Saturday, July 23, 2011

RAHSIA HAKIKAT SOLAT

SOALAN:

camana pula dalam solat... kita serahkan ( leburkan ) sifat2..af'al kita kepada kerja siapa... muhammad atau Allah..? sebab dikatakan DIA memuji diriNYA... sorry soalan tak ikut syllybus.


JAWAPAN :


... Apabila Allah mengasihi hambaNYA DIA akan memberi kefahaman dalam agama. Semoga kita semua memahami betul-betul apa yang diisyaratkan oleh kalam Allah, kalam rasul dan juga kalam para aulia' dan para sufi. Kerana ilmu hakikat ini tak boleh kita fahami dengan aqal semata-mata. Ia nya ilmu rasa , sungguh mendalam maksud dan tujuannya serta pengertiannnya. Wa ema sampai ke peringkat solat sekali pun tidak lari dari soal mengenal Diri dan mengenal RUH juga.

Sebabnya solat itu perkara sembah menyembah . Siapa yang disembah dan siapa yang menyembah. Maka di dalam solat itu ada syarat dan rukunnya, halal dan haramnya, sah dan batalnya yang harus kita ketahui. Dan solat itu berperingkat-peringkat ada yang mubtadi (permulaan) , mutawasit (pertengahan) dan muntahi(tertinggi). Maka perbicaraan kita si sini tentang solat peringkat tertinggi tahap ilmiah dimana penyerahan diri di dalam solat kita sehingga lebur zat, sifat, asma' dan af'al kita. Itu dinamakan fana di dalam solat. Sedangkan fana itu pun berperingkat-peringkat menurut maqamnya. Kita harus naik dari satu peringkat ke satu peringkat baharulah sampai kepada fana segala-galanya , lebur zat , sifat ,asma dan af'al diperingkat RUH, peringkat RUHANI, peringkat NURANI dan alam RUH, alam Jabarut, alam Malakut dan alam Lahut.

Yang tidak binasa hanya ZAT ALLAH Azzawajalla . Laisa kamishlihi syaiun . Wa Huwas Sami'ul Basir. Wa Huwas Sami'ul 'Alim . "Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan."

(Ar Rahman :26-27)

Solat ini bukan perkara yang mudah . Mudah pada sebutan tetpi berat pada mendapatkannya kerana solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang kusyuk. Pada hakikatnya yang mengerjakan solat itu Ruh atau diri bathin dan kenyataannya pada jasad tubuh .Kalau jasad sudah tiada Ruhnya , terbujur kaku tidak mungkin kita dapat megerjakan kelakuan Solat itu. Maka apabila kita ketahui yang sebenar-benar bersolat itu Ruh atau diri bathin perlu lah kita menyerah sepenuhnya kepada diri bathin atau Ruh tadi . Yakni semsa kita mengatakan takbir ALLAHU AKBAR itu nyatalah hukumnya di sini NAFI dan ISBAT. NAFI diri kita yg zahir ini dan ISBAT diri kita yang bathin itu yang sebenar-benarnya melakukan solat. Kalau kita tidak NAFI bagaimana boleh timbul ISBAT Maka tatkala itu yg sebenar-benar mengerjakn solat pada hakikatnya diri bathin (Ruh) kita.

Tidak timbul persoalan yg solat itu Allah menyembah Allah atau apa-apa seperti yang di fahami orang kebanyakan yang mengaji hakikat. Sebab Allah tak perlu nak menyembah dirinya pun . Dan mengapa Allah kena bersolat . Yang dikatakan Solat Nabi mengganti solat Allah itu kalam sufi jua. Bukan pada makna zahirnya . Adapun Muhammad nak menunjukan kasihnya dan sifat kehambaannya maka ia mempersembahankan solat itu kepada Allah. FAHAMKAN betul-betul. DIA di atas segala sesuatu dan tidak berkehendak kepada segala sesuatu. Berkehendak segala sesuatu itu kepadaNYA

Yang menyembah itu kita (Ruh dan jasad) dan yang disembah itu Allah Taala ( Zat ) Apabila penyerahan kita bulat kepada RUH diri bathin itu maka barulah hadir RUH solat itu. RUH itu lah yang akan mijraj ke hazrat Allah Ta'ala bukan jasad tubuh kita. Sebab itu solat itu dikatakan mijraj bagi orang mukmin. Kalau kita sampai ke perigkat mukmin baharulah solat kita sempurna .Ini secara ringkas dan mudah berkenaan solat agar dapat memahaninya. kalau kita nak bicara soal solat dan kupasannya terlalulah mendalam dan terperinci mungkin di topik yang lain. Apabila kita sudah sampai ke perigkat mengenal diri dan Ruh lebih mudah kita faham. Semua kupasan mendalam tak penting sebenarnya ada kaifiat dan kaedah untuk mendapatkan solat yang kusyuk dan sempurna hanya kita dapat perolehi daripada guru-guru yang mahir tentang bab-bab solat. Hanya guru-guru yang ahli hakikat dan makrifat yang sudah merasai di maqam tertentu dapat menunjukkan kaifiat-kifiat tersebut. Perbicaraan kita ini masih umum lagi diperingkat solat muntahi yang umum.Bukan peringkat solat muntahi yg khusus bagi para ahli khawasul khawas dan solat 2 para wali.

Soal puji itu sudah tentu puji itu bagi Allah Ta'ala , Dan DIA memuji diriNYA itu adalah kalam hakikat jua. Pada asasnya puji itu empat yakni :

1. Puji muhaddas bagi yang muhaddas - Hamba memuji hamba , makhluk memuji makhluk

2. Puji muhaddas bagi yang qodim - Hamba memuji Tuhannya

3. Puji Qodim bagi yang muhaddas - Tuhan memuji hambanya

4, Puji Qodim bagi yang qodim - Tuhan memuji akan DiriNYA

Kesemua puji-pujian itu kembali hanya kepada Allah Ta'ala semata-mata tiada yang lain . Kerana hanya DIA yang layak dipuji .

1 comment:

  1. aslamualaikum..tuan,bila terbaca blog tuan ni hati sya tersentuh dan tertanya2..ada 2 ke 3 kali sya bermuzakarah tentang solat dengan orang yg mengamalkan (ketuhanan)..timbul rasa ingin tahu,adakah penerangan mereka tentang solat sama juga seperti mana tuan bg penerangan itu?

    ReplyDelete