Friday, August 27, 2010

MEMERTABATKAN ILMU PERUBATAN ISLAM

Sumbangan Amirul Hayat Fatihah Al Binafsih Al Banjari

Pandangan Umum

Ilmu perdukunan atau perbomohan sangat berkembang pesat tetapi sukar untuk mendapat tempat di pesada masyarakat Malaysia. Ini kerana tidak ada kaedah pelajaran dan pembelajaran khusus untuk mendapat satu standard yang boleh diiktirafkan.. Profesi ini banyak juga menimbulkan masaalah penipuan, gejala jenayah lain saperti penyalahguna dadah, samun, kelakuan sumbang dan sebagainya yang menyebabkan pandangan yang tidak baik kepada pengamalnya.

Tidak dinafikan, ramai orang tertentu mempercayai kebolehan dukun, bomoh atau pengamal ilmu alternative ini. yang amalan mereka mengikuti shariat Islam. Ini terbukti kerana ada di antara pengamal-pengamal perubatan alternative ini berjaya memulihkan berbagai penyakit, yang mana pada peringkat awalnya tidak berjaya ditangani dengan kaedah perubatan moden. Pengamal perubatan ilmu Islam yang ikhlas memberi khidmat, berusaha menaikkan mertabat pengamal perubatan saperti ini. Mereka boleh dikatakan berjaya sebab mereka berpegang kuat kepada princip, etika dan nilai perubatan itu sendiri yang mereka telah pelajari dari ulama-ulama dan guru-guru mereka yang tidak kurang hebat dan berwibawa. Mereka ini juga berpegang kuat kepada syariat Islam yang menjadi teras didalam semua amalan perubatan mereka.

Pengamal saperti ini harus mencari jalan untuk meningkatkan lagi nilai dan mertabat profesi mereka saperti yang telah dijayakan oleh Darulshifa dan sebagainya.


Kebolehan yang UNIK!

Penyakit terbahagi kepada tiga bahagian tertentu dari pandangan kacamata perubatan Islam - Zahir (physical), Fikiran (mental) dan Ruhani (spiritual). Masaalah zahir dan fikiran lazimnya mudah diubati dengan kaedah moden yang kita tahu canggih sekarang ini. Tetapi ada juga sebilangan masalah dan penyakit tertentu menimbulkan keganjilan dimana pakar perubatan tidak dapat mengesan sebab-musabab punca penyakit-penyakit tersebut. Rawatan pakar yang diberi tidak menunjuk sedikit perubahan dan gagal walaupun sekian lama diawasi secara rapi. Masaalah ruhani pula yang selalu dihubung kait sebagai masalah mental, sangat asing bagi pakar phyciatri dan physcologi untuk menerima hakikat ujudnya permasalahan ini dari cetusan ganguan syaitan. Malah mereka sukar mempercayai bahawa kaedah ilmu perubatan Islam ada jawapan dan ubatnya.

Amalan ilmu perubatan Islam didalam masyarakat kita telah banyak membuktikan kejayaan dibidang penyembuhan 'penyakit ganjil' yang kita harus bangga kebolehan mereka dan keberkesanannya. InshaAllah. Tetapi tidak banyak pengiktirafan dan penghargaan yang setimpal dari masyarakat umum.



Etika, Keterampilan dan Amalan Pengamal Ilmu 'Pengobatan' Islam

Kita harus juga ingat, yang merosakkan ilmu perubatan Islam adalah pengamal-pengamal itu sendiri. Kerana sesetengahnya tidak mampu meletak nilai dan mertabat dalam pengamalan ilmu-ilmu mereka. Kesalahan besar mereka adalah:

1. Tidak ada keterampilan sebagai pengamal yang harus dihormati dan disegani saperti profesi lain dari segi keperibadian, pakaian dan image yang bersesuaian

2. Mempraktikkan amalan mereka di tempat yang tidak sesuai saperti di kaki-lima dan lorong-lorong sempit.

3. Tidak beretika dan beramanah

4. Tidak faham untuk meletak NILAI kebolehan amalan perubatan mereka pada tahap yang mendapat penghormatan dan pengiktirafan

5. Tidak memahami bahawa segala ILMU yang ada di langit dan bumi adalah milik mutlak Allah SWT (sama ada ianya ilmu duniawi atau ilmu akhirat)

Maka dengan sifat-sifat pengamal sebegini, TIDAK ada memberi keBERKATan dari apa yang diamal mereka sampai bila bila pun dan Iblis akan mencampu-aduk dakyah syaitan didalam amalan mereka akhirnya.



Kenapa meletak NILAI, bukannya HARGA

Kita ingin melihat sumbangan pengamal ilmu perubatan Islam sebagai satu profesi saperti profesi lain. Di sini timbul pendapat dan kepercayaan TUA bahawa:

1. Seseorang yang mengamal ilmu pengobatan secara Islam, yang mengunakan kaedah Al-Koran dan membaca kalimah suci Allah SWT tidak harus memerima upahan atau bayaran atas kebolehan dan usaha mereka ini, walaupun mereka berjaya menyembuh seeorang pesakit itu.

2. Ilmu Allah SWT tidak boleh dijualbeli - berkhidmat semata kerana Allah SWT!

Maka tidak hairanlah kita tidak berjaya memertabatkan ilmu perubatan Islam pada tahap profesi yang dihormati kerana pandangan dan penilaian rendah saperti ini. Tidak hairanlah juga pengamal ilmu perubatan Islam hidup ala-kadar dan tersisih di kaki-lima dan lorong sempit. Soal kekuatan ekonomi dan kebajikan mereka sendiri tidak diperkukuhkan dengan pendapatan yang setimpal dengan jaya-usaha dan khidmat yang mereka berikan kepada pesakit yang memerlukam khidmat itu.

Apa bezanya Ilmu Amali Perubatan Islam dengam ilmu duniawi lain yang memanfaatkan kalau diguna cara betul dan bersyariat seperti ilmu kimia, hisab, perubatan dan kedoktoran, sains dan computer, bilogi, kejuteraan ...banyak lagi ???.... yang manusia menuntut penemuannya dan pemilikannya diatas nama mereka sendiri oleh orang barat dan timur ? Hakikatnya, kesemua ilmu-ilmu ini milik mutlak Allah SWT. Ilmu ini dihidayahkan atau diilhamkan kepada makhlukNya bernama manusia (dan sesiapa sahaja yang sangup berusaha keras dengan akal) untuk mencari dan menimba khazanah ilmuNya Allah SWT disepanjang masa dari zaman datuk-nenek kita nabi Adam AS dan Hawa AS. Mengapa kita sanggup membayar ribuan ringgit kepada pakar sakit jiwa atau pakar jantung untuk rawatan dan penyembuhan penyakit kita? Dari manakah asal ilmu-ilmu sains, perubatan, teknologi dan kejuruteraan itu kalau tidak dari empunyaNya yang mutlak � Allah SWT jua ? Kenapa kita lupa untuk mengiktirafkan secara sedar bahawa setiap dan apa saja ilmu itu dibawah langit ini adalah dari Allah SWT? Masih ramai orang Islam sendiri tidak sedar dan faham hahikat ini. Nauuzubillah! Kami ulangi - Fahamilah dan Sedarlah bahawa setiap ilmu yang ada di muka bumi ini yang manusia memanfaatkan dengan izinNya adalah milik Allah SWT.

Maka amalan ilmu Perubatan Islam - perdukunan, perbomohan dan sebagainya, harus dimertabatkan serupa.

(perhatian penulis juga tertumpu didalam soal kita memberi ganjaran untuk Guru Agama dan Ustaz yang memberi pengajian Al Koran untuk kita dan anak-anak kita. Kita tahu ibubapa sanggup memberi tuisen kepada anak-anak mereka hingga yuran mencecah RM 450 sebulan (3-5 mata pelajaran) untuk kejayaan anak-anak mereka didunia ini. Dalam soal yang sama, ramai ibubapa berkira dan memberi hanya RM 20-40 saja kepada Guru Agama dan Ustaz - itu pun sudah lumayan dalam pandangan mereka! Fikir-fikirkan lah mengenai nilai, kepentingan dan pengimabangan ilmu-ilmu tersebut dalam kehidupan kita)


Konsep NILAI bukan HARGA

Kita meletak NILAI bukan HARGA!

Misalnya, seorang pengamal ilmu perubtan Islam berjaya mengobati lelaki mengidap penyakit jiwa (schizophrenia) yang serius selama tujuh tahun. Beliau telah menerima rawatan dari ramai doctor pakar jiwa swasta dan kerajaan. Doktor pakar tidak menjanjikan penyembuhan kerana nasehat mereka bahawa penyakit jiwa yang dihadapi beliau cuma boleh dikawal melalui pengambilan ubat penenang ( yang berterusan), siri kaunseling dan sokongan morale dari keluarga dan masyarakat. Keluarga beliau telah membelanjakan hampir RM 57,000.00 selama tujuh tahun itu. Selama itu juga perusahaan hotel dan kilang kayu beliau telah mencatat kemerosotan yang mendadak dengan kerugian sejuta setenggah ringgit dan terpaksa diambil-aleh oleh anak-anak dan isteri. Ringkasan cerita, beliau telah diketemukan Allah SWT dengan seorang pengamal perubatan Islam yang sekadar memberi beliau segelas air yang didoakan dengan nama Allah SWT. Dengan keberkatan air doa itu dan dengan kudrat dan izin Allah SWT jua, beliau pulih sepenuhnya dalam jangka masa tujuh hari. Alhamdullillah. Bayangkam kegembiraan sipesakit dan semua ahli keluarga atas pulihnya suami dan ayah mereka yang selama ini telah menjadi tonggak harapan dan kebahagian keluarga ini. Sipesakit bershukur kerana dapat kembali menikmati dan menjalani hidup seperti biasa bersama keluarga tersayang dan lebih penting sekali dapat meneruskan ibadah kepada Allah SWT.

Timbul persoalannya, bagaimana harus keluarga ini 'membayar' khidmat pengamal pengobatan ilmu Islam itu yang berjaya memulihkan suami/ayah mereka?

Bayangkan, keluarga sanggup berbelanja apa saja (RM 57, 000.00) dengan tidak ada kepastian untuk memulihkan suami/ayah mereka. Ini tidak termasuk kehilangan potensi perusahaan yang ada. Saperti lazimnya, dukun dan bomoh akan dibayar RM 100.00. Ini dipercayai bayaran yang standard dan lumayan kepada pengamal perubatan 'kaki lima'.

Maka didalam soal ganjaran, kita harus gunakan akal untuk menilai khidmat sipengamal itu, ia itu dengan kebijaksanaan dan kewarasan kita untuk berfikirn dan menilai erti makna 'kesihatan dan kebahagiaan' bagi kita dan keluarga kita. Lazimnya, makna kesihatan tidak dapat dinilai lagi dengan wang ringgit, apa lagi sekiranya penyakit itu dikhuatiri boleh membawa maut! Manusia yang kurang imannya takut akan mati awal! Mati setia menunggu.

Kalau kita tahu menilai betapa pentingnya kesihatan dan kebahagiaan kepada kita dan kita sanggup berbelanja apa saja untuk pemulihannya, NILAI lah juga usaha mereka mereka yang berjaya menyembuh penyakit kronik yang kita hadapi itu. Apa ada pada nilai RM 5000 atau RM 10,000 sekali pun sebagai imbuhan atau infak sekiranya ada kesedaran jua pada keluarga sipesakit. Mereka tetap faham betapa tingginya NILAI dan makna penyembuhan itu bagi pemulihan suami/ayah mereka. Kesimpulahnya, semua pengamal harus berusaha memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kebolehan unik mereka dan memertabatkan ilmu mereka. Masyarakat juga harus menerima hakikat betapa bernilainya sumbangan, usahabakti dan kaedah perubatan isalm ini.

Pengamal perubatan Islam yang sejati tetap bershukur dan bersedia untuk berkhidmat dan menerima apa saja ganjaran atau infak setimpal dengan usaha mereka. Tetapi bagi kita masyarakat umum yang memerlukan khidmat ini, fikirkanlah sekali lagi untuk bersedia meNILAIkan khidmat dan manfaat yang boleh disumbang olah pegamal ilmu perubatan Islam setanding dengan ilmu lain yang perlu dapat pengiktirafan dan penghormatan sewajarnya. Dan yang penting juga kita bersama berusaha memertabatkan Ilmu Perubatan Islam, InsyaAllah.

Amin Ya Rabilalamin.

No comments:

Post a Comment