Friday, July 15, 2011

ORANG BUNIAN - VERSI PENUH

Ilustrasi Orang Bunian




Masyarakat zaman dahulu percaya, makhluk halus seperti jin mendiami dunia ini sebelum manusia menghuninya. Dalam lagenda Melayu, Orang Bunian dikatakan makhluk halus daripada golongan jin mirip dengan “elf” dalam lagenda masyarakat Barat. Hantu Bunyi-bunyian atau lebih dikenali dengan nama Orang Bunian dikategorikan sebagai hantu kerana ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia. Dipercayai perbuatan atau aktiviti yang mereka lakukan boleh didengar oleh pancaindera pendengaran manusia. Antara aktiviti Orang Bunian yang sering didengar ialah suara seperti orang yang sedang berzanji, bermain kompang, berbual, bergelak ketawa, bunyi periuk belanga riuh-rendah seakan-akan majlis kenduri sedang berlangsung di


Mitos Elf masyarakat Barat mirip dengan kehidupan masyarakat Orang Bunian.

dalam hutan atau bunyi-bunyi seperti perahu melalui kawasan sungai. Namun apabila cuba menghampiri bunyi itu, tidak ada kelibat manusia pun yang berada di kawasan itu. Fenomena ini sering dikaitkan dengan Orang Bunian.

Orang Bunian juga dikatakan mampu menyesatkan laluan atau perjalanan manusia. Ada juga kejadian menceritakan Orang Bunian gemar menculik orang-orang yang mereka minati.


Periuk tembaga, cerek tembaga dan talam tembaga


Orang Bunian dikatakan mempunyai kuasa yang luar biasa, gemar berkawan dan suka menolong manusia terutamanya pawang atau bomoh. Orang Bunian dikatakan membantu bomoh dalam tugas-tugas yang berkaitan dengan rawatan tradisional.

Sering juga kita terdengar kisah peralatan atau perkakas perkahwinan seperti pinggan mangkuk, periuk, talam, cerek yang dipinjamkan oleh Orang Bunian kepada bomoh untuk upacara kenduri-kendara hendaklah di pulangkan semula dalam keadaan bersih dan sempurna supaya mereka tidak marah. Sekiranya ada keretakan atau sompek pada perkakas itu, hendaklah di- serahkan juga supaya mereka tidak merajuk atau berkecil hati. Sekiranya tidak, mereka dikatakan tidak akan meminjamkan lagi perkakas itu pada masa akan datang. Orang Bunian dipercayai wujud dalam komuniti atau masyarakat yang besar.


Antara kehidupan Orang Bunian dengan manusia biasa tidak banyak berbeza. Cuma Orang Bunian dikatakan mempunyai kuasa ajaib dan mereka tidak dapat dilihat oleh manusia. Mereka juga dikatakan mempunyai barisan pemimpin seperti sultan, permaisuri, orang-orang besar istana, panglima dengan nama dan gelaran yang tersendiri. Selain hidup bermasyarakat, mereka dipercayai mendirikan rumah dan kawasan penempatan sama seperti manusia. Juga dikatakan, Orang Bunian turut menunaikan haji dan juga mempunyai kenderaan di alam mereka. Perkara yang membezakan Orang Bunian dengan manusia ialah dari segi pakaian. Kaum lelaki dan kaum perempuan Orang Bunian dikatakan memakai satu warna sahaja walaupun rekaan (fesyen) bajunya berbeza-beza.

Ada pendapat yang menyatakan bahawa Bunian adalah hasil gabungan daripada hubungan sejenis manusia dan jin. Teori lain pula menyatakan ada kaum yang sangat alim, tetapi lalai dan melakukan kejahatan sehingga melanggar perintah Tuhan.

Kaum ini disumpah menjadi Bunian. Sementara versi lain mendakwa kononnya Bunian berasal daripada segolongan


KERATAN AKHBAR
New Straits Times, 8-10-2006. Benarkah manusia boleh berkahwin dengan Orang Bunian dan mempunyai zuriat? Bagaimanakah mereka melakukan hubungan jenis mengikut logik akal?


manusia yang berdoa kepada Tuhan supaya kewujudan mereka tidak dapat dilihat manusia lain. Mereka berasa malu dan rasa bersalah kerana telah menghidangkan daging yang tidak halal kepada seorang ulama.

Makanan yang sepatutnya dihidangkan untuk ulama itu sudah habis kerana keha- diran tetamu yang sangat ramai. Dalam keadaan terdesak mereka terpaksa menyembelih haiwan yang tidak sepatutnya untuk dihidangkan kepadanya.



Rupa paras serta fizikal Orang Bunian dikatakan sama seperti manusia malah lebih cantik dan kacak berbanding dengan manusia biasa. Kaum wanita dikatakan amat cantik, berkulit putih lagi halus dan semuanya berambut panjang paras pinggang. Manakala kaum lelaki bertubuh sasa dan berkulit kuning langsat.

Mereka juga mempunyai keluarga, rumah dan hidup bermasyarakat atau perkampungan dengan pelbagai kemudahan seperti yang ada di alam nyata. Kawasan perkampungan mereka terletak jauh di dalam hutan atau jauh dari kawasan penempatan manusia. Tulisan Orang Bunian juga dikatakan agak unik. Ini kerana mereka menggunakan tulisan jawi purba dan agak sukar untuk dibaca.

Orang Bunian dikatakan gemar bermain kompang pada setiap malam Jumaat, sekitar jam 2.00 pagi sehingga ke subuh.

Selain itu, ada juga sebilangan Orang Bunian yang tinggal berhampiran dengan kawasan tempat tinggal manusia atau di dalam rumah manusia itu sendiri. Kejadian pelik seperti bau nasi hangit atau bau nasi menggelegak yang sangat kuat baunya atau buaian bayi yang berbuai dengan sendiri sering dikaitkan dengan manusia




yang terpaksa berkongsi rumah dengan Orang Bunian. Orang Bunian juga dikatakan gemar meminjam buaian yang terletak di halaman rumah manusia sekiranya penempatan mereka berdekatan dengan perkampungan manusia.

Kejadian perempuan yang kehilangan janin (bayi) di dalam rahim semasa hamil semasa sedang tidur turut dikaitkan dengan Orang Bunian yang mengambil bayi. Sebelum kehilangan itu disedari, mereka mendakwa bermimpi didatangi orang tua yang meminta izin supaya bayi di dalam kandungan itu diserahkan kepadanya. Apabila sedar daripada mimpi (terjaga), perutnya menjadi kempis secara tiba-tiba dan bayi di dalam kandungan disahkan hilang apabila diperiksa oleh doktor.

Kain baju dan selimut kepunyaan manusia amat digemari Orang Bunian dan ada juga antara mereka yang sanggup mengambilnya.

Sekiranya mereka memulangkan semula barang-barang itu, pakaian dan kain selimut akan berbau sangat busuk walaupun dicuci berulang kali. Sehingga kini, tiada sesiapa tahu sebab Orang Bunian suka pada pakaian dan dan selimut manusia.



Ada pendapat yang menyatakan bahawa segelintir Orang Bunian yang mempelajari ilmu tertentu mampu menzahirkan diri sebagai manusia biasa seperti manusia yang memiliki ilmu tertentu untuk melihat atau memasuki alam kehidupan Orang Bunian. Pendapat yang menyatakan segelintir kanak-kanak mampu melihat alam bunian adalah disebabkan mereka masih suci. Perkara ini disangkal oleh sesetengah pihak kerana mendakwa tubuh kanak-kanak itu telah ditumpangi Orang Bunian sehinggakan mereka mampu melihat alam Bunian.

Alam Bunian dikatakan amat tenang dan cuacanya sentiasa redup. Peredaran masa di alam itu dikatakan amat berlainan dengan dunia sebenar. Sehari di alam Bunian bersamaan seminggu, sebulan atau 10 tahun di alam manusia. Seringkali terjadi, apabila seseorang itu dibawa masuk ke alam Bunian untuk beberapa lama dan kemudian kembali ke alam nyata, banyak perubahan berlaku akibat perbezaan peredaran masa itu. Ada juga lelaki atau wanita yang dipercayai berkahwin dengan Orang Bunian sehingga mendapat zuriat.

Ada yang mengikut pasangan mereka



Allahyarham Tan Sri P.Ramlee
Seri Bunian Indah nian istana Bunian,
Putri Bunian manis menawan,
Berat rasa nak ku tinggalkanlah sayang,
Kerna hati dah tertawan,
Bagai bulan jatuh di tangan,
Wahai puteri Seri Bunian.
Nyanyian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee


terus menetap di alam nyata namun hanya orang yang berkahwin dengan Orang Bunian sahaja yang dapat melihat pasangan serta anak-anak hasil perkahwinan itu. Manusia lain hanya dapat mendengar perbualan atau senda gurauan mereka dari luar rumah. Manusia yang berkahwin dengan Orang Bunian dipercayai dikurniakan kuasa ajaib. Kononnya sekiranya seseorang manusia yang tinggal di alam Bunian, tidak dibenarkan balik ke alam biasa (manusia).

4 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Sesungguhnya Para Bunian wujud dan mereka bukanlah jin atau kacukan jin atau dahulunya manusia seperti yang selalu dibicarakan. Para Bunian dijadikan dari cahaya, sama seperti Malaikat bezanya Malaikat tiada jantina, tidak makan, minum mahupun tidur. Bunian juga tidak bernafsu dan tidak memakan daging kerana kepada mereka, memakan daging adalah satu pembunuhan. Para Bunian dijadikan dalam bentuk manusia untuk memudahkan mereka berdamping dengan manusia. Mereka juga ada golongan Raja dan rakyat biasa, dan Raja-Raja Bunian bersayap.

    Mereka bukanlah seperti yang selalu digambarkan; lemah-lembik, suka mandi-manda dan menyanyi, bermain kompang... mereka sebenarnya amat tegas dan serius dalam menjalankan tugas utama mereka: memusnahkan iblis dan jin-jin yang ingkar. Mereka juga tidak sentiasa berpakaian putih. Pakaian putih hanyalah untuk bersolat. Manusia sering diperdaya jin-jin yang menyamar Bunian, berpakaian putih, berserban dan membawa bakul bunga. Ketahuilah bahawa Para Bunian tidak pernah muncul di hadapan manusia dan tidak bergaul dengan manusia. Mereka mendampingi manusia dan membantu secara rahsia.

    Silalah layari blog saya Nukilan Bentara Tujuh dan add saya di Facebook untuk mengetahui lebih banyak tentang Kebenaran mengenai Bunian.

    Hj Muhammad

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehkah sy mlihat bunian..kerana rasa ingin tahu

      Delete
  2. Bunian yang saudara nukilkan seperti berbunyi masyarakat zaman dahulu kala... Bunian zaman sekarang sama majunya dengan manusia.. malah mungkin lebih maju lagi.. Wallahualam... Hanya manusia yang telah diuji Imannya oleh Allah Taala dapat Berinteraksi dengan golongan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar... Sesungguhnya Golongan mereka ini adalah halus sifatnya dan mudah tersentuh hatinya.

    ReplyDelete
  3. Asalamulaikum tuan hj, boleh saya nak tanya seoalan berkaitan degan alam bunian ,saya ada kawan dia sakit terkena saka ,boleh tak kita sebagai manusia biasa minta mengubati rawatan ini melalui alam bunian ini...dan kedua apa kesan bila kita mengubati tradisional degan alam bunian ini terima kasih tuan..itu sahja seoalan ini...

    ReplyDelete