Sunday, September 12, 2010

PENYAKIT JIWA DAN PENYEMBUHANNYA

Pada zaman ini, budaya kehidupan materialistik(kebendaan) telah mengalami kemajuan yang sangat pesat dan luar biasa sehingga manusia mengalami zaman kegemilangan. Tujuan dan tuntutan hidup manusia pun meningkat baik dari segi kebendaan mahupun keilmua. Untuk mendapatkan kehidupan kebendaan itu mereka terpaksa membayar dengan harga mahal. Ada yang harus membayarnya dengan mengorbankan waktu rehat, ketenteraman dan kebahagiaan hidup hingga kesihatan sekalipun. Akibatnya mereka mengalami penderaan fizikal dan psikologi seperti munculnya rasa sedih yang berpanjangan, penyakit darah tinggi, diabetes, radang usus hingga ke schizophrenia (sejenis penyakit jiwa). Selanjutnya mereka pun perlu menghabiskan belanja yang mahal demi mendapatkan kesembuhan. Bahkan mereka harus mencari kesembuhan itu sehingga keluar negeri. Walaupun kadang-kadang penyembuhan yang dinanti tidak kunjung datang.

Dalam mencari penyembuhan itu seringkali hanya difokuskan kepada satu proses perubatan melalui ubat-ubatan dan pembedahan. Mereka melalaikan proses perubatan lain yang sebenarnya boleh mendatangkan penyembuhan iaitu mengeratkan hubungan dengan Allah swt. Rajin membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa. Seorang muslim ketika ditimpa penyakit dia akan memohon penyembuhan kepada Allah swt terlebih dahulu selain meminum ubat-ubatan. Jika sentiasa taat beribadah kepada Allah swt, maka kehidupan akan selalu tenteram, tenang serta yakin ketika ditimpa sesuatu jenis penyakit.

Kajian ilmiah yang terbaru telah dilakukan didalam berbagai negara barat menyimpulkan bahawa ketenangan jiwa dan kekuatan iman pada diri manusia akan banyak membantu menyelesaikan berbagai masalah.Seorang ilmuan pernah meneliti dua kumpulan orang yang bukan muslim dengan cara memakai alat pendengar suara(earphone) ditelinga mereka. Pada kumpulan pertama dimainkan rakaman bacaan ayat-ayat Al-Quran. Pada kumpulan kedua dimainkan rakaman muzik dan lagu-lagu. Hasilnya orang yang sedang mendengar bacaan Al-Quran degup jantungnya adalah normal. Sedangkan yang mendengar muzik jantungnya berdegup kencang. Maha Besar Allah swt berfirman :

“Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat.”
( Al-Isra’: 82 )


TERAPI RUQYAH UNTUK PELBAGAI JENIS PENYAKIT

Perkara yang perlu diperhatikan adalah syaitan mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam menyebabkan penyakit, baik itu fizikal mahupun spiritual (kejiwaan). Semua itu disebabkan oleh kekuatannya yang mampu wujud dalam aliran darah seperti disabdakan oleh Nabi saw :

“Sesungguhnya syaitan hidup dalam diri anak Adam dalam aliran darahnya.”
(Muttafaq Alaih)

Salah satu bentuk gangguan syaitan pada manusia adalah marah. Kemarahan adalah sumber dari pelbagai jenis penyakit. Nabi saw pernah mewasiatkan kepada seseorang yang datang meminta nasihat kepadanya. Baginda bersabda :

“Jangan marah! Nabi saw mengulanginya hingga beberapa kali. Jangan marah….”
(HR.Bukhari)

Marah mempengaruhi keadaan kesihatan sebagai contoh adalah penyakit nyeri perut, radang usus besar. Semua itu adalah penyakit yang ditimbulkan oleh jiwa yang sedang beremosi. Bahkan pada sebahagian orang marah dapat merangsang timbulnya penyakit diabetes. Sebabnya adalah jiwa orang yang marah kerap menjadi gelisah. Marah juga dapat menyebabkan pening, pembekuan darah di kepala, lumpuh mendadak (strok), sakit jantung dan nyeri dada (angin pectoris). Kemarahan akan semakin merumitkan kesemua penyakit tersebut.

Selain penyakit diatas terapi ruqyah juga boleh menyembuhkan ketidak teraturan haid baik lambatnya atau masa berlangsungnya yang terlalu lama. Sebenarnya penyakit itu disebabkan oleh jin. Berdasarkan sebuah riwayat ketika Rasulullah saw ditanya tentang penyakit sebegitu banyak dua kali. Baginda menyebutkan bahawa itu adalah baki darah. Pada kali keduanya ketika baginda ditanya oleh Hamnah binti Jahsy :

“Saya mengalami istihadah yang sangat lama.” Baginda menjawab : “ Itu adalah gangguan syaitan.”
( HR.Tirmidzi)

Syaitan berusaha melambatkan masa pengakhiran haid baik dengan menahan aliran darah atau yang baru dibuka kembali alirannya setelah habis masa iddah. Ketika itu wanita tersebut tidak menunaikan solat dan tidak membaca Al-Quran dalam waktu yang lama, atau boleh jadi dia juga melukai tempat keluarnya darah sehingga wanita berkenaan tidak dapat membezakan apakah yang keluar adalah darah haid atau bukan. Dengan begitu dia menjadi ragu-ragu dan akhirnya berhenti solat.

Penyakit lumpuh juga boleh disebabkan oleh perilaku syaitan. Syaitan mencegah gerakan tubuh menjadi lumpuh dan ini terjadi pada sebahagian orang. Jika dibacakan ayat-ayat ruqyah dia akan berasa seperti dibius pada bahagian yang sakit. Jika tidak merasakan itu, maka hendaklah terapinya diulangi lagi sehingga syaitan atau jin yang mengganggunya betul-betul pergi meninggalkan tubuh tersebut.

Contoh lain adalah penyakit pada organ pencernaan dan sistem saraf pada tulang. Malah apa sahaja penyakit yang berkaitan dengan organ dan saraf adalah disebabkan keberadaan jin dan syaitan yang berada di saluran darah seperti mana sabda Nabi saw :

“Sesungguhnya syaitan hidup dalam diri anak Adam dalam aliran darahnya.”
(Muttafaq Alaih)
Apabila syaitan menyekat aliran darah, maka akan ada organ-organ berkenaan yang tidak akan menerima bekalan darah yang mana darah membawa oksigen, air dan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh untuk diproses dan ditapis dan di salurkan pula kebahagian lain anggota badan. Ini akan mengakibatkan organ berkenaan kelihatan tidak berfungsi kerana tiada bekalan darah yang dialirkan yang mana darah juga membawa tenaga (arus elektrik) yang diperlukan tubuh untuk menjana dirinya (organ) untuk menjalankan pemerosesan sepertimana tugas asalnya . Akibatnya bila pihak hospital membuat pemeriksaan x-ray atau scan, akan kelihatan digambar bahawa sanya organ tersebut telah rosak samada mengecut, membengkak atau kelihatan ketulan batu yang terjadi akibat tiada proses penapisan yang sempurna.

Menurut Tuan Guru Ustaz Hj.Ahmad Che Din, Guru Utama Yayasan Angkatan Bina Jati Diri (ABJAD), melalui tulisannya didalam buku PENGHURAIAN MISTERI ALAM MELAYU yang diterbitkan oleh Pertubuhan Gerak Seni Silat ABJAD (A), Cawangan Selangor, kecepatan bergerak jin melebihi halaju cahaya. Umur jin tersangat panjang dan ada yang beribu tahun lama hidupnya. Jumlah banyaknya jin itu seluruh alam manusia daripada Adam sehingga kiamat X jumlah haiwan-haiwan X jumlah batu-batu X jumlah pasir-pasir dalam bumi dan tumbuh-tumbuhan ini hanya 1/10 jumlah keseluruhan jin. Manakala jumlah keseluruhan jin adalah 1/10 jumlah keseluruhan malaikat. Jumlah seluruh malaikat hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengetahui.

Alam kediaman jin ialah lautan, daratan, udara dan ‘Alam Mithal’ suatu alam yang antara alam manusia dan alam malaikat. Jin dapat masuk kedalam tubuh badan manusia dan terus sampai ke urat nadi dan darah manusia. Jin dapat berjalan dalam tubuh manusia seperti arus elektrik mengalir dalam kabel penyalurnya. Jin juga dapat menguasai manusia sehingga ia dapat menimbulkan perkelahian sesama manusia, manusia kehilangan ingatan, hilang daya kemahuan dan kesedaran dan lain-lain lagi.

Jin boleh memasuki badan manusia samada di pinta sendiri oleh manusia atau tanpa di sedari oleh manusia itu sendiri. Jin mendampingi dan memasuki manusia melalui salah satu cara yang berikut, antaranya :-

1. Melalui khadam atau manusia itu sendiri menjadikan Jin sebagai sahabatnya.
2. Melalui “saka-baka”
3. Melalui sihir yang dilakukan oleh manusia lain ke atasnya.
4. Kerana manusia itu sendiri lalai dari mengingati Allah atau melakukan perkara-perkara yang di larang oleh Allah, bererti mendekatkan diri untuk di kuasai oleh Jin dan Ifrit.
5. Melakukan kejahatan terhadap jin tertentu seperti menjatuhkan sesuatu benda berat di sesuatu tempat yang ada jin, tanpa menyebut nama Allah sehingga menyebabkan kematian anak jin.
6. Kerana adanya Jin lelaki yang jatuh cinta kepada seorang perempuan yang suka bersolek atau wanita-wanita yang suka keluar rumah untuk memperlihatkan kecantikannya dan tidak memakai tudung serta suka mendedahkan aurat.
7. Melalui pengamalan jampi serapah, doa dan ayat-ayat tertentu yang boleh mendatangkan jin.

Apabila telah memasuki badan manusia, walau dengan apa cara sekali pun Jin tersebut akan mendiami salah satu tempat berikut di angguta tubuh badan manusia (walaupun mereka bebas bergerak-gerak dalam badan manusia). Antara tempat-tempat tersebut adalah :

1. Mereka berkumpul di mata kanan dan kiri. Sebab itulah jika seseorang itu membela atau telah dimasuki Jin dalam badan mereka, mereka tidak berani bertentang mata dengan orang lain.
2. Berada di mulut manusia, dengan itu manusia yang telah di masuki Jin amat suka bercakap benda-benda yang tidak berfaedah dan mendatangkan dosa seperti mengumpat, melaga-laga kan manusia lain dan sebagainya.
3. Berada di telinga kanan dan kiri, dengan itu manusia yang telah terasuk Jin tidak suka mendengar nasihat dan teguran yang baik serta amat suka mendengar perkara-perkara maksiat seperti muzsik yang melalaikan dan sebagainya.
4. Berada di hidung manusia, menyebabkan manusia suka menghidu benda-benda yang tidak eluk dan boleh merosakkan diri manusia sendiri.
5. Berada di ari-ari (pusat), menyebabkan orang tersebut mengalami sakit dalam perut dan pelbagai penyakit yang tidak boleh dikesan oleh doktor.
6. Berada dikemaluan manusia, menyebabkan manusia suka melakukan perkara-perkara maksiat seperti berzina dan sebagainya.

Jin Islam yang awam atau jin kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang khawas dan khawasil-khawas, jin tidak dapat merasuk mereka tetapi mereka itu datang pula untuk bersahabat.

Manusia yang selamat dari gangguan jin, iblis atau syaitan ialah manusia yang setiap waktu dan masa berada dalam tauhid Allah melalui lidah, anggota dan hati, iaitu berada dalam aqidah, syariat dan akhlak Rasulullah saw. Kata Ulama :

“Kun Ma`allah fain lam takun ma`allah, fakun ma`a man ma`allah fainnahu yu syiluka illah.”

Maksudnya :

“Hendaklah jadikan diri kamu beserta Allah, maka jika kamu tidak boleh jadikan diri kamu beserta Allah hendaklah jadikan diri kamu beserta mereka yang menyertai Allah, maka sesungguhnya yang demikian itu akan menyampaikan diri kamu kepada Allah.”

Selain penyakit-penyakit itu manusia juga sering mengalami suasana psikologi yang memerlukan terapi ruqyah.

Pertama : Kesedihan ( al-Hazan )
Kedua : Gundah ( al-Qalaq )
Ketiga : Tekanan ( al-Iktiab )

Alhamdulillah hampir semua orang yang pernah menderita penyakit yang disebabkan oleh syaitan berjaya disembuhkan dengan perubatan dan terapi ruqyah syari`yyah seperti penyakit kanser darah, darah beku yang menyebabkan kelumpuhan hujung tangan dan kaki ( syulal Ruba`i), mandul, diabetes, jantung dan lain-lain.


PENYAKIT KEKAFIRAN

Sesungguhnya Allah s.w.t. menjadikan manusia serta setiap anggota tubuhnya, dan setiap satu daripadanya mempunyai kesempurnaan tersendiri. Jika kesempurnaan itu lenyap, pasti seseorang akan merasa sakit. Selain itu Allah juga menciptakan kesempurnaan pada penggerak organ tubuh, iaitu hati. Jika kesempurnaan itu lenyap, maka timbullah rasa sakit bahkan penyakit itu sendiri, seperti rasa gundah, sedih dan murung.

Hati diciptakan untuk dapat mengenali PenciptaNya, cinta dan tauhid kepada-Nya, kegembiraan bersama Allah, keceriaan kerana cinta kepada Allah, merasa ridha kepada-Nya, bertawakkal, memberi kasih untuk kemuliaan-Nya, memusuhi siapapun kerana-Nya serta selalu berzikir kepada-Nya

Penyakit paling parah bagi hati adalah penyakit syirik, dosa, kelalaian, atau sikap meremehkan kecintaan dan keridhaan Allah, enggan bertawakkal kepada-Nya serta amat jarang bersandar kepada-Nya, lebih cenderung kepada selain-Nya, kecewa menghadapi takdir-Nya, atau merasa ragu terhadap janji dan ancaman-Nya.

Fungsi paling besar dari sembahyang adalah komunikasi hati dan jiwa kepada Allah, mendapat kesenangan dengan berzikir, menggembirakan diri dengan bermunajat kepada-Nya serta menghadap Allah menggunakan setiap anggota tubuh, kekuatan dan organ yang ada untuk menghambakan diri kepada-Nya, iaitu dengan meletakkan setiap organ tubuh pada kedudukannya serta sibuk dengan sembahyang hingga tidak lagi bergantung kepada sesama makhluk, bercengkerama dan berbual dengan mereka.

Hadis riwayat Ibnu Majah dalam Sunannya, menerusi hadis Mujahid, dari Abu Hurairah ia mengkhabarkan :

“Rasulullah s.a.w. pernah melihatku ketika aku sedang sakit perut. Baginda s.a.w. bersabda:”Wahai Abu Hurairah! Adakah engkau sakit perut?” Abu Hurairah menjawab : “Betul, wahai Rasulullah.” Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Sembahyanglah, kerana sembahyang itu mengandungi ubat.”

Tidak diragukan lagi bahawa semua gerakan itu berfungsi menguatkan tubuh dan melenyapkan pelbagai unsur berbahaya terutama sekali melalui pancaran tenaga jiwa dan ketenteraman hati ketika mengerjakan sembahyang, kerana dengan itu tubuh menurut adatnya menjadi kuat dan penyakit lari.

Adapun penyakit kekafiran dan penyakit berpaling dari kebenaran yang diajarkan oleh para Rasul, lalu menggantinya dengan keyakinan atheisma adalah penyakit yang hanya mempunyai satu ubat, iaitu neraka :

“…api yang menyala-nyala.Tidak ada yang masuk ke dalamnya melainkan orang yang paling celaka, yang mendustakan (kebenaran) dan berpaling (dari iman…..)” (Surah Al-Lail : 14-16)


Allah s.w.t. berfirman :

“Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang beriman, dan menghilangkan panas hati orang-orang mukmin.”
(Surah At-Taubah : 14-15)



Rujukan : Al-Ilaju bil Quran (Hikmah Terapi Al-Quran) - Hishasyah binti Rasyid
: Penghuraian Misteri Alam Melayu – Ustaz Hj.Ahmad Che Din
: Rawatan Penyakit Menurut Konsep Sufi.

1 comment: