SANTAU
Santau dan racun menurut para perawat tradisional tidak pasti perbezaannya. Ramai di kalangan mereka berpendapat bahawa kedua-duanya adalah sama. Hal ini berlaku adalah kerana bahan-bahan yang digunakan untuk membuat santau dan racun adalah sama. Rawatannya juga adalah sama.
Terdapat beberapa ciri sahaja yang boleh dijadikan panduan bagi mengenal pasti samada seseorang itu terkena racun atau santau. Pada kebiasaannya, mangsa racun akan menderita serta-merta seperti berlakunya muntah darah. Mangsa santau mengambil masa lama menyebabkan mangsa tidak menyedari sehinggalah mangsa tersalah makan seperti limau nipis dan nenas. Ini adalah kerana mangsa santau amat sensitif kepada limau nipis dan nenas.
Jenis-jenis Santau:
Santau boleh dibahagikan kepada dua jenis:
Jenis pertama: Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan peranan jin dan syaitan. Jenis ini agak mudah dirawat.
(Santau yang disediakan dan diberi makan kepada orang tertentu secara hakikat.Hakikat disini bermaksud santau yang tidak disokong dengan penggunaan ilmu sihir yang melibatkan iblis dan syaitan. Kesan santau ini semata-mata bergantung kepada kekuatan dan keberkesanan bahan-bahan yang diadunkan.Mangsa santau jenis ini boleh menemui ajalnya bergantung kepada kekuatan bahan adunan itu.Walau bagaimanapun bahan itu mudah keluar melalui saluran najis seperti proses makanan biasa).
Jenis kedua: Santau yang disertai dengan pemujaan terhadap syaitan dan syaitan. Ianya dikenali sebagai santau angin dan ianya agak sukar dirawat kerana melibatkan peranan jin.
(Santau yang disediakan daripada bahan dan kaedah tertentu menggunakan hikmat.Istilah hikmat disini bermaksud santau yang dibuat disertai pemujaan iblis dan syaitan.Santau jenis ini tidak mudah keluar melalui saluran najis.Ia akan kekal dalam badan selagi tidak dikeluarkan dengan cara tertentu.Mangsa santau walaupun telah diubati tetapi saki baki santau yang tinggal dalam badan akan membiak dan boleh menyebabkan mangsa berkenaan sakit semula).
Tanda-tanda Terkena Santau:
Jika seseorang mengalami gejala-gejala berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:
• Batuk berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
• Istihadhah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
• Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kadang sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
• Sakit dan sesak nafas terutama waktu Maghrib.
• Lenguh seluruh anggota badan.
• Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
• Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
• Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu.
• Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
• Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusukan kanak-kanak tersebut.
• Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
• Mimpi makan makanan yang kotor seperti bangkai dan babi.
• Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau bermimpi pergi ke tempat-tempat ibadat bukan Islam.
Kesan-kesan Santau:
Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut:
• Boleh membawa maut dengan izin Allah S.W.T.
• Hilang daya ingatan.
• Kulit akan merekah serta keluar air dan nanah.
• Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali dengan penyabar bertukar menjadi panas baran.
• Badan menjadi bongkok akibat batuk berpanjangan.
• Badan menjadi licin disebabkan seluruh buluh di badan telah gugur.
• Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang sering terganggu.
• Terjadinya kanser dan ketumbuhan.
• Jika pesakit hamil akan mengalami keguguran.
Berubatlah jika terdapat tanda-tanda di atas!
PERHATIAN:
Simptom terkena santau ialah perut terasa pedih,tekak terasa panas dan berpasir,sering bermimpi jatuh tempat tinggi,badan terasa miang gatal-gatal,batuk berpanjangan dan muntah darah dengan kerap.
SAWAN TANGIS
Pengenalan
Kanak-kanak atau bayi yang sakit sawan tangis biasanya akan menangis pada masa-masa tertentu tanpa sebab atau punca. Selalunya tangisan itu memanjang untuk beberapa jam.
Sawan tangis ini di sebabkan oleh rasukan atau gangguan jin atau makhluk halus. Dalam masa yang tertentu, bayi itu kadang-kadang memperlihatkan reaksi luar biasa, dengan wajah yang ketakutan seolah-olah sedang melihat satu objek yang menggerunkan di hadapannya.
Adakala nya makhluk halus ini memasuki badan bayi tersebut dan menggangu sistem urat saraf dan ini membuat bayi itu kesakitan atau tidak selesa. Selalunya bila merawat bayi yang kena sawan tangis, penulis mendapati adanya jin atau makhluk halus di bahagian urat saraf bayi atau di bahagian abdomen atau perut bayi. Makhluk halus ini yang menyebabkan bayi itu mengalami stomach cramps yang kita katakan colic pains.
Jenis-jenis atau Punca Penyakit
1. Bayi yang di bawah umur 3 bulan selalunya menangis di waktu senja yang di kenali dengan "evening colic". Setelah berhenti, ia akan menagis semula. Demikianlah halnya yang berlaku, yang kadang-kadang memakan masa berjam-jam.
2. Bayi atau kanak-kanak akan menangis pada waktu yang tertentu sahaja seperti tengah malam atau waktu maghrib.
Simptom
1. Tangisan akibat gangguan pada kebiasaannya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi kelihatan kejam. Kalau diperhatikan dengan teliti, akan didapati bahawa tangisan itu terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur).
2. Kanak-kanak yang dalam keadaan terganggu, adakala berhenti menangis semula. Mata yang kejam ketika berhenti menangis itu kadang-kadang melahirkan ombak di kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan atau pun kiri.
3. Ada anak-anak kecil yang terganggu, menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan mengigil seolah-olah adanya susuatu yang mengerikan di hadapannya.
Merawat kes sampuk/histeria /Sawan Tangis
Kes sampuk sering berlaku kepada kanak-kanak kecil atau bayi.Ini berpunca apabila ada segolongan jin yang menyakat bayi itu dan bayi itu akan menangis ketakutan.Untuk makluman,bayi-bayi ini boleh melihat jin secara terus kerana roh mereka sangat bersih berbanding orang dewasa.
ReplyDeleteInfo yang menarik. Memang sawan tangis kerap dikaitkan dengan gangguan makhluk halus. Namun ia juga ada dikaitkan dengan masalah penghadaman bayi seperti kembung perut dan asid reflux. Tidak semua sawan tangis memerlukan perhatian daripada doktor. Cuba tips-tips rawatan sawan tangis seperti mengkhayalkan bayi dengan bunyi muzik atau bacaan Al-Quran dan peluk bayi dengan rapat sebelum membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor.