Friday, July 15, 2011

BOMOH DAN PERAWAT ISLAM TEMBERANG

Raden Johari Mansur - Semuanya akan berakhir tidak lama lagi...




Teknik pembedahan batin tanpa menggunakan peralatan bedah.

Cara-cara



1. Bahan yang diperlukan adalah tepung ubi, pewarna merah dan usus ayam. Tepung ubi digaul bersama pewarna merah di dalam periuk yang berisi air panas sehingga menjadi sebati.

2. Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam plastik bersaiz kecil.

3. Lekatkan plastik itu di bahagian dalam se- helai kain kuning yang telah di carik (sebagai tempat menyeluk).

4. Letakkan kain itu di atas perut subjek utama.

5. Seluk bahagian yang telah dicarik dan tarik keluar usus ayam yang telah digaul bersama-sama tepung ubi tadi.



Raden Johari adalah satu lagi kejatuhan bomoh temberang selepas Mahaguru Mat Zain dan Ustaz Arief Cakra Alam. Mereka berjaya mengelirukan beberapa pemimpin negara satu ketika dahulu dengan silap mata!

Siapa pula bomoh temberang yang baru akan muncul selepas ini?

Kalau Ustaz Arief asalnya hanya penjual roti dan Raden Johari menjual ubat satu ketika boleh menjadi kaya kerana mereka pandai atau kita yang bodoh?

Walaubagaimanapun, bila datang kebenaran, yang bathil akan gugur dengan sendirinya.


"To Seek The Truth"

UNCLE SEEKERS

1 comment:

  1. maklumat baru....atau saya tidak mengetahuinya

    ReplyDelete