Friday, December 9, 2011

CARA MENGELUARKAN JIN DIRI

Jin Diri MENDORONG Jati Diri Negatif
Oleh : Sang Karut

Amaran : Anda dilarang utk mempercayai kisah yg ditulis kerana ia adalah karut lagi dongeng ...sila ambil pengajaran drp kisah di bawah itupun jika adalah ...-



KINI minda manusia di tarbiah oleh media massa supaya mendewa-dewakan hantu pochong , Hantu Mak Limah Pulang ke Rumah , keramat , mistik dan sebagainya .Ada sebahagian manusia mengetahui perkara itu adalah perkara yg menakutkan dan menjadi ancaman yg amat besar kepada manusia .

Secara tidak sedar jiwa dan minda manusia masih lagi dikuasai oleh segolongan paria jin ini ......asyik -asyik puntianak ,kuntilanak dan hantu tidak ada anak ... nampak sangat manusia mendewa-dewakan dan mengangkat martabat golongan jin paria ini ke martabat yg tidak sepatutnya .

Bebaskanlah minda dan jiwa kita drp mendewakan mereka . Mereka di alam jin pada tiap-tiap saat kembang kempis hidungnya menahan rasa bangga yg amat sangat kerana manusia ciptaan sebaik-baik makhluk di muka bumi telah mendewa dan mempertuhan kan golongan jin paria .Mengapa mereka begitu mudah dilihat oleh manusia berbanding jenis jin -jin yg lain ..mungkin jawapannya ialah mereka tinggal s berhampiran dengan dinding dimensi yg ke 2 .Oleh itu mudahlah bagi mereka keluar masuk dari dimensi yg ke 2 ( alam jin) ke dimensi yg pertama (alam manusia ) .

Ada perkara yg lebih besar daripada itu ..... Jika manusia hendak bertuhankan jin maka adalah lebih patut mencari bangsa jin yg kedudukannya lebih hebat dari jin paria itu cthnya jin bangsa naga emas atau para pegawai azazil ataupun UFO dan iblis itu sendiri ..seperti yg di amalkan oleh pertubuhan rahsia FREEMASON . mereka mempertuhankan iblis dan dajjal sebagai ganjaran mereka di beri kekayaan dunia .pengaruh ,kuasa dan wanita ..asalkan sahaja bersedia menyerahkan roh dan jasad kepada Jin Azazil itu .

Orang Islam Melayu kita bertuhankan toyol yg hanya membawa pulangan seringgit dua tidak boleh lebih drp itu ...dilarang menukar baju pagodanya kerana khuatir bau badannya hilang ..jika baju itu di basuh maka anak yg mempunyai gigi yg tajam itu tidak dapat mengenali bapa angkatnya itu lagi ...alangkah malangnya ...dari segi alam mistik pun orang kita kalah dengan orang barat ...orang barat kaya raya dengan menyembah iblis ..orang kita miskin lagi hina kerana menyembah toyol .

Mengapa perlu manusia memperhambakan kepada golongn jin kelas bawahan ...adalah sungguh malang sekali nasib manusia Islam melayu itu ..

Jika tidak mahu mempertuhankan golongan kelas atasan bangsa jin ...boleh saja mencari selain drp mereka kerana ada lagi yg lebih hebat daripada mereka ...iaitu jin -jin diri manusia itu sendiri ... jika dibandingkan naga emas dengan sikap takabur manusia nascaya jin takabur pada diri kita itu lebih patut di pertuhankan ... naga emas akan tewas di pertandingan takabur itu .

Jika dibandingkan iblis dengan sikap takabur manusia @ jin diri takabur nascaya keputusannya iblis akan juga tewas dengan pukulan K O ...jadi tidak layak lah iblis itu dipertuhankan maka lebih layaklah jika jin diri yg takabur itu dipertuhankan ,jika mahulah mempertuhankan jin diri yg takabur .

Jadi apa lah yg nak dihairankan dengan khalayak jin ..adalah lebih baik jika manusia itu melihat sarung masing -masing yg seperti rumah hantu atau zoo para jin . Di dalam sarung manusia itu ada pelbagai jenis jin . Jin -jin ifrit inilah yg sangat -sangat berbahaya kepada sarung manusia .


Bagaimana Jin -jin diri ini boleh berada di dalam diri manusia ?



1- Jin-jin ifrit itu akan masuk apabila seseorang manusia itu melakukan dosa ...

Dan barang sesiapa yg bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya ,maka kami akan sertakan baginya syaitan @jin diri @ jin ifrit maka jadilah jin-jin itu seperti sahabat karib ( sebati dengan diri manusia )

2- Mengamalkan amalan yg berunsurkan jin cthnya pengambilan pelbagai jenis silat seperti silat perguruan harimau putih dan kuda kepang bangau sakti .

3- Jin daripada SAKA turun temurun ibu bapa ..nenek moyang sehinggalah ke atas ...barangkali mereka ada membuat perjanjian ...kemudian sampailah ajalnya ..dan jin yg mempunyai umur yg panjang itu pun melobi anak cucu yg datuk atau bapanya yg meninggal itu untuk membelanya dengan balasan para jin itu akan memberikan pelbagai kelebihan seperti mereka memberi kelebihan itu kepada datuk atau bapa manusia tersebut . Tidak perlulah disalahkan mereka itu ..kita pun banyak salahnya ..apa yg penting adalah laksanakan cara utk membuangkannya

4- Jin yg masuk akibat diri sarung itu dikenakan sihir atas sebab -sebab tertentu ..

5-Jin -jin yg liar yg sengaja masuk untuk menganggu sarung manusia

6- Selain drp itu rohaniah hitam pun boleh dikategorikan sebagai balasan Allah kepada manusia yg lalai kepadanya .

Jika semua faktor itu dilakukan oleh manusia , sarung itu laksana zoo para jin atau rumah hantu ..seribu macam jin yg bertandang ke dalam rumah tersebut ..maka perangai-perangai jin itu lama-kelamaan akan sebati dengan diri manusia ...kita sering mendengar orang-orang tua kita melebelkan anak-anak nakal mereka dengan ..Ehhh engkau ini jahat macam syaitan ! ..engkau ini jahat macam ifrit ..hoi setan !!!

Samada sedar atau tidak sedar manusia itu mengakui perkara itu.

Semua jin-jin itu wajib dibuang dari sarung manusia .. sarung yg sifar jin akan menjadi sarung yang dihiasi dengan sifat-sifat muhammad @ sifat-sifat mahmudah .

Jadi terlaksanalah misi Rasulallah itu kepada umatnya ..Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yg terpuji ..


jadi bagaimana hendak menyempurnakan akhlak terpuji itu?


Manusia yg sudah kemasukkan jin ifrit maka wajiblah ia dikifarat akan dosanya ...terdapat banyak cara untuk mengkifaratkan dosa diantaranya ialah...

Solat Tasbih dan bertasbih sebanyak 3000 siang dan 3000 malam . Lakukan sehingga anda meninggal dunia . kedua-dua amalan ini amat berkesan untuk mengeluarkan para jin yg menetap di dalam sarung manusia. Lama-kelamaan sarung manusia itu bebas drp belenggu para jin dan sedikit demi sedikit akan muncullah sifat -sifat yag yg baik pada diri manusia itu dan terhapuslah sifat -sifat yg tercela .

Cthnya..

Apabila seseorang itu berzina yg mana dia belum berkahwin maka 100 ifrit akan masuk ke tubuh sarung manusia ...selagi 100 ifrit ini tidak dikeluarkan selagi itulah ifrit -ifrit itu berada di dalm sarung manusia yg berzina itu ...Fungsi ifrit zina itu ialah sentiasa menaikkan perasaan gian syahwat sarung manusia yg telah berzina ..sehingga pada kebiasaannya sarung manusia yg berzina itu akan terdorong melakukan perbuatan yg sama ...jika ia terlanjur sekali lagi maka 100 ifrit lagi akan masuk ke dalam sarung manusia itu ...

Maka manusia yg berkenaan men cuba-cuba lah utk bertaubat tetapi selalunya gagal .....akalnya yg dilobi oleh nafsu yg ditunggang oleh 100 ifrit zina itu sentiasa mengingati kesedapan dan kelazatan zina ...ketagih dan tidak boleh dibendung-bendung lagi perasaan dan kehendaknya itu ...jadi bagaimanakah hendak kembali kepada fitrah ....?


Bagaimana hendak melaksanakan hukuman hudud ( hukuman rotan ) bagi manusia Islam yg berzina ?

Banyak perkara yg perlu di ambil kira sekiranya hendak melaksanakan hukuman rotan kep ada penzina .Hukuman ini bukan semata-mata utk memberi kesakitan pelaku zina dan memalukannya tetapi ada objektif yg terpenting iaitu mengeluarkan kembali jin ifrit yg sebanyak 100 ekor itu keluar dari tubuh badan penzina itu . Perkara itu adalah utama kerana melahirkan jiwa manusia yg sejahtera selepas sahaja hukuman rotan itu dilaksanakan .Sekiranya syarat-syarat nya tidak mencukupi dan dipatuhi maka kesannya pun tidak berhasil secara maksima .Maka hukuman tuhan itu berkemungkinan akan menjadi bahan ejekan bagi penentang hukum-hukum tuhan yg termaktub di dalam Al Quran . Sang Karut bukan berkata bagi pihak pemerintah dan juga bagi pihak pembangkang .Sang Karut berkata dari aspek kerohanian .


Syarat berkenaan manusia yg melaksanakan hukuman rotan

Manusia yg merotan hendaklah sekurang-kurangnya memiliki 50% kekuatan rohaniahnya seperti yg saya jelaskan pada artikal yg terdahulu . Manusia yg memiliki rohaniah 50% adalah manusia yg memiliki nafsu mutmainnah @ nafsu yg tetap .Maksud nafsu yg tetap ialah apabila di timpa musibah ia akan kembali kepada Allah ..sabar dan menerima musibah itu datang dari Allah . Tidak menyalahkan takdir dan hilang kawalan diri . Jika di hitung dengan logika ,manusia yg mempunyai nafsu mutmainnah ialah mereka yg mempunyai 50 % rohaniahnya 50 % akal yg sihat dan sejahtera yg selari dengan hukum hakam tuhan akan fikirannya dan baki nya 50 % adalah nafsunya .

Manusia yg rohaniahnya di bawah 50% adalah tidak layak untuk menjadi orang yg melaksanakan hukuman rotan ke atas para pesalah zina dsb .Ini kerana jiwanya masih lagi dikuasai nafsu dan mengikut logika jika seseorang manusia itu hanya memiliki 30 % rohaniah maka nafsunya ialah 70 % .Hukuman sebatan rotan yg dilaksanakan masih lagi di bawah pengaruh nafsu maka hasilnya orang yg dirotan tidak berjaya di sejahterakan jiwanya . Orang yg dirotan akan segera memprotes mengapa ia dirotan atau marah dan dendam ini berlaku secara otomatis bukan di buat -buat , mengapa perkara ini berlaku ?

Ini kerana semuanya itu berpunca dari jiwa orang yg merotan. Jika perotan minum arak terlebih dahulu supaya kononnya utk tenaga sokongan jiwa supaya lebih tega utk melaksanakan hukuman rotan itu ..maka akibatnya kepada orang yg dihukum , mereka akan hanya menerima kesan sakit di rotan dan menghasilkan kesan yg negatif dan yg pastinya jauh untuk menghasilkan manusia yg jiwanya sejahtera.

Untuk mencari manusia yg rohaniahnya 50 % di dunia Islam ini adalah sangat sukar mungkin di semenanjung emas ini yg hanya memiliki rohaniahnya 50 % boleh dibilang dengan jari . Saya perkenalkan manusia yg memiliki rohaniahnya 50% bahkan lebih dari itu iaitu 60% ialah seperti wali songo yg masyhur itu . Banyaknya ilmu agama tidak menjamin rohaniahnya besar . Hanya banyak sahaja ilmunya tidak semestinya di amal .

Gusti Sang Prabu ada memberitahu yg manusia itu terbahagi kepada beberapa golongan yg paling ramai ialah golongan manusia yg hanya tahu retorik agama dan mendapat laba hasil dari retorik agamanya sehingga dijadikan bisnis yg menguntungkan pula , ketahuilah manusia yg mahir retorik agama rohaniahnya secara purata hanyalah 10% dan 90% adalah nafsunya .Bagaimana kalau mereka ini di jadikan orang yg melaksanakan hukuman rotan ..adakah dapat melahirkan manusia yg hatinya sejahtara .

Mereka yg hanya mahir retorik agama tanpa diamalkan apa yg diretorikkan dan di jadikan pekerjaaan retoriknya itu sebagai bisnis yg lumayan diklasifikasikan sebagai ulama dunia atau ulama su ' .

Bertaubatlah ...Cukuplah anda sahaja yg begitu janganlah membabitkan orang lain supaya ikut serta beretorik agama sehinggakan anda melebelkan sesiapa yg tidak pandai utk meretorikkan agama maka ia bukan golongan yg benar -benar beragama .janganlah anda menghukum kepada yg enggan meretorikkan agama sebagai manusia yg tidak sah agamanya ..cukuplah hanya anda ..jangan babitkan orang lain . Makanlah hasil bisnis retorik itu ..nanti kamu akan tahu juga akhirnya ....

Mereka itu adalah golongan yg sesat di dalam nyata ... zohirnya berwatak orang-orang yg saleh tetapi sebenarnya mereka pencinta hawa nafsu yg licik ...


Peralatan pelaksanaan hukuman rotan

Rotan juga diambil kira ..tidak boleh sewenang-wenangnya menjadikan sebatang rotan layak menjadi alat utk di rotan ke tubuh badan manusia yg berzina .Objektif merotan adalah utk mengeluarkan jin diri iaitu 100 ekor ifrit yg masuk akibat manusia itu berzina . Jadi rotan yg macamane itu yg layak di jadikan alat merotan ?

Rotan itu wajiblah dirohaniahkan supaya menjadi suatu alat medium yg berkesan ia umpama magnet yg boleh menarik ifrit -ifrit apabila rotan itu dipukulkan di tempat-tempat yg tepat dibahagian tubuh badan manusia . Seperti sang panglipur setia memberi ulasan ..kesan dirotan itu tidaklah begitu sakit tetapi apabila rotan yg telah dirohaniahkan itu terkena bahagian yg tepat maka ia umpama renjatan elektrik ..perit semacam . kalau nak cuba silakanlah ...Renjatan itu menandakan ifrit yg menyorok disarung manusia itu akan keluar terus ke rotan yg telah dirohaniahkan .Rotan yg tidak dirohaniahkan adalah tidak mampu melakukan perkara itu .

Bagaimanakah utk melaksanakan hukumam rotan jika tidak memenuhi akan syarat-syaratnya ..adakah akan memberi kesan yg sebenar iaitu dapat melahirkan manusia yg jiwanya sejahtera setelah dirotan ?..


Cara lain mengeluarkan jin diri

Cara yg lain utk mengeluarkan jin diri @Jin ifrit ialah dengan cara duduk dengan tujuan utk bertawajuh kepada Allah. Duduk tapa jirim 12 mengikut masa -masa yg ditentukan samada 30 minit atau 1 jam atau 2 jam. Di antara syarat duduk tapa jirim ialah seseorang itu hendaklah mencari gelombang yg baik iaitu mencari dan memilih tempat yg mempunyai gelombang yg tinggi .

Di antara tempat-tempat-tempat yg mempunyai gelombang yg tinggi lagi baik seperti di 2 tanah suci iaitu di Mekah dan di Madinah .Tempat yg mempunyai gelombang tinggi lagi baik tidak mampu@boleh dicerobohi oleh jin -jin yg jahat . Dan tempat itu juga tidak boleh dicerobohi oleh Dajjal . Kesan yg buruk@negatif akan di rasai dan terima oleh para petapa sekiranya mereka bertapa di tempat yg tidak mempunyai gelombang .....kesan yg saya maksud kan ialah jin-jin akan menawarkan diri supaya di ambil bekerja oleh petapa itu . Bertapa ditempat yg salah akan menambahkan koleksi jin yg sedia ada pada tubuh manusia itu .

Betapa pada tempat yg betul akan menghasilkan kesan yg positif iaitu akan berlakulah proses pengeluaran jin -jin diri dari tubuh manusia satu persatu ..bukan mudah saudara ku ..mungkin sekali tapa mampu mengelurkan 3 ke 4 ekor jin ifrit diri . Sekali tapa bermaksud duduk bertawajuh selama 1 jam . Jadi anda dapat bezakan diantara tapa jalan hitam dengan tapa jalan rasulallah s.a.w .

Jadi ada 3 cara untuk mengeluarkan jin diri dari sarung diri sendiri iaitu:

1. solat tasbih dan bertasbih yg ke
2. di rotan dan
3. duduk tapa semata-mata bertawajuh kerana Allah .


Syaitan @jin diri di dalam sarung manusia

Sarung manusia umpama gelas yg kosong dan rohaniahnya umpama air yg suci lagi jernih manakala syaitan diri @jin diri adalah kotoran atau bendasing seperti semut , lipas serangga dsb .

Rohaniah manusia ketika ia lahir ke dunia adalah 100/100 sehinggalah ia berumur 6 tahun . samada lelaki ataupun perempuan . Rohaniah manusia akan berkurang sehingga berbaki 60/100 sebelum mereka baligh . Apabila mereka baligh maka rohaniahnya semakin berkurang sehingga berbaki 45/100 atau 40/100 dan akan berkurang mengikut amalan sarung manusia tersebut sehingga berbaki 5/100 atau 10/100. Itulah manusia yg mempunyai lebel Islam jika ia tidak ada mempunyai lebel Islam maka rohaniahnya ialah 0/100 .

Jika manusia yg 5/100 atau 10/100 itu meninggal maka pada kebiasaannya rohnya buta dan bergentayangan di merata-rata tempat di ceruk dunia .

Jika kita soroti sejarah terdapat kanak-kanak yg belum baligh yg diangkat menjadi mursyid oleh kerana di khalayak manusia dewasa tiada yg layak utk diangkat menjadi mursyid ..saya tertanya-tanya di dalam hati pada masa dulu apakah kelayakkan kanak-kanak yg tertentu itu sehingga boleh diangkat menjadi musyid ?..maka kini saya sudah pun mengetahui jawapannya .Tidak lain tidak bukan ialah selain drp bintang masa depannya yg gemilang atas takdir Tuhan rohaniah kanak-kanak tersebut masih lagi besar lingkungan 80/100 atau 100/100 .

Apabila ia dinobatkan menjadi mursyid maka roh dan tubuhnya telah di " patri" dan rohaniah nya tidak akan jatuh walaupun setelah kanak-kanak itu mencapai umur baligh . Di sini saya gunakan istilah patri mengantikan istilah yg ekstrim bagi sesetengah manusia yg terpaksa di sembunyikan kerana khuatir terjadinya salah faham dikalangan para pembaca .

Jika tidak dipatri maka rohaniah manusia akan jatuh merundum teruk ketika ia menjadi manusia dewasa . Pentingnya patri supaya rohaniah itu boleh diberhentikan kemerundumannya dan kemudian di naikkan sehingga mencapai tumbesar yg diizinkan oleh Allah. Kadang-kadang rohaniah manusia boleh membesar sehingga 150/100 atau 200/100 .Rohaniah manusia yg sebegini rupa saiznya hanya 100 tahun sekali itu pun susah hendak dijumpai . Rohaniah yg kecil boleh dibesarkan asalkan dia menjalani proses patri rohaniah .


Syaitan -syaitan diri akan keluar seiring tumbesar rohaniah .

Cawan yg hanya ada 1/10 bahagian air dan bakinya 9/100 terdedah dengan serangga dan semut .Serangga dan semut itu masuk ke dalam cawan . Apabila cawan itu dituangkan air maka serangga dan semut itu mula keluar secara otomatis sehingga keluar kesemuanya sekali apabila air itu memenuhi semua ruangan kosong isi padu cawan itu . Mungkin ada semut- semut yg degil yg memerlukan masa utk keluar dari cawan itu. Semut yg degil itu memegang dinding cawan tetapi ia bersifat sementara ..lambat laun ia akan keluar jua akhirnya kerana mati lemas dsb.

Apabila rohaniah manusia itu sudah kamil iaitu 100% maka ia sudah kembali ke zaman kanak-kanak yg berumur kurang drp 6 tahun . perjalanan manusia tidak berhenti setakat itu sahaja ......,perjalanan manusia akan lebih jauh dari itu ....tetapi setakat ini sahaja yg boleh di jelaskan perjalanan jauh manusia pada ketika ini . Maka manusia itu akan mendapat ilham-ilham drp Allah yg diistilahkan secara masyhur ilmu laduni ...dan manusia itu mula diperkenalkan oleh Allah akan ilmu -ilmu hakikat ketuhanan . Dan permulaan bagi diri manusia melihat alam yg lebih besar radiusnya seperti alam malaikat jika diizinkan tuhan . Wallah a'lam

Maka bermulalah manusia itu akan dapat melihat penduduk langit yg pertama ke 2 ke 3 ke 4 dan seterusnya sehingga lah dia boleh berbicara dengan penduduk langit tersebut . Dapat melihat luh mahfudz Qolam .dsb . seperti kanak -kanak yg umurnya kurang dari 6 bulan yg berkata dan bersembang seorang-seorang cuma nasib baiknya ketika itu bahasanya tidak difahami oleh manusia dewasa . jadi tidaklah dilebelkan sebagai manusia gila .

Manusia dewasa akan berkata ooo.... tengoklah tu kanak-kanak itu bercakap dengan qorinnya ..lihatlah tu kanak-kanak itu bercakap dengan malaikat . Tetapi ia akan berbeza jika manusia melihat manusia dewasa berkata seorang-seorang ..manusia sekeliling akan berkata paling kurang ialah gila ..sesat ..dah sewel agaknya .

Ini adalah teori sahaja ...Sang karut belum mengalami perkara ini ..bukan utk merendahkan diri tetapi sehingga sekarang ia hanya teori sahaja ...


Membuang Jin kepala anjing

Perjuangan manusia utk menyahkan syaitan diri bermula dengan membuang jin berkepala anjing . Di dalam hati manusia yg sudah baligh mengikut amalan seseorang tidak terlepas dari mempunyai jin kepala anjing .

Jin kepala anjing bersarang di jantung manusia dan sarangnya itu berjiran dengan jin kepala babi .. Jika anda pernah mendengar rumah yg ada anjing tidak akan di masuki oleh malaikat rahmah ..bermaksud rezeki tidak akan masuk ke dalam rumah itu ..

Ataupun apabila seorang yg sudah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak ...tiba-tiba mendapat rezeki ..kadang kala mereka akan berkata ...alah ini rezeki anak-anak ..dari manakah asal usul ayat -ayat itu boleh terbina dan menjadi skema bagi khalayak manusia kini .

Kajian kami di PKMF TK yg dimaksudkan rumah di dalam hadis Rasulallah s.a.w yg mulia itu ialah sarung manusia itu sendiri . Bukannya rumah yg kita diami .Dalilnya ... Ramai manusia beragama selain Islam yg membela anjing di rumahnya tetapi memiliki kereta besar dan duduk di rumah besar ..mana kebenaran hadis itu ya ?

Maka di sini kami berpendapat rumah tidak dimasuki oleh para malaikat itu ialah tubuh manusia itu sendiri . Jin berkelapa anjing itu wajib dikeluarkan dari jantung manusia supaya manusia itu mendapat rezeki yg tidak di sangka-sangka ataupun setiap kesusahan itu akan ada diberi jalan keluar oleh Allah s.w.t .

Dan barang siapa yg bertakwa kepada Allah maka Allah akan menunjukkan jalan keluar drp kesusahannya .

Ada 2 kes di PKMF TK berkenaan jin berkepala anjing ... apabila TK memberi sedikit taklimat kepala pesakit dan pelawat betapa pentingnya jin kepala anjing ini dikeluarkan dr jantung manusia ..maka TK pun menunjukkan demontrasi .

Keluarlah satu jin kepala anjing ! ..kata TK

.kebetulan pada masa itu ada seorang kanak-kanak yg umurnya lebih kurang 2 tahun ..menjerit dengan nada perlahan ...ehh ...ehhh... anjing ! anjing !

keluar melalui telapak tangan manusia yg menjadi model utk yg dijadikan tontonan demontrasi . Apabila ditanya bagaimanakah rupa anjing itu ..kanak -kanak itu menjawab ... comel dan basah .comel-comel juga tetapi anjing tetap anjing ..mahukah anda anjing berada di dalam hati anda ? dan juga saudaranya babi !

Kes yg ke 2 pun lebih kurang begitu ..juga .kanak -kanak melihat jin kepala anjing keluar dari jantung melalui tangan terus keluar melalui tapak tangan dengan rupa yg sama seperti pada kes yg pertama tadi ...

Seperti yg saya jelaskan di atas kanak-kanak mempunyai rohaniah tingkat manusia kamil yg dapt melihat dimensi ke 2 dan ke 3 ...dengan izin Tuhan . Sang Karut mula meneropong bagaimanakah rupa jin berkepala anjing itu ... dengan izin tuhan maka diperlihatkanlah ...

Jin berkepala anjing akan keluar dimulai dengan yg paling kecil sekali diikuti dengan yg lebih besar dan semakin besar sehinggalah rajanya yg memakai crown di kepalanya yg berupa anjing bull dog . ada 2 rupa apabila ia menjelma pertama ia akan maujud seperti anjing sepenuhnya dan yg ke 2 jin itu akan wujud kepalanya berupa anjing dan badannya berupa manusia dari leher hingga ke bawah .

Begitulah kehebatan kekuasaan Allah yg kita tidak tahu sebelum ini ... bukan mudah utuk mengeluarkan jin berkepala anjing wahai saudaraku ...jika berminat silalah berhubung ....

Sekian

6 comments:

  1. sila bantu bagaimana nak keluarkan jin ini/

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum tuan haji wan...adakah untuk mengeluar jin kepala anjing ni mgunakan teknik zikir.

    ReplyDelete
  3. Salam. Maaf bertanya. Adakah jika seseorang yang mengalami masalah bau badan dan pada masa yang sama belakang badan terasa seperti ada semut bergerak-gerak dikategorikan sebagai adanya jin dalam badan dirinya?

    ReplyDelete
  4. TUAN KELARIAS KAT SINI PULAK KE? HIHI

    ReplyDelete
  5. Tak payah tanya. Dia tak reply pun.

    ReplyDelete
  6. Saya penderita sihir, selama 20 tahun ini saya di serang setiap hari, Badan saya terasa Panas Menggelegak, Di hidung terasa seperti di Cucuk, Di Mata-Telinga-Leher seperti ada benda yang bergerak-gerak. Di sebelah Malam tidur saya diganggu. Penyihir itu telah mengunci dengan sihir, fikiran saya - hati - mata dan mengetahui dimana saya pergi - Dengan siapa saya berjumpa. saya sangat bimbang diperangkap.Mohon doakan saya.-lemal-
    Allahallahsatu@gmail.com

    ReplyDelete