Saturday, July 23, 2011

LANGKAH-LANGKAH MENGENAL ALLAH

Telah berkata seorang syeikh yg arifbillah :

"Wahai mereka yang baru belajar, hendaklah engkau menuntut ilmu. Sesungguhnya ilmu-ilmu yang lain adalah hamba kepada ilmu Tauhid. Engkau belajar ilmu Fiqh untuk mengesahkan hukum, namun malangnya lalai dari mengenal Tuhan yang menurunkan hukum"


Syeikh Abdul Qadir al-Jilani r.a berbicara :

"Tiada membezakan seseorang itu dengan mereka yang mencapai darjat kewalian di sisi Allah pada ibadah dan ilmunya, tetapi yang membezakan ialah kekuatan dan kebesaran jiwa dalam menghadapi sesuatu lantaran kekuatan aqidah mereka."


Memahami aqidah adalah sebesar besar ilmu dan terpenting dalam menentukan amal kita diterima atau tidak. Ia boleh membawa kepada dosa yang tidak akan diampunkan Allah s.w.t atau pun membawa kepada kecintaan yang hakiki ( mahabbah ) kepada Allah s.w.t.

Ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah ( ASWJ ) menyusun sifat 20 untuk memudahkan orang awam memahami dengan mudah akan sifat sifat Allah s.w.t. Bahkan boleh menolak fahaman Muktazilah, Qadariah, Mujasimmah dan lain2 yg dikembangkan dengan campur aduk golongan munafik serta ideologi Yunani serta lain. Pegangan ini lah yang dibawa oleh semua ulama semasa menyebarkan Islam di Nusantara. Sifat 20 disusun oleh Imam Abu Hasan Asya'ari r.a serta Imam Abu Mansur al Maturidi r.a.

Puak Wahabi telah menolak sifat 20 bahkan ada Wahabi extremis mengatakan mereka ini sesat dan syirik. Dalil mereka ianya tiada di zaman Rasulullah s.a.w. Inilah akibat kalau terlalu mudah menjatuhkan hukum. Sifat 20 bukannya mazhab tetapi sekadar metodologi untuk membincang dalam kaedah yang teratur. Imam Abu Hasan Asya'ari r.a seluruh ummah kepada aqidah para Salaf yang benar dengan kaedah yang tesusun rapi. Apa yang tiada di zaman para sahabat ialah kaedah perbahasan namun dasar aqidah dan pegangannya sama sahaja. Penolakan Wahabi samalah seperti mereka menolak fahaman mereka sendiri. Ilmu ilmu dalam membahaskan hadis, sistem tatabahasa arab seperti nahu, saraf dll TIADA di zaman para sahabat r.a. Namun ia adalah penting untuk kita umat yang terkemudian untuk mudah memahami ilmu.


Awal Agama Mengenal Allah.

Berkata Arifbillah :

"Barangsiapa mengenal dirinya, maka mengenal ia akan Tuhannya. Sesiapa yang mengenal Allah, maka binasalah ( fana ) dirinya."

P/S ( ramai keliru mengatakan ini hadis...ia bukan hadis )

Dalilnya ada yakni dari ayat 21 Surah Adz- Dzariyat marfumnya :

"Dan pada dirimu itu, mengapakah kamu tidak melihat ( tanda-tanda dan bukti kebesaranNya )"


Firman Allah s.w.t diatas adalah sebagai pembuka segala rahsia dalam rahsia. Ramai diantara kita yang mencari dan masih mencari...semuga Allah s.w.t memperkenalkan Dirinya pada anda. Namun jangan putus berdoa agar kita semua didalam Rahmatnya..kerana salah pencarian salah berguru...bukan kepalang binasanya...

Hanya Allah s.w.t zat Wajibal wujud dan wujud dia pada DzatNya. Semua yang wujud dialam ini bukan wujud pada dzat tapi wujudnya di wujudkan Allah s.w.t. Atau barang yang kena jadi. Semua yang wujud ini di wujudkan Allah s.w.t untuk menunjukkan sifat keagungan dan Kebesaran Ilahi.

Firman Allah s.w.t dalam hadis Qudsi, marhumnya ;

"Aku adalah Kanzan Makhyan ( yang terpendam dan tertutup ), Aku ingin ditemukan dan dikenali, Ku ciptakan makhluk agar mereka mengenalKu."


Alam dan kita ini tiada lain melainkan menyatakan adalah ayat ayat Allah s.w.t untuk menyatakan DiriNya.

Kita ini menunjukan wujudNya (DzatNya) SifatNya, Asma'nya serta AfaalNya. Kalau kita melihat diri kita dan alam tanpa melihat wajah Allah, maka kita termasuk golongan yang dihijab/terdinding dengan waham (kegelapan nafsu dan khayalan aqal )

Adapun tingkatan nafsu ini ditafsir ulama sufi dari surah al Mukminun ayat 17 Marfumnya :

"Sesungguhnya Kami telah mencipta keatas diri kamu tujuh jalan (nafsu)."


Tingkatan nafsu mengikut dari yang terendah/terburuk ialah

1. Ammarah

2. Lawwamah

3. Mulhimah

4. Mutmainnah

5. Radhiah

6. Mardhiah

7. Kamaliah


Mereka adalah golongan yang syirik dalam penglihatan, pendengaran, sentuhan pemikiran dan perasaan apabila kesemua diatas tidak dikaitkan dengan Allah. Melihat diri dan alam tanpa melhat " wajah Allah " bersamanya adalah Jahil Muqarab, yakni Jahil pada TuhanNya , tiada mengenal Keesaan sifat Allah s.w.t dan jahil pada dirinya yakni tidak mengenal ia akan Haq pada dirinya.

Dimana kamu menghadap disitulah wajah Allah s.w.t ( al-baqaroh : 115 )

No comments:

Post a Comment