Monday, August 22, 2011

DUNIA SEDANG DILANDA PENYAKIT KRONIK



"Oleh kerana ukuran kita selama ini
tentang baik dun buruk itu berdasarkan
'akli bukan syar'i, ada perkara-perkara
yang menjadi gejala-gejala masyarakat
tidak dianggap gejala seperti pendedahan
aurat, pergaulan bebas, tari-menari yang
bercampur antara lelaki dun perempuan,
gambar-gambar perempuan yang seksi, ia
dibiarkan berleluasa.
Padahal di dalam sesetengah gejala
sosial dia berpunca dari apa yang kita
sebutkan tadi, secara tidak sedar sedikit
demi sedikit merosakkan jiwa."

Dunia hari ini sedang dicengkam oleh gejala jahiliah moden
yang melanda di merata-rata. Sesiapa pun tidak dapat
menafikan bahawa masyarakat dunia sedang ditimpa berbagai
penyakit kronik. Saban hari kita dikejutkan dengan berita-berita
peperangan, pembunuhan, penipuan, rompakan, penyalahgunaan
wang dan kuasa, penindasan, salah guna dadah,
pelacuran, rogol, sumbang mahram, pendedahan aurat, pergaulan
bebas dan lain-lain lagi.

Gejala sosial yang melanda manusia hari ini makin berleluasa
dengan tidak mengira bangsa, agama, keturunan dan
kedudukan. Kesemua peringkat masyarakat daripada kanakkanak
hingga orang dewasa tidak terlepas daripada 'virus'
yang sangat merbahaya ini.

Para cerdik pandai dan pihak-pihak yang berwajib telah
mengusahakan berbagai kaedah untuk mencari formula
mengatasinya, tapi nampaknya seolah-olah usaha-usaha ini
telah menemui jalan buntu. Makin dibendung makin menjadijadi.
Makin dikaji makin berleluasa. Malah kadar jenayah sama
ada jenayah berbentuk kriminal, sosial, ekonomi, politik dan
kekeluargaan makin meningkat di merata dunia.

Di tengah kepesatan pembangunan ekonomi dan teknologi
hari ini manusia hidup dalam serba ketakutan dan kegersangan.
Seolah-olah kemajuan teknologi dan masalah gejala
sosial sama-sama naik. Dunia ini bagaikan tidak menjanjikan
keindahan dan keselamatan lagi. Betapa menderitanya hidup
dalam suasana begini. Bagaikan neraka sebelum Neraka. Umat
Islam juga tidak terkecuali turut terlibat dalam gejala ini.
Dalam iklim dunia yang sedang kritikal ini, di waktu manusia
sedang mencari-cari jalan keluar kepada persoalan ini,
apakah Islam tidak mempunyai formula untuk menyelesaikan
kemelut dunia hari ini? Memandangkan percubaan demi
percubaan melalui segala bentuk formula rekaan fikiran
manusia telah dicuba dalam menangani gejala yang makin
meruncing ini, namun hasilnya tetap mengecewakan.
Segala cerdik pandai, para filasuf, para pendidik, para
pemikir yang telah mencipta pelbagai kefahaman dan ideologi
telah mengerahkan seluruh daya akal fikiran mereka bagi mencari
formula untuk menyelamatkan dunia serta para penghuninya.
Tetapi ternyata akal semata-mata telah gagal dalam
menangani kemelut dunia yang semakin kronik ini.
Maka apabila akal telah buntu, manusia perlu mengubah
semula pola pemikiran mereka dengan mencari jalan keluar
yang te rjamin tepat dan selamat iaitu dengan merujuk kepada
sistem roh. Dalam erti kata lain manusia perlu kembali merujuk
kepada Tuhan, menggunakan sistem Tuhan dan dipimpin
oleh orang Tuhan dalam memulihkan kerosakan masyarakat
yang kian meruncing ini.

Peranan roh sebenarnya cukup penting dalam kehidupan
manusia. Apabila manusia telah meminggirkan peranan roh,
telah lalai daripada pencipta-Nya maka akibatnya manusia
sedang menanggung segala bentuk gejala yang cukup membimbangkan.
Untuk menyelami persoalan ini dengan lebih
jelas kita perlu memahami peranan akal dan roh dalam kehidupan
manusia.

Membangunkan dunia dan kemajuan, tidak sama kaedahnya
dengan membangunkan manusia. Dalam membuat
kemajuan untuk keperluan manusia tidak kira di sudut apa
pun, akal boleh digunakan. Manusia boleh membuat berbagai
percubaan dan eksperimen. Mana yang berjaya diteruskan,
manakala yang gagal ditinggalkan.

Contohnya seorang pemaju dalam membangunkan satu
projek dengan bersandarkan kepada kepakaran akal manusia,
katalah tiba-tiba projek itu gagal, kesannya ialah dia akan menanggung
kerugian. Hasilnya ialah dia tidak berjaya, tetapi
tidaklah sampai membahayakan dirinya atau orang lain.
Hanya sekadar buang masa dan tenaga tetapi tidaklah sampai
menghasilkan side effect yang negatif yang boleh merosakkan
manusia, misalnya hingga berlaku pembunuhan, peperangan,
penzinaan dan lain-lain maksiat lagi.

Berlainan halnya dalam mendidik manusia, ilmunya mesti
pasti. Tidak boleh agak-agak. Tidak boleh berteori-teori dan
tidak boleh sama sekali adanya trial and error. Sebab kalau
tersalah mendidik manusia akan lahirlah penyamun, pembohong,
penzina, pembunuh dan lain-lain lagi. Kalau manusia
telah rosak, sebaik mana pembangunan sekalipun akhirnya
manusia akan merosakannya juga.

Sebab itulah dalam sejarah, untukmembangunkan material
Tuhan datangkan ahli akal atau ahli fikir. Tetapi apabila untuk
membaiki manusia, Tuhan lantik orang rohani yang datang
dari Tuhan seperti para rasul, para nabi, mujaddid dan ulamaul
amilin. Sebab yang datang dari Tuhan itu membawa kaedah,
cara atau formula yang tepat, bukan dicuba-cuba kerana semua
kaedah itu datangnya dari Tuhan. Lihatlah apa yang
sudah terjadi sekarang apabila manusia dididik hanya dengan
bersandarkan akal semata-mata, tidak kembali kepada wahyu,
maka akhirnya lahirlah manusia yang penipu, perompak,
pengganas dan lain-lain.

Oleh itu mengapa kita tidak merujuk kepada formula Tuhan
yang terkandung di dalam ajaran Islam yang ternyata telah
terbukti berkesan satu masa dulu. Di dalam sejarah belum pernah
berlaku ahli fikir melahirkan manusia yang jujur, amanah,
pemurah, pemaaf, berkasih-sayang, bertolak ansur, bertimbang
rasa dan seumpamanya. Malah yang peliknya, orang
yang tinggi akalnya di kalangan para pemikir, filasuf, cerdik
pandai ramai yang bunuh diri. Socrates sendiri pun, seorang
filasuf Yunani yang cukup terkenal satu nlasa dulu turut mati
dengan membunuh diri.

Sedangkan para nabi yang didatangkan oleh Tuhan bilangannya
jauh lebih banyak iaitu 124 ribu, tetapi belum pernah
te rjadi seorang nabi pun membunuh diri. Ini adalah satu fakta
sejarah yang tidak dapat dinafikan. Pernah beberapa tahun
dahulu berlaku di negara kita seorang hakim yang terkenal
dengan kebijaksanaannya dan kehebatan pemikirannya tibatiba
didapati mati membunuh diri. Cuba kita renungkan, sebijak
mana pun seorang manusia itu apabila dia membunuh
diri maka dia hakikatnya telah menjadi sebodoh-bodoh manusia.
Kalau ahli fikir sudah bunuh diri, bagaimana layaknya
mereka hendak mendidik manusia.

Sebab itulah sejarah membuktikan ahli fikir yang menjadi
baik adalah hasil didikan orang rohani. Ahli rohani yang tidak
menggunakan akal, dia masih selamat walaupun tidak dapat
menyelamatkan orang lain tetapi ahli akal yang tidak bersandar
pada roh bukan sahaja dia tidak selamat malah dia juga
akan turut rosak dan merosakkan orang lain walaupun dia
membangun dan bertamadun.

Sejarah telah membuktikan bahawa ramai ahli cerdik pandai
yang sakit jiwa dan gila. Tetapi yang anehnya para rastll, nabinabi
dan para wali tidak pernah mengeluh, tidak pernah gila
atau sakit jiwa dan lebih-lebih lagilah tidak pernah ada seorang
pun membunuh diri. Hidup mereka sentiasa tenang dan damai
padahal mereka menempuh pelbagai rintangan dalam perjuangan
serta diuji dengan begitu hebat. Manakala para filasuf
mereka hanya membawa idea dan pemikiran. Mereka tidak
perlu berjuang dan tidak menghadapi ujian, tetapi itupun ramai
yang bunuh diri.

Ini sekali lagi membuktikan bahawa bersandar pada akal
semata-mata sangat merbahaya lebih-lebih lagi dalam mencari
formula untuk membaiki manusia yang sudah merata kerosakannya.
Untuk itu kita mesti merujuk kepada kaedah Tuhan.

Oleh kerana umat Islam hari ini secara umumnya fikiran
dan jiwa mereka telah rosak; hampir sama dengan fikiran dan
jiwa orang bukan Islam, maka te rjadilah pandangan secara
umum atau pendapat secara umum tentang maksiat atau
gejala sosial. Ada yang diterima bersama dan ada yang tidak
diterima bersama. Ertinya maksiat itu ada yang dianggap
maksiat dan ada yang tidak dianggap maksiat.

1. Maksiat atau gejala sosial yang diterima bersama
Contohnya pembunuhan, merompak, menipu, bergaduh,
berkelahi, berbohong. Ini diterima bersama oleh semua
golongan, bangsa, agama dan etnik.

2. Maksiat atau gejala sosial yang tidak diterima bersama
Contohnya, pergaulan bebas lelaki dm perempuan, ada yang
anggap maksiat dan ada yang anggap tidak maksiat. Zina
pun ada yang anggap maksiat dan ada yang anggap tidak
maksiat. Kalau ia berlaku secara sukarela oleh kedua pihak
maka ia dianggap bukan maksiat dan jenayah manakala jika
ia dilakukan secara paksa barulah dianggap maksiat atau
jenayah. Begitu jugalah dengan gejala homoseks dan lesbian
di sesetengah negara terutama di Barat, ia dianggap sah dan
diberi hak untuk diamalkan, sedangkan dalam Islam ia
merupakan maksiat. Termasuk juga pendedahan aurat yang
berlaku secara berleluasa; ada yang menganggapnya maksiat
dan sesetengahnya menganggap ia bukan maksiat.
Mengikut ajaran Islam, maksiat itu sangat halus. Bukan
sekadar maksiat lahir, malah maksiat batin pun dianggap maksiat
juga seperti sombong, megah, riyak, ujub, hasad dengki,
jahat sangka dan lain-lain. Ia juga dianggap gejala sosial di
dalam Islam, kerana Islam melihat maksiat lahir itu bermula
daripada maksiat batin.

Dengan kata-kata lain, kejahatan yang ada dalam hati atau
kejahatan batin itu adalah pokok maksiat yang akan melahirkan
buah-buah maksiat yang lain. Sebab itulah pencegahannya
pun perlu dibuat secara lahir dan batin.

Tetapi apa yang berlaku hari ini sama ada maksiat yang
diterima bersama atau yang tidak diterima bersama, buahbuahnya
hendak dibanteras tetapi pokoknya ditanam bahkan
disuburkan. Manusia tidak suka maksiat berlaku tetapi pintu
maksiat dan pintu jenayah dibuka seluas-luasnya. Manusia
tidak suka kepada gejala sosial tetapi pintu kepada gejala itu
dibuka seluasnya. Mereka tidak mahu buahnya tapi pokokny
ditanam. Kita tidak suka lahirnya bahaya tetapi jalan kepada
bahaya direntang luas.

Di sini barulah kita sedar walau bagaimana cerdiknya akal
manusia, tetapi dia akan jadi bodoh kalau soal-soal rohaniah
tidak difahaminya. Mengenal pokok maksiat adalah hal-ha1
rohaniah. Ini diperolehi hasil daripada memahami ha1 rohaniah.
Aka1 semata-mata tidak boleh nampak perkara yang seni
lagi tersirat ini.

Sebab itulah dalam Islam faktor roh sangat diambil berat,
kemudian barulah faktor akal. Ini adalah kerana akal hanya
nampak mana maksiat yang side effectnya cepat berlaku dan
diterima bersama. Contohnya jenayah bunuh, rompak,
bergaduh, bakar, tembak dan lain-lain lagi, kesannya cepat
ditangkap oleh akal. Sebab itulah ia dianggap maksiat dan
jenayah. Tetapi pergaulan bebas, membaca majalah lucah,
menonton filem lucah dan lain-lain lagi, side effectnya mungkin
dua tiga tahun lagi. Jadi akal tidak dapat mengesan kemungkinan
itu.

Sebab itulah bila jiwa-jiwa manusia telah menjadi terlalu
rosak, Tuhan akan lahirkan seorang pemimpin rohani, bukan
pemimpin akal. Pemimpin rohani itu sama ada yang bertaraf
rasul atau ulama yang bersifat rasul yang didatangkan oleh
Tuhan bersama dengan kaedah untuk membaiki masyarakat
yang telah rosak di zamannya.

Kaedah untuk menyelesaikan gejala sosial secara asasnya
sama sahaja. Ini adalah kerana gejala sosial yang berlaku dilakukan
oleh manusia, bukan binatang, bukan pokok kayu.

Sepertimana yang disebut oleh Tuhan di dalam A1 Quran:
"Terjadi kerosakan di darutan dun lautan akibat tangan
manusia. " (Surah Ar-Rom: 41)

Perbuatan menipu, ia melibatkan manusia. Membunuh,
berzina, semuanya melibatkan manusia. Sebab itulah kaedah
yang sama diperlukan. Cuba kita contohkan satu aspek sahaja.
Kita hendak bahaskan apa yang berlaku di tengah masyarakat
yang menyusahkan manusia ada tiga kategori:

1. Ada usaha manusia. Walaupun hakikatnya dari Tuhan, tetapi
secara lahirnya ia ada kaitm dengan usaha manusia seperti
membunuh, minum arak, menipu, zina, rasuah, rosakkan
barang orang. Ini adalah gejala yang berpunca dari usaha
atau campurtangan manusia yang menyusahkan manusia.

2. Ada gejala-gejala yang datang bukan dari manusia tapi
menyusahkan manusia juga. Manusia tidak campur tangan
langsung dan ianya sepenuhnya dari Tuhan. Misalnya
banjir, petir, ribut, gempa bumi dan lain-lain. Manusia tidak
usaha, ianya betul-betul dari Tuhan.

3. Di antara campur tangan Tuhan dan manusia. Seperti tibatiba
berlaku banjir di tempat kita yang biasanya tidak banjir.
Mungkin ada projek yang kita buat tidak berhati-hati hingga
menyebabkan banjir. Contoh lagi, kemarau. Mungkin ada
usaha manusia membuat projek dengan tidak berhati-hati
hingga air tidak datang atau hujan tidak turun.

Itu tiga kategori perkara yang selalu menyusahkan manusia.
Yang kedua dan ketiga jarang berlaku, yang selalu berlaku
ialah yang pertama. Ianya berlaku 24 jam tanpa rehat. Inilah
gejala yang dilakukan oleh tangan manusia sendiri.
Cuba kita fokuskan kategori yang pertama yang nampak
lahirnya memang dari manusia seperti rasuah, curi, zina dan
lain-lain. Gejala yang menyusahkan manusia ini adalah dari
manusia, bukan dari binatang, pokok kayu dan gunungganang.
Oleh itu sebelum membahaskan gejala-gejala sosial,
kenalah membahas manusianya dahulu. Bila kita sudah
membahaskan manusia, baru kita fikirkan macam mana hendak
baiki manusia.

Hari ini rata-rata orang membahaskan gejala sosial terlepas
dari persoalan manusia. Padahal yang buat ha1 ialah manusia.
Manusia itu yang nak dikaji. Mengapa gejalanya sahaja yang
kita kaji. Mari kita bahaskan manusia itu terlebih dahulu.
Manusia itu ada fizikal, akal, roh dan nafsu. Tuhan jadikan
manusia tabiat semula jadinya sudah ada benih-benih, sifatsifat,
tabiat-tabiat dan perangai malaikat, haiwan dan syaitan.
Di sinilah dikatakan keadilan Tuhan. Ketiga-tiga sifat telah
ada. Cuma Tuhan memberitahu, yang benih malaikat hendak
disuburkan, yang sifat syaitan hendak dibuang, yang sifat haiwan
bukan dibuang tapi hendak didisiplinkan. Tuhan sudah
memberitahu.

Pemberitahuan Tuhan itulah lambang keadilan Tuhan. Seolah-
olah Tuhan berkata, "Kalau engkau hendak jadi orang
baik boleh, nak jadi orang jahat boleh, nak jadi malaikat boleh,
nak jadi haiwan boleh, nak jadi syaitan pun boleh. Cuma yang
tak boleh ubah muka sahaja."

Bila seseorang itu sudah memilih salah satu perangai, contohnya
perangai syaitan, sama ada sedar atau tidak, akal akan
merancang bagaimana hendak menjadi syaitan. Aka1 hendak
tengok apa kehendak orang itu. Bila keputusan sudah dibuat,
dia akan fikir macam mana hendak jadi syaitan.

Yang memilih untuk menentukan hendak jadi malaikat, haiwan
atau syaitan ialah nafsu. Sebab itulah nafsu jangan dibunuh,
cuma didisiplinkan, dididik, diarah-arah. Hendak jadi
malaikat, haiwan atau syaitan pun dia yang berkehendak.
Kalau nafsu dibunuh manusia tidak akan ada kehendak.
Semasa dia berkehendak menjadi malaikat, beruh-benih sifat
malaikat pun Tuhan sudah tanam, seperti rasa malu, kasih
sayang, bertimbang rasa, rendah diri, belas kasihan. Itu benih-benih
sifat malaikat. Rasa bertuhan itulah benih malaikat.

Manakala benih syaitan antaranya ialah sombong, riyak,
pemarah, adu domba, hasad dengki. Kalau benih binatang
pula seperti banyak makan, tidur, keinginan seks, bergaduh,
pentingkan diri.

Terpulang pada kita hendak jadi malaikat, haiwan atau syaitan.
Ada kala jadi malaikat, ada waktu jadi syaitan atau boleh
jadi kadang-kadang macam malaikat tapi sebenarnya perangai
syaitan. Ada orang yang menjadi malaikat, lepas sahaja wirid
dia tipu orang, rasuah, curi duit bank. Begitulah watak semula
jadi yang Tuhan lakukan bagi manusia ini. Terpulanglah pada
manusia memilih sama ada untuk menyuburkan benih malaikat,
syaitan atau haiwan.

Oleh kerana ciptaan manusia terlalu unik, kalau diserah
pada akal untuk mentadbir, ia tidak akan mampu walau akal
profesor atau doktor sekalipun. Sebab itulah Tuhan datangkan
orang-orang rohani seperti Rasul-rasul, nabi-nabi, para wali
dan orang-orang soleh yang boleh mendidik manusia serta
ulama yang berwatak rasul. Kalau sekadar bersandar pada
akal sahaja ternyata tidak akan mampu. Kerana sudah terbukti
bahawa yang merosakkan manusia semua berpunca dari akal.
Jadi tabiat-tabiat manusia inilah yang berperanan di tengah
masyarakat. Kadangkala tabiat syaitan yang berperanan menyebabkan
manusia jadi sombong, bergaduh, pemarah dan menyebabkan ramai orang susah.

Apabila tabiat binatang yang berperanan maka akan lahirlah
budaya masyarakat haiwan seperti zina, rogol, lesbian, homoseks,
haruan makan anak, sumbang mahram dan lain-lain lagi.
Tak kira halal haram lagi.

Jika tabiat malaikat pula yang berperanan di tengah masyarakat
masya-Allah akan terjadilah manusia berkasih sayang,
bertimbang rasa, tawaduk, redha, pemaaf dan sebagainya. Dia
bukan sahaja dapat manfaat tapi juga dapat memberi manfaat
pada orang lain. Dia senang dan menyenangkan orang lain
pula.

Kalau begitulah, untuk mengatasi gejala masyarakat tidak
kira di aspek mana pun, kaedahnya sama sahaja iaitu manusianya
yang kena dibaiki dulu. Itulah juga kaedah yang dilakukan
oleh Rasulullah SAW sehingga berjaya mencipta sebuah tamadun
rohaniah yang unggul sekitar 1400 tahun yang lalu.

No comments:

Post a Comment