Apakah Ilmu Hakikat itu ? Ilmu hakikat dari sudut Tarekat lain gaya, Ilmu hakikat dari segi Ilmu Persilatan/Kebatina Melayu lain pula caranya. Mudahnya ialah beberapa contoh seperti:-
a) Jumlah huruf didalam Dua Kalimah Syahadah adalah 24 huruf, maka pendapat beberapa Ulama Sufi, 24 jam kita seharusnya mengingati Allah dan Rasul melalui menurus segala perintahNya dan menjauhi semua laranganNya, sepanjang masa dan saat, namun bagaimanakah semasa kita sedang lena tidur, maka pendapat Imam Nawawi dalam syarahnya, sebelum tidur kita melakukan Sunnah Rasulullah SAW dengan membaca Doa , Salawat atau Amalan seperti membaca 3 Qul....itu seolah olah kita beribadat dengan Nya semasa tidur.
b) Ada 4 huruh dalam Kalimah Allah didalam bahasa Qur'an yakni Alif Lam Lam Ha'.........bersamaan dengan Ilmu Usuluddin seperti Zat Allah, Sifat Allah,Asma' Allah, Feel Allah..........Ini adalah sifat Ketuhanan.
c) Ada 4 huruf dalam Kalimah Muhammad yakni Mim, Ha', Mim, Dal........sama seperti Tanah, Air, Api dan Angin, selain dari empat unsur alam diatas, tidak ada lagi istilah atau penerangan mengenai alam secara umum melainkan empat unsur diatas
Secara Batinnya, Kalimah Alif ,Lam,, Lam Ha mencakupi keseluruhan sesuatu yang tidak tercapai tetapi dapat dirasai Hati dan Akal, seperti contohnya alam semesta (universe/multi verse)yang tiada bertepi dikaitkan dengan sifat Allah Yang Maha Besar (Infiniti) yaitu, sekiranya alam ini yang sebegitu luas dan besar, sudah tentulah Zat Allah lagi Maha Besar yang bersifat Maha mengurus pentabiran alam yang diluar akal manusia, maka nama bagi Zat yang mentadbir alam ini ialah Maha Pentadbir, perjalanan urusan ini adalah perbuatanNya yang mentadbir alam keseluruhan.
Sebegitu juga apabila para Sufi atau dengan lebih mudah para pengamal Ilmu Hakikat apabila berhadapan dengan musuh yang lebih besar dari nya, maka mereka akan bermakrifatkan dengan memohon pertolongan Allah dengan sifat Allahuakbar, yakni Allah lebih besar dari musuh (Hantu Raya ke/ Bajang ke )malah lebih besar dari Bumi ini, malahan lebih besar daripada seluruh Alam Semesta, maka dengan bersandarkan sifat Allahuakbar , jin syaitan menjadi tersangat kecil dan halus pada pandangan Ahli Hakikat kerana mereka sudah memakrifatkan tubuh badan dan Ruhani sebesar bumi ini, seolah2 kita berhadapan dengan semut yang kecil, maka dengan mudah kita memusnahkna musuh kita. Saya harap, penerangan mudah ini dapat difahami oleh pembaca.
d) Ilmu hakikat pada pandangan Orang Ilmu Kebatinan ialah, semua kejadian adalah daripada unsur yang sama , yakni semuanya daripada zarah termasuk tubuh badan kita dan peluru sebagai contohnya, maka apabila berhadapan dengan musuh bersenjata pistol, maka pada pandangan Ahli Hakikat ini, peluru dan kulit adalah daripada unsur yang sama yakni zarah2 (Atom/molekul pada istilah sains) , maka dengan ucapan tertentu atau amalan dan doa khusus tertentu, maka peluru tersebut menjadi selembut kulit, maka apabila ditembak, maka ianya tidak dapat mencederakan badan kita kerana telah diMakrifatkan sedemikian rupa oleh Ahli Hakikat. Atau sebaliknya, kulit tubuh badan akan dimakrifatkan menjadi besi waja dan sebagainya. Harap Faham sekelian pembaca.
Istilah yang selalu difahami Ahli Hakikat ialah kau adalah aku, aku adalah kau, secara mudah difahami ialah kita bernafas pada udara yang sama yang memasuki hidung kita seolah2 pernafasan kita adalah serupa dengan orang lain. Mustahil manusia lain mempunyai udara pernafasan yang lain. Manakala, kejadian tubuh badan semua kita adalah berasal pada unsur yang sama yakni Tanah, Air, Api dan Angin.Pandangan Ahli Hakikat seperti berikut:-
Tanah..........Molekul yang membentuk badan kasar kita terdiri daripada unsur zat tanah.Semua makanan yang kita makan adalah daripada tanah asalnya, sayuran, daging , ikan dan sebagainya
Air........segala bentuk cairan badan samada beralkali atau berasid memerlukan kewujudan air sebagai pemangkin
Api.....tenaga yang kita dapati daripada makanan dan minuman mahupun pernafasan bersifat tersembunyi tapi dapat dibuktikan dengan haba tubuh badan. Mayat tiada tenaga atau sudah tidak aktif lantaran Ruh telah keluar, menjadi sejuk kerana tiada lagi aktiviti penukaran tenaga pada tubuh yang telah mati
Angin.........segala gas/udara yang kita sedut semasa pernafasan dan sebagainya
Maka, jika kita kaji sedalam2nya, sememangnya 4 unsur ini secara umum membentuk tubuh kasar manusia, bagaimana dengan tubuh batin kita, maka Kalimah Allah akan merungkaikan batin manusia.
Semuga mendapat manafaat. Wassalam.
Makanan kita seperti sayuran,daging dan ikan bukan berasal daripada tanah.
ReplyDelete