Saturday, July 16, 2011

DUA KALIMAH SYAHADAH

Konsep Syahadah

Syahadah (الشهادة) mempunyai pelbagai makna, di antaranya:

1. Ilmu (العلم)
2. Penerangan (الاعلام)
3. Perkhabaran (الأخبار)
4. Kenyataan (البيان)
5. Perakuan (الاقرار)
6. Pengiktirafan (الإعتراف)
7. Keyakinan (الإعتفاد)
Mengucapkan “dua kalimah syahadah” merupakan rukun Islam yang pertama, iaitu:

أشهد أن لا إلهَ إلاَّ اللهُ وَأشْهَدُ أنَّ مُحَمّداً رَسُولُ اللهِ

Pengertian harfiyah beberapa kalimah untuk memudahkan kita memahami pengertian sebenarnya “dua kalimah syahadah” tersebut seperti berikut :

أشهد = saya/hamba/ aku mengaku (menyaksi dan membenarkan)
أن = bahawa, sungguh, benar
لا = tiada, tidak ada, tidak wujud, jauh sekali dari adanya
إلهَ = Tuhan, sesuatu yang disembah
إلاَّ = melainkan, kecuali
اللهُ = Allah, yakni “ALLAH” juga, perkataan dalam bahasa Arab yang tidak dapat diterjemahkan ke bahasa mana pun di dunia ini.

Dua Kalimah Syahadah ini merupakan pintu masuk ke dalam Islam dan kedua-duanya merupakan Rukun Islam yang terbesar. Seseorang itu tidak dikira sebagai orang Islam kecuali dengan mengucapkan dua Kalimah Syahadah serta beramal dengan isi kandungannya dan dengan mengucapkannya, seorang kafir itu menjadi Islam.

Makna Dua Kalimah Syahadah adalah penyaksian bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah utusannya.
Iaitu mengucapkannya serta mengetahui maknanya dan beramal dengan segala isi kandungan yang terkandung di dalamnya secara zahir dan batin.

Adapun mengucap dua Kalimah Syahadah dengan tidak mengetahui maknanya, juga tidak beramal dengan segala isi kandungan yang terdapat di dalamnya tidak memberi manfaat menurut ijma’ (kesepakatan) ulama’.

Makna (لا إلهَ إلاَّ اللهُ = La ilaha illallah) ialah: Tidak ada tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah Yang Maha Esa Subhanahu wa Ta‘ala (Yang Maha Suci dan Maha Tinggi).

Rukun Syahadah

Kalimah (لا إلهَ إلاَّ اللهُ = Laa ilaaha illallah) mempunyai dua rukun:

1. Penafian (النَّفْيُ): لا إله (Laa ilaaha), menafikan semua ketuhanan yang lain selain daripada Allah Ta‘ala
2. Penetapan (الإثبات): إلاَّ اللهُ (illallah) menetapkan ketuhanan bagi Allah yang Esa tidak ada sekutu baginya. Makna kedua rukun ini banyak disebut dalam ayat Al-Quran:

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana Sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (Al-Baqarah 2: 256)

Firman Allah, “sesiapa yang ingkar kepada thaghut” itu adalah makna dari rukun yang pertama. Sedangkan firman Allah “dan ia pula beriman kepada Allah” adalah makna dari rukun kedua.

Begitu pula firman Allah kepada Nabi Ibrahim alaihis-salam: "... dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya: 'Sesungguhnya Aku berlepas diri dari apa yang kamu sembah - 27. "Yang lain dari Tuhan Yang menciptakan daku, kerana Sesungguhnya ia tetap memberi hidayah petunjuk kepadaku". (Az-Zukhruf 43: 26-27).

Maka “Laa Ilaaha” berarti meniadakan segala tuhan selain Allah, dan “Illallah” berarti menetapkan bahwa sifat ketuhanan hanya milik Allah semata dan tidak ada yang menyekutukannya. Makna persaksian bahawa Muhammad adalah Rasulullah (مُحَمّداً رَسُولُ اللهِ) adalah:

1. Mentaati segala yang diperintahkannya
2. membenarkan segala yang diberitakannya
3. menjauhi apa segala yang dilarangnya.
4. beribadah kepada Allah melalui apa yang dia syariatkan.

Setiap Muslim mesti mewujudkan syahadah ini, sehingga tidak dikatakan syahadah seseorang terhadap kerasulannya sempurna manakala dia sekedar mengucapkannya dengan lisan namun meninggalkan apa yang diperintahkannya dan melanggar larangannya serta taat kepada selainnya atau beribadah kepada Allah tidak berdasarkan ajarannya.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ أَطَاعَنِي فَقَدْ أَطَاعَ اللهَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ عَصَى اللهَ (رواه البخاري) “Siapa yang taat kepadaku maka dia telah taat kepada Allah dan siapa yang durhaka kepadaku maka dia telah durhaka kepada Allah” (Riwayat Bukhari)

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَالَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ (متفق عليه) “Siapa yang mengada-ada dalam urusan (agama) kami yang tidak termasuk didalamnya maka dia tertolak” (Muttafaq alaih)

Wujud nyata dari syahadah ini adalah tiadanya keyakinan bahawa:- • Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wa sallam) memiliki hak ketuhanan yang mengatur alam ini • atau tidak memiliki hak untuk disembah • seorang Rasul yang tidak didustakan • dirinya tidak memiliki kekuasaan atas dirinya sendiri dan orang lain dalam mendatangkan manfaat dan mudarat kecuali apa yang Allah kehendaki.

Allah ta’ala berfirman: قُلْ لاَ أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعاً وَلاَ ضَرًّا إِلاَّ مَا شَاءَ اللهُ [الأعراف : 188] “Katakanlah (Hai Muhammad): “Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah “(Al A’raf: 188)

Jadi, makna syahadah Anna Muhammadar Rasulullah (Nabi Muhammad utusan Allah) أنَّ مُحَمّداً رَسُولُ اللهِ (Nabi Muhammad utusan Allah) ialah:

a) Mematuhi segala perkara yang disuruh olehnya dan membenarkan apa yang disampaikan serta menjauhi segala perkara yang dilarang dengan tidak melakukan ibadat kepada Allah melainkan menurut ajaran yang telah disyara’kan olehnya.

b) Tahqiq (merealisasikan) syahadah Anna Muhammadar Rasulullah (Nabi Muhammad utusan Allah). Terlaksananya syahadah Anna Muhammadar Rasulullah dengan keimanan dan keyakinan yang sempurna bahawa Nabi Muhammad SAW adalah hamba Allah dan utusan-Nya, yang diutuskan kepada semua kalangan jin dan manusia. Baginda adalah penyudah segala nabi dan rasul. Baginda juga merupakan seorang hamba yang hampir di sisi Allah namun Baginda tidak memiliki ciri-ciri ketuhanan.

Syahadah ini juga terlaksana dengan mengikuti ajarannya, mengagungkan suruhan dan larangannya serta beriltizam dengan sunnahnya; dalam perkataan, perbuatan dan i’tiqad.

Firman Allah Ta‘ala: (الأعراف: 158) “Katakanlah: Wahai manusia, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu semua”. (Al-A’raf: 158).

Firman Allah Ta‘ala: (سبأ: 28) “Dan Kami tidak mengutuskan kamu, melainkan kepada manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan”. (Saba’: 28).

Firman Allah Ta‘ala: (الأحزاب: 40) “Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa daripada seorang lelaki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup sekalian nabi”. (Al-Ahzab: 40).

Firman Allah Ta‘ala: (الإسراء: 93) “Katakanlah: Maha Suci Tuhanku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul”. (Al-Isra’: 93).


Syahadah ini mengandungi beberapa perkara:

Pertama: Mengakui tentang kerasulannya dan beri’tiqad di dalam hati.

Kedua: Melafazkan syahadah serta mengaku secara zahir dengan lidah.

Ketiga: Sentiasa mengamalkan semua kebenaran yang dibawanya serta meninggalkan segala kebatilan yang dilarangnya.

Firman Allah Ta‘ala: (الأعراف: 158) “Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi (tidak membaca dan tidak menulis) yang beriman kepada Allah dan kepada kalimah-kalimah-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah dia supaya kamu mendapat petunjuk”. (Al-A’raf: 158).

Keempat: Membenarkan Rasulullah terhadap semua perkara yang disampaikan.

Kelima: Mencintai Rasulullah melebihi daripada sayang terhadap diri sendiri, harta, anak, kedua ibu bapa dan semua manusia kerana dia adalah Rasulullah. Mencintai Rasulullah adalah sebahagian daripada mencintai Allah dan kerana Allah. Hakikat sebenar mencintai Rasulullah ialah dengan mengikuti perintahnya, menjauhi larangannya, menolong serta membantunya.

Firman Allah Ta‘ala: (آل عمران: 31) “Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”. (Aali ‘Imran: 31).

Sabda Nabi SAW: (( لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده وولده والناس أجمعين )) متفق عليه من حديث أنس t. “Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah dia menyayangi aku lebih daripada bapanya, anaknya dan manusia seluruhnya”. (Muttafaq ‘alaih daripada hadis yang diriwayatkan oleh Anas t).

Firman Allah Ta‘ala: (الأعراف: 157) “Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Quran), mereka itulah orang-orang yang beruntung”. (Al-A’raf: 157).

Keenam: Beramal dengan Sunnahnya, meletakkan Sunnah mendahului semua ucapan (pendapat) orang lain, mematuhi perintahnya, menjadikan syari‘atnya sebagai hukum serta meredhainya.

Firman Allah Ta‘ala: (النساء: 65) “Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang kamu tetapkan dan mereka menerima dengan sepenuhnya”. (An-Nisa’: 65).

Rukun-rukun syahadatain:

1. Menetapkan dengan yakin perihal adanya Allah swt serta berdiri-Nya dengan zat-Nya sendiri, yakni tidak memerlukan sesuatu apa pun dari makhluk-Nya.

2. Menetapkan pula perihal sifat Allah swt iaitu tentang maha Kuasa-Nya serta Esa-Nya.

3. Menetapkan bahawa semua perbuatan (af’al) Allah swt itu adalah dengan iradah-Nya sendiri.

4. Menetapkan kebenaran Rasulullah s.a.w. yakni meyakini bahawa agama yang dibawa Rasulullah sahaja yang benar.

Syarat-syarat syahadatain:

1. Wajib mengetahui lafaz syahatain itu, yakni memahami erti dan maksudnya.

2. Wajib mengikrarkan dengan lisan serta mengucapkan sampai selesainya kedua syahah tersebut, dari permulaan hingga akhirnya.

3. Wajib meyakinkan akan maksudnya, ertinya tidak bolek ragu-ragu atau sangsi lagi akan kebenaran isi syahadatain tersebut.

4. Meyakinkan dalam hati serta mengamalkan dengan anggota badan, yakni wajib menolak segala apa yang bertentangan kepada maksud yang tersimpan dalam syahadatain itu.

1.3 Syarat-syarat Laa Ilaaha Illallah

Para ulama menyatakan bahwa ada tujuh syarat bagi kalimah Laa Ilaaha Illallah. Kalimah tersebut tidak sah selama ketujuh syarat tersebut tidak terkumpul dan sempurna dalam diri seseorang, serta mengamalkan segala apa yang terdapat didalamnya serta tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengannya.

Yang dimaksud bukanlah sekedar menghitung lafaz-lafaznya dan menghafalnya, sebab betapa banyak orang yang hafal kalimatnya akan tetapi ia bagaikan anak panah yang melesat (keluar dari Islam) sehingga anda akan lihat dia banyak melakukan banyak perbuatan yang bertentangan.

Berikut ini syarat-syaratnya:

Berilmu (العلم). Yang dimaksud adalah memiliki ilmu terhadap maknanya (kalimat Laa Ilaaha Illallah) baik dalam hal nafy maupun itsbat dan segala amal yang dituntut darinya. Jika seorang hamba mengetahui bahwa Allah ta’ala adalah semata-mata yang disembah dan bahwa penyembahan kepada selainnya adalah bathil, kemudian dia mengamalkan sesuai dengan ilmunya tersebut. Lawan dari mengetahui adalah bodoh, karena dia tidak mengetahui wajibnya mengesakan Allah dalam ibadah, bahkan dia menilai bolehnya beribadah kepada selain Allah disamping beribadah kepada-Nya,

Allah ta’ala berfirman: فَاعْلَمْ أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ (محمد 19 ) “Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan (Yang Haq) melainkan Allah” (Muhammad 19) إِلاَّ مَنْ شَهِدَ بِالْحَقِّ وَهُمْ يَعْلَمُوْنَ (الزخرف 86) “Akan tetapi (orang yang dapat memberi syafaat ialah) orang yang mengakui yang hak (tauhid) dan mereka meyakini(nya)” (Az Zukhruf 86) Maksudnya adalah: Siapa yang bersaksi sedangkan hati mereka mengetahui apa yang diucapkan lisan mereka.

Ringkasnya: Mengetahui maknanya -- nafi dan isbat-- Ilmu yang menafikan kejahilan, menafikan semua ibadat kepada selain daripada Allah dan mengisbatkan ibadat kepada-Nya Yang Esa tidak ada sekutu baginya dan tidak ada yang berhak untuk disembah selain daripada-Nya.

2. Yakin (اليقين). Yaitu seseorang mengucapkan syahadat dengan keyakinan sehingga hatinya tenang didalamnya, tanpa sedikitpun pengaruh keraguan yang disebarkan oleh syetan-syetan jin dan manusia, bahkan dia mengucapkannya dengan penuh keyakinan atas kandungan yang ada didalamnya.

Siapa yang mengucapkannya maka wajib baginya meyakininya didalam hati dan mempercayai kebenaran apa yang diucapkannya yaitu adanya hak ketuhanan yang dimiliki Allah ta’ala dan tidak adanya sifat ketuhanan kepada segala sesuatu selain-Nya. Juga berkeyakinan bahwa kepada selain Allah tidak boleh diarahkan kepadanya ibadah dan penghambaan.

Jika dia ragu terhadap syahadatnya atau tidak mengakui bathilnya sifat ketuhanan selain Allah ta’ala, misalnya dengan mengucapkan: “Saya meyakini akan ketuhanan Allah ta’ala akan tetapi saya ragu akan bathilnya ketuhanan selain-Nya”, maka batallah syahadatnya dan tidak bermanfaat baginya.

Allah ta’ala berfirman: إِنَّمَا اْلمُؤْمِنُوْنَ الَّذِيْنَ آمَنُوا بِاللهِ وَرَسُوْلِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا ( الحجرات: 15) “Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu” (Al Hujurat 15). Yakin dengan menafikan semua bentuk keraguan (terhadap Allah), iaitu mengucapkannya dengan penuh keyakinan, tenang hatinya dengan apa yang diucapkan serta yakin terhadap semua perkara yang terkandung di dalamnya dengan keyakinan yang tidak berbelah bagi.

3. Menerima (القبول) Maksudnya adalah menerima semua ajaran yang terdapat dalam kalimat tersebut dalam hatinya dan lisannya. Dia membenarkan dan beriman atas semua berita dan apa yang disampaikan Allah dan Rasul-Nya, tidak ada sedikitpun yang ditolaknya dan tidak berani memberikan penafsiran yang keliru atau perubahan atas nash-nash yang ada sebagaimana hal tersebut dilarang Allah ta’ala.

Dia berfirman: قُوْلُوا آمَنَّا بِاللهِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْنَا (البقرة 136) “Katakanlah, kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami” (Al Baqarah 136) Lawan dari menerima adalah menolak. Ada sebagian orang yang mengetahui makna syahadatain dan yakin akan kandungan yang ada didalamnya akan tetapi dia menolaknya karena kesombongannya dan kedengkiannya.

Allah ta’ala berfirman: فَإِنَّهُمْ لاَ يُكَذِّبُوْنَكَ وَلَكِنَّ الظَّالِمِيْنَ بِأَيَاتِ اللهِ يَجْحَدُوْنَ (الأنعام 33) “Karena mereka sebenarnya bukan mendustakan kamu, akan tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah” (Al An’am 33) Termasuk dikatakan menolak, jika seseorang menentang atau benci dengan sebagian hukum-hukum Syari’at atau hudud (hukum pidana Islam).

Allah ta’ala berfirman: يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً (البقرة: 208) “Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya”(Al Baqarah 208)

Menerima sepenuhnya dan menafikan semua perkara yang bercanggah dengannya. Iaitu dengan menerima semua perkara yang berhubung dengan kalimah ini dan apa yang diucapkannya, maka hendaklah dia membenarkan semua perkara yang disampaikan melalui akhbar (al-Quran dan al-Hadis), mentaati semua suruhan dan menjauhi semua larangan, juga tidak menolak semua nas (al-Quran atau al-Hadis) dan tidak mentakwilkannya.

4. Tunduk (الانقياد) Yang dimaksud adalah tunduk atas apa yang diajarkan dalam kalimat Ikhlas, yaitu dengan menyerahkan dan merendahkan diri serta tidak membantah terhadap hukum-hukum Allah.

Allah ta’ala berfirman: وَأَنِيْبُوا إِلَى رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ ( الزمر 54) “Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya …” (Az Zumar 54)

Termasuk juga tunduk terhadap apa yang dibawa Rasulullah sallallahu ‘alihi wa sallam dengan diiringi sikap ridho dan mengamalkannya tanpa bantahan serta tidak menambah atau mengurangi. Jika seseorang telah mengetahui makna Laa Ilaaha Illallah dan yakin serta menerimanya, akan tetapi dia tidak tunduk dan menyerahkan diri dalam melaksanakan kandungannya maka semua itu tidak memberinya manfaat.

Termasuk dikatakan tidak tunduk juga adalah tidak menjadikan syariat Allah sebagai sumber hukum dan menggantinya dengan undang-undang buatan manusia. Patuh dengan menafikan perkara yang boleh meninggalkannya, iaitu dengan tunduk dan patuh kepada semua perkara yang ditunjukkan oleh kalimah itu sama ada secara zahir atau batin.

5. Jujur (الصـــدق) Maksudnya jujur dengan keimanannya dan aqidahnya, selama itu terwujud maka dia dikatakan orang yang membenarkan terhadap kitab Allah ta’ala dan sunnahnya. Lawan dari jujur adalah dusta, jika seorang hamba berdusta dalam keimanannya, maka seseorang tidak dianggap beriman bahkan dia dikatakan munafiq walaupun mengucapkan syahadat dengan lisannya, maka syahadat tersebut baginya tidak menyelamatkannya.

Termasuk yang menghilangkan sahnya syahadat adalah mendustakan apa yang dibawa Rasulullah atau mendustakan sebagian yang dibawanya, karena Allah ta’ala telah memerintahkan kita untuk ta’at kepadanya dan membenarkannya dan mengaitkannya dengan ketaatan kepada-Nya. Benar yang menafikan pendustaan, iaitu mengucapkannya dengan benar terbit daripada hati, ucapan dengan lidah bertepatan dengan apa yang terkandung dalam hati, zahir dan batin.

Sesiapa yang mengucap dua Kalimah Syahadah dengan lidah, tetapi mengingkari apa yang terkandung dalamnya dengan hatinya maka sesungguhnya ucapannya tidak memberi manfaat kepadanya, sama seperti keadaan orang munafiq yang berkata dengan lidah tetapi bercanggah dengan pegangan hatinya.

6. Ikhlas (الإخـــلاص) Maksudnya adalah mensucikan setiap amal perbuatan dengan niat yang murni dari kotoran-kotoran syirik, yang demikian itu terwujud dari apa yang tampak dalam perkataan dan perbuatan yang semata-mata karena Allah ta’ala dan karena mencari ridho-Nya. Tidak ada didalamnya kotoran riya’ dan ingin dikenal, atau tujuan duniawi dan pribadi, atau juga melakukan sesuatu karena kecintaannya terhadap seseorang atau golongannya atau partainya dimana dia menyerahkan dirinya kepadanya tanpa petunjuk Allah ta’ala.

Dia berfirman: ألاَ لِلَّهِ الدِّيْنُ الْخَالِصُ (الزمر 3) “Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik)” (Az Zumar 3) وَمَا أُمِرُوا إِلاَّ لِيَعْبُدُوا اللهَ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنُ (البينة 5) “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan keta’atan kepada-Nya dalam menjalankan agama dengan lurus” (Al Bayinah 5). Lawan dari ikhlas adalah Syirik dan riya’, yaitu mencari keridhoan selain Allah ta’ala.

Jika seseorang telah kehilangan dasar keikhlasannya, maka syahadat tidak bermanfaat baginya.

Allah ta’ala berfirman: وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْناَهاَ هَبَاءً مَنْثُوراً (الفرقان 23) “Dan Kami hadapkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan” (Al Furqon 23) Maka dengan demikian tidak ada manfaat baginya semua amalnya karena dia telah kehilangan landasannya.

Allah ta’ala berfirman: إِنَّ اللهَ لاَ يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُوْنَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءَ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللهِ فَقَدْ افْتَرَى إِثْما عَظِيْماً (النساء 48) “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sengguh ia telah berbuat dosa yang besar” (An Nisa 48)

Ikhlas yang menafikan perbuatan syirik. Iaitu seorang hamba membersihkan amalannya daripada sebarang bentuk syirik dengan niat yang baik.

7. Cinta (المحـــبة) Yaitu mencintai kalimat yang agung ini serta semua ajaran dan konsekwensi yang terkandung didalamnya maka dia mencintai Allah dan Rasul-Nya dan mendahulukan kecintaan kepada keduanya atas semua kecintaan kepada yang lainnya serta melakukan semua syarat-syaratnya dan konsekwensinya.

Cinta terhadap Allah adalah rasa cinta yang diiringi dengan rasa pengangungan dan rasa takut dan pengharapan. Termasuk cinta kepada Allah adalah mendahulukan apa yang Allah cintai atas apa yang dicintai hawa nafsu dan segala tuntutannya, termasuk juga rasa cinta adalah membenci apa yang Allah benci, maka dirinya membenci orang-orang kafir serta memusuhi mereka.

Dia juga membenci kekufuran, kefasikan dan kemaksiatan. Termasuk tanda cinta adalah tunduk terhadap syariat Allah dan mengikuti ajaran nabi Muhammad dalam setiap urusan. Allah ta’ala berfirman: قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللهَ فَاتَّبِعُوْنِي يُحْبِبْكُمُ اللهَ وَيَغْفِرْلَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ (آل عمران 31) “Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Ali Imran 30) Lawan dari cinta adalah benci. Yaitu membenci kalimat ini dan semua ajaran yang terkandung didalamnya atau mencinta sesuatu yang disembah selain Allah bersama kecintaannya terhadap Allah.

Allah ta’ala berfirman: ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ (محمد 9) “Yang demikian itu adalah karena sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah (Al Quran) lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amal-amala mereka” (Muhammad 9) Termasuk yang menghilangkan sifat cinta adalah membenci Rasulullah sollallohu ‘alihi wa salam dan mencintai musuh-musuh Allah serta membenci wali-wali Allah dari golongan orang beriman.

Mahabbah (cinta) yang menafikan kemarahan. Iaitu dengan mengasihi kalimah ini serta perkara yang terkandung di dalam pengertiannya dan menunjukkannya, mengasihi orang-orang yang beriltizam (komited) dengan syarat-syaratnya serta membenci perkara-perkara yang bercanggah dengannya.

Tanda mahabbah (cinta) ini ialah mendahulukan kasih dan cinta kepada Allah walaupun berlawanan dengan kehendak nafsu, memerangi perkara yang dimurkai oleh Allah walaupun ianya dikehendaki oleh nafsu, berkasih-sayang dengan orang-orang yang berwala’kan (meletakkan ketaatan dan kepatuhan) kepada Allah dan Rasul-Nya serta memusuhi orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya.

1.1 Perkara-perkara yang Membatalkan Syahadah

1. Mengadakan persekutuan (syirik) dalam beribadah kepada Allah ta’ala (An Nisa 116) Termasuk dalam hal ini, permohonan pertolongan dan permohonan doa kepada orang mati serta bernazar dan menyembelih qurban untuk mereka.

2. Siapa yang menjadikan sesuatu atau seseorang sebagai perantara kepada Allah, memohon kepada mereka syafaat, serta sikap tawakkal kepada mereka, maka berdasarkan ijma’ dia telah kafir.

3. Siapa yang tidak mengkafirkan orang-orang musyrik, atau menyangsikan kekafiran mereka, bahkan membenarkan madzhab mereka, maka dia telah kafir.

4. Berkeyakinan bahwa petunjuk selain yang datang dari Nabi Muhammad sollallohu ‘alihi wa salam lebih sempurna dan lebih baik. Menganggap suatu hukum atau undang-undang lainnya lebih baik dibandingkan syariat Rasulullah sollallohu ‘alihi wa salam, serta lebih mengutamakan hukum taghut (buatan manusia) dibandingkan ketetapan Rasulullah sollallohu ‘alihi wa salam .

5. Membenci sesuatu yang datangnya dari Rasulullah sollallohu ‘alihi wa salam, meskipun diamalkannya. (Muhammad 9).

6. Siapa yang mengolok-olok sebagian dari Din yang dibawa Rasulullah sollallohu ‘alihi wa salam, misalnya tentang pahala atau balasan yang akan diterima maka dia telah kafir. (At-Taubah 65-66) 7. Melakukan sihir, diantaranya “As-sharf” (mengubah perasaan seorang laki-laki menjadi benci kepada istrinya) dan “Al Athaf” (Menjadikan seseorang senang terhadap apa yang sebelumnya dia benci/pelet) atas bantuan syeitan.

Siapa yang melakukan kegiatan sihir atau ridha dengannya maka dia kafir (Al Baqarah 102)

8. Mengutamakan orang kafir serta memberikan pertolongan dan bantuan kepada orang musyrik lebih dari pada pertolongan dan bantuan yang diberikan kepada kaum muslimin. (Al Maidah 5)

9. Beranggapan bahwa manusia bisa leluasa keluar dari syariat Muhammad. (Ali Imron 85)

10. Berpaling dari Dinullah, baik karena dia tidak mau mempelajarinya atau karena tidak mau mengamalkannya. Hal ini berdasarkan firman Allah ta’ala: (As-Sajadah 22).

1 comment:

  1. as salam..saya berminat utk mempelajari tentang gerak faqir..di mana saya boleh dapatkan guru mursyid di area btg kali atau gombak..t.kasih

    ReplyDelete