Monday, July 11, 2011

AMALAN ANAK KUNCI PEMBUKA KHAZANAH LANGIT DAN BUMI



OLEH : Sheikh Hakim Abu Abdullah Moinuddin Chisti


Firman Allah : Ibrahim : 14

Jika kamu menghitung Nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya.

Firman Allah : Maksud

Dan orang orang yang berjihad untuk Kami, sungguh akan Kami tunjukkan kepada mereka Jalan Jalan Kami.

Amalan yang saya paparkan ini boleh dilakukan dengan mudah oleh setiap orang.

BACAAN PEMBUKAAN

Sebelum amalan dimulakan maka hendaklah dibaca ayat dibawah supaya kesannya lebih kuat dan dapat pula membuka pintu lautan rahmat dan keberkatan daripada Allah .Insya Allah.

La Ilaha Illallah . Muhammadun Rasulullah

Bacaan ini dibaca sekali sebelum mengamalkan sebarang amalan kesufian agar pengaruh yang jahat tidak dapat masuk.

Baik juga disertakan bacaan yang dapat menghindarkan syaitan ( saperti dibawah )

A’udhu bi Llahi min asy syaitanir – rajim

Meskipun ada beribu-ribu doa, bacaan dan amalan oleh orang orang sufi namun ada beberapa formula yang tertentu yang lebih darjat dan manafaatnya seperti yang digelar MAQALAD AS-SAMAWI WAL-ARD yang bererti KUNCI PEMBUKA KHAZANAH LANGIT & BUMI.

Meskipun khas untuk mnyembuhkan penyakit / mengelakkan penyakit – faedah bacaan itu bukan hanya terhad kepada penyakit badan tetapi juga untuk penyakit lain.

BACAAN WIRID atau FORMULANYA dari BAGINDA RASUL SAW

Menjawab pertanyaan dari Uthman ibn Affan r.a baginda Rasul menjawab :-

Kamu bertanya kepada saya apa yang orang lain belum pernah bertanya. Kunci Pembuka Khazanah Langit & Bumi itu adalah yang berikut :-

La ilaha illa Llahu wa-Llahu akbar
Wa subhan Allahi wal-hamdu li-Llahi
Wastaghfiru Llah alladzi la ilaha illa Hu
Wal-Awwalu wal- Akhiru waz-Zahiru
Wal baa tinu yuhyi wa yumitu
Wa huwa hayyul laa yamutu biya dihil khairu
Wa huwa aala kul-li shay in Qadiir.

Yang bermaksud :-

Tiada yang disembah melainkan Allah
Allah Maha Besar Maha Suci Engkau
Segala Puji Bagi Allah
Aku memohon Ampun kepada Allah
Tiada yang patut disembah melainkan Dia
Dia Yang Awal dan Dia Yang Akhir
Dia Yang Zahir dan Dia jugalah Yang Batin
Yang Menghidupkan Yang Mematikan
Dia Yang Hidup tanpa mati
PadaNya segala kebaikan
Dan Dia Berkuasa atas segala sesuatu.

FAEDAH FAEDAHNYA

Sabda Nabi kepada Uthman :-

Wahai Uthman , barangsiapa membacanya 100 kali sehari, akan dikurnia 10 faedah.

Pertama, segala dosanya yang lalu akan diampuni
Kedua , terlepas dari siksa neraka
Ketiga, dua malaikat dilantik untuk memeliharanya daripada penyakit
Keempat, dikurniakan khazanah rahmat & berkat
Kelima, mendapat pahala spt pahala membebaskan 100 orang hamba
Keenam, mendapat pahala spt membaca seluruh Al-Quran, Injil, Zabur & Taurat
Ketujuh, mendapat rumah disyurga
Kelapan, berkahwin dengan bidadari syurga
Kesembilan, dia akan dipermuliakan
Kesepuluh, permohonan keampunan bagi 70 orang saudaranya akan dimakbulkan

Wahai Uthman, jika kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari. Kamu akan termasuk dalam golongan orang orang yang berjaya dan melampaui orang orang sebelum kamu dan selepas kamu.

CERITA KEJAYAAN – SUFI DARI PAKISTAN

Seorang sufi zaman ini, ABU ANIS BARKAT ALI dari Darul Ehsan , Pakistan telah mencapai kedudukan yang tinggi dan unik dikalangan orang orang yang membaca wirid atau formula yang hebat ini.
Beliau mendirikan sebuah papan-tanda yang besar dipintu masuk ke-bangunan tempat ibadahnya dan yang ditulis pada papan tanda itu ialah wirid atau formula ini.

Kehidupannya sendiri memperlihatkan pengaruh kesan bacaan itu :-

Beliau menjadikan 10,000 orang hindu kasta rendah sebagai anak angkat, memberikan mereka latihan dan pendidikan hidup yang sempurna

Beliau menyelenggara sebuah bilik perubatan . Hingga sekarang beliau telah mencelikkan 3,000 orang kurang daya penglihatan dengan percuma.

Beliau telah menulis lebih 300 buah buku tentang Islam & Sufi. Buku – buku ini diedar secara percuma. Pada kulit buku terulis :-

Buku ini ditulis untuk bacaan kita semua, bukan untuk jualan. Buku ini telah dijual kepada DIA dan demi untuk DIA jualah buku ini ditulis.

DIBACA 21 KALI SELEPAS SETIAP SOLAT

Bacaan ini boleh juga dibaca 21 kali setiap selepas solat. Ia akan memakan masa l.k 3 – 4 minit sahaja. Amalkanlah.

WIRID INI JUGA DIBACA OLEH SUFI BESAR HAZRAT KHWAJA MU’INUDDIN CHISTI DIMALAM IANYA KEMBALI......

Pada malam Rejab 633 Hijrah sufi ini saperti biasa masuk ketempat khalwatnya selepas solat Isya. Beliau menutup pintu bilik itu dan memulakan amalannya.

Bacaan wirid inilah yang dibacanya tanpa henti. Beliau memberitahu murid muridnya jangan mengganggunya pada malam itu. Murid murid beliau berada jauh sedikit dari bilik khalwat guru mereka itu tetapi mereka mendengar bunyi bacaan yang luar biasa. Sampai subuh barulah bunyi bacaan itu berhenti tetapi Tuan Syeikh tidak keluar dari biliknya.

Akhirnya setelah lama menunggu mereka membuka pintu, alangkah terperanjatnya mereka Sheikh besar itu telah meninggal dunia. Ayat ayat berikut kelihatan bersinar pada dahinya :-

Hadha Habibullah
Mata fi hubbillah

Inilah Kekasih Allah
Mati Dalam Cinta Allah.

42 comments:

  1. aslkum,mohon ijazah untuk beramal dgn ayat ini

    ReplyDelete
  2. ya Allah,hebatnya saat beliau kembali..

    ReplyDelete
  3. subhanallah...walhamdulillah..saya sudah pernah mendapat bacaan ini, dari temen..tapi sampe sekarang belum di wiridkan karena menurut beliau lebih bagus khotamul fateha harus selesai dulu, akan lebih bagus, saya sendiri udah bebeeerapa kali mo khotam al fateha..tapi sampe sakarang alhamdulillah gagal maning udah 4 kali..mohon pencerahannya ...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum warahmatullah, mohon izin mengamal...

    ReplyDelete
  5. Asssalamualaikum...mohon kebenaran beramal ya..

    ReplyDelete
  6. Asssalamualaikum...mohon izin ijazahkan amalan zikir ini.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. MOhon diberi keizinan mengamalkan Ayat ini...

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. MOhon diberi keizinan mengamalkan Ayat ini...

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum...mohon izin mengamalkannya tuan

    ReplyDelete
  12. assalammualaikum...mohon izin ijazahkan amalan ini

    ReplyDelete
  13. MOhon diberi keizinan mengamalkan Ayat ini...

    ReplyDelete
  14. salam ya sheikh..mohon izin share dan ijazahkan amalan ini

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum. Mohon izin diijazahkan amalan zikir in dan mengamalkannya tuan.

    ReplyDelete
  16. Akum. Saya minta izin untuk mengamalkannya. Terima kasih

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum.saya minta izin diijazahkan wirid ini.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum. Mohon izin diijazahkan ilmu,serta amalan zikir ini dan mengamalkannya, .mohon izin share juga

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum saya Mohd Fairus Bin Haniffa mohon pengijazahan dari Tuan akan amalan ini untuk kegunaan saya sekeluarga dan share dgn yng lainnay. Dengan ini saya sebutkan Ya Qolbi sebagai menerima dari pihak Tuan.
    Terima kasih

    ReplyDelete
  20. saya mohon ijazah amalan ini..jazakallah.

    ReplyDelete
  21. Saya mohon ijazah.jazakallah..

    ReplyDelete
  22. Salam Aming dan tuan anonymous. Dipersilakan copy dan paste apa shj di blog hamba. Tak perlu minta izin ...kerana ini adalah ilmu Allah. Jikalau tuan amalkan zikir ini..InsyaAllah.....tuan akan cenderung melakukan kebaikan.

    ReplyDelete
  23. asslamualaikum. jazakallah. mohon ijazah utk beramal.

    ReplyDelete
  24. Askm. Mohon izin untuk mengamalkannya.

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum.minta izin utk mngamalknnya ya admin.terima kasih.

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum.minta izin utk mngamalknnya ya admin.terima kasih.

    ReplyDelete
  27. Assalaam. Saya mohon keizinan dan ijazah dari tuan secara lafaz lisan maupun detikan hati untuk saya sekeluarga, sanak saudara dan sekelian sahabat handai beramal dengan amalan zikir ini. Mudah-mudahan rahmat dan barokah dari Allah jua turun untk kita semua fiddunyaa wal aakhiraah. Aameeen.

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum. Mohon izin diijazahkan ilmu,serta amalan zikir ini dan mengamalkannya, .mohon izin share juga. Terimakasih Haji atas pengongsiannya. Terimakasih Alloh dan terimakasih Rasullullah. Semoga Alloh memberi RohmatNya dan BarokahNya kpd Haji sekeluarga dan semua yg mengamalkan zikir ini. Aamiin!

    ReplyDelete
  29. As salamualaikum..mohon minta izin utk di amalkan

    ReplyDelete
  30. Alhamdullillah, mohon dicopy dan dihalalkan utk diamalkan seisikeluarga.

    ReplyDelete
  31. qobiltu ijin meamalkannya allohu akbar

    ReplyDelete
  32. qobiltu ijin meamalkannya allohu akbar

    ReplyDelete
  33. Saya mohon dijazahkan untuk di amalkan. Jazakallah.

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum, mohon izin di ijazah utk diamalkan. Terima kasih

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum, mohon izin untuk mengamalkan. Wassallamu'alaikum.

    ReplyDelete
  36. assalamualaikum ww. Mohon izin mengamalkannya.andak

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum ya sheikh. Dapat keizinan untuk amal. JazakhaAllahkhair.

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum, mohon izin untuk mengamalkan. Wassallamu'alaikum.

    ReplyDelete
  39. Assalammualaikum.. Mohon izin untuk mengamalkan nya.

    ReplyDelete