Friday, June 17, 2011
MANDI BUNGA VS AURA SERI WAJAH
Kita dapati orang tua dahulu banyak mengamalkan petua dalam pemakanan mereka, sebab itu mereka sihat dan ada yang mencecah umur hingga satu abad. Kadang-kadang petua mereka ada digabungkan dengan unsur-unsur alam atau mengambil semangat alam dalam mengekalkan kesihatan, mengawal penyakit, rawatan dan pemulihan. Walaupun kajian saintifik tentang penglibatan semangat alam ini dalam tujuan rawatan belum disahkan oleh mana-mana kajian, namun jika ditinjau ianya banyak mendatangkan faedah kepada mereka pada ketika itu, yang mana kita sedia maklum, teknologi perubatan pada ketika itu belum berkembang seperti sekarang.
Apa yang ingin saya kaitkan tentang kesihatan adalah petua orang tua-tua tentang kaedah mandi bunga. Pengalaman saya dahulu, ketika kecil, nenek saya selalu suka mengutip bunga-bunga di halamannya. Antara bunga yang menjadi kegemaran nenek saya adalah bunga cempaka dan bunga melur. Selalunya nenek akan memetik bunga melur dan cempaka di tepi rumahnya setiap pagi dan dimasukkan ke dalam air tadahan mandi yang diceduk dari perigi. Nenek ada juga mencampurkan dengan bunga-bunga lain seperti ros dan juga daun limau purut. Kemudian dia akan kejutkan saya dan suruh saya mandi air dalam kolah yang sudah dicampurkan dengan bunga2 tersebut. Bila saya tanya nenek, katanya agar badan segar, wangi, wajah berseri-seri, badan sihat dan halau semangat jahat. Lepas mandi dia akan sisirkan rambut dan selitkan bunga melur. Saya suka bauannya yang sangat segar, saya selalu kutip sendiri bunga dan karang jadi rantai, gelang dan cincin. Sampai kini kenangan zaman kanak-kanak bersama nenek sukar diluputkan.
Ramai yang menyangka mandi bunga hanya boleh dilakukan oleh bakal pengantin yang mahu melangsungkan perkahwinan untuk menaikkan seri pengantin. Namun kini, mandi bunga sudah menjadi satu trend baru dalam masyarakat kita. Malah ianya juga boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dalam pelbagai peringkat umur mengikut keperluan serta hajat. Antaranya faedah atau kelebihan mandi bunga adalah dipercayai untuk menaikkan seri wajah agar lebih disayangi, menjadi perhatian, membuang penyakit, mendapat penghormatan, mendapatkan jodoh, serta menjalin hubungan lebih akrab antara suami isteri dan sebagainya.
Kaedah mandi bunga sekarang sudah diakui oleh pakar-pakar kecantikan dan juga rawatan alternatif sebagai satu cara meningkatkan aura. Produk-produk aura seri wajah banyak terdapat di pasaran yang menggunakan adunan daripada bunga-bungaan. Salah satu daripada keluaran yang harus dicuba dan mudah digunakan adalah dengan Aromatherapy Vibration yang dinamakan Seri Wajah. Aromatherapy ini adalah rumusan khas Colour Vibration Therapy yang amat berbeza daripada aroma-aroma yang lain. Apa yang saya tahu, Ia bukan sekadar gabungan tujuh pati bunga-bungaan atau tumbuhan terpilih (ros putih, lavender, tea tree, orange, peppermint, lemon dan limau nipis), malah dipertenagakan (diolah 1000 kali pusingan lengkap dengan pantas dan menyeluruh). Ia berkeupayaan menjana organ dalaman agar sentiasa stabil dan berfungsi dengan baik. Ia sesuai untuk kegunaan harian sama ada bagi tujuan kesihatan, kecantikan, keharmonian rumah tangga, meningkatkan kecerdasan minda, meredakan tekanan perasaan menceriakan emosi dan sebagainya.
Menurut dari artikel Dr. Ariffaizal, Ia sebenarnya adalah minyak pelbagai guna dan sesuai untuk semua peringkat fizikal. Ia bertindak melalui 5 deria utama iaitu telinga, mata, hidung, lidah dan kulit. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang aura seri wajah ini, anda boleh membacanya dari artikel beliau di site rawatan kesihatan.
Di petik dari laman Perjalanan Rabbabi (Arina)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment