

b. Sesungguhnya SOLAT itu AMAT BERAT SEKALI bagi orang yang mengerti.

Maka adalah amat perlu kita memahami akan pengertian dua perkataan yaitu LALAI dan KHUSU’ ( lawan lalai ) dan maksud Allah dalam kalimah AMAT BERAT sekali dan maksud orang yang mengerti itu.

MAKSUD LALAI.


Dari segi bahasa LALAI maksudnya CUAI. Cuai pula menghasilkan KESALAHAN . Biasanya KECUAIAN berlaku akibat perkara seperti disebutkan dibawah :-

a. Melakukan sesuatu perkara tanpa ILMU atau tanpa ada kefahamam yang sebenarnya berkaitan dengan apa yang dilakukan itu,

b. Melakukan sesuatu perkara tanpa memberi tumpuan atau perhatian yang sepenuhnya, atau melakukan sesuatu dengan sambil lewa sahaja

c. Menyatakan atau mengungkapkan percakapan percakapan atau sebutan sebutan tanpa faham akan apa yang diucapkan atau yang disebutkan itu, atau memahami akan ma’ana apa yang dicakapkan dan apa yang disebutkan itu . Maksudnya, orang yang bercakap atau yang menyebut tidak faham atau tahu akan apa yang dicakapkannya.

Dari segi akal pula LALAI atau CUAI berkemungkinan besar berlaku akibat orang yang melakukan sesuatu itu TIDAK IKHLAS dalam melakukan sesuatu itu.

Dalam hal ini maksud perkataan IKHLAS itu hendaklah benar benar difahami. Ikhlas bermaksud melakukan sesuatu tanpa ada niat sedikitpun untuk mendapatkan BALASAN dalam apa bentuk sekalipun dan dari sesiapapun termasuk juga dari Allah.



MAKSUD KHUSU’

Khusu’ adalah lawan kepada perkataan Lalai. Maksudnya dari segi bahasa ialah BERTUMPU DENGAN SEPENUH TUMPUAN kepada apa juga yang dilakukan dengan niat untuk mendapatkan hasil ( dari apa yang dilakukan itu ) sebaik mungkin atau yang paling sempurna yang memuaskan hati pelakunya. Atau melakukan sesuatu dengan bermutu tinggi ( kualiti )

Khusu’ yang berkaitan dengan solat atau sembahyang ialah semasa sembahyang tumpuan dapat diberikan secara 100% kepada Allah tanpa ada lintasan lintasan fikiran. Atau orang yang sembahyang itu tidak memikirkan hal lain selain dari memikirkan akan Tuhan yang sedang disembahnya. Jadi yang dikatakan Khusu’ itu ialah menjiwai sepenuhnya akan sembahyang itu.

Orang yang KHUSU’ dalam sembahyangnya mendapat NIKMAT dari sembahyangnya itu. Apakah yang dikatakan NIKMAT SEMBAHYANG itu ?



GANGGUAN DALAM SEMBAHYANG.

Soal-selidek yang dijalankan secara rambang oleh penulis menunjukkan bahawa LALAI dalam sembahyang adalah berkaitan ada GANGGUAN dalam BENTUK LINTASAN FIKIRAN .

Maksud Lintasan Fikiran ialah semasa melakukan sembahyang itu secara tiba tiba sahaja teringat akan perkara perkara lain yang tiada kaitan dengan Allah.

Kebanyakan responden memberitahu bahawa perkara lintasan fikiran ini berlaku semasa ianya MEMBACA FATIHAH. Kadang kadang pada setiap kali pembacaan Fatihah ( pada setiap raka’at ) Ada juga berlaku lintasan semasa ianya membaca TAHYAT. ( tetapi kurang )

Yang jelas lintasan ini berlaku bukan dengan kehendak yang disengajakan oleh orang yang sembahyang itu. Maksudnya ianya berlaku diluar kawalan orang yang sembahyang itu. Orang yang sembahyang itu tidak dapat berbuat apa apa untuk menghalang kedatangan Lintasan itu.



KENAPA BERLAKU LINTASAN FIKIRAN.


Ada dua soalan yang bermain dikepala kita :-

Pertama kenapakah berlaku Lintasan Fikiran semasa kita sedang membaca Fatihah ?

Kedua adakah dengan berlakunya Lintasan Fikiran ini bermakna kita Lalai dalam sembahyang kita, sedangkan Lintasan Fikiran itu bukan atas kehendak kita atau kita sengajakan ? Ianya datang tanpa diundang dan kita tidak merelakan kedatangannya ?

Jika kedatangan Lintasan Fikiran itu menunjukkan LALAI maka berdasarkan Ayat Al-Quran yang disebut diatas maka kita telah mendapat sumpahan Allah yaitu Celaka dan sudah pastilah kita tidak mahu ditempatkan di Neraka Wail.

Berkaitan dengan Kedatangan Lintasan Fikiran ini hanya Allah sahaja yang mengetahui sebab sebenarnya.

Sebagai hambanya kita hanya cuba mencari jawapan dengan ILMU yaitu cuba mencari jawapan jawapan berdalilkan Ayat Ayat Al-Quran dan Hadith Hadith Nabi saw. Jadi terpulanglah kepada pembaca sama-ada yakin atau tidak kepada hujah hujah penulis ( berkaitan cara untuk Khusu’ dalam Solat ) yang akan dinyatakan didalam Risalah ini.



MAKSUD SOLAT ITU AMAT BERAT SEKALI

( bagi orang yang mengerti )


Yang dikatakan BERAT SEKALI itu ialah berkaitan SOLAT bukan berkaitan SEMBAHYANG. Yang mengatakan demikian ialah ALLAH sendiri.

Jadi Solat itu tidak sama maksudnya dengan Sembahyang. Untuk mengetahui perbezaannya kenalah kita mendalami Ilmu Agama.

Risalah ini tidak dapat menjelaskannya kerana penjelasannya adalah panjang dan lebar.

Apakah maksud BERAT SEKALI itu ? . Kalau terlalu berat sudah pastilah manusia yang lemah ini tidak akan dapat memikulnya !!! Adakah cara untuk meringankannya ?

Ada banyak Hadith yang menganjurkan agar kita sembahyang sepertimana Nabi saw sembahyang. Malangnya kita tidak akan dapat melihat dengan mata kepala tentang bagaimana caranya Nabi saw sembahyang. Yang didengar ialah penceritaan ulama’ ulama ‘. Ulama’ ialah Pewaris Nabi.

Banyak Hadith menerangkan bahawa ramai para sahabat melihat jasad Nabi BERGEGAR dan BERGOYANG GOYANG ketika baginda bersembahyang. Bergegar dan bergoyang goyang ini disebut sebagai GEMENTAR.

Yang perlu kita tanyakan ialah kenapa jadi begitu halnya ? Adakah Bergegar atau Bergementar itu akibat Khusu’ atau akibat Berat Sekali sembahyang Nabi saw itu ? Siapakah yang boleh memberi jawapan kepada soalan kita ini ? Kita amat memerlukan jawapan kerana kita hendak KHUSU’ dalam sembahyang kita dan kita AMAT TAKUT disumpah oleh Allah dan dihumbankan ke Neraka Wail. Tidak ada siapa yang dengan sengaja ingin hidup di Neraka. Na-u- zubillah- min-zalik !



JAWAPAN


BARANGKALI jawapan jawapan kepada soalan soalan yang dikemukakan diatas ialah seperti berikut. Ya barangkali sahaja bukan jawapan yang sebenar-benarnya yang muktamad. Penulis hanya CUBA menjawab. Jawapan sebenarnya Hanya Allah Yang Tahu kerana Allah itu Maha Mengetahui. Terpulanglah kepada pembaca untuk membuat tafsiran dan keputusan masing masing berkaitan jawapan jawapan ini.

Untuk menjawab soalan ini kita WAJIB merujuk kepada Dalil Dalil NAQLI yaitu Ayat Ayat Al-Quran dan Hadith Hadith Nabi saw. Inilah yang akan dikemukakan oleh penulis.


Pertamanya penulis merujuk kepada Hadith Nabi saw yang bermaksud :

Sembahyang yang sempurna ialah dengan WUDHU yang sempurna.


Untuk faham maksud Wudhu Sempurna maka kita perlulah tahu dan faham akan tujuan berwudhu itu. Kenapa kena berwudhu sebelum kita sembahyang ? Adakah untuk membersihkan diri kita ? Kalau tujuannya adalah untuk membersihkan diri, kenapakah kita tidak diperintahkan untuk membersihkan seluruh anggota badan yaitu dengan MANDI ? Kenapa hanya MENGENAKAN air kepada anggota anggota tertentu sahaja ?

Kalau begitu tujuan berwudhu bukanlah untuk membersihkan badan. Mesti ada tujuan yang lain. Ulama mengatakan bahawa Wudhu itu Pemisahan dan Solat itu Penyatuan. Apakah yang dipisahkan dan apa pula yang hendak disatukan ? Tiada jawapan didalam Risalah ini.


Pada penulis Wudhu itu ialah sebahagian Rukun Sembahyang. Rukun sembahyang ada 13, jika dimasukkan Wudhu maka ia jadi 14 dan yang pertama ialah Wudhu Yang Sempurna itu dan selepas itu barulah rukun 13 yang lain lain itu. Ini adalah kerana tidak sah sembahyang tanpa wudhu. Kerja sia-sia namanya. Maka tertakluklah wudhu itu kepada Hukum Sembahyang yaitu Feqli. Qauli dan Qalbi.


Pada penulis adalah benar Wudhu itu adalah upacara Pembersihan, malah ianya upacara Penyucian Batin yang disebut sebagai NAFI & ISBAT. Didalam wudhu kita wajib melakukan upacara NAFI dan ISBAT. Nafi maksudnya MENIDAKKAN. Apa yang di-TIDAK-KAN ? ISBAT maksudnya MENG-IYA-KAN. Apa pula yang di-IYAKAN ? Yang di-TIDAKKAN ialah BADAN dan yang di-IYAKAN ialah NYAWA.


Maksud sebenarnya ialah MENGAKUI bahawa yang MELAKUKAN perbuatan berwudhu ( dan sembahyang yang akan didirikan itu ) itu termasuk menyuarakan Lafaznya bukanlah BADAN atau anggota Badan seperti mulut, tangan, kaki dan sebagainya TETAPI YANG BERBUAT DENGAN SEBENAR-BENARNYA atau pada HAKIKATNYA ialah NYAWA.


Ini adalah kerana BADAN ( yang kita anggap Hidup itu ) itu adalah MATI dan YANG HIDUP lagi MENGHIDUPKAN itu ialah NYAWA. Nyawalah yang menghidupkan Badan. Yang demikian PELAKU SEBENAR ialah NYAWA bukan BADAN. Orang mati tidak lagi ada NYAWA.


Maksud ( Nafi & Isbat ) yang LEBIH BENAR ialah MENGAKUI bahawa NYAWA itu BERSIFAT KETUHANAN kerana NYAWA itu MEMILIKKI SIFAT SIFAT TUHAN. ( Belajarlah tentang Sifat 20 Allah yang dimilikki oleh Nyawa anda ) Maka Tuhan Allah-lah yang menjadi PELAKU SEBENAR bukannya kita sebagai manusia. Oleh kerana itulah kita menjawab Lafaz Bilal : Hai Ya Alas- Solah dengan HAUQALAH yang bermaksud : Tiada Daya Upaya kita untuk Solat melainkan dengan KUDRAT dan IRADAT ALLAH.


Jika tiada Daya Upaya kita melainkan Kudrat dan Iradat Allah !!! , jadi siapakah yang berwudhu dan yang akan Solat itu ? Jawapannya ialah yang memilikki atau yang Bersifat dengan Kudrat dan Iradat Allah itu yaitu NYAWA bukannya kita manusia tetapi kita juga !!! ( Fahamkanlah )


Yang demikian penulis menyarankan kepada pembaca supaya BERWUDHU’ dengan penuh tertib dan berbudi bahasa agar mendapat Wudhu’ Yang Sempurna itu agar Solat juga Sempurna tanpa Lintasan Fikiran tanpa Gangguan.


Jika ada juga lintasan dan gangguan, maka ianya bukan lagi bolih disabitkan kepada kita. Bila bukan kita yang disabitkan maka bukanlah kita yang mendapat Sumpahan CELAKA dari Allah. Maka bukanlah kita yang dihumbankan ke Neraka Wail. Setidak-tidaknya inilah yang menjadi Keyakinan atau Iman kita yaitu keyakinan 100%.



CARA BERWUDHU YANG DISARANKAN

1 Kita pandai berwudhu kerana diajar oleh Nabi kita. Maka sewajarnyalah anda mulakan wudhu anda dengan berselawat kepada Nabi anda,

2. Allah memberi kelebihan kepada Nabi Allah Hidir berkaitan AIR. Anda berwudhu dengan menggunakan air, maka berilah salam kepada Sultanul Anbia’ itu . Katakan : Assalamu-alaika Ya Nabi Allah Hidir Bulya Mulkan.

3. Air yang anda gunakan untuk berwudhu itu HIDUP dan MENGHIDUPKAN ( Air Al-Hayat ) air yang SUCI lagi MENYUCIKAN ( Air Al-Kautsar ), maka berilah salam kepada air itu dan mintalah izin untuk menggunakannya untuk berwudhu.

( Janganlah kurang ajar kepada air. Kena sumpahan air bala jadinya kerana anda itu 85% air. )

4. Selepas itu bacalah Lafaz Wudhu anda untuk menzahirkan Niat yang ghaib itu.

5. Tatkala membasuh muka kali pertama : lafazkanlah dengan keyakinan pada hati : Ya Allah aku ini mati dan dihidupkan. Aku hidup dengan HAYAT mu. Zat Hayatmu-lah yang menghidupkan aku. ( Muka ialah lambang hidup )

6. Tatkala membasuh muka kali kedua lafazkanlah dengan keyakinan pada hati : Ya Allah aku tidak bolih MELIHAT. Aku melihat dengan BASAR mu.

7. Tatkala membasuh muka buat kali ketiga : lafazkanlah dengan keyakinan pada hati : Ya Allah aku tidak bolih BERKATA-KATA. Aku berkata-kata dengan KALAM mu.

8. Tatkala membasuh tangan : lafazkanlah dengan keyakinan pada hati : Ya Allah aku tidak ada KUASA dan tidak bolih bergerak . Aku berkuasa dan bergerak dengan KUDRAT mu.

9. Tatkala membasuh kepala : lafazkanlah dengan keyakinan pada hati : Ya Allah aku adalah bodoh dan dungu. Aku berilmu dan tahu dengan ILMU mu.

10. Tatkala membasuh telinga : lafazkanlah dengan keyakinan pada hati : Ya Allah aku tidak bolih MENDENGAR dan aku sebenarnya pekak. Aku mendengar dengan SAMA’ – Mu.

11. Tatkala membasuh kedua kakimu : lafazkanlah dengan keyakinan pada hati : Ya Allah aku tidak ada KEHENDAK semuanya adalah IRADAT-Mu yang menentukan jalannya kehidupanku yaitu Qada’ dan Qadarku yang telah Engkau tentukan dan aku redha Ya Allah.

Setelah selesai berwudhu : Maka ucapkanlah Dua Kalimah Syahadah : tasdiqkan dihatimu :

"Ya Allah tiada yang wujud dan yang nyata didalam diriku melainkan Engkau Ya Allah : ZatMu yang meliputi diriku adalah Zatku, Jasadku ialah SifatMu. Aku adalah Penampakan ZahirMu ( Tajalli ) untuk menunjukkan Keagungan ( Jalal ) Keindahan ( Jamal ) dan KesempurnaanMu ( Kamal ) Ya Allah, Ya Diri Hakikiku."


Kemudian anda melangkahlah ke Sejadah anda untuk memulakan Solat anda.


Keduanya ( berkaitan sebab lalai ) penulis ingin merujuk dan mengemukakan beberapa Ayat Ayat Al-Quran. Yang pertama ialah ayat ayat yang merujuk kepada definasi Iman seperti yang dijelaskan oleh Allah sendiri ( didalam Al-Quran ) yang bermaksud :-

a. Orang orang yang beriman itu ialah orang orang yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan percaya kepada Hari Akhirat.

Maksudnya orang orang yang tidak bersolat enggan menunaikan zakat dan tidak percaya kepada Hari Akhirat ialah orang orang yang tidak beriman.

b. Orang orang yang beriman itu ialah orang orang yang tidak takut berkurangan pahala dan tidak pula takut bertambah dosa.

Maksudnya ialah orang orang yang bermal ibadah seperti bersolat kerana takut berdosa atau inginkan pahala maka orang orang itu tidak beriman. Intipatinya ialah orang yang inginkan pahala dan takut berdosa itu tidak ikhlas. Orang yang tidak ikhlas menurut Allah ialah orang yang tidak beriman.

c. Orang orang yang beriman itu ialah orang orang yang apabila disebut sahaja Nama Allah maka GEMENTAR-lah JIWAnya. ( Yang gementar itu ialah JIWA bukan badan, dan Gementar itu bukan bermaksud takut . Takut ialah GENTAR )

Maksudnya ialah orang orang yang apabila disebut sahaja Nama Allah walaupun sampai beribu kali, tidak merasa apa apa pun, apatah lagi Gementar belum lagi beriman atau tidak beriman ( menurut Allah bukan menurut kata kata ulama ‘ )

Penulis juga ingin merujuk kepada beberapa lagi Ayat Ayat Al-Quran yang bermaksud :-

a. Bukanlah kehendak kamu, kesemuanya adalah Kehendak Allah jua ( belaka. )

Maksudnya ialah manusia itu walaupun kelihatan banyak kehendak atau kemahuan sebenarnya - tidak langsung mempunyai kehendak kerana ( melalui Ayat diatas ) Allah menegaskan bahawa kehendak kehendak kita itu pada hakikatnya bukanlah kehendak kehendak kita. Kesemuanya adalah Kehendak Allah yang disampaikan melalui kita sebagai manusia. Kehendak atau Iradat didalam bahasa Arab itu adalah Sifat IRADAT Allah pada hakikatnya. Berkaitan sembahyang kita telahpun menafikan kehendak kita dan mengakui akan Kehendak Allah bila menjawab lafaz Bilal ketika bilal menyuarakan azan itu. ( Hauqalah )

b. Allah menjadikan kamu dan segala perbuatan kamu.

Maksud ayat ini sangat jelas dan itulah maksudnya. Cuma kerana ianya amat jelas barangkali sebab itulah ramai diantara kita ambil mudah sahaja dan terus berkeyakinan bahawa perbuatan perbuatan manusia itu tiada kaitan langsung dengan Allah, kerana pada mereka Allah itu Tuhan dan mereka sebagai manusia adalah hamba.

Perbuatan disebut juga sebagai Af’al atau Fi’il. Untuk melakukan sesuatu kita mestilah ada Daya atau Kuasa. Sifat Allah yang bererti Berkuasa ialah Sifat QUDRAT-NYA. Berkaitan sembahyang kita telah-pun mengakui bahawa tidak ada daya kita melainkan DAYA dan QUDRAT Allah jua ketika menjawab Lafaz bilal juga . ( Hauqalah )

c. Setiap sesuatu adalah KOSONG melainkan ZATNYA ( Zat Allah )

Maksudnya ialah setiap benda termasuk kita adalah KOSONG pada hakikatnya. Semua benda dijadikan oleh Allah. Maksud kosong ialah TIADA. Maksudnya ialah kita ini pada hakikatnya tidak mempunyai wujud. Wujud maksudnya ADA. Yang ada pada setiap sesuatu itu pada hakikatnya atau sebenarnya ialah Zat Allah.

Maka zat kita sebagai manusia yang kelihatan ADA itu ialah Zat Allah. Yang menanggung atau yang mengandung Zat Allah itu ialah Badan atau jasad kita. ( Inilah yang dirujuk oleh Allah sebagai AMANAH atau RAHSIA ALLAH yang kita kandung.) Maka menjadilah Badan atau Jasad kita itu sebagai Sifat Allah.

Untuk apa dan untuk siapa ? Jawabnya ialah untuk Allah jua yaitu untuk menunjukkan akan KeagunganNya ( Sifat Jalal ), KeindahanNya ( Sifat Jamal ) dan KesempurnaanNya ( Sifat Kamal )

Penulis ingin mengajak pembaca menghuraikan kesemua ayat ayat diatas untuk mencari sebab sebab kenapa berlaku Lintasan Fikiran ketika membaca Fatihah ( didalam sembahyang ) hingga menjadikan sembahyang sesaorang itu LALAI dan dikutuk / disumpah oleh Allah.

Jika orang yang menyumpah kita, kita bolih kata “ tak mengapa “ . Jika yang menyumpah itu Allah – maka ianya AMAT BERAT SEKALI. Jadi – janganlah kita sekali-kali lalai dalam sembahyang kita. Yang ganjilnya ialah Allah tidak pula menyumpah CELAKA bagi orang yang tidak sembahyang. Orang yang kena sumpah itu orang yang sembahyang TETAPI LALAI. Fahamkanlah.


Allah menegaskan TIADA KEHENDAK KITA – SEMUANYA KEHENDAK atau IRADAT ALLAH. Jadi ingatlah Yang Hendak sembahyang itu bukanlah kita tetapi Allah. Kalau kita kata dan yakin kitalah yang hendak sembahyang maka kita derhaka terhadap Firman Allah ditas. Orang derhaka memang patut kena SUMPAH lebih lebih lagi kita telahpun mengaku bahawa kita tiada kehendak sebelum kita mendirikan sembahyang itu yaitu ketika mengatakan La Haulawala ………….. ( Hauqalah )


Allah juga menegaskan bahawa kita ini sebagai manusia tidak ada daya upaya sehingga segala gerak dan diam kita setiap detik dan ketika adalah Perbuatan atau Af’al Allah kesemuanya. ( rujuklah Firman Allah diatas : Aku jadikan kamu dan segala perbuatan kamu. )


Yang demikian kenapakah anda mengaku anda yang sembahyang menyembah Tuhan anda yaitu Allah. Sekali lagi anda derhaka terhadap Firman Allah. Ingatlah : Orang derhaka memang patut kena SUMPAH lebih lebih lagi kita telahpun mengaku bahawa kita tiada kehendak sebelum kita mendirikan sembahyang itu yaitu ketika mengatakan La Haulawala…….


Melalui Ayat No : 3 yang dirujuk diatas, Allah menegaskan atau memberitahu kita bahawa semuanya adalah kosong melainkan ZatNYa yaitu ZAT ALLAH. Jika kita ini kosong yang bermaksud TIADA atau TIDAK WUJUD maka bolihkah kita menjadi HAMBA untuk MENYEMBAH KHALIK atau TUHANNYA ?. Sekali lagi kita melakukan KEDURHAKAAN TERHADAP ALLAH. Ingatlah : Orang derhaka memang patut kena SUMPAH lebih lebih lagi kita telahpun mengaku bahawa kita tiada kehendak sebelum kita mendirikan sembahyang itu yaitu ketika mengatakan La Haulawala ………….. ( Hauqalah )


Saudaraku …………………


Barangkali inilah sebab sebab kita LALAI. Lintasan Fikiran itu sebagai petanda Allah membatalkan solat kita. Tetapi kita teruskan juga sembahyang kerana kalau tidak sembahyang BERDOSA dan akan MASUK NERAKA. Ingatlah jika anda sembahyang kerana hendakkan pahala dan anda takut tidak sembahyang kerana anda takut berdosa anda tidak beribadah kepada Allah dengan ikhlas. Menurut Allah …… anda tidak beriman …. Sembahyang orang yang tidak beriman tidak diterima oleh Allah…… ya barangkali.


RUMUSAN


Berdasarkan penerangan penulis maka barangkali sebab lalai itu bolihlah dirumuskan seperti berikut :-

a. Disebabkan wudhu kita tidak sempurna.

b. Disebabkan Niat anda sembahyang takut berdosa dan inginkan pahala.

c. Disebabkan anda mengertikan sembahyang itu ialah hamba MENYEMBAH Tuhannya yaitu Allah sedangkan menurut Allah anda itu kosong. Maka tiadalah Yang Menyembah dan Yang Disembah.

d. Disebabkan oleh kejahilan anda tentang Hakikat Diri anda. Ini adalah kerana anda tidak mahu mengikut Perintah Allah yaitu : Awal Awal Agama ialah Mengenal Allah. Anda juga enggan mendengar apa lagi mengkaji dan mempelajari Perintah Allah yaitu : Siapa yang mengenal DIRINYA sungguh telah Mengenal Tuhannya. Sesiapa Yang Mengenal Tuhannya BINASA-lah DIRINYA.

Namun begitu, rumusan ini hanyalah merupakan PERCUBAAN penulis untuk mencari jawapan kepada persoalan LALAI itu. Andalah yang memberi penilaian atau markahnya. Kalau anda fikir apa yang penulis tulis ini BETUL, maka ikutlah jika anda berpendapat penulis hanya MENGARUT maka KARUT-lah kesemuanya ini.


APAKAH YANG BOLIH DILAKUKAN – SUPAYA SOLAT TIDAK LALAI

FAHAMILAH ERTI SOLAT

Ya, saudaraku apakah yang perlu kita lakukan supaya sembahyang kita khusu’ dan kita tidak lagi dikatakan LALAI ?

Sebelum itu eloklah kita perhatikan kata kata Ulama’ berkaitan SOLAT atau SOLAH atau apa yang kita sebut sebagai SEMBAHYANG. Pertamanya kita rujuk pendapat Sultan Kepada Para Wali : Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani melalui Kitab beliau : SIRRUL ASRAR :-


Menurut Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani ada DUA JENIS SOLAT yang disebutnya sebagai :-


a. SOLAT SYARIAT : Solat lima waktu sehari semalam.

b. SOLAT WUSTHA : Solat Hati Selama-lamanya

Solat Wustha juga dirujuknya sebagai SOLAT TARIQAT. Disalin semula petikan dari Kitab Sirrul Asrar untuk pemahaman saudara pembaca :-

Firman Allah : Al-Baqarah : Ayat 238

Hendaklah kamu menjaga solat solatmu dan solat wustha ( yang ditengah )

Solat Syariat ialah solat seluruh badan yang zahir dengan gerakan tubuh, seperti badan berdiri, lidah membaca, ruku’ sujud, duduk, mengeluarkan suara dan bacaan bacaan. Solat Syariat mempunyai waktu tertentu didalam satu hari satu malam lima kali beserta sunatnya. Solat Syariat dilakukan dimesjid dengan berjamaah sama sama menghadap Ka’bah dan mengikuti Imam, tanpa riak, ujub dan sum’ah.

Adapun Solat Tarikat adalah solat hati selama-lamanya dan dirujuk oleh Allah sebagai SOLAT WUSTHA yang bermaksud SOLAT HATI, kerana hati manusia itu berada ditengah badan, antara kanan dan kiri antara atas dan bawah dan diantara bahagia dan celaka.

Solat Tariqat dilakukan selamanya tanpa batas waktu selama kita hidup didunia dan juga diakhirat. Mesjidnya bukan bangunan tetapi HATI. Berjemaahnya ialah terpadunya kesucian batin dengan selalu memperdengarkan TAUHID dengan lisan batin. Imamnya ialah Rasa Rindu didalam hati untuk sampai kepada Allah. Kiblatnya ialah Hadrat dan Keindahan Allah. Itulah Kiblat Hakiki. Hati dan Ruh selamanya tidak terlepas dari solat ini.

Solat Hati dilakukan dengan hidupnya hati TANPA SUARA, berdiri dan duduk : ia selalu berhadapn dengan Allah dengan ucapan : KepadaMu kami beribadah dan kepadaMu kami memohon pertolongan.

Solat yang pokok ialah Solat Hati. Bila solat hati dilupakan maka rosaklah solatnya, dan bila rosak solatnya rosak pula solat seluruh badannya.

Sabda Nabi saw:-

Tidaklah sah solat sesaorang kecuali disertai dengan hadirnya hati.


Sesungguhnya orang yang solat itu sedang bermunajat ( berdialog ) dengan Tuhannya. Alat munajat ialah hati. Bila hati lupa maka batallah solatnya dan solat badannya, kerana hati itu pokok utama dan anggota badan yang lain mengikutinya.

Bila dua solat : solat syariat dan solat hati telah berpadu lahir dan batin maka sempurnalah solat itu dan pahalanya pun sangat besar.

Syeikh Muhammad Ibrahim Gazur – i – Ilahi didalam kitabnya Ana Al-Haq menjelaskan bahawa :-


Solat atau Solah itu diambil dari perkataan WASLAT yang ertinya ialah Lekat atau Menghampiri. Beliau juga mengatakan ada dua jenis solat yang perlu dilakukan oleh sesaorang muslim itu yaitu :-


a. Solat Lima Waktu

b. Solat Yang Berkekalan


Firman Allah : Al-Mikraj : 23


Al-lazi nahum ala solatihim daa-I muun

Mereka yang solatnya berkekalan.


Firman Allah : Al-Baqarah : 115


Fa-ai-na-maa tuwallu fa-sam-ma – wajhullah

Kemana sahaja kamu menghadap muka kamu disitu ada wajah Allah


Diperturunkan petikan petikan dari Kitab Ana Al-Haq untuk renungan saudara pembaca :-


a. Sembahyang lima waktu menghadap Ka’abah. Sembahyang yang berkekalan menghadap kepada Wajah Allah.

b. Sembahyang orang yang cinta ( kepada Allah ) ialah memfana’kan diri ( menganggap diri itu kosong – tiada wujud ) sembahyang orang awam ialah rukuk dan sujud.

c. Sembahyang ini ialah MIKRAJ bagi orang mukmin. Setelah mengosongkan dirinya daripada dirinya, beliau sampai kepada yang dicintai ( Allah ) Ini dikatakan sebagai Maqaman Mahmudan oleh Allah yang bermaksud Makam Terpuji. Pada peringkat ini dia memperkatakan ucapan sembahyangnya kepada dirinya.

d. Sembahyang mempunyi dua aspek – badan dan ruh. Zahirnya berkaitan dengan peraturan peraturan dan hukum hukum dan batinnya berkaitan dengan ruh. Jika yang berkenaan dengan badan itu sahaja yang dipentingkan tetapi yang berkenaan dengan ruh – yang memandang Allah dan memfana’kan diri – tidak dicapai maka jadilah sembahyang itu badan yang tidak bernyawa. Jika ruh sahaja dipentingkan dan badannya tidak dipedulikan maka jadilah sembahyang itu umpama nyawa tanpa badan.

e. Sujud menghadap Kiblat adalah syirik jika tidak disertakan sujud kepada Allah dalam kesedaran jiwa. Oleh itu simukmin hendaklah menukarkan hadapnya dari kiblat kepada Haq dan ini dilakukan semasa berniat didalam sembahyang.

f. Menghadap kepada Allah itu ialah sembahyang yang berkekalan. Sembahyang yeng berkekalan ini tidak bolih ditangguh-tangguh. Sembahyang lima waktu bolih ditangguh.

g. Lalai semasa sembahyang bermaksud LALAI KEPADA WUJUD MUTLAK yaitu Allah.


Wudhu’ itu ialah penceraian dan solat itu ialah penyantuman. Yang telah bersatu hendaklah diceraikan dahulu semasa berwudhu dan disatukan semula semasa solat. Anda tidak akan bolih melakukan solat yang kekal ini jika anda belum bolih menceraikan diri anda.



Saudara pembaca,


Petikan petikan diatas mungkin sukar untuk difahami jika anda tidak belajar Ilmu Tasauf. Namun jika dibaca berulang-ulang Allah akan memberi anda kefahamannya. Percayalah. Janganlah bimbang cuba lakukan solat anda seperti cara cara yang dijelaskan dibawah :-



APAKAH YANG BOLIH DILAKUKAN – SUPAYA SOLAT TIDAK LALAI

BATINKANLAH SOLAT ANDA & SEMUA IBADAH ANDA.


Pertamanya anda hendaklah faham kepada apa yang disebut sebagai HATI itu. Ianya bukan sejenis anggota didalam tubuh anda. HATI disini bermaksud NYAWA atau RUH anda. Jadi sembahyang hati bermaksud Nyawalah yang sembahyang bukan badan. Badan hanya menjadi pengikut atau makmumnya. Didalam sembahyang anda hatilah yang menjadi pelaku utamanya kerana hatilah yang ada Iradat dan Kudrat bukannya badan.


OLEH ITU BATINKANLAH SOLAT ANDA – yaitu – semua BACAAN ANDA DALAM SOLAT ANDA HENDAKLAH DILAFAZKAN HANYA DIDALAM HATI KERANA NYAWA ITU BERKATA-KATA TANPA HURUF DAN TANPA SUARA.


Sebelum anda mendirikan solat anda yaitu ketika anda QIAM serahkanlah tugas solat ini kepada Nyawa anda dengan melafazkan pengakuan dan penyerahan. Caranya adalah seperti berikut :-

1. Qiam diertikan sebagai berdiri betul. Berdiri yang betul ialah berdiri seperti ALIF. Maka berdirilah anda SEPERTI ALIF dan hendaklah diam, maksudnya jangan bergerak gerak. Solat anda bermula ketika anda sedang Qiam. Tutuplah mata anda ketika Solat.

Dalam QIAM ini, anda perlulah menghadapkan muka anda kearah Ka’abah yaitu Kiblat Zahir anda terlebih dahulu, eloklah anda memandang Ka’abah itu dengan mata batin anda, selepas itu wajiblah anda menukarkan Ka’abah itu dengan memandang wajah anda sendiri kerana Diri Batin atau Nyawa anda itu sesifat anda, Cuma ianya terdiri dari Lapisan Lapisan Cahaya atau Nur.


Anda disarankan oleh Ulama’ agar memandang Wajah Allah, tetapi perkara ini mustahil dapat anda lakukan kerana anda belum pernah bertemu Allah. Allah memerintahkan anda mengenal diri anda untuk MengenalNya.


2. Angkatlah kedua tangan dan minta ampunlah kepada Allah dengan ISTIGHAFAR didalam hati tanpa huruf dan tanpa suara. Minta ampunlah kepada Allah yang DEKAT yaitu Zat Yang Meliputi diri anda. Seterusnya BERHAUQALAH dengan membaca La Haula-wala.. ….. dan seterusnya didalam hati tanpa huruf dan tanpa suara. Akuilah dengan sepenuh dan seikhlas hati bahawa sememangnya anda sebagai manusia TIADA MEMPUNYAI SEDIKITPUN DAYA UPAYA PUN, SEMUANYA DAYA UPAYA ALLAH yaitu ZAT YANG MELIPUTI SELURUH JASAD dan RONGGA anda.


3. Seterusnya buatlah PENGAKUAN dengan melafazkan KALIMAH SYAHADAH didalam hati tanpa huruf dan tanpa suara sebanyak 3 kali dengan mestasdiqkan dihati pengakuan pengakuan dibawah :-


a. Syahadah Pertama : Aku mengaku bersaksikan diri aku sendiri bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah Pesuruh Allah.

b. Syahadah Kedua : Aku mengaku bersaksikan diri aku sendiri bahawa Tiada Yang Wujud Dan Nyata Didalam Diri Aku Melainkan Allah Semata-mata dan Akulah Muhammad Menyampaikan Haq Allah. ( Yang mengaku ialah Yang Bersuara itu yaitu Nyawa anda dan yang menjadi saksi ialah Yang Menyampaikan Suara itu yaitu mulut atau Jasad anda )


c. Syahadah Ketiga : Tiada Yang Wujud Didalam diriku dan di seluruh Alam Maya ini melainkan Allah. La Maujuda Illallah.


4. Seterusnya didalam QIAM anda anda berselawatlah didalam hati tanpa huruf dan tanpa suara sebanyak 2 kali. Yang pertama tujukan kepada Junjungan kita Nabi Muhammad bin Abdullah yaitu Bapa Nyawa anda ( Bapa segala Ruh ). Yang kedua tujukan kepada Nabi Muhammad MUSTAFFA Rasullullah yaitu Nyawa anda. ( Nyawa anda ialah Pentajallian Nabi Muhammad – Aku dari Allah kamu semua dari Cahaya Aku – Hadith )


5. Selepas Selawat : Lafazkanlah niat SOLAT anda di-dalam hati ( tanpa huruf dan tanpa suara ) seperti berikut :-


Ya Allah aku solat zuhur ( contoh zuhur ) …. 4 rakaat untuk mengaku, menyatakan dan bersaksi bahawa tiada yang wujud dalam diriku ini melainkan ZatMu, Zatmu adalah Zat aku dan Jasadku adalah SifatMu . Aku adalah Pentajallian Mu ( penampakan zahir ) untuk menunjukkan Sifat Sifat KeagunganMu ( Jalal ) KeindahanMu ( Jamal ) dan KesempurnaanMu ( Kamal )


Dan INGATLAH bahwa perkataan LILLAH HI TAALA yang bermaksud Kerana Allah didalam Lafaz tadi tidak membawa erti kerana Perintah Allah-lah kamu sembahyang tetapi DENGAN Allah-lah kamu sembahyang yaitu dengan KUDRAT dan IRADATNYA seperti yang diajarkanNya kepada kamu semasa menjawab seruanNya didalam Azan.


6. Kemudian TAKBIR ( Allah Hu Akbar ) lah ALLAH disuarakan HU dan AKBAR didalam hati tanpa huruf dan tanpa suara : Semasa melafazkan HU tarik nafas sedalamnya, tahan nafas itu dan ketika itu sebutlah didalam hati : Ya Allah hapuskanlah wujudku didalam WujudMu dan adalah baik jika lafaz AKBAR itu anda lafazkan serentaknya dengan jatuhnya kedua tangan anda menutup pusat anda.


7. Teruskanlah solat anda dengan membaca doa IFTITAH didalam hati tanpa huruf dan tanpa suara. Ketika membaca ayat terakhir janganlah LUPA gantikan pekataan MINAL dengan AWALUL …. Yaitu La Syari-kalahu – wa biza liqa – umirtu- wa –ana – AWALUL MUSLIMIN. ( Tuhanku tidak bersekutu, begitulah yang diperintahkan kepadaku dan akulah orang yang awal awal telah Islam – yang telah awal awal di-islamkan oleh Allah ialah Nyawa anda – semasa Azali lagi . ) teruskan solat anda seperti-mana anda biasa lakukan tetapi hedaklah didalam hati tanpa huruf dan tanpa suara termasuk membaca FATUHAH , ayat dan lain lain..


8 Semasa membaca TAHYAT didalam hati tanpa huruf dan tanpa suara dan ketika melafazkan : Assalamualaika Ai- yuhan - Nabi Warahmatullah – hi – Wabaraa-katu ( Salam sejahtera wahai Nabi semuga diRahmati dan di Berkati Allah ) ingatlah ucapan itu ialah ucapan Jasad anda mendoakan Nyawa anda yaitu Rasulnya ) dan ……. Semasa melafazkan ….. AssalamualaiNA wa –ala – ibadillah – hi – solihin ( salam sejahtera wahai aku, akulah hamba Allah yang soleh ) ingatlah ucapan itu ialah ucapan balasan dari Nyawa anda kepada Jasad anda sebagai SifatNya – Nyawa anda telah mengaku bahawa jasad adalah SifatNya


9. Semasa memberi Salam KEKANAN lafazkanlah didalam hati tanpa huruf dan tanpa suara: Assalamualaikum Warahmatullah – Hi - Wabaraakaatu : Inni – Ana - Zatul – Haq – Innallah ( Salam sejahtera semuga diRahmati dan diBerkati Allah Inilah Aku Zat Allah dan Akulah Allah ( Nyawa itu mengaku dan mengistiharkan RahsiaNya yaitu Nyawa anda itulah Zat Allah : yaitu Allah yang anda cari cari itu )


10. Semasa memberi Salam KEKIRI lafazkanlah didalam hati tanpa huruf dan tanpa suara: Assalamualaikum Warahmatullah – Hi - Wabaraa – kaa - tu – In-ni – Ana - Sifatul – Haq – In - nallah ( Salam sejahtera semuga diRahmati dan diBerkati Allah : Inilah Aku Sifat Allah dan Akulah Allah : Nyawa itu mengaku dan mengistiharkan RahsiaNya bahawa Jasad anda itu ialah SifatNya yaitu Sifat Allah. )


Sekian, jika sekiranya masih lagi berlaku LINTASAN FIKIRAN …. Janganlah anda RISAU kerana anda telahpun menyerahkan diri anda kepada Allah sepenuhnya dan katakanlah kepada DIRI HAKIKI anda bahawa segala lintasan itu adalah Kudrat dan IradatNya jua kerana ianya bukan lakuan atau kemahuan anda sebagai manusia.


SEDIKIT BERKAITAN INTIPATI PUASA / SAUM


Al-Quran merujuk Puasa sebagai SAUM. Mengikut As-Syeikh Abd Qadir Jailani didalam kitabnya Sirrul Asrar, ada tiga jenis Puasa yaitu :-

1. PUASA SYARIAT – yaitu menahan diri dari makan, minum dan bersetubuh pada siang hari sepanjang Bulan Ramadhan.

2. PUASA TARIQAT – yaitu menahan seluruh anggota badan dari segala perbuatan terlarang dan menjauhi sifat sifat tercela seperti ujub, riyak dan sum’ah. Puasa ini dilakukan sepanjang hayat.

3. PUASA HAKIKAT – yaitu menjaga hati dari selain Allah dan menjaga rasa agar tidak mencintai selain Allah. Puasa ini juga dilakukan sepanjang hayat.


Hadith Nabi saw : berkaitan hasil puasa :-

Ramai orang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga. Ramai juga yang berpuasa tetapi berbuka dan ramai juga yang berbuka tetapi berpuasa. Maksudnya perut mereka tidak berpuasa tetapi anggota lain dan hati mereka berpuasa yakni mereka sentiasa mengingati dan mencintai Allah. Begitulah tingginya tahap Puasa Tariqat dan Puasa Hakikat hingga dibolihkan makan dan minum disiang hari pada Bulan Ramadhan.