Assalamualaikum…… artikel yang akan dibentangkan ini adalah pandangan hamba yang lemah dari mendapat, hanya lontaran pengetahuan yang sangat dangkal akan isi dan maksudnya hanya untuk berkongsi bagi membuka minda dan hati…
jika ada faedah buat minda berfikir dan hati tersentuh mudah-mudahan ada hikmah dan faedahnya…Oleh Sang Panglipur Setia
KUNDANG BERSAMA AYAHNYA
Ketika berumur 7 tahun…..darjah 1- 6
Satu hari seorang ayah terperasan dan tersedar bahawa anaknya telah pun berumur tujuh tahun dan bakal memasuki alam persekolahan. Ketika menikmati hidangan si bapa pun bertanya kepada anaknya, “Wahai anak ku Kundang! Kamu nak masuk sekolah mana? Sekolah yg. dekat dengan masjid ker atau sekolah di depan jalan raya itu. Mana yang kamu minat? Tanya si ayah bersungguh-sungguh. Jawab Kundang: “wahai ayah saya ingin sekolah agama yang boleh mengenal akan Allah dan RasulNya!
Adakah ada sekolah yang sebegitu rupa wahai ayah?....Terperanjat ayahnya mendengar jawapan si Kundang. Si ayah buntu untuk menjawab pesoalan yang dilontarkan anaknya secara spontan…. lalu si ayah menjawab: “Wahai anakku, apa yang bagusnya bersekolah agama.. sedangkan keperluan masa kini adalah berlandaskan kepada teknologi, media elektronik, kejuruteraan dan sebagainya…. jika Kundang belajar sekolah agama nanti sukar untuk dapat kerja dan menampung kehidupan seharian…jadi tak perlulah kundang bersekolah agama…” kata si ayah dengan penuh yakin.
Kundang menjawab: “Kalau begitu ayah ajarlah Kundang mengenal Allah dengan sebenar-benar kenal..boleh kah wahai ayah?...terkelu si ayah mendengar permintaan anaknya yang masih kecil, si ayah pula bukanlah orang yang hafal matan darun nafis dan sirus salikin dan kitab tauhid yang besar-besar…
Cuma beramal dari segi adatnya sahaja…mengaji Quran pun tidak khatam….tidak lebih dari itu… sambil berfikir mencari jawapan helah bela diri….si ayah pun menjawab: “Beginilah wahai Kundang, esok ayah akan sekolahkan kamu dengan aliran biasa dan jika sudah besar nanti ayah akan sekolahkan Kundang masuk ke sekolah Agama….kata ayahnya mengakhiri dialog bersama anaknya.
6 tahun kemudian… ketika berumur 12 tahun ke 13 tahun..
Keputusan UPSR pun sudah diumumkan dan Kundang mendapat keputusan yang memberangsangkan iaitu straight 5A… si ayah apabila mendengar keputusan anaknya mulai terkesima dan tidak sabar-sabar untuk mengisi borang kemasukan ke tingkatan satu sekolah menengah berasrama penuh. Dialog di meja makan pun bermula..
“Tahniah ayah ucapkan kepada Kundang kerana berjaya dengan cemerlang, ayah nak tanya… Kundang nak sekolah mana yer selepas ini”…jawab Kundang: “Seperti 6 tahun lepas ..hajat Kundang ingin bersekolah agama…tidak berubah ” itu sahaja jawapan Kundang ringkas.
Si ayah memberikan respon : “Oleh kerana Kundang cemerlang dalam UPSR, kan lebih elok jika Kundang bersekolah berasrama penuh, boleh lah bergaul dengan pelajar cemerlang di sana…” si ayah cuba memujuk si anak. Akhirnya Kundang bersetuju walaupun dengan hatinya yang berat…. Hatinya berkata: “Bagaimanakah aku ingin mengenal Allah dalam keadaan begini…mengaji pun aku tak tahu… hanya mengikut kata ayah ku sahaja… tak perlah….”
Ketika berumur 17 tahun…
Ketika ini Kundang baru sahaja selesai menjalani latihan khidmat negara, selepas menjalani latihan yang lasak dan berkhidmat dengan penuh kesatriaan maka dia pun pulang ke rumah dengan rupa yang berdisplin dan mempunyai sikap kematangan sebagai seorang lelaki yang diharapkan keluarga..keputusan peperiksaan sudah diambilnya pagi tadi dan sangat memberangsangkan….
Kundang mendapat straight 9A+ dan mendapat anugerah pelajar cemerlang peringkat kebangsaan… Dialog meja bulat pun bermula…. Kali ini Kundang pula memulakan bicara: “Ayah! Kundang ingat nak isi borang ke Mesir atau Jordan atau ke Mekah…Kundang teringin sangat nak mengaji agama lah ayah…boleh ker?...spontan ayahnya menjawab dengan terketar-ketar kerana sakit tua mula menyerangnya.. “Kundang…. ayah dah semakin tua…takkan engkau nak lihat ayah ni tidak terbela dan adik-adik engkau ramai pula tu…apa salahnya engkau ambil kedoktoran dalam bidang ketenteraan dalam negeri saja, kan itu minat engkau sedari kecil lagi….”
Bagai di panah petir hati Kundang sangat kecewa dengan pandangan ayahnya….kata hatinya “Bila masa pula aku ni minat nak jadi doktor dalam bidang ketenteraan… yang aku minat ialah mendalami agama sehingga mampu aku untuk berdakwah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah dan mengenal akan Allah dengan sebenar-benarnya… sekarang khatam Quran pun aku tak habis-habis..sepotong hadis pun tak terhafal…sembahyang apa tah lagi…rongak sana rongak sini….”
Di universiti
Enam tahun si Kundang bertungkus-lumus menjadi ulat buku, terlibat dengan dewan perwakilan pelajar, praktikal dan kertas kerja serta pembentangannya adalah lumrah kehidupan si Kundang. Tiada lain melainkan fokusnya hanyalah mengejar kejayaan yang diharapkan oleh ayahnya sehingga dia mendapat anugerah Dekan setiap kali peperiksaan semester, kiranya Kundang adalah pelajar yang paling cemerlang….peperiksaan telah lama berakhir dan Kundang pun naik ke podium Konvokesyen dengan sijil yang cukup membanggakan tapi sayangnya ayah yang dicintai sakit teruk di rumah tiadalah dapat ayahnya menyertai hari yang paling bermakna dalam hidupnya.
Di dalam keseronokan meraikan kejayaannya tiba-tiba dia mendapat panggilan dari adiknya…yang mengatakan bahawa ayah yang disayanginya sudah tidak bernyawa lagi….lalu sepantas kilat dia bergegas pulang ke rumah. Sesampainya di rumah tiada seorang pun yang berada di situ semuanya ke tanah perkuburan…dia dengan linangan air mata sambil memegang sijil dan jubah konvokesyennya menelusuri denai dan becak ke tanah perkuburan ayahnya…ketika itu ramai yang telah pulang dan akhirnya dia pun sampai ke tempat persemadian ayahnya…..lalu dia menangis sepuas-puasnya…..sambil teresak-esak berkata :
“Wahai ayah yang ku cintai… Kundang datang membawa segulung ijazah yang ayah harapkan dan sekalian jiwa dan raga Kundang adalah untuk ayah…banyak hajat Kundang terpaksa di abaikan….Kundang akur dengan ketentuan tuhan, Kundang sudah ada ijazah kedoktoran dan menjadi orang terhebat di universiti…namun kundang tidak dapat jua membela dan merawat sakit ayah…kundang pun tak tahu apa yang perlu Kundang lakukan untuk membaca Yasiin dan tahlil sebagai sedekah pun.
Kundang sangat jahil untuk berbuat, inikan pula beribadat, jika dulu ayah mengizinkan Kundang mengaji agama insyallah segala-galanya Kundang akan laksanakan…solat jenazah orang yang solatkan, kafan ayah… orang yang kafankan, tanam ayah…orang yang tanamkan….kesian ayah di sana yer…bagaimanalah keadaan ayah di sana tentu keseorangan dan gelap….Kundang tak tahu nak buat apa…..apalah gunanya sijil dan penghargaan seluruhnya seandainya Kundang ini tidak mengenal Allah…nak rapat denganNya pun Kundang malu wahai ayah…
Wahai ayah apakah yang perlu Kundang lakukan…Tolong lah…….tolong lah…..tolonglah…. dengan linangan air mata yang berjurai dan reaksi yang semangkin tidak terkawal, kundang mencium-cium batu nesan bapanya….dihantuk-hantuk kepalanya sehingga berdarah dan akhirnya dia terhantuk buat sekian kalinya di batu nesan bapanya dengan hentakan yang sangat kuat terkena di kepalanya lalu meninggal dunia dengan penuh kekecewaan di pusara bapanya….dengan membawa sekalian sijil dan penghargaan yang mungkin tidak mampu untuk menjawab soalan malaikat mungkar dan nangkir……..waallhualam..
Bagaimana sidang pembaca sekalian setelah membaca cerita karut ini….tentu banyak persoalan yang timbul dan polimek yang berlaku. Walaupun cerita ini tidak ada kena mengena dengan kehidupan pembaca sekalian namun mungkin sedikit pegajaran dapat diambil.
SEKOLAH BERASASKAN KEDUNIAN SEMATA-MATA
Sekolah adalah sebuah tempat berlakunya sesi pengajaran dan pembelajaran yang berterusan, bertujuan untuk mengubah tingkah laku manusia dan pengetahuan agar berkembang mengikut acuan yang diharapkan. Dengan misi , visi dan objektif pembelajaran sekolah yang berlandaskan kerohanian akan dapat membentuk jati diri insan yang dapat mengenal tuhan sebenarnya.
Di dalam sukatan pelajaran sekolah ketuhanan, perkara yang dititik beratkan antaranya ialah aliran sekolah yang sama cetakannya bersusur galur hingga ke Rasulullah yakni berwasilah. Untuk mewujudkan sekolah mirip seperti zaman Rasulullah tentunya amat sukar sekali namun kita boleh mencetaknya semula dengan adunan yang selari mengikut perkembangan zaman.
Walaubagaimana pun sukatan yang sama haruslah dikekalkan agar pelajar atau salik, menerima pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan para sahabat. Bagaimana caranya….tentulah dengan mengikut sukatan yang betul-betul menyamai dan mirip saling tidak tumpah dengan induknya.
POLEMIK SEKOLAH KINI
Pada zaman yang serba canggih manggih ini….mungkinkah ada sekolah kerohanian yang dapat membentuk jiwa-jiwa yang kental dan berpotensi tinggi menongkah arus mewujudkan serta mengkebalkan diri dari rencam dunia ini. Sedari kecil kita disuapkan dengan perkembangan aliran pelajaran yang tidak menitik beratkan hal-hal kerohanian.
Kita boleh melihat sistem yang ada melebihkan akademik berbanding pengajaran agama…adakah agama itu hanya untuk pelajar sekolah agama sahaja atau pondok. Memang tidak dinafikan ilmu tentang keduniaan ini amatlah perlu namun keperluannya ketika ini sangatlah melampau-lampau….hingga secara tidak kita sedari kita membelakangkan agama dalam kehidupan kita…walhal di dalam kehidupan kita secara keseluruhannya hendaklah berpegang teguh dengan ketauhidan kepada Allah.
Dalam realiti kehidupan pendidikan Islam di sekolah masa kini amatlah menyedihkan…lebih kepada berorentasikan kepada peperiksaan dan kejayaan yang diraih. Sepatutnya ia berorientasikan kepada akhirat…..mengenal Allah, Mengukuhkan syariat dari setiap segi dan bentuknya…kerana itulah tujuan hidup bagi seseorang hamba di muka bumi ini. Boleh saja sidang pembaca melihat jadual anak-anak, berapa waktu dalam seminggu pelajaran agama diajar dalam kelas sama ada di sekolah rendah, menengah dan universiti.
Mungkin ada dikalangan pembaca tidak setuju dengan hamba namun itulah realiti sukatan pelajaran kita pada hari ini….dalam sukatan sekolah aliran harian…mungkin ada lima waktu dalam seminggu dan setiap waktu itu bersamaan dengan 30-40 minit sesi pembelajaran sedangkan pelajaran agama itu melibatkan banyak subjek dan topik seperti Al-Quran Sunnah, Syariah Islamiyyah dan di dalam kedua-dua tajuk asas besar ini ada pula pembahagiannya….yang sangat padat dan telah diringkaskan…
Mungkinkah pelajar akan mampu untuk meneguknya dalam sebelas tahun sejak dari darjah satu hingga tingkatan lima secara bundarannya..? adakah bab mempelajari agama ini hanya tertakluk kepada pelajar agama sahaja walhal ia adalah kefardhuan setiap muakallaf bernama Islam. Maka di situ berlaku keciciran yang dipandang sebelah mata sahaja….
KELEMAHAN YANG TIDAK DAPAT DI LIHAT
Tidakkah kita pelik, pelajar sekolah yang ada di dalam sukatan pelajarannya setiap minggu tidak mampu untuk membaca selawat nabi…ayat al kursi…dan jika fatihah pun banyak silapnya …jangan terkejut pelajar muslim kita hari ini sangatlah mengaibkan mengenai agama ini. …silap-silap membaca syahadah pun tidak lepas….dari kreateria itu boleh saja dibuat kesimpulan bahawa mereka tidak mampu untuk mendirikan solat yang berasaskan bacaan tertentu seperti al-fatihah, selawat, tahyat akhir dan berdoa… ini boleh juga menyamai orang yang baru masuk Islam.
Perkara seperti ini amatlah biasa dalam kehidupan seharian…oleh sebab kebiasaan itu maka perkara agama seperti solat, zikir, puasa, haji, dan sebagainya menjadi pelik dalam pandangan mereka… Jika sidang pembaca ragu akan polemik ini tanyakan sahaja kepada anak-anak kita atau pelajar di luar sana akan rukun Islam, Rukun iman, rukun solat , dan jika soalan itu berat suruh sahaja mereka mengucap….dalam sepuluh pelajar mungkin dua atau tiga sahaja yang mampu menjawab dengan tepat…
KESAN DARI MEREMEHKAN AGAMA DALAM SISTEM PENDIDIKAN
Satu hari ketika mereka sudah menjadi orang besar dan berkerjaya…pastinya mereka akan menjadi ancaman kepada agama dan tiada lagi jiwa-jiwa yang bergetar tatkala disebutkan nama ALLAH….akan diwariskan kepada anak-anak mereka kefahaman bahawa agama itu tidak penting…
agama itu menyusahkan…agama itu menyekat manusia kepada kemajuan…agama itu…agama ini…sikit-sikit agama….sesat sana …sesat sini…mana perginya manusia yang bertauhid kepada Allah. Yang ingin beramal kepada Allah….mungkin sudah tiada lagi ketika ini….
AKHIRNYA MEMAKAN DIRI SENDIRI
Walaupun sekalian manusia menyatakan bahawa Jepun itu di landa tsunami atas sebab gerakan dan geseran di bawah tanah dan laut sebagai asbabnya…di lain pandangan dan sesi …tahukah sidang pembaca apakah matlamat hidup mereka ?....tentunya mereka bermatlamat untuk meningkatkan taraf hidup semaksima mungkin, bekerja seharian suntuk untuk mendapatkan laba dan keuntungan serta berlumba-lumba dalam meningkatkan kerja mereka dan itulah yang dicari-carinya….
Ada kajian yang menyatakan setiap tahun hampir 20 orang akan mati kerana stress di tempat kerja….bukan mati kerana minum arak atau kemalangan…tapi mereka mati bunuh diri, jerut leher, mati kerana kejutan elektrik, mati kerana kerja…sehingga penciptaan terbaru terkini berupa robot wanita yang mampu menggantikan kerja-kerja surirumah tangga…juga sebenarnya hampir menerobosi kejadian fitrah manusia dan tentunya mencarik adat kemanusiaan …
Kita yang terbelenggu dengan ketauhidan kepada Allah akan mula tertarik dengan semangat kerjaya mereka…Apa salahnya kita bersemangat membangunkan kerohanian kita, menguatkan makrifatullah kita…agar tembus doa dan bacaan solat hingga sampai ke langit seperti Bilal bin Rabah di mana suara azannya berkumandang hingga bergegar arasy…
SEKOLAH KEROHANIAN MENGHASILKAN PERTOLONGAN ALLAH SEBAGAI KHALIFAH
Di manakah sekolah yang mampu untuk menerbitkan nusrat Allah seperti Skill Bilal itu, Skill Sayidina Umar yang mengarahkan tentera Islam agar naik ke bukit menyelamatkan diri…Skill Rasulullah menjatuhkan Suraqah yg mengejar nabi jatuh dari kudanya tanpa apa-apa bacaan dan jampinya…Skill sahabat-sahabat yang berkerohanian tinggi melintas lautan menakluk Rom dan Parsi dengan tentera berkudanya….
Skill bertahajudnya nabi dan para sahabat bersengkang mata hingga ke subuh, Skill berperang di bulan Ramadhan tanpa haus dan keletihan hanya mendambakan syurga dan Redha Tuhan.….. Di manakah skill itu boleh di cari…?. Adakah dengan hanya mendengar ceramah pergi dan balik ke masjid dan menonton Televisyen sambil menghirup kopi panas melayan cucu…dan mendapatkan sedikit nota kaki hanya untuk di tampal di peti ais……kemudian diabaikan begitu sahaja….
belum lagi dengan penglibatan segolongan manusia kepada alam ghaib yang tidak terbatas akan ilmunya….hamba tidak menafikan akan manfaat sekolah-sekolah yang bergerak dalam penglibatan alam ghaib ini, seperti sekolah kepahlawanan, sekolah rawatan dan kedoktoran, sekolah aliran aura dan gelombang namun semuanya haruslah bersetuju untuk mengenal akan Allah yang sebenarnya…
jika aliran-aliran itu membawa kepada ‘Ke Akuan’ diri maka samalah akan halnya iblis yang menafikan kewujudan si Adam satu ketika dahulu….dari dapatan kajian yang mendalam akan membuahkan manisnya…tahukah tuan-tuan akan perbezaan antara jin , malaikat, syaitan, rohaniah jahat , rohanaiah baik dan zat Allah ta’ala… mungkin sifir dan istilahnya sidang pembaca mahir dan sangat mahir membahaskannya…
.(hamba pun 2x5 tak tahu….) bukan istilah yang hendak dibicarakan di sini tetapi pengenalan akan hakikat setiap seuatu itu amatlah diperlukan bukannya retorik yang manis dibibir namun kosong di hati…. Cuma berhati-hatilah dengan orang yang kelu lidahnya berkata-kata tapi tinggi di tarafnya di sisi tuhan seperti Uwais al-Qarni yang busuk diluaran namun wangi semerbak di dalamnya….
SEKOLAH APA YANG PERLU DIIKUT
Tuan Sayid Habib Nuh yang berketurunan Rasulullah digelarkan wali kepadanya sama ada semasa hayatnya atau selepas meninggalnya beliau dan ada orang kata bahawa kewaliannya dilihat ketika setelah meninggalnya …persoalannya apakah amalan dan ibadah yang dibuatnya….? adakah sama dengan jalan yang kita buat atau sebaliknya.?
Apa kah ‘Sekolah’ yang Habib Nuh dan sekalian wali-wali kekasih tuhan mendaftar masuk? dan apakah sukatan pelajarannya?….
Jika sidang pembaca dapat menjawab persoalan ini maka bersekolahlah sidang pembaca sepertinya…Habib Nuh berkasih sayang dengan kanak-kanak tetapi kita selalu sahaja mengherdik dan memarahi kanak-kanak ….mampukah kita menguasai ilmu sepertinya….? Atau kita sekadar mengagung-agungkan lalu menjadi bahan cerita sahaja…. Bagaimana dia mengingat tuhan dan membersihkan dirinya…..?
sehingga kasihnya Tuhan kepada nya tiadalah termampu pihak kerajaan Singapura mengubah akan maqamnya walau seinci untuk dibuat lebuh raya……hanya kerana Habib Nuh itu bersekolah aliran “Kerohanian mengenal akan Tuhannyalah” dia diberi anugerah sebegitu rupa…. Namun sekolah ini tersangatlah pupus di bumi ini jika ada pun akan disesatkan manusia….
bukan kewalian yang di tuntut dan bukan kesaktian pengubatan dan penyembuhan yang dicari…dan bukan kehebatan bersyarah sifat 20, ilmu kalam, ilmu usuluddin dan ilmu sekalian ilmu yang hebat yang di perbahaskan tetapi bagaimana hamba itu dapat bersama Tuhannya setiap masa dan ketika rindu dan asyik kepada Tuhannya!!!
….Wallahuaalam…..
No comments:
Post a Comment