- Yahudi dan Hindu sama-sama menyembah patung lembu -
Sebagaimana yang kita ketahui, semua agama dan fahaman di dunia ini selain dari Islam seperti agama Hindu, Buddha, Kristian, Shinto, Jainism, Ahmadiah, Bahai, Qadiani, kapitalis, sosialis, komunis, fasis, syiah, wahabi, demokrasi, liberalisme dan lain-lain adalah ciptaan Yahudi. Tujuannya ialah untuk menafikan kerasulan Nabi Muhammad saw yang membawa Islam sebagai hanya satu-satunya agama yang diiktiraf Allah SWT untuk sekelian umat manusia.
Agama menyembah berhala walaupun dimulakan oleh dan pada zaman Firaun dan Babylon, tetapi ia telah dikembangkan oleh Yahudi ke seluruh dunia untuk menghalang manusia daripada memeluk agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Ia berpunca di dalam semua kitab termasuk Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran sudah dinyatakan akan datang seorang rasul di kalangan bangsa Arab iaitu Nabi Muhammad saw yang akan membawa agama Islam yang berdasarkan akidah Tauhid kepada seluruh umat manusia. Jadi ribuan tahun sebelum kedatangan nabi itu kaum Yahudi telah mencipta pelbagai agama untuk bangsa-bangsa di dunia ini bagi tujuan menghalang mereka daripada memeluk Islam apabila dakwah Islamiah mula tersebar.
Matlamat utama kaum Yahudi ialah untuk menguasai dunia, memperhambakan semua kaum bukan Yahudi bagi menguasai segala harta kekayaan yang terdapat di dunia ini. Ia disebabkan falsafah Yahudi yang mengatakan "Wang adalah Tuhan Yahudi yang cemburu". Jadi kaum Yahudi sangat takut kalau umat manusia menganut agama Islam berikutan kedatangan Nabi Muhammad saw. Mereka tahu hanya umat Islam sahajalah yang tahu akan selok-belok penyelewengan Yahudi dari akidah tauhid, kejahatan Yahudi yang telah membunuh beratus-ratus nabi Allah, meminda ayat-ayat Allah dari kitab-kitab suci, melaga-lagakan manusia supaya timbul peperangan sesama sendiri, membiakkan segala jenis maksiat seperti judi, arak, pelacuran, perhambaan abdi, amalan usury (bunga), seks bebas, homo, lesbian; seterusnya mereka mencipta berbagai-bagai agama supaya jangan sampai umat manusia memeluk Islam.
Kaum Yahudi Menyembah Raja Jin Azazil/Lucifer
Orang Yahudi mendakwa mereka menyembah Tuhan yang Satu sama seperti Islam, tetapi sebenarnya mereka berbohong. Kalau mereka menganut akidah tauhid sama seperti Islam sudah tentu mereka sudah lama memeluk Islam berikutan kedatangan Nabi Muhammad saw.
Sebaliknya, mereka enggan memeluk Islam apabila akidah mereka yang sebenar bukan tauhid. Mereka bukan menyembah Tuhan Yang Satu seperti yang didakwa seperti Hashem atau YHWH atau Edonai. Mereka bukan mengamalkan ajaran Taurat (Torah) yang sebenar kerana kalaulah mereka mengikut ajaran Taurat yang sebenarnya kenapa mereka boleh mewujudkan segala jenis maksiat dan perkara-perkara kotor di atas muka bumi ini?
Kaum Yahudi mendakwa agama mereka Judaismlah agama mereka yang betul dan kitab Taurat (versi Yahudi) adalah kitab ikutan dan punca kekuatan spiritual dan kesatuan mereka. Soalnya, apakah punca yang sebenar bagi kekuatan spiritual dan kesatuan orang-orang Yahudi selama beribu-ribu tahun ini? Adakah kerana Judaism dan Taurat?
Orang Yahudi mendakwa mereka Bangsa Terpilih dan punca mereka kuat dan bersatu selama ini kerana kekuatan spiritual agama Judaism dan kitab Taurat (versi Yahudi) mereka. Jadi Taurat dikatakan membawa kaum Yahudi kepada "nilai-nilai" murni orang Yahudi yang membolehkan mereka menguasai dunia.
Ajaran Kabbalah
Sebenarnya, punca kekuatan spiritual kaum Yahudi bukan dari Taurat atau Judaism. Puncanya adalah ajaran mistik Kaballah, di mana rabbi-rabbi Yahudi menyembah dan berkomunikasi dengan jin dan syaitan untuk mendapatkan maklumat, ramalan, sihir dan jugak kekuatan spiritual serta hasil daripada kesimpulan berkomunikasi dengan jin kafir dan syaitan ini maka terciptalah Kitab Talmud, iaitu Kitab Syaitan Yahudi.
Kitab Talmud Yahudi
Kalau orang-orang yang membawa dan mengembangkan agama Allah swt, iaitu agama Islam mereka dipanggil ulama Islam oleh orang-orang Islam. Bagi orang-orang yang membawa dan mengembangkan agama syaitan atau agama Azazil atau agama Raja Jin Kafir di muka bumi ini ialah rabbi-rabbi Yahudi. Rabbi-rabbi Yahudi inilah 'ulama-ulama' Azazil, iaitu ulama-ulama iblis, ulama syaitan bagi orang-orang yang mempraktik dan mengembangkan ajaran syaitan untuk menyesatkan kaum Yahudi selama beribu-ribu tahun sehingga sekarang.
Pemujaan terhadap raja jin kafir Azazil/Lucifer atau raja syaitan yang dilakukan oleh rabbi-rabbi Yahudi melalui ritual Kabbalah di Synagog-synagog adalah berdasarkan dari ayat-ayat syaitan kitab Talmud. Jadi Rabbi-rabbi Yahudi inilah 'ulama-ulama' syaitan. Synagog adalah kuil atau rumah syaitan dan Talmud adalah kitab syaitan yang diterbitkan hasil dari komunikasi dengan raja jin kafir Azazil atau raja setan/iblis ini.
Lambang Illuminiti atau Freemason dengan 'Mata Satu'
Kenapa lambang illuminiti atau freemason atau dajjal yang kita tengok pada kuil-kuil Freemason atau illuminiti menggunakan 'MATA' sebagai lambang mereka? Apakah makna 'Mata Satu' itu? Kenapa digunakan lambang 'Mata Satu' dan tidak digunakan lambang-lambang yang lain?
Lambang piramid dan mata di gereja seluruh dunia
Ini kerana raja jin kafir Azazil/Lucifer atau raja satan ini merupakan tuhan yang disembah oleh kaum Yahudi bermata satu kerana satu daripada matanya buta apabila dicucuk dengan jarum oleh Nabi Idris as setelah Azazil cuba memperdayakan baginda ketika sedang menjahit kain. Nabi Idris as merupakan orang yang pertama menenun kain. Jadi, Azazil mencabar kalau Allah swt benar-benar berkuasa bolehkah dimasukkan dunia itu ke dalam lubang jarum yang sedang digunakan oleh nabi Idris as?
Nabi Idris as kemudian meminta Azazil datang hampir untuk melihat bagaimana beliau memasukkan dunia ke dalam lubang jarum itu - dan secara tiba-tiba dicucuknya mata Azazil sehingga buta. Asal mata Azazil ada dua, tetapi telah buta sebelah mata kesan dicucuk dengan jarum oleh Nabi Idris as. Jadi sebab itulah mata Azazil hanya tinggal satu sehingga sekarang. Para penganut Judaism dan Kaballah yang menyembah Azazil itu mengenali Azazil sebagai tuhan mereka yg bermata satu dan dijadikan lambang pada illuminiti dan freemason mereka. Sebab itulah lambang 'Mata Satu' itu merupakan lambang kehadiran Azazil di ritual-ritual freemason yang mengawasi setiap tindak-tanduk pengikut agama Judaism dan ajaran Kabbalah ini.
Bagaimana Agama Hindu Menyembah Berhala Bermula?
Setelah Nabi Musa as membawa kaum Yahudi keluar dari bumi Mesir setelah dikejar Firaun maka di Sinai Nabi Musa as pergi berjumpa Tuhan di Gunung Sinai. Semasa ketiadaan nabi Musa as itu maka ada seorang Yahudi yg bernama Samiri (Shamir) telah membuat patung Lembu Betina dari emas dan menyesatkan kaum Yahudi supaya menyembah Lembu Betina. Sila lihat Surah Al-Baqarah yang bermaksud Lembu/Sapi Betina. Apabila Nabi Musa a.s balik beliau telah menghalau Samiri ini keluar dari Sinai dan tempat pelarian pertama Samiri dan pengikutnya ialah di India.
Tuhan lembu bagi penganut Hindu
Di sinilah Yahudi Samiri memulakan ajaran menyembah berhala lembu betina kepada kaum Hindu dan lembu betina dianggap sebagai tuhan oleh kaum Hindu sehingga sekarang. Kaum Yahudilah yang memperkenalkan ajaran menyembah patung dan sihir kepada kaum Hindu di India dan terus sesat hingga sekarang. Ini kerana kaum Yahudi khuatir orang-orang India akan menganut agama Islam dengan kedatangan Nabi Muhammad saw. Maka disediakan agama bagi mereka terlebih dahulu agar jangan menganut agama Islam. Surah Al-Baqarah menceritakan bagaimana kejahatan Yahudi yang mencipta agama Hindu yang menyembah lembu sehingga lembu tidak dapat dimakan oleh penganut-penganutnya.
No comments:
Post a Comment