Tuesday, June 28, 2011

ROH MANUSIA YANG TERSESAT

Artikal ini hasil karya Tuan Kelarias ..hamba cuma mengulang tayang kerana artikal ini tidak terpapar di paparan blog yg sepatutnya.Sang Karut


Pada malam yang sama saya diminta tengokkan kakak cikgu Naswan yang sentiasa menemani adiknya Lina jika sakitnya berulang. Saya ada minta penjelasan tentang masalah yang dihidapinya. Kak Minah menceritakan kepada saya kepalanya selalu sakit semenjak bertahun tahun lalu. Dia telah cuba dapatkan rawatan di klinik dan di hospital tetapi hanya dapat mengurangkan sedikit sakitnya selepas itu penyakitnya akan datang semula.

Semasa saya cuba mencari jalan bagaimana cara yang perlu saya lakukan untuk memeriksa kak Munah, saya sempat menoleh kepada Lina yang telah pun dimandikan dalam keadaan seperti terpinga pinga. Wajahnya kelihatan seperti orang yang sedang bingung, mungkin dia tertanya tanya di dalam hatinya dengan apa yang sudah berlaku. Memang lain jika diperhatikan dari raut wajahnya , kalau sebelum ini dia seolah olah seperti keanak anakan, tetapi kali ini lebih ceria dan serius melihatkan suasana sunyi sepi dengan kehadiran lebih dari lapan orang di rumah emaknya, semenjak dari jam sebelas malam hingga hampir jam empat pagi itu.

Saya teringat wafak jin syaitan yang bergambar keris bersilang menunjuk kelangit tadi. Saya fikir mungkin Kak Munah boleh discan menggunakannya. Terus saya minta Kak Munah merapati saya dan saya minta dia mengepit wafak itu menggunakan kedua belah tapak tangannya. Saya minta tumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang sedang dilakukan supaya fikirannya tidak merewang keluar menjauhi tubuh yang mungkin akan menggagalkan usaha saya. Saya minta dia membaca istighfar sebanyak banyaknya selama dia mengepit wafak itu dengan tangannya.

Saya suka menggunakan wafak jin syaitan kerana kerjanya lebih mudah dan sangat berkesan untuk mengesan tubuh yang diganggu makhluk halus. Dulu saya pelik dengan wafak jin syaitan itu tetapi sekarang saya pun sudah tak pelik lagi sebab mungkin sudah terbiasa dengannya. Inshaallah saya akan lampir dan paparkan di blog ini supaya seluruh umat muslimin dapat tahu dan menggunakannya untuk membantu umat muslimin muslimat yang menghadapi masalah penyakit ganjil seperti yang telah di alami oleh saudara mara dan sahabat handai saya sebelum ini. Wafak ini hanya perlu dimaharkan dengan nilai lima puluh lima ringgit dua puluh lima sen. Hadiahkan kepada anak yatim atau faqir miskin di sekitar saudara saudari sebagai maskahwinnya.

Setelah saya menanti lebih kurang lima minit kemudian, saya dapati jari jemarinya sedikit bergoyang seperti menggeletar. yakinlah saya Kak Minah sebenarnya memang terkena gangguan makhluk halus. tetapi kenapa makhluk halus ini terlalu degil sehingga tidak mahu menuruti perintah para pengubatnya yang lebih dari sepuluh orang sebelum ini dan telah menghabiskan perbelanjaan rawatan berjumlah ratusan bahkan ribuan ringgit kerananya. Saya rasa berdebar menghadapi suasana baru kali ini yang berbeza dengan keadaan sebelumnya. Kak Minah terus marah marah kepada sarung yang ditumpangi olehnya.

" Assalamualaikum, siapa ke saudari ni ya, pernah tak kita berjumpa sebelum ini". saya memulakan dialog saya pagi itu dengan salam supaya saya tahu itu jin kafir atau muslim." Waalaikum salam'', dia menjawab.'' Kakak ini sebenarnya jin mana, datang dari mana..saya nak tahu lah sikit sikit supaya mudah saya memanggil kakak ini dengan nama kakak , siapa nama kakak'', saya menyoal makhluk halus yang bercakap melalui tubuh Kak Minah.''Panggil saya embah, sebab embah dah tua..Embah ni ada nama nanti tanyalah cucu yang ada kat sini semua ni , semua tahu siapa embah''. jawab suara yang menyarung itu. Saya menoleh kepada cikgu Denan sambil dia mengangguk anggukkan kepalanya kepada saya.'' Kalau tak silap itu mak mertua Kak Minah ini'' kata cikgu Denan kepada saya. tersirap darah saya kerana tersilap jangka. Saya mati mati ingat itu adalah jin tetapi saya silap rupa rupanya suara yang menumpang di tubuh Kak Minah adalah arwah mak mertua Kak Minah yang telah pun meninggal dunia dua tiga tahun lepas.

Saya termenung sejenak memikirkan kebenaran yang sedang berlaku di hadapan saya waktu itu." Embah ini roh manusia ? bukan jin ke ?,'' saya pelik dengan perkara yang berlaku. Belum pernah saya dengar roh orang yang mati masuk ke tubuh orang yang masih hidup. Bagaimana semua ini boleh berlaku, bukankah roh orang yang sudah mati akan tinggal diam di dalam kubur." Mahu kah Embah bersumpah dengan nama Allah dan guru saya bahawa embah ini roh manusia?," saya minta dia bersumpah supaya saya dapat memastikan kebenaran kata katanya." Boleh, embah boleh bersumpah dengan apa yang kamu suruh..sebenarnya kamu tak tahu, embah dah lama ikut dia sarung ini semenjak embah mati dulu". cubalah embah, saya nak dengar.

Kalau benar embah ini roh manusia yang sebenarnya pasti berani bersumpah dengan nama Allah dan dengan nama guru saya". saya mencabar dirinya supaya segera bersumpah." Dengan nama Allah dan guru kamu, embah bersumpah bahawa embah ini adalah roh manusia.'' saya sukar untuk menerima sumpahnya, tetapi di dalam hati terfikir, jika dia menipu dan berdusta dia sebenarnya berhenti atau berdalih bila ingin menyebut nama guru. Tetapi ini tidak, dia dapat menyebut dengan jelas dan terang di dengar oleh semua yang ada di situ. Saya hanya percaya lima puluh peratus dari akuannya.

Saya tinggalkan apa yang telah diucapkan itu dan saya segera menyoal dirinya yang dikatakan sebagai roh manusia masuk ke dalam tubuh manusia dan menyusahkan manusia hidup pula. Tiba tiba dia memotong kata kata saya sambil berkata '' kamu ni sebenarnya tak tahu, apa yang sebenarnya telah berlaku..embah ini sebenarnya sudah mati...tapi embah cari semula anak menantu embah yang baik hatinya ini semuga dia dapat melepaskan masalah yang embah hadapi.'' katanya kepada saya sambil badannya bergoyang kuat dari kanan ke kiri tanpa henti. Saya tidak tahu kenapa dia menggoyangkan tubuhnya seperti itu. '' Menantu embah ini oangnya baik hati. Dia ni rajin solat sunat, berzikir. Embah masa hidup dulu selalu cuba menyakitkan hatinya tapi dia diam saja malah tidak pernah membalas kata kata embah.

Dia tetap juga berbuat baik dengan embah sampai embah mati." Selalu dia kirim ( kulhu ) surah al ikhlas kepada Embah tapi selalunya tak sampai pada embah..'' sambil tertunduk kepalanya memandang lantai dengan mata tertutup rapat. '' sebenarnya apa yang embah mahu dari menantu embah yang baik hatinya ini..kalau embah ini orang yang benar dan tidak bersalah takkanlah embah tak nampak jalan kemana nak pergi selepas habis siksaan kubur yang kena pada embah''. saya menyoalnya siap dengan tembakkan tepat ke peristiwa yang saya jangkakan pasti sudah berlaku terhadapnya sebelum ini.'' Memang embah kena seksa dalam kubur dengan seksa yang sesakit sakitnya. Selepas habis seksaan embah dilepaskan. Embah keluar melalui jalan yang embah nampak menuju kembali ke rumah dan terus embah menumpang tubuh menantu ini. Embah tak nampak jalan lain melainkan menantu embah ini.

'' Tapi dia tak tau apa yang embah nak dari dia.'' katanya kepada saya. '' Saya tahu embah telah dibutakan mata hati bukan saja di dunia tetapi sampai di alam barzakh, sehingga embah terkena lampias betapa benarnya siksaan kubur itu'' jawab saya kepadanya sambil mencari jalan untuk menundukkan kedegilannya. Saya minta dia keluar dari tubuh Kak Minah dengan tanpa sebarang syarat setelah sekian lama menyakitkannya. Tetapi dia menolak permintaan saya kerana dia tidak mahu berpisah dengan menantunya yang boleh ditumpanginya kemana mana. Jika dia tidak menumpang sarung itu dia akan terperap saja di satu tempat yang dia berhenti dan tak dapat ke mana mana.

Dalam masa yang sama saya terfikir roh manusia tidak akan makan darah dan makan makanan yang dimakan oleh manusia. Roh manusia amat berbeza dari jin, roh manusia menerima bekalan tenaga ( makanan ) dari pahala kiriman para arwah oleh muslimin dan muslimat yang masih hidup. Alangkah siksanya hidup sendirian di alam yang entah di mana tiada lampu atau cahaya yang menerangi mata kita yang memandang waktu itu. Kaki dan tangan yang dapat dirasakan bergerak waktu itu tetapi tidak tahu kearah mana kaki melangkah, selama lamanya berjalan tanpa arah tuju dan tempat berhenti menanti hari kiamat berdiri untuk hari pengadilan kelak. Menempuhi alam akhirat pula selepas menempuh alam barzakh yang tidak tentu selamatnya tiba tiba datang pula hari hisab yang akan menentukan untung nasib kita selepas itu.

Saya mengesyakki sesuatu pada embah yang mengaku sebagai mak mertua Kak Minah. Saya ada bertanya dengannya tentang kebenaran itu beberapa kali, dia tetap menjawab dengan selamba. Masih juga mempertahankan bahawa dirinya adalah mak mertua Kak Minah sambil menceritakan kawan kawannya yang masih hidup dan yang telah mati. Di dalam kesempatan itu saya bertanya kepadanya,'' Embah, benarkah embah ini sebenarnya telah tersesat jalan dan tidak bertemu jalan kembali ke rahmatullah alaih?'' saya mengajukan pertanyaanpadanya. tiba tiba dia seperti orang menangis tidak berapa lama kemudian sah dia menangis .

Dari kedua belah matanya saya dapat melihat embah ini menangis lirih, perlahan sambil membiarkan air matanya mengalir deras ke pipi dan jatuh ke ribanya berkali kali.''Tapi sayang embah, semuanya sudah terlambat, semasa hidup embah melanggar perintah Allah, hari ini sampai saatnya embah melalui setiap langkah dan detik semuanya pembalasan atas perkara yang tidak diredhai tuhan''.saya berceramah kononnya di hadapannya." Betul, dulu embah semasa masih hidup embah sangat benci dengan menantu ini, embah dulu buat macam macam padanya, embah pernah menuntut ilmu yang bukan bukan termasuk ilmu pemanis mencantikkan wajah dan ilmu penunduk dengan guru embah yang sudah mati. Ada guru embah yang masih hidup lagi sipulan itu.." katanya membuka rahsia dirinya sendiri.

" Akhirnya tak sempat nak bertaubat tau tau embah ada di alam lain dengan keadaan begini.'' ceritanya tentang apa yang telah dilakukan terhadap dirinya sendiri. Bermacam macam lagi peniksaan batin yang pernah dilakukan terhadap menantunya yang ternyata amat baik itu sehingga tidak pernah mengadu atau membalas dendam kepadanya. Di kesempatan itu saya terus mencelah,'' Embah, kalaulah saya cuba berdoa kepada Allah swt bersama rakan rakan saya yang hadir ini semua supaya embah dapat berjalan menuju jalan embah sendiri tanpa menumpang tubuh anak menantu ini, embah setuju keluar dan terus tinggalkannya...?'' saya cuba memandai mandai."Embah tidak akan percaya kepada kamu, kamu nanti hanya pandai berjanji tetapi tak pandai menunaikan janji.'' jawab embah itu kepada saya.'' tapi embah, kalaulah diizinkan Allah kami dapat menyampaikan kebaikannya , macamana embah..?'' saya terus memberi keyakinan kepadanya. Dalam masa yang sama saya masih tidak tahu apa yang perlu dilakukan jika dia berjanji dan bersetuju dengan cadangan saya.

Sambil menangis teresak esak embah berkata kalau benar kamu boleh tolong embah, tolonglah..embah sebenarnya rasa terseksa duduk dengan sarung ini. Embah nak keluar tapi tak tahu macamana caranya lagi pun embah tak tahu ke mana nak dituju". Katanya kepada saya. Saya memandang kepada rakan rakan yang hadir untuk sama sama membaca apa yang saya baca dihadiahkan kepada rohnya yang tersiksa itu walaupun telah masuk ke dalam tubuh anak menantu seperti yang didakwa." Embah nak minta tolong lepaskanlah embah dan tunjukkan jalan mana embah nak keluar dan terus pergi ke arah mana. Sekarang embah tak nampak apa apa..gelap gelita semenjak dari dulu.." Rayunya kepada saya.

Saya terus membacakan surah al ikhlas sebanyak dua belas kali di dahului dengan surah al fatihah sekali. Saya niatkan pahalanya bersama sama dengan yang lain lain kebetulan turut serta dihadiahkan sekalian pahalanya kepada Rasulullah saw dan kaum kerabat serta para sahabat, muslimin, muslimat dan khususnya kepada embah itu. Tiba tiba dia mengucapkan syukur dan berterimakasih kepada kami." Embah dapat apa yang kamu hadiahkan , embah dapat ini semua seperti menunjuk sesuatu di hadapannya. " Apa yang embah dapat?'' saya bertanya." Ada talam, dan makanan", jawabnya kembali. Lega hati saya mendengar pengakuannya.

Saya sendiri terpinga pinga mendengar kata kata daripadanya. Setelah sekian lama tidak pernah di temui masalahnya oleh para perawat akhirnya muncul rohaniah manusia yang ditunggang oleh syaitan yang menamakan dirinya sama dengan nama roh yang dikuasainya. Rupa rupanya, manusia jahat yang mati belum sempat bertaubat , selepas hukumannya selesai berjalan rohnya akan berkeliaran di bumi kerana tidak diterima di langit.

Mereka akan cuba masuk ke sarung baru antaranya manusia dan haiwan, dan yang paling menjijikkan apabila roh jahat tersebut masuk ke sarung babi. Ada seorang peserta kami penagih dadah yang serius , apabila dirinya dirasakan sihat dia terus balik tanpa memberitahu kami. Pada suatu hari orang ini telah kembali dalam diam menghisap dadah semla, tiba tiba kami dengar dia telah meninggal dunia overdose pengambilan dadah. Pada suatu malam terbang seekor haiwan besar seperti kelawar yang mengaku sebagai sipolan sipolan minta tolonh dilepaskan..Siapa yang boleh lepaskan...

Selepas itu embah memberitahu saya bahawa dia dapat melihat , ada sesuatu jalan kecil lorong. di hujung lorong itu dia dapat melihat masjid Sungai Besar . Di dalamnya di melihat arwah suaminya ada di dalam , dalam pada masa yang sama embah melambai lambaikan tangan ke arah arwah suaminya sambil berkata," Bapakmu..bapakmu..bapakmu.., aku eneng kene..aku tak milu awakmu lah yo.." ertinya ayahnya, saya ada di sini ni, saya nak ikut ayahnya..' saya terus membacakan azan dan iqamat mudah mudahan perjalanannya mudah dan disampaikan kepada arwah suaminya yang entah macamana ada di dalam masjid Sungai Besar itu.

Sebenarnya saya pun tak nampak, hanya jin yang nampak semasa itu. Sebelum dia pergi meninggalkan tubuh Kak Munah, jin yang menguasai roh mak mertuanya meninggalkan pesan yang perlu diselesaikan. " Embah minta tolong pada kamu anak cucu, tolong ambilkan sepasang tali pinggang kulit dan kain merah sepanjang setengah depa dan musnahkan sahaja supaya embah tidak terikat dengan jin jin yang embah tuntut semasa hidup dahulu. barang barang itu semua di simpan oleh suami Kak Munah. Pada empat atau hari kelima kemudiannya cikgu Naswan menghubungi saya semula dan menghantarkannya di rumah pak mertua saya di Sabak Bernam. Saya bakar tangkal azimat itu kesemuanya dan saya masih simpan dibelakang bonet kereta sehingga artikel ini dituliskan.

Setelah selesai dan Kak Munah tersedar dia sempat bertanya kepada saya " Ada apa ni ustaz, saya ni kenapa". Saya rasa dia tidak dapat mengingat apa yang berlaku dan mungkin dia ingat tetapi tidak dapat mengawal diri dari memperkatakan segala apa yang saya sendiri banyak yang saya tidak tahu.

Pagi itu saya , ustaz Azman dan en. Mufid tidak terus balik ke rumah, tetapi kami semua singgah di restoran siam menikmati hidangan pagi yang menyelerakan.




* Saya memetik cerita ini dari blog Tuan Kelarias kerana maklumat dari cerita ini membenarkan apa yg telah dan pernah di ceritakan oleh guru saya dan dari pengalaman saya sendiri.

No comments:

Post a Comment