Wednesday, July 6, 2011

SILAT GERAK KEBATINAN ISLAM

UNTUK PENGETAHUAN SAHAJA - INI ADALAH DIANTARA AMALAN-AMALAN DI DALAM SILAT GERAK YANG TERDAPAT DI DALAM ILMU PERSILATAN MELAYU WARISAN ULAMA

Asal usul Silat Kebatinan ini adalah dari Pondok2 Agama, yang bermaksud pakaian Ulama, Ustaz dan Tok Guru yang mengamalkannya semasa kecemasan. Pada pendapat saya, kerana mereka lebih memenuhi masa dengan mengajar dan menyebarkan ilmu Agama Islam, maka sudah tentu mereka tidak mempunyai sepenuh masa untuk bersilat, dimana ramai dikalangan murid2 juga gagal mewarisi dari Guru dan menguasainya kerana ramai beranggapan Silat Gerak hanyalah berisi pergerakkan pencak silat sahaja, sedangkan ianya lebih daripada itu.

Sebagai pengetahuan, ini adalah sebahagian dari amalan Ayat Gerak untuk Gerak Silat asas sahaja tanpa Ibu Ayat , kerana pendedahan ini hanya untuk berkongsi pengalaman warisan orang melayu sahaja dan bukan "pengijazahan".

Ini adalah amalan di dalam Silat Gerak Perguruan lain, bukan di dalam Perguruan Gerak Makrifat aliran saya. Apa yang hendak saya tonjolkan pada tuan-tuan adalah .....rahsia yang terkandung di sebalik amalan-amalan ini.....kaji dan gali lah.



AYAT GERAK

Bismillah hirrohma-nirrohiim

Ayatul Qursi..................................1X

ulangi ayat terakhir Walaya uduhu hifzuhuma wahuwal 'aliyul 'azhiimm.......................................7X

Salawat.........................................3X

Ya Allah Ya Rabbi

Berikanlah hambaMU ini Seni Pencak Silat .......yang sebenar benarnya

Lindungilah hamba MU ini dari bala bencana yang datang dari segenap penjuru arah

Lahaulawala quwwata illa billahhil 'aliyil'azhiim

Sesudah itu, hendaklah berzikir didalam hati Ya Haiyyu Ya Qoyyum tanpa henti.

Jika ingin berhenti mengamalkan ini, hendaklah beristighfar dan berselawat banyak2 sehingga kembali tenang.


NOTA :
(1) Permulaan untuk mengamalkan Ayat Gerak ini bagi murid baru , mestilah dibawah pengawasan Guru atau Murid lama.

(2) Ramai dikalangan murid2 membiasakan diri dengan zikir dihati, sedangkan ada zikir yang disebut sebagai zikir SIIR yang mengabungkan zikir Ruhani, Hati dan Jasmani, maka kesannya adalah lebih hebat lagi. Wallahhu'alam

2 comments: