Sunday, August 29, 2010

SUMBER-SUMBER ILMU PENYEMBUH

Agaama Islam kaya dengan sumber ilmu penyembuh; tidak seperti agama-agama lain yang wujud di dunia ini; sebab Islam datang membawa sumber ilmu yang lengkap lagi mendalam serta tinggi lagi suci.

1. Sumber Al-Quran

Bukankah Allah Tabaaraka Wa Taala telah berirman :

“Dan Kami turunkan daripada Al Quran bahan yang menjadi penyembuh dan rahmat kepada orang-orang yang beriman.” (Al-Israa` :82)

Penafsir Qatadah r.a. (Rahimahullaa) memberikan pengertian kata “syifaa” dalam ayat ini :

“Apabila seseorang mukmin mendengar Al-Quran, maka dia memperoleh aedah dengannya (kepada kehidupan dan kesihatannya) , dia memeliharanya (termasuk menghafal) dan mengawasinya.” (Pesakit juga perlu mendengar dan memahami Al-Quran)
Hadis riwayat At-Tabariy : Hasan)

Al-Quran bukan sahaja penyembuh penyakit yang ada dalam dada (dalam hati : ruhani dan mental); tetapi juga ialah penyembuh penyakit jasmani (fizikal).

2. Sumber Al-Hadis (As-Sunnah)

Sumber kedua ini adalah didapati pelbagai :dia berupa jampi, ta`awwudz (doa perlindungan), madu, herba; berbekam, bahan haaiwan dan sebagainya.

Anas B.Malik r.a. memberitakan :

“Sesungguhnya beberapa orang suku `Urainah telah datang ke madinah; tiba-tiba mereka terkena udara buruk (menyebabkan mereka sakit). Maka Rasulullah saw menghantarkan mereka ketempat unta zakat, dan baginda bersabda :” Kamu minumlah (berubat dengan) susu-susu dan air kencingnya.”
(hadis riwayat At-Turmudzi : Hasan-Shahih)

Berbeza dengan sumber AL-Quran , sumber Al-Hadis mendedahkan secara terperinci akan perubatan-perubatan yang diajar dan ditunjuki Nabi saw sehingga pengarang-pengarang kitab hadis dapat membuatkan satu tajuk yang khas dalam bidang ini dengan sebutan TIBBUN NABAWI (Perubatan nabi) , antara lain :

1. Berupa jampi (jampi Jibril dan nabi), doa dan ta`awwudz (perlindungan).
2. Perubatan menggunakan air zam-zam dan minyak zaitun.
3. Perubatan berbekam (mengeluarkan darah).
4. Perubatan madu, herba dan makanan berkhasiat.
5. Perubatan menggunakan khasiat haiwan.
6. Perubatan menerusi ibadah : sembahyang dan puasa.

Rasulullah saw pernah bersabda :

“Tiadalah Allah menurunkan penyakit melainkan Dia menurunkan pula penyembuhnya.”
Hadis Riwayat Ibnu Majah

3. Sumber mimpi yang benar

Sebagaimana mimpi yang benar meejadi panduan kepada nabi saw samada sebelum beliau menjadi rasul dan sesudahnya, maka dia juga berguna dan menjadi panduan perubatan bagi orang-orang tertentu dan berminat. Sebagai contohnya, penulis sendir pernah bermimpi beberapa kali dimana ditunjukkan beberapa jenis dan siat pokok herba serta khasiatnya. Maka begitulah dari masa kesemasa Allah membantu para hambaNya untuk mendapatkan bahan ubatan atau herba yang sesuai dengan penyakit dan keadaan fizikal seseorang.

Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah r.a. berkata :

“Sesungguhnya kebanyakkan ubat-ubatan sampai kepada manusia adalah menerusi mimpi yang benar.”

Seandainya tiadalah sumber mimpi ini, tentulah sebahagian manusia sakit dan mati tanpa perlindungan dan pertolongan.

Adalah aneh sebahagian besar orang yang menjadi bomoh adalah terdiri daripada orang yang dulunya di uji dengan kesakitan yang amat berat sehingga bertahun-tahun dan nyaris maut sebab mengidapi sesuatu penyakit. Akan tetapi sesudah Allah swt menyembuh dan menyegarkannya , maka dia dapat pula menadi bomoh bagi penyakit tersebut ; mendapat bimbingan didalam mimpi serta ilham sehingga menjadi terkenal.
Disamping itu ada pula orang yang menjadi bomoh sebab keturunan; sedangkan dia sendiri tidaklah berminat untuk meenjadi bomoh. Dia didatangi mimpi secara bertalu-talu dan diajari menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran.

4. Sumber Ilham

Selain mimpi yang benar, terdapat lagi suatu sumber perubatan, iaitulah sumber ilham; dimana Allah mengilhamkan kepada sesiapa bomoh atau pengubat; juga orang-orang biasa terutama pesakit mendapatkan sesuatu ubat menerusi suatu cara atau lintasan tertentu.

Menurut kajian penulis, bahawa bomoh-bomoh Melayu banyak mencari ilham dengan cara menghubungkan sifat-sifat anggota yang sakit kepada siat atau keadaan ubat yang berkenaan. Sebagai contohnya mereka menggunakan belut dalam beberapa aspek berikut :

(a) Sifat licinnya kulit belut dihubungkan kepadamaksud melicinkan kulit
daripada segala sifat gatal dan kerutu. Maka apa yang dicubainya adalah tepat.

(b) Sifat tiada bersendinya belut dihubungkan kepada sakit sendi atau lutut (bila sendi tidak lagi berfungsi) . Percubaan ini juga didapati berjaya.

Demikianlah juga ikan linang dijadikan ubat penguat zakar disebabkan sifat ikan ini : keadaan ikan ini bulat –panjang dan licinnya seperti zakar, dan didapati pula bahawa ikan ini merupakan sejenis ikan yang tahan lasak.

Seorang bomoh diperlihatkan sebiji geliga yang mempunyai suatu lukisan asli yang berbentuk seorang bayi, maka deengan segera dia diilhami dengan mengatakan bahawa geliga itu berkhasiat memudahkan kelahiran .

Dikalangan orang-orang tua kita ada yang memerhatikan kehidupan berang-berang dari segi berikut :

(a) Selalu memakan ikan tanpa terlekat tulangnya
(b) Kekuatan bersetubuh (hubungan jenis)
(c) Binatang ini mengasah sawat(zakarnya) pada kayu.

Maka diperoleh khasiatnya iaitu :

(a) Bagi melepaskan tulang yang terlekat, maka ditepuk-tepukkan di atas kepala mangsa, sambil berkata: “Mu ni seperti berang-berang………”diulang-ulang 3, 5 atau 7 kali. Maka meenurut sunnah Allah , tulang pun tercabut dan menghilang.
(b) Sawat berang-berang di bawa bersetubuh untuk kekuatan persetubuhan.
(c) Kayu tempat berang-berang mengasah sawatnya juga termasyhur berkhasiat bila dibawa bersetubuh.

Inilah rahsia para bomoh. Mereka biasanya terdiri daripada orang-orang soleh yang taat beragama, yang mempelajari ilmu fardhu ain sebaiknya sepertimana tuntutan Allah dan Rasul. Menghindari bidaah dan ulama dunia. Sentiasa membersihkan jiwa dari kekotoran jasmani dan rohani, maka cermin hati telah menjadi bersih untuk menerima limpahan Nur hidayah, ilham dan taufiq.

Manusia yang memperoleh ilmu secara belajar terutama dari Institusi yang menawarkan sijil-sijil sebagai umpanan mencari kekayaan dan kemegahan dunia masih berada dalaam keadaan syirik (kecil). Merasa taksub dengan ilmu yang dipelajari, sombong, angkuh dan bongkak terhadap bomoh-bomoh yang di anugerahi Tuhan akan ilmu-Nya , merasa diri hebat dapat memasuki Universiti dan berbangga dengan sijil yang di perolehi dengan cara menghafal terutama bagi mereka yang memperoleh Phd. Apakah manusia merasa dia pandai dengan sendir tanpa pertolongan dari Allah, tiada terserap kedalam diri mereka “LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH “

Mereka yang tidak pernah mendapat bimbingan dan augerah Ilahi adalah mereka yang jauh dari rahmat Allah.Bila dibicarakan sumber ilmu yang berasal dari mimpi dan ilham , dengan cepat mereka melatah dengan mengatakan permainan jin dan syaitan, ini adalah kerana diri mereka sendiri yang sentiasa di bayangi Jin dan syaitan kerana sifat mazmumah didalam diri yang masih tebal iaitu belajar ilmu dengan tidak ikhlas(bukan kerana Allah tetapi bermatlamat kan keduniaan), sombong kepada ahli perubatan yang tidak memperoleh ilmu dari Universiti( riak dan ujub), sifat syirik yang ketara iaitu tidak merasa pandai ilmu dengan bimbingan dari Allah , tetapi bersandar kepada ilmu yang dapat dipelajari apatah lagi kalau sumber ilmu adalah dari ajaran Orientalis Barat atau Ilmu Ciptaan Yahudi laknatullah.

Rosaknya umat kerana rosaknya ulama, Kerana itu Rasulullah saw berpesan, “ larilah kamu dari ulama suk(dunia) sepertimana kamu nampak akan singa yang ganas.” Mereka sendiri tidak mengamalkan ilmu yang mereka pelajari , semuanya semata-mata bermatlamatkan keduniaan. Ada sesetengah yang menggelarkan diri mereka sebagai ulama dan Tok Guru, membuka dan mengasaskan Pusat Rawatan Islam bersumberkan Al Quran dan Sunnah Nabi, tetapi apabila diri sendiri sakit , mereka lari mendapatkan khidmat rawatan dari pakar-pakar perubatan barat yang nyata sesat lagi menyesatkan. Mereka malu untuk mendapatkan khidmat rawatan dari para bomoh dan perawat Islam yang tak setara dengan mereka yang berkelulusan Universiti dan berstatus Ulama. Mereka ini lah yang di campakkan kedalam Neraka terlebih dahulu dari penyembah berhala.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment