Saturday, December 10, 2011

BAGAIMANA PULA MANUSIA YG MEMANGGIL JIN ?

Memanggil jin adalah susuatu ilmu yg khusus dan misteri sifatnya . Tanyalah pada diri sendiri adakah mampu memanggil jin ? Memanggil jin utuk berdialog dan berbincang supaya membatalkan sesuatu perjanjian jin dengan manusia seperti penjanjian saka yg susah sekali hendak di batalkan .

Hamba senaraikan manusia -manusia yg mampu memanggil jin contohnya Nyai Mblorong ,Roro Kidul . Hamba melihat demontrasi khayalan pada suatu ketika dulu bagaimana Nyai Mblorong memanggil Roh Raja Thailand datang . Begitu juga para sami yg ada kemahiran dan para bomoh santet .

Amat negatif di minda kita jika seseorang itu mampu memanggil roh dan jin ... adakah kita lupa yg Nabi Sulaiman pun diberi izin oleh Allah memanggil JIN utk bekerja dengan baginda membina bangunan . Atau jika dikalangan manusia biasa seperti Seikh Abdul Qodir Al Jilani juga di beri kurnia seperti Nabi Sulaiman boleh memerintahkan mereka . Kita juga sebenarnya boleh menyeru mereka dengan kaedah biasa itu cumanya kita tidak kenal bahawa itu adalah caranya..Memanggil jin adalah suatu kaedah biasa yang sebenarnya agak ramai yang tahu melakukannya. Saya tidak dapat memberikan contoh mudah di sini ditakuti nanti disalah gunakan langsung membawa kesyirikan yang amat besar pula.

Perseimbangan kuasa hendaklah adil dan wajiblah berpihak kepada yg HAQ ..Timbanglah dengan seadil-adilnya dengan akal fikiran yg waras ... Jika di pihak yg bathil mampu menguasai ilmu ini dan sewenang-wenangnya memanipulasikan kemahiran ini utk tujuan kesesatan dan dunia bagaimana dengan pihak yg benar ( orang yg beriman ) adakah tidak wujud manusia yg beriman yg memiliki kemahiran ini .

Jika tidak ada maka sangat lemahlah manusia yg digelar sebagai KHALIFAH di muka bumi ini . Penganti Allah di muka bumi itu lemah maka lemahlah Allah s.w.t itu . Maka tidak adillah secara logik perseimbangan kuasa diantara yg haq dan yg bathil . Seringkali perawat Islam itu tersungkur apabila berhadapan dengan Sami yg mahir ilmu sihir @ bomoh Sami . Adakah ayat -ayat Al quran itu lemah atau perawat itu yg lemah ?. Bomoh sami mampu menangkap rohaniah dan memanggil jin tetapi perawat Islam tidak mampu . Adilkah begitu ?

Ada bomoh sami mampu mengkhadamkan Naga Emas dan mampu mengalahkan perawat islam yg menggunakan ayat Al quran .. Adilkah begitu ? Adakah ayat ayat Allah itu lemah sehingga boleh kalah dengan naga emas ? Sebanarnya manusia itu sendiri yg menjadi puncanya..Senjata besar dan ampuh ditangan tetapi tidak dipergunakan sepenuhnya dengan menunaikan segala kewajiban dan meninggalkan segala larangan Allah dari yg sekecil2nya sehingga yg sebesar2nya. Hari ini kita merasa sedikit gerun di dalam hati jika dihidangkan dengan kisah bomoh siam dan sekalian aksinya untuk membunuh rakan sepejabat dengan cara yang halus..

Jika manusia beriman kepada Allah itu tidak mampu memanggil naga emas @ Jin Ifrit yg tertinggi maka mereka akan kalah apabila bersayembara dengan sami sami yg mampu memanggil naga emas . Ah!.. buat apa nak panggil naga emas gunakan sahaja ayat Al Quran penolong aku adalah Allah . Tetapi realitinya bila bersayembara maka kalahlah perawat Islam itu walaupun menggunakan ayat Al quran ? bagaimana ini ? tidak adil bukan ? Ini jua adalah pengalaman kami yang pernah kecundang dan tertewas sehingga kami kehilangan pesakit dua orang juga pernah mengakibatkan kecederaan yg agak serius kepada salah seorang ahli keluarga TK sendiri termasuklah beliau sendiri.

Penulis bukan hendak menafikan ayat al Quran ....tidak sama sekali ...penulis hendak menitik beratkan kepada para pembaca ada kekosongan yg belum ditemui di dalam alam perubatan dan sebahagian orang telah berjaya menemuinya ..jangan cari salah orang sahaja .Bayangkan jika orang barat mendapatkan ilmu ini agaknya apa yg akan terjadi kepada dunia kita hari ini ? .

Dan bukan bermaksud yg hamba mampu memanggil jin ..tidak sama sekali ....tiada kuasa melainkan Allah uga yg mengizinkannya.

Jadi apa kekosongan yg manusia belum temui itu ?

Teorinya mudah tetapi praktikalnya susah ...yg kuat akan menguasai yg lemah dengan izin -NYA . Sebenarnya apa yg sangat ditakuti atau dihormati oleh khalayak jin ? tubuh badan yg sasa dan besar ..jampi mentera yg ampuh ... ayat Al Quran yg diamalkan ? .

Jika tubuh badan yg sasa lagi besar maka di alam jin tersangat ramailah jin yg lebih besar dan kuat -kuat seperti jin-jin pekerja binaan bangunan di zaman Nabi Sulaiman dan jin-jin pembina piramid dan jin-jin pembawa batu -batu Istana Melaka . Maka memiliki tubuh yg sasa lagi besar tidak menjadi faktor takut dan hormat di alam jin.

Jampi mantera yg ampuh ...itu juga berkaitan dengan seseorang itu mampu memanggil jin dan bergantung jin-jin dalam kategori apakah yg di puja dan banyak mana ? mantera itu ampuh jika bala tentera jin musuh sedikit dan lemah jika ia ramai dan kuat maka mantera itu menjadi kurang ampuh dan tidak berkesan . Maka perawat itu hendaklah memiliki jin yg ramai utk dihormati dan ditakuti di alam jin dengan mewiridkan ayat ayat tertentu atau mantera tertentu dengan jumlah yg lebih banyak setiap hari.

Pengamalan ayat Al Quran juga suatu proses memanggil khadam jin yg bertaraf wali dikalangan jin . Mereka soleh dan dekat kehadrat Allah ... Sungguh ia mampu mengalahkan naga emas jika syarat -syarat pengamal ayat Al Quran itu ditepati . Setiap huruf Al Quran itu ada khadamnya ..khadam huruf Al Quran itu terdiri daripada sheik sheikh jin dan malaikat...kebanyakkannya adalah mengikut hati manusia itu sendiri , tetapi mampukah manusia hendak mengkhadamkan malaikat jika pengamal ayat Al Quran itu seperti perangai haiwan dan syaitan .Saya berikan contoh ayat surah ikhlas itu ada khadam sheikh jin yg bernama Sheikh Abdul Wahid yang kerjanya membantu orang beriman yg susah lalu mengamalkan surah al ikhlas maka dengan izin Allah, terkirimlah Sheikh Abdul Wahid kepada si pembaca atau pengamalnya untuk diberikan bantuan dengan perintah dan izin dari Allah swt.

Maka bukan mudah utk khadam ayat itu mahu menolong manusia apabila di panggil ( apabila dibacakan ayat Al Qurannya ) apa yang berlaku ialah seringkali bacaan ayat Al Quran itu kosong dan tidak memberi sebarang kesan kepada pesakit . Air yg di bacakan ayat Al Quran itu tidak mujarab dan tidak berkesan ia seperti air biasa sahaja . Kenapa, kerana si pembaca sebenarnya tidak bersedia melaksanakan kerja kerja itu atas kekuranagan dirinya sendiri.

Khadam ayat itu datang tetapi datang sahajalah ....utk meramaikan majlis ... utk menolong perawat tidaklah pula mereka hanya datang dan melihat sahaja ..persoalannya mengapa mereka tidak mahu menolong perawat yg berulang-ulang membaca ayat Al quran itu ketika diperlukan ? ..

Sesungguhnya yg dilihat di alam jin ialah besar atau kecil rohaniah para perawat ..mula-mula mereka akan melihat yg itu ..jika rohaniah perawat kecil maka mereka akan memalingkan dirinya kepada perawat tersebut walaupun ancaman -ancaman yg berbahaya dikeluarkan oleh perawat kepada jin yg berkenaan .

Jika jin melihat perawat itu kecil rohaniahnya maka jin akan melihat perewang -perewang perawat tersebut @ pembantu -pembantu yg tidak nampak . Jika perawat hanya memiliki jin 1 perewang Islam berwarna putih kelas pertengahan dan yg hendak dirawat itu sedang di kuasai oleh 10 jin ifrit warna putih kelas pertengahan maka seringkali kita melihat ketidaksanggupan perawat Islam itu utk meneruskan rawatannya .

Jin lawannya dengan Jin ...jin lawan dengan ayat al quran ..tidak ! realitinya jin ( yg merasuk ) lawan dengan seikh jin @ khadam ayat .

Contohnya Seikh Abdul Qodir Al Jilani mempunyai rohaniah yg sangat besar beliau mampu memanggil mana-mana jin yg beliau sukai dan diperintahkannya keluar dengan sekelip mata ..begitu juga dengan Nabi Sulaiman dan Rasulallah s.a.w ., nabi Noh a.s dan lain lain nabi yg kisahnya tidak tertera di dalam al quran keseluruhannya. Begitu juga kisah seorang sheikh di Baghdad jika tidak salah saya beliau lah yg bernama Imam Abu Hanifah yang berpesan pada pembantunya supaya ke istana Khalifah mengubat puterinya yg sakit kerasukan. Pembantunya hanya membawakan kedua dua terompah Imam Abu Hanifah dan menyampaikan pesan kepada jin yg merasuk puteri itu supaya ia keluar. Maka dijawab oleh jin yg menyakitinya di dalam dialognya bersarungkan sang puteri tersebut " kami akan keluar bahkan pindah dari Baghdad jika Imam Ab Hanifah meminta kami berbuat demikian.."

Pada suatu ketika yg lain Imam Abu Hanifah telah meninggal dunia..datang lagi jin jin tersebut menyakiti sang puteri khalifah, lalu dipanggil seorang pemuka agama bertaraf alim ulama lalu dibawakan terompah seperti yg telah pernah dilakukan oleh Imam Abu Hanifah. ketika diugut untuk dipukulkan sebanyak 70 kali menggunakan terompah jin jin tersebut tidak mahu patuh malah mengherdiknya.. Kenapa ini semua berlaku..? Sebenarnya kita boleh menjangkakan perkaranya tanpa bersyak wasangka berlebih lebihan..iaitu tidak beramal dengan ilmu yg dimilikki.

Salah seorang sahabat nabi yg tidak pernah mengamalkan ayat-ayat perubatan kemudian diminta oleh penduduk kampung yg diziarahinya utuk mengubatkan anak perempuannya lalu dia pun membaca surah AL Fatehah ...lalu diminumkan air itu dengan izin Tuhan sembuhlah ia dari sakitnya ... para sahabat nabi mempunyai rohaniah yg besar maka khadam -khadam Surah Al Fatehah itu akur dan bersedia utk berkhidmat kepadanya .

Jadi cara utk di hormati dan ditakuti oleh khalayak jin ialah besarnya rohaniah seseorang perawat itu ... besar rohaniah seseorang perawat itu juga menjadi salah satu faktor mampu atau tidak jin hadir kepadanya apabila sesekor jin itu dipanggil . Sebenarnya ada lagi faktor penting yg lain yg tidak boleh di tuliskan di sini . Semua itu berkaitan dengan ke izinan Tuhan kerana miliknya segala kekuatan dan keperkasaan.

Artikal ini bukan utk merendah-rendahkan sekumpulan manusia yg lain ..sesungguhnya tidak ..artikal ini cuma sebagai cetusan idea yg mudahan -mudahan menyedarkan manusia yg mahukan hidayat Allah Taala .. jangalah kita mudah-mudah menghukum manusia ..sesungguhnya ilmu Allah itu luas . Adakah kita tahu semua yg Allah tahu ... adakah kita tahu semua hadis rasul ..berapa banyak yg kita tahu tafsiran ayat Al Quran dan tafsiran hadis rasul yg berjuta jumlahnya itu ? .. jika hanya tahu tafsiran 20 hadis sahaja maka periksa-periksa lah diri kita ..adakah kita lakukan itu benar-benar sesuai dengan syarak atau sebaliknya ...sedangkan perkataan yg kita ungkapkan sehari2 dikhabarkan berjumlah hampir tujuh puluh ribu perkataan sehari..adakah Raslullah saw bersabda hanya dengan beberapa buah kitab muktabar yg ada..pasti banyak lagi hadis yg tidak sempat dihafaz dan direkodkan sekaliannya..wallahu a'alam bissawab.

Menuduh seseorang manusia itu kafir , jika apa yg dituduhkan itu tidak benar maka kekafiran itu akan kembali kepada sipenuduh sebelum ia mati ....jadi fikir-fikirkan sebelum bertindak ...

wassalam

3 comments: