BISMILLAH ENAM
Salinan risalah Bismillah Enam lebih 20 tahun didalam simpanan.
Assalamu’alaikum, berjumpa lagi……………………………….
Kepingan risalah diatas saya dapati semasa sedang menuntut pada tahun 80an . Semasa itu, seorang Ustaz telah member salinan ini agar saya dapat mengamalkannya kerana menurutnya, fadhilatnya amat besar dan mujarab untuk pelbagai kegunaan.
Saya pernah melihat Bismillah Enam ini didalam Kitab Amalan Tok Janggut dan juga didalam Kitab Senjata Mukmin pada tahun 70an. Pada masa itu, semasa masih 12 tahun, belum ada minat sangat kepada amalan amalan sebegini, maklumlah, sedang hangat mula belajar Pencak Silat, lebih tertumpu mantera Mantera Melayu bagi Kebal, Tahan Badan, Penderas dan sebagainya. Hanya pada permulaan mempelajari Usulluddin dan Awaluddin, sifat Dua Puluh dan Tarekat , baharulah terbuka mata akan khasiat dan fadhilat Bismillah Enam.
Sudah pasti Bismillah Enam ini asalnya daripada amalan amalan Ulama terdahulu, Cuma saya mengetahui sejarah dan nasabnya sahaja. Wallahualam
ILMU MANTERA PENDEKAR MELAYU
Segala mantera mantera ini hanya sebagai rujukan pembaca supaya kita semua tahu apakah pakaian sesetengah pendekar melayu zaman dahulu kala. Kesemua mantera ini saya dapati dari pelbagai perguruan dan rakan rakan sesame pelbagai Seni Silat serata Tanah Melayu dan Serawak. Walaubagaimanapun, cara amalan dan kegunaan tidak disertakan kerana Blog saya hanyasanya sebagai ilmu pengetahuan kepada generasi anak muda sekarang sahaja.
Mantera Ilmu Untuk Kemuliaan
Alif ghaib dalam bismi senjata Islam aku
Lam ghuyub dalam bismi senjata iman aku
Baa bismi benih Islam aku
Sim bismi tali hubungan antara Islam dengan iman
Mim bismi benih iman aku
Allah didiri aku
Ali Rahman nama bapa aku
Ali Rahim nama ibu aku
Attahiyyatul-mubarokatus-solawa tut to-yiyba-tulillah
Ya Arhamarrohimi, kurniakan kepada hambuMU kemuliaan dan kehormatan dunia dan akhirat
Akulah Ali Rahman kepada ……………….21X
Nota:= Perhatikan mantera diatas, manakah asal usul datang amalan ini saya kurang pasti kerana saya mendapatkannya dari kawan.
Jadikan sahaja pengetahuan semata mata.
MANTERA ILMU TANYA DAN MIMPI
Pisang anak pisang ini
Pisang ghairin baginda rau a’
Sapi tumu mikail rahma
Mahu jamah perut
Tak mahu jamah kaki
Minta janji jamah kepala
Aku memakai ilmu Tanya
Berkat kata guru
Mustajab kata ALLAH
Berkat Kalimah
Laa……………….
Nota:- Mantera ini saya dapati dari saudara Yunus , Ipoh, Perak tahun 28 Mei 1982
MANTERA PEMULIH BADAN
Bismillah………….
Ruh wujud badan
Nyawa darah daging tulang kulit
Pulang segala ujud anggota aku
Pulang sediakala……………………………………3X
Nota:- mantera ini didapati pada 1982 tetapi sudah lupa siapa yang memberikannya
MANTERA MEMBUAT MINYAK PENGASIH
Bismillah………………………………………….
Hai minyak sepudi kaca aku
Gantung di pintu kaabah
Aku berdiri seperti raja
Denga sebab manusia gajah putih tertunduk sujud bawah tapak kaki kiri aku
Kalau engkau tak tunduk sujud dibawah tapak kaki kiri aku
Aku sumpah engkau pada ALLAH
Aku sumpah engkau pada Muhammad
Syeikh sidi pengajaran guruku
Jadilah pada aku
Dengan berkat doa
Laaa……………………………………..mu……………………….
MANTERA MENGIKUT TELUNJUK
Kakap Muhammad kakap aku
Yang mengakap daging pani saying Fatimah
Tunduk sujud sekelian tubuh anggota engkau kepada aku
Dengan berkat doa
Laa…………………………………………………….
MANTERA ILMU KEBAL
Allah paying aku
Jibrail kota aku
Malaikat 44 pagar aku
Aku berjalan denga kuasa Allah
Aku melenggang dengan melenggang Muhammad
Bukan kata aku
Kata Allah
Dengan berkat doa
Laa……………………………………………………………..
* Tulisan ini di petik dari sebuah laman. Tujuan saya untuk mengajak tuan-tuan mengkaji di manakah kesalahan mantera di dalam amalan pendekar sufi dan para wali zaman dahulu kala ini? Di manakah seruan kepada jin dan syaitan di dalam amalan mantera ini? Amalan di dalam sesuatu ilmu hendaklah di selidiki terlebih dahulu, jangan membuat andaian bahawa segala mantera dan jampi bersalahan dan meruapakan amalan syirik. Satu jari yang menuding kepada orang lain, empat jari kembali menuding kepada kita.Wassalam.
Maksud paying tu ape saudara dalam mantera ilmu kebal.. maaf.. pencerahan.
ReplyDeleteSebenarnya bukan paying..Allah payung aku. Jibrail kota aku dan seterusnya.
Delete