Assyaikh Burhanul Islam Azzarnuji telah menulis:
“Maka apabila aku melihat ramai penuntut ilmu pada zaman kita ini bersungguh-sungguh kepada ilmu, dan mereka tidak sampai pula (tidak mendapat manfaat dan hasilnya iaitu beramal dan menyebarkannya), terhalang kerana bahawasanya mereka telah salah jalannya dan meninggalkan syarat-syaratnya. Dan setiap yang tersalah jalan akan sesat, dan tidak mendapati tujuan, sedikit mahupun banyak. Maka aku ingin dan suka menerangkan kepada mereka jalan menuntut ilmu….”
bagi mereka yang berkata perlukah ijazah atau penting ke sanad terpulanglah pada mereka. ianya bukan perkara fardhu tapi tidak kah mereka mengaku mereka islam mengapa tidak mengikuti tatacara pendidikan islam? kesitimewan dalam sanad telah disenaraikan,
1. merupakan pertalian yang bersambung-sambung sampai kepada Rasulullah SAW (وكفى في الاتصال بالحبيب شرفاً) .
2. merupakan iqtida’ (tauladan) terhadap para salafus-soleh dalam tradisi belajar dan mengajar (إنّ التشبه بالكرام فلاح).
3. merupakan satu jati diri dan ikatan ilmu yang hanya dimiliki oleh umat Islam, maka ia adalah satu kebanggaan buat mereka (الإسناد من الدين).
4. merupakan satu usaha berterusan memelihara persambungan sanad hingga ke hari kiamat (إن الأسانيد أنساب الكتب).
5. merupakan satu rahmat dan barakah (عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة).
Jika mereka tidak memilih keistimewan dan kelebihan ini dalam ilmu perubatan 'ISLAM' mereka. Maka terpulanglah.
Sejarah wujudnya perseolan demikian juga adalah kerana sistem pendidikan penjajah yang telah menjelajah kita suatu masa dahulu. sejak itu hinga kini adab adab dan syarat syarat menuntut ilmu telah mula berubah.
antara punca kempen menjauhi periwatan sanad melalui pengijazahan masa kini pula di kenal pasti dari setengah golongan masyaikh salafi - wahabi yang tidak meriwayatkan rantaian sanad kerana di dalamnya terdapat ramai perawi Asya’irah atau Maturidiyyah, dan juga perawi-perawi sufiyyah.
Mereka yang mengkritik pengajian bersanad juga seharusnya membezakan pengajian bersanad yang bagaimana yang dikritik, bukan menghentam secara pukul-rata. Perlu dibezakan juga antara ijazah am dan ijazah khas. Jika tidak ia hanya satu kejahilan terhadap sistem sanad dan juga seni-seninya.
Perkataan Imam Sufiyan At-Thauri r.a.:
وقال الثوري : " الإسناد سلاح المؤمن ، إذا لم يكن معه سلاح فبأي شيء يقاتل ".
Ibnu Hibban menukilkan dari Sufyan at-Thauri dalam Muqoddimah Al-Majruhin 1/27: “Isnad adalah senjata bagi orang beriman, jika ...tanpa senjata, bagaimana dia mempertahankan diri?”
إن الإسناد في اللغة مصدر للفعل اسند من قولهم : أسندت هذا الحديث إلى فلان، اسنده إسنادا إذا رفعته فاسند الحديث بمعنى رفعه
لذا يعني الإسناد في الحديث عند أهل اللغة أن يسند الحديث أو يرفعه إلى قائله
Maksudnya: "Isnad dari sudut bahasa adalah kat...a terbitan bagi perbuatan asnada (iaitu menyandarkan) seperti dalam kata mereka: Saya sandarkan perkataan ini kepada si fulan. Iaitu, menyandarkan sandaran, bilamana ianya diangkatkan kepada yang berkata. Maka menyandarkan perkataan bererti mengangkatkan perkataan (mengembalikan perkataan kepada orang yang berkata dengan perkataan tersebut).
Oleh kerana itulah yang dimaksudkan isnad pada sesuatu perkataan di sisi ahli bahasa ialah seseorang menyandarkan sesuatu perkataan atau mengangkatnya (mengembalikannya) kepada orang yang berkata dengan perkataan tersebut
Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqollanni mentakrifkan Isnad dengan berkata:
عرفه الحافظ ابن حجر العسقلاني فقال : (( الإسناد : حكاية طريق المتن)) ( نزهة النظر : 19)
"Al-Isnad: penceritaan tentang kedudukan jalan matan" (nuzhatu An-Nazhor: 19)
Ijazah am ini, ijazah yang diberikan walaupun tanpa seseorang penuntut itu ‘talaqqi’ dengan guru yang memberikan ijazah tersebut. Hal ini, menurut Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki, dibolehkan oleh para ulama’ – malah dipraktikkan oleh beberapa orang ulama’ besar – bagi memastikan sanad sesuatu ilmu itu terus hidup dan tidak terkubur begitu sahaja. Seseorang itu boleh mengambil ijazah sesuatu ilmu daripada seorang guru, tetapi mempelajari dan mendalami ilmu tersebut daripada guru yang lain. Selain daripada itu, pemerolehan ijazah sesuatu ilmu itu juga adalah penting bagi mendapatkan berkat dalam mempelajari dan mengamalkan ilmu tersebut.
Ijazah khas pula hanya layak diberikan kepada murid yang telah selesai ‘talaqqi’ sesuatu ilmu itu dengan gurunya.talaqqi ini berguru face to face dengan guru yang mengajar dan bertemu lutut ke lutut dengan guru tersebut,yang mana sistem pengajian ini amat berbeza dengan sistem pengajian yang wujud pada hari ini…
sistem talaqqi biasanya bermatlamatkan ‘khatam seluruh isi kitab dari kulit ke kulit’ daripada mensyarahkan tajuk pada kitab,riwayat hidup pengarang kitab sehinggalah pada apa yang disampaikan oleh pengarang kitab pada penutup dibahagin akhir kitab,walau macam mana pun,kitab itu semestinya dihabiskan…
Berbeza pula dengan sisitem pengajian disekolah-sekolah serta universiti-universiti,yang mana matlamat mereka pula : ‘menghabiskan keseluruhan syllabus pelajaran yang telah ditetapkan serta yang telah disaring’ jikalau pengajar yang mengajar seperti bullet train,dengan izin Allah akan habislah kesemua syllabus tersebut,makanya persoalan tentang kefahaman pelajar terhadap apa yang diajar hanya Allah sahaja yang maha tahu,manakala jikalau pengajar yang mengajar seperti kura-kura ,makanya terkadang setengah mukasurat pun tidak sampai,terus dibuat peperiksaan sekadar pada apa yang dipelajari kerana mengejar masa.
No comments:
Post a Comment